Anda di halaman 1dari 3

PENDAHULUAN MUSA(J)

CONTOH
M- Frasa Menarik Dalam era digital ini,

U- Ayat Umum amalan berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan sendiri


merupakan langkah yang bijak.
S1- Ayat amalan berbelanja secara berhemat tidak didasari oleh kemampuan
Sokongan(1) dan keinginan semata-mata
S2 Ayat Sokongan Amalan ini juga perlu dilakukan oleh semua golongan walaupun
(2) melibatkan golongan berada dan berkemampuan.
A Ayat Arah Persoalannya, apakah kebaikan-kebaikan amalan perbelanjaan secara
berhemat?
(J) Ayat Jawab Sesungguhnya, terdapat pelbagai kebaikan perbelanjaan secara
berhemat

MENULIS ISI KARANGAN


Isi 1: membentuk amalan menabung

Bil Kaedah mengingat Penanda wacana


1 I = Isi Sebagai cetusan minda yang pertama, kebaikan amalan
perbelanjaan secara berhemat ialah kita dapat membentuk
amalan menabung.
2 Sedang= Sebab Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita mempunyai
lebihan wang selepas berbelanja, wang tersebut boleh
diperuntukkan untuk simpanan.
3 Conteng=Contoh Sebagai contoh, duit lebihan perbelanjaan sekolah
sebaiknya disimpan dalam tabung.
4 Kertas=Kesan Kesannya, duit simpanan tersebut dapat digunakan pada
waktu yang tidak terduga atau kecemasan
5 Putih=penegas Jelaslah bahawa kebaikan amalan perbelanjaan secara
berhemat ialah dapat membentuk amalan menabung.

Isi 2: mendisiplinkan diri


Bil Kaedah mengingat Penanda wacana
1 I = Isi Seterusnya, kebaikan mengamalkan perbelanjaan secara
berhemat ialah kita dapat mendisiplinkan diri.
2 Sedang= Sebab Hal ini dikatakan demikian kerana sangat penting
mendisiplinkan diri dalam menyimpan wang.
3 Conteng=Contoh Sebagai misal, kita mesti menyimpan sejumlah wang yang
sama pada setiap bulan tanpa meninggalkan ketetapan
jadual tersebut.
4 Kertas=Kesan Impaknya, kita dapat membentuk diri menjadi insan yang
tahu akan kepentingan berbelanja secara berhemat.
5 Putih=penegas Tegaslah bahawa kebaikan mengamalkan perbelanjaan
secara berhemat ialah kita dapat mendisiplinkan diri.

Isi 3 – mengelakkan penipuan


Bil Kaedah mengingat Penanda wacana
1 I = Isi Pandangan saya yang terakhir, kebaikan mengamalkan
perbelanjaan secara berhemat ialah kita dapat mengelakkan
penipuan.
2 Sedang= Sebab Hal ini dikatakan demikian kerana perbelanjaan berhemat
boleh menggalakkan pengguna mencari maklumat terlebih
dahulu.
3 Conteng=Contoh Sebagai contoh, sebelum pengguna membeli barang
keperluan, mereka perlu membuat perbandingan harga
untuk mengelakkan penipuan harga barang.
4 Kertas=Kesan Implikasinya, pengguna tidak mudah terpengaruh oleh
sebarang iklan.
5 Putih=penegas Sudah terang lagi bersuluh kebaikan mengamalkan
perbelanjaan secara berhemat ialah kita dapat mengelakkan
penipuan.

PENUTUP
I STRATEGI 4 BINTANG
AYAT Sebagai penghias bicara akhir, dapat kita rumuskan bahawa
KESIMPULAN terdapat pelbagai kebaikan mengamalkan perbelanjaan
secara berhemat.
(AKEM)
Sehubungan dengan itu, semua pihak seharusnya
AYAT SARANAN mengetahui kebaikan amalan berbelanja secara berhemat
(ASAR) dengan kemampuan diri bak kata pepatah ukur baju di badan
sendiri.
AYAT HARAPAN Saya berharap agar semua pengguna memiliki kesedaran diri
(ARAP) yang tinggi iaitu berbelanja secara hemat.
AYAT PENEGAS Oleh itu, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kebaikan-
KARANGAN kebaikan mengamalkan perbelanjaan secara berhemat dapat
memajukan ekonomi keluarga.
(APEK)

Anda mungkin juga menyukai