Anda di halaman 1dari 7

1.

ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi Jawapan: Semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin merendah diri sifatnya. 2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang Jawapan: Mengikut sifat orang berilmu yang suka merendah diri daripada bersikap sombong. 3.buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali Jawapan: Berbuat baik biarlah berpatutan tetapi janganlah berbuat jahat sama sekali. 4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Jawapan: Perkara yang selalu dikenang apabila seseorang telah tiada ialah nama baiknya. 5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa Jawapan: Berbuat baiklah semasa masih hidup untu diri dan masyarakat dan jangan berbuat jahat. 6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau Jawapan: Orang yang berketurunan baik, ke mana dia pergi akan menjadi baik juga akhirnya. 7. umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga Jawapan: Orang yang baik jika berada di mana-manapun akan dimuliakan orang juga. 8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Jawapan: Setiap perbuatan mesti dilakukan bersungguh-sungguh sehingga mendapat hasil yang baik. 9. bagai lebah menghimpun madu Jawapan: Orang yang sangat rajin mencari ilmu atau harta. 10. cepat kaki, ringan tangan Jawapan: Orang yang rajin dan cekap bekerja. 11. genggam bara api biar sampai jadi arang Jawapan: Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sehingga mendapat hasil. 12. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Jawapan: Kita tidak akan mendapat hasil jika kita tidak berusaha. 13. malas bergarit perut perit Jawapan: Sikap malas berusaha akan menyebabkan kita mendapat kesusahan. 14. malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan Jawapan: Orang yang malas tidak akan maju.

15. seperti anai-anai makan kayu Jawapan: Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin. 16. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang Jawapan: Sesuatu hasil yang dihajatkan mestilah diikuti dengan usaha yang rajin kerana rezeki tidak datang dengan sendiri. 17. bagai beliung dengan asahan Jawapan: Perhubungan sahabat yang sangat rapat. 18. biduk berlalu kiambang bertaut Jawapan: Dua pihak yang bergaduh akan berbaik-baik semula apabila tiada penghasutnya. 19. buang yang keruh ambil yang jernih Jawapan: Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja. 20. cubit peha kanan peha kiri terasa juga Jawapan: Jika orang yang rapat dengan kita mendapat kesusahan, kita akan merasakan kesusahan itu juga. 21. enggang dengan enggang, pipit dengan pipit, baru boleh terbang bersama Jawapan: Perhubungan yang sama taraf. 22. ibarat telur semangkuk/ sesangkar, pecah sebiji pecah semua Jawapan: Jika seseorang ahli dalam sesuatu kumpulan mendapat susah, ahli yang lain juga turut merasai kesusahannya. 23. ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu juga Jawapan: Jikalau ada jodoh, di mana-mana pun akan ditemukan juga. 24. jauh bau bunga, dekat bau tahi Jawapan: Kaum keluarga yang tinggal berjauhan akan berasa rindu tetapi jika tinggal berdekatan akan selalu berkelahi. 25. kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi Jawapan: Sesuatu perkara tidak akan berlaku jika melibatkan seorang sahaja. 26. mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak Jawapan: Hubungan anak dengan bapa yang sangat baik dan saling bertolongan. 27. seperti pungguk rindukan bulan Jawapan: Seseorang yang sentiasa mengingati dan merindui kekasihnya. 28. ikut hati mati, ikut rasa binasa Jawapan: Orang yang mengikut kehendak nafsu akan musnah hidupnya.

29. nasi sudah menjadi bubur Jawapan: Perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak dapat diubah lagi. 30. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan Jawapan: Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu pekerjaan agar tidak menyesal kemudian hari. 31. sudah terantuk baru tengadah Jawapan: Sudah ditimpa kemalangan barulah hendak beringat-ingat/ berhati-hati. 32. air yang tenang jangan disangka tiada buaya Jawapan: Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut. 33. alah membeli menang memakai Jawapan: Biarlah membeli barang yang berkualiti dan lebih mahal harganya asalkan barangan itu tahan lama. 34. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah Jawapan: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati. 35. biar titik jangan tumpah Jawapan: Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak. 36. cencaru makan petang Jawapan: Mendapat keuntungan atau kemenangan pada saat-saat akhir. 37. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar Jawapan: Seseorang itu mestilah berhati-hati apabila bercakap atau memberi pendapat tentang sesuatu perkara. 38. cicir dipungut, hilang di cari Jawapan: Jangan membazirkan sesuatu makanan hanya kerana ingin berjimat. 39. ukur baju di badan sendiri Jawapan: Berbelanja atau melakukan sesuatu perkara biarlah mengikut kemampuan diri kita sendiri. 40. sediakan payung sebelum hujan Jawapan: Berjaga-jaga lebih baik sebelum bencana atau perkara buruk berlaku. 41. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu Jawapan: Sekali kita tertipu, akan membuatkan kita lebih berhati-hati. 42. seperti air dalam kolam Jawapan: Orang yang bersifat dan kelihatan tenang.

43. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya Jawapan: Berhati-hati apabila bercakan kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain. 44. cacing hendak menjadi naga Jawapan: Orang biasa yang cuba bertindak seperti orang besar/ berpengaruh. 45. membujur lalu melintang patah Jawapan: Seseorang yang tidak takut pada halangan atau cabaran. 46. bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat Jawapan: Mencapai kata sepakat. 47. hati gajah sama di lapah, hati nyamuk sama dicicah Jawapan: Pengagihan yang adil dan sama banyak. 48. ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni Jawapan: Perhubungan yang sama akrab sehingga susah dan senang sanggup dihadapi bersama. 49. air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut Jawapan: Kita hendaklah patuh pada adat dan undang-undang di tempat kita berada. 50. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Jawapan: Kita hendaklah patuh undang-undang dan peraturan di mana kita menetap. 51. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah Jawapan: Semasa hidup kita mesti mengikut peraturan dan adat, tetapi setelah mati kita akan mengikut hukum Tuhan. 52. kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya Jawapan: Manusia akan dipercayai jika menepati segala janji. 53. masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek Jawapan: Seseorang itu mestilah menyesuaikan diri dengan tempat di mana dia berada. 54. seperti kerbau dicucuk hidung Jawapan: Seseorang yang hanya tahu mengikut kehendak atau arahan orang lain. 55. seperti belut pulang ke lumpur Jawapan: Orang yang kembali ke tempat asalnya setelah lama merantau. 56. seperti gagak pulang ke benua Jawapan: Orang yang pulang ke tempat asalnya setelah lama merantau.

57. seperti ikan pulang ke lubuk Jawapan: Orang yang pulang ke tempat asalnya setelah lama merantau. 58. setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga Jawapan: Sejauh manapun seseorang itu merantau, akhirnya dia akan kembali ke tempat asalnya semula. 59. jangan bermain di air keruh Jawapan: Perbuatan yang negative janganlah ditiru. 60. ke tengah boleh, ke tepi pun boleh Jawapan: Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan. 61. diam ubi berisi, diam besi berkarat Jawapan: Orang yang berilmu biasanya diam kerana berfikir tetapi orang yang tidak berilmu selalunya banyak bercakap. 62. bagaikan harimau sembunyikan kuku Jawapan: Orang berilmu yang menyembunyikan kelebihan dirinya. 63. jauhari juga yang mengenal manikam Jawapan: Orang yang bijaksana sahaja tahu menilai kelebihan sesuatu perkara. 64. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga Jawapan: Sekiranya tiada ilmu untuk melakukan sesuatu perkara, lebih baik jangan melakukannya. 65. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Jawapan: Orang yang sama taraf atau sepadan. 66. air yang dingin juga dapat memadamkan api Jawapan: Kata-kata yang lemah lembut akan dapat meredakan kemarahan seseorang. 67. bagai menjaga intan dicanai Jawapan: Kasih sayang yang amat tinggi. 68. karam sambal oleh belacan Jawapan: Seseorang yang dikasihi tetapi merosakkan harta benda yang diberi kepadanya. 69. kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan Jawapan: Kasih ibu bapa terhadap anak-anaknya berkekalan selama-lamanya, tetapi kasih anak kepada ibu bapa biasanya tidak tetap.

70. kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan Jawapan: Mengasihi anak dan isteri biarlah berpatutan dan jangan terlalui dimanjai bagi mengelakkan perkara buruk berlaku. 71. bagai menatang minyak yang penuh Jawapan: Menjaga anak yang dikasihi dengan penuh kasih dan sayang 72. bagai ditatang di anak lidah Jawapan: Orang yang terlalu kasih akan anak dan isterinya. 73. kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai seberang Jawapan: Orang yang pandai membawa diri, ke mana-mana pun mereka pergi pasti akan selamat. 74. pandai menyelam air dangkal Jawapan: Orang yang pandai membawa diri 75. timba air mandikan diri Jawapan: Berusaha sendiri dengan tidak mengharapkan pertolongan orang lain. 76. yang tegak disokong, yang lemah ditopang Jawapan: Orang kaya dimuliakan manakala orang miskin diberi pertolongan. 77. bagai duduk dengan cupak dan gantang Jawapan: Rakyat yang hidup di bawah kepimpinan yang adil. 78. seduit dibelah tujuh Jawapan: Pembahagian yang sama rata. 79. menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan terserak Jawapan: Bijaksana dalam menyelesaikan masalah. 80. umpama jari di tangan ada bercincin ada tidak Jawapan: Melaksanakan hukuman secara tidak adil. 81. nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati Jawapan: Orang yang berkuasa dan bebas untuk melakukan apa-apa sahaja. 82. orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya Jawapan: Setiap orang berkuasa di rumah masing-masing. 83. bagai kaduk naik junjung Jawapan: Orang yang mengada-ngada. 84. bagai layang-layang terputus talinya Jawapan: Hidup yang tiada berpedoman.

85. alah bisa tegal biasa Jawapan: Kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah. 86. ditelan mati emak, diluah mati bapa Jawapan: Terlalu sukar membuat keputusan. 87. beras secupak tak akan jadi segantang Jawapan: Kehidupan seseorang atau kemiskinan yang tidak mungkin dapat diubah. 88. kerana nyamuk seekor kelambu dibakar Jawapan: akibat marah akan seseorang, semua orang dipersalahkan. 89. bagaikan hidup segan mati tak mahu: Jawapan: Hidup dalam keadaan ala kadar/ sesuatu yang tidak sempurna 90. bagaikan itik pulang petang Jawapan: Berjalan dalam keadaan berbaris-baris dalam satu kumpulan

Anda mungkin juga menyukai