Anda di halaman 1dari 4

SOALAN 1

USAHA MEMUPUK GAYA HIDUP SIHAT


PENDAHULUAN
-manusia kian mengabaikan kesihatan
-kesibukan menghambat mereka daripada menjalani gaya hidup yang sihat
-banyak penyakit berbahaya seperti diabetes, sakit jantung, tekanan darah
tinggi
-harus memikirkan usaha untuk memupuk gaya hidup sihat
-mencegah lebih baik daripada mengubati

1. KERAJAAN - KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT


-menjalankan kempen di seluruh negara
-meningkatkan kesedaran rakyat
-pelbagai acara sampingan seperti pameran dan pertunjukan
-mendedahkan rakyat kepada amalan gaya hidup sihat
-mendapat pencerahan bahawa kesihatan tidak dapat dijual beli

2. IBU BAPA - MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT


BERSAMA ANAK-ANAK
-ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak
-membawa anak ke taman rekreasi dan pusat sukan
-berbasikal, berenang, berjoging, dan bersenamrobik dengan anak
-memupuk hubungan yang erat di samping memupuk gaya hidup sihat
-membentuk keluarga yang sihat dan berprinsipkan badan cergas otak
cerdas

3. PIHAK SWASTA - MENAJA AKTIVITI YANG BERTEMAKAN


GAYA HIDUP SIHAT
-pihak swasta mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi
-patut menaja pelbagai program atau aktiviti bertemakan gaya hidup sihat
-melunaskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat
-menaja pembinaan gim, pusat sukan, dan aktiviti atau pertandingan sukan
-bekerjasama dengan pihak kerajaan bagai aur dengan tebing
-membina negara yang sihat dan progresif
  
4. PIHAK SEKOLAH - MENJEMPUT PAKAR KESIHATAN
UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH TENTANG
KEPENTINGAN GAYA HIDUP SIHAT
-sekolah memainkan peranan untuk menyebarkan ilmu dan pengetahuan
kepada murid
-menjemput pakar kesihatan untuk sesi bicarawara gaya hidup sihat
-bertukar-tukar pandangan dengan murid dan menimba pengetahuan
tentang kepentingan gaya hidup sihat
-pakar kesihatan pasti dapat menjelaskan impak gaya hidup sihat kepada
kesihatan manusia
-murid mendapat pencerahan sekali gus mempraktikkan gaya hidup sihat

5. MEDIA MASSA - MENYIARKAN RANCANGAN ATAU


DOKUMENTARI TENTANG GAYA HIDUP SIHAT
-media massa harus memainkan peranan sosial mereka dengan menyiarkan
rancangan yang berbentuk gaya hidup sihat
-meningkatkan kesedaran masyarakat tentang amalan baik ini
-menjauhi gejala negatif di samping beriadah dan bersukan
-mencambahkan minat penonton untuk mengamalkan gaya hidup sihat
demi menjauhi penyakit berbahaya

PENUTUP
-setiap rakyat Malaysia harus mengamalkan gaya hidup sihat
-memajukan bangsa dan negara dengan badan yang sihat
-memiliki mentaliti yang sihat untuk berfikiran matang
-membina jati diri kukuh sebagai benteng pertahanan diri
-mula mengamalkan gaya hidup sihat demi masa depan diri dan keluarga

 SOALAN 2 
USAHA MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
PENDAHULUAN
-berita pencemaran alam banyak disiarkan pada dada-dada akhbar
-mengusik jiwa dan menggores perasaan manusia yang cinta akan alam
sekitar
-pencemaran sungai, udara, dan domestik
-semakin serius sehingga mampu mengancam kesihatan manusia
-mesti berusaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar

1. KERAJAAN - KEMPEN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR


-mengadakan kempen mengitar semula sampah
-mengurangkan pencemaran domestik
-bau busuk yang tidak selesa dapat dielakkan
-mengurangkan sampah dan sisa pepejal
-menyediakan tong kitar semula demi memulihara alam sekitar
2. IBU BAPA - MENGAJAR ANAK-ANAK CARA MENJAGA
ALAM SEKITAR
-menunjukkan teladan yang baik kepada anak kerana bapa borek anak
rintik
-tidak membuang sampah sesuka hati waima membakar sampah sarap
-menguruskan sampah dengan konsep mesra alam
-anak-anak akan mencontohi sikap baik kita kepada alam
-berbudi kepada alam dan bumi harus bermula daripada diri sendiri

3. PIHAK SWASTA - MENAJA AKTIVITI YANG BERTEMAKAN


ALAM SEKITAR
-pihak swasta harus menunjukkan keprihatinan mereka terhadap alam
-menaja aktiviti yang bertemakan alam sekitar dan membantu kerajaan
mempromosikan program pelestarian alam sekitar
-menarik minat masyarakat untuk turut serta dalam aktiviti seperti
pameran dan pertunjukan
-memikul tanggungjawab kepada alam dengan baik demi keseimbangan
alam
-alam kita tanggungjawab bersama

4. PIHAK SEKOLAH - MENJEMPUT PAKAR DARIPADA


JABATAN ALAM SEKITAR UNTUK MENYAMPAIKAN
CERAMAH TENTANG KEPENTINGAMEMULIHARA ALAM
SEKITAR
-meningkatkan pengetahuan dan kesedaran diri murid
-mendapat pencerahan daripada ceramah yang disampaikan
-mempelajari cara memulihara alam dan usaha yang berterusan untuk
melindungi alam
-melihat slaid dan gambar tentang kesan pencemaran alam
-menimbulkan keinsafan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar

5. MEDIA MASSA - MENYIARKAN RANCANGAN ATAU


DOKUMENTARI TENTANG PENCEMARAN ALAM SEKITAR
DEMI MENINGKATKAN KESEDARAN RAKYAT
-surat khabar harus menyiarkan berita berkaitan dengan pencemaran dan
impaknya
-menyebarluaskan berita tentang alam sekitar yang semakin tenat
-mendidik masyarakat untuk menanam pokok dan mengurangkan
pembuangan sampah
-menjaga alam sekitar sekali gus mengurangkan pencemaran alam demi
keseimbangan ekologi dan memulihara flora dan fauna

PENUTUP
-semua penduduk bumi harus bertanggungjawab terhadap alam sekitar
-mengurangkan masalah yang menjurus kepada pencemaran alam
-mengurangkan pemanduan agar asap dapat dikurangkan
-menjimatkan penggunaan sumber alam
-alam kitar yang musnah memerlukan kerja pembaikan yang panjang
-usahlah kita menyesal nanti kerana sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna

Anda mungkin juga menyukai