Anda di halaman 1dari 3

BM penyuntingan

Praktis 1

Faedah bersukan yang utama adalah aktiviti ini dapat mendisiplinkan diri. Hal ini
dikatakan demikan kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti
mempunyai disiplin yang tinggi. Sukan juga amat penting bagi melahirkan remaja
yang sihat, sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Hal ini disebabkan oleh
kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyehatkan badan
dengan membakar lemah berlebihan di dalam badan. Tambahan pula, bersukan
boleh dijadikan hobi yang mengisi masa lapang. Dengan mengisi masa lapang
dengan bersukan, remaja tidak sahaja dapat mengelakkan diri daripada membazir
masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan dapat terhindar masalah sosial yang
semakin runcing dalam kalangan remaja belakangan ini.

1. Adalah = ialah
Langkah terbaik untuk mendapatkan berat badan yang ideal ialah dengan
bersukan.

2. Mesti = mestilah
Sebagai remaja yang mempunyai misi dan visi dalam hidupnya kita mestilah rajin
berusaha untuk merealisasikan misi dan visi hidup kita agar mampu menjadi
kebanggaan ibu bapa kita suatu hari kelak.

3. Oleh = demikian
Kami berasal dari keluarga yang miskin, tetapi sungguhpun demikian kami tidak
pernah mengharapkan belas ihsan orang lain melainkan tulang empat kerat kami
sendiri.

4. menyehatkan = menyihatkan
Pemakanan yang seimbang mampu menyihatkan tubuh badan kita dan secara
tidak langsung memberikan kita kehidupan yang lebih berkualiti.

5. Yang = untuk
Saya sebagai seorang murid tidak pernah menanam dendam terhadap cikgu jika
dia memarahi kami kerana saya percaya perbuatannya itu ialah untuk mengolah
kami menjadi manusia yang berguna kelak.

6. Lemah = lemak
Lemak yang berlebihan didalam badan jika tidak diatasi dan dikurangkan lambat
laun ia akan memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan tubuh badan kita.

7. Tidak = bukan
Saya tidak mempunyai ramai kawan bukan kerana saya sombong tetapi saya
memilih hanya kawan yang berkualiti yang boleh ada disamping saya dikala jatuh
bangun saya dalam kehidupan ini.

8. Dan = tetapi
Bukan harta dan kemewahan yang menjadi ukuran kebahagiaan seseorang tetapi
bagaimana dia menjalani kehidupan ini dengan harmoni tanpa dibenci atau dicaci
oleh masyarakat.

9. Terhindar = menghindari
Lebih baik untuk kita menghindari aktiviti yang akhirnya menjerat kita dalam
permasalahan sosial kerana sekali kita terjerumus bukan mudah untuk melepaskan
diri dari permasalahan sosial itu.

Praktis 2
Sastera mempunyai pelbagai peranan dalam masyarakat, bergantung kepada cara
kita mentaksirkannnya. Karya sastera yang baik lazimnya terpaparkan reliti
masyarakat dengan jujurnya. Di samping itu, sastera juga kemukakan ilmu dan fikiran
bagi memajukan masyarakat. Penulis menjadi wakil menyampaikan suara gulungan
yang tertindas tanpa mengira latarbelakang , keturunan, kaum , jantina dan agama.
Kita juga boleh menggunakan karya sastera untuk memupuk semangat cinta kepada
negara, memupuk perpaduan, dan menyerlahkan 39identiti bangsa. Melalui karya
sastera, kita dapat lahirkan masyarakat yang menyintai keamanan, persekitaran, dan
kemanusiaan.

1. Mentaksirkannya = mentafsirkannya
Karya sastera bukan lah perkara yang dapat didalami hanya dengan sekilas
pandang tetapi memerlukan kita untuk meneliti dan mendalaminya agar kita dapat
mentafsirkannya dengan tepat .

2. Terpaparkan = memaparkan
Penampilan kita sebenarnya memaparkan keperibadian kita yang sebenar , oleh itu
jangan menyalahkan orang lain jika mereka menghakimi kita hanya dengan melihat
kepada penampilan kita sahaja.

3. reliti = realiti
Realiti kehidupan semua orang itu berbeza-beza , sebagai seorang yang tahu erti
liku liku dunia kita tidak mempunyai sebarang hak untuk membuat perbandingan
antara hidup kita dan hidup orang lain.

4. Jujurnya= jujur
Jujur saya katakan bahawa lebih mudah untuk mengatakan diri saya berada dalam
keadaan yang baik-baik sahaja walaupun sebenarnya saya sedang dihimpit masalah
kerana bukan semua orang akan faham dan mengerti kesusahan yang kita alami.

5. Kemukakan = mengemukakan
Ali dikehendaki oleh kaunselor untuk mengemukakan apa yang terbuku dilubuk
hatinya kerana hanya dengan cara ini sahaja Ali akan rasa tenang.

6. Wakil menyampaikan = wakil untuk menyampaikan


Setiap kelas dikehendaki untuk menghantar satu wakil untuk menyampaikan
ucapan sempena hari terakhir guru besar berkhidmat disekolah .

7. Gulungan= golongan
Setinggi apa pun pangkat kita , walaupun harta kita seluas lautan kita masoh tidak
mempunyai hak untuk memperkecilkan golongan gelandangan kerana kita tidak
berada ditempat mereka dan tidak mengetahui kesukaran hidup mereka.

8. Latarbelakang = latar belakang


Kita tidak boleh menafikan bahawa latar belakang seseorang juga merupakan
salah satu faktor untuk bagaimana dia mencapai kejayaan dalam hidup .

9. Kepada = akan
Tidak salah untuk kita menangis sekali sekala , akan tetapi kita mesti ingat untuk
mengambil kesedihan kita untuk dijadikan kekuatan bagi menempuhi ujian-ujian
yang akan menimpa di kemudian hari .

10. 39identiti= 39 identiti


Tahukah anda bahawa di Malaysia kita kita mempunyai 39 identiti bangsa yang
sehingga kita masih mampu hidup aman dan harmoni bersama-sama.

11. Lahirkan= melahirkan


Jangan kita menderhaka kepada ibu kita , seburuk apa sekalipun ibu kita dia ialah
orang yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita kedunia ini .

12. Menyintai= mencintai


Mencintai dan dicintai merupakan lumrah setiap manusia yang tidak dapat
dinafikan lagi, oleh yang demikian berikanlah cinta yang tulus dari lubuk hati kita
kepada orang yang kita cintai agar kita mendapatkan cinta yang tulus ikhlas juga.

Anda mungkin juga menyukai