Anda di halaman 1dari 21

SET 1

Soalan 6 : Petikan Umum


Baca bahan 1 dan bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Pengucapan awam merupakan satu kaedah komunikasi lisan yang dilakukan dalam
situasi terancang iaitu tempat, masa dan isu yang hendak diucapkan di hadapan khalayak
ramai. Perasaan takut, gementar dan berdebar-debar ialah perasaan yang biasa dirasai oleh
setiap individu yang hendak berucap. Untuk tujuan tersebut, seseorang itu perlu membuat
pemerhatian dan belajar daripada pengucap-pengucap yang terkenal untuk dijadikan panduan
dengan mendengar gaya dan nada pertuturan serta melihat pergerakan tubuh badan dan mimik
muka penceramah. Pendekatan lain ialah mereka perlu menyediakan teks atau rangka dan isi
ucapan bersesuaian dengan jangka masa yang diberikan untuk berucap. Jika ini kali pertama
anda hendak berucap di khalayak ramai, maka yakinlah pada kemampuan diri anda sendiri.
Pengucap yang baik tidak akan melihat dan membaca teks yang disediakan.

Dipetik dan diubah suai daripada “Panduan Pengucapan Awam",


oleh Abdul Mua’ti@Zamri Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahan 2

Pelajar sering diminta untuk mengemukakan pandangan atau menyampaikan bahan


pembelajaran di hadapan bilik darjah atau semasa perhimpunan mingguan di sekolah. Dalam
hal ini, pelajar perlu mencari pendekatan atau kaedah terbaik untuk menangani rasa gemuruh.
Bagi mengawal dan menghilangkan perasaan gemuruh, pelajar boleh menggunakan kaedah
memegang sesuatu benda. Apabila memegang sesuatu benda, seseorang itu dapat membantu
diri sendiri daripada terlalu gemuruh. Sebagai contoh, memegang segulung kertas atau pen.
Selain itu, perasaan gemuruh biasanya mudah datang ketika pelajar perlu melakukan sesuatu
yang tidak pernah dilakukan. Bagi meningkatkan keyakinan diri, pelajar perlu melakukan
latihan. Pada masa yang sama, kawalan pernafasan perlu dilakukan dengan menyedut nafas
dalam dan menghembus secara perlahan-lahan.
Dipetik dan diubah suai daripada "Pengucapan Awam di Sekolah”
oleh Jamilah Jamsari, Dewan Siswa, Mei 2017.
(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud situasi terancang. [2 markah]
(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan perkara yang dilakukan apabila seseorang itu hendak
menghilangkan perasaan takut atau gementar semasa menyampaikan pengucapan awam.
[3 markah]
(iii) Ramai pakar pengucapan awam di negara ini berjaya menyampaikan pengucapan mereka
di khalayak ramai dengan baik dan berkesan.
Nyatakan sebab-sebab mereka berjaya menyampaikan pengucapan awam di khalayak
ramai.
[3 markah]
(iv) Anda telah dipilih anda untuk mewakili sekolah dalam pemilihan Tokoh NILAM Peringkat
Kebangsaan. Anda berusaha dengan gigih untuk memenangi pertandingan tersebut.
Sebagai pelajar yang dedikasi, jelaskan usaha-usaha anda untuk memenangi pertandingan
tersebut. [4 markah]
SKEMA SOALAN PEMAHAMAN
(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud situasi terancang. Markah
P1 keadaan teratur 2m
P2 situasi teratur 1m
P3 keadaan terancang 1m

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan perkara yang dilakukan apabila Markah
seseorang itu hendak menghilangkan perasaan takut atau gementar semasa
menyampaikan pengucapan awam.
Bahan 1 :
P1 belajar daripada perucap-perucap yang terkenal untuk dijadikan panduan 1m
P2 menyediakan teks atau rangka dan isi ucapan bersesuaian dengan jangka
masa yang diberikan untuk berucap
Bahan 2 :
P1 memegang sesuatu benda
1m
P2 melakukan latihan
P3 kawalan pernafasan perlu dilakukan
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3m

(iii) Ramai pakar pengucapan awam di negara ini berjaya menyampaikan Markah
pengucapan mereka di khalayak ramai dengan baik dan berkesan.
Nyatakan sebab-sebab mereka berjaya menyampaikan pengucapan awam di
khalayak ramai.

P1 bijak menggunakan pengalaman yang lalu 1m


P2 banyak membaca bahan tentang pengucapan awam 1m
P3 mahir menggunakan pelbagai teknik pengucapan awam 1m
P4 mendapat latihan pengucapan awam yang intensif 1m
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3m
(iv) Anda telah dipilih oleh pihak sekolah anda untuk mewakili sekolah dalam Markah
pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Kebangsaan. Anda berusaha dengan
gigih untuk memenangi pertandingan tersebut.
Sebagai pelajar yang dedikasi, jelaskan usaha-usaha anda untuk memenangi
pertandingan tersebut.

P1 melayari Internet untuk mencari maklumat tentang NILAM 1m


P2 menjalani latihan bersama dengan guru di sekolah 1m
P3 bertanya kepada orang yang berpengalaman / pelajar yang pernah 1m
memasuki pertandingan tersebut
P4 membaca pelbagai buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan 1m
Isi cukup : 3 isi
Markah maksimum : 4m
SET 2
Soalan 6 : Petikan Umum
Baca bahan 1 dan bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Sukar untuk kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya, ibarat kita hendak
melawan musuh tetapi tidak memahami sebab dan cara untuk bertindak. Antara kaedah yang
dapat diambil untuk menjaga tubuh termasuklah pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-
kurangnya tiga kali setahun. Pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu dilakukan untuk
mengesan penyakit ketika masih pada peringkat awal lebih baik daripada merawat. Oleh itu,
sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku, lebih baik kita melakukan tindakan awal
pencegahan. Selain itu, aspek pemakanan juga amat penting bagi menjamin kesihatan yang
baik. Kita haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupan.
Pengambilan makanan mengikut piramid makanan sangat disarankan oleh pakar kesihatan bagi
menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan. Diet yang seimbang dapat memastikan tubuh
seseorang mendapat zat yang diperlukan.
Dipetik dan diubah suai daripada “Nilai Kesihatan",
oleh Nur Amira Talib,
Dewan Siswa, November 2016

Bahan 2

Rumah tangga yang sejahtera terbentuk daripada keprihatinan ibu bapa tentang amalan cara
hidup sihat dan cergas. Maklumat penjagaan diri dan pemakanan diperoleh daripada beberapa
laman sesawang seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, dan Kelab
Nutrisi Malaysia.
Pemakanan yang seimbang amat penting untuk penjagaan kesihatan. Manusia
seharusnya mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi berkhasiat. Pengambilan
makanan seimbang dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko menghidap beberapa jenis
penyakit seperti barah, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, batu karang, obesiti,
kolesterol tinggi dan osteoporosis.
Dipetik dan diubah suai daripada “Pemakanan yang Sihat",
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan Satu,
Dewan Bahasa dan Pustaka, November 2016
(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud tindakan awal. [2 markah]
(ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan amalan cara hidup sihat
bagi menjamin kesihatan yang baik. [3 markah]
(iii) Pelbagai langkah telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan
menjaga kesihatan diri.
Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah untuk menimbulkan kesedaran pelajar
tentang kepentingan menjaga kesihatan diri? [3 markah]
(iv) Seorang daripada rakan sekelas anda kerap selesema, batuk dan bersin. Gejala ini
mengganggu pembelajarannya ketika di sekolah.
Cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh rakan anda ketika berhadapan
dengan masalahnya itu. [4 markah]
SKEMA SOALAN PEMAHAMAN
(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud tindakan awal. Markah
P1 langkah / usaha permulaan 2m
P2 langkah / usaha awal 1m
P3 tindakan permulaan 1m

(ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan amalan Markah
cara hidup sihat bagi menjamin kesihatan yang baik.
Persamaan :
P1 Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat untuk menjaga kesihatan 1m
Perbezaan :
P2 Pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-kurangnya tiga kali setahun
(Bahan 1) 1m
P3 Maklumat penjagaan diri dan pemakanan diperoleh daripada beberapa
laman sesawang (Bahan 2)
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3m

(iii) Pelbagai langkah telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang Markah
kepentingan menjaga kesihatan diri.
Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah untuk menimbulkan
kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga kesihatan diri?
P1 Pihak sekolah mengadakan ceramah tentang penjagaan kesihatan diri 1m
dengan lebih kerap
P2 Pihak sekolah hendaklah menjalinkan kerjasama dengan Kementerian 1m
Kesihatan / Pusat Kesihatan Daerah untuk mendedahkan kepentingan
menjaga kesihatan diri.
P3 Pihak sekolah mengadakan pertandingan tentang penjagaan kesihatan diri 1m
P4 Pihak sekolah hendaklah menerapkan isu penjagaan diri dalam setiap 1m
subjek yang diajar di sekolah
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3m
(iv) Seorang daripada rakan sekelas anda kerap selesema, batuk dan bersin. Markah
Gejala ini mengganggu pembelajarannya ketika di sekolah.

Cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh rakan anda ketika


berhadapan dengan masalahnya itu.

P1 Rakan saya hendaklah mendapatkan rawatan yang sewajarnya 1m


P2 Rakan saya juga perlu berjumpa dengan doktor / pergi ke klinik 1m
P3 Rakan saya mencari maklumat tentang penyakit yang dihadapinya. 1m
P4 Rakan saya juga mestilah mendapatkan nasihat daripada guru tentang 1m
penyakit tersebut
Isi cukup : 3 isi
Markah maksimum : 4m
SET 3
Soalan 6 : Petikan Umum
Baca bahan 1 dan bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1

Proses penguasaan seni tari yang dipelajari meliputi kemampuan individu menghafal gerakan,
memahami dan menghayati sesuatu tarian. Dalam kebudayaan masyarakat Malaysia, terdapat
berbagai-bagai jenis tarian, sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh
unsur-unsur moden. Tarian-tarian yang bercorak seni tari istana pula dipersembahkan pada
waktu perkahwinan, pertabalan, dan istiadat menyembah raja. Tarian-tarian ini termasuklah
tarian siti payung, mak inang, asyik, dan gamelan.

Penglibatan pelajar dalam seni tarian ini lazimnya berlaku pada peringkat sekolah. Para
pelajar sering menggemari aktiviti tarian sejak kecil dan bergerak aktif sebagai gerak keria luar
bilik darjah mereka. Penglibatan pelajar dalam tarian dapat menonjolkan bakat dan potensi diri
mereka secara keseluruhannya.

Dalam pergerakan seni tarian ini, pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti
yang menggabungkan gerakan-gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan
secara kreatif yang bertujuan membantu pelajar menyelesaikan masalah dan melahirkan
perasaan masing-masing melalui muzik yang diperdengarkan.
Dipetik dan diubah suai daripada “Anak Wawasan",
oleh Naimah Muhammad,
Fokus SPM, Bil 112/2015
Bahan 2
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah memadu tenaga dan membuat perancangan
selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan berkaitan
dengan memperkaya kebudayaan, kesenian dan warisan ke arah mewujudkan masyarakat
Malaysia yang lengkap, unggul dan prihatin terhadap seni. Pelbagai program yang meliputi
bimbingan, asuhan dan latihan sudah dilaksanakan di sekolah sejajar dengan perkembangan
dalam pembangunan pendidikan berorientasikan kepelbagaian kemahiran dan kecerdasan.

Melihat kelebihan itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan


Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) melaksanakan Program Bimbingan Seni Budaya
dengan mengambil inisiatif menyediakan latihan seni budaya khususnya seni tari kepada setiap
lapisan masyarakat termasuk golongan pelajar bagi tujuan meningkatkan kefahaman serta
kecintaan terhadap seni budaya. Pengarah Bahagian Bimbingan Seni Budaya JKKN, Fauziah
Zakaria berkata, pembangunan seni tari dalam kalangan pelajar bukan sekadar hiburan semata-
mata sebaliknya membantu membangunkan modal insan seseorang termasuk sahsiah diri.

Dipetik dan diubah suai daripada "Seni Budaya Bukan Remeh",


oleh Fazurawati Che Lah,
Harian Metro, 25 Disember 2017
(i) Apakah maksud rangkai kata kemampuan individu? [2 markah]
(ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan kebaikan seni tari tersebut kepada pelajar di
sekolah. [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk
memartabatkan bidang kesenian dan kebudayaan di Malaysia? [3 markah]
(iv) Penglibatan para pelajar dalam bidang kokurikulum seperti sukan, badan beruniform,
persatuan dan kelab di sekolah amat ditekankan oleh pihak sekolah. Pelajar-pelajar
disarankan agar menyertai setiap kegiatan kokurikulum tersebut. Anda mendapati rakan
anda tidak berminat untuk menyertai Kelab Kebudayaan di sekolah anda.
Sebagai rakan yang prihatin, apakah tindakan-tindakan yang dapat anda lakukan bagi
menarik minat rakan anda tersebut? [4 markah]
SKEMA SOALAN PEMAHAMAN
(i) Apakah maksud rangkai kata kemampuan individu? Markah
P1 kebolehan / keupayaan seseorang 2m
P2 kemampuan seseorang 1m
P3 Kebolehan / keupayaan seseorang 1m

(ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan kebaikan seni tari tersebut kepada Markah
pelajar di sekolah.
Bahan 1 :
P1 dapat menonjolkan bakat dan potensi diri mereka keseluruhannya 1m
P2 membantu pelajar menyelesaikan masalah
P3 melahirkan perasaan masing-masing
Bahan 2 :
P1 meningkatkan kefahaman serta kecintaan terhadap seni budaya 1m
P2 membantu membangunkan modal insan seseorang
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3m

(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak Markah
kerajaan untuk memartabatkan bidang kesenian dan kebudayaan di Malaysia?
P1 mewujudkan infrastruktur yang lengkap untuk dijadikan studio latihan 1m
kesenian dan kebudayaan
P2 menyediakan jurulatih yang memiliki kepakaran dalam bidang kesenian 1m
dan kebudayaan
P3 mengadakan pertandingan pada peringkat sekolah, daerah, negeri dan 1m
kebangsaan
P4 memberikan pengiktirafan kepada individu yang berjaya dalam bidang 1m
kesenian dan kebudayaan
P5 membina lebih banyak sekolah seni yang menawarkan pelbagai bidang 1m
kesenian dan kebudayaan
P6 menawarkan kursus kesenian dan kebudayaan pada peringkat diploma 1m
dan ijazah di institusi pengajian tinggi
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3m

(iv) Penglibatan para pelajar dalam bidang kokurikulum seperti sukan, badan Markah
beruniform, persatuan dan kelab di sekolah amat ditekankan oleh pihak
sekolah. Pelajar-pelajar disarankan agar menyertai setiap kegiatan
kokurikulum tersebut. Anda mendapati rakan anda tidak berminat untuk
menyertai Kelab Kebudayaan di sekolah anda.

Sebagai rakan yang prihatin, apakah tindakan-tindakan yang dapat anda


lakukan bagi menarik minat rakan anda tersebut?

P1 menasihatinya tentang faedah menyertai Kelab Kebudayaan 1m


P2 mengajaknya beriadah dan menjalani aktiviti kokurikulum bersama-sama 1m
P3 mencari maklumat tentang seni kebudayaan yang diminati 1m
P4 berbual-bual tentang seni kebudayaan yang diminati 1m
P5 menonjolkan karakter personaliti / selebriti terkenal dalam aktiviti 1m
kebudayaan
Isi cukup : 3 isi
Markah maksimum : 4m
SET 4
Soalan 6 : Petikan Umum
Baca bahan 1 dan bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1

Kegiatan sukan mendatangkan banyak faedah kepada remaja terutamanya mampu melahirkan
remaja yang sihat dari segi fizikal dan mental. Sebagai contoh, aktiviti sukan seperti berbasikal,
mendaki gunung dan bermain bola sepak dapat membantu remaja untuk membina tubuh badan
yang sihat, cergas dan menarik. Hal ini demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan
tulang serta menyihatkan badan dengan membakar lemak berlebihan dalam badan. Natijahnya,
badan yang sihat akan melahirkan minda yang cerdas seterusnya mendorong kecemerlangan
dalam pelajaran.
Selain itu, remaja dapat mengisi masa lapang dengan cara yang bermanfaat apabila
melakukan aktiviti sukan seperti tenis, memanah dan futsal. Remaja yang aktif dalam sukan
pasti tidak akan melakukan aktiviti yang kurang bermanfaat seperti menghabiskan masa dengan
telefon pintar, tidur atau melepak. Sebaliknya, mereka akan mengisi masa lapang dengan
melakukan aktiviti sukan yang digemari bersama dengan rakanrakan. Impaknya, remaja dapat
membentuk gaya hidup yang sihat dan terhindar daripada masalah sosial.

Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada


“Faedah Sukan kepada Remaja",
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019.

Bahan 2
KUALA LUMPUR - Kerajaan membenarkan aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik
darjah untuk pelajar sekolah mulai 1 September ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan),
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan telah meluluskan pembentangan Kementerian Pendidikan Malaysia
mengenai garis panduan aktiviti tersebut.
"Garis panduan tersebut merangkumi pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum
secara bersemuka termasuk amali di luar bilik darjah bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan serta Sains Sukan dalam keadaan yang terkawal," katanya dalam
sidang akhbar perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di bangunan Parlimen.
Ismail Sabri juga berkata, antara garis panduan yang perlu dipatuhi termasuk
mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga, penggunaan bilik mandi dan
persalinan dihadkan mengikut kapasiti, memastikan penjarakan fizikal satu hingga tiga meter
bagi aktiviti statik dan tiga hingga lima meter bagi aktiviti dinamik serta peralatan perlu
dibersihkan dan disanitasi.
Dipetik dan diubah suai daripada
"Aktivti Sukan, Kokurikulum Mulai 1 September",
Sinar Harian, 18 Ogos 2020.
(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud melahirkan minda. [2 markah]
(ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan faedah bersukan dan cara-cara melaksanakan
aktiviti kokurikulum semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
[3 markah]
(iii) Aktiviti sukan dan kokurikulum memberikan banyak kebaikan kepada pelajar sekolah.
Namun begitu, aktiviti ini kurang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan.
Pada pandangan anda, mengapakah aktiviti ini kurang sesuai dilaksanakan?
[3 markah]
(iv) Guru persatuan bola sepak telah mencadangkan beberapa nama untuk membentuk sebuah
pasukan bola sepak sekolah bagi menyertai pertandingan peringkat daerah. Namun
begitu, salah seorang daripada rakan anda tidak mahu menyertai pasukan tersebut kerana
tidak berminat dengan aktiviti kesukanan.
Sekiranya anda dipilih sebagai ketua pasukan bola sepak, cadangkan langkah-langkah
yang sesuai untuk memastikan rakan tersebut berminat menyertai pasukan anda.
[4 markah]
SKEMA SOALAN PEMAHAMAN
(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud melahirkan minda. Markah
P1 meluahkan / mengeluarkan akal fikiran 2m
P2 melahirkan akal fikiran 1m
P3 meluahkan / mengeluarkan minda 1m

(ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan faedah bersukan dan cara-cara Markah
melaksanakan aktiviti kokurikulum semasa tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan.
Bahan 1 :
P1 membantu remaja membina tubuh badan yang sihat, cergas dan menarik 1m
P2 bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan
dengan membakar lemak berlebihan dalam badan
P3 mengisi masa lapang dengan cara yang bermanfaat
P4 terhindar daripada masalah sosial
Bahan 2 :
P1 mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga 1m
P2 penggunaan bilik mandi dan persalinan dihadkan mengikut kapasiti
P3 memastikan penjarakan fizikal
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3m

(iii) Aktiviti sukan dan kokurikulum memberikan banyak kebaikan kepada Markah
pelajar sekolah. Namun begitu, aktiviti ini kurang sesuai dilaksanakan
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Pada pandangan anda, mengapakah aktiviti ini kurang sesuai dilaksanakan?

P1 aktiviti kokurikulum dijalankan secara berkumpulan 1m


P2 bersentuhan 1m
P3 berkongsi peralatan 1m
P4 penggunaan ruang yang terhad 1m
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3m

(iv) Guru persatuan bola sepak telah mencadangkan beberapa nama untuk Markah
membentuk sebuah pasukan bola sepak sekolah bagi menyertai
pertandingan peringkat daerah. Namun begitu, salah seorang daripada
rakan anda tidak mahu menyertai pasukan tersebut kerana tidak berminat
dengan aktiviti kesukanan.
Sekiranya anda dipilih sebagai ketua pasukan bola sepak, cadangkan
langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan rakan tersebut berminat
menyertai pasukan anda.

P1 menceritakan pelbagai kebaikan bersukan kepadanya 1m


P2 mengajak rakan tersebut berbincang bersama-sama guru bagi 1m
menceritakan masalah yang mungkin dialaminya.
P3 memberikan galakan dan sokongan penuh kepada rakan tersebut dengan 1m
sentiasa memujuk dan memberikan motivasi kepadanya untuk sama-sama
menyertai pasukan bola sepak
Isi cukup : 3 isi
Markah maksimum : 4m
SET 5

Soalan 6 : Petikan Umum


Baca bahan 1 dan bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1

Penggunaan bahasa rojak tidak boleh dipandang remeh kerana mampu merosakkan kekuatan
Bahasa Melayu itu sendiri. Pelbagai yang lazimnya negatif boleh terjadi akibat penggunaan
bahasa rojak tersebut. Penggunaan bahasa rojak rapat dengan penutur itu sendiri. Terdapat
penutur yang mencampuradukkan satu bahasa dengan bahasa yang lain terutamanya semasa
proses komunikasi berlangsung. Selain itu, bahasa rojak juga berlaku lantaran penutur itu tidak
menguasai kosa kata bahasa Melayu dengan baik. Fenomena ini diburukkan lagi dengan
kewujudan pelbagai aplikasi komunikasi dan media sosial. Hal ini menambah “perisa” dalam
penularan penggunaan bahasa rojak. Seterusnya, perasaan rendah diri terhadap bahasa sendiri
juga merupakan pendorong kepada penggunaan bahasa asing dalam percakapan seseorang
dengan orang lain.

Dipetik dan diubah suai daripada


"Faktor Dalaman Punca Bahasa Rojak”
oleh Suhaizi Suhaimi, Pelita Bahasa, Julai 2016.

Bahan 2
Pengaruh bahasa slanga dalam pertuturan harian, terutamanya dalam kalangan remaja pada hari
ini sebagai suatu kelaziman dalam masyarakat. Pada hari ini, bahasa slanga sudah menjadi
kelaziman dan tanpa segan silu diujarkan oleh penutur sama ada dewasa, remaja mahupun
kanak-kanak. Hal ini terjadi lantaran bahasa slanga telah wujud sejak bahasa mula dalam
tamadun manusia. Selain itu, bahasa ini dituturkan untuk mengukuhkan interaksi sosial dalam
kalangan remaja. Hal ini ditambah lagi dengan sifat bahasa ini yang santai dan kurang formal
serta tidak terikat dengan hukum tatabahasa yang betul. Sementara itu, ledakan teknologi
maklumat dan komunikasi juga menyebabkan bahasa slanga semakin ramai penuturnya apabila
bebas menggunakan media sosial dan pelbagai aplikasi di Internet.

Dipetik dan diubah suai daripada "Slanga Menggugat Bahasa Melayu Standard"
oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Dewan Bahasa, Ogos 2019.
(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud dipandang remeh.
[2 markah]

(ii) Merujuk semua bahan, nyatakan faktor yang menyebabkan penggunaan bahasa rojak dan
slanga dalam kalangan masyarakat kita.
[3 markah]

(iii) Pelbagai aktiviti perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk memartabatkan bahasa
kebangsaan. Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh
pihak sekolah?
[3 markah]

(iv) Anda dan beberapa orang rakan telah dipilih oleh pihak sekolah anda untuk mewakili
sekolah dalam pertandingan forum remaja peringkat daerah. Anda dan rakan berusaha
dengan gigih untuk memenangi pertandingan tersebut. Cadangkan usaha-usaha yang
perlu anda lakukan untuk memenangi pertandingan tersebut.
[4 markah]
SKEMA SOALAN PEMAHAMAN
(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud dipandang remeh. Markah
P1 dianggap mudah 2m
P2 dipandang mudah 1m
P3 dianggap remeh 1m

(ii) Merujuk semua bahan, nyatakan faktor yang menyebabkan penggunaan Markah
bahasa rojak dan slanga dalam kalangan masyarakat kita.
Bahan 1 :
P1 mempercampuradukkan satu bahasa dengan bahasa yang lain 1m
P2 tidak menguasai kosa kata bahasa Melayu dengan baik
P3 kewujudan pelbagai aplikasi komunikasi dan media sosial
Bahan 2 :
P1 bahasa slanga telah wujud sejak bahasa mula dalam tamadun manusia 1m
P2 dituturkan untuk mengukuhkan interaksi sosial dalam kalangan remaja
P3 sifat bahasa ini yang santai dan kurang formal serta tidak terikat dengan
hukum tatabahasa yang betul
P4 bebas menggunakan media sosial dan pelbagai aplikasi di Internet
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3m

(iii) Pelbagai aktiviti perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk memartabatkan Markah
bahasa kebangsaan. Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh
dilaksanakan oleh pihak sekolah?
P1 mengadakan Minggu Bahasa 1m
P2 mengadakan pertandingan penulisan esei / lukisan / pidato 1m
P3 bengkel tentang bahasa kebangsaan 1m
P4 menganjurkan kursus tentang bahasa kebangsaan 1m
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3m
(iv) Anda dan beberapa orang rakan telah dipilih oleh pihak sekolah anda untuk Markah
mewakili sekolah dalam pertandingan forum remaja peringkat daerah. Anda
dan rakan berusaha dengan gigih untuk memenangi pertandingan tersebut.
Cadangkan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk memenangi
pertandingan tersebut.
P1 mengadakan latihan intensif 1m
P2 meminta tunjuk ajar daripada guru 1m
P3 menonton video forum remaja peringkat kebangsaan menerusi Internet 1m
P4 mendapatkan jurulatih yang bertauliah
Isi cukup : 3 isi
Markah maksimum : 4m

Anda mungkin juga menyukai