Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN AMALI

Penyediaan Larutan Piawai 1.0 mol dm-3 Natrium Hidroksida 250cm3

Tujuan: Menyediakan larutan paiwai 250cm3 Natrium Hidroksida 1.0 mol dm-3.

Bahan dan Radas:

Bahan Radas
- Natrium Hidroksida - 250cm3 kelalang volumetrik
- Asid Sulfurik - Botol penimbang
- Air Suling - Rod kaca
- Penimbang elektronik dan
penutup
- Corong Turas
- Bikar
- Botol pembasuh

Prosedur:

A. Perhitungan
1. Larutan piawai natrium hidroksida, NaOH sebanyak 250cm3 disediakan
dengan mengira jisim natrium hidroksida terdahulu menggunakan formula
berikut:

Jisim NaOH yang


= Bilangan mol NaOH Jirim molar NaOH
akan digunakan
MV
= X (Na + O + H) g/mol
1000
(1.0 mol) (250 cm3)
= X ( 23 + 16 + 1 ) g/mol
1000 cm3

= 0.25 X 40g

= 10.0 g

B. Proses Penyediaan Larutan Piawai


1. Sebanyak 10.0 g Natrium Hidroksida telah ditimbang dengan menggunakan
sebuah botol penimbang yang kering.
Botol penimbang +
natrium hidroksida
Penimbang
elektronik

Rajah 1.0: Menimbang Natrium Hidroksida

2. Sebuah kelalang volumetri 250 cm3 yang bersih telah diisikan dengan kira-kira
satu pertiga air suling.
3. 10.0g Natrium Hidroksida yang telah ditimbang dan dicairkan tadi dimasukan
atau dituang ke dalam kelalang volumetri dengan menggunakan corong turas
seperti pada rajah dibawah.

Rod kaca
Natrium
hidroksida

Corong turas

Kelalang
volumetri

Rajah 1.1: Menuang Natrium Hidroksida ke dalam kelalang volumetri

4. Botol penimbang diblias beberapa kali dengan air suling untuk memastikan
semua natrium hidroksida masuk ke dalam kelakang volimetri. Proses ini
diulang untuk beberapa kali.
5. Corong turas yang digunakan juga dibilas beberapa kali. Semua air basuhan
dipastikan masuk ke dalam kelalang volumetri.
6. Coring turas ditanggalkan.
7. Air suling ditambah dengan berhati-hati dan kelalang volumetri turut digoncang
dengan perlahan-lahan.
8. air suling ditambah lagi jika belum mencecah miniskus seperti di prosedur 7
dimana larutan natrium hidroksida mencecah tanda senggatan 250 cm3 (Rajah
1.2).

Air suling

Corong turas

Tanda senggatan

Kelalang
volumetri

Rajah 1.2: Menuang / menambah air suling sehingga tahap senggatan.

9. Kelalang volumetri dipastikan ditutup dengan ketat menggunakan penutup.


10. Kemudian kelalang volumetri tersebut digoncang dan ditelangkupkan untuk
beberapa kali supaya larutan bercampur dengan sekata.
11. Maka, tersedialah larutan piawai 1.0mol natrium hidroksida sebanyak 250cm3.

C. Langkah berjaga-jaga
1. Semasa memenuhi kelalang volumetri 250cm3, air suling dituang dengan cepat
pada mulanya. Apabila aras larutan menghampiri tanda senggatan kelalang
itu, air suling ditambah setitik demi setitik sehingga meniskus larutan mencapai
tanda senggatan kelalang itu.
2. Sehubungan itu, aras mata juga mesti berada pada aras meniskus larutan itu
semasa menambah air suling sehingga ke tanda senggatan.
3. Botol penimbanga dan corong turas yang digunakan mesti dibilas beberapa
kali dan air basuhan mesti dimasukan ke dalam kelalang volumetri untuk
memastikan semua sisa natrium hidroksida yang masih terlekat pada rasa
tersebut masuk semua ke dalam kelalang volumetri.

D. Perbincangan

1. Semasa menjalankan amali penyediaan larutan piawai ketepatan sukatan


amatlah kritikal untuk menggelakkan ralat semasa menggunakan larutan
piawai ketika proses penitratan nanti. Oleh itu, langkah berjaga-jaga amatlah
disyorkan terutamanya masih di tahap penyediaan larutan piawai. Seperti yang
telah dinyatakan pada prosedur pertama dalam langkah berjaga-jaga apabila
larutan natrium hidroksida hampir mencecah tanda senggatan, air suling mula
ditambah setitik demi setitik. Sebab ia dilakukan adalah untuk menggelakkan
terlebih air suling ditambah dan menyebabkan larutan piawai menjadi salah.
Disamping itu, langkah menambah air suling setitik demi setitik juga untuk
menggelakkan pembaziran. Bagi murid yang baru menyediakan larutan piawai,
langkah menitis air suling setitik demi setitik juga boleh digantikan dengan
menggunakan penitis. Penitis juga boleh mengurangkan ralat yang boleh
dikawal.

2. Kedudukan aras mata pada aras meniskus. Mata hendaklah selari dengan
miniskus larutan semasa menambah air suling sehingga tanda senggatan
pada kelalang volumetri bagi mengelakkan ralat rawak yang boleh
menyebabkan larutan piawai menjadi tidak tepat.

3. Ketika proses memindahkan natrium hidroksida ke dalam kelalang volumetri,


membilas radas-radas yang berkaitan seperti corong turus, rod kaca dan botol
penimbang amatlah ditekankan kerana apabila hanya dituang sahaja natrium
hidroksida ke dalam kelalang tersebut masih terdapat sisa-sisa yang sedikit
pada permukaan radas-radas terbabit. Proses membilas dan menuang semua
air basuhan daripada membilas permukaan yang menggandungi natrium
hidroksida kedalam kelalang volumetri yang digunakan bagi memastikan
semua jumlah natrium hidriksida yang telah ditimbang digunakan sepenuhnya.

4. Dalam proses memstikan larutan sebati juga, kelalang volumetri mesti di


telangkup untuk beberapa kali supaya semua larutan tersebut bercampur
dengan sepenuhnya. Tidak disarankan untuk menggoncang kelalang tersebut
kerana akan menghasilkan tekanan dalam kelalang tersebut dan
menggoncang juga tidak akan menyebebkan keseluruhan larutan sebati
kerana larutan tidak bercampur sepenuhnya dan sukar digoncang.

KESIMPULAN

Sebanyak 250cm3 larutan paiwai natrium hidroksida, NaOH 1.0 mol dm-3 telah berjaya
disediakan dengan melarutkan 10.0g pepejal natrium hidroksida menggunakan air suling
sehingga mencapai ispadu 250cm3.
LAPORAN AMALI

PENENTUAN TAKAT AKHIR PENITRATAN ASID SULFURIK DENGAN LARUTAN


NATRIUM HIDROKSIDA UNTUK MENGHITUNG KEPEKATAN ASID SALFURIK

Tujuan: Menentukan kepekatan larutan asid sulfurik, H2SO4 yang digunakan untuk
penitratan sodium hidroksida, NaOH.

Bahan dan Radas:

Bahan Radas
Larutan Piawai Natrium Hidroksida Buret
Larutan Asid Sulfurik Kaki retort
Fenolftalein Piopet, 25cm3
Kon Kelalang
Corong Turas
Jubin Putih

Prosedur:

1. Buret dibersihakan dengan membilasnya dengan sedikit asid sulfurik cair.


Kemudian, buret tersebut diapit pada kaki retort.

2. Setelah itu, buret tersebut diisikan dengan asid sulfurik. Bacaan awal buret
dicatatkan.

3. Sebuah pipet 25.0cm3 dibilas dengan sedikit natrium hidroksida sebelum


sebelum digunakan untuk mengpipet 25.0 cm3 natrium hidroksida.

4. Seterusnya, larutan natrium hidroksida tesebut dipipet ke dalam kon kelalang


250cm3.

5. Sebelum proses penitratan asid dan base dijalankan, penunjuk fenolftalein


didik sebanyak dua ke 3 titik kedalam kelalang kon tersebut dan mengubah
warna natrium hidroksida menjadi merah jambu keunguan.

6. Kemudian, kelalang kon tersebut diletakkan di bawah buret seperti yang


ditunjukan pada Rajah 2.0 dibawah. Sebuah jubin putih dibawah kelalang kon
tersebut.
Buret
Asid sulfurik

Kaki retort

Natrium hidroksida +
beberapa titis fenolftalein
Jubin putih
Rajah 2.0: Set up proses penitratan

7. Asid sulfurik dialirkan dengan cermat sekiti demi sedikit ke dalam kelalang kon
sambil menggoncang kelalang kon dengan cermat.

8. Setelah warna merah jambu keunguan dalam kelalang kon semakin pudar,
asid sulfurik yang dialirkan dengan lebih perlahan-lahan. Setiap titis asid
sulfurik yang dititiskan ke dalam kelalang kon tersebut, kelalang kon pun
digoncang bersama.

9. Apabila warna menjadi larutan menjadi lutsinar, dengan cekap dan cepat
penitratan dihentikan, takat terakhir pun tercapai.

10. Bacaan pada buret direkodkan bagi mengetahui tahap pegunaan asid sulfurik
dalam penitratan tersebut.

Buret
Kaki retort

Asid Sulfurik

Kelalang Kon
mengandungi
NaOH

Rajah 2.1: Proses Penitratan


11. Langkah penitratan diulangi sebanyak dua atau tiga kali untuk mendapatkan
keputusan yang lebih jitu.

Keputusan

Jisim Natrium Hidroksida, NaOH: 10.08g

Nombor penitratan 1 2 3
3
Bacaan akhir buret (cm ), f 41.00 34.00 48.40
Bacaan awal buret (cm3), i 13.80 6.40 21.20
Isi padu asid sulfurik digunakan (f – i), (cm3) 27.20 27.60 27.20

Perhitungan

Purata isipadu asid sulfurik digunakan:

(27.20 + 27.60 + 27.20)


Purata isipadu asid sulfurik digunakan =
3
= 27.33cm3 (purata liter)

Kesimpulannya, 25.0cm3 natrium hiroksida, NaOH 1.0mol dineuteralkan dengan 27.33cm3


asid sulfurik.

jisim
Bilangan mol natrium hidroksida dalam 25.0cm3 1.0 mol dm-3 =
JMR
(10.08)
mol NaOH =
40
= 0.252 mol

Mengira Kemolaran NaOH

mol NaOH = MV
1000
0.252 = M NaOH (25.0)
1000
Kemolaran, M NaOH = 0.252 X 25
= 6.3
2 NaOH (ak) + H2SO4 (ak)  Na2SO4 (ak) + 2 H2O (ce)

( 2 mol ) ( 1 mol )

Berdasarkan persamaan diatas, 1.0 mol natrium hidroksida digunakan diperlukan untuk
dineuteralkan dengan 1.0 mol acid sulfurik.

NaOH = H2SO4
M1V1 = M2V2
MNaOH VNaOH MH2SO4 VH2SO4
( 6.3 ) ( 25.0 ) = ( M2 ) ( 27.33 )
MH2SO4 = 5.76 M

mol H2SO4 = M H2SO4V H2SO4


1000
mol H2SO4 = ( 5.76 ) ( 27.33 )
1000
= 0.157 mol

Perbincangan

1. Dalam amali tersebut, perubahan yang berlaku adalah seperti berikut:

a. Apabila asid sulfurik dititiskan ke dalam kelakang kon yang mengandungi


natrium hidroksida, ion H+ daripada asid sulfurik (H2SO4) yang akan
meneuteralkan OH- daripada natrium hidroksida, NaOH.

b. Oleh yang demikian, apabila semakin banyak ion H+ ditambah dalam kelalang
kon tersebut, tindak balas tersebut akan menyebabkan proses peneuteralan
berlaku dan menggurangkan kepekatan ion OH- dalam kelalang kon tadi. Jadi,
warna penunjuk fenolftalein yang digunakan akan menjadi pudar (warna merah
jambu ke warna lutsinar).

c. Diperingkat akhir eksperimen ini, semua ion OH- dalam kelalang kon semuanya
telah habis dineuteralkan oleh ion H+. Kerana tiada keterlebihan ion H+ dan ion
OH- , maka warna penunjuk fenolftalein tidak akan berubah warna lagi.
d. Hasil takat akhir proses penitratan yang diperolehi ialah larutan natrium sulfat
yang hanya mengandungi ion natrium, Na+ dan ion sulfat, SO42- sahaja dan
yang akan bergerak balas dan menghasilkan garam Natriun Sulfate.

2. Buret digunakan perlu dibilas dahulu dengan sedikit asid sulfurik sebelum digunakan
bagi menyingkirkan sisa air atau benda asing supaya tidak mempengaruhi asid
hidroklorik (H2SO4) yang bakal digunakan dalam proses penitratan ini.

3. Selain itu, pipet juga perlu dibilas dengan sedikit larutan natrium sebelum digunakan
seperti yang digunakan daripada prosedur 3 tadi. Ia bertujuan bagi menyingkirkan sisa
air bilasan dan benda asing yang mungkin masih terkandung pada pipet tersebut dan
pembilasan menggunakan larutan natrium hirdroksida akan membersihkannya serta
menyingkirkan benda asing dan menggelakan natrium hirdroksida bergerak balas
apabila dimasukan dalam pipet tersebut.

4. Jubin putih digunakan untuk membolehkan perubahan warna pada kelalang kon dapat
dilihat dengan lebih jelas.

5. Ketika melihat bacaan pada buret, aras mata harus sama aras meniskus cecair
semasa mengambil bacaan buret intuk menggelakkan ralat paralaks.

6. Jika eksperiment di astas diulangi dengan menggunakan penunjuk perubahan warna


metil gingga boleh menggantikan petunjuk perubah warna fenolftalein, bagi penunjuk
perubahan warna metil gingga perubahan warna akhir yang dapat diperhatikan ialah
dari warna kuning ke warna jingga.

Kesimpulan

Kemolaran asif hidroklorik digunakan untuk meneutralkan 25cm, 1 mol dm-3 natrium
hidroksida adalah 5.76 M.
LAPORAN AMALI

KERJA KACA: MEMBENGKOKKAN TIUB KACA - MEMBENTUK TIUB L

TUJUAN: Kerja kaca merupakan salah satu kemahiran penting dalam kemahiran
manipulasi dalam kaedah saintifik.

Bahan: rod kaca, penunu Bunsen, kertas pasir, pemotong kaca, sarung tangan, kikir
segi tiga

Prosedur:

MEMOTONG TIUB KACA ATAU ROD KACA

1. Sebelum memotong rod kaca, rod kaca dicalarkan terlebih dahulu dengan menegak
di atas tiub kaca yang henda dipotong dengan kikir segi tiga. Kesan calaran tersebut
boleh dilemahkan bagi melemahkan kekuatan kaca sebanyak 20% supya senang
untuk mematahkan rod kaca.

2. Rod kaca ditekan dengan meletakan kedua-dua ibu jari bersebelahan dengan garis
guris di antaranya. Bagi melindungi jari pada kecederaan kaca dilapikan dengan
sehelai kain.

3. Rod kaca dibengkokkan dengan pelahan-lahan kerah tang menjauhi badan sehingga
rod kaca terpuus.

4. Hujung rod kaca yang tajam dipanaskan mengunakan penunu bunsen dengan
memutar-mutar sehingga licin. Selain itu, bahagian yang tajam tersebut juga boleh
dilicinkan menggunakan kertas pasir untuk dihaluskan.

MEMBENGKOKKAN TIUB KACA

1. Rod kaca yang panjang dipotong menggunakan pemotong kaca menggunakan ukuran
yang lebih pendek supaya tidak sukar dipanaskan dalam proses membentukannya
nanti.

2. Tiub kaca dipanaskan dalam api penunu Bunsen sambil memutar – mutar tiub
tersebut.
3. Apabila kaca hampir menjadi lembut dan hampir – hampir melendut oleh beratnya
sendiri, tuib dikeluarkan dari api dan dibengkokan tiub tersebut mengikut bentuk yang
dikehendaki.

Rajah 2.0: proses memanas dan meutar mutar rod kaca sebelum dibengkokkan.

4. Ini dibuat pada kedua-dua hujung tiub dan membengkokkannya dengan perlahan-
lahan menuju ke aras supaya bahagian yang lembut membentuk sudut yang sesuai.

5. Ukur sudut tiub kaca supaya mendapat bacaan sudut 90O, kemudian potong semua
mengikut ukuran yang dipinta iaitu 10cm panjang dan 15cm tinggi.

Perbincangan

1. Untuk mendapatkan sudut yang tepat 90O, hasil tiub boleh diukur menggunakan
pembaris atau kertas pada penjuru kertas tersebut untuk mendapatkan 90o tersebut.

2. Untuk bahagian tiub L yang masih tajam, bahagian permukaan tersebut boleh
dilicinkan menggunakan penunu Bunsen atau kertas pasir/kaca.

3. Untuk mendapatkan lengkukan yang sama saiz ruang pada bahagian lengkukan
pastikan ketika proses melengkukkan rod kaca yang dilengkuk diputar putarkan
dahulu sebelum ia dilengkukan supaya pada bahagian tersebut menjadi lembut
barulah melengkukkannya dan saiz ruang rod tersebut akan sama saiz.
Kesimpulan:

Rod kaca berjaya dibentuk menggunakkan cara pemanasan.

Anda mungkin juga menyukai