Anda di halaman 1dari 36

MOMENTUM

Tingkatan 4 Fizik KSSM


Disediakan oleh:
Aidil Ikhwan bin Mohd Nin
KANDUNGAN

Pengenalan ii

Objektif Modul iii

Miskonsepsi Momentum 2

Momentum
• Apa itu konsep momentum? 4
• Rumus momentum 5
• Cara pengiraan momentum 6

Prinsip Keabadian Momentum


• Situasi Prinsip Keabadian Momentum 8-9
• Video aplikasi konsep momentum dalam kehidupan 10-11
harian

Peta i-Think Momentum 12

Latihan Praktis
• Latihan pengukuhan 1 13-15
• Latihan pengukuhan soalan subjektif (Bahagian A) 16-17
• Latihan pengukuhan soalan esei (Bahagian B) 18

Aktiviti Simulasi Momentum


• Aktiviti 1: Pelanggaran Kenyal 20-21
• Aktiviti 2: Pelanggaran Tidak Kenyal 22-23
• Aktiviti 3: Letupan 24-25

Skema Jawapan Modul 27

i
PENGENALAN
Modul ini merupakan modul yang boleh digunakan
sebagai alat bantu mengajar (ABM) untuk
pengajaran bagi mata pelajaran fizik subtopik
momentum untuk guru dan pelajar di sekolah
menengah.

Modul ini distruktur untuk memenuhi keperluan


pengetahuan, pemahaman dan beberapa
kemahiran yang diperlukan untuk memahami
konsep momentum dengan lebih mendalam.
Tambahan, soalan-soalan berformat SPM juga
disertakan untuk praktis pelajar.

Selain itu, melalui modul ini juga mewujudkan


pembelajaran yang berbantukan penggunaan
telefon pintar di mana konsep momentum boleh
dilihat melalui video dan simulasi yang disertakan
dengan mengimbas code QR melalui telefon.

Oleh itu, modul ini memberikan satu gambaran


yang jelas mengenai momentum, di mana konsep
momentum ini bersifat abstrak.

Diharapkan modul ini memberi manfaat kepada


guru dan pelajar di luar sana.

ii
OBJEKTIF MODUL

Menerangkan momentum, p sebagai


hasil darab jisim, m dan halaju, v.
p = mv

Mengaplikasi Prinsip Keabadian


Momentum dalam pelanggaran dan
letupan.

Menganalisis Prinsip Keabadian


Momentum dalam pelanggaran dan
letupan melalui aktiviti simulasi.

iii
MOMENTUM

1
MISKONSEPSI MOMENTUM
Miskonsepsi Konsep yang betul

• Pelajar kadang-kadang • Objek tidak kehilangan


berfikir bahawa momentum dengan
momentum objek sendirinya kerana
menurun dengan momentum adalah
sendirinya (objek produk jisim dan
halaju. Oleh itu,
"momentum
perubahan momentum
kehilangan"). dipengaruhi oleh jisim
dan halaju objek.

• Momentum sama • Inersia bergantung


dengan inersia. semata-mata pada
jisimnya manakala
momentum sebagai
'masa bergerak'
bergantung kepada
kedua-dua jisim dan
halaju.

• Prinsip keabadian • Momentum juga


momentum hanya diabadikan dalam
boleh diaplikasikan letupan dan
dengan perlanggaran. momentum sentiasa
terpelihara tanpa
kehadiran daya luar.
2
MISKONSEPSI MOMENTUM
Miskonsepsi Konsep yang betul

• Momentum • Momentum
mempunyai arah yang mempunyai arah yang
sama dengan arah sama dengan halaju
pecutan graviti. tetapi bukan dengan
pecutan graviti. Halaju
adalah kadar
perubahan sesaran.
Dalam maksud yang
lain, pecutan graviti
adalah pecutan pada
objek yang disebabkan
oleh daya graviti. Ia
merupakan vektor yang
sentiasa menunjuk ke
arah pusat Bumi.

3
MOMENTUM

Gambar menunjukkan kereta yang dipandu laju dan


lori yang membawa muatan berat di lebuh raya.

Kenderaan manakah yang sukar untuk dihentikan


sekiranya dipandu dengan halaju yang sama?

Apa itu konsep Momentum?

• Momentum ialah jisim dalam gerakan atau


kuantiti yang digunakan untuk mengukur
pergerakan jisim objek dengan hasil darab
jisim objek, m (kuantiti skalar) dan halajunya,
v (kuantiti vektor).

• Ini bermaksud momentum mempunyai jisim,


halaju dan arah pergerakan. Arah itu sama
dengan halaju pergerakan objek.

• Momentum suatu objek juga ditakrifkan


sebagai hasil darab jisim dan halaju atau
momentum = jisim × halaju

p = mv

4
MOMENTUM

Rumus MOMENTUM

Formula Maksud Formula Unit SI


p Momentum kg ms-1 atau N s
p = mv m Jisim kg
v Halaju ms-1

• Momentum adalah kuantiti vektor.

• Apabila jisim objek dimalarkan,


momentum berkadar terus dengan
halaju gerakannya.

• Apabila halaju objek dimalarkan,


momentum berkadar terus dengan
jisimnya.

5
MOMENTUM

Contoh pengiraan MOMENTUM

Sebuah lori berjisim kira-kira 25 000 kg bergerak dengan


halaju 20 m s-1. Sebuah kereta berjisim kira-kira 2 500 kg
bergerak dengan halaju 60 m s-1.

(a) Berapakah momentum lori dan kereta tersebut?


(b) Sekiranya lori itu bergerak dengan halaju yang sama
dengan kereta tersebut, berapakah momentum lori itu?

(a) Langkah 1 Jisim lori, m = 25 000 kg


Senaraikan maklumat yang diberi Halaju lori, v = 20 m s -1

Langkah 2 Momentum lori,


Kenal pasti dan tulis rumus p = mv

Langkah 3 p = 25 000 kg × 20 m s -1
Buat gantian dalam rumus dan = 500 000 kg m s -1
buat penghitungan = 500 000 N s

Momentum kereta, p = 2 500 kg × 60 m s -1


= 150 000 kg m s -1
= 150 000 N s

(b) Momentum lori yang bergerak dengan halaju kereta


= 25 000 kg × 60 m s -1
= 1 500 000 kg m s -1 // 1.5 x 106 kg m s -1
= 1 500 000 N s // 1.5 x 106 N s
6
PRINSIP KEABADIAN MOMENTUM
Jumlah momentum satu sistem tertutup adalah tetap jika tiada
daya luar yang bertindak ke atas sistem.

ATAU

Jumlah momentum sebelum perlanggaran adalah sama dengan


jumlah momentum selepas perlanggaran jika tiada sebarang daya
luar yang bertindak.

Info : Tiada daya luar yang bertindak terhadap sistem bermaksud


sistem itu sistem tertutup.

Di mana ia melibatkan sistem itu sahaja. Tiada daya luar seperti


geseran, rintangan udara, daya dan lain-lain lagi.

Rajah (a) dan (b) menunjukkan dua orang ahli bomba yang
sedang memadamkan kebakaran.

Dalam (b) kedua-dua ahli bomba tersebut kelihatan tersentak


ke belakang apabila air berkelajuan tinggi dipancutkan
daripada hos itu. Mengapakah keadaan ini berlaku?

Dalam sistem pelanggaran


Jumlah momentum sebelum perlanggaran = Jumlah momentum selepas perlanggaran

7
SITUASI PRINSIP KEABADIAN MOMENTUM

Jenis pelanggaran

(a). Perlanggaran kenyal

• Selepas perlanggaran, dua objek akan terpisah dan


bergerak dengan halaju berbeza.
• Menggunakan prinsip keabadian momentum.
Jumlah momentum sebelum perlanggaran = Jumlah momentum selepas perlanggaran

m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2

(b) Perlanggaran tak kenyal

• Selepas perlanggaran, dua objek akan bergerak bersama


dengan halaju yang sama.
• Menggunakan prinsip keabadian momentum.
Jumlah momentum sebelum perlanggaran = Jumlah momentum selepas perlanggaran

m1u1 + m2u2 = (m1 + m2) v

8
SITUASI PRINSIP KEABADIAN MOMENTUM

(c). Letupan

• Selepas letupan, dua objek akan terpisah dan bergerak


dengan halaju bertentangan.
• Menggunakan prinsip keabadian momentum.
Jumlah momentum sebelum perlanggaran = Jumlah momentum selepas perlanggaran

0 = m1v1 + m2v2
–m1v1 = m2v2

Video keadaan Prinsip


Keabadian Momentum

shorturl.at/aszQW

9
VIDEO APLIKASI KONSEP MOMENTUM DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Sentakan pada pergerakan sotong


Sotong menyedut sejumlah
besar jisim air melalui rongga
di kepala.

Pancutan air berkelajuan


tinggi dan tekanan tinggi
dilepaskan menerusi corong di
kepalanya.

Momentum tinggi di corong


kepalanya menolak sotong
untuk mengalami tujah ke
belakang.

Pelantak Cerucuk
Digunakan untuk menghentak
cerucuk ke dalam tanah di tapak
pembinaan.

Penghentak dinaikkan ke aras tinggi


dan dilepaskan.

Disebabkan jisim penghentak dan


halaju gerakannya tinggi. Maka
momentum yang besar dihasilkan.

Kadar perubahan momentum yang


besar ini menghasilkan daya yang
sangat besar untuk menghentak
cerucuk masuk ke dalam tanah.

Pelancaran roket
Sebelum dilancarkan, roket berada
dalam keadaan pegun dengan
momentum sifar.

Campuran bahan api hidrogen dan


gas terbakar dalam kebuk
pembakaran dan menyebabkan gas
panas akan dipancut keluar dengan
halaju yang tinggi dan menyebabkan
momentum ke bawah terhasil.

Dengan prinsip keabadian


momentum, suatu momentum yang
sama tetapi bertentangan arah
dihasilkan dan roket akan meluncur
ke atas.
10
VIDEO MENGENAI KONSEP MOMENTUM DALAM KEHIDUPAN

Pelanggaran Lori

Lori mempunyai momentum yang tinggi


mengakibatkan kemalangan yang berbahaya.

Tembakan peluru
Walaupun peluru mempunyai saiz dan jisim yang kecil.
Namun ianya mempunyai momentum yang besar kerana
halajunya yang tinggi.

Pecahan batu oleh


pakar karate
Seorang pakar karate boleh menjana halaju tinggi dengan
penumbuknya yang membawa momentum bagi melalui beberapa
batu untuk dipecahkan.

11
Peta i-Think Momentum

Definisi/ Definition:

Hasil darab jisim dan halaju suatu objek

Formula: Jenis kuantiti


Momentum
Kuantiti vektor
p = mv

Unit S.I. / S.I. unit:

kg m s–1 atau Ns

Selepas pelanggaran, dua


Jumlah momentum objek akan bergerak bersama
diabadikan. dengan halaju yang sama.

Pelanggaran Jumlah tenaga Pelanggaran


kenyal diabadikan. tak kenyal

Jumlah jisim
'.
Selepas pelanggaran, dua objek diabadikan.
akan terpisah dan bergerak
dengan halaju berbeza.

12
Latihan Pengukuhan 1

Yang manakah mempunyai momentum terbesar?

A. Buku teks Fizik di atas meja


B. Gajah dewasa yang sedang tidur
C.
D.
Sebatang pen bergolek di bawah meja
Seekor anak kucing yang sedang berjalan
Q1
Jawapan:

Objek bergerak dengan halaju 4 ms-1. Jika momentum ialah 20 kg ms-1,


kira jisim objek?

A. 5 kg B. 6 kg

C. 7 kg D. 8 kg Q2
Jawapan:

Objek berjisim 5 kg bergerak dengan halaju 2 ms -1. Kira momentum


objek tersebut?

A. 5 kg ms -1
B. 10 kg ms -1
C. 15 kg ms -1
D. 20 kg ms -1
Q3
Jawapan:

Rajah 4 di bawah menunjukkan sebiji bola jingga yang melanggar bola


hijau. Kedua-dua bola bergerak dengan halaju berbeza tetapi arah yang
sama. Kira halaju bola hijau selepas pelanggaran.

Q4
A. 1.0 ms -1
B. 1.5 ms -1
C. 2.0 ms -1
D. 2.5 ms -1 Jawapan:
13
Latihan Pengukuhan 1

Rajah 5 di bawah menunjukkan sebiji bola jingga melekat dengan


bola hijau. Selepas satu letupan, kedua-dua bola bergerak dengan
halaju dan arah berbeza. Kira halaju bola hijau selepas letupan.

Q5

A. 6 ms-1 B. 7 ms-1
C. 8 ms-1 D. 9 ms-1 Jawapan:

Rajah menunjukkan troli P dengan jisim 1.1 kg bergerak ke kanan dengan


kelajuan 15 ms -1 . Troli tersebut berlanggar dengan troli Q berjisim 1.0 kg yang
tidak bergerak. Kedua-dua troli tersebut melekat bersama selepas perlanggaran
tersebut.

Q6

Berapakah halaju kedua-dua troli selepas perlanggaran?

A. 4.12 m s -1 B. 5.93 m s -1
Jawapan:
C. 6.14 m s -1 D. 7.86 m s -1

Keadaan manakah Prinsip Keabadian Momentum diaplikasikan?

Q7

Jawapan:
14
Latihan Pengukuhan 1

Rajah menunjukkan bomba memegang hos untuk menyembur air.

Q8

Beberapa orang bomba diperlukan untuk memegang hos

A. untuk menyokong berat hos. B. untuk meningkatkan jisim


air yang keluar.

C. untuk meningkatkan laju air D. untuk mengurangkan kesan


yang keluar arah depan. sentakan yang kuat.

Jawapan:

Rajah menunjukkan tiga keping duit syiling yang serupa, P,Q dan R, yang
pegun di atas suatu permukaan mengufuk.

Q9
Apakah yang akan berlaku apabila P melanggar Q?

P Q R
A Bergerak Pegun Pegun
B Pegun Pegun Bergerak
C Bergerak Bergerak Pegun
D Bergerak Pegun Bergerak
Jawapan:

15
LATIHAN PENGUKUHAN SOALAN SUBJEKTIF (BAHAGIAN A)

1. Rajah 1 menunjukkan bola lisut yang bergerak dengan momentum yang tinggi.

Rajah 1
a). Apakah yang dimaksudkan dengan momentum?

___________________________________________________________________
[1 M]

b). Hitungkan momentum bola lisut jika jisim bola ialah 80 g dan halajunya ialah 100 ms-1.

[2 M]

c). Jika jisim bola ditambah tetapi momentum tidak berubah, bagaimanakah halaju
berubah?

______________________________________________________________________________________________________________
[1 M]

(d) Menggunakan konsep daya, terangkan mengapa pemain perlu memakai sarung
tangan untuk menangkap bola lisut yang bergerak laju.

______________________________________________________________________________________________________________
[1 M]

16
LATIHAN PENGUKUHAN SOALAN SUBJEKTIF (BAHAGIAN A)

2. Rajah 2 menunjukkan pistol dan peluru berjisim 0.05 kg selepas tembakan.


Momentum pistol tersentak ke belakang ialah 10 kg m s-1.

Rajah 2
a). Nyatakan Prinsip Keabadian Momentum?

___________________________________________________________________
[1 M]

b). Dalam sebutan momentum, terangkan mengapa peluru itu bergerak ke depan
dengan halaju tinggi.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
[2 M]

c). Dengan menggunakan Prinsip Keabadian Momentum,

(i) Berapakah momentum peluru itu.

___________________________________________________________________________________________________________
[1 M]

(i) Hitungkan halaju peluru itu.

[2 M]

17
LATIHAN PENGUKUHAN SOALAN ESEI (BAHAGIAN B)

1. Rajah 1.1 menunjukkan seorang budak lelaki berjisim 60 kg berdiri di dalam


sebuah bot pegun yang berjisim 50 kg.

Rajah 1.2 menunjukkan bot itu bergerak menjauhi jeti dengan halaju 6 m s -1
apabila budak lelaki itu melompat ke jeti dengan halaju 5 m s -1.

Rajah 1.1 Rajah 1.2

a). (i) Apakah yang dimaksudkan dengan momentum?

__________________________________________________________________
[1 M]
(ii). Berapakah jumlah momentum budak lelaki dan perahu dalam Rajah 1.1?

Menggunakan Rajah 1.2, hitungkan jumlah momentum budak lelaki dan


perahu selepas budak itu melompat ke jeti.

Menggunakan Rajah 1.1 dan Rajah 1.2, bandingkan jumlah momentum


sebelum dan selepas budak lelaki itu melompat ke jeti.

Namakan prinsip fizik yang terlibat dalam situasi di atas.

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[5 M]
b.) Terangkan, dalam sebutan momentum, rejangan sebuah enjin roket.

__________________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________________
[4 M]
18
Aktiviti Simulasi
Momentum

shorturl.at/aiIO8
Tujuan: Menyiasat Prinsip Keabadian Momentum, Pelanggaran Kenyal
menggunakan simulasi Physics Classroom

Tatacara penggunaan simulasi:

1. Tetapkan nilai halaju awal pada kereta biru dan kereta merah
dengan menekan butang

2. Tetapkan jisim yang pada kereta dengan menekan gambar


simulasi yang disediakan seperti dalam gambar berikut:

3. Bagi menjalankan simulasi mengenai Prinsip Keabadian


Momentem, Pelanggaran Kenyal. Tekan butang

4. Tekan butang untuk menetapkan semula jisim dan halaju awal.

5. Jawab soalan yang diberikan menggunakan rumus Prinsip


Keabadian Momentum, Pelanggaran Kenyal.

20
Aktiviti 1: Pelanggaran Kenyal

Arahan
Tetapkan jisim kereta merah, 2 kg dengan halaju awal 5 m s-1
manakala kereta biru, 1 kg dengan keadaan pegun, 0 m s -1.

Jalankan simulasi.

Soalan

1. Bandingkan jumlah momentum sebelum dan selepas


perlanggaran.

2. Adakah jumlah momentum diabadikan? Jelaskan


jawapan anda.

21
Tujuan: Menyiasat Prinsip Keabadian Momentum, Pelanggaran Tidak
Kenyal menggunakan simulasi Physics Classroom

Tatacara penggunaan simulasi:

1. Tetapkan nilai halaju awal pada kereta biru dan kereta merah
dengan menekan butang

2. Tetapkan jisim yang pada kereta dengan menekan gambar


simulasi yang disediakan seperti dalam gambar berikut:

3. Bagi menjalankan simulasi mengenai Prinsip Keabadian


Momentem, Pelanggaran Tidak Kenyal. Tekan butang

4. Tekan butang untuk menetapkan semula jisim dan halaju awal.

5. Jawab soalan yang diberikan menggunakan rumus Prinsip


Keabadian Momentum, Pelanggaran Tidak Kenyal.

22
Aktiviti 2: Pelanggaran Tidak Kenyal

Arahan

Tetapkan jisim kereta merah, 3 kg dengan halaju 6 m s-1


manakala kereta biru, 2 kg dengan halaju 3 m s-1.

Jalankan simulasi.

Soalan

1. Bandingkan jumlah momentum sebelum dan selepas


perlanggaran.

2. Adakah jumlah momentum diabadikan? Jelaskan


jawapan anda.

23
Tujuan: Menyiasat Prinsip Keabadian Momentum, Letupan
menggunakan simulasi Physics Classroom

Tatacara penggunaan simulasi:

1. Tetapkan nilai halaju awal pada kereta biru dan kereta merah
dengan menekan butang

2. Tetapkan jisim yang pada kereta dengan menekan gambar


simulasi yang disediakan seperti dalam gambar berikut:

3. Bagi menjalankan simulasi mengenai Prinsip Keabadian


Momentem, Letupan. Tekan butang

4. Tekan butang untuk menetapkan semula jisim dan ha;aju awal.

5. Jawab soalan yang diberikan menggunakan rumus Prinsip


Keabadian Momentum, Letupan.
0 = m1v1 + m2v2
–m1v1 = m2v2
24
Aktiviti 3: Letupan

Arahan

Tetapkan jisim kereta merah, 2 kg dengan halaju 0 m s-1


manakala kereta biru, 3 kg dengan halaju 0 m s-1.

Jalankan simulasi.

Soalan

1. Bandingkan jumlah momentum sebelum dan selepas


letupan.

2. Adakah jumlah momentum diabadikan? Jelaskan


jawapan anda.

25
Phet Interactive
Simulation

oPhysics: Interactive
Physics Simulations

cK-12 Exploration Series | Physics


Simulations

26
SKEMA JAWAPAN MODUL

Latihan Pengukuhan 1
1. D
2. A
3. B
4. B
5. C
6. D
7. D
8. D
9. B

LATIHAN PENGUKUHAN SOALAN SUBJEKTIF (BAHAGIAN A)


1. (a). Hasil darab jisim dan halaju // jisim x halaju

Product of mass and velocity // mass x velocity

(b). p = mv
= (0.08)(100)
= 8 kg ms-1

(c). Berkurang / Decreases

(d). Meningkatkan masa tindak balas dan mengurangkan daya impuls


Increase time of impact and reduce impulsive force

27
2. (a). Jumlah momentum sebelum pelanggaran sama dengan jumlah
momentum selepas pelanggaran

The amount of momentum before the collision is equal to the amount


momentum after the collision

(b). - Momentum peluru ke depan = Momentum pistol ke belakang


- Jisim peluru kurang daripada jisim pistol kerana ianya bergerak ke
depan dengan halaju yang tinggi.
Momentum of the bullet forward = Momentum of the pistol backward
The mass of the bullet lower than the mass of the pistol cause it moves
forward with high velocity.

(c). (i). 10 kg ms-1 // Sama dengan momentum pistol // Same to the


momentum of pistol
(c). (ii). p = mv
10 = 0.05v
v = 200 ms-1

LATIHAN PENGUKUHAN SOALAN ESEI (BAHAGIAN B)

1. (a). (i). Hasil darab jisim dan halaju // jisim x halaju


Product of mass and velocity // mass x velocity

(ii). - Jumlah momentum dalam Rajah 9.1 adalah sifar.

The total momentum in Diagram 9.1 is zero

- Magnitud momentum budak lelaki dan kapal adalah sama.

Magnitude of momentum of the boy and boat are the same

28
- Arah momentum budak lelaki dan kapal berlawanan.

The direction of momentum of the boy and boat are opposite

- Jumlah momentum budak lelaki dan bot sebelum dan selepas

budak itu melompat sama.

The total momentum of the boy and boat before is the same as

the total momentum after the boy jump

- Prinsip Keabadian Momentum.

Principle of Conservation of Momentum

(b). - Oksigen cecair dan bahan bakar hidrogen (cecair) dibakar

dalam ruang pembakaran

Liquid oxygen and hydrogen fuel (liquid) burn in the

combustion chamber

- Gas ekzos dikeluarkan dari roket dengan kelajuan tinggi

Exhaust gas rush out fromm rocket at a high velocity

- Menghasilkan momentum besar ke belakang

Create a backward momentum

- Roket mendapat momentum besar ke hadapan

Rocket gains a forward momentum

29
1. (c).
CIRI-CIRI PENJELASAN
ASPECT EXPLANATION
Bentuk aerodinamik Mengurangkan ringangan udara
Aerodynamic shape Reduce air resistance
Ketumpatan rendah // Bahan yang Ringan // Tidak mudah pecah
kuat Low density // Strong material Light // Not easily broken
Mempunyai cecair oksigen Meningkatkan pembakaran
Contains liquid oxygen Increase rate of combustion
Menambahkan saiz ruang Lebih banyak bahan bakar dapat
pembakaran dibakar
Increase size of combustion chamber More fuel can be burnt
Mempunyai berepapa peringkat Mengurangkan jisim roket
pemisahan (strip off) Reduce the mass of rocket
Have several stages of separation
(strip off)

30
MOMENTUM

Modul ini sesuai digunakan oleh guru


dan pelajar bagi pengajaran dan
pembelajaran untuk subtopik
Momentum Fizik Tingkatan 4.

Saya mengesyorkan penggunaan


modul ini dan berharap dengan
pembangunan modul tersebut sedikit
sebanyak memberi faedah kepada
guru dan pelajar.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai