Anda di halaman 1dari 26

1.

1 Kadar Tindak Balas


1. Semasa tindak balas kimia berlaku, bahan tindak balas digunakan sehingga
terbentuknya hasil tindak balas.
2. Kadar tindak balas memberitahu kita berapa cepatnya sesuatu tindak balas berlaku.
3. Sesetengah tindak balas kimia adalah perlahan dan mengambil masa beberapa hari
untuk memerhati perubahannya. Oleh itu, kadar tindak balasnya dikatakan adalah
rendah.
4. Manakala sesetengah tindak balas kimia adalah cepat, oleh itu kadar tindak balasnya
adalah tinggi.
5. Semakin pendek masa yang diperlukan untuk suatu tindak balas, semakin tinggi kadar
tindak balasnya.
6. Maka, kadar tindak balas adalah berkadar songsang dengan masa tindak balas.

1
Kadar tindak balas ∝ Masa Tindak Balas

7. Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh tindak balas kimia:


(a) Tindak balas cepat
Jenis tindak balas Contoh
Peneutralan Tindak balas antara asid hidroklorik dengan
natrium hidroksida
HCl + NaOH  NaCl + H2O
Penguraian ganda dua Tindak balas antara larutan argentum nitrat dengan
larutan natrium klorida untuk membentuk
mendakan argentum klorida
AgNO3 + NaCl  AgCl + NaNO3
Pembakaran Pembakaran bahan api untuk membentuk karbon
dioksida dan air
CH4 + 2O2  CO2 + 2H2O

(b) Tindak balas lambat


Jenis tindak balas Contoh
Pengaratan besi Pengaratan berlaku secara perlahan dengan
kehadiran air dan oksigen
4Fe + 3O2 + 2H2O  2Fe2O3H2O
Penapaian glukosa Dengan kehadiran yis, penapaian glukosa
menghasilkan alkohol dan karbon dioksida
C6H12O6  2C2H5OH + 2CO2
Fotosintesis Semasa proses fotosintesis, karbon dioksida
bertindak balas dengan air untuk membentuk
glukoda dan gas oksigen
6CO2 + 6H2O  C6H12O6 + 6O2
8. Kadar tindak balas untuk suatu tindak balas kimia boleh diukur dengan:
(a) Isi padu gas yang dibebaskan
(b) Masa yang diperlukan untuk membentuk satu mendakan
(c) Perubahan suhu
(d) Perubahan tekanan
(e) Perubahan kepekatan
(f) Perubahan jisim
(g) Perubahan warna

9. Kadar bagi suatu tindak balas boleh diukur sebagai:


(a) Kadar tindak balas purata dalam suatu tempoh
(b) Kadar tindak balas pada sesuatu masa tertentu

10. Kadar tindak balas purata ialah nilai purata tindak balas yang merangkumi suatu
tempoh.

11. Kadar tindak balas untuk masa tertentu ialah kadar tindak balas sebenar pada ketika
itu.

𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ ℎ𝑎𝑠𝑖𝑙 𝑡𝑖𝑛𝑑𝑎𝑘 𝑏𝑎𝑙𝑎𝑠


12. Kadar tindak balas purata= 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑎𝑠𝑎 𝑑𝑖𝑎𝑚𝑏𝑖𝑙

13. Kadar tindak balas pada masa tertentu pula boleh dihitung melalui kecerunan tangen
koordinat pada lengkung pada masa itu.
Aktiviti makmal 1.1

Tujuan: Untuk menentukan kadar tindak balas dan kadar tindak balas purata antara asid
hidroklorik dengan zink.

Bahan: Ketulan zink, asid hidroklorik 0.5 mol dm-3, air

Radas: Kelalang kon, penyumbat dipasang dengan salur penghantar, buret, jam randik, kaki
retort dengan pengapit, besen, neraca elektronik, silinder penyukat

Prosedur:

1. 25 cm3 asid hidroklorik 0.5 mol dm-3 disukat dengan silinder penyukat dan dituang ke
dalam kelalang kon.
2. Sebuah buret yang diisi penuh dengan air diterbalikkan dalam besen yang
mengandungi air dan kemudian diapit menegak dengan menggunakan kaki retort.
3. Aras air dalam buret itu diselaraskan dan bacaan awal direkodkan.
4. 5 g ketulan zink ditimbang dengan neraca elektronik dan ditambah ke dalam kelalang
kon yang mengandungi asid hidroklorik.
5. Salur penghantar disambungkan kepada kelalang kon untuk menyalurkan gas yang
dibebaskan ke buret.
6. Jam randik dimulakan dengan serta-merta. Kelalang kon digoncang sepanjang
eksperimen dijalankan.
7. Jumlah gas yang dibebaskan ke dalam buret direkodkan setiap 30 saat selama 6.5
minit.

Asid hidroklorik
Keputusan:

Masa/s Bacaan buret/cm3 Isi padu gas/cm3


0 50.00 0.00
30 33.00 10.00
60 24.50 19.00
90 22.50 27.00
120 18.00 33.00
150 14.00 38.00
180 9.50 42.00
210 7.00 45.00
240 5.50 47.00
270 4.00 48.00
300 3.50 48.00
330 3.00 48.00
360 3.00 48.00
390 3.00 48.00

Graf dan pengiraan

1. Sebuah graf isi padu gas yang dibebaskan melawan masa diplotkan.

2. Menghitung kadar tindak balas purata


(a) Kadar tindak balas purata dalam masa 2 minit pertama
Jumlah isi padu gas hidrogen terkumpul dalam 120 saat pertama
=
Masa diambil
33.0 cm3
=
120s

= 0.275 cm3s-1
(b) Kadar tindak balas purata dalam minit kedua

Isi padu gas hidrogen terkumpul antara 60 hingga 120 saat


=
Masa diambil
(33.0−19.0)cm3
= (120−60)s

= 0.233 cm3s-1

3. Menghitung kadar tindak balas pada masa tertentu


(a) Kadar tindak balas pada 90 saat
= Kecerunan lengkung pada 90 saat

(40.0−13.0)cm3
=
(150−30)s

27.00 cm3
=
120s

= 0.225 cm3s-1

Kesimpulan:

Apabila tindak balas berterusan, kadar tindak balas semakin berkurang dengan masa sehingga
tindak balas berhenti.
1.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kadar Tindak Balas
1. Kadar tindak balas dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
(a) Kepekatan bahan tindak balas
(b) Suhu
(c) Jumlah luas permukaan per unit jisim
(d) Kehadiran mangkin
(e) Tekanan (tertakluk kepada gas sahaja)

Eksperimen 1.1

Tujuan: Untuk mengkaji kesan jumlah luas permukaan per unit jisim bahan tindak balas
kepada kadar tindak balas.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah jumlah luas permukaan per unit jisim bahan tindak
balas mempengaruhi kadar tindak balas?

Hipotesis: Semakin bertambah jumlah luas permukaan per unit jisim, semakin bertambah
kadar tindak balas.

Pemboleh ubah:

(a) Pemboleh ubah yang dimanipulasikan: Ketulan marmar dan serbuk kalsium
karbonat
(b) Pemboleh ubah yang bergerak balas: Kadar tindak balas
(c) Pemboleh ubah yang dimalarkan: Jisim marmar, isi padu dan kepekatan asid
hidroklorik, suhu

Bahan: Asid hidroklorik 0.2 mol dm-3, ketulan marmar, serbuk kalsium karbonat

Radas: Silinder penyukat, kelalang kon, penyumbat dipasang dengan salur penghantar,
neraca elektronik, jam randik, besen, buret

Prosedur:

1. Sebuah buret yang diisi penuh dengan air diterbalikkan ke dalam besen yang
mengandungi air dan diapit tegak dengan kaki retort.
2. Aras air dalam buret diselaraskan dan direkodkan.
3. 50 cm3 asid hidroklorik 0.2 mol dm-3 disukat dengan silinder penyukat dan dituang ke
dalam kelalang kon.
4. 5 g ketulan marmar ditimbang dengan neraca elektronik dan ditambah ke dalam
kelalang kon yang mengandungi asid hidroklorik.
5. Salur penghantar disambungkan kepada kelalang kon untuk menyalurkan gas yang
dibebaskan ke buret.
6. Jam randik dimulakan dengan serta-merta. Kelalang kon digoncang sepanjang
eksperimen dijalankan.
7. Jumlah gas yang dibebaskan ke dalam buret direkodkan setiap 30 saat selama 6 minit.
8. Langkah 1 hingga 7 diulangi dengan menggantikan ketulan marmar dengan serbuk
kalsium karbonat.

Keputusan:

(a) Ketulan marmar


Masa/saat 0 30 60 90 120 150 180 210 240 270 300
Bacaan 50.00 46.00 42.00 40.00 37.00 35.00 33.00 31.00 29.00 27.00 25.00
3
buret/cm
Isi padu gas 0.00 6.50 12.50 18.00 22.00 26.00 28.50 30.50 32.00 33.00 34.00
yang
dibebaskan/
cm3

(b) Serbuk kalsium karbonat


Masa/saat 0 30 60 90 120 150 180 210 240 270 300
Bacaan 50.00 40.00 35.00 31.00 26.00 23.00 20.00 17.00 14.00 12.00 10.00
3
buret/cm
Isi padu gas 0.00 8.00 15.00 20.50 24.50 28.00 30.50 32.50 34.00 35.00 35.00
yang
dibebaskan/
cm3
Graf

40
35
30
Isi padu gas/ cm3

25
20
i
15
ii
10
5
0
0 100 200 300 400
Masa/s

Perbincangan:

1. Tindak balas antara marmar dengan asid hidroklorik membebaskan karbon dioksida.
CaCO3(p) + 2HCl(ak) CaCl2(ak) + CO2(g) + H2O(ce)

2. Berdasarkan graf yang diplotkan, kedua-dua lengkungan berakhir pada nilai yang
sama. Ini menunjukkan bahawa isi padu maksimum gas karbon dioksida yang
dikumpul pada akhir eksperimen I dan II adalah sama iaitu 35 cm3. Hal ini berlaku
demikian kerana jisim marmar, isi padu dan kepekatan asid hidroklorik yang
digunakan oleh kedua-dua eksperimen adalah sama.
3. Kecerunan graf bagi eksperimen I adalah kurang curam berbanding dengan
eksperimen II. Hal ini berlaku demikian kerana ketulan marmar yang digunakan
dalam eksperimen I mempunyai luas permukaan per unit jisim yang lebih kecil.
4. Manakala kecerunan graf bagi eksperimen II adalah lebih curam kerana serbuk
kalsium karbonat yang digunakan mempunyai luas permukaan per unit jisim yang
lebih besar.
5. Hal ini telah menunjukkan bahawa semakin bertambah luas permukaan per unit jisim,
semakin bertambah kadar tindak balas.
6. Berdasarkan graf, kecerunan graf bagi kedua-dua eksperimen I dan II semakin
berkurang semasa tindak balas berlaku. Ini menunjukkan bahawa kadar tindak balas:
(a) Adalah lebih tinggi pada permulaan tindak balas
(b) Semakin berkurang apabila tindak balas berlaku
(c) Menjadi sifar apabila tindak balas lengkap
7. Tindak balas eksperimen I mengambil lebih banyak masa untuk tindak balas lengkap
berbanding dengan eksperimen II. Hal ini menunjukkan bahawa kadar tindak balas
bagi eksperimen II adalah lebih tinggi daripada eksperimen I.
Kesimpulan:
Semakin bertambah luas permukaan per unit jisim bahan tindak balas, semakin bertambah
kadar tindak balas.

Eksperimen 1.2

Tujuan: Untuk mengkaji kesan kepekatan ke atas kadar tindak balas.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah kepekatan bahan tindak balas mempengaruhi kadar


tindak balas?

Hipotesis: Semakin bertambah kepekatan bahan tindak balas, semakin bertambah kadar
tindak balas.

Pemboleh ubah:

(a) Pemboleh ubah yang dimanipulaskian: Kepekatan larutan natrium tiosulfat


(b) Pemboleh ubah yang bergerak balas: Kadar tindak balas
(c) Pemboleh ubah yang dimalarkan: Suhu, jumlah isi padu campuran tindak balas,
kepekatan dan isi padu asid sulfurik, saiz kelalang kon

Definisi Beroperasi:

Kadar tindak balas berkadar songsang dengan masa diambil untuk tanda “X” hilang daripada
penglihatan.

1
Kadar ∝
Masa
Bahan: Larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm-3, asid sulfurik 1.0mol dm-3, air suling

Radas: Silinder penyukat, kelalang kon 250 cm3, kertas putih yang ditanda ‘X’, jam randik.

Prosedur:

1. 50 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm-3 disukat dengan silinder penyukat dan
kemudian dituang ke dalam sebuah kelalang kon.
2. Kelalang kon tersebut diletakkan di atas sekeping kertas putih yang ditanda ‘X’.
3. 5 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm-3 disukat dengan silinder penyukat dan dituang dengan
cepat ke dalam larutan natrium tiosulfat.
4. Jam randik dimulakan dengan serta merta.
5. Campuran dalam kelalang kon dipusarkan beberapa kali. Kemudian, kelalang kon
diletakkan kembali di atas kertas putih.
6. Tanda “X” dipandang tegak dari atas menerusi larutan.
7. Jam randik dihentikan sebaik sahaja tanda ‘X’ tidak dapat dilihat dan masa yang
diambil untuk menghilangkan tanda ‘X’ direkodkan.
8. Langkah 1 hingga 9 diulangi kepekatan larutan natrium tiosulfat yang berbeza.
Keputusan:

Eksperimen I II III IV V
Isi padu larutan natrium 50 40 30 20 10
tiosulfat, V1 (cm3)
Isi padu air suling (cm3) 0 10 20 30 40
Isi padu asid sulfurik 1.0 5 5 5 5 5
mol dm-3 (cm3)
Jumlah isi padu campuran 50 50 50 50 50
tindak balas, V2 (cm3)
Kepekatan larutan 0.2(50) 0.2(40) 0.2(30) 0.2(20) 0.2(10)
natrium tiosulfat dalam 50 50 50 50 50
campuran tindak balas, = 0.20 = 0.16 = 0.12 = 0.08 = 0.04
𝐌𝟏𝐕𝟏
M2 (mol dm-3) (𝐌 = 𝐕𝟐 )

Masa diambil, t (s) 24.00 30.00 42.00 62.00 111.00


𝟏 0.042 0.033 0.024 0.016 0.009
(s-1)
𝒎𝒂𝒔𝒂

Menginterpretasikan data:

Berdasarkan keputusan diperoleh, dua graf diplotkan.

(a) Graf I merupakan graf bagi kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan masa.
1
(b) Graf II merupakan graf bagi kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan .
masa
0.3
Kepekatan Na2S2O3/ mol dm-3
0.25

0.2

0.15

0.1

0.05

0
0 20 40 60 80 100 120 140
Masa/s

0.25
Kepekatan Na2S2O3/ mol dm-3

0.2

0.15

0.1

0.05

0
0 0.005 0.01 0.015 0.02 0.025 0.03 0.035 0.04 0.045
1/masa (s-1)

Perbincangan:

1. Larutan natrium tiosulfat bertindak balas dengan asid sulfurik cair secara perlahan-
lahan untuk membentuk mendakan kuning sulfur:
Persamaan kimia bagi tindak balas ini ialah:
Na2S2O3(ak) + H2SO4(ak) Na2SO4(ak) + S(p) + SO2(g) + H2O(ce)
Persamaan ion ialah:
S2O32-(ak) + 2H+(ak) S(p) + SO2(g) + H2O(ce)

2. Untuk mengira kadar tindak balas, masa yang diambil untuk menghilangkan tanda ‘X’
telah direkodkan.

1
Kadar tindak balas ∝
Masa diambil untuk tanda "X" hilang daripada penglihatan
3. Berdasarkan graf I, didapati bahawa kepekatan larutan natrium tiosulfat semakin
berkurang apabila masa bertambah. Selain itu, juga dapat diperhatikan bahawa masa
tindak balas semakin bertambah apabila kepekatan larutan natriumt tiosulfat
berkurang.
4. Hal ini membuktikan bahawa semakin berkurang kepekatan larutan natrium tiosulfat,
semakin berkurang kadar tindak balas.
5. Berdasarkan graf II, didapati bahawa kepekatan larutan natrium tiosulfat berkadar
1 1
terus dengan . mewakili kadar tindak balas. Maka ini dapat disimpulkan
𝑚𝑎𝑠𝑎 𝑚𝑎𝑠𝑎
bahawa kepekatan larutan natrium tiosulfat berkadar terus dengan kadar tindak balas.
6. Hal ini membuktikan bahawa semakin bertambah kepekatan larutan natrium tiosulfat,
semakin bertambah kadar tindak balas.
7. Kelalang kon yang digunakan dalam kedua-dua eksperimen adalah sama saiz. Hal ini
kerana saiz kelalang kon yang digunakan akan mempengaruhi masa yang diambil
untuk menghilangkan tanda ‘X’. Semakin besar saiz kelalang kon yang digunakan,
semakin panjang masa yang diperlukan untuk menghilangkan tanda ‘X’. Luas dasar
kelalang kon 250 cm3 adalah lebih besar, jadi larutan di dalamnya menjadi lebih cetak.
Maka, kuantiti mendakan sulfur yang lebih banyak dperlukan untuk menutupi tanda
“X” hilang daripada penglihatan.
8. Sekiranya asid hidroklorik yang berbeza kepekatan digunakan untuk menggantikan
asid sulfurik dalam eksperimen ini, maka kadar tindak balas akan berkurang.
9. Hal ini kerana asid hidroklorik adalah asid monoprotik manakala asid sulfurik adalah
asid diprotik. Kepekatan ion hidrogen yang dihasilkan oleh asid sulfurik adalah dua
kali lebih daripada asid hidroklorik.
10. Jumlah isi padu campuran tindak balas yang digunakan adalah sama bagi setiap
eksperimen iaitu 50 cm3. Tujuan ini adalah untuk memastikan kuantiti sulfur yang
diperlukan untuk tanda “X” hilang daripada penglihatan adalah sama bagi semua set
eksperimen itu.

Kesimpulan:

Semakin bertambah kepekatan bahan tindak balas, semakin bertambah kadar tindak balas.
Eksperimen 1.3

Tujuan: Mengkaji kesan suhu ke atas kadar tindak balas.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah suhu mempengaruhi kadar tindak balas?

Hipotesis: Semakin meningkat suhu, semakin meningkat kadar tindak balas.

Pemboleh ubah:

(a) Pemboleh ubah yang dimanipulasikan: Suhu larutan natrium tiosulfat


(b) Pemboleh ubah yang bergerak balas: Kadar tindak balas
(c) Pemboleh ubah yang dimalarkan: Isi padu dan kepekatan larutan natrium sulfat, isi
padu dan kepekatan asid sulfurik, saiz kelalang kon

Definisi beroperasi:

Kadar tindak balas berkadar songsang dengan masa diambil untuk tanda “X” hilang daripada
penglihatan.

1
Kadar ∝
Masa
Bahan: Larutan natrium tiosulfat 0.1 mol dm-3, asid sulfurik 1.0 mol dm-3, kertas putih
ditanda ‘X’.

Radas: Kelalang kon, silinder penyukat, termometer, jam randik, kasa dawai, tungku kaki
tiga, penunu Bunsen.

Prosedur:

1. 50 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.1 mol dm-3 disukat dengan silinder penyukat dan
dituang ke dalam sebuah kelalang kon.
2. Suhu larutan natrium tiosulfat ditetapkan pada 30C dengan menggunakan
termometer.
3. Kelalang kon tersebut kemudian diletakkan pada sehelai kertas putih yang ditanda ‘X’.
4. 5 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm-3 dituang dengan cepat ke dalam larutan natrium
tiosulfat.
5. Jam randik dimulakan dengan serta merta.
6. Campuran dalam kelalang kon dipusarkan beberapa kali. Kemudian, kelalang kon
diletakkan kembali di atas kertas putih.
7. Tanda “X” dipandang tegak dari atas menerusi larutan. Jam randik dihentikan sebaik
sahaja tanda ‘X’ tidak dapat dilihat menerusi larutan.
8. Masa yang diambil untuk menghilangkan tanda ‘X’ direkodkan.
9. Langkah 1 hingga 8 diulangi dengan menggunakan 50 cm 3 larutan natrium tiosulfat
yang ada pada suhu 35C, 40C, 45 dan 50C dengan memanaskan larutan tersebut
lalu menambah 5 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm-3.

Keputusan:

Eksperimen Suhu (◦C) Masa, t (s) 𝟏


(𝐬−𝟏 )
𝐦𝐚𝐬𝐚
I 28.0 18.52 0.054
II 35.0 9.48 0.105
III 40.0 7.07 0.141
IV 45.0 5.62 0.178
V 50.0 4.63 0.216

Menginterpretasikan data:

1. Graf I merupakan graf bagi suhu melawan masa manakala graf II merupakan graf
1
bagi suhu melawan 𝑚𝑎𝑠𝑎.
2. Berdasarkan graf I, apabila suhu meningkat, masa yang diambil untuk menghilangkan
tanda ‘X’ semakin berkurang.
1
3. Berdasarkan graf II, suhu bertambah secara linear dengan 𝑚𝑎𝑠𝑎.

Graf I

60

50

40
Suhu/ C

30

20

10

0
0 5 10 15 20
Masa/s
Graf II

60

50

40
Suhu (C)

30

20

10

0
0 0.05 0.1 0.15 0.2 0.25
1/masa (s-1)

Perbincangan:
1
1. Berdasarkan graf yang diplotkan, suhu bertambah secara linear dengan 𝑚𝑎𝑠𝑎.
1
Kadar tindak balas diwakili dengan . Maka, boleh dikatakan bahawa suhu
𝑚𝑎𝑠𝑎
bertambah secara linear dengan kadar tindak balas.
2. Apabila suhu meningkat, kadar tindak balas juga meningkat.
3. Kepekatan dan isi padu kedua-dua larutan natrium tiosulfat dan asid sulfurik
ditetapkan dalam setiap set eksperimen.

Kesimpulan:

Semakin meningkat suhu tindak balas, semakin meningkat kadar tindak balas.
Eksperimen 1.4

Tujuan: Mengkaji kesan mangkin ke atas kadar tindak balas.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah kehadiran mangkin mempengaruhi kadar tindak balas?

Hipotesis: Kehadiran mangkin meningkatkan kadar tindak balas.

Pemboleh ubah:

(a) Pemboleh ubah yang dimanipulasikan: Kehadiran mangkin


(b) Pemboleh ubah yang bergerak balas: Kadar tindak balas
(c) Pemboleh ubah yang dimalarkan: Isi padu dan kepekatan larutan natrium sulfat,
suhu

Definisi beroperasi:

Penguraian hidrogen peroksida adalah cepat jika kayu uji terbakar dengan terang dan cepat.
Penguraian hidrogen peroksida adalah perlahan jika kayu uji membara dengan malap dan
perlahan.

Bahan: Larutan hidrogen peroksida 20- isi padu, serbuk mangan(IV) oksida, kayu uji

Radas: Tabung uji, kaki retort dan pengapit, silinder penyukat

Prosedur:

1. Dua tabung uji dilabelkan sebagai tabung uji I dan II.


2. Tabung uji I dan II masing-masing diisi separuh penuh dengan larutan hidrogen
peroksida 20- isi padu.
3. 0.5 g serbuk mangan(IV) oksida ditimbang dan ditambah ke dalam tabung uji B dan
digoyangkan dengan cermat.
4. Kayu uji berbara diletakkan di mulut tabung uji I dan II untuk menguji gas yang
dibebaskan.
5. Perubahan yang berlaku dalam tabung uji dan nyalaan kayu uji berbara diperhatikan.
6. Selepas tindak balas, campuran dalam tabung uji II dituraskan dan serbuk mangan(IV)
oksida yang diasingkan dibasuh dengan sedikit air suling lalu dikeringkan di antara
dua helai kertas turas.
7. Serbuk mangan (IV) oksida yang kering ditimbangkan.
Keputusan:

Tabung uji Pemerhatian


I  Pembuakan tidak berlaku
 Nyalaan kayu uji adalah malap
II  Pembuakan berlaku
 Nyalaan kayu uji adalah terang
Jisim mangan(IV) oksida sebelum tindak balas = 1.0 g
Jisim mangan(IV) oksida selepas tindak balas = 1.0 g

Inferens:

1. Kadar penguraian hidrogen peroksida bertambah apabila serbuk mangan(IV) oksida


hadir.
2. Jisim serbuk mangan(IV) oksida tidak berubah semasa tindak balas.
3. Mangan(IV) oksida bertindak sebagai mangkin.

Perbincangan:

1. Kadar tindak balas penguraian hidrogen peroksida adalah tinggi apabila serbuk
mangan(IV) hadir.
2. Hal ini kerana serbuk mangan(IV) oksida bertindak sebagai mangkin untuk
merendahkan tenaga pengaktifan bagi tindak balas tersebut.
3. Semasa tindak balas penguraian hidrogen peroksida, gas oksigen dibebaskan dan
menyalakan kayu uji berbara dengan nyalaan terang.
4. Jisim serbuk(IV) oksida tidak berubah selepas tindak balas kerana mangkin tidak
berubah secara kimia pada akhir tindak balas.

Kesimpulan:

Kehadiran mangkin positif meningkatkan kadar tindak balas.


Eksperimen 1.5

Tujuan: Mengkaji kesan kuantiti mangkin ke atas kadar tindak balas.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah kuantiti mangkin mempengaruhi kadar tindak balas?

Hipotesis: Semakin bertambah kuantiti mangkin yang digunakan, semakin meningkat kadar
tindak balas.

Pemboleh ubah:

(a) Pemboleh ubah yang dimanipulasikan: Kuantiti/jisim mangkin


(b) Pemboleh ubah yang bergerak balas: Kadar tindak balas
(c) Pemboleh ubah yang dimalarkan: Isi padu dan kepekatan larutan hidrogen
peroksida, suhu

Definisi beroperasi:

Lengkung bagi graf isi padu gas terbebas melawan masa yang mempunyai kecerunan yang
lebih tinggi menunjukkan kadar tindak balas yang lebih tinggi.

Bahan: Larutan hidrogen peroksida, serbuk mangan(IV) oksida.

Radas: Silinder penyukat, kelalang kon, penyumbat dipasang dengan salur penghantar, buret,
kaki retort dan pengapit, besen, neraca elektronik, jam randik, spatula, bikar.

Prosedur:

1. Sebuah buret diisi penuh dengan air dan ditelangkupkan ke dalam sebuah besen yang
yang diisi dengan air.
2. Aras air dalam buret diselaraskan dan bacaan awal direkodkan.
3. 50 cm3 larutan hidrogen peroksida disukat dengan silinder penyukat dan dituang ke
dalam sebuah kelalang kon.
4. 0.5 g serbuk mangan(IV) oksida ditimbang dengan neraca elektronik dan ditambah
ke dalam larutan hidrogen peroksida.
5. Kelalang kon kemudian ditutup dengan penyumbat dengan serta merta.
6. Kelalang kon tersebut digoyangkan dengan perlahan dan cermat.
7. Gas oksigen yang dibebaskan dikumpul dengan menggunakan kaedah penyesaran air
ke bawah. Isi padu gas oksigen yang dibebaskan direkodkan setiap 30 saat selama 5
minit.
8. Langkah 1 hingga 7 diulangi dengan menggunakan 1.0 g serbuk mangan(IV) oksida
untuk menggantikan 0.5 g serbuk mangan(IV) oksida.

Keputusan:

Set 1: Menggunakan 0.2 g serbuk mangan(IV) oksida

Masa/s 0 30 60 90 120 150 180 210 240 270 300

Bacaan 50.00 46.00 41.50 38.50 35.00 32.50 30.00 28.00 26.50 24.00 23.00
buret/
cm3

Isi 0.00 4.50 8.50 12.00 15.00 18.00 21.00 24.00 26.00 28.00 29.00
padu
gas/
cm3

Set II: Menggunakan 0.8 g serbuk mangan(IV) oksida

Masa/s 0 30 60 90 120 150 180 210 240 270 300

Bacaan 50.00 44.00 38.00 34.5 29.00 26.50 22.50 21.00 18.50 16.50 15.00
buret/
cm3

Isi 0.00 8.00 15.00 20.50 24.50 28.00 30.50 32.50 34.00 35.00 36.00
padu
gas/
cm3
Graf

40

35

30
Isi padu gas/ cm3

25

20
ketulan marmar
15 serbuk marmar

10

0
0 50 100 150 200 250 300 350
Masa/ s

Perbincangan:

1. Berdasarkan graf yang diplotkan, lengkung I mempunyai kecerunan yang lebih


rendah daripada lengkung II. Maka, eksperimen I mempunyai kadar tindak balas yang
lebih rendah daripada eksperimen II.
2. Kuantiti serbuk mangan(IV) oksida yang digunakan dalam set II adalah dua kali
ganda kuantiti serbuk mangan(IV) oksida yang digunakan dalam set I.
3. Dengan itu, boleh disimpulkan bahawa semakin bertambah kuantiti serbuk
mangan(IV) oksida, semakin meningkat kadar tindak balas.
4. Sekiranya tindak balas ini dibiarkan secara berterusan sehingga semua hidrogen
peroksida terurai dengan lengkap, graf seperti berikut diperoleh:
Graf ini menunjukkan isi padu maksimum gas oksigen terbebas dalam kedua-dua Set
I dan Set II adalah sama, iaitu V cm3.

Kesimpulan:

Semakin bertambah kuantiti mangkin yang digunakan, semakin meningkat kadar tindak balas.

Nota: Kadar tindak balas hanya meningkat dengan sedikit sahaja apabila kuantiti mangkin
bertambah.
Aplikasi Faktor-faktor Mempengaruhi Kadar Tindak Balas Dalam Kehidupan Harian

Aplikasi Penerangan Faktor terlibat


Pembakaran arang Arang terbakar dalam oksigen Luas permukaan per
berlebihan untuk membentuk karbon unit jisim
dioksida dan air. Arang yang bersaiz
kecil adalah lebih mudah terbakar
kerana luas permukaan yang terdedah
kepada udara bertambah. Maka, kadar
tindak balas dengan oksigen juga
bertambah.
Penyimpanan makanan Penguraian dan pereputan makanan Suhu
dalam peti sejuk adalah tindak balas kimia yang
disebabkan oleh aktiviti
mikroorganisma. Suhu bilik
merupakan suhu optimum bagi
pertumbuhan mikroorganisma dalam
makanan. Maka, pada suhu yang
rendah seperti 5C dalam peti sejuk,
aktiviti pertumbuhan mikroorganisma
akan menjadi lambat.
Masak makanan di Dalam periuk tekanan, tekanan yang Tekanan
periuk tekanan tinggi membolehkan air atau minyak
mendidih pada suhu yang lebih tinggi
berbanding dengan takat didih
normalnya. Peningkatan tekanan juga
menyebabkan peningkatan molekul
air untuk bersentuhan dan berlanggar
dengan zarah-zarah makanan.
Penggunaan mangkin - Proses Haber Kehadiran mangkin
dalam industri Mangkin yang digunakan
dalam proses ini ialah ferum
- Proses sentuh
Mangkin yang digunakan
dalam proses ini ialah
vanadium(V) oksida
- Proses ostwald
Mangkin yang digunakan
dalam proses ini ialah
platinum
1.3 Teori Perlanggaran
1. Menurut teori kinetik jirim, semua jirim adalah dibentuk oleh zarah-zarah seni dan
diskrit. Zarah-zarah ini akan sentiasa bergerak dan berlanggar antara satu sama lain.
2. Tindak balas hanya akan berlaku apabila zarah-zarah berlanggar antara satu sama lain.
3. Namun, bukan semua perlanggaran zarah dapat menghasilkan tindak balas, malah
hanya zarah-zarah yang berlanggar dan menghasilkan tenaga yang melebihi tenaga
pengaktifan akan menghasilkan perlanggaran berkesan.
4. Tenaga pengaktifan adalah tenaga minimum yang diperlukan oleh zarah-zarah untuk
menghasilkan tindak balas.
5. Semakin kerap perlanggaran berkesan berlaku, semakin meningkat kadar tindak balas.

Tenaga Pengaktifan

1. Tenaga pengaktifan adalah tenaga minimum yang diperlukan oleh zarah-zarah untuk
menghasilkan tindak balas.
2. Menurut gambar rajah profil tenaga berikut, tenaga pengaktifan ialah perbezaan
tenaga antara tenaga bahan-bahan tindak balas dan tenaga pada puncak lengkung.
3. Tindak balas hanya akan berlaku apabila tenaga yang dihasilkan zarah-zarah melebihi
tenaga pengaktifan.

Gambar rajah profil tenaga bagi tindak balas eksotermik

Gambar rajah profil tenaga bagi tindak balas endotermik


Hubungan antara Frekuensi Perlanggaran dan Tenaga Pengaktifan dengan Kadar
Tindak Balas

1. Menurut teori perlanggaran, terdapat dua faktor penting untuk menentukan kadar
tindak balas, iaitu:
(a) Frekuensi perlanggaran berkesan
(b) Magnitud tenaga pengaktifan
2. Frekuensi perlanggaran berkesan: sekiranya frekuensi perlanggaran antara molekul
tindak balas adalah tinggi, maka frekuensi perlanggaran berkesan dan kadar tindak
balas turut menjadi tinggi.
3. Magnitud tenaga pengaktifan: tindak balas yang mempunyai tenaga pengaktifan yang
tinggi akan berlaku dengan kadar yang rendah. Hal ini kerana hanya sebahagian
molekul yang menghasilkan tenaga untuk melebihi tenaga pengaktifan. Sebaliknya,
tindak balas yang mempunyai tenaga pengaktifan yang rendah berlaku dengan kadar
yang tinggi.

Kesan Luas Permukaan ke atas Kadar Tindak Balas

1. Semakin bertambah luas permukaan bahan tindak balas, semakin bertambah kadar
tindak balas.
2. Apabila saiz suatu pepejal bahan tindak balas adalah kecil, jumlah luas permukaannya
adalah besar.
3. Dengan itu, frekuensi perlanggaran antara zarah-zarah turut bertambah dan terus
meningkatkan frekuensi perlanggaran berkesan.
4. Apabila frekuensi perlanggaran berkesan bertambah, kadar tindak balas juga akan
bertambah.

balas
Kesan Kepekatan ke atas Kadar Tindak Balas

1. Semakin bertambah kepekatan larutan, semakin bertambah kadar tindak balas.


2. Apabila kepekatan larutan adalah tinggi, bilangan zarah-zarah bahan tindak balas per
unit isi padu larut juga bertambah.
3. Dengan itu, frekuensi perlanggaran antara zarah-zarah akan bertambah dan terus
meningkatkan frekuensi perlanggaran berkesan.
4. Apabila frekuensi perlanggaran berkesan adalah tinggi, kadar tindak balas juga adalah
tinggi.

Kesan Tekanan Bahan Tindak Balas Berbentuk Gas ke atas Kadar Tindak Balas

1. Dalam tindak balas kimia yang melibatkan gas, tekanan yang tinggi dapat
meningkatkan kadar tindak balas.
2. Pada tekanan rendah, molekul gas adalah berjauhan antara satu sama lain,
perlanggaran antara molekul gas adalah kurang, dan perlanggaran berkesan adalah
rendah. Dengan itu, kadar tindak balas adalah rendah.
3. Manakala pada tekanan tinggi, molekul gas dekat antara satu sama lain dan kerap
berlanggar antara satu sama lain. Maka, frekuensi perlanggaran berkesan adalah tinggi
dan kadar tindak balas turut adalah tinggi.
4. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa semakin bertambah tekanan, semakin meningkat
kadar tindak balas.
Kesan Suhu ke atas Kadar Tindak Balas

1. Pada suhu yang rendah, zarah-zarah tindak balas bergerak dengan perlahan. Zarah-
zarah jarang berlanggar antara satu sama lain dan mempunyai frekuensi perlanggaran
yang rendah.
2. Maka, kadar tindak balasnya adalah rendah.
3. Namun, apabila suhu meningkat, zarah-zarah menyerap tenaga haba dan
meningkatkan tenaga kinetik.
4. Apabila tenaga kinetik meningkat, zarah-zarah akan bergerak lebih cepat dan bilangan
zarah-zarah yang menghasilkan tenaga turut meningkat.
5. Dengan itu, frekuansi perlanggaran berkesan akan meningkat dan seterusnya
meningkatkan kadar tindak balas.
6. Oleh itu, semakin tinggi suhu, semakin tinggi kadar tindak balas.

Kesan Mangkin ke atas Kadar Tindak Balas

1. Suatu tindak balas kimia akan berlaku apabila zarah-zarah bahan tindak balas
berlanggar antara satu sama lain.
2. Dengan kehadiran mangkin, zarah-zarah bahan tindak balas juga akan berlanggar
dengan mangkin dan menyebabkan bahan tindak balas bertindak balas dalam kaedah
yang berlainan.
3. Sesetengah mangkin akan meningkatkan tenaga pengaktifan manakala sesetengah
mangkin akan menurunkan tenaga pengaktifan.
4. Mangkin menghasilkan laluan alternatif untuk tindak balas berlaku.
5. Dengan kehadiran mangkin positif, tenaga pengaktifan akan diturunkan dan frekuensi
perlanggaran berkesan akan meningkat.
6. Apabila frekuensi perlanggaran berkesan meningkat, kadar tindak balas juga akan
meningkat.
7. Mangkin tidak mengubah kuantiti hasil tindak balas. Jumlah hasil tindak balas adalah
sama dengan kehadiran mangkin atau tanpa kahadiran mangkin.

Anda mungkin juga menyukai