Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK,

JALAN DATO’ MOHD MUSA,

94300, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

KERJA KURSUS (SCES3013)


FISIOLOGI & EPIDEMOLOGI

NAMA : ESTHERLYNA UKONG

NOMBOR MATRIKS : 2016312340032

NOMBOR KAD PENGENALAN : 961109126292

KUMPULAN PENGAJIAN : PISMPSN1616

KOD DAN NAMA KURSUS : SCES3013 FISIOLOGI & EPIDEMOLOGI

NAMA PENSYARAH : KAMARIAH HJ JINI

TARIKH SERAHAN : 21 SEPTEMBER 2016


Tajuk

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis.

Pengenalan

Fotosintesis adalah proses bagi tumbuhan menghasilkan karbohidrat dan oksigen


daripada karbon dioksida, air dan cahaya.

6CO2 + 12H2O → C6H12O6 + 6H2O + 6O2

Proses fotosintesis ini berlaku di klorofil. Proses ini melibatkan proses biokimia, di
mana cahaya ditukarkan kepada tenaga kimia. Proses fotosintesis terbahagi kepada
2 iaitu tindak balas cahaya dan tindak balas gelap.

Proses fotosintesis dipengaruhi oleh beberapa faktor luaran serta faktor dalaman.
Dalam amali 4 ini, kami akan mengkaji 3 faktor luaran yang mempengaruhi kadar
fotosintesis. 3 faktor- faktor yang dikaji adalah keamatan cahaya, kepekatan karbon
dioksida dan juga suhu persekitaran bagi tumbuhan tersebut. Perubahan pada faktor
– faktor ini akan mempengaruhi kadar fotosintesis.

Tujuan

Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis:

i. Keamatan cahaya
ii. Kepekatan karbon dioksida
iii. Suhu persekitaran

Bahan dan Radas

Kaki retot, corong turas, tabung uji, bikar, lampu, dawai kawat, tumbuhan Elodea, air
paip, kalium hydrogen karbonat, jam randik, penimbang, kertas turas.
Prosedur

Rajah 1.

Keamatan cahaya

1. Radas disediakan seperti rajah 1 dan dilabel A, B, dan C bagi bikar yang
berlainan.
2. Bikar A diletakkan 10 cm daripada lampu.
3. Bilangan gelembung gas setiap 1 minit dicatat dan direkodkan.
4. Ekperimen keamatan cahaya diulang dengan bikar B diletakkan 15 cm
daripada lampu dan bikar C diletakkan 20 cm daripada lampu.

Kepekatan karbon dioksida

1. Radas disediakan seperti rajah 1 dan dilabel A, B dan C bagi bikar yang
berlainan.
2. Bikar A tidak diletakkan kalium hydrogen karbonat.
3. Bilangan gelembung gas setiap 1 minit dicatat dan direkodkan.
4. Eksperimen kepekatan karbon dioksida diulang dengan bikar B diletakkan
0.1g kalium hidrogen karbonat manakala bikar C diletakkan 0.2g kalium
hidrogen karbonat.

Suhu persekitaran

1. Radas disediakan seperti rajah 1 dan dilabel A, B, C dan D bagi bikar yang
berlainan.
2. Suhu air bagi bikar A adalah 100C.
3. Bilangan gelembung gas setiap 1 minit dicatat dan direkodkan.
4. Eksperimen suhu persekitaran diulang dengan suhu air bikar B adalah 200C,
bikar C adalah suhu air biasa, dan bikar D adalah 400C.
Keputusan

Keamatan cahaya

Bikar Jarak sumber Bilangan gelembung Kadar fotosintesis


cahaya daripada gas dibebaskan (min-1)
bikar berisi hydrilla setiap 1 minit
(cm)
5 10 15 20 25
A 10.0 7 12 6 6 9 1.6
B 15.0 2 4 3 0 2 0.4
C 20.0 0 1 0 2 0 0.1

Kepekatan karbon dioksida

Bikar Kepekatan kalium Bilangan gelembung Kadar fotosintesis


hidrogen karbonat gas yang (min-1)
yang dimasukan dibebaskan setiap 1
(g) minit
1 2 3 4 5
A 0.0 3 6 5 3 4 4.2
B 0.1 5 6 8 9 6 6.8
C 0.2 14 8 16 25 22 17.0
Suhu persekitaran

Bikar Suhu air Bilangan Kadar fotosintesis


(0c) gelembung gas (min-1)
yang dibebaskan
setiap 1 minit
1 2 3 4 5
A 10 0 0 0 0 0 0.0
B 20 0 0 0 2 6 1.6
C Suhu air biasa 0 0 0 4 12 3.2
D 40 0 0 0 5 9 2.8
Perbincangan

Graf kadar fotosintesis untuk keamatan


cahaya
2

1.5

0.5

0
10 15 20

Graf kadar fotosintesis menunjukkan bahawa semakin dekat jarak tumbuhan dengan
sumber cahaya, semakin tinggi kadar fotosintesis. Hal ini demikian kerana tumbuhan
akan menerima lebih banyak tenaga untuk pembentukan ATP dan fotolisis air.

Intensiti cahaya yang rendah akan mempengaruhi kadar fotosintesis. Hal ini kerana
intensiti cahaya yang rendah akan mengurangkan pengeluaran produk tindak balas
cahaya iaitu NADPH dan ATP. Pengurangan NADPH dan ATP akan mempengaruhi
Kitaran Kalvin kerana NADPH dan ATP diperlukan dalam menghasilkan glycerate 3
– phosphate (GP) yang diperlukan untuk melengkapkan kitaran Kalvin.

Graf kadar fotosintsis untuk kepekatan


karbon dioksida
20

15

10

0
0 0.1 0.2

Seterusnya, graf kadar fotosintesis bagi kepekatan karbon dioksida menunjukkan


bahawa kadar fotosintesis adalah meningkat apabila kepekatan karbon dioksida
bertambah. Hal ini demikian kerana kandungan karbon dioksida yang tinggi akan
menambahkan lagi peluang bagi RuBP untuk bergabung dengannya dalam Kitaran
Kalvin. Namun begitu, apabila kepekatan karbon dioksida melebihi 1.0%, kadar
fotosintesis akan kekal sama pada suatu peringkat. Kadar fotosintesis akan jatuh
mendadak apabila kepekatan karbon dioksida meningkat. Hal ini demikian
disebabkan oleh penutupan liang stomata.

Graf kadar fotosintesis bagi suhu


persekitaran
4

0
10 20 suhu air biasa 40

Graf kadar fotosintesis bagi suhu persekitaran pula menunjukkan bahawa semakin
tinggi suhu persekitaran, semakin tinggi kadar fotosintesis. Namun begitu, kadar
fotosintesis jatuh pada suhu 400c. Hal ini demikian kerana, suhu tersebut adalah
terlalu ekstrem bagi tumbuhan tersebut. Pada yang lebih ekstrem, enzim yang
terlibat seperti RuBP carboxylase akan ternyahasli. Hal ini akan menyebabkan kadar
fotosintesis berkurangan secara mendadak.

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa langkah berjaga – jaga yang perlu
dipatuhi sewaktu menjalankan amali ini. Antaranya adalah air pada tabung uji yang
diterbalikkan haruslah melebihi paras hujung corong turas agar setiap gelembung
gas dapat dilihat secara jelas. Selain itu, jam randik juga perlu dimulakan pada masa
yang sama tabung uji diterbalikkan pada corong turas agar masa yang diambil itu
adalah lebih tepat. Seterusnya, cahaya yang dihalakan haruslah dihalakan kepada
tumbuhan yang diuji. Hal ini demikian kerana cahaya tersebut diperlukan oleh
tumbuhan yang diuji untuk melakukan fotosintesis. Mata haruslah berkedudukan
berseranjang dengan bacaan pembaris agar jarak antara lampu dan tumbuhan yang
diuji adalah tepat.
Kesimpulan

Keamatan cahaya yang tinggi akan mempengaruhi kadar fotosintesis sehingga pada
suatu tahap di mana kadar fotosintesis akan kekal sama. Kepekatan karbon dioksida
yang tinggi sehingga ia mencapai kepekatan melebihi 1.0% dan kadar fotosintesis
akan jatuh mendadak. Suhu persekitaran mempengaruhi kadar fotosintesis sehingga
ia mencapai suhu >350c dan kadar fotosintesis akan berkurangan.

Rujukan

Betsy T.L.H.,(2014).,Biologi SPM., Selangor Darul Ehsan., Pearson Malaysia Sdn


Bhd.

Lee S.C, et al., Biology for Matriculation Semester 2 Fourth Edition Updated.,
Selangor Darul Ehsan., Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Yuyun T.,(2013)., College Matriculation Biologi., Selangor Darul Ehsan., SAP


Publication (M) Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai