Anda di halaman 1dari 1

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

PROGRAM INTERNSHIP (4 MINGGU)


DAN PROJEK INOVASI DALAM PdP (4 MINGGU)

Beberapa aspek penting yang mungkin boleh dilakukan penambahbaikan didalam


program internship dan projek inovasi yang dilakukan. Antaranya adalah tajuk yang
dipilih, pengulangan aktiviti, dan penggunaan bahanmaujud dan bahan TMK
(Teknologi Maklumat Telekomunikasi) dalam PdP. Daripada aspek murid ialah
keseimbangan jantina dan latar belakang yang berbeza perlu diberi penekanan agar
penilaian dapat diberikan dengan lebih adil. Penggunaan multimedia seperti sistem
audio-visual dan computer mungkin lebih menarik minat murid. Tanyangan video
sepatutnya ditayangkan sebelum intervensi dijalankan untuk menarik minat dan
gambaran yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai.
Guru juga menyarankan agar dapat menjalankan ujian sebelum dan selepas
bagi mengukur tahap penguasaan murid dalam kemahiran yang diajar dalam PdP. Ia
penting bagi dapat menilai data prestasi tahap pencapaian projek inovasi yang
dijalankan.
Kesimpulannya, hasil projek inovasi ini perlulah dibentangkan kepada murid
agar mereka boleh mengukur tahap perkembangan mereka dalam kemahiran yang
dipelajari. Guru juga berharap projek yang telah dilaksanakan ini memberi
sumbangan yang positif kepada aspek pendidikan di Malaysia, khususnya dalam
kurikulum dan pedagogi Pendidikan Jasmani dan sukan. Inovasi yang dijalankan ini
akan melahirkan modal insan yang seimbang dan menyeluruh seperti yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Anda mungkin juga menyukai