Anda di halaman 1dari 3

PROJEK INOVASI DALAM PDP

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Kejayaan sesuatu kajian akan memberikan impak yang positif dengan
bantuan semua pihak baik secara langsung mahupun tidak langsung. Bukan
sahaja

dapat

mencapai

objektif

dan

menjawab

segala

persoalan

yang

dikemukakan namun impaknya adalah kumpulan sasaran yang hendak kita


pertingkatkan dalam masalah penguasaan mereka bagi kemahiran menolak
dengan mengumpul semula. Oleh itu amatlah penting untuk semua pihak
memainkan peranan bagi membantu murid pemulihan

menguasai kemahiran

menolak dengan baik. Pengajaran yang berkesan bukan sahaja menjadi


tanggungjawab guru sahaja malah ianya memerlukan kerjasama semua pihak
bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Berdasarkan analisis data dan kaedah yang telah dilaksanakan, saya telah
mendapati penggunaan kaedah Formula Kawan 10 telah terbukti berjaya dapat
meningkatkan kemahiran menolak dengan mengumpul semula dalam kalangan
murid pemulihan Tahun Tiga. Penggunaan kaedah Formula Kawan 10 yang
digunakan telah dapat menarik minat murid terhadap Matematik itu sendiri.
Kaedah ini dilihat amat sesuai dengan responden kerana kaedah ini merupakan
bahan bantu mengajar yang menarik dan mudah digunakan. Di samping itu, ia
mudah difahami dan diaplikasikan bagi masalah yang dihadapi oleh responden.
Sekaligus ini dapat memperkembangkan lagi potensi responden ke tahap yang
optimum.
Walaubagaimana pun saya akui bahawa kaedah ini sesuai dan berjaya
menyelesaikan masalah responden, namun saya telah mencadangkan beberapa
penambahbaikan untuk kaedah ini dijalankan. Hal ini adalah disebabkan
penambahbaikan

bertujuan

memantapkan

lagi

kaedah

ini

sendiri

dan

mempertingkatkan lagi cara penggunaan kaedah Formula Kawan 10 ini bagi

kemahiran melibatkan menolak dengan pengumpulan semula sehingga digit


yang lebih besar dari lingkungan 100.
Dalam kajian ini saya telah menumpukan kepada kemahiran menolak
dengan mengumpul semula sahaja. Antara cadangan yang boleh dilaksanakan,
ialah dengan memasukkan unsur permainan atau teka teki. Contohnya, murid
berebutkan soalan yang digulungkan bersama-sama gula-gula seperti seakanakan pertandingan merebut gula-gula, kemudian soalan yang diperolehi perlu
dijawab menggunakan kaedah Formula Kawan 10 sahaja. Pembelajaran sambil
bermain sangat baik bagi mengelakan kebosanan dan jemu oleh murid. Di
samping itu, ia dapat merangsang pergerakan murid supaya lebih aktif ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Selain itu, guru boleh menggunakan kaedah ini sehingga nilai tempat
ratus. Namun, kurang sesuai sehingga nilai ribu kerana dibimbangi murid akan
keliru membuat pengiraan yang banyak dan dan penulisan jawapan tersebut
menjadi tidak teratur. Justeru itu kaedah Formula Kawan 10 ini juga boleh
digunakan untuk menambah dan tajuk wang yang melibatkan kemahiran
menambah dan menolak supaya pelajar lebih mahir dan memantapkan
kemahiran menambah dan menolak mereka. Maka, penggunaan kaedah
Formula Kawan 10 ini boleh digunakan sebagai alternatif dalam membantu
murid meningkatkan kemahiran menolak dengan mengumpul semula dalam
kalangan murid yang lemah tahap penguasaan menolak.
Kita juga dapat menyimpulkan bahawa penggunaan kaedah Formula
Kawan 10 ini dapat di pertingkatkan juga untuk memantapkan kemahiran
menolak dalam kalangan murid LINUS bagi Numerasi. Penggunaan kaedah
Formula Kawan 10 ini dapat mengekalkan fokus murid semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran. Di samping itu penggunaan kaedah Formula Kawan 10
secara visualisasi telah dapat menjadikan murid lebih memahami isi pelajaran

yang di sampaikan oleh guru. Keadaan ini akan memberikan pelajar lebih fokus
dan berminat dalam pembelajaran mereka.
Oleh itu keberkesanan kaedah Formula Kawan 10 ini amat bersesuaian
digunakan untuk pelajar yang lemah (LINUS) supaya mereka tidak tercicir dan
tertinggal daripada murid yang belajar di arus perdana. Apabila kesemuanya
telah tercapai, kemahiran menolak murid dapat dipertingkatkan dan prestasi
kelas juga meningkat serta prestasi sekolah semakin baik dalam peperiksaan.
Kesimpulannya,

walaupun

kaedah

sedia

ada

telah

terbukti

keberkesanannya melalui kaedah triangulasi data, namun begitu cadangan


penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti serta kemantapan terhadap kaedah
yang

terbaik

boleh

dilakukan

melalui

cadangan

yang

diberikan.

Jika

penambahanbaikan dilakukan, maka hasil yang lebih baik juga dapat dilihat
daripada segi kualiti pencapaian murid yang seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai