Anda di halaman 1dari 17

<PROGRAM >

MAY 2023 SEMESTER

HPGD2103

GUIDANCE AND COUNSELLING /BIMBINGAN DAN KAUNSELING

NO. MATRIKULASI : <NO MATRIKULASI>

NO. KAD PENGENALAN : <NO. KAD PENGENALAN>

NO. TELEFON : <TELEFON>

E-MEL : <EMEL ID>

PUSAT PEMBELAJARAN : <PUSAT PEMBELAJARAN>

1
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN 1............................................................................................................................................3

Soalan 1......................................................................................................................................................3

1.0 PENGENALAN.............................................................................................................................3

2.0 PERANAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM


PERSEKITARAN SEKOLAH.................................................................................................................4

3.0 PERBINCANGAN.........................................................................................................................7

4.0 KESIMPULAN..............................................................................................................................9

RUJUKAN.................................................................................................................................................9

Soalan 2....................................................................................................................................................11

1.0 PENGENALAN...........................................................................................................................11

2.0 STRATEGI INTERVENSI.........................................................................................................12

3.0 KESIMPULAN............................................................................................................................15

RUJUKAN...............................................................................................................................................15

BAHAGIAN 2..........................................................................................................................................16

OCP..........................................................................................................................................................16

BAHAGIAN 1

Soalan 1

1.0 PENGENALAN
Kesihatan merupakan perkara utama kepada kesejahteraan individu. Individu yang sihat
semestinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan diri, agama, bangsa dan tanah
air. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan kesihatan sebagai suatu
keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit.

2
Definisi ini menegaskan bahawa status kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial
yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh
memudaratkan individu.

Kesihatan mental adalah salah satu elemen yang sangat penting bagi setiap fasa kehidupan
manusia seperti kesihatan fizikal. Kesihatan mental dilihat dari aspek baik dan buruk. setiap
individu, mungkin dalam hidupnya mengalami kedua- dua aspek tersebut, kadangkala keadaan
mentalnya sangat sihat, tetapi pada sesuatu masa yang lain adalah sebaliknya. Kesihatan mental
juga dapat memberikan kesan terhadap perkembangan diri, kehidupan seharian atau masa
hadapan seseorang termasuk kanak- kanak, belia dan juga dewasa.

Seterusnya, bimbingan ialah satu proses membantu individu untuk membuat keputusan yang
akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Contohnya, seperti memilih gaya hidup yang
diingini. Ini berbeza dengan kaunseling kerana bimbingan lebih kepada membantu individu
memilih apa yang mereka sukai dan hargai. Sementara itu, kaunseling perlu focus kepada
mambantu klien untuk berubah. Kebanyakan tugas-tugas bimbingan di peringkat awal berlaku di
sekolah dan pusat kerjaya di aman seorang yang lebih dewasa dan matang.

Manakala kaunseling pula adalah satu proses interaksi yang melibatkan seorang kaunselor dan
klien dan merupakan cabang psikologi yang membabitkan proses perhubungan atau interaksi
secara profesional dengan kaunselor berdaftar mengikut etika yang dibenarkan (Akta kaunselor
1998). Tujuannya adalah untuk memahami diri klien dan alam sekelilingnya bagi melahirkan
satu perubahan, penyesuaian, dan perkembangan yang positif dalam diri klien terhadap sesuatu
permasalahan yang dihadapi. Segala keputusan dan pilihan yang dibuat adalah daripada klien
dan bukannya kaunselor. Kaunseling boleh dilaksanakan secara individu, kelompok, keluarga
dan perkahwinan. Kedua-dua kaunselor dan klien akan bekerjasama memastikan proses terapi
dijalankan dengan jayanya. Demi kaunseling yang berkesan, kaunselor harus mempunyai empati
terhadap klien tetapi tidak meletakkan sebarang syarat atau desakan terhadap mereka

Dalam Akta Kaunselor 1998, “kaunselor” bermaksud seseorang yang mengadakan perkhidmatan
kaunseling bagi suatu fi yang ditetapkan atau apa-apa balasan lain; manakala “kaunselor
berdaftar” pula ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah seksyen 26 atau 27; berdaftar di
Lembaga Kaunselor Malaysia.

3
2.0 PERANAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM
PERSEKITARAN SEKOLAH
Sistem pendidikan di Malaysia berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan sangat
mementingkan pembangunan modal insan. Pelbagai cara dilakukan untuk menyerap modal insan
dalam sistem persekolahan terkini. Pelaksanaannya adalah melalui pelbagai program sama ada
melalui kurikulum, ko-kurikulum dan juga dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah
yang wujud di luar persekitaran sekolah turut terlibat dalam kelas. Antaranya adalah
menunjukkan tingkah laku negatif seperti tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran,
pencapaian akademik yang rendah, salah laku dan tidak berdisiplin, masalah dalam komunikasi
dan sosial serta masalah keluarga. Keadaan in akan bertambah parah sekiranya pihak sekolah
terutamanya guru kaunseling tidak sedar akan kewujudan masalah dalam kalangan pelajar.
Pelajar yang bermasalah seringkali dihukum kerana keadaan disiplin mereka di sekolah dan
akhirnya, mereka dipindahkan sekolah, digantung sekolah atau terus dibuang sekolah.

Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan sosial dan akademik pelajar hari ini banyak
dipengaruhi oleh pembangunan negara. Pelajar hari ini disediakan dengan pelbagai kemudahan
yang dapat membantu mereka menjadi lebih cemerlang dalam mencapai modal insan jika
dibandingkan dengan generasi terdahulu. Memiliki ilmu dan kemahiran sematamata tanpa
dipupuk dengan nilai-nilai murni tidak cukup untuk membina modal insan yang berkualiti dalam
kalangan pelajar. Oleh yang demikian, wajarlah pelaksanaan dalam bentuk kaunseling dijalankan
bagi membantu menbangunkan pembentukan modal insan kerana golongan pelajar merupakan
harapan dan pemangkin kepada pembangunan negara pada masa hadapan.

Setiap institusi pendidikan di dalam negara mempunyai unit bimbingan dan kaunseling. Unit ini
adalah penting untuk diwujudkan di setiap sektor kerana kita memerlukan bimbingan dan
kaunseling tanpa mengira usia. Apatah lagi di institusi pendidikan seperti sekolah yang menjadi
alma mater kepada ahli masyarakat yang muda-mudi. Dengan peningkatan permasalahan sosial
dalam kalangan pelajar pada masa ini, unit bimbingan dan kaunseling di setiap sekolah
mempunyai obligasi yang ulung agar generasi muda dapat dibentuk dengan keperibadian yang
baik. Unit ini mempunyai beberapa fungsi utama terutamanya dalam pembentukan jati diri
pelajar.

4
Fungsi utama unit bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah untuk menyediakan khidmat
nasihat kepada pelajar. Guru-guru merupakan golongan manusia yang lebih tua berbanding
kumpulan pelajar dan sudah lama makan garam. Disebabkan itu, pelajar memerlukan nasihat
yang bermanfaat daripada guru yang mempunyai pengalaman hidup lebih lama berbanding
pelajar mereka. Tetapi ia tidak membawa maksud bahawa setiap nasihat guru adalah betul dan
perlu diikuti oleh pelajar. Mereka hanya perlu membimbing dan memberikan contoh atau senario
yang bakal berlaku sekiranya pelajar membuat pilihan untuk melakukan sesuatu. Pelajar pula
perlu bersikap terbuka dalam menerima nasihat guru dengan membuang keruh dan mengambil
yang jernih. Misalnya pelajar mempunyai masalah untuk memakai pakaian sekolah dengan
kemas, guru hendaklah menasihati mereka bahawa pakaian beruniform perlu dibiasakan sejak
sekolah kerana kelak apabila bekerja kita sudah biasa kelihatan kemas dan selesa dengan
pemakaian tersebut. Intihannya, penjelasan dan kata-kata hikmah daripada guru dapat membantu
murid.
Selain itu, fungsi unit bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah untuk membantu murid
meningkatkan nilai dalam diri masing-masing. Pelajar yang berumur setahun jagung mungkin
tidak mengetahui potensi diri mereka. Maka guru-guru dan ibu bapa seharusnya berperanan
dalam mencungkil setiap potensi yang dimiliki oleh pelajar supaya mereka dapat bersedia demi
masa hadapan mereka. Nilai tambah pada diri pula boleh dipupuk oleh unit bimbingan dan
kaunseling sekolah dengan menganjurkan kem motivasi atau program-program yang berkaitan.
Perkara ini dapat membantu membina disiplin dan jati diri pelajar supaya cekal dan kekal
berusaha untuk mencapai kejayaan dalam apa bidang sekali pun. Situasi ini perlu dikaitkan
dengan pelajar yang tidak gemar dalam bidang akademik kerana mereka menganggap diri
mereka gagal. Sebaliknya, pelbagai perkara yang mereka boleh ceburi seperti bidang sukan
untuk berjaya dan mendapat karier kerjaya yang stabil pada masa hadapan. Persis kata
peribahasa belakang parang pun kalau diasah nescaya tajam.

Fungsi lain unit bimbingan dan kaunseling di sekolah ialah membantu menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh murid di sekolah. Antara situasi yang sering berlaku adalah tidak dapat fokus
ketika belajar atau tidak selesa bergaul dengan rakan sekelas. Justeru, guru yang berkhidmat di
bahagian bimbingan dan kaunseling hendaklah mudah didekati oleh pelajar supaya mereka dapat
meluahkan masalah yang dihadapi. Setelah menerima aduan pelajar, maka guru boleh menyiasat
dan melaksanakan tindakan yang terbaik bagi setiap pihak tanpa perlu sebarang pergaduhan

5
antara anak murid dan juga melibatkan pihak pentadbiran sekolah. Selain itu, terdapat pelajar
yang mempunyai masalah keluarga sehingga menjejaskan prestasi di sekolah. Tetapi dengan
bimbingan dan kaunseling yang bersesuaian oleh guru, pelajar tersebut mampu untuk mencapai
kecemerlangan di sekolah walaupun tanpa sokongan keluarga. Permasalahan murid mungkin
membebankan sesetengah guru dan di sinilah unit bimbingan dan kaunseling di sekolah perlu
memainkan peranan yang penting.

Selain itu, fungsi unit bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah untuk membantu murid
meningkatkan nilai dalam diri masing-masing. Pelajar yang berumur setahun jagung mungkin
tidak mengetahui potensi diri mereka. Maka guru-guru dan ibu bapa seharusnya berperanan
dalam mencungkil setiap potensi yang dimiliki oleh pelajar supaya mereka dapat bersedia demi
masa hadapan mereka. Nilai tambah pada diri pula boleh dipupuk oleh unit bimbingan dan
kaunseling sekolah dengan menganjurkan kem motivasi atau program-program yang berkaitan.
Perkara ini dapat membantu membina disiplin dan jati diri pelajar supaya cekal dan kekal
berusaha untuk mencapai kejayaan dalam apa bidang sekali pun. Situasi ini perlu dikaitkan
dengan pelajar yang tidak gemar dalam bidang akademik kerana mereka menganggap diri
mereka gagal. Sebaliknya, pelbagai perkara yang mereka boleh ceburi seperti bidang sukan
untuk berjaya dan mendapat karier kerjaya yang stabil pada masa hadapan. Persis kata
peribahasa belakang parang pun kalau diasah nescaya tajam.

Akhir sekali, unit bimbingan dan kaunseling di sekolah mempunyai obligasi dalam memberikan
bimbingan kerjaya kepada murid-murid. Dalam mendepani zaman yang penuh daya saing ini,
ramai pelajar yang mempunyai tekanan serta bingung dengan laluan kerjaya yang bakal mereka
ambil. Dengan masalah ekonomi dan pandemik yang melanda dunia, mereka seolah-olah seperti
layang-layang yang terputus talinya. Guru kaunseling boleh membimbing pelajar dengan
menyesuaikan minat pelajar dengan peluang kerjaya yang ada pada masa kini. Pelajar juga harus
diingatkan bahawa tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan seperti yang dimomok-momokan
di media arus perdana atau media sosial. Bak kata peribahasa Melayu, berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Dengan
bimbingan yang betul, pelajar dapat memastikan mereka fokus kepada bidnag pengajian yang
akan digunakan kelak dalam kerjaya mereka.

6
3.0 PERBINCANGAN
Peranan kaunseling di Malaysia adalah membentuk pembangunan modal insan yang sihat
dikalangan pelajar dari segi mental, rohaniah, emosi dan tingkahlaku (Aminah dan rakan-rakan,
1994). Fungsi kaunselor di sekolah bukan sekadar menjalankan perkhidmatan kaunseling secara
professional kepada pelajar bahkan turut membantu guru dalam usaha pemupukan dan
penyuburan nilai-nilai murni di sekolah. Usaha berterusan ini boleh dilakukan melalui ceramah,
kursus, program seminar, kem-kem motivasi, bengkel dan latihan dalam kumpulan pelajar yang
dikenalpasti di sekolah. Dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti ini, kaunselor turut berperanan
menerapkan nilai-nilai murni secara langsung atau tidak langsung kepada pelajar.

Kaunseling juga bertujuan untuk memastikan klien (dalam konteks ini adalah pelajar)
bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehingga menjadi individu yang berfungsi
sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup
setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat
dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih
khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Bagi kalangan murid sekolah pula,
kaunselor boleh membimbing mereka untuk jadi insan yang berkualiti demi masa depan mereka.

Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi yang
menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya
dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik
dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik,
di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah
individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan,
kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan
situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup

Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan hidupku,
siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya
diberi perhatian yang wajar. Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri
daripada pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling,
klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang
pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya,

7
memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai,
barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan
sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan
perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.

Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatatkan dalam buku Panduan Perlaksanaan
Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah ada menggariskan beberapa prinsip. Antaranya,
bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses pendidikan, iaitu proses yang dirancang dan
berterusan. Para pelajar didik mempelajari pengalaman, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai
dengan masyarakat majmuk di Malaysia.

Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan peluang pertolongan khidmat
bimbingan ini tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka berhak mendapat pertolongan ini
apabila mereka perlu terutama dalam masa-masa menuju proses perkembangannya. Mereka
dilayan untuk perkembangan potensi dan kebolehannya supaya berkembang dengan kadar yang
sepatutnya mengikut tahap-tahap dan perkembangannya.

Para pelajar akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan menerokai
tujuan hidupnya. Di samping menolong mereka memilih serta merancangkan hidupnya dengan
berkesan dengan berorientasikan masa depan dan masa kini. Oleh itu pelajar akan tegas kepada
diri, boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindak-tanduknya masa kini dan masa
hadapan. Para pelajar diharap akan menyedari kelemahannya dan kemudian dibantu
mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya melalui aktiviti pencegahan.

Kaunselor akan berusaha untuk membantu kliennya mengubah tingkah laku murid ke arah yang
postif iaitu kepada kehidupan bermakna dan produktif di mana matlamat ini adalah selaras
dengan matlamat bimbingan dan kaunseling di sekolah. Salah satu aspek penting yang perlu
digabungjalinkan dalam melaksanakan semua aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
adalah penerapan nilai murni. Pelaksanaan penerapan nilai murni dalam perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling adalah selari dengan konsep nilai merentasi kurikulum, kurikulum
tersembunyi, penerapan nilai Islam dan penerapan nilai murni. Justeru, kaunselor memainkan
peranan penting di sekolah bagi mengadakan program-program seperti Program Ceramah
Motivasi, Program Kemahiran Belajar, Program Pencegahan Dadah, Rokok dan Alkohol,

8
Pengendalian Bimbingan Kerjaya, Bimbingan Individu dan Kelompok serta Pembentukan kem
Ibadah.

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, keberkesanan khidmat kaunseling di sekolah banyak dipengaruhi oleh peranan
kaunselor sendiri disamping kerjasama daripada pihak sekolah. Penyelidikan yang dijalankan di
Missouri (Lapan, Gysbers & Sun, 1997) memberikan dapatan yang menyeluruh tentang kesan
khidmat kauseling di sekolah iaitu meningkatkan prestasi akademik murid, memberi kesedaran
tentang kepentingan masa depan, memberikan banyak maklumat tentang persediaan ke sekolah
tinggi dan kolej, memberi kesedaran tentang kepentingan kerjaya dan membentuk semangat
kekitaan yang tinggi terhadap sekolah. Dalam penyelidikan Johari Talib (2009), menunjukkan
keberkesanan khidmat kaunseling banyak dipengaruhi oleh keberkesanan program kaunseling
yang diikuti oleh kaunselor semasa di universiti. Dalam melaksanakan pelbagai program di
sekolah, penyelidikan juga menunjukkan keberkesanan program banyak dipengaruhi oleh
kerjasama yang diberikan oleh guru besar. Guru besar dan kaunselor hendaklah mempunyai
pemahaman yang sama tentang kemurnian khidmat kaunseling. Kegagalan guru besar
memahaminya boleh menyebabkan kaunselor gagal memainkan peranan dengan berkesan
(Sutton & Fall, 1995). ..................... ...................................... ...................................... ...................................... .................

(2537 patah perkataan)

RUJUKAN
Mohd. Syukarmi Zakaria, Jamaluddin Ahmad & Maznah Baba. (2013). Memahami Pendekatan
Kaunseling Individu terhadap Modal Insan di Sekolah Menengah Agama: Suatu Kajian Kes.
Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Norazami Ahmad, Nurul Ain Mohd Daud, Fauziah Mohd Sa‟ad, Hapsah Md. Yusof. (2014).
Isu-Isu dalam Perhubungan Penyeliaan Kaunseling: Pengalaman Kaunselor Pelatih di Malaysia.
Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.

Pooja Rupani, Nuala Haughey and Mick Cooper. (2012). The Impact of School-Baased
Counselling on Young People’s Capacity to Study and Learn. British Journal of Guidance &
Counselling, Vol. 40, no. 5, 499-514.

9
Roslee Ahmad & Mohamed Sharif Mustaffa. (2002). Peranan Kaunselor dalam Penerapan dan
Pemupukan Nilai-Nilai Murni melalui Program Kaunseling terhadap Remaja di Sekolah: Satu
Wadah Bersepadu antara Guru dan Kaunselor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Salema Ahmad. (2006). Amalan Nilai Murni di Kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling
dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.

Suzana Haron, Wan marzuki Wan Jaafar, maznah Baba (2010). The Influence of School Climate
towards Counselor’s Self Efficacy. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Zainuddin Abu, Zuria Mahmud, Salleh Amat (2008). Pendekatan Kaunseling Menangani
Masalah Kebebasan dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi: Dua kajian Kes. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 33. Pp. 107-123.

10
Soalan 2

1.0 PENGENALAN
Arachnophobia ialah ketakutan terhadap labah-labah atau fobia terhadap labah-labah. Walaupun
bukan perkara biasa bagi orang untuk tidak menyukai labah-labah atau serangga, fobia labah-
labah boleh memberi kesan yang sangat ketara kepada kehidupan seseorang. Orang yang
mempunyai fobia labah-labah mungkin berasa cemas dan takut apabila mereka melihat atau
bertemu labah-labah, dan mungkin mengelakkan kawasan di mana labah-labah adalah perkara
biasa.

Fobia adalah lebih daripada ketakutan. Ia adalah emosi yang kuat yang boleh membuatkan
seseorang berasa seperti berada dalam bahaya. Arachnophobia boleh menghalang seseorang
daripada mengambil bahagian dalam acara atau situasi tertentu, kerana fikiran mereka
memberitahu mereka bahawa labah-labah adalah ancaman.

Renner dalam Jong dan Muris (2002) menjelaskan bahawa, Asal-usul Arachnophobia boleh
dikesan kembali ke sejarah, khususnya di Eropah semasa Zaman Pertengahan. Pada masa itu,
serangga seperti labah-labah dianggap sebagai sumber pencemaran yang menyerap racun yang
terdapat di persekitaran mereka. Ini adalah benar terutamanya berkaitan dengan tumbuhan,
kerana orang ramai percaya bahawa makanan atau minuman yang merayap oleh labah-labah atau
serangga dianggap dijangkiti dan beracun. Selain itu, perbezaan budaya ini berkaitan dengan
kepercayaan Eropah tentang labah-labah, yang berbeza daripada yang terdapat di bahagian lain
di dunia.

Arachnophobia adalah ketakutan atau kebimbangan terhadap labah-labah. Ia berasal daripada


perkataan Yunani arachne, yang bermaksud labah-labah, dan phobos, yang bermaksud ketakutan.
Orang yang mempunyai arachnophobia selalunya adalah individu yang takut dan tidak selesa
apabila mereka berada di dalam bilik yang sama dengan labah-labah. Mereka cenderung berasa
cemas dan cuba mengalihkan perhatian mereka dari labah-labah, menjadi sangat waspada. Ini
sering dirujuk sebagai mekanisme mengatasi, yang merupakan tindak balas semula jadi yang
diberikan oleh badan untuk terus hidup. Ini menepati teori tingkah laku yang di ideakan oleh
Ivan Sechonov Pavlov dari Russia dan B.F Skinner dari Harvard University, di mana mereka
menyatakan bahawa tindak balas individu terhadap ransangan persekitaran (bagi Jusoh ialah

11
labah-labah) yang berbeza membentuk tingkah laku yang berbeza. Bagi membantu Jusoh
mengatasi arachnophobia, antara strategi yang boleh dilakukan ialah pengurusan diri (self-
management) dan pemantauan diri (self-monitoring).

2.0 STRATEGI INTERVENSI


Pengurusan Diri (self-management)

Terapi tingkah laku kognitif (CBT) ialah model yang memberi tumpuan kepada membantu orang
menguruskan tingkah laku mereka sendiri. Pengurusan diri merangkumi pemantauan kendiri,
peneguhan positif (ganjaran kendiri), kontrak kendiri (kontrak sendiri), dan kawalan rangsangan
(kawalan rangsangan) (Gunarsa, 1996:225-226).

Pengurusan diri ialah strategi perubahan tingkah laku yang bergantung kepada usaha klien
sendiri untuk mencapai hasil. Ia adalah strategi yang agak baru dalam dunia kaunseling, dan
baru-baru ini muncul sebagai pilihan yang popular (Cormier & Cormier, 1985: 519Pengurusan
diri muncul pada tahun 1970-an sebagai cara memahami dan mengurus perubahan tingkah laku,
berdasarkan tradisi pasca tingkah laku kaunseling tingkah laku kontemporari. Pendekatan ini
menekankan peranan penting kognisi dalam tingkah laku, dan ia menghargai kuasa tingkah laku
terarah kendiri (Shelton, 1976: 129).

Strategi pengurusan diri ini boleh membantu klien menangani masalah tingkah laku maladaptif.
Strategi ini adalah berkaitan dengan diri klien iaitu klien berusaha sendiri untuk mencapai
perubahan yang diingini sambil diberi perhatian kaunselor. Dalam strategi ini, klien harus
memainkan peranan yang aktif semasa dan setiap proses kaunseling. Kaunselor akan memberi
tumpuan kepada pemikiran dan perasaan klien, dan membantu mereka membuat perubahan.
Klien akan lebih bertanggungjawab untuk kejayaan mereka sendiri, dan akan belajar bagaimana
untuk mengukuhkan diri. Mereka juga mungkin diminta untuk memerhati, memantau, dan
merekodkan tingkah laku mereka, untuk memberi pengukuhan diri. Peranan kaunselor bukan
untuk memberi nasihat kepada klien, tetapi menjadi pembimbing atau pendidik.

Terdapat lima langkah dalam strategi ini. Langkah pertama ialah membangunkan pemahaman
yang jelas tentang masalah dan punca asasnya. Kemudian, berdasarkan maklumat itu, kita boleh
memilih matlamat terbaik untuk dicapai. Matlamat ini harus memberi manfaat kepada klien,
realistik, boleh dicapai, dan bersifat positif. Untuk menangani masalah dengan berkesan, adalah

12
penting untuk mempunyai pemahaman yang jelas tentang perkara itu, perkara yang diwakilinya
dan perkara yang perlu dilakukan untuk menanganinya.

Langkah kedua ialah untuk mengurus dan memantau gelagat sasaran, anda harus merekodkan
gelagat itu serta-merta selepas ia berlaku menggunakan apa-apa peranti rakaman yang tersedia.
Anda boleh menggunakan kertas, pensel, jam tangan atau sebarang peranti lain yang sesuai.
Kemudian, anda boleh mengira kekerapan dan masa pengambilan tingkah laku untuk menjejaki
perubahan dari semasa ke semasa.

Langkah ketiga ialah mengubah persekitaran dan pastikan anda memberikan rangsangan yang
betul untuk membantu pelanggan anda berkelakuan seperti yang anda mahukan. Anda harus
cuba mengelakkan situasi atau persekitaran yang akan menyebabkan tindak balas yang tidak
diingini, dan kemudian menukar cara rangsangan itu untuk memastikan pelanggan anda sedar
tentang perkara yang berlaku. Akhir sekali, anda harus membantu pelanggan anda mencari
perkara yang menggembirakan atau berasa selesa.

Langkah keempat ialah mengenal pasti peneguhan positif dan akibat yang berkesan untuk klien.
Ini bermakna mengetahui ganjaran yang paling berkesan untuk menggalakkan tingkah laku yang
diingini dan memastikan ganjaran tersebut diberikan secepat mungkin.

Langkah terakhir ialah meneruskan kejayaan dan merenung kembali apa yang telah dicapai.
Dalam langkah ini, sistem penilaian atau maklum balas yang berkesan dibentuk untuk membantu
memastikan pengurusan diri, pemantauan kendiri dan pengukuhan diri boleh diubah dan dibaiki
semula atau digunakan semula untuk mencapai matlamat sasaran. Dengan langkah-langkah
dalam strategi pengurusan, pemantauan dan pengukuhan kendiri akan dapat membantu klien
dalam menghadapi masalah tingkah laku maladaptif ini.

Ketika Jusoh berdepan dengan labah-labah, dia mungkin teringat pengalaman traumatik sebelum
ini. Untuk mengurangkan kemungkinan perkara ini berulang, dia perlu meneroka punca
ketakutannya dan mengimbas kembali kenangan gembira sebelum kejadian itu. Ini akan
membantu dia melupakan labah-labah dan meneruskan. Sebaik sahaja dia dapat melakukannya,
dia boleh berusaha untuk membangunkan sikap yang lebih neutral terhadap labah-labah.

Latihan Asertif (Assertive Practice)

13
Lange, Rimm dan Lockley (1975),dan Fritchie dan Melling (1991) menyatakan bahawa latihan
asertif merangkumi tanggungjawab kaunselor dalam perkara-perkara yang berikut:

(i) menerangkan kepada klien bahawa mereka ada hak untuk bersikap asertif,

(ii) mengenal pasti tingkah laku klien yang perlu dimodifikasi menjadi asertif, dan

(iii) menggalakkan klien untuk melakukan tingkah laku asertif dengan lebih efektif

Ketegasan ialah cara berkelakuan yang melibatkan mengawal situasi dan emosi anda sendiri. Ia
melibatkan tanggungjawab untuk tindakan anda sendiri dan mengetahui cara menangani situasi
dengan berkesan. Ketegasan bukan hanya tentang menyatakan diri anda, ia adalah tentang
mengawal pemikiran dan tindakan anda supaya anda mencapai matlamat anda dengan cara yang
terbaik. Dengan ketegasan, anda boleh menggunakan akal dengan cara yang sistematik untuk
mencapai matlamat anda, baik di dunia mahupun di akhirat (Mohd Azhar Abd Hamid, 2003).

Latihan asertif ialah satu bentuk terapi yang boleh digunakan untuk membantu individu
menangani kebimbangan dan ketakutan mereka. Ia adalah proses sistematik yang melibatkan
pembelajaran untuk mengenal pasti pelbagai jenis ketegasan. Latihan asertif boleh digunakan
bersama dengan kaunseling tingkah laku untuk membantu individu belajar bagaimana untuk
meluahkan perasaan mereka secara terbuka dan langsung.

Latihan ketegasan boleh membantu klien yang mempunyai masalah dengan tingkah laku
maladaptif. Ini kerana latihan tersebut merupakan satu teknik untuk membantu klien
meningkatkan keyakinan diri dan belajar bertindak secara produktif dalam menghadapi sesuatu
ancaman. Ini boleh membantu pelanggan yang tidak bermotivasi dan lemah untuk memulakan
tingkah laku yang diingini, dan ia juga boleh memberikan kekuatan untuk mengelak daripada
menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kepada orang lain.

Ketegasan adalah kemahiran penting untuk pengurusan diri dan penyelesaian masalah, kerana ia
boleh membantu seseorang mengekalkan harga dirinya dan mengelakkan diri daripada diambil
kesempatan, menghadapi situasi ibu bapa yang sukar, dan mengatasi ketakutan labah-labah. Jika
seseorang itu agresif dan tidak tegas, dia boleh kehilangan manfaat ini.

14
Jusoh hendaklah membina kemahiran asertif untuk lebih berani menghadapi labah-labah.
Kaunselor bertanggungjawab untuk memastikan Jusoh berjaya menjadikan tingkahlaku nya
kepada asertif agar ketakutan pada labah-labah dapat di hilangkan.

3.0 KESIMPULAN
Kaunseling merupakan bahagian penting dalam proses bimbingan di institusi pendidikan. Di
peringkat institut pendidikan, kaunseling ialah proses pertemuan secara bersemuka antara
seorang pengajar yang berperanan sebagai kaunselor, dengan seorang pelajar sebagai klien.
Matlamat kaunseling adalah untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah peribadi atau
akademik.

Teori merupakan bahagian penting dalam kaunseling kerana ia membantu kaunselor untuk
memberi tumpuan kepada tindakan yang perlu diambil dengan klien, untuk memahami peristiwa
dalam konteks yang lebih luas, dan untuk membuat ramalan yang tepat. Teori juga penting
kerana ia membantu kaunselor memahami konsep dan idea yang telah mereka pelajari, menguji
konsep dan idea ini, dan menggunakan maklumat ini untuk membantu klien.

Fobia adalah gangguan kesihatan mental yang telah wujud sejak sekian lama. Mereka
dipengaruhi oleh keadaan psikik manusia yang kompleks, dan mereka boleh dibentuk daripada
pengalaman masa lalu. Sesetengah fobia adalah lebih berbahaya daripada yang lain, tetapi ia
biasanya boleh disembuhkan dengan terapi dan perundingan psikiatri.

Dalam kes Jusoh, dua strategi intervensi yang boleh di jalankan ke atasnya ialah latihan asertif
dan pengurusan kendiri. Kedua-dua strategi ini dapat membantu Jusoh untuk mengatasi fobianya
kepada labah-labah.

(1072 patah perkataan)

RUJUKAN
Hough, M., (1994). A practical approach to counselling. United Kingdom: Pitman Publishing.

Kottler, J. K., (2002). Theories in counseling and therapy: An experiention approach. Boston: A

Pearson Education Company.

15
Mohd. Tajudin Ninggal, & Yatimah Sarmani, (2008). Teori kaunseling Al-Ghazali. Selangor:

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Noresah Baharom, Md. Nor Hj. Ab. Ghani, Ibrahim Hj Ahmad, Azizah Supardi, Saidah Kamin,
Hjh. Aziah Tajudin, Salmah Jabbar, Hairani Mohd Khalid, & Rodziah Abdullah, (Ed.).
(2005). Kamus Dewan.(edisi ke-3). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Patterson, C.H., (1986). Theories of counseling and psychotherapy (4th ed.). New York: Harper

And Row.

16
BAHAGIAN 2

OCP

17

Anda mungkin juga menyukai