Anda di halaman 1dari 11

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

POSTGRADUATE DIPLOMA UN TEACHING

HPGD 2203

EDUCATIONAL MANAGEMENT

NO. MATRIKULASI : CGS02187526


NO. KAD PENGENALAN : 960613-12-5032
NO. TELEFON : 010-5656399
E-MEL : hikmahmeson@oum.edu.my

JANUARY SEMESTER 2021


1. SOROTAN KRITIKAL

1.1

Artikel Principals’ Communication Styles and School Performance in Al Ain


Goverment Schools UEA 2017, merupakan hasil kajian yang di lakukan oleh Ibrahim
Ali dan rakannya Mahmoud Sherin. kajian ini dilakukan dalam sebuah universiti di
negara Arab yang dipanggil sebagai UAE iaitu United Arab Emirates University.
Selain itu, kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif, data yang di kutip adalah
melalui soal selidik sebanyak 50 item soalan telah di nyatakan. Seramai enam ratus
tujuh puluh orang responden daripada jumlah populasi iaitu dua ribu dua ratus empat
puluh telah menjawab soal selidik tersebut yang terdiri daripada 40 buah sekolah, dan
sebelas orang kakitangan menggunakan kaedah temu bual menggunakan telefon
bimbit untuk menjawab soal seldik tersebut. Berdasarkan artikel, responden
menunjukkan prestasi yang tinggi terhadap gaya komunikasi sokongan pengetua,
( supportiveness styles). Manakala, ketika sekolah di gunakan dengan sebagai unit
analisis, menunjukkan gaya komunikasi ketepatan pengetua, (perciseness style)
adalah tinggi di ikuti prestasi. Artikel turut menunjukkan, kolerasi negatif bagi
dimensi gaya komunikasi emosi dan ancaman, (emotionality and threateningness
styles).

Kekuatan berdasarkan artikel adalah, pengkaji menyatakan kesmua gaya komunikasi


seorang pengetua yang terdiri daripada tujuh jenis iaitu gaya komunikasi ketepatan
(preciseness), reflektif (reflectiveness), ekspresif (expressiveness), sokongan
(supportiveness), emosi (emotionality), kelembutan (niceness), dan ancaman
(threateningness). Ketujuh-tujuh gaya komunikasi ini juga akan di gunakan pemboleh
ubah dalam mengukur tahap prestasi sekolah tersebut. Hal ini kerana, gaya
komunikasi yang di amalkan oleh seorang pengetua akan mempengaruhi prestasi
pengajar, pelajar, warga sekolah dan sekolah itu sendiri. Pengkaji juga
mengetengahkan, maklum balas daripada responden akan berbeza-beza di sebabkan
oleh faktor jantina, kedudukan dan kewarganegaraan responden. Perbezaan maklum
balas, di uji melalui kaedah ujian Krsukal Wallis dan Mann-Whitney. Berdasarkan
kaedah ujian Mann-Whitney untuk perbezaan jantina, responden wanita menunjukkan
lebih tinggi amalan gaya komunikasi ekspresif, kelembutan, sokongan dan reflektif.

1
Terdapat banyak kekuatan yang telah di kemukan oleh pengkaji, namun begitu
terdapat juga kelemahan dalam artikel. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan
kaedah kajian metod campuran (mix methods) yang menggabungkan pendekatan
kauntitatif dan kualitatif dalam menganalisis data yang di perolehi. Walaupun banyak
kelebihan yang terdapat dalam penggunaan metod campuran, namun metod campuran
boleh meyebabkan objektif kajian dipengeruhi oleh pelbagai pemboleh ubah yang
meyebabkan objektif kajian kurang jelas. Dalam kenyataan pekaji pada bahagian
kesimpulan dan cadangan, pengkaji juga mencadangkan agar kajian akan datang perlu
di lakukan menggunakan kaedah kualitif dalam menganalisis data yang di perolehi.

Seperti yang kita ketahui komunikasi adalah aspek yang sangat penting dalam setiap
perkara. Oleh itu, dalam dunia pendidikan seorang pengetua perlu mengamalkan gaya
komunikasi yang positif, agar suasana yang harmoni dalam komunikasi khususnya
semasa proses pengajran dan pembelajran dapat di wujudkan. Suasana ini akan
meyebabkan keselesaan, keyakinan dan ketenangan dalam kalangan warga sekolah
yang secara langsung akan memberikan motivasi dalam melaksanakan tugasan yang
di berikan kepada mereka. Contohnya, pelajar akan lebih bersemangat apabila seorang
pengetua menggunakan gaya komunikasi sokongan dalam meningkatkan motivasi
pelajar, bahkan kepada pengajar dan warga sekolah yang terlibat. Oleh itu, pelajar
akan lebih bersemangat untuk berlajar dan menunjukkan peningkatan presatasi yan
baik dalam bidang akademik. Gaya komunikasi dan gaya kepimpinan seseorang
pengetua serta prestasi sekolah, bergantung antara sama lain. Oleh itu, setiap individu
yang berpontensi menjadi seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi, khususnya
dalam dunia pendidikan iaitu pengetua, haruslah menitikberatkan kemahiran
komunikasi dan gaya kepimpinan mereka, hal ini kerana akan mempengaruhi orang di
bawahnya serta prestasi di sekolah tersebut.

2
1.2

Artikel Why is Educational Change so Difficult and How Can We Make it More
Effective 2018, di tulis oleh Profesor Tony Burner. Artikel ini merupakan kajian
mengenai perubahan dalam pendidikan yang sukat di lakukan dan bagaimana
perubahan yang di lakukan tersebut berkesan. Kajian ini akan menjelaskan perubahan
pendidkan melalui contoh empirikal perubahan pendidikan yang terkini, berdasarkan
kajian penilaian di England dan Scotland, dan pengembanagn kurikulum dalam
konteks Nordik.

Kekuatan berdasarkan artikel ialah, pengkaji menyatakan faktor-faktor mengapa perlu


melakukan perubahan dalam pendidikan. Antaranya, di sebabkan oleh peningkatan
globalisasi, kemajuan dalam teknologi, perkembangan dalam pendekatan pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, pengkaji juga menyatakan, mengapa sukar untuk
melakukan perubahan di sebabkan oleh beberapa, antaranya ialah menurut Hayward
2010, cabaran dalam melakukan perubahan adalah untuk mengekalkan perubahan
dalam skala yang luas melebihi seorang pengajar. Disamping itu, disebabkan oleh
perubahan yang ingin di lakukan idak di lakukan dengan betul, aktiviti pemerhatian
dan penilain tidak dilaksanakan sepenuhnya untuk melihat kesan daripada perubahan
pendidikan tersebut dan berlaku tekanan dan tiada sokonga untuk melakukan
perubahan tersebut. Pengkaji menggunakan contoh empirikal perubahan pendidikan
yang terkini untuk memahami dan menjelaskan persoalan dalam kajian ini. Iaitu,
penilaian 5-14 dan penilaian untuk pembelajaran Scotland, projek pembelajaran serta
cara belajar England dan Formatif King’s Medway Oxford Projek Penilaian England
serta pengembanagn kurikulum dalam konteks Nordik. Manakala, bagaimana
menjadikan perubahan pendidikan itu lebih efektif ialah pengkaji memetik
kenyataan, Fullan (2007) perubahan dalam bidang pendidikan yang harus dilakukan
secara efektif adalah melalui penyediaan bahan atau sumber-sumber yang diperlukan
di dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dilakukan, dengan tujuan bagi
menjamin dan memudahkan lagi perubahan dalam bidang pendidikan untuk lebih
efektif. Tambahan lagi, untuk membantu menjadikan perubahan pendidikan menjadi
lebih efektif adalah melalui pemberian sumber pembangunan kurikulum yang harus
dilakukan seperti bahan pengajaran contohnya komputer, mesin dan sebagainya bagi
mendidik para murid. Seterusnya adalah melalui pembangunan profesional, iaitu
melalui pihak tenaga pengajar.

3
Terdapat banyak kekuatan yang telah di kemukan oleh pengkaji, namun begitu
terdapat kelemahan dalam artikel. Pemilihan pengkaji terhadap contoh empirikal
adalah berdasarkan minat kajian dan bidang kepakaran pengkaji. Perkara ini
menimbulkan rasa ketidak bukaan dalam kalangan pembaca terhadap kajian yang
dilakukan oleh pengkaji. Pengkaji juga tidak menyatakan dengan jelas metod kajian
yang di gunakan oleh pengkaji dalam menganalisis data maklumat yang telah di
perolehi serta tidak mengasingkan dengan jelas hasil dapatan kajian dan pengkaji
mencampurkan huraian serta hasil dapatan kajian dalam perenggan yang sama. Selain
itu, pengkaji juga kurang mengeluarkan pemahanan dan pendapat nya sendiri, kerana
terlalu banyak memetik kenyataan daripada penulis-penulis artikel yang lain. Keadaan
ini meyebabkan pembaca kurang memahami apa yang cuba di sampaikan oleh
pengkaji.

Seperti mana yang telah di ketahui, artikel ini membincangkan tentang perubahan
dalam aspek pendidikan dilakukan bergantung dengan keadaan kawasan seperti saiz
sekolah dan jumlah pelajar. Serta perubahan dilakukan dengan menimbang berat
mengenai perubahan isu mengikut masa. Sebelum perubahan dalam pendidikan di
lakukan, pihak atasan dalam organisasi pendidikan dan juga pengajar itu sendiri, perlu
mengenalpasti keperluan dan cabaran yang bakal di hadapi dalam melakukan
perubahan dalam pendidikan. Namun begitu, perubahan dalam dunia pendidikan
harus di lakukan untuk memenuhi keperluan semasa terhadap perubahan dunia.
Contoh nya pada abad ke 21, revolusi indusrri 4.0 dalam pendidikan telah
mempengaruhi pendagogi pendidikan. Oleh itu, pendagogi pendidikan pada abad ini
haruslah mementingkan teknologi dalam pendidikan agar terus relevan dengan
peredaran zaman.

4
2. (a) PEMERHATIAN / TEMU BUAL

Soalan Temu bual :

1. Apakah kaedah yang digunakan bagi mengawasi pembelajaran di dalam


kelas ?
2. Bagaimanakah cara untuk mengawal pembelajaran di dalam kelas ?
3. Apakah inisiatif yang akan digunakan bagi menggalakkan pelajar untuk
belajar ?
4. Apakah kaedah yang diguna bagi menyokong suatu pembelajaran ?
5. Apakah inisiatif yang akan dilakukan dalam penyeliaan secara instruksional
dalam sekolah ?

5
2. (b) JURNAL REFLEKTIF

Melalui hasil pemerhatian dan kajian temu bual yang dilakukan terhadap pemimpin
sekolah di sekolah tersebut, penulis mendapati bahawa kakitangan tersebut
mengamalkan kepimpinan instruksional. Pemimpin instruksional ialah segala amalan
tingkah laku perancangan pengetua yang jelas disampaikan bertujuan untuk
mempengaruhi, menerajui, memberi bimbingan, dan dorongan kepada guru dan murid
dalam usaha menambah baik dan meningkatkan program-program berkaitan proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat sekolah berkualiti yang
ditetapkan. Berdasarkan Model Gibb’s langkah refleksi dimulai dengan penjelasan,
apa yang telah terjadi, seterusnya yang kedua perasaan (apakah yang kamu fikirkan
dan rasakan), ketiga penilaian (apakah yang baik dan buruk tentang perkara ini),
keempat analisis (apakah yang anda rasa daripada situasi tersebut), kelima kesimpulan
( apakah perkara yang anda boleh lakukan ) dan yang terahkir ialah tindakan (jika
perkara ini berlaku, apakah yang anda dapat lakukan)

Pada peringkat pertama, saya mendapati bahawa pemimpin sekolah tersebut


mengamalkan kepimpinan instruksional dalam memimpin dan menguruskan pengajar,
pelajar, warga sekolah serta sumber-sumber lain yang terlibat. Berdasarkan soalan
temu bual yang dipilih iaitu aspek penyeliaan instruksional, pemantauan perancangan
pembelajaran dan juga melalui aspek pemberian sokongan terhadap komuniti
pembelajaran yang berlangsung secara tradisional. Hal ini secara tidak langsung,
membantu dalam mengenalpasti jenis amalan kepimpinan dan pengurusan yang
digunakan oleh pihak kakitangan atasan sekolah. Selain itu, keadaan ini menjadikan
saya lebih peka terhadap jenis pengurusan yang di amalkan oleh sesebuah organisasi.

6
Peringkat kedua ialah, perasaan (apa yang anda rasa dan fikirkan). Melalui proses
pemerhatian dan temu bual yang di jalankan, dapat memberikan kesedaran dan
megetahui kepada saya dan pihak pendidik tentang kepentingan jenis pengurusan dan
kepimpinan yang digunakan dalam sekolah. Di samping itu, menunjukkan
kepentingan meletakkan syarat-syarat yang harus dipenuhi sebelum dipilih dan
dinaikkan jawatan sebagai seorang pengetua mahupun sebagai seorang penolong
kanan. Hal ini kerana, pengetua dan penolong kanan adalah antara pihak yang
memainkan peranan utama di dalam bidang pengurusan di sekolah. Melalui hasil kajian
ini juga, saya sebagai pengkaji dapat mengetahui cara-cara atau kaedah, mengaplikasikan
ketiga-tiga aspek yang melibatkan penyeliaan instruksional, pemantauan perancangan
pembelajaran dan juga sokongan yang harus diberikan terhadap pendidikan komuniti secara
tradisional.

Peringkat yang ketiga ialah, tentang penilaian sama ada b aik dan buruk tentang
pengalaman penulis dalam proses temu bual dan pemerhatian yang telah di jalankan.
Kebaikan yang di perolehi berdasarkan kajian ialah membolehkan penulis,
mengetahui dan memahami mengenai ketiga-tiga aspek yang di aplikasi dalam
pengurusan di sekolah serta mengetahui cabaran dan cara mengatasi yang akan di
hadapi, semasa proses pengurusan di laksanakan. Hal ini kerana, saya turut
meletakkan diri saya dalam keadaan dan situasi mereka, bagi melihat jenis
kepimpinan dan pengurusan yang lebih sesuai digunakan dalam kepimpinan. Semasa
proses kajian temu bual juga, saya menggunakan komunikasi dua hala dan positif agar
dapat membuatkan responden dan pihak-pihak yang lain merasa lebih selesa dan
terbuka untuk bekerjasama dalam kajian ini.

Peringkat yang keempat adalah analisis tentang pertimbangan dan apa yang di
perolehi hasil daripada kajian yang di lakukan, ialah menjadikan saya seorang yang
peka mengenai kepimpinan dan pengurusan yang di aplikasikan oleh pemimpin di
sesebuah sekolah. Selain itu secara tidak langsung, dapat melatih kemahiran
berkomunikasi dalam diri sendiri dengan responden serta orang di sekililing yang
terliba serta bagi mewujudkan persekitaran kajian yang selesa dan dapat saling
memahami antara satu dengan yang lain.

7
Peringkat yang kelima ialah kesimpulan, yang di perolehi oleh pelajar-pelajar tentang
perkara yang dapat di lakukan oleh mereka. Saya dapat mengetahui pengurusan yang
di aplikasi oleh pemimpin di sekolah tersebut iaitu, kepimpinan instruksional. Melalui
hasil kajian, saya juga mengetahui aspek yang di tekankan oleh pemimpin di sekolah
dalam melibatkan penyediaan instruksional iaitu, terdiri daripada tiga perkara
antaranya ialah kecekapan teknikal, kecekapan klinikal dan kecekapan pribadai.

Manakla peringkat yang terahkir ialah tindakan, iaitu jika perkara itu berlaku, apakah
yang anda dapat lakukan. Pada peringkat ini sekiranya, saya berpeluang menjadi
pemimpin atau pihak pengurusan di sesebuah organisasi, saya akan menggunakan
pengawasan instruksional dalam mengurus orangnisasi tersebut. Namun begitu, saya
juga akan melihat dan menilai kesesuaian pemantauan pelan pengajaran dan sokongan
profesional pembelajaran komuniti. Hal ini kerana, ketiga-tiga aspek ini mempunyai
kelebihan dan kelemahan dalam mengaplikasikannya dalam sesebuah organisasi.
Oleh itu, kelebihan dan kelemahan ketiga-tiga aspek ini perlu di ketahui dan di fahami
bagi memudahkan untuk di aplikasikan berdasarkan norma organisasi serta ahli-ahli
yang terlibat dalam organisasi tersebut.

8
RUJUKAN

1. Azaiza, 2017, Penyeliaan Pengajaran Berkesan


2. Abu Dhabi Education Council, 2009
3. Biesta, 2010, Good Education In Age Of Measurement
4. Nordiana Hamzah, Hasrina Baharum, Azhar Wahid & NorAzimah Zakaria 2018,
kajian refleksi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran empati dalam
kesusasteraan Melayu, http://www.ijhpl.com/PDF/IJHPL-2018-04-12-06.pdf

5. Harris, 2003, Professor Michael Fullan, 2007, Change The Terms For Teaching
Learning

Anda mungkin juga menyukai