Anda di halaman 1dari 15

POSTGRADUATE DIPLOMA IN TEACHING

SEMESTER 2/ 2022

HPGD2203

EDUCATIONAL MANAGEMENT

NO. MATRIKULASI : CGS02525826


NO. KAD PENGENALAN : 870611125048
NO. TELEFON : 0138273457
E-MEL : saharalantong@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : LAHAD DATU LEARNING CENTRE


BAHAGIAN 1
SOALAN 1: Critical Review of Article

1.0 Pengenalan
Artikel yang dikritik bertajuk hubungan antara penyeliaan dengan sikap dan prestasi guru
di sekolah menengah di Malaysia yang ditulis oleh Kazi Enamul Hoque, Husaina Banu
Bt kenayathulla, Malar Vili D/O Subramaniam dan Reazul Islam. Objektif kajian ini
adalah untuk memberi penerangan tentang status amalan penyeliaan, sikap guru terhadap
penyeliaan, dan tahap prestasi guru selepas penyeliaan di sekolah menengah di Kuala
Lumpur, Malaysia. Dalam mengenali amalan penyeliaan, penulis juga membincangkan
hubungan antara penyeliaan arahan dengan sikap dan prestasi guru.

2.0 Ringkasan Jurnal


Penulis bermula dengan memberikan penerangan tentang kepentingan penyeliaan dalam
membantu guru meningkatkan mutu pelajaran supaya pengajaran bertambah berkesan
dalam memastikan objektif pengajaran pembelajaran tercapai serta menggalakkan
pertumbuhan profesional guru. (Hoque, Alam, & Abdullah, 2010) merumuskan
penyeliaan sememangnya membantu guru dalam membangunkan kemahiran pengajaran
mereka. Penulisan ini juga berbincang tentang bagaimana penyeliaan mempengaruhi
kemahiran mengajar guru.
Dalam artikel ini juga dibincangkan tiga jenis model penyeliaan pendidikan
seperti penyeliaan klinikal, penyeliaan bimbingan rakan sebaya dan penyeliaan
pembangunan (arahan, kolaboratif dan bukan arahan). Penyeliaan klinikal di Turki dilihat
dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam persekolahan tetapi
mengambil masa yang lama untuk menilai guru (Kayikcil et al., 2017). Penyeliaan
bimbingan rakan sebaya di Kuwait, walaupun boleh memupuk perubahan dalam
pertumbuhan profesional dan mempengaruhi amalan pengajaran bilik darjah, kerjasama
pasukan dan keyakinan diri, penyelia bimbang dengan keberkesanan strategi bimbingan
yang berkaitan surat menyurat antara rakan sebaya dan peraturan penilaian formal
kementerian (Alsaleh et al., 2017). Begitu juga di Malaysia, penjadualan pemerhatian
kelas didapati sebagai cabaran utama dalam penyeliaan bimbingan rakan sebaya (Yee,

1
2016). Dalam penyeliaan pembangunan terdapat tiga bentuk penyeliaan iaitu arahan,
kolaboratif dan bukan arahan.
Penulis dalam artikel juga membincangkan guru tidak berpuas hati dengan amalan
penyeliaan yang dijalankan di sekolah menengah di Kuala Lumpur. Kerana, didapati
proses penyeliaan yang dijalankan tidak efisien. Hal ini kerana penyeliaan lebih kepada
mencari salah daripada membantu meningkatkan pencapaian prestasi mereka. Walaupun
peranan penyeliaan sudah berpindah dari menilai keupayaan guru kepada menyediakan
sokongan dan galakkan dalam mempertingkatkan pencapaian guru, namun tiada kajian
yang menunjukkan bahawa ianya dapat meningkatkan prestasi guru.
Dalam artikel juga dibincangkan, melalui amalan penyeliaan yang dijalankan guru
mempunyai persepsi yang berbeza-beza terhadap teknik yang penyelia mereka gunakan
dalam meningkatkan pengajaran mereka kerana setiap guru mempunyai tahap
pembangunan, kepakaran dan komitmen yang berbeza-beza. Hal ini boleh mempengaruhi
sikap mereka terhadap penyeliaan yang mereka alami yang akhirnya akan mempengaruhi
prestasi mereka.
Penulis dalam penutupnya merumuskan amalan penyeliaan pembangunan tidak
memberi kesan kepada guru kecuali pendekatan arahan. Hal ini kerana penyeliaan arahan
memberi kesan kepada sikap guru dan guru sudah biasa diarahkan dan lebih suka
dibimbing oleh penyelia untuk memperbaiki pengajaran mereka.

3.0 Kritikan Jurnal


3.1 Kekuatan Jurnal
Antara kekuatan yang terdapat dalam artikel ini ialah penulis artikel telah mendedahkan
kepada pembaca tentang amalan penyeliaan yang terdapat di luar negara dan dalam
Malaysia secaran terperinci. Pembaca juga dapat mengetahui dan memahami kepentingan
penyeliaan kepada guru-guru dalam membantu meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Daripada ulasan penulis, beliau mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang model penyeliaan pendidikan dan pelbagai amalan
yang terdapat di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, penulis telah membincangkan
amalan penyeliaan klinikal dan peer coaching di Turki dan Kuwait. Artikel ini
berinformasi dan sesuai dengan pembaca yang ingin mencaburi bidang perguruan dan

2
mendalami amalan penyeliaan dengan pendekatan yang betul dalam memastikan
kurikulum yang formal dapat dilaksanakan dan membantu juga pengetua sekolah untuk
menilai kompetensi guru dari segi kemahiran, pengetahuanguru dan sikap (Gurnam dan
Chan., 2010).
Selain itu, kekuatan yang ada pada artikel ini ialah penulis telah mendalami
persepsi dan pandangan guru terhadap amalan penyeliaan yang dianggap boleh
mempengaruhi pencapaian prestasi mereka. Penulis mempunyai pengetahuan dan fikiran
yang tersendiri untuk mengemukakan pendapat beliau. Dari situ, penulis dapat mengolah
hujah dan bukti dengan baik. Ekoran itu, penggubal dasar, penyelia sekolah dan guru
besar akan mendapat menfaat dalam memilih jenis amalan penyeliaan yang betul yang
boleh menyumbang kepada prestasi pengajaran yang lebih baik.
Cara susunan fakta dan maklumat penulis juga merupakan salah satu kekuatan
dalam artikel ini. Penulis menyusun maklumat beliau dengan menarik di mana tajuk
utama dan sub topik dipisahkan. Perenggan fakta juga penting dalam sesuatu artikel dan
penulis telah membuat yang terbaik dalam memudahkan ayat-ayat dan idea supaya lebih
senang difahami oleh pembaca.

3.2 Kelemahan Jurnal


Kekurangan artikel ini boleh dilihat dari segi sasaran pembaca dimana ianya ditujukan
lebih kepada warga pendidik atau pihak yang berkaitan dalam bidang pendidikan. Perkara
ini boleh dilihat melalui penggunaan istilah dan cara penulisan beliau. Ini
berkemungkinan akan menyebabkan pembaca hilang minat terhadap artikel tersebut
kerana pembaca biasanya tidak dilengkapi dengan ilmu-ilmu tersebut.
Pada pendapat saya, antara kelemahan dalam artikel ini ialah penulis bermula
dengan pengenalan yang sangat ringkas. Pembaca keliru di antara topik pengenalan dan
topik latarbelakang. Hal ini kerana dalam latarbelakang penulisan terlalu panjang berjela
dan pembaca akan menghadapi kesukaran dalam melihat point-pint penting kerana secara
keseluruhannya dilihat kesemua isi di dalamnya penting dan pembaca akan mengalami
kesukaran dalam merumuskan isi. Dan dalam penulisan latarbelakang terdapat banyak
istilah yang pembaca dari latarbelakang bukan pendidikan mengalami kesukaran untuk
memahaminya.

3
Disamping itu, antara kelemahan artikel ini ialah dari segi strukturnya yang tidak
jelas dalam dalam topik terakhir iaitu kesimpulan (concluding remarks). Penulis
menyimpulakan keseluruhan hujah dalam artikel terlalu ringkas. Penulis boleh selitkan
beberapa cadangan untuk lebih sistematik lagi. Begitu juga dengan topik perbincangan
(Discussion) penulis tidak menjelaskan dengan terperinci beserta contoh berkaitan kajian
di Amerika berkenaan pendekatan penyeliaan pendekatan arahan, kolaboratif dan bukan
arahan. Penulis seharusnya menjelaskan dengan lebih lanjut lagi kajian di Amerika yang
menyokong amalan penyeliaan kolaboratif dan bukan arahan tidak dikaitkan dengan
sikap guru.
Selain itu, kelemahan lain adalah jelas ditunjukkan di subtopik Had (Limitations)
iaitu penulis secara terbuka membincangkan kelemahan seperti kekurangan dalam saiz
sampel kajian yang terhad. Dan pemilihan daerah dari satu negeri sahaja. Untuk
meluaskan kajian penulis dilihat masih kabur dan samar dalam pemilihan sampel. Kerana
peluang untuk mendapatkan penyelia yang berpengalaman adalah terhad. Selaintu diakhir
kajian, hanya mendapat sampel 200 orng guru dan 50 orang guru berbanding
perancangan awal untuk mendapatkan lebih samopel dari yang diharapkan akibat
pemilihan masa kajian yang dibatasi dengan kesibukan pihak pentadbir sekolah dan guru-
guru.

3.3 Cadangan dan Implikasi


Kepentingan amalan penyeliaan tidak dinafikan dalam memberikan kepentingannya
kepada pelajar dan guru dengan mengadakan interaksi yang berterusan antara penyelia
dan guru untuk menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran. Penulis sudah
bermula dengan penulisan berkaitan pentingnya amalan penyeliaan. Hal ini dapat dilihat
menerusi penulisan beliau bahawa kajian sangat releven dengan objektif kajian dalam
meletakkan hubungan antara penyeliaan dengan sikap dan prestasi guru. Hal ini kerana
kajian menunjukkan sikap guru terhadap amalan penyeliaan arahan adalah positif dan
signifikan dengan kajian.
Walaupun contoh yang dibagi banyak menerusi kajian luar negara, namun
pembaca dapat melihat hubungkait nya terdapat kajian yang dijalankan. Oleh itu, melalui
dapatan sikap guru terhadap penyeliaan adalah sederhana positif. Pada pendapat saya,

4
harus diwujudkan kesedaran kepada guru-guru akan kepentingan amalan penyeliaan yang
dijalankan dengan memberikan kursus yang lebih mendalam akan kepentingannya.
Dalam meningkatkan sikap guru terhadap penyeliaan pembangunan supaya lebih positif
maka dicadangkan pihak sekolah, pejabat pelajaran daerah atau pejabat pelajaran negeri
menganjurkan kursus-kursus yang berkaitan dengan amalan penyeliaan. kursus-kursus ini
dijangkakan akan dapat meningkatkan kefahaman lebih mendalam untuk guru-guru
terutamanya kepentingan penyeliaan arahan yang dijalankan dalam kelas.
Kajian ini mendapatipenyeliaan arahan mempunyai kaitan positif dengan prestasi
dan sikap guru, oleh itu kajian ini boleh dilakukan kepada sampel yang lebih besar dan
boleh juga dilakukan perbandingan antara guru-guru sekolah menengah dan sekolah
rendah; sekolah kerajaan dan sekolah swasta; dan sebagainya. Latihan yang diterima di
peringkat universiti atau maktab perguruan mungkin tidak sama menerusi tahap
pembangunan guru-guru apabila seorang guru berhadapan dengan situasi sebenar.
disamping itu, dicadangkan pihak KPM, JPN, PPD terutamanya pegawai melaksanakan
penyeliaan ke atas sekolah-sekolah dari semasa ke semasa. dengan ini sikap guru dan
prestasi tehadap penyeliaan akan dapat dikenalpasti dan dibuat penambahbaikan.
Secara amnya, dapatan kajian ini boleh dijadikan asas dan panduan dalam usaha
penambahbaikan dalam memacu kecemerlangan sekolah. Sebagaimana yang dijelaskan
dalam kajian iaitu menetapkan faktor pengetahuan, kemahiran interpersonal dan
kemahiran teknikal sebagai ukuran bagi kualiti bagi amalan penyeliaan. Justeru menjadi
tanggungjawab penyelia untuk memenuhinya dan pihak yang berwajib atau
berkepentingan seta mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk
membantu menambahkan penegtahuan. Contohnya, guru-guru yang baru dinaikkan
pangkat perlu diberi pendedahan dengan ilmu penyeliaan yang berstruktur agar amalan
ini tidak menjai seperti melepaskan batuk di tangga.

4.0 KESIMPULAN
Dapatlah disimpulkan bahawa sikap guru terhadap penyeliaan adalah sangat penting
untuk melihat peningkatan di dalam pengajaran dan pembelajaran guru-guru dan pelajar-
pelajar.

5
Persepsi sebahagian guru yang merasakan amalan penyeliaan merupakan sesuatu yang
membebankan sebaiknya berfikiran lebih positif kerana tujuan utama penyeliaan adalah
usaha memartabatkan profesion perguruan dalam meningkatkan kualiti guru, kerjaya
guru, dan kebajikan guru agar profesion perguruan dipandang tinggi dan dihormati. Pihak
pentadbir sekolah brtanggungjawab dalam bekerjasama untuk mewujudkan kelancaran
proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Penyelia dan guru perlu bersedia untuk
membawa perubahan yang sangat drastik dan mencabar dalam meningkatkan sistem
pendidikan di Malaysia. Guru mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk
meningkatkan sistem pendidikan ke arah antarabangsa. Ini adalah supaya pelajar-pelajar
kita dapat berdaya saing dengan pembangunan dunia yang kini lebih berteknologi dan
pendidikan yang berkesan bolehlah membawa kita ke arah tujuan yang sama.

(1465 patah perkataan)

SOALAN 2: In-Depth Interview Report

1.0 Latar Belakang Guru


Calon wawancara ialah Encik Responden L, berasal dari Kota Marudu, Sabah. Beliau
sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Beliau
mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Kimia di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) Bangi pada tahun 1987. Pada tahun 1988, beliau telah mengambil
diploma pendidikan di UKM bagi melayakkan beliau untuk menjadi seorang guru. Beliau
telah memulakan perkhidamatan di SMK (Sekolah A). Encik Responden L amat berminat
dalam sukan Badminton dan Boling. Beliau merupakan pengurus dan pemain pasukan
dalam sukan badminton negeri bagi Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM). Beliau
pernah mendapat johan kebangsaan dalam sukan badminton pada tahun 2013. Fokus
utama Encik L dalam meningkatkan kecemerlangan Sekolah Menengah A pada masa
akan datang adalah memperoleh tempat pertama dalam SPM dan STPM. Beliau turut
fokus bagi meningkatkan personaliti guru dan sahsiah murid-murid Sekolah Menengah
A.

6
2.0 Analisis Data kualitatif
Pendekatan tafsiran kualitatif telah digunakan dengan meneliti amalan kepimpinan
sekolah dalam menyokong komuniti pembelajaran profesional (PLC) melalui temu bual
separa berstruktur bersama pengetua sekolah menengah. Berdasarkan temubual, amalan
kepimpinan perkongsian adalah amalan terbaik pemimpin sekolah ini.

Dimensi perkongsian kepimpinan dan kepimpinan menyokong


Dimensi ini merujuk kepada kepimpinan di dalam sesebuah komuniti sekolah yang
berkongsi. Perkongsian kepimpinan ini akan menunjukkan sesebuah komuniti yang akan
membangunkan kapasiti kepimpinan menyokong. Hal ini terbentuk kerana suasana dan
iklim komuniti yang menggalakkan amalam penurunan kuasa kepada semua ahli
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) bagi merealisasikan perkongsian visi dan misi
sekolah berlaku. Dimensi ini juag dapat memberi peluang kepada seua ahli komuniti
melakukan pembuatan keputusan yang berkesan bagi menghasilkan implikasi positif
terhadap pembelajaran dan pencapaian pelajar.
Melalui analisi temubual, dimensi perkongsian kepimpinan dan kepimpinan
menyokong menunjukakan tahap yang tinggi di sekolah ini dalam mengamalkan amalan
perkongsian kepimpinan di dalam komuniti sekolah ini yang menunjukkan bahawa
komuniti pembelajaran mereka berjaya membangunkan kapasiti kepimpinan menyokong.
Hal ini dapat dilihat apabila:
1) Pengetua sentiasa memberikan sokongan apabila diperlukan.
2) Kepimpinan digalakkan di kalangan guru di sekolah.
3) Guru-guru dibimbing untuk menjadi pemimpin sekolah yang berkesan.
4) Pengetua bertindak secara demokrasi bersama guru-guru melalui perkongsian
kuasa dan autoriti
5) Pengetua bersedia untuk berunding
6) Pengetua berkomunikasi dengan rakan sejawat secara informal dan menunaikan
setiap janji yang beliau buat
7) Pengetua sangat mengamalkan amalan keluasan pembuatan keputusan

7
8) Pengetua sangat menggalakkan guru-guru mencari jalan penyelesain dengan
sentiasa melibatkan guru-guru dalam membuat keputusan di peringkat sekolah.
9) Pengetua sangat mendorong guru-gurunya membuat kerja dengan baik
10) Pengetua sekolah bertindak sebagai pengurus dan pentadbir sumber yang cekap
serta pemimpin sekolah yang mampu menyokong dan membimbing guru menjadi
pemimpin pengajaran yang dinamik
11) Pengetua mengamalkan pengagihan kepimpinan

Menurut Hersey drk. (2001) perkongsian kepimpinan dan kepimpinan menyokong


merujuk kepada tingkah laku pengetua yang memberi sokongan dan dorongan ke atas
kemajuan dan perkembangan yang wujud di sekolah serta sentiasa memberi motivasi
kepada guru-guru untuk mencapai sesuatu matlamat. Sokongan pengetua dalam PLC
mempunyai lima ciri utama iaitu (i) membimbing dan menyokong, (ii) berkongsi kuasa
dan autoriti, (iii) amalan keluasan pembuatan keputusan, dan (iv) bertanggungjawab
terhadap keputusan yang telah ditetapkan. Keempat-empat ciri ini akan memberi kesan
kepada semua yang menjadi garis panduan dalam membentuk dan menyampaikan
keputusan sekolah. Dimensi ini menyatakan pengetua sekolah selaku pemimpin di
sekolah dapat menentukan bagaimana keputusan itu dibuat dan dilaksanakan.
Ini selaras dengan pendapat pendapat Pearce dan Conger (2002) mendefinisikan
perkongsian kepimpinan sebagai sebagai kepimpinan dinamik yang mampu
mempengaruhi individu lain yang berada di dalam kumpulannya ke arah pencapaian
matlamat kumpulan dan organisasi. Kepimpinan ini lebih merujuk kepada kepimpinan
antara rakan guru yang lain. Sokongan pengetua merujuk kemampuan pengetua
membangunkan amalan PLC menggunakan keempat-empat atribut perkongsian
kepimpinan dan kepimpinan menyokong. Kajian Maimunah (2005) mendapati stail
kepimpinan yang paling kerap diamalkan oleh pengetua sekolah di Malaysia adalah stail
membimbing diikuti dengan stail menyokong. Sokongan pengetua dalam amalan PLC ini
telah membentuk dan melahirkan ramai pemimpin dalam kalangan guru yang bukan
bertujuan untuk meluaskan autoriti guru atau memperjuangkan hak kebebasan guru,
tetapi bertujuan mempertingkatkan kecemerlangan sekolah. Kecemerlangan sesebuah
sekolah saling bergantungan dengan kepimpinan yang diamalkan secara berkongsi.

8
Membimbing dan menyokong perlu daripada seorang pengetua untuk
membolehkan seseorang individu dalam sesebuah organisasi itu mampu melakukan
anjakan pemikiran secara menyeluruh. Apabila adanya sokongan pengetua, maka dapat
dilihat organisasi itu mampu meneruskan peningkatan terhadap kapasiti dan melahirkan
individu dalam organisasi yang membudayakan pembelajaran. Belajar bukannya semata-
mata mendapatkan ilmu pengetahuan tetapi adalah adaalah untuk menerapkan
kepercayaan dan keyakinan guru dan kakitangan sokongan tentang masa depan sekolah
yang sebenarnya boleh ditentukan oleh setiap individu itu sendiri.
Kajian yang dijalankan oleh Zuraidah (2010) menunjukkan bahawa amalan
bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah ditetapkan dalam membentuk dimnesi
perkongsian kepimpinan dan kepimpinan menyokong di Malaysia berada pada tahap
tinggi iaitu 82.4 peratus. Ini menunjukkan bahawa sokongan pengetua dalam amalan
perkongsian kepimpinan dan kepimpinan menyokongmemberi peluang kepada guru-guru
sebagai ahli PLC berfikir dan berbincang dalam kalangan mereka memberi cadangan dan
membuat keputusan secara kolektif. Menurut Mortimore (1991), kepercayaan yang
diberikan oleh pengetua menyebabkan guru-guru berusaha memajukan sekolah. Guru
dibei peluang untuk menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap segala perkara yang
dirancang dan diputuskan.
Menurut Zuraidah (2010), pengetua perlu menggunakan kaedah kedudukan jawatan
atau autoriti yang ada padanya untuk bertanggungjawab terhadap perkara yang dianggap
kritikal seperti isu-isu yang melibatkan peraturan dan undang-undang sekolah. Ini jelas
menunjukkan konsep kepimpinan pengetua merujuk kepada perkongsian tanggungjawab
dalam mencapai matlamat sekolah yang dikongsi bersama. Konsep ini perlu
diperluaskan. Justeru, pengetua perlu memperluaskan sokongan dengan bantuan guru lain
untuk mencapai matlamat sekolah. Pembentukan amalan PLC ini telah memberi fokus
kepada tiga idea utama iaitu (i) guru-guru secara kolektif bertanggungjawab terhadap
pembelajaran murid, (ii) guru-guru terlibat secara aktif dan kolaboratif dalam aktiviti ke
arah pencapaian matlamat dan (iii) guru-guru mempunyai matlamat yang jelas untuk
pembelajaran semua murid. (Hord, 1997; Huffman & Hipp, 2003a,b; Dufour, 2004 dan
Dufour & Marzano, 2011). Justeru sokongan pengetua dalam amalan PLC ini dilihat
sememangnya adalah penting.

9
3.0 Implikasi
Implikasi kepada sekolah
Membuka minda kepada pengetua dan barisan pentadbir untuk mengkaji kaedah terbaik
meningkatkan kecemerlangan sekolah. Apabila pihak sekolah dapat mengenalpasti tahap
amalan PLC di sekolah, maka beberapa strategi dapat difikirkan agar nilai, matlamat dan
visi sekolah dapat dicapai.
Bukan itu sahaja, malahan pihak sekolah dapat memikirkan program
penambahbaikan yang sesuai agar kejelekitan (individu tidak mementingkan diri dan
memberi lebih perhatian terhadap norma dan nilai yang menyatukan guru sebagai
komuniti pembelajaran yang mempunyai komitmen yang sama) dalam kalangan guru
dapat dieratkan sekaligus membentuk suatu budaya baru dalam komuniti sekolah.
Selain itu, melalui amalan PLC di sekolah, pihak pentadbir seharusnya boleh
menggunakan strategi baru dalam mewujudkan budaya belajar dalam kalangan guru.
Guru novis mempunyai peluang untuk memperbaiki diri dari segi pedagogi. Barisan
pentadbir menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan melalui pencerapan rakan
sejawat semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan ini, guru dapat belajar cara mengajar. Selain ituu, pemantauan dalam
kalangan guru boleh diwujudkan melalui hasil kerja kursus murid. Guru berpengalaman
memantau guru novis melaksanakan kerja kursus murid, pemantauan yang dijalankan
bukan untuk mencari salah tetapi bertujuan untuk meperbaiki diri bertujuan mendapatkan
hasil yang optima bagi mencapai visi dan misi sekolah.

Implikasi kepada guru


Pertamnya, pada masa kini, semua guru dikehendaki menghadiri kursus, bengkel atau
seminar sekurang-kurangnya tujuh kali setahun. Rekod kehadiran ini diisi pada kad biru.
pihak pentadbir perlu sentiasa mengemaskini rekod kehadiran kursus ini agar tidak
berlaku guru yang keciciran atau tidak ebrpeluang mengikuti kursus, bengkel atau
seminar.
aktiviti seperti ini merupakan salah satu cara guuru dapat menambahkan pengetahuan,
kemahiran dan memperbaiki diri bagi menjadi pemimpin pendidikann. Keadaan ini

10
mewujudakn suasan belajar sekaligus memberipeluang kepada semua guru turur sama
belajar. amalan pembelajaran secara kolektif dan pengaplikasian diterapkan dalam
komuniti sekolah.
keduannya, selain itu dengan ada =nya maklumat amalan PLC, pihak pentadbir
sekolah boleh merancang pembelajaran sendiri melalui kursus perkembangan staf atau
mengadakan bengkel yang berfokus kepada peningkatan kemahiran guiiru dalam
pengajaran dan pembelajatan . latihan dalaman sesam rakan sejawat dapat dijalankan
walaupun dalam kelompok kecil. ini menudahkan pengetua memberi sokongan sama ada
dalam mbentuk sokongan perhubungan atau sokongan struktur.

4.0 Kesimpulan
Transformasi yang dijalankan oleh KPM pada amsa ini jelas memerlukan seorang
pengetua yang mampu memberi sokongan. Dalam erti kata lain pengetua membimbing
dan menyokong, berkokongsi kuasa dan autoriti, amalankeluasan terhadap pembuatan
keputusan dan bertanggungajwab terhadap keputusan yang telah ditetapkan. Keempat-
empat artibut ini mampu membangunkann keupayaan dan kapasiti guru untuk terus
meningkatkan potensi diri. Justeru, dengan adanya sokongan yang padu oleh pengetua
tidak mustahil kecemerlangan yang diidamkan baggi esebuahh sekolah itu tercapi. Dan
caran bagi peimpin-pemimpin sekolah hari ini adalah untuk memastikan pemabngunan
modal insan dilaksanakan secara holistik dari segi pembangunan ilmu pengetahuan,
kemahiran intelek, pembudayaan sikap uyang mempunyai nilai etika dan moral yang
tinggi.

(patah perkataan)

BAHAGIAN 2: Online Class Participation

11
12
13
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Abdullah, J.B., & Kassim, J. M. (2011). Instructional leadership and attitude towards
Organizational change among secondary schools principal in pahang,
Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 15, 3304-3309.

14

Anda mungkin juga menyukai