Anda di halaman 1dari 28

Topik

Pengenalan
kepada
Kaunseling

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Mengenal pasti konsep dan kepentingan kaunseling;

2.

Membezakan antara kaunseling dan psikoterapi;

3.

Menerangkan lima tujuan kaunseling;

4.

Menghuraikan peranan dan ciri-ciri kaunselor; dan

5.

Membezakan antara kaunseling individu dan kaunseling kelompok.

PENGENALAN
Topik ini memperkenalkan beberapa topik sebagai persiapan pelatih untuk
menjadi seorang kaunselor dan beberapa aspek mengenai proses kaunseling.
Pertama, ia merasionalkan keperluan untuk menambah bilangan kaunselor
profesional jika sesebuah negara ingin menjadi negara yang membangun.
Seterusnya, beberapa konsep penting akan dijelaskan sebagai persiapan untuk
menjadi seorang kaunselor pelatih.

1.1

KAUNSELING

Apa yang anda faham mengenai konsep kaunseling dan tugas seorang
kaunselor? Adakah kaunseling penting dan berguna? Kenapa?
Di negara ini, perkhidmatan kaunseling telah mencapai tahap yang
memberangsangkan, khususnya di sekolah dan institusi pengajian tinggi, selari
dengan perkembangan ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, sains dan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

teknologi. Dalam konteks sebuah negara yang menuju ke negara membangun


dengan teknologi tinggi, kaunseling adalah berfaedah kepada orang ramai dalam
pelbagai situasi.
Walaupun kaunseling dianggap bidang yang baru, jika dibandingkan dengan
sosiologi, ekonomi dan psikologi, secara keseluruhannya, pengaruh kaunseling
dirasai oleh masyarakat walaupun tidak secara meluas. Bilangan individu yang
mendapat bantuan kaunseling untuk menyelesaikan masalah bagi mencapai
kualiti kehidupan yang baik dan sejahtera semakin meningkat.
Antara masalah yang sering dikemukakan oleh individu adalah masalah
personal sehingga interpersonal di tempat kerja yang memberi kesan kepada
kesejahteraan minda, kesukaran membuat keputusan kerana kekaburan dan juga
masalah pembelajaran. Maka, kaunselor profesional dalam masyarakat moden
perlu memainkan peranan yang penting dalam keadaan perkembangan pesat di
Malaysia.
Perkembangan ini bukan sahaja dalam konteks ekonomi, sains dan teknologi
tetapi juga keharmonian pelbagai bangsa dan perpaduan negara. Perubahan
dalam masyarakat adalah asas kepada perkembangan negara. Pelbagai masalah
sosial wujud secara langsung atau tidak langsung hasil daripada perubahan
pesat dalam masyarakat. Perubahan ini termasuklah:
(a)

Perpindahan besar orang muda ke bandar untuk mencari pekerjaan;

(b)

Sistem keluarga besar menjadi keluarga kecil dan keluarga kecil menjadi
norma;

(c)

Kewujudan organisasi besar dalam bidang korporat dan swasta yang


membawa orang mengasingkan diri apabila mereka kurang memberi
tumpuan kepada individu ini;

(d)

Pengaruh media cetak dan elektronik kepada pemikiran dan sikap manusia
khususnya kanak-kanak dan remaja yang melanggar nilai tradisional
masyarakat; dan

(e)

Gaya kehidupan yang baik membinasakan nilai baik dalam individu dan
masyarakat.

Kesan langsung disebabkan oleh perubahan ini terhadap individu adalah reaksi
psikologi dalam bentuk tekanan. Berdasarkan kajian, tekanan boleh
menyebabkan pelbagai penyakit seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan
gangguan emosi. Tekanan yang wujud pada peringkat sekolah adalah jangkaan
guru dan ibu bapa yang tidak realistik tentang pencapaian akademik, keadaan
kehidupan yang kecil dan tekanan rakan sebaya terhadap norma sesuatu tingkah
laku. Di institusi pengajian tinggi, tekanan boleh berlaku sebagai kesan kepada

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

persaingan untuk kecemerlangan akademik, kekurangan wang dan tekanan


sosial.
Reaksi terhadap tekanan berbeza antara remaja dan kanak-kanak. Terdapat kes
remaja dan kanak-kanak yang lari dari rumah disebabkan oleh tekanan apabila
berlaku kekacauan atau kekecohan dalam keluarga. Sebahagian daripada mereka
cuba lari atau melupakan tekanan dengan mengambil dadah atau terlibat dalam
jenayah.

SEMAK KENDIRI 1.1


1.

Pernahkah anda mengalami tekanan atau mengetahui seseorang


yang mengalami tekanan?

2.

Bagaimanakah anda atau individu tersebut mengatasi tekanan ini?

Kaunseling tidak akan menghapuskan atau menyelesaikan semua penyakit sosial


yang disebabkan oleh pembangunan ekonomi tetapi untuk mencapai keadaan
minda yang harmoni dalam masyarakat, ia perlu disediakan dalam semua institusi
untuk ia memainkan peranan dalam pembangunan sesebuah negara. Kaunseling
tidak boleh dilihat sebagai ilmu untuk mengendalikan orang gila tetapi perlu
diberikan secara menyeluruh agar teknologinya dapat memberi faedah kepada
ahli masyarakat dalam menyelesaikan masalah harian mereka.

AKTIVITI 1.1
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai psikoterapi, sila layari laman web
www.aboutpsychotherapy.com
Seterusnya, bincang penemuan tersebut dalam tutorial anda.

1.2

DEFINISI KAUNSELING

Perkataan kaunseling mempunyai pelbagai makna mengikut pendekatan praktis


individu. Salah satu definisi yang mempunyai persamaan adalah apabila ia
menyatakan bahawa tujuan kaunseling adalah membantu individu belajar untuk
membuat keputusan dan melaksanakan keputusan tersebut. Sesetengah
mendefinisikan kaunseling sebagai pembelajaran. Dalam kedua-dua definisi,

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

persamaannya adalah perkataan belajar. Definisi pertama mengajar individu


membuat keputusan dan yang kedua adalah pembelajaran secara umum. Anda
akan lebih memahami konsep dan fungsi pembelajaran dalam kaunseling apabila
anda membaca topik yang seterusnya.
Berikut adalah beberapa definisi kaunseling:
Krumboltz (1965) mendefinisikan kaunseling sebagai:
Kaunseling adalah sebarang aktiviti etika yang dilakukan oleh kaunselor dalam
membantu klien mempamerkan tingkah laku yang boleh memotivasikan ke
arah penyelesaian masalah.

Selaku pakar kaunseling yang berpengaruh dalam bidang ini, Krumboltz (1965)
mempunyai definisi yang jelas menunjukkan apa yang kaunselor ingin capai
berdasarkan tujuan kliennya dan ini merupakan tujuan yang penting. Di sini,
pendekatan atau kaedah kaunseling yang boleh digunakan untuk mencapai tujuan
ini tidak dinyata atau dicadangkan.
Persatuan Bimbingan dan Personel Amerika (1980) mendefinisikan kaunseling
sebagai menggunakan prosedur kaunseling dan lain-lain bidang yang berkaitan
dengan sains tingkah laku untuk membantu mempelajari bagaimana
menyelesaikan setengah masalah, membuat keputusan mengenai pilihan kerjaya,
perkembangan personal, perkahwinan, keluarga dan perkara interpersonal yang
lain.
Persatuan Bimbingan dan Personel Amerika (1980) mendefinisikan kaunseling
sebagai menggunakan prosedur kaunseling dan lain-lain bidang yang
berkaitan dengan sains tingkah laku untuk membantu mempelajari bagaimana
menyelesaikan masalah tertentu, membuat keputusan mengenai pilihan
kerjaya, perkembangan peribadi, perkahwinan, keluarga dan perkara
interpersonal yang lain.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

Satu lagi definisi yang mudah untuk difahami dan relevan dengan kursus adalah
oleh Burks dan Stefflre (1979).
Burks dan Stefflre (1979) mendefinisikan kaunseling sebagai:
Kaunseling merujuk kepada perhubungan profesional antara kaunselor
terlatih dengan klien. Hubungan ini biasanya adalah individu kepada
individu, walaupun kadangkala ia melibatkan lebih daripada dua orang. Ia
dibentuk untuk membantu klien memahami dan meluahkan pandangan
mengenai kehidupan mereka, dan belajar untuk mencapai pilihan peribadi
melalui pilihan yang bermakna dan informatif, selepas mereka menyelesaikan
masalah emosi dan interpersonal.

Berdasarkan definisi ini yang dinyatakan oleh pakar dalam bidang kaunseling, ia
boleh dirumuskan berdasarkan definisi Zainal Abidin (2002) berikut:
Kaunseling adalah perbualan antara kaunselor terlatih dengan individu atau
satu kumpulan kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan,
dan mereka secara bersama akan memikirkan dan menganalisis beberapa
alternatif untuk mengatasi situasi yang kacau dan mengimplementasikan
alternatif yang dipilih atau terbaik.
Adalah diharapkan melalui definisi ini, anda akan memahami tugas utama
kaunselor profesional terhadap klien, sama ada klien itu seorang individu atau
satu kumpulan kecil. Selain itu, kaunselor perlu menentukan sama ada klien
memerlukan kaunseling atau psikoterapi. Ini adalah kerana terdapat perbezaan
antara klien yang memerlukan khidmat kaunseling dengan klien yang
memerlukan psikoterapi, perkhidmatan yang lebih serius.

AKTIVITI 1.2
Daripada definisi kaunseling yang diberikan, apakah peranan kaunselor?
Bincangkan.

1.3

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

PERBEZAAN ANTARA KAUNSELING DAN


PSIKOTERAPI

Apa yang anda tahu mengenai psikoterapi? Pada pendapat anda, adakah
kaunseling dan psikoterapi mempunyai tujuan yang sama atau berlainan?
Mari kita lihat perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi. Hampir 40 tahun
yang lalu, terdapat perbezaan yang ketara antara kaunseling dan psikoterapi.
Psikoterapi lebih menekankan tentang merawat penyakit mental tetapi
kaunseling lebih memfokus kepada membantu individu mengatasi jalan buntu
atau gangguan di fikiran agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan
tenang.
Sekarang, adalah sukar untuk mencari perbezaan antara kaunseling dan
psikoterapi. Kebanyakan teks kaunseling tidak dapat mencari perbezaan antara
keduanya. Buku mengenai teori kaunseling juga tidak jauh berbeza dengan buku
tentang psikoterapi. Kesukarannya lebih ketara apabila kita membandingkan
definisi kaunseling dan psikoterapi oleh beberapa penulis. Definisi kaunseling
oleh penulis dalam bidang kaunseling boleh digunakan oleh penulis psikoterapi.
Sebaliknya, definisi psikoterapi oleh penulis psikoterapi boleh digunakan oleh
penulis dalam bidang kaunseling.
Terdapat banyak persamaan antara dua bidang ini yang melibatkan hubungan
istimewa antara seorang individu yang ingin mendapatkan bantuan untuk
menyelesaikan masalah psikologi (klien) dan individu yang terlatih yang
memberi bantuan (kaunselor atau ahli terapi). Hubungan yang istimewa ini
adalah sama dan sebenarnya, teknik dalam membantu pesakit dan klien juga
sama.
Perbezaan antara kedua-duanya adalah mengenai objektif. Objektif kaunseling
adalah untuk membantu individu pada bila-bila masa dalam mengatasi masalah
perkembangan personal ke arah mencapai pembangunan kekuatan diri yang
optimum. Objektif ini boleh diterima sebagai tujuan proses psikoterapi. Selain
mengatasi masalah perkembangan diri individu, psikoterapi juga mengatasi
masalah membina semula perubahan. Biasanya, psikoterapi dijalankan dalam
jangka masa yang lama (sebulan ke dua tahun) sebagai pesakit luar atau dalam.
Sebaliknya, kaunseling biasanya untuk jangka masa yang pendek (kurang dari
enam bulan) sebagai pesakit luar sahaja. Walau bagaimanapun, kaunseling dan
psikoterapi mempunyai tujuan sama iaitu untuk mencapai tujuan klien.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

SEMAK KENDIRI 1.2


Adakah anda dapati psikoterapi dan kaunseling berbeza antara
satu sama lain? Kenapa?

1.4

TUJUAN KAUNSELING

Apakah yang kita harapkan untuk dicapai pada akhir sesi kaunseling? Secara
umum, setiap individu mempunyai harapan yang berbeza mengikut perspektif
masing-masing mengenai proses kaunseling yang dijalankan. Misalnya, selepas
individu telah melalui proses kaunseling, dia yang mendapatkan bantuan
kaunselor, ibu bapa, guru atau pengetua sekolah mempunyai persepsi yang
berbeza mengenai penamatan yang diharapkan. Pandangan yang berbeza akan
wujud tetapi ini tidak dibincangkan sebagai pilihan akhir dalam menentukan
tujuan kaunseling bergantung kepada persetujuan antara klien dan
kaunselornya. Kedua-duanya akan memastikan hala tuju perbincangan mereka.

1.4.1

Lima Tujuan Kaunseling

Rajah 1.1 menunjukkan lima tujuan kaunseling.

Rajah 1.1: Tujuan kaunseling

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

Berdasarkan Rajah 1.1, kita boleh lihat bahawa tujuan kaunseling adalah:
(a)

Menjadikan perubahan tingkah laku mudah;

(b)

Meningkatkan keupayaan klien untuk memula dan meneruskan

(c)

hubungan;

(d)

Membantu keberkesanan klien dalam mengendalikan masalah dan isu;

(e)

Menggalakkan proses membuat keputusan; dan

(f)

Membantu perkembangan klien dan pencapaian potensinya.

Mari kita teruskan dengan membaca setiap tujuan.


(a)

Untuk Memudahkan Perubahan Tingkah Laku Klien


Kebanyakan ahli teori bersetuju bahawa tujuan kaunseling adalah untuk
membantu klien membuat perubahan tingkah laku untuk ia beroleh
kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan. Selepas bertemu
kaunselor, akan ada sesuatu yang mengganggu diri dan hubungan yang
tidak baik dengan seseorang (contoh, majikan). Sudah tentu, cara yang
biasa klien berinteraksi dengan orang lain yang boleh menimbulkan reaksi
yang negatif daripada orang lain. Kesan negatif ini akan menyebabkan
klien rasa terganggu.
Adalah diharapkan selepas tamat satu sesi, klien akan memahami dan
menganalisis secara efektif dan baik cara untuk berinteraksi dengan
majikan atau orang lain yang cenderung untuk mewujudkan tindak balas
atau respons yang mengganggu.
Di sini, tujuan kaunseling adalah untuk menggalakkan dan memudahkan
klien untuk mengubah tingkah laku kepada yang lebih efektif.
Sebagai contoh, Ali (seorang guru) tidak menyedari bahawa dia selalu
memberi respons negatif seperti memberi kenyataan yang sinis kepada
pelajarnya yang memberi jawapan yang salah dalam kelas. Tingkah laku
Ali ini menyebabkan pelajarnya tidak berinteraksi dengannya di kelas. Ini
menjadi satu masalah dan mengganggu pengajaran efektif. Melalui sesi
kaunseling, Ali akan dapat mengenal pasti masalah sebenar dan kaunselor
boleh membantu Ali mengubah tingkah lakunya yang beliau perlu
memberi sokongan kepada pelajarnya semasa berinteraksi dengannya dan
membimbing mereka walaupun jawapan yang diberikan adalah salah.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

(b)

Untuk Meningkatkan Keupayaan Klien bagi Memula dan Meneruskan


Hubungan
Sebahagian besar dari kehidupan kita adalah berinteraksi dengan orang
lain. Namun, kebanyakan klien menghadapi masalah disebabkan oleh
ketidakupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain secara baik dan
sesuai. Masalah ini boleh dikaitkan dengan klien tidak memiliki kemahiran
berkomunikasi atau mempunyai imej peribadi yang negatif. Dalam kes ini,
tujuan kaunselor adalah untuk mencari jalan meningkatkan interaksi efektif
dengan orang lain. Masalah perhubungan boleh berlaku dalam kalangan
orang dewasa di dalam keluarga, antara suami dan isteri, dan antar kanakkanak sekolah dan rakan sebaya mereka. Dalam setiap kes, kaunselor akan
cuba mencari jalan untuk membantu klien meningkatkan kualiti
kehidupannya dengan memperbaiki cara berinteraksi dengan orang lain.
Sebagai contoh, apabila pengetua Mona memberi komen, Mona merasa
begitu marah dan enggan mendengar apa yang diperkatakan. Ini
menjejaskan komunikasi antara mereka berdua. Mona melihat komen yang
diberikan sebagai satu kritikan. Seorang kaunselor akan membantu Mona
untuk memiliki hubungan yang lebih baik dengan pengetuanya. Apabila
dikomen, Mona boleh dibantu agar dia tidak mempunyai reaksi yang
negatif tetapi secara rasional mendengar secara tenang setiap komen dan
mengambil perkara yang positif sahaja.

SEMAK KENDIRI 1.3


Terangkan bagaimana kaunseling membantu untuk memudahkan
perubahan tingkah laku klien.

(c)

Untuk Membantu Keberkesanan Klien dalam Mengendalikan Masalah dan Isu


Satu lagi tujuan kaunseling yang penting adalah untuk membantu klien
menguruskan diri sendiri dalam situasi yang sukar. Setiap individu
mengalami kesukaran dalam hidup semasa membesar. Jarang sekali
individu hidup untuk memenuhi tuntutan orang lain yang signifikan
dalam hidupnya, seperti ibu dan bapa.
Harapan ibu bapa terhadap anak sering kali mendapat kesan yang di luar
jangkaan. Misalnya, seorang kanak-kanak akan belajar tingkah laku yang
kurang berkesan dan efisien atau kedua-duanya sekali apabila ia tidak
memenuhi harapan ibu bapanya. Ia akan membawa pembelajaran ini
sehingga dewasa. Malangnya, dalam situasi tertentu seperti di tempat
kerja, corak tingkah laku yang dipelajari tidak akan membantunya,
sebaliknya akan menyebabkan dirinya sentiasa menghadapi masalah.

10

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

Dalam situasi begini, kaunselor akan melatih kliennya untuk mengurus diri
secara efektif khususnya dalam situasi baru dan tuntutan baru.
Sebagai contoh, Ahmad sering kali dikritik apabila dia gagal dalam mata
pelajarannya. Kesannya, Ahmad menjadi malas dan selalu bertingkah laku
mengganggu di sekolah. Dia membawa sikap ini dalam persekitaran kerja.
Dia sering kali lewat dan malas untuk mencuba sesuatu yang baru.
Kaunselor boleh membantu Ahmad mengurus diri secara efektif dan
meningkatkan imej kendiri.
(d)

Untuk Menggalakkan Proses Membuat Keputusan


Proses membuat keputusan adalah sukar bagi sesetengah orang. Mereka
takut untuk memikul tanggungjawab kerana membuat pilihan yang salah
dan mereka sering kali membuat keputusan tanpa memikir alternatif yang
ada. Bagi klien sedemikian, tujuan kaunseling adalah untuk membantu
mereka membuat keputusan penting dalam kehidupan. Perlu diingatkan
bahawa adalah penting agar peranan kaunselor tidak memberi kata-kata
akhir dan mempengaruhi klien memilih sesuatu keputusan. Keputusan
akhir perlu dibuat oleh klien dan dia perlu memahami dan mengetahui
mengapa dan bagaimana mencapai keputusan tersebut. Klien perlu belajar
untuk membuat anggaran mengenai risiko hasil daripada keputusannya
dari segi masa, wang, keputusan dan lain-lain. Klien juga belajar membuat
beberapa penerokaan mengenai nilai hidup yang sesuai dengan situasi dan
keadaan sekarang, menyedari bahawa nilai ini perlu diambil kira dalam
proses membuat keputusan.
Sebagai contoh, Ah Kau merasa tidak puas hati dan tertekan dengan
pekerjaannya. Dia takut untuk membuat beberapa perubahan. Seorang
kaunselor akan membantu Ah Kau mencari punca ketidakpuasan dan
mencari nilai dalam kehidupannya. Kaunselor juga boleh membantu Ah
Kau mencari dan menganggarkan risiko kepada pelbagai alternatif seperti
menukar jabatan, perbincangan dengan majikan atau menukar pekerjaan.

(e)

Untuk Membantu Perkembangan Klien dan Pencapaian Potensi Diri


Membantu klien untuk meluaskan potensinya sering kali menjadi salah
satu tujuan kaunseling. Tujuan ini adalah untuk menyediakan peluang
untuk klien untuk belajar cara menggunakan kebolehan dan minat ke tahap
maksimum. Tujuan ini juga bermakna klien diajar untuk meningkatkan
keberkesanan peribadi atau personal.
Pengukuhan ini bermakna kaunselor membantu individu untuk belajar
bagaimana untuk berhenti merokok, menjaga kesihatan diri, mengatasi
masalah rasa malu yang tidak produktif, mengurangkan rasa tertekan dan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

11

sedih. Dengan kata mudah, tujuan kaunseling adalah untuk menolong


klien mengurangkan atau mengatasi apa jua yang menghalang dan
menjejas perkembangan keupayaan potensi dan minat.
Sebagai contoh, cita-cita Indra adalah untuk menjadi seorang pelakon. Dia
rasa tertekan apabila beliau gugup dan rasa takut bila berhadapan di
khalayak. Ini mengganggu cita-citanya. Seorang kaunselor akan
membantunya rasa selesa apabila berdiri di hadapan khalayak dan ini
secara tidak langsung membantunya mencapai cita-cita untuk menjadi
pelakon.

SEMAK KENDIRI 1.4


Apakah lima tujuan kaunseling? Berikan contoh yang relevan.

ACTIVITY 1.3
May Ling sentiasa marah dan membaling barang apabila perkara
tidak berjalan lancar baginya. Apakah tujuan kaunseling yang
boleh dicapai apabila May Ling diberikan kaunseling?

1.5

PERANAN KAUNSELOR

Peranan kaunselor bergantung kepada tempat dan penetapan perkhidmatan


yang diberikan (lihat Jadual 1.1). Sejak bertahun-tahun, peranan kaunselor telah
melalui perubahan. Peranan sekarang telah tersebar ke pusat kaunseling awam,
hospital, penjara, pejabat agama, Tabung Haji, gereja, sesetengah jabatan
kerajaan dan tempat lain yang memerlukan perkhidmatan kaunseling selain
membantu pelajar bermasalah di sekolah dan pilihan kerjaya. Kaunseling juga
didapati di beberapa tempat di bandar raya seperti di Kuala Lumpur dan Ipoh di
mana kaunselor memberi perkhidmatan secara khidmat persendirian kepada
awam.

12

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

Jadual 1.1: Contoh Perkhidmatan Kaunseling


Tempat

Contoh

Sekolah

Membantu pelajar membuat pilihan kerjaya yang sesuai

Penjara

Membantu penghuni memulihara dan proses mengintegrasikan


mereka ke dalam komuniti

Hospital

Membantu keluarga yang hilang ahli keluarga menghadapi rasa


kehilangan

Pejabat Agama

Membantu pasangan yang mengalami masalah perkahwinan

Pejabat Kerajaan

Membantu pekerja yang tertekan atau yang mengalami masalah


kehabisan tenaga (burn out)

Gereja

Membantu mereka yang mempunyai masalah peribadi seperti


masalah dengan ibu bapa

Perkembangan baru ini berlaku kerana pengiktirafan kepada kaunselor yang


memiliki latihan untuk membantu berkaitan penyalahgunaan dadah di pusat
pemulihan, pemulihan di penjara dan tempat di mana terdapat masalah emosi
dan tekanan. Di barat, terdapat kaunselor yang bersama kumpulan profesional
dalam kesihatan mental yang termasuk ahli psikiatri, pakar psikologi dan
jururawat psikiatri, di mana kaunselor menjadi pengurus kes bagi pesakit yang
diberi rawatan dan perkhidmatan utama.
Dengan pertambahan peranan kaunselor di tempat yang spesifik, perkara utama
dalam pendekatan adalah ke arah individu secara total termasuk kehidupannya
secara keseluruhan. Ini bermakna fokus kaunseling meliputi fizikal, sosial,
mental dan emosi, juga keperluan kerohanian individu (lihat Rajah 1.2).

Rajah 1.2: Aspek yang merangkumi individu secara menyeluruh

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

13

Mari kita lihat secara mendalam bagi setiap aspek:


(a)

Kesihatan Fizikal
Kesihatan fizikal individu adalah penting dalam proses kaunseling. Contoh
kaunseling yang melibatkan fizikal adalah:
(i)

Membantu individu menggunakan kebiasaan untuk penjagaan


kesihatan seperti mengelak obesiti dan berhenti merokok;

(ii)

Meneroka perkara emosi dan psikologi yang menghalang individu


daripada mempraktikkan sikap positif mengenai makan kerana imej
kendiri yang negatif;

(iii) Memotivasikan individu untuk praktik gaya hidup yang sihat seperti
bersenam; dan
(iv)

Mengajar individu mengurangkan rasa tertekan dan stres.

(b)

Keperluan Sosial
Keperluan sosial individu termasuklah hubungan keluarga, persekitaran
kerja, persahabatan dan aktiviti lain yang berkaitan dengan orang lain
dalam komuniti. Hubungan ini memberi kekuatan kepada individu dan
mengelaknya daripada mengalami perasaan menyendiri, sedih dan rendah
penghargaan kendiri.

(c)

Kesihatan Mental
Seorang kaunselor mesti sentiasa sedar hubungan antara pemikiran dan
perasaan klien dengan tindakan atau tingkah laku. Peranan kaunselor
terhadap pemikiran klien adalah untuk merangsang proses pemikirannya
agar dapat meningkatkan kebolehan menyelesaikan masalah dan menjadi
lebih kreatif. Aktiviti mental yang kreatif adalah panduan ke arah kualiti
kehidupan individu.

(d)

Keperluan Emosi
Dalam kebanyakan kes, kesejahteraan manusia dikaitkan dengan tujuan
untuk meningkatkan kepuasan emosi. Tujuan ini menjadi satu tradisi
untuk semua kaunselor dan akan terus menjadi fokus dalam kaunseling.
Biasanya, individu akan berjumpa kaunselor untuk mendapat penjelasan
mengenai perasaannya. Sering kali, perasaan yang diluahkan berkaitan
dengan kehidupan atau setengah peristiwa yang mengganggu
kehidupannya. Oleh itu, penting bagi keselesaan emosi itu jelas apabila
klien bercakap mengenai perkara yang mengganggu perasaan secara
fizikal, sosial, mental dan kerohanian.

14

(e)

Keperluan Kerohanian
Merujuk kepada situasi kini, perkara mengenai kerohanian dalam
kaunseling mendapat perhatian jika dibandingkan pada masa lepas.
Sebelum percambahan kaunseling seperti sekarang, setiap penjelasan
mengenai tingkah laku tertentu adalah melalui perspektif psikologi.
Misalnya, dari sudut perspektif pembelajaran, tingkah laku devian
diterangkan hasil individu daripada ciri-ciri yang dipelajari, tindakan dan
pemikiran yang tidak normal bagi komunitinya. Tindakan ini mendapat
pengukuhan daripada persekitaran dan tingkah laku devian ini
berlanjutan.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

Kenapa persoalan mengenai kerohanian mendapat perhatian dalam


kaunseling?
Secara asasnya, terdapat kesedaran bahawa setiap tingkah laku, pemikiran
dan perasaan individu adalah berkaitan dengan kepercayaan dan
pengajaran agama. Bagi kebanyakan orang, nilai dalam kehidupan dan cara
dia bertindak balas dalam komuniti dipengaruhi oleh pengajaran agama.
Kini, kerohanian menjadi asas untuk bimbingan yang menentukan corak
tingkah laku, cara hidup dan nilai dalam kehidupan.
Dengan penerangan ini, adalah jelas bahawa domain dalam tugas
kaunselor adalah dalam bentuk menggerakkan pertumbuhan dan
perkembangan individu daripada aspek fizikal, mental, sosial dan
kerohanian. Dengan memberi perhatian kepada fungsi individu secara
menyeluruh, seorang kaunselor boleh menolong individu untuk hidup
lebih produktif dan bermakna.
Myers (1992) mendapati bahawa wujud perkaitan yang kuat antara
kesihatan fizikal dan mental dalam kaunseling, terdapat kesan positif ke
atas keselesaan emosi dan fizikal klien. Beliau menyokong pandangan
mengenai memberi kaunseling dalam bentuk perkembangan, pencegahan
dan pemulihan sepanjang kehidupan individu untuk menggerakkan
keselesaan mental dan fizikal. Beliau percaya bahawa pendekatan ini
menjadi paradigma baru untuk peranan semua kaunselor kini dan di masa
hadapan.

SEMAK KENDIRI 1.5


Sebagai seorang guru dan pelajar, bagaimanakah kaunseling boleh
memberi kesan ke atas kehidupan anda secara fizikal, sosial, mental,
emosi dan kerohanian?

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

1.6

15

KEPERCAYAAN DAN CIRI-CIRI KAUNSELOR

Kaunseling mesti difahami sebagai proses interpersonal yang unik.


Keberkesanannya bergantung kepada sikap, kemahiran dan pengetahuan yang
ditunjukkan oleh kaunselor apabila mengendali klien. Klien kaunselor mesti
dapat merasakan bahawa kaunselor adalah seorang penolong yang mempunyai
kepercayaan dan ciri-ciri tertentu.
Anda sebagai kaunselor perlu mempunyai kepercayaan berikut terhadap klien anda:
(a)

Klien adalah Individu yang Unik


Satu ciri penting yang seorang kaunselor perlu miliki adalah percaya
bahawa setiap manusia yang diciptakan oleh Tuhan adalah berguna,
berharga dan unik. Penerimaan secara ikhlas terhadap klien sebenarnya
boleh dirasai oleh klien dan baginya, ia bukan setakat penjelasan yang
abstrak. Ini bukan bermakna kita bukan hanya menerima atau tidak
tingkah laku yang disukai atau tidak karakter yang ditunjukkan.
Sepatutnya, kita mesti semai rasa ikhlas dan hormat kepadanya sebagai
individu yang berharga dan manusia yang berguna.
Kaunselor mesti cuba untuk memahami bahawa diri dan pemerhatian
dunia klien adalah realitinya. Setiap kepercayaan, sikap, perasaan dan
pemikiran mengenai diri dan persekitarannya dipengaruhi dengan kuat
oleh cara dia bertindak balas. Sebagai kaunselor, anda mesti memfokuskan
perhatian terhadap persepsi ini kerana semua ini akan menunjukkan
pemikiran klien dan memberi makna kepada kita kenapa dia bereaksi dan
bertingkah laku sedemikian.
Seorang kaunselor yang boleh menerima klien dalam proses kaunseling
tanpa sebarang syarat akan memotivasikan klien untuk memperoleh
harapan dan membina perasaan mempercayai kaunselornya.
Bagaimana ciri penerimaan boleh disampaikan kepada klien? Bolehkan
anda lakukan? Terdapat beberapa cara bukan lisan yang boleh
disampaikan mengikut ciri ini seperti menunjukkan ekspresi muka iaitu
tenang, kedudukan semasa melayan klien, keseriusan dalam menjawab
yang tidak mengugut intonasi suara. Kita perlu mendengar perasaan
sensitiviti klien apabila menggunakan suara kita.

(b)

Klien boleh Berubah


Seorang kaunselor mesti optimistik. Mereka mesti percaya bahawa klien
boleh berubah, sekurang-kurangnya menunjukkan perubahan dalam

16

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

perasaan, sikap, struktur kognitif dan tingkah laku. Pada waktu yang sama,
seorang kaunselor mesti menerima kenyataan bahawa membantu seorang
untuk berubah adalah sukar dan tugas yang memakan masa. Kadangkala,
usaha ini akan gagal dan setengah orang tidak boleh dibantu langsung.
Apabila ini berlaku, ini bukan bermakna perubahan adalah sesuatu yang
mustahil.
Seorang kaunselor mesti fikir bahawa perubahan tidak berlaku kerana
faktor tertentu:
(a)

Klien tidak bersedia untuk berubah;

(b)

Perubahan boleh berlaku jika persekitaran klien juga berubah;

(c)

Seorang kaunselor tidak mempunyai kepakaran spesifik atau


pengalaman yang cukup untuk mempengaruhi perubahan klien.

Sebagai kaunselor, anda mesti meyakinkan klien yang anda percaya yang
dia boleh berubah. Bukan setakat menyatakan tetapi tunjukkan kepadanya
melalui tindakan dan sikap. Kenyataan seperti, Saya betul-betul percaya
awak boleh menyelesaikan masalah ini, tidak akan mengubah klien
dengan sendiri atau mempengaruhi kepercayaan anda. Kenyataan ini mesti
diikuti dengan pergerakan badan yang relevan, ekspresi muka yang
meyakinkan dan intonasi suara yang berkualiti positif. Kesemua ini
mempunyai nilai terapeutik dalam sikap dan kepercayaan kita kepada
klien.
(c)

Klien secara Individu boleh Berfungsi secara Berkesan


Seorang kaunselor mesti memahami prinsip psikologi yang mempengaruhi
tingkah laku manusia dan menyedari bahawa persekitaran memainkan
peranan dalam mencorakkan tingkah laku tersebut. Anda didedahkan
kepada prinsip psikologi dalam unit terdahulu yang berkaitan prinsip
behaviourisme dan kognitif. Teori pembelajaran yang dijelaskan sebelum
ini akan membantu dalam memahami bagaimana individu berfungsi secara
berkesan.
Dalam menjalankan proses kaunseling, adalah penting untuk mengetahui
bagaimana individu berfungsi sama ada tujuan kita adalah untuk
mendapat kepercayaan klien atau dalam penerokaan masalah yang
menghalang fungsi dan pertumbuhannya. Pengetahuan ini diperlukan
apabila kita membuat penilaian cara yang sesuai digunakan dalam
membantu dan membuat keputusan bila kaunseling seharusnya
ditamatkan.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

17

Selain itu, anda sebagai kaunselor perlu mempunyai ciri-ciri berikut:


(a)

Berpengetahuan dan Berkemahiran dalam Membantu Individu


Kaunseling perlu lebih daripada kesediaan untuk membina hubungan
istimewa dengan klien, menghargai dan menghormati klien, percayai
bahawa klien boleh berubah, dan mempunyai pengetahuan bagaimana
individu berfungsi secara berkesan. Kaunselor juga perlu kemahiran
klinikal yang boleh membantu klien mencari punca halangan yang
membatasi keupayaan untuk berubah agar mereka dapat berfungsi pada
tahap yang diingini.
Klien boleh dibantu dengan berbagai cara. Apa yang berhasil di sesuatu
tempat dan waktu, berkemungkinan tidak mendapat kesan yang diingini
di tempat dan masa yang berlainan. Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah
dan teori yang boleh digunakan. Sebagai seorang kaunselor yang baru
dalam bidang dan masih mencuba, anda perlu mengelak daripada
menggunakan pendekatan yang diambil daripada teori A, B dan
seterusnya. Sebagai kaunselor pelatih, anda digalakkan untuk mencuba
beberapa pendekatan yang boleh diperhatikan oleh penyelia anda.
Kemudian, secara perlahan-lahan, anda menggabungkan pendekatan yang
anda telah cuba dengan gaya atau cara anda yang anda praktik dalam
latihan.
Sementara anda mencorak dan mengembangkan kemahiran kaunseling,
anda seharusnya mengambil peluang untuk menjalankan sesi kaunseling
dengan klien dari latar belakang budaya yang berbeza, sebagai contoh klien
daripada etnik yang berbeza di Malaysia. Dengan cara ini, anda dapat
melihat perbezaan cara sesuatu kumpulan etnik mempersepsi diri,
persekitaran dan dunia mereka. Ini akan menambah kepada pengalaman
anda yang bukan semua klien memberi tindak balas yang sama walaupun
masalah kelihatan sama. Pengalaman ini adalah berguna untuk anda
memahami apabila anda perlu mengubah strategi dan menggunakan
teknik yang sesuai dalam situasi yang relevan.
Seorang kaunselor perlu menerima kenyataan bahawa mempelajari cara
untuk menolong orang mengambil masa yang lama. Biasanya, kaunselor
pelatih mula proses latihan kaunseling melalui beberapa percubaan,
daripada satu percubaan ke satu percubaan. Mereka membaca dan
mendengar cara kaunselor menjalankan kaunseling. Mereka juga
meneladani tingkah laku kaunselor yang mahir untuk memperoleh
tindakan yang sesuai yang boleh digunakan sebahagian daripada amalan
atau gaya mereka. Perkembangan kemahiran kaunselor adalah proses yang

18

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

sentiasa berterusan. Seorang kaunselor harus meningkatkan kemahirannya


selagi dia terus menjalankan peranan profesionalnya.
(b)

Berkeinginan untuk Melibatkan Diri


Kaunselor mesti menunjukkan keinginannya untuk terlibat dalam proses
kaunseling. Komitmen dan kesediaan untuk berkongsi pengalaman adalah
lebih bermakna kepada klien daripada masa yang diperuntukkan dan
usaha yang diperlukan untuk menolong seseorang. Ini termasuklah
komunikasi dengan klien dalam hubungan klien-kaunselor, dan tidak ada
yang lebih penting pada ketika itu daripada kliennya dan apa yang
dibincangkan dalam pertemuan tersebut.
Komitmen dan keinginannya untuk terlibat dengan klien mendorong
kaunselor lebih fokus kepada pemikiran dalam klien, seperti sebagaimana
dia melihat masalahnya. Dengan cara ini, kaunselor boleh membantu
kliennya memahami dirinya, proses perubahan dan halangan yang
terpaksa dihadapi. Pada waktu yang sama, klien dibantu untuk mengambil
risiko dan dari satu perspektif yang kaunselor adalah satu alat untuk
membantu klien berubah.
Seorang kaunselor yang merasa bahawa dia adalah mencukupi, stabil dan
disiplin akan mengambil kesemua kelemahan dan fokus kepada membantu
kliennya. Seorang kaunselor akan menunjukkan keinginan untuk terlibat
bersama klien dengan memahami, menerima dan menunjukkan keikhlasan
terhadap kliennya.

(c)

Berupaya untuk Mengenali Diri Sendiri


Kaunselor mesti mempunyai konsep kendiri yang positif dan merasa
senang, selesa dan selamat dengan diri. Dengan menunjukkan kesihatan
mental, kaunselor boleh menjadi rol model kepada kliennya. Sebagai
kaunselor, anda harus sensitif kepada perasaan anda, sikap dan nilai dan
bagaimana kesemuanya memainkan peranan dalam membantu orang lain.
Biasanya, kaunselor memiliki minat sosial yang tinggi dan motivasi yang
kuat untuk bekerjasama dengan orang lain. Kaunselor juga perlu toleransi
yang tinggi untuk mengendali klien yang defensif, tidak mahu bekerjasama
dan bersedih.
Kaunselor mesti mengetahui bagaimana untuk mengatasi masalah sendiri
dan mengendali konflik dan tekanan yang dialami. Pada masa yang sama,
kaunselor mesti juga mengetahui kemahiran dan limitasinya. Kaunselor
mesti bersikap terbuka untuk memperbaiki diri dan perkembangan diri
dengan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

19

Kaunselor mesti sedar bahawa dia tidak boleh membantu semua orang
yang mempunyai masalah dan dalam sesetengah kes, dia perlu merujuk
klien yang menuntut lebih daripada keupayaannya kepada pakar yang
sesuai.
Proses yang memerlukan kaunselor untuk mengetahui atau mengenal pasti
diri sendiri sebenarnya adalah untuk menerima tahap keupayaannya.
Proses ini adalah penting dalam kaunseling kerana:
(i)

Kaunselor yang lebih sensitif kepada perasaan, pemikiran dan


tindakan, lebih mudah untuk dirinya memahami perasaan, pemikiran
dan tindakan orang lain; dan

(ii)

Kaunselor yang selesa dengan dirinya akan berkomunikasi secara


ikhlas dengan kliennya. Klien akan mempercayai individu yang
mempunyai hasrat untuk menolongnya, jika dia dapat merasakan
keikhlasan individu tersebut. Oleh itu, klien akan lebih terbuka untuk
berbincang masalahnya dan ini membolehkan kaunselor untuk
memahami bagaimana klien mempersepsi masalahnya.

Secara ringkas, kaunselor perlu memiliki ciri-ciri berikut (lihat Rajah 1.3).

Rajah 1.3: Ciri-ciri kaunselor

20

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

AKTIVITI 1.4
Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri kaunselor yang lain?
Kenapa kaunselor harus memiliki ciri-ciri tersebut? Terangkan.

SEMAK KENDIRI 1.6


1. Setelah mempelajari mengenai tujuan dan peranan kaunselor,
apakah ciri-ciri yang perlu ada pada kaunselor untuk
membolehkan kaunselor mencapai tujuan dan peranannya
sebagai kaunselor? Kenapa?
2. Adakah anda mempunyai ciri-ciri yang telah diterangkan? Beri
contoh satu situasi yang anda alami yang menerangkan ciri-ciri
tersebut. Jika tidak, bagaimana anda melatih diri untuk memiliki
ciri-ciri ini?

1.7

PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN


BIMBINGAN

Secara tradisi, perkhidmatan kaunseling dan bimbingan di sekolah atau institusi


pengajian tinggi mengandungi tiga jenis perkhidmatan (rujuk Rajah 1.4)

Rajah 1.4: Jenis perkhidmatan kaunseling dan bimbingan di institusi pendidikan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

21

Mari kita baca seterusnya setiap jenis perkhidmatan kaunselor:


(a)

Perkhidmatan Pengajaran dan Latihan


Perkhidmatan pengajaran dan latihan adalah untuk individu yang
memerlukan kemahiran dan latihan yang tertentu. Sebagai contoh, apabila
ia adalah penting untuk pelajar mendapat maklumat mengenai merokok
atau ketagihan dadah dan juga bahaya penyakit berjangkit seperti HIV atau
AIDS, penyampai jemputan dijemput untuk menyampaikan ceramah.
Perkhidmatan ini adalah untuk menyebarkan maklumat.
Dalam situasi yang lain seperti masalah pilihan kerjaya, kaunselor akan
menjemput orang berjawatan tertentu untuk menyampaikan ceramah
mengenai peluang kerjaya yang ada atau di masa depan. Adalah biasa
dalam kalangan pelajar di sekolah tidak memiliki maklumat dan
pendedahan mengenai peluang kerjaya, juga persediaan pelajaran yang
sesuai. Maklumat begini akan membuka mata pelajar sekolah dan lebih
penting lagi akan menggerakkan minat mereka untuk belajar kursus yang
berkaitan dengan pekerjaan idaman mereka.
Aktiviti lain yang boleh dijalankan oleh kaunselor dalam komponen
pengajaran dan latihan adalah:
(i)

Strategi mengulang kaji yang berkesan;

(ii)

Persediaan untuk peperiksaan yang penting;

(iii) Pengurusan masa;


(iv) Panduan menghadiri temu duga;
(v)

Cara untuk menyediakan resume yang baik (vitae kurikulum);

(vi) Berlatih untuk mengatasi perasaan takut dan malu; dan


(vii) Berlatih untuk menjadi agresif dan menyampaikan ceramah di
khalayak.
Usaha kaunselor untuk menyampaikan maklumat dan memberi
pengajaran dan latihan boleh diberikan dalam kumpulan besar mengikut
kesesuaian keadaan. Walau bagaimanapun, untuk melatih tingkah laku
yang tertentu seperti mengurangkan rasa malu atau melatih seseorang
untuk lebih agresif, adalah lebih baik dijalankan dalam kumpulan kecil
yang kurang daripada 10 individu.
(b)

Perkhidmatan Kaunseling
Perkhidmatan kaunseling adalah untuk individu yang memerlukan
khidmat kaunselor bagi menyelesaikan masalah. Misalnya, untuk memilih

22

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

kerjaya, kaunselor boleh memainkan peranan membantu klien memikirkan


dan membincang minat dan keutamaannya dan juga cita-cita. Kaunselor
juga menunjukkan pelbagai pilihan bagi klien agar dapat membuat pilihan
kerjaya yang tepat dan sesuai.
(c)

Perkhidmatan Pengukuran
Perkhidmatan ini diberikan kepada mereka yang memerlukan atau yang
ingin memahami diri sendiri dengan cara yang lebih menyeluruh. Sebagai
contoh, untuk memilih kerjaya, kaunselor boleh memberi klien penilaian
seperti ujian IQ, personaliti dan ujian kecenderungan agar klien dapat
memadankan pekerjaan dengan personaliti dan kecenderungan diri.

1.8

KAUNSELING KELOMPOK

Selain daripada kaunseling individu, kaunselor juga menggunakan kemahiran


kaunseling untuk mengendalikan kelompok kecil dalam kaunseling. Bagi
mereka yang ingin mendapat bantuan psikologi atau bantuan dalam
menghadapi krisis, mereka mempunyai pilihan untuk menerima khidmat
kaunseling dalam kelompok kecil. Kaunseling kelompok dijalankan untuk
membina kesedaran diri dan memperbaiki kemahiran interpersonal.
Bila anda boleh katakan kelompok kecil itu adalah satu kelompok? Kelompok
mengandungi tiga atau lebih individu (biasanya tidak lebih daripada 10 ahli)
yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Jika kelompok mempunyai
lebih ahli, interaksi akan terjejas apabila ahli kelompok tergugat dengan
kehadiran bilangan ahli yang ramai berkongsi sesuatu yang peribadi.
Apa itu kaunseling kelompok? Dari segi definisi, ia adalah aplikasi interaksi
kelompok untuk menggerakkan kefahaman diri dan perubahan tingkah laku
individu.

1.8.1

Jenis Kelompok

Secara umum, terdapat dua jenis kelompok yang utama untuk mendapat
bantuan kaunselor. Ia adalah:
(a)

Kelompok Bimbingan
Biasanya, kelompok bimbingan digunakan untuk menyampaikan
maklumat, khususnya untuk pelajar di sekolah atau institusi pengajian
tinggi. Topik yang disampaikan adalah topik yang dipilih oleh kaunselor.
Salah satu daripada ciri maklumat adalah maklumat pencegahan seperti

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

23

bahaya dadah, seks bebas yang menjurus kepada AIDS atau penyakit
berjangkit dan ciri yang boleh menjejaskan moral. Sebahagian topik yang
popular yang dibincangkan dalam kelompok bimbingan adalah:

(b)

(i)

Pengurusan masa;

(ii)

Menghadiri temu duga;

(iii)

Kemahiran belajar;

(iv)

Pilihan kerjaya; dan

(v)

Persediaan peperiksaan.

Kaunseling Kelompok
Fokus kaunseling kelompok adalah ke atas individu, bukan seperti fokus
kelompok bimbingan ke atas topik yang akan disampaikan. Kaunseling
kelompok mengandungi 5 hingga 10 ahli tanpa struktur yang spesifik.
Kaunselor bertindak untuk mewujudkan suasana kondusif bagi ahli
berbincang tanpa perasaan murung atau terancam. Perkara yang dikongsi
bersama ahli lain adalah perkara yang mereka rasa selesa bercakap dalam
khalayak seperti masalah keluarga, hubungan interpersonal, masalah
mengenai konsep kendiri dan masalah peribadi yang dihadapi. Kandungan
perbincangan melibatkan luahan perasaan dan setiap ahli berpeluang
didengari oleh orang lain termasuk individu yang menggerakkan
kelompok iaitu kaunselor.
Pelajar yang berminat untuk terus mendapat maklumat mengenai jenis
kelompok boleh merujuk buku teks yang menyatakan ciri-ciri dan
kelebihan sesetengah kelompok. Untuk tujuan kursus ini, sudah memadai
untuk memahami dua jenis kelompok bagi membantu guru melaksanakan
tugas membantu pelajar sekolah.
Jenis kelompok yang lain termasuklah:
(i)

Kelompok terapi;

(ii)

Kelompok sensitiviti; dan

(iii) Kelompok-T.

AKTIVITI 1.5
Bincang dengan rakan kursus apakah kelebihan dan kekurangan
kaunseling kelompok.

24

1.8.2

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

Kelebihan Kaunseling Kelompok

Terdapat banyak kelebihan kaunseling kelompok. Perlu diingatkan bahawa


tidak semua klien mendapat faedah daripada kaunseling kelompok. Sesetengah
individu mungkin merasa murung untuk berhadapan dengan orang lain dan
menghadapi kesukaran untuk bercakap mengenai sesuatu yang sulit dengan
kehadiran orang lain.
Kelebihan utama kaunseling kelompok adalah praktikalnya. Seorang kaunselor
mempunyai banyak kerja dan tugas untuk berhadapan dengan klien. Ini tidak
membenarkan kaunselor untuk berjumpa kesemua klien pada hari yang sama
tetapi kaunseling kelompok membolehkan kaunselor bertemu dengan lebih klien
dalam jangka waktu yang pendek. Dalam kelompok, kaunselor boleh bertemu
dengan tujuh ke lapan individu dalam jangka masa yang sama, dia gunakan
untuk berjumpa dengan klien berseorangan.
Satu lagi kelebihan kaunseling kelompok adalah berkaitan jenis masalah yang
dikemukakan oleh klien. Kebanyakan masalah pelajar adalah masalah
perhubungan dan interpersonal. Dalam kelompok, klien diberi peluang untuk
meluahkan masalah interpersonal dan perasaan dalam konteks sosial. Misalnya,
maklum balas yang diperoleh daripada ahli lain akan kuat mempengaruhi klien
daripada kaunselor kerana maklum balas datang daripada rakan sebaya. Klien
akan mengalami pertumbuhan psikologi melalui proses mendapat maklum balas
yang tulen daripada rakan sebaya. Kaunseling kelompok akan bertukar menjadi
masyarakat mikro di mana klien dapat merasa tekanan rakan sebaya,
pengaruh sosial dan pengesahan sebagai salah satu pengalaman kaunseling.
Dalam kelompok kecil, klien juga berpeluang untuk menguji tingkah laku baru
dengan bantuan daripada ahli kelompok melalui maklum balas yang diterima.
Misalnya, jika klien secara konsisten merasa malu untuk bercakap di khalayak,
contoh, di hadapan kelas, klien boleh melatih bercakap dalam kelompok
kaunseling dengan dorongan daripada ahli lain.
Biasanya, klien akan menghadapi masalah keseorangan dan agak sukar untuk
dia melihatnya dari perspektif yang betul. Dalam kelompok kecil dan dengan
bantuan kaunselor, dia akan merasa kurang takut kerana mendapati ahli lain
juga menghadapi masalah tersendiri. Kaunseling kelompok menyediakan klien
dengan peluang untuk meneroka masalah dan pada waktu yang sama,
berkongsinya dengan orang lain.
Apabila ahli kelompok berkongsi masalah dengan yang lain, ia akan membawa
kepada perasaan dipercayai dan dihormati antara satu sama lain selama mereka
bertukar maklumat mengenai masalah yang berkaitan. Pengalaman kelompok akan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

25

mewujudkan sistem sokongan untuk ahli. Ini akan membuat kelompok sebagai
sumber untuk mendapat nafas baru dan rasa selamat dalam kalangan ahli.
Satu lagi kelebihan kaunseling kelompok ialah klien bukan sahaja mendapat
faedah daripada maklum balas dari yang lain tetapi boleh memberi maklum
balas untuk membantu ahli kelompok yang lain. Ini akan dapat membantu
mengukuhkan konsep kendiri klien.
Elemen lain yang menyediakan nilai terapeutik melalui kaunseling kelompok
adalah:
(a)

Menjanjikan harapan kepada klien;

(b)

Rasa selamat dan mendapat sokongan;

(c)

Kesepaduan sesama ahli;

(d)

Belajar sesuatu daripada ahli lain; dan

(e)

Pembelajaran interpersonal.

Kaunselor yang betul-betul memahami ciri terapeutik yang dijelaskan akan


dapat menjalankan kaunseling kelompok dengan lebih efisien dan berkesan.

1.9

KERAHSIAAN DALAM KAUNSELING

Kaunseling, sama ada secara individu atau dalam kelompok kecil, melibatkan
pendedahan kendiri oleh klien yang mungkin tidak diluahkan di luar sesi
kaunseling. Lebih tinggi kepercayaan klien terhadap kaunselor, lebih mudah
untuk klien untuk berbincang masalahnya dengan kaunselor. Secara teori, ini
membantu kaunselor memahami cara klien mempersepsi masalahnya. Klien
akan rasa difahami dan selamat apabila mendapat sokongan kaunselor. Ini
meletakkan kaunselor sebagai individu yang paling dipercayai yang tidak akan
membocorkan rahsia kepada orang lain.
Dari aspek etika profesional, adalah tanggungjawab kaunselor untuk
mengekalkan kerahsiaan agar hubungan yang baik yang telah dibina tidak disiasiakan. Jika klien tidak lagi mempercayai kaunselornya, hubungan yang baik
akan tergugat dan kemungkinan dia enggan berjumpa kaunselor.
Berikut adalah prinsip kerahsiaan yang boleh membantu kaunselor:
(a)

Beban mengekalkan kerahsiaan tidak tetap kerana sesetengah situasi


membenarkan kaunselor untuk mengulang rahsia;

26

(b)

Kerahsiaan dikekalkan jika ia tidak menggugat hak individu atau orang


awam; dan

(c)

Kerahsiaan bergantung kepada perkara yang dikira sulit. Jika isu yang
dikatakan sulit menjadi umum, kaunselor tidak terikat untuk dipersoalkan
mengenai kerahsiaan.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

Kaunselor juga perlu untuk memikirkan keselamatan klien dan mengelak


menyalahgunakan masalah yang diceritakan kepadanya. Untuk mengelak
kaunselor daripada didakwa di mahkamah kerana salah laku, kerahsiaan klien
adalah penting. Walau bagaimana pun, kaunselor cenderung membuat
pertimbangan yang bijak dan memikirkan secara rasional apabila kerahsiaan
dikecualikan.
Situasi di mana kerahsiaan boleh dicabuli adalah seperti berikut:
(a)

Klien mencederakan dirinya sendiri dan orang lain;

(b)

Klien menuntut maklumat dirinya dihebahkan;

(c)

Mahkamah menuntut maklumat klien diulang; dan

(d)

Kaunselor mensyaki terdapat kes penganiayaan kanak-kanak yang berlaku.

AKTIVITI 1.6
1.

Apakah yang anda fahami tentang ekspresi kaunselor


memahami cara klien mempersepsi dirinya? Adakah masalah
yang dilihat oleh klien adalah tepat?

2.

Dalam usaha kaunselor untuk mencari punca fikiran klien


terganggu, dia akan cuba memahami dan melihat perkaitan
antara kognisi, emosi dan tingkah laku klien. Nyatakan
hubungan antara kognisi, emosi dan tingkah laku seseorang
dengan memberi contoh yang bersesuaian.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

27

Kaunseling boleh ditakrifkan sebagai perbincangan antara kaunselor terlatih


dan individu atau kumpulan kecil yang mengalami kekeliruan dan
memerlukan bantuan, dan bersama-sama mereka berfikir dan menganalisis
beberapa alternatif sahaja untuk mengatasi keadaan huru-hara dan
melaksanakan alternatif yang dipilih.

Perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi adalah pada objektif dan


tempoh di mana ia dijalankan. Objektif kaunseling adalah untuk membantu
individu mengatasi masalah perkembangan diri pada bila-bila masa ke arah
mencapai pembangunan kekuatan optimum yang ada di dalam dirinya.
Selain menyelesaikan masalah pertumbuhan individu, psikoterapi juga
menyelesaikan masalah perubahan rekonstruktif. Psikoterapi dijalankan
untuk tempoh yang panjang (sebulan hingga dua tahun) sebagai pesakit luar
atau pesakit dalam. Kaunseling adalah biasanya untuk tempoh yang singkat
(kurang daripada enam bulan) sebagai pesakit luar sahaja.

Lima matlamat utama kaunseling adalah untuk:

Menjadikan perubahan tingkah laku lebih mudah;

Meningkatkan keupayaan pelanggan untuk memula dan meneruskan


perhubungan;

Membantu keberkesanan klien dalam mengendalikan masalah dan isu;

Menggalakkan proses membuat keputusan; dan

Membantu perkembangan klien dan pencapaian potensinya.

Ciri-ciri bagi kaunselor yang efektif adalah termasuk yang berpengetahuan


dan mahir dalam membantu individu, bersedia untuk terlibat dan mengenali
diri sendiri.

Komponen bagi perkhidmatan kaunseling dan bimbingan adalah


perkhidmatan mengajar dan latihan; perkhidmatan kaunseling; dan
perkhidmatan peperiksaan.

28

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

Kaunseling

Perbincangan

Konfrontasi

Psikoterapi

Menyelesaikan masalah

Anda mungkin juga menyukai