Anda di halaman 1dari 51

PENYELIAAN PENGAJARAN BERKESAN

Pendahuluan
Penyeliaan adalah fungsi pengurusan yang penting ke arah penambahbaikan pendidikan pada
peringkat instruksional di sekolah dan juga di peringkat pentadbiran di Jabatan Pendidikan.
Penyeliaan adalah satu aspek yang mustahak dalam sesuatu aktiviti perancangan dan
pelaksanaan. Dalam konteks sekolah, penyeliaan boleh dijalankan di beberapa peringkat,
misalnya: penyeliaan disiplin murid, tenaga pengajar, penyeliaan bilik darjah, penyeliaan staf,
penyeliaan kurikulum dan lain lain.
Penyeliaan dalam pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibezakan dari memeriksa dan
penilaian. Maksud penyeliaan bukanlah hendak menilai dengan erti kata membuat "rating"
atau memberi markah dengan menggunakan instrumen-instrumen tertentu. Penyeliaan juga
bukan sekadar memeriksa supaya segala aktiviti berjalan atau tidak. Konsepnya adalah lebih
daripada itu. Tujuan utama penyeliaan pengajaran dan pembelajaran adalah ke arah
peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Semasa melaksanakan penyeliaan sudah
tentu instrumen-instrumen tertentu diperlukan untuk memastikan proses pengajaran dan
pengajaran mengikut prosedur.

Definisi penyeliaan
Menurut Kamus Dewan Bahasa (1993), 'mencerap' dimaksudkan sebagai memperhatikan,
Oxford Dictionary (2000), menyatakan 'observation' dimaksudkan dengan perbuatan
memerhati atau, perakaman maklumat yang terkumpul. Rahimah Hj. Ahmad mendefinisikan
'penyeliaan' sebagai " segala kegiatan yang berkaitan dengan usaha unluk memastikan segala
tugas dalam satu satu organisasi berjalan lancar dan menepali objektifnya". Glatthorn (1984),
'supervision' ialah "a process designed to improve instruction by conforming with the teacher
or lesson planning, observing the lesson, analyzing the observation, elate and giving the
teacher feedback, about the observation". Beliau juga menyatakan bahawa penyeliaan
pengajaran adalah: "a process of facilitating the professional growth of a teacher, primarily
by giving the teacher feedback about classroom instructions and helping the teachers make
use of that feedback in order to make teaching more effective..... Smyth (1991) menyatakan
penyeliaan sebagal "a process of persuing or scanning a text for errors or deviations from the
original text..
Penyeliaan telah diberi beberapa fungsi oleh para pendidik dan antara lain ialah memerhati,
mengendali, membimbing, memuji, menegur, menyelenggara, membaiki, menilai, dan
merunding Menurut Al Ramaiah (1999) penyeliaan didefinisikan sebagai satu usaha untuk
mendorong, menyelaras, dan membimbing guru dalam hal pengajaran supaya guru-guru lebih
berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran.
Mohd Salleh Lebar (2000) pula menjelaskan bahawa penyeliaan dalam konteks pendidikan
ialah berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia menjadi tugas pentadbir
kerana penyeliaan adalah sebahagian dimensi pentadbiran sekolah.
Mosher & Purpel (1972) dalam Mohd Salleh Lebar (2000) mengatakan bahawa penyeliaan
ialah untuk mengajar guru bagaimana mengajar dan kepimpinan profesional dalam
pembentukan pendidikan masyarakat umum dan lebih khusus lagi dalam penggubalan
kurikulum, pengajaran dan bentuk pendidikan.
Sementara itu, Edgar Stones (1984) menjelaskan bahawa penyeliaan memerlukan pandangan
mata (eyesight) yang tajam untuk melihat apa yang berlaku di dalam bilik darjah, wawasan
(insight) untuk memahami kesignifikan apa yang berlaku, pengalaman lalu (hindsight) untuk
melihat apa yang sepatutnya dan tidak sepatutnya berlaku dan penglihatan kedua untuk
mengetahui bagaimana mendapatkan apa yang sepatutnya dan tidak sepatutnya berlaku di
masa akan datang.
DEFINISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Apa dia pengajaran?
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan
muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk
melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak
dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu
pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
Apakah ciri-ciri Pengajaran?
guru dan murid,
guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,
hanya bermakna apabila ada pembelajaran,
melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,
melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,
ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta
berpusatkan sumber,
meliputi rancangan mengajar (KOPI),
proses yang melibatkan interaksi dua hala,
ada unsur sains dan seni.
Apa dia pembelajaran?
Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau
kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning,
pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat
dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat
sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan
yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
Pembelajaran :
Satu proses yang berterusan,
Secara formal dan tak formal,
Secara formal melalui sekolah membaca, menulis & mengira dsb.,
Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran.
Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,
Empat mazhab pembelajaran utama behavioris, kognitif, sosial dan humanis.

Tujuan Penyeliaan
Penyeliaan haruslah membawa perubahan positif atau pembangunan diri dan profesional dan
pembaharuan diri pada guru untuk meningkatkan mutu pengajarannya, dan seterusnya
pembelajaran murid murid. Ia tidak seharusnya merupakan satu kerja untuk memenuhi
kehendak pihak atasan atau kehendak/arahan luar. Aspek pembangunan diri dan
profesional./self renewal meliputi:
o sense of purpose (komitmen. motivasi dan hala tuju)
o persepsi guru mengenai murid
o pengetahuan mengenai kandungan mata pelajaran
o penguasaan teknik dan kemahiran mengajar
Dengan erti kata yang luas, penyeliaan bererti segala kegiatan yang berkaitan dengan usaha
untuk memastikan segala tugas dalam satu satu organisasi berjalan dengan lancar dan
menepati objektifnya. Dalam pengertian yang tradisional ia mengandungi unsur 'kawalan' ke
atas staf atau guru. Penyeliaan pengajaran pembelajaran juga bertujuan mencari pemahaman
dan jawapan kepada:
1. apa sebenarnya berlaku dalam bilik darjah?
2. apa guru dan murid sebenarnya lakukan?
3. apa sebenarnya hasil pembelajaran?
4. apa sepatutnya berlaku dalam situasi bilik darjah apabila diambil kira matlamat
agenda pendidikan dan pengetahuan mengenai cara murid belajar dan memahami
struktur kandungan yang hendak diajar?
5. apa makna, sebenar proses (kejadian) dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi
guru dan pelajar?
6. apa makna peribadi yang dibina oleh pelajar tanpa mengira apa maksud guru?
7. bagaimana pentafsiran pengurus dan guru mengenai pengajaran berbeda?
8. apa patut dilakukan untuk menghasilkan pemahaman mengenai pengajaran dan
pembelajaran dan menghasilkan pembelajaran kepada guru dan pengurus?


Proses penyeliaan akan dapat;
o Membantu guru meningkatkan mutu pelajaran supaya pengajaran bertambah berkesan dan
objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.
o Mempastikan kurikulum rasmi dilaksankan di bilik darjah seperti yang dikehendaki.
o Melihat dengan lebih dekat lagi dengan sebenar apa yang berlaku didalam bilik darjah agar
kelemahan kelemahan dapat diperbaiki dan amalan amalan yang baik dapat dikukuhkan.
o Memberi motivasi kepada guru apabila pengurusnya mengambil tahu tentang pengajaranya.
o Memberi maklumbalas kepada guru tentang status quo pengajarnya.
o Menilai prestasi/kemahiran mengajar guru.


Bentuk-Bentuk Penyeliaan
Terdapat beberapa bentuk penyeliaaan yang sentiasa di amalkan oleh seserang pengurus iaitu:
o Penyeliaan umum/Pentadbiran/maintenance
o Penyeliaan klinikal
o Person-to-person relationship
o Teacher pre-conference
o Classroom observation of teacher
o Analysis and interpretation of what is observed
o Teacher post-conference
o A critique of the four steps (i- iv)

o Penyeliaan berbeza (Differentiated)
o Penyeliaan rakan sejawat
o Penyeliaan informal (secara tidak berstruktur, kerap, ringkas, dan permerhatian informal)
o Penyeliaan pandu kendiri
o Penyeliaan berasaskan inkuiri
Proses Penyeliaan
Penyelian merupakan suatu proses pengurusan. Jika seseorang Guru Besar memahami proses
tersebut maka beliau perlulah;
a) Merancang dan melaksanakan
(i) Merancang untuk meningkatkan prestasi guru
(ii) Faedah kepada guru dan murid
(iii) Perancangan diikuti pelaksanaan dan tindakan susulan
b) Memimpin dan mengawal
(i) Sebagai penasihat, pembimbing dan penggalak
(ii) Mengawal supaya tidak keluar daripada sasaran
(iii) Mengenakan peraturan tertentu
c) Menganalisa dan menilai
(i) Memisahkan bahagian yang terlibat dalam proses pengajaran
(ii) Berbicang untuk mencapai persetujuan bersama
(iii) Maklumat dikumpul dan sejauh mana ia menepati norma-norma yang
ditetapkan.


Penyeliaan Klinikal
Penyeliaan pengajaran telah wujud sejak lahirnya system pelajaran yang meluas. Berbagai
bentuk penyeliaan telah diamalkan, berasaskan andaian-andaian tertentu. Penyeliaan klinikal
yang diutarakan oleh Garman, memusatkan kepada cara penyeliaan berasaskan satu rangka
rujukan untuk menjalankan penyeliaan dan pendekatan yang berpusat kepada rawatan
sesuatu yang yang perlu diperbaiki ataupun mempertingkan sesuatu yang sudah baik.
Perkembangan penyeliaan klinikal bermula dalam tahun 1970an, dengan penulisan dan
amalan Cogan (1973) dan Goldhammer (1969) Mereka mula-mula mengutarakan idea
bahawa pengajaran guru boleh dipertingkatkan dengan bantuan penyeliaan melalui kegiatan-
kegiatan terancang, iaitu dirancang khusus untuk merawat kelemahan-kelemahan dalam
pengajaran guru yang telah dikenalpasti setelah mereka diperhatikan semasa menjalankan
pengajaran mereka.Ianya boleh dikatakan sebagai proses pembetulan. Fokus penyelian
klinikal ialah kepada teknik pengajaran dan tidak secara langsung kepada pengurusan
sekolah. Titik permulaan proses ialah data yang konkrit yang didapati melalui pemerhatian
semasa guru benar-benar menjalankan pengajaran dan bukannya teori tentang apa yang
sepatutnya dijalankan.
Dapat disimpulkan bahawa penyeliaan klinikal adalah satu program khusus yang dirancang
dan berkisar di sekitar perbincangan antara Guru Besar dan guru berkenaan berasaskan
kepada pemerhatian yang dijalankan dan maklumbalas disampaikan kepada guru mengenai
kekuatan dan kelemahan pengajaran yang telah mereka dijalankan.Diharapkan jika ianya
kekuatan ianya dapat diteruskan dan jika ianya kelemahan ianya harus segera diperbaiki atau
dipertingkatkan. Program penyeliaan klinikal mengambil rupabenruk satu putaran kegiatan
seperti mana yang diperkenalkan oleh Cogan (1973) dan Goldhammer (1969) dalam kertas
kerja Dr. Rahimah Haji Ahmad (1986) mengatakan ianya terdiri dari lapan langkah.
Langkah 1 Perkenalan.
Langkah ini memulakan hubungan antara penyelia dan guru berkenaan. Pertemuan ini
dirancang untuk mengurangkan keraguan di antara penyelia dan guru, dan menjelaskan rol
serta fungsi hubungan yang diperlukan dengan cara memahami tujuan-tujuan dan erti
penyeliaan klinikal itu.
Langkah 2: Perancangan Pelajaran.
Penyelia bersama guru merancang pelajaran yang akan diperhatikan, iaitu menetapkan
objektif, menyenaraikan langkah-langkah pengajaran serta hasil yang diharapkan, baik dari
segi pembelajaran murid mahupun kemahiran guru. Perancangan ini meliputi juga strategi
pengajaran yang akan dijalankan oleh guru.
Langkah 3. Perancangan Pemerhatian.
Guru dan penyelia merancang strategi pemerhatian yang hendak dijalankan. Ini meliputi
kegiatan-kegiatan yang akan difokuskan, teknik pengajaran dan sebagainya, juga bagaimana
pemerhatian itu akan direkod ataupun bagaimana data akan dikutip.
Langkah 4. Pemerhatian.
Langkah ini amat penting. Penyelia menjalankan pemerhatian terhadap guru yang
menjalankan pengajarannya dengan menggunakan segala yang dipersetujui dalam langkah 2
dan 3 tadi sebagai kayu pengukur.

Langkah 5. Analisis.
Penyelia dan guru samaada secara bersama atau bersendirian, menganalisa semua events
dalam pengajaran yang terlibat. Tujuan langkah ini ialah menetapkan pola-pola tingkahlakun
guru semasa menjalankan pengajaran serta juga melihat events yang bermakna dalam
pengajaran.
Langkah 1
Perkenalan
Langkah 8 : Penilaian dan Langkah 2 : Perancangan
Perancangan Semula Pelajaran

Langkah 7: Perbincangan Langkah 3: Perancangan Dan Maklumbalas Pemerhatian

Langkah 6: Perancangan Langkah 4 :
Strategi Perbincngan Pemerhatian
Langkah 5 :
Analisis
Rajah Putaran Kegiataan Penyeliaan Klinikal oleh Cogan (1973) dan Goldhammer (1969)
Langkah 6. Perancangan Strategi Perbincangan. Langkah ini biasanya melibatkan penyelia
merancang tarikh perbincangan dan apakah hendak dibincangkan mengenai pengajaran yang
diperhatikan, seperti objektif dan proses perbincangan itu. Langkah ini akan menetapkan
persetujuan mengenai strategi perbincangan dan mempengaruhi corak hubungan. Langkah ini
juga menentukan tahap persefahaman yang dapat dihasilkan semasa perbincangan nanti.
Langkah 7. Perbincangan dan Maklum balas. Kebiasaannya penyelia dan guru bersama
menganggap diri masing-masing sebagai peserta menganalisa proses pengajaran-
pembelajaran yang telah diperhatikan dalam Langkah 4. Di sini apa yang berlaku ialah
penentuan kelemehan dan kekuatan dan kedua-dua pihak mendapat maklumbalas dan
diharapkan memahami di antara satu sama lain.
Langkah 8. Penilaian dan Perancangan Semula. Setelah penyelia dan guru menetapkan
apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dan perubahan yang perlu dibuat.
Memulakan putaran baru dengan objektif baru dan pengubahsuaian yang diperlukan.
Secara kasar dapat dikatakan putaran penyeliaan klinikal ini mempunyai tiga fasa yang
utama, berfokuskan pemerhatian yang menjadi bahan perbincangan iaitu fasa yang
terpenting, fasa sebelum pemerhatian, fasa semasa pemerhatian dan fasa selepas pemerhatian.
Hubungan Penyeliaan dengan Penilaian Guru
Kebanyakan Guru Besar kurang membuat penyeliaan kerana sebab-sebab tertentu. Ada
kalanya kakitangan tidak pernah diselia oleh pihak Guru Besar secara formal (Mohd Salleh
Lebar, 2000). Oleh itu bagi melaksanakan penyeliaan berkesan, Guru Besar perlulah
memikirkan perkara-perkara berikut;
(i) Penyeliaan sepatutnya menguntungkan kepada pelajar
(ii) Penyeliaan adalah sebahagian daripada proses penilaian guru dan perlu diadakan secara
berterusan
(iii) Penilaian guru boleh dilakukan berdasarkan beberapa aspek tetapi bukan berdasarkan
kepada penyeliaan sahaja
(iv) Penyeliaan tidak ada skema penilaian yang formal seperti latihan mengajar tetapi
bergantung kepada kebijaksanaan Guru Besar. Penyeliaan boleh menggunakan standard dan
penilaian yang berkala atau bersistematik
(v) Penilaian yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berdasarkan Laporan
Prestasi Tahunan adalah terlampau umum dan sukar mengukur kebolehan sebenar
(vi) Dalam sistem pentadbiran pendidikan, penilaian pengajaran tidak dijalankan dengan
bersungguh-sungguh walau pun pada dasarnya ia adalah sebahagian daripada tanggung jawab
Guru Besar

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah
Selain daripada Guru Besar dan Pengetua, proses penyeliaan juga dijalankan oleh Jemaah
Nazir Sekolah. Dalam melaksanakan proses penyeliaan ini Jemaah Nazir Sekolah telah
menetapkan satu standard kualiti penyeliaan yang dinamakan Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia-Sekolah. Garis panduan yang ditetapkan oleh Jemaah Nazir Sekolah di dalam
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (2010) meliputi elemen-elemen yang antaranya seperti
berikut;
Kepimpinan
Guru Besar menerajui dan menggerakkan seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan
misi dengan cara mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi, ) membina
kumpulan kerja yang mantap dan dapat bekerja secara berpasukan, mengenal pasti punca,
mencegah dan menyelesaikan konflik dan menggalakkan pembangunan budaya ilmu dan
berfikir di kalangan warga sekolah. Guru Besar harus mengamalkan sistem komunikasi yang
berkesan dengan mewujudkan suasana interaksi yang mesra, memberi peluang kepada warga
sekolah untuk mengemukakan pendapat, meransang percambahan fikiran di kalangan warga
sekolah dan membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan kolaboratif. Guru Besar memberi
motivasi dan dorongan bagi membina dan membangunkan keyakinan serta daya maju warga
sekolah secara berterusan dengan cara memberi sokongan moral dan material, menghargai
setiap sumbangan dan kejayaan, membuat penilaian secara adi, menunjukkan sikap prihatin
terhadap masalah dan kebajikan warga sekolah dan memberi teguran dan nasihat membina.
Guru Besar berupaya membimbing semua guru untuk membangunkan diri menjadi pemimpin
yang berkesan dengan memberi panduan yang jelas tentang sesuatu bidang tugas, melatih dan
memimpin, menurunkan kuasa untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan tertakluk
kepada bidang kuasa masing, memantau dan menilai pelaksanaan tugas dan membimbing dan
menasihat untuk meningkatkan keupayaan kepimpinan.
Struktur Organisasi
Pengurusan sekolah menjelaskan dan menyelaraskan tugas guru dan staf sokongan dengan
membentuk struktur organisasi yang relevan dan berfungs, memastikan jawatan yang
diwujudkan dan jawatankuasa yang ditubuhkan menepati keperluan pengurusan, program
pembangunan sekolah dan program pendidikan, menetapkan bidang tugas, perincian tugas
dan prosedur kerja bagi setiap tugas dalam setiap jawatan yang diwujudkan dan menetapkan
bidang tugas setiap jawatankuasa yang ditubuhkan
Pengurusan Maklumat
Pengurusan sekolah juga dikehendaki mengurus semua data dan maklumat penyeliaan
dengan cekap dan berkesan agar data dan maklumat dikumpul secara berkesan, disebar
kepada pihak yang memerlukan dengan kuasa yang diberikan, disimpan menggunakan
teknologi yang sesuai, mudah diakses oleh pengguna akhir mengikut kuasa, digunakan
sebagai rujukan penambahbaikan dan selalu dikemas kini
Pengurusan Program Kurikulum
Dalam melaksanakan penyeliaan program kurikulum pengurusan sekolah seharusnya
mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan yang berkesan seperti mengenal pasti tahap
pencapaian semasa, potensi dan bakat setiap murid dari segi kognitif, afektif dan psikomotor,
merancang program kurikulum dengan menetapkan matlamat, objektif dan strategi
berdasarkan kumpulan sasaran, melaksana program mengikut perancangan, memantau
pelaksanaan program secara berkala dan berterusan, menilai impak program dengan
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pada setiap peringkat pengurusan dan melaksanakan
penambahbaikan berdasarkan hasil penilaian impak
Pengajaran dan Pembelajaran
Garis panduan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran pula mengambil kira aspek-aspek
sama ada guru telah merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut
prinsip-prinsip berikut:
(i) berdasarkan kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan surat
pekeliling ikhtisas
(ii) kandungan sukatan pelajaran diolah mengikut tahap pencapaian semasa, potensi dan
kemajuan murid serta berlaku secara bersepadu
(iii) pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif
(iv) menghayati dan mengamalkan ilmu
(v) menggunakan bahan-bahan sokongan yang relevan dan sesuai dengan tahap pencapaian,
potensi dan kemajuan murid
(vi) guru dan murid bersedia dari segi efektif bagi menghasilkan iklim pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif
(vii) mengurus bilik darjah secara efektif bagi menghasilkan iklim pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif
(viii) setiap murid diberi tugasan mengikut keupayaan dan kebolehan mereka
(ix) memupuk semangat jati diri, berdaya saing, perpaduan dan patriotisme
(x) membuat penilaian dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran secara berterusan
Instrumen Penyeliaan
INSTRUMEN STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM) 2010

1. PENILAIAN BERDASARKAN SKALA SKOR 1 - 6:

Standard Aspek Kriteria Kritikal Skor / %
STANDARD 1:
KEPIMPINAN DAN HALA TUJU Gaya kepimpinan Kepimpinan sekolah mengamalkan
gaya kepimpinan berkesan untuk menggembleng tenaga warga sekolah ke arah pencapaian
matlamat sekolah (skor 1-6)
Penetapan dan pelaksanaan hala tuju Kepimpinan sekolah memastikan visi dan misi sekolah
menjadi hala tuju seluruh warga sekolah ke arah pencapaian matlamat dan objektif yang
ditetapkan. (skor 1-6)
Kemahiran komunikasi Kepimpinan sekolah mengamalkan komunikasi berkesan untuk
perkongsian idea dan maklumat. (skor 1-6)
Kemahiran merancang Kepimpinan sekolah menerajui penyediaan perancangan strategik
(pelan strategik, taktikal dan operasi) untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah. (skor 1-
6)

2. PENILAIAN BERDASARKAN PURATA SKOR:
Standard Aspek Kriteria Kritikal Skor / %
STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM, SUKAN DAN HAL
EHWAL MURID
3.1 KURIKULUM


Pengurusan mata pelajaran Mata pelajaran diurus untuk meningkatkan kualiti pembelajaran
dan pengajaran (purata skor)


3.2 KOKURIKULUM DAN SUKAN


Pengurusan kelab dan persatuan akademik Kelab dan Persatuan diurus untuk memastikan
penglibatan murid secara menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pembelajaran di bilik
darjah. (purata skor)
Pengurusan badan beruniform Badan Beruniform diurus untuk memastikan penglibatan
murid secara menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pembangunan perwatakan murid
dari segi fizikal, mental dan emosi. (purata skor)
Pengurusan program sukan untuk semua Program sukan untuk semua diurus untuk
memastikan penglibatan murid secara menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap
pengetahuan , kemahiran dan pembangunan sahsiah murid. (purata skor)


STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Penglibatan murid dalam
pembelajaran Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan
(purata skor)
Penguasaan pembelajaran murid Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif
yang ditetapkan (purata skor)
Hasil kerja murid Hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran (purata
skor)
Perancangan dan persediaan guru Perancangan dan persediaan yang rapi meningkatkan
keberkesanan pengajaran (purata skor)
Kaedah penyampaian Kaedah penyampaian yang sesuai meningkatkan pencapaian objektif
pelajaran (purata skor)
Kemahiran komunikasi Komunikasi yang berkesan memudah dan mempercepat pemahaman
dan menggalakkan pembelajaran murid. (purata skor)

3. PENILAIAN BERDASARKAN PERATUS:

Standard Aspek Kriteria Kritikal Skor / %
STANDARD 5 : KEMENJADIAN MURID
KEMENJADIAN MURID SEKOLAH RENDAH (PKS)
Pencapaian murid sekolah rendah dalam PKS Peratus murid mendapat sekurang-kurangnya
Gred C dalam semua mata pelajaran PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini
%



Pencapaian murid sekolah rendah dalam PKS GPS dinyatakan dalam bentuk peratus bagi
PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini %

DESKRIPSI SKOR
SKPM 2010
Aspek 4.4 Perancangan dan Persediaan Guru
Kriteria Kritikal Perancangan dan persediaan yang rapi meningkatkan keberkesanan
pengajaran.
SKOR DESKRIPSI SKOR
SKOR 6 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 dipenuhi. Terdapat unsur
inovasi dan kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pencapaian
murid. Kesungguhan guru untuk memastikan murid menguasai pelajaran sangat menyerlah.
SKOR 5 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang disediakan meliputi sepanjang tahun
persekolahan berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran (standard kurikulum)
terkini, sesuai dengan takwim persekolahan, potensi murid dan kemudahan sumber.

Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang disediakan berdasarkan RPT. Objektif pelajaran
dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid.
Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran.

Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran

Refleksi P&P digunakan sebagai panduan untuk merancang RPH yang seterusnya.
SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak
kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.
SKOR 3 RPT yang disediakan berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran (standard
kurikulum) terkini.

RPH yang disediakan berdasarkan RPT. Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk
perlakuan. Aktiviti dirancang untuk mencapai objektif pelajaran.

Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran.
SKOR 2 Terdapat sedikit kekuatan tetapi masih banyak kelemahan yang nyata dan belum
mencapai deskripsi skor 3
SKOR 1 RPT tidak disediakan atau tidak lengkap.
RPH tidak disediakan atau tidak lengkap.

DESKRIPSI SKOR SKPM 2010
STANDARD 4 PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Aspek 4.1 Penglibatan Murid
Kriteria Kritikal
Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan.

SKOR DESKRIPSI SKOR
SKOR 6 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 dipenuhi. Terdapat unsur
kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pembelajaran murid.
SKOR 5 Hampir keseluruhan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran seperti
perbincangan/memberi respons terhadap soalan guru/membuat catatan/ membuat gerakan
fizikal atau arahan lain guru.

Hampir keseluruhan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid
dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan bahan.

Hampir keseluruhan murid sentiasa memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu
pembelajaran.
SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak
kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.
SKOR 3 Kebanyakan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran seperti terlibat
dalam perbincangan/memberi respon terhadap soalan guru/membuat catatan/membuat
gerakan fizikal atau arahan lain guru.

Kebanyakan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan
murid, murid dengan guru atau murid dengan bahan.

Kebanyakan murid sentiasa memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu
pembelajaran.
SKOR 2 Terdapat sedikit kekuatan tetapi masih banyak kelemahan yang nyata dan belum
mencapai deskripsi skor 3
SKOR 1 Sangat sedikit murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran seperti
terlibat dalam perbincangan/memberi respon terhadap soalan guru/membuat catatan/membuat
gerakan fizikal atau arahan lain guru.

Sangat sedikit murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan
murid, murid dengan guru atau murid dengan bahan.

Sangat sedikit murid memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu pembelajaran.
SOALAN BENGKEL: PENGIRAAN SKOR STANDARD (STANDARD 1)

NO.
ASPEK
ASPEK KRITERIA KRITIKAL SKOR
SKOR 1 - 6
1.1 Gaya kepimpinan kepimpinan sekolah mengamalkan gaya kepimpinan berkesan untuk
menggembleng tenaga warga sekolah ke arah pencapaian matlamat sekolah 5
1.2 Penetapan dan pelaksanaan hala tuju Kepimpinan sekolah memastikan visi dan misi
sekolah menjadi hala tuju seluruh warga sekolah ke arah pencapaian matlamat dan objektif
yang ditetapkan. 4
1.3 Kemahiran komunikasi Kepimpinan sekolah mengamalkan komunikasi berkesan untuk
perkongsian idea dan maklumat. 5
1.4 Kemahiran merancang Kepimpinan sekolah menerajui penyediaan perancangan strategik
(pelan strategik, taktikal dan operasi) untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah. 4
1.5 Kemahiran memotivasi dan menggerakkan warga sekolah Kepimpinan sekolah
memotivasikan warga sekolah untuk meningkatkan kualiti kerja.
5
1.6 Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah Kepimpinan sekolah
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan
sekolah. 4
1.7 Kepimpinan instruksional Kepimpinan sekolah menerajui pelaksanaan kurikulum dan
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar 4
1.8 perkongsian kepimpinan Kepimpinan sekolah mewujudkan perkongsian tanggungjawab
bagi memupuk kesedaran tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah. 4
Jumlah Skor Diperoleh 35

Skor Min 4.38
Peratus Pencapaian 67.60%
Taraf Pencapaian Harapan
Peratus Pencapaian Menurut Wajaran (10%) 6.76%
Pengiraan skor Standard 1 berdasarkan formula:
Jumlah Skor diperoleh = 35
Skor Min
= Jumlah Skor = 35 = 4.38
Bilangan Aspek 8
Peratus Pencapaian = (x-1) x 100% (x = min skor standard; y = skor maksimum)
(y-1)
= (4.38 1) x 100%
(6 1
= 3.38 x 100% = 67.60%
5
Peratus pencapaian menurut wajaran (10%) = 67.60 x 10% = 6.76%
KAEDAH MENGIRA SKOR ASPEK
Contoh Pengiraan Skor Min bagi Aspek 3.1.2: Pengurusan Mata Pelajaran

Bil.
Panitia Mata Pelajaran Skor
1 Bahasa Malaysia 4
2 Bahasa Inggeris 5
3 Matematik 4
4 Sains 5
5 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 3
6 Pendidikan Islam 4
7 Pendidikan Seni Visual 3
8 Kajian Tempatan 5
9 Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 6
10 Pendidikan Muzik 4
Jumlah Skor 43

Skor Min Aspek = Jumlah Skor___
Bilangan Panitia
= 43
10
= 4.30

SOALAN BENGKEL: KAEDAH MENGIRA SKOR ASPEK

1. Kirakan Skor Min bagi Aspek 3.1.2: Pengurusan Mata Pelajaran.
Bil. Panitia Mata Pelajaran Skor
1 Bahasa Malaysia 5
2 Bahasa Inggeris 5
3 Matematik 4
4 Sains 5
5 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 3
6 Pendidikan Islam 4
7 Pendidikan Seni Visual 4
8 Kajian Tempatan 5
9 Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 5
10 Pendidikan Muzik 4
Jumlah Skor 44



Skor Min Aspek = Jumlah Skor___
Bilangan Panitia
= 44
10
= 4.40


KAEDAH MENGIRA SKOR ASPEK

Contoh Pengiraan Skor Min Bagi Aspek 3.2.3: Pengurusan Badan Beruniform

Bil. Unit Badan Beruniform Skor
1 Persatuan Bulan Sabit Merah 4
2 Pengakap 5
3 Kadet Remaja Sekolah 4
4 Kadet Polis 5
5 Kadet Bomba 3
6 Puteri Islam 6
7 Pandu Puteri 4
Jumlah Skor 31


Skor min = Jumlah Skor
Bilangan Unit
= 31
7

= 4.43


SOALAN BENGKEL: KAEDAH MENGIRA SKOR ASPEK
1. Kirakan Skor Min Bagi Aspek 3.2.3: Pengurusan Badan Beruniform
Bil. Unit Badan Beruniform Skor
1 Persatuan Bulan Sabit Merah 5
2 Pengakap 5
3 Kadet Remaja Sekolah 3
4 Kadet Polis 5
5 Kadet Bomba 3
6 Puteri Islam 5
Jumlah Skor 26



Skor min = Jumlah Skor
Bilangan Unit
= 26
6
= 4.33



KAEDAH MENGIRA SKOR ASPEK
Standard 4: Pembelajaran dan Pengajaran
Nama Guru
No. Aspek Skor Aspek
4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12
Guru 1 4 3 4 5 5 4 5 3 3 4 2 4
Guru 2 2 3 5 5 4 2 3 3 3 4 4 3
Guru 3 5 6 5 4 5 6 4 4 4 5 5 4
Guru 4 4 3 4 5 5 4 3 3 3 4 4 3
Guru 5 3 3 4 2 4 3 3 3 4 2 4 3
Guru 6 2 3 2 2 1 3 2 1 1 2 2 3
Guru 7 3 3 4 4 4 4 3 4 5 5 4 4
Guru 8 4 5 5 5 6 5 5 4 5 6 6 6
Guru 9 4 3 4 5 5 4 4 3 3 4 2 3
Jumlah Skor Aspek 31 32 37 37 39 35 32 28 31 36 33 33
Skor Min Aspek 3.44 3.56 4.11 4.11 4.33 3.89 3.56 3.11 3.44 4.00 3.67 3.67
Jumlah Keseluruhan Skor Min Aspek 44.89

Skor Min Standard 3.74
Peratus Pencapaian 54.80%
Taraf Pencapaian Memuaskan
Peratus Pencapaian Menurut Wajaran (20%) 10.96%
Panduan Pengiraan Skor :
a. Jumlah Skor Aspek dikira dengan menjumlahkan Skor Aspek bagi setiap guru;
( G1+G2+G3+ .... + G9) = 31
b. Purata Skor Min Aspek dikira dengan membahagikan Jumlah Skor Aspek dengan Bilangan
Guru yang dicerap;
= ( G1+G2+G3+ .... + G9 )
N
= 31 = 3.44
9

c. Jumlah Purata Skor diperoleh dengan menjumlahkan kesemua Purata Skor Aspek
Purata Skor Aspek (3.44+3.56+....3.67) = 44.89

d. Skor Min Standard dikira secara membahagikan Jumlah Purata Skor dengan Jumlah
Aspek;
= 44.89 = 3.74
12

e. Peratus Skor Standard dikira secara membahagikan Skor Min Standard dengan Skor
Tertinggi dan didarab dengan 100.

Skor Min Standard-1 X 100
Skor Maksimum-1
= 3.74-1 X 100
6-1
= 2.74 x 100 = 54.80%

5
Peratus pencapaian menurut wajaran (20%) = 54.80 x 20% = 10.96%

SOALAN BENGKEL: PENGIRAAN SKOR ASPEK BAGI STANDARD 4:
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Nama Guru
No. Aspek Skor Aspek
4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12
Guru 1 4 3 4 5 5 4 5 3 3 4 2 4
Guru 2 2 3 5 5 4 2 3 3 3 4 4 3
Guru 3 5 6 5 4 5 6 4 4 4 5 5 4
Guru 4 4 3 4 5 5 4 3 3 3 4 4 3
Guru 5 3 3 4 2 4 3 3 3 4 2 4 3
Guru 6 2 3 2 2 1 3 2 1 1 2 2 3
Jumlah Skor Aspek 20
21
24
23
24
22
20
17
18
21
21
20

Skor Min Aspek 3.33 3.50 4.00 3.83 4.00 3.67 3.33 2.83 3.00 3.50 3.50 3.33
Jumlah Keseluruhan Skor Min Aspek 41.82
Skor Min Standard 3.49
Peratus Pencapaian 49.80%
Taraf Pencapaian Memuaskan
Peratus Pencapaian Menurut Wajaran (20%) 7.47%

Pengiraan Skor:
f. Jumlah Skor Aspek dikira dengan menjumlahkan Skor Aspek bagi setiap guru;
( G1+G2+G3+ .... + G6) = 20

g. Purata Skor Aspek dikira dengan membahagikan Jumlah Skor Aspek dengan Bilangan
Guru yang dicerap;
= ( G1+G2+G3+ .... + G6)
N
= 20 = 3.33
6

h. Jumlah Purata Skor diperoleh dengan menjumlahkan kesemua Purata Skor Aspek
Purata Skor Aspek (3.33+3.50+....3.33) = 41.82

i. Skor Min Standard dikira secara membahagikan Jumlah Purata Skor dengan Jumlah Aspek;
= 41.82 = 3.49
12

j. Peratus Skor Standard dikira secara membahagikan Skor Min Standard dengan Skor
Tertinggi dan didarab dengan 100.

Skor Min Standard-1 X 100
Skor Maksimum-1
= 3.49 - 1 X 100
6-1
= 2.49 x 100 = 49.80%
5

Peratus pencapaian menurut wajaran (20%) = 49.80 x 20% = 9.96%

INSTRUMEN STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA 2010

STANDARD 5 : KEMENJADIAN MURID
5.1 KEMENJADIAN MURID PRASEKOLAH
NO.
ASPEK ASPEK KRITERIA KRITIKAL Pencapaian
peratus wajaran
a Penguasaan tunjang komunikasi Peratus murid yang menguasai tunjang komunikasi
%

b Penguasaan tunjang kerohanian,sikap dan nilai
Peratus murid yang menguasai tunjang kerohanian, sikap dan nilai
%
c Penguasaan tunjang sains dan teknologi Peratus murid menguasai kemahiran tunjang sains
dan teknologi %
d Penguasaan tunjang kemanusiaan Peratus murid menguasai kemahiran tunjang
kemanusiaan %
e Penguasaan tunjang fizikal dan estetika Peratus murid menguasai kemahiran tunjang fizikal
dan estetika %
f Penguasaan tunjang ketrampilan diri Peratus murid menguasai kemahiran tunjang
ketrampilan diri %
5.2 KEMENJADIAN MURID BERKEPERLUAN KHAS
NO.
ASPEK ASPEK KRITERIA KRITIKAL Pencapaian
peratus wajaran
5.2 Pencapaian matlamat tahunan murid berkeperluan khas Peratus murid mencapai matlamat
tahunan individu yang ditetapkan %
5.3 KEMENJADIAN AKADEMIK MURID KRITERIA KRITIKAL Pencapaian
5.3.1 KEMENJADIAN MURID SEKOLAH RENDAH (PKS) peratus wajaran
a Pencapaian murid sekolah rendah dalam PKS Peratus murid mendapat sekurang-kurangnya
Gred C dalam semua mata pelajaran PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini
%

b Pencapaian murid sekolah rendah dalam PKS Peratus murid mendapat Gred A dalam
semua mata pelajaran PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini (skor 1-6)
c Pencapaian murid sekolah rendah dalam PKS GPS dinyatakan dalam bentuk peratus bagi
PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini %
5.3 KEMENJADIAN AKADEMIK MURID KRITERIA KRITIKAL Pencapaian
5.3.2 KEMENJADIAN MURID SEKOLAH RENDAH (UPSR) peratus wajaran
a Pencapaian murid dalam UPSR Peratus murid mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam
semua mata pelajaran UPSR terkini %
b Pencapaian murid dalam UPSR Peratus murid mendapat Gred A dalam semua mata
pelajaran UPSR terkini (skor 1-6)
c Pencapaian murid dalam UPSR GPS dinyatakan dalam bentuk peratus dalam UPSR terkini
%
5.3.3 KEMENJADIAN MURID SEKOLAH MENENGAH (PKS TINGKATAN
PERALIHAN -TINGKATAN 3, TING 4-5, TING 6)
NO.
ASPEK ASPEK KRITERIA KRITIKAL Pencapaian
peratus wajaran
a Pencapaian murid sekolah menengah (ting.peralihan hingga ting.3) dalam PKS Peratus
murid mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam semua mata pelajaran PKS (Peperiksaan
Akhir Tahun) terkini
%

b Pencapaian murid sekolah menengah (ting.peralihan hingga ting.3) dalam PKS Peratus
murid mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini
(skor 1-6)
c Pencapaian murid sekolah menengah (ting.peralihan hingga ting.3) dalam PKS GPS
dinyatakan dalam bentuk peratus bagi PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini %
d Pencapaian murid sekolah menengah (tingkatan 4 dan 5) dalam PKS Peratus murid
mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam semua mata pelajaran PKS (Peperiksaan Akhir
Tahun) terkini %
e Pencapaian murid sekolah menengah (tingkatan 4 dan 5) dalam PKS Peratus murid
mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini (skor
1-6)
f Pencapaian murid sekolah menengah (tingkatan 4 dan 5) dalam PKS GPS dinyatakan dalam
bentuk peratus bagi PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini %
g Kemenjadian murid sekolah menengah (tingkatan 6) dalam PKS Peratus murid mendapat
sekurang-kurangnya Gred C dalam semua mata pelajaran PKS terkini %
h Kemenjadian murid sekolah menengah (tingkatan 6) dalam PKS Peratus murid mendapat
Gred A (A, A-) dalam semua mata pelajaran PKS terkini (skor 1-6)
i Kemenjadian murid sekolah menengah (tingkatan 6) dalam PKS PNGK dinyatakan dalam
bentuk peratus dalam PKS terkini %
5.3.4 KEMENJADIAN MURID SEKOLAH MENENGAH (PMR, SPM, STPM DAN
STAM)
NO.
ASPEK ASPEK KRITERIA KRITIKAL Pencapaian
a Pencapaian murid sekolah menengah dalam PMR Peratus murid mendapat sekurang-
kurangnya Gred D dalam semua mata pelajaran PMR terkini %
b Pencapaian murid sekolah menengah dalam PMR Peratus murid mendapat Gred A dalam
semua mata pelajaran PMR terkini (skor 1-6)
c Pencapaian murid sekolah menengah dalam PMR GPS dinyatakan dalam bentuk peratus
dalam PMR terkini %
d Pencapaian murid sekolah menengah dalam SPM Peratus murid mendapat sekurang-
kurangnya Gred E dalam semua mata pelajaran SPM terkini %
e Pencapaian murid sekolah menengah dalam SPM Peratus murid mendapat Gred A (A+, A,
A-) dalam semua mata pelajaran SPM terkini (skor 1-6)
f Pencapaian murid sekolah menengah dalam SPM GPS dinyatakan dalam bentuk peratus
dalam SPM terkini %
g Pencapaian murid sekolah menengah dalam STPM Peratus murid mendapat sekurang-
kurangnya Gred C dalam semua mata pelajaran STPM terkini %
h Pencapaian murid sekolah menengah dalam STPM Peratus murid mendapat Gred A (A, A-)
dalam semua mata pelajaran STPM terkini (skor 1-6)
i Pencapaian murid sekolah menengah dalam STPM PNG dinyatakan dalam bentuk peratus
dalam STPM terkini %
j Pencapaian murid sekolah menengah dalam STAM Peratus murid mendapat sekurang-
kurangnya keputusan Maqbul (lulus) dalam STAM terkini %
k Pencapaian murid sekolah menengah dalam STAM Peratus murid mendapat keputusan
Mumtaz (cemerlang) dalam STAM terkini (skor 1-6)
5.4 KEMENJADIAN MURID DALAM KOKURIKULUM DAN SUKAN
NO.
ASPEK ASPEK KRITERIA KRITIKAL Pencapaian
Peratus Wajaran
a Pencapaian murid dalam kelab dan persatuan Peratus murid memperoleh sekurang-
kurangnya Gred C dalam kelab dan persatuan %
b Pencapaian murid dalam kelab dan persatuan Peratus murid memperoleh Gred A dalam
kelab dan persatuan (skor 1-6)
c Pencapaian murid dalam kelab dan persatuan GPS dinyatakan dalam bentuk peratus dalam
kelab dan persatuan (dalam bentuk peratus) %
d Pencapaian murid dalam badan beruniform Peratus murid memperoleh sekurang-kurangnya
Gred C dalam badan beruniform %
e Pencapaian murid dalam badan beruniform Peratus murid memperoleh Gred A dalam badan
beruniform (skor 1-6)
f Pencapaian murid dalam badan beruniform GPS dinyatakan dalam bentuk peratus dalam
badan beruniform (dalam bentuk peratus) %
g Pencapaian murid dalam sukan dan permainan Peratus murid memperoleh sekurang-
kurangnya Gred C dalam sukan dan permainan %
h Pencapaian murid dalam sukan dan permainan Peratus murid memperoleh Gred A dalam
sukan dan permainan (skor 1-6)
i Pencapaian murid dalam sukan dan permainan GPS dinyatakan dalam bentuk peratus dalam
sukan dan permainan (dalam bentuk peratus) %
j Pencapaian murid keseluruhan dalam kokurikulum dan sukan Peratus murid memperoleh
sekurang-kurangnya Gred C dalam semua komponen kokurikulum dan sukan %
k Pencapaian murid keseluruhan dalam kokurikulum dan sukan Peratus murid memperoleh
Gred A dalam semua komponen kokurikulum dan sukan (skor 1-6)
l Pencapaian murid keseluruhan dalam kokurikulum dan sukan GPS dalam semua komponen
kokurikulum dan sukan (dalam bentuk peratus) %
5.5 KEMENJADIAN SAHSIAH MURID
NO.
ASPEK ASPEK KRITERIA KRITIKAL Skor 1-6
a Sikap dan perlakuan positif Murid memperlihatkan sikap dan tingkah laku positif
(skor 1-6)
b Disiplin murid Peratus murid yang terlibat dalam kes salah laku (kes ringan) pada tahun
sebelum (skor 1-6)
c Disiplin murid Peratus murid yang terlibat dalam kes salah laku (kes sederhana) pada tahun
sebelum (skor 1-6)
d Disiplin murid Peratus murid yang terlibat dalam kes salah laku (kes berat) pada tahun
sebelum (skor 1-6)
e Kehadiran murid Purata peratus kehadiran murid ke sekolah (skor 1-6)

Pengiraan GPS dalam bentuk peratus bagi PKSR, UPSR, PKSM
(Peralihan hingga Tingkatan 3), dan PMR:

a. Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR)
Nilai GPS dalam PKSR dan UPSR adalah dari 1 hingga 5.
x= GPS diperoleh

(GPS Maksimum) (GPS Diperoleh) X 100
(GPS Maksimum 1)

= (5 - x) X 100
4

Contoh:

GPS diperoleh ialah 2.31.
= 5 - 2.31 X 100
4
= 2.69 X 100
4

= 67.25%

b. Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 3 (PKSM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Nilai GPS dalam PKSM dan PMR adalah dari 1 hingga 5.
x = GPS diperoleh

(GPS Maksimum GPS Diperoleh) X 100
(GPS Maksimum 1)

= (5 - x) X 100
4

Contoh:

GPS diperoleh ialah 2.31.

5 - 2.31 X 100
4
= 2.69 X 100
4

= 67.25%


Pengiraan GPS dalam bentuk peratus bagi PKSM (Tingkatan 4 hingga 5), dan SPM:

Nilai GPS dalam PKSM (Tingkatan 4 & 5) dan SPM adalah dari 0 hingga 9.
x = GPS diperoleh

(GPS Maksimum GPS Diperoleh) X 100
GPS Maksimum

= (9 - x) X 100
9

Contoh:

GPS diperoleh ialah 2.31.

9 - 2.31 X 100
9
= 6.69 X 100
9
= 74.33%


Pengiraan PNGK dalam bentuk peratus bagi PKSM (Tingkatan 6) dan STPM/STAM:

Nilai PNGK dalam PKSM (Tingkatan 6) dan STPM/STAM adalah dari 4 hingga 0.
x = PNGK diperoleh

PNGK Diperoleh X 100
4

= x X 100
4

Contoh:
PNGK diperoleh ialah 2.31.

2.31 X 100
4

= 57.75%

Pengiraan GPS dalam bentuk peratus bagi Bidang Kokurikulum dan Sukan

Nilai GPS dalam bidang kokurikulum dan sukan ialah 1 hingga 5

(GPS Maksimum GPS Diperoleh) X 100
(GPS Maksimum 1)

= (5-x) X 100
4


Contoh:
GPS diperoleh ialah 2.31.

5 - 2.31 X 100
4

= 2.69 X 100
4

= 67.25%

SOALAN BENGKEL: PENGIRAAN GPS DALAM BENTUK PERATUS
1. Kirakan GPS dalam bentuk peratus bagi Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) dan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
GPS diperoleh ialah 2.79

Nilai GPS dalam PKSR dan UPSR adalah dari 1 hingga 5.
(GPS Maksimum) (GPS Diperoleh) X 100
(GPS Maksimum 1)

= 5 - 2.79 X 100
4
= 2.21 X 100
4
= 55.25%



2. Kirakan GPS dalam bentuk peratus bagi PKSM (Tingkatan 4 hingga 5), dan SPM:
GPS diperoleh ialah 2.31.


Nilai GPS dalam PKSM dan SPM adalah dari 0 hingga 9.
(GPS Maksimum) (GPS Diperoleh) X 100
(GPS Maksimum 1)
9 - 2.31 X 100
9
= 6.69 X 100
9
= 74.33%


3. Kirakan PNGK dalam bentuk peratus bagi PKSM (Tingkatan 6) dan STPM/STAM
PNGK diperoleh ialah 3.32


Nilai PNGK dalam PKSM dan STPM/STAM adalah dari 4 hingga 0.
PNGK Diperoleh X 100
PNGK Maksimum

3.32 X 100
4
= 83.00%

4. Kirakan GPS dalam bentuk peratus bagi Bidang Kokurikulum dan Sukan

GPS diperoleh ialah 1.29


Nilai GPS dalam bidang kokurikulum dan sukan ialah 1 hingga 5.

(GPS Maksimum GPS Diperoleh) X 100
(GPS Maksimum 1)

5 1.29 X 100
4

= 3.71 X 100
4
= 92.75%

Instrumen Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran
Kebanyakan instrumen penyeliaan dilihat lebih berfokus kepada alat instrumen yang
digunakan semasa penyeliaan seperti borang, skala, item-item, prosedur-prosedur serta
elemen-elemen untuk membuat penyeliaan. Kita terlupa bahawa instrumen penyeliaan juga
melibatkan satu pertalian yang kuat di antara penyelia, orang yang diselia dan, instrumen itu
sendiri. Ketiga-tiga unsur di atas saling bergantungan dan akan mempengaruhi di atas satu
sama lain dalam menentukan kualiti pengajaran. Kelemahan salah satu dari unsur tersebut
akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran.
a. Penyelia sebagai instrumen penyeliaan
Penyelia dimasukkan sebagai salah satu daripada instrumen penyeliaan kerana setiap proses
penyeliaan, seorang penyelia hendaklah mengetahui prinsip-prinsip penyeliaan secara
mendalam. Ini bertujuan untuk memastikan penyeliaan yang di lakukan mengikuti prinsip-
prinsip penyeliaan yang sebenar serta garis panduan yang telah ditetapkan. Apa yang
dimaksudkan penyelia di sini, tentulah orang yang mempunyai kuasa untuk menyelia. Pada
peringkat sekolah tentulah Guru Besar yang memainkan peranan utama dalam melaksanakan
penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru. Kementerian Pendidikan,
menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 1987 dan Suratnya bil.
KP(BS)8591/Jld.11 (77) yang bertarikh 11 November 1987 telah menekankan supaya Guru
Besar melaksanakan penyeliaan di dalam bilik darjah secara rapi dan bersistem untuk
memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolah.
Tanggungjawab utama Guru Besar adalah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan
kurikulum di sekolah. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses penyeliaan dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh Guru Besar adalah untuk memastikan bahawa guru
benar-benar dapat menjalankan tugas pengajaran secara lebih berkesan. Suatu bentuk
penyeliaan yang lebih bersifat bimbingan harus sentiasa dilakukan. Penyelia yang baik akan
berperanan sebagai kaunselor/enabler, fasilitator, pengurus, pemerhati, pengajar/jurulatih,
penilai dan pemberi maklum balas. Guru Besar seharusnya tahu bahawa beliau juga perlu
merancang, memerhati, merekod/mencatat, menganalisis, berunding, dan menjalankan
aktiviti susulan. Tiap tiap peranan dan tugas yang disebutkan ini memerlukan kemahiran
kemahiran teras yang tertentu pula.
Penyeliaan di peringkat sekolah lebih berbentuk kepada penyeliaan klinikal. Kemahiran
terhadap bentuk serta kaedah penyeliaan ini perlu diketahui oleh Guru Besar. Penyeliaan
klinikal adalah kaedah penyeliaan yang diperkenalkan oleh Cogan (1973) dan
diperkembangkan oleh Goldhammer dan rakan-rakannya (1980), Cogan (1973) menyatakan
bahawa Penyeliaan klinikal amat berguna untuk memperbaiki prestasi guru dalam bilik
darjah. Mengikut Glatthorn (1984), penyeliaan klinikal ialah an intensive process
designed to improve instruction by conferring with the teacher on lesson planning, observing
the lesson, analyzing the observational data, and giving feedback about the observation.
Penyeliaan klinikal adalah satu program khusus yang dirancang, dan berkisar di sekitar
perbincangan antara penyelia dan guru berkenaan berasaskan kepada pemerhatian yang
dijalankan dan maklumbalas disampaikan kepada guru untuk memahami kelemahan ataupun
gejala yang boleh diperbaiki. Penyeliaan ini hanya dapat dilaksanakan sepenuhnya jika
mendapat kerjasama dan persefahaman anatara kedua-dua pihak yang boleh membawa
kepada perubahan positif. Pendekatan penyeliaan klinikal ini mengandungi lima tahap yang
perlu diambil oleh penyelia dan guru.
a. Persidangan pra-pemerhatian.
b. Pemerhatian di bilik darjah.
c. Analisis selepas pemerhatian.
d. Perbincangan selepas pemerhatian.
e. Analisis selepas perbincangan.
Glatthorn (1984) menyarankan agar Penyelia menumpukan kepada beberapa aspek semasa
melaksanakan penyeliaan di bilik darjah. Antaranya:
a. Kecekapan guru menggunakan peruntukan masa (pengurusan bilik darjah dan pengajaran
pembelajaran)
b. Keberkesanan pengajaran pembelajaran guru berkenaan terutama apabila menjelaskan
satu-satu konsep sehingga difahami oleh murid.
c. Kebolehan dan kecekapan guru mengemukakan berbagai-bagai soalan.
d. Objektif pengajaran pembelajaran yang jelas.
e. Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid-murid.
f. Suasana pengajaran pembelajaran yang kondusif.
Mengikut Ramaiah (1992), penyelia hendaklah sentiasa berhati-hati dalam memberikan
komen dan tegurannya terhadap seseorang guru yang tidak berpengalaman tentang
perwatakan dan prestasi pengajaranya dalam bilik darjah. Keikhlasan kedua-dua pihak
mengeluarkan pendapat masing-masing dalam suasana mesra serta saling hormat-
menghormati menjadi faktor penting terhadap kejayaan penyeliaan klinikal ini.

b. Orang yang diselia sebagai instrumen
Instrumen yang kedua yang berfungsi sebagai instrumen penyeliaan ialah orang yang diselia.
Sebelum diselia oleh penyelia, orang yang diselia iaitu guru seharusnya memahami
tanggungjawab, tugas dan fungsinya. Guru perlulah cekap dalam bidang yang diajar. Semasa
pengajaran beliau seharusnya mempelbagaikan kaedah pengajaran agar dapat menarik
perhatian pelajar, melibatkan pelajar dalam pengajarannya serta isi pelajaran yang akan diajar
hendaklah tersusun. Seseorang guru yang diselia seharusnya memahami apa yang terkandung
dalam instrumen penyeliaan. Mungkin ini bukan merupakan tugasnya untuk mengetahui
instrumen penyeliaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya guru tersebut dapat mengetahui
item-item yang terdapat di dalam borang. Beliau juga boleh bersedia terlebih dahulu dan
meningkatkan aspek-aspek yang difikirkan lemah. Guru yang diselia seharusnya menguasai
kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam kurikulum sesuatu matapelajaran. Guru juga
seharusnya sedar bahawa proses penyeliaan memerlukannya sentiasa peka terhadap
perkembangan dan perubahan. Guru tersebut harus tahu bahawa beliau juga adalah
sebahagian dari instrumen penyeliaan yang penting. Oleh sebab itu perbincangan dan
kerjasama di antara guru dengan penyelia perlu ditingkatkan agar proses penyeliaan dapat
dilaksanakan dengan berkesan.
c. Instrumen atau alat
Terdapat dua panduan bagi instrumen penyeliaan pengajaran dan pembelajaran yang boleh
diguna pakai iaitu panduan praktikum dari Bahagian Pendidikan Guru (2002) dan Buku
panduan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) , Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia. Instrumen yang disediakan oleh PPK adalah bertujuan
untuk menilai sekolah mengikut standad yang ditetapkan. Instrumen ini boleh di anggap
instrumen yang paling tepat. Dalam kes ini kita akan memberikan tumpuan kepada SKPM.
PPK telah menggariskan 13 elemen instrumen dalam penyeliaan pengajaran dan
pembelajaran. Instrumen yang disediakan ini boleh menjadi panduan yang paling berkesan
kepada Guru Besar untuk menjalankan proses penyeliaan. Panduan ini mudah dan lengkap
kerana ia merangkumi semua aspek serta mempunyai item-item yang terperinci. Elemen
tersebut ialah :
1. Rancangan Pelajaran Tahunan; Guru menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan
berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran terkini dan merangkumi
sepanjang tahun persekolahan semasa
2. Rancangan Pelajaran Harian; Guru menyediakan Rancangan Pelajaran Harian dengan
mengambil kira tahap kebolehan dan keupayaan murid. Guru menyediakan Rancangan
Pelajaran Harian yang mengandungi sekurang-kurangnya objektif atau hasil pembelajaran
(dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur serta merangkumi pengetahuan dan
kemahiran yang perlu dikuasai), aktiviti (cara bagaimana hendak mencapai objektif,
bersesuaian dengan keupayaan murid dan peruntukan masa), penilaian kendiri secara bertulis
(terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran untuk mengenal pasti kelemahan
dan kekuatan murid serta merancang dan melakukan penambahbaikan)
3. Set Induksi; Guru melaksanakan set induksi yang menarik perhatian dan merangsang minat
murid dan menjurus ke arah kesediaan minda murid (seperti dikaitkan dengan pelajaran
lepas, isu semasa dan persekitaran)
4. Penyampaian/Perkembangan Pelajaran; Guru menyampaikan pengajaran dengan
mengamalkan pendekatan berasaskan prinsip pengajaran asas (daripada mudah kepada
kompleks,daripada konkrit kepada abstrak), menghubungkaitkan pengajaran dengan
kehidupan harian murid, menggunakan bahasa (laras dan istilah) yang tepat, menjalankan
aktiviti yang memperlihatkan pemeringkatan dan perkembangan pengajaran, menggunakan
masa dengan optimum bersesuaian serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang relevan
dan sesuai dan berkesan, menggunakan pendekatan dan kaedah berpusatkan murid,
melaksanakan aktiviti mengikut tahap kebolehan murid, melaksanakan aktiviti yang
mengambil kira pelbagai kecerdasan (verbal-linguistik, muzik, logik-matematik,
interpersonal, intrapersonal, visual-ruang, kinestetik, naturalis), aktiviti yang melibatkan
pelbagai deria, menggalakkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara
berdikari tanpa bergantung kepada arahan guru, menerapkan kemahiran berfikir,
melaksanakan pendekatan integrasi merentas kurikulum (bahasa, alam sekitar, sains dan
teknologi, nilai murni, patriotisme, perpaduan, jati diri, kesihatan, kekeluargaan), fleksibel
mengikut situasi dan penilaian berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran
(lisan/penulisan/pemerhatian).
5. Teknik Penyoalan Guru; Guru menyoal murid dengan mengemukakan soalan mengikut
pelbagai aras kognitif (contohnya berdasarkan Taksonomi Bloom) iaitu menyusun aras soalan
dari mudah ke sukar, mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah, mengemukakan soalan
yang jelas maksudnya dan boleh difahami, menyebarkan soalan ke seluruh kelas, memberi
masa untuk murid berfikir, mencungkil jawapan daripada murid, mengalih arah soalan
kepada murid-murid lain dan memberi respons yang sesuai terhadap jawapan murid
6. Penglibatan Murid; Murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan membawa
peralatan atau bahan yang diperlukan (jika berkenaan), membuat persediaan awal, membuat
catatan daripada pengajaran guru (jika berkenaan), mengemukakan soalan atau pendapat
secara spontan, membuat rujukan spontan (jika berkenaan), menjalankan aktiviti yang
dirancang oleh guru, berinteraksi secara aktif dengan guru, murid lain, dan bahan, memberi
respons yang sesuai terhadap soalan dan latihan dan menunjukkan kemahiran melaksanakan
gerak kerja kumpulan (jika berkenaan)
7. Peneguhan; Guru memberi peneguhan terhadap pembelajaran murid dengan memberi
pujian secara lisan atau isyarat bukan lisan kepada perlakuan yang baik, mempelbagaikan
perkataan, ungkapan atau isyarat peneguhan bersesuaian dengan murid dan memberi teguran
yang bersesuaian terhadap perlakuan negatif murid
8. Latihan dan Tugasan; Guru memberikan latihan atau tugasan (termasuk projek, kerja
rumah) kepada murid dengan mengikut keupayaan dan kebolehan murid, mempelbagaikan
jenisnya, tugasan berkait dengan tajuk yang dipelajari dan menekankan prosedur dan arahan
dalam membuat tugasan
9. Pemeriksaan Latihan dan Tugasan Murid; Guru memeriksa latihan dan tugasan dengan
menunjukkan kesilapan murid, memeriksa dalam tempoh dan kekerapan yang munasabah,
memberi ulasan yang membina, memberi penghargaan kepada hasil kerja yang baik dan
memastikan murid membuat pembetulan
10. Penutupan; Guru mengakhiri pengajaran dengan membuat penutupan kognitif (rumusan
dijalankan sama ada oleh guru/murid atau membuat penilaian secara lisan/tulisan) dan
membuat penutupan sosial (kenyataan yang mententeramkan emosi murid dan persediaan
untuk pelajaran akan datang)
11. Hasil Kerja Murid; Murid melaksanakan latihan atau tugasan dengan lengkap, kemas dan
bersih, menepati masa, menepati format dan prosedur latihan dan tugasan, membuat latihan
dengan betul dan membuat pembetulan bagi latihan yang salah
12. Pengurusan Kelas; Guru menguruskan kelas dengan memastikan wujud suasana yang
kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran (contohnya bilik darjah selamat, bersih, ceria,
kemas dan susunan perabot sesuai dengan aktiviti), memastikan kehadiran murid untuk
belajar, memastikan kesediaan murid untuk belajar, mewujud dan memanfaatkan sudut mata
pelajaran dan memastikan peraturan kelas dipatuhi
13. Perwatakan Guru; Guru menyumbang kepada suasana pembelajaran yang kondusif
dengan berpakaian sesuai, kemas dan bersih mematuhi arahan dan surat pekeliling, bersifat
mesra, mudah didekati dan sedia membantu, mengenali semua murid dan prihatin terhadap
keperluan mereka, berinteraksi secara sopan, menggunakan nada suara yang sesuai,
mewujudkan suasana riang yang merangsang pembelajaran dan menepati masa.

Rumusan
Proses penyeliaan yang terancang dan menggunakan instrumen penyeliaan yang ditetapkan
seperti yang diberikan oleh PPK akan melengkapkan urusan kurikulum. Guru Besar tidak
boleh lari dari urusan penyeliaan. Semasa proses penyeliaan dijalankan terhadap guru,
instrumen-instrumen yang digunakan akan membantu guru besar untuk menilai kembali
sejauh manakah proses pengajaran pembelajaran berjaya. Kejayaan membuat penyeliaan juga
akan menggambarkan tahap pencapaian akademik sekolah. Apa yang dinyatakan di atas ialah
dari aspek instrumen itu sendiri. Kita tidak boleh menafikan bahawa aspek penyelia dan
orang yang diselia juga merupakan satu instrumen yang penting. Seorang penyelia mesti tahu
apa yang hendak dinilai, apakah item-item yang perlu digunakan semasa dinilai, apakah
matlamat atau objektif yang hendak dicapai semasa menilai.
Bagaimanapun terdapat teori-teori yang mendedah dan menyakinkan guru-guru permulaan
dengan lingkaran tugas learn-commit-do mengikut Covey (1989) berbunyi:
I believe that as we grow and develop on this upward spiral, we must show diligence in
process of renewal by educating and obeying our conscience. And increasing educated
conscience will propel us along the path of personal freedom, security, wisdom and power.
Moving along upward spiral requires us to learn, commit and do on increasing by higher
plans. We deceive ourselves if we think that any one of these is sufficient. To keep
progressing we must learn, commit, and do-learn, commit and do and learn, commit, and do
again. (Covey, 1989:306)

Mengikut teori, manusia mempunyai keperluan terhadap sesuatu objek. Bagi Maslow (1968)
tatatingkat keperluan seseorang yang berada pada aras paling rendah dan mesti dipenuhi
dengan keperluan fisiologi seperti makan, minum, udara untuk pernafasan, waktu bekerja,
waktu rehat, seks dan sebagainya. Manakala tatatingkat kedua ialah keperluan keselamatan
iaitu menjamin perlindungan dan kesejahteraan untuk terus hidup. Keperluan tatatingkat yang
ketiga adalah bersosial. Keperluan ini bermakna manusia itu akan kesunyian jika mereka
tidak dapat berinteraksi dan berkomunikasi serta memainkan peranan tertentu dalam institusi
sosial yang diwakilinya. Tatatingkat yang keempat adalah penghargaan diri. Di sini mereka
menaruh harapan untuk disanjung, dihormati dan dipuji iaitu keperluan yang lebih selesa
untuk memenuhi citarasa individu. Akhir sekali keperluan tertinggi adalah untuk
mendapatkan tempat kesempurnaan diri. Walau bagaimanapun tatatingkat kesempurnaan diri
berbeza dari individu dengan dan sebagainya. Manakala tatatingkat kedua ialah keperluan
keselamatan iaitu menjamin perlindungan dan kesejahteraan untuk terus hidup. Keperluan
tatatingkat yang ketiga adalah bersosial. Keperluan ini bermakna manusia itu akan kesunyian
jika mereka tidak dapat berinteraksi dan berkomunikasi serta memainkan peranan tertentu
dalam institusi sosial yang diwakilinya. Tatatingkat yang keempat adalah penghargaan diri.
Di sini mereka menaruh harapan untuk disanjung, dihormati dan dipuji iaitu keperluan yang
lebih selesa untuk memenuhi citarasa individu.
Akhir sekali keperluan tertinggi adalah untuk mendapatkan tempat kesempurnaan diri. Walau
bagaimanapun tatatingkat kesempurnaan diri berbeza dari individu dengan individu yang lain
iaitu bergantung kepada mind setting dan tanggapan seseorang. Bagi pengkaji keseluruhan
teori Maslow menggambarkan keperluan seseorang memerlukan penglibatan secara aktif.
Sehubungan ini mengikut Covey (1989) penglibatan seseorang untuk memenuhi tuntutan
keperluan yang memaksa mereka berada dalam keadaan komited dan jika tiada penglibatan
maka komitmen tidak mungkin wujud. Keperihalan ini menggambarkan terdapat perkaitan
yang signifikan di antara penglibatan, komitmen dan motivasi. Dalam masa yang sama juga
komitmen terhasil dari penglibatan seseorang dan ianya bertindak sebagai pemangkin di
dalam proses perubahan keperluan. Dengan ini teori keperluan Maslow (1968) terbukti saling
bergantung di antara satu sama lain dengan komitmen seseorang. Teori keperluan ini amat
sesuai dijadikan alat ukur untuk menentukan tahap komitmen kerja guru pelatih terhadap
penglibatan mereka dalam profesion keguruan.
Dalam penulisan Sergiovanni (1976) yang bertajuk Human Resources Supervision ada
membincangkan bahawa guru adalah individu yang berpotensi dan berkemampuan untuk
berkembang sebagai manusia yang positif serta proaktif sebagaimana yang dijelaskan dalam
teori Y McGregor. Implikasi dari teori ini dalam proses penyeliaan pengajaran guru, banyak
membantu mereka ke arah terlaksananya hasrat dan cita-cita Falsafah Pendidikan Negara.
Misalnya proses pencerapan klinikal yang melibatkan prakonferen, pemerhatian dan
poskonferen banyak membantu guru-guru mempertingkatkan kemahiran profesional
keguruan. Mereka percaya guru-guru dapat menerima teguran dan lebih bersifat keterbukaan
seperti mana yang dibincangkan oleh Covey (1991) dalam penulisan yang bertajuk Principle
Centered Leadership. Oleh itu pendekatan teori Y sepatutnya didokong oleh pentadbir
sekolah. Ianya merupakan satu stail kepimpinan yang dapat membantu proses pengajaran
guru yang lebih berkesan dan berwawasan.
Penyeliaan atau pencerapan dalam konteks pendidikan bertujuan untuk membangunkan
perkembangan psikologi manusia ke arah meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.
Terdapat tiga teori penyeliaan yang akan dibincangkan iaitu teori Penyeliaan Tradisional,
teori Penyeliaan Humanistik dan teori gabungan antara Tradisional dan Humanistik yang
dikenali sebagai Penyeliaan Saintifik Moden. Teori Penyeliaan Tradisional di zaman Lucio
(1967) mempunyai kebaikan dan kelemahan tersendiri. Teori ini menekankan kepada
penyeliaan terhadap keseluruhan tugas guru supaya pengajaran yang berkesan dapat
dihasilkan. Teori ini menganggapkan kaum guru sebagai golongan yang perlu dikawal rapi.
Teori Tradisional memerlukan guru-guru diselia dan dicerap secara regular untuk
mempastikan prestasi pengajaran berkualiti dan seterusnya menghasilkan pencapaian
akademik pelajar yang tinggi.
Teori Penyeliaan Humanistik lebih mementingkan hubungan baik antara penyelia dan guru
yang diselia. Keadaan ini dipercayai dapat mewujudkan rasa kepuasan kerja dan komitmen
yang tinggi di kalangan guru-guru. Ahli-ahli teori ini menaruh kepercayaan penuh kepada
guru kerana mereka melabelkan kaum guru dalam golongan profesional yang telah tamat
mengikuti kursus-kursus keguruan (Gordon et al. 1983). Bagi pengkaji kelemahan yang
ketara pada teori ini adalah kerana manusia itu tidak sempurna mereka perlu diberi peringatan
dan perhatian dari masa ke semasa. Teori Penyeliaan Santifik Moden memberi tumpuan
kepada konsep ketrampilan dan peningkatan ke arah mencapai kecemerlangan pengajaran
guru. Di samping itu implikasi teori ini dapat mencungkil keperluan motivasi, kepuasan dan
komitmen dari segi pengiktirafan, pujian dan menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis.
Ianya juga merupakan pengembelingan daya usaha serta menggalakkan komunikasi dua hala
(Hussin, 1992). Penyeliaan mengikut teori Penyeliaan Saintifik Moden lebih bersifat
membantu dan membimbing dan diharap dapat melahirkan guru yang iltizam dan cemerlang
serta dapat melahirkan anak didik yang dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara (Pusat
Perkembangan Kurikulum,1990)


Bibliogarfi
1. Abdullah Sani Yahaya, 2004, Mengurus Sekolah, PTS Publications and Distributors Sdn.
Bhd. Shah Alam.
2. Bahagian Pendidikan Guru, KPM, (2005), Garis Panduan Praktikum. Latihan Perguruan
Praperkhidmatan Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. Kementerian Pelajaran
Malaysia. Kuala Lumpur
3. Cohen, M.(1983) Instructional, Management and Social Conditions in Effective Schools.
In AO Webb and LD Webb (Eds) School Finance and School Improvement: Linkages in the
1980s,Cambridge, MA:Ballinger.
4. Glatthorn, A.A. Differentiated Supervision. ASCD. Gary, J.L. (1984). Supervision: An
Applied Behavioural Science approach to Manaing People,Boston
5. Kementerian Pendidikan Malaysia,(1987) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987,
Kementerian Pendidikan, Kuala Lumpur.
6. Mortimore, P. (1993) School Effectiveness and the Management of Effective Learning and
Teaching, School Effectiveness and School Improvement, 4, (4):290-310.
7. Rahimah Hj.Ahmad (1986) Penyeliaan Klinikal Satu Pendekatan Terhadap Pengajaran
dan Pembelajaran di Sekolah, Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia, 30 (69): 24-32.
8. Ramaiah,A,L.(1999) Kepimpinan Pendidikan, Cabaran Masa Kini, Petaling Jaya, IBS
Buku Sdn Bhd.
9. Sutrapadu dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan, 2003, Panduan Tugas Staf Sekolah
Rendah, Penerbit Mega Setia Emas Sdn. Bhd. Petaling Jaya.
10. Glatthorn, A.A 1984, Diffetentiated Sipervision Alexandria, Va,: Association for
Supervision and Curriculum Development

11. Goldhammer, R, 1969, Clinical Supervision, New York: Holt, Rinehart & Wpnston
12. http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/seminarpapers/2003/mohdEPRDkk.pdf

Anda mungkin juga menyukai