Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan
Transformasi Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia antara lain telah
menyatakan bahawa keberhasilan sistem pendidikan di negara ini merupakan hasil
kegigihan para guru, guru besar/pengetua, pentadbir, pegawai dan kakitangan
sokongan. Gabungan ini menjadi teras keutuhan Kementerian Pendidikan Malaysia
dari dahulu hingga kini (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,
2013).
2.0 Profesion dan Profesional
Menurut Ahmad (2010), profesionalisme pendidik mencerminkan satu proses
di mana pendidik menerima tanggungjawab untuk meningkatkan dan
membangunkan keupayaan profesional diri masing-masing. Berdasarkan temu bual
bersama dengan Guru Besar Sekolah Mejar Jeneral Dato Ibrahim, beliau
menyatakan bahawa guru perlu mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang yang ditetapkan oleh kementerian. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang mempunyai llima standard dimana standard keempat adalah
pembelajaran dan permudahcaraan. Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam
pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi
murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara
berterusan. Dalam standard ini, guru adalah sebagai perancang dan penilai bagi
memastikan pengajaran dan permudahcaraan mencapai objektif yang ditetapkan.
3.0 Etika, Akauntabliti dan Integriti Guru

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion


perguruan. Kod etika dianggap penting kerana kod etika menyediakan garis panduan
bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan dan sesuai untuk dirujuk
serta diamalkan oleh guru. Hasil temu bual bersama Guru Besar, beliau ada
menyatakan bahawa guru di sekolah tidak memilih murid yang bermaksud guru perlu
memberikan pengajaran yang adil kepada semua murid. Ini selaras dengan kod etika
guru dimana guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada
setiap muridnya tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya. Menurut Sahari
(2010), pendidik juga perlu bersifat, adil dan saksama maka semua ini akan
memberikan satu motivasi kepada pelajar untuk lebih berusaha kerana mempunyai
hubungan yang erat dengan guru mereka.

Melalui temu bula dengan Guru besar, beliau telah menyatakan bahawa
akauntabliti membawa maksud kepercayaan dimana guru melaksanakan sesuatu itu
dengan cara yang sepatutnya dan dedikasi. Denga erti kata lain, guru perlu
mengetahui keperluan dan kehendak murid dengan sentiasa mencari jalan terbaik

1
bagi murid. Menurut Johdi (2007), pembelajaran akan berjalan dengan lancar,
menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang
bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid.

Selain itu, intergriti seorang guru memainkan peranan penting dalam


membentuk kemenjadian murid. Setelah menemu bual Guru Penolong Hal Ehwal
Murid, guru mengahadapi cabaran intergriti apabila murid terdiri daripada
kepelbagaian budaya. Guru akan menghadapi masalah dalam memastikan gaya
pembelajaran murid dimana guru harus memahami tahap pembelajaran murid
dengan budaya sesuatu kaum. Menurut Halim (2017), nilai pelbagai budaya
seharusnya difahami oleh guru sebagai satu set nilai yang berjalan seiring dalam
sistem pendidikan di sekolah.

4.0 Kepemimpinan Guru

Menurut Rahim (2007), kepimpinan adalah keupayaan seseorang individu


untuk mempengaruhi, memotivasikan, dan membolehkan orang lain menyumbang ke
arah keberkesanan dan kejayaan organisasi. Berdasarkan hasil temu bual bersama
ketua Panitia Bahasa Inggeris, guru-guru di sekolah telah dibahagikan mengikut ‘lab’.
Guru diletakkan di bawah seperti ‘Lab Kokurikulum’, dan ‘Lab Hal Ehwal Murid’.
Tujuan ‘Lab-lab’ ini diwujudkan untuk mencungkil bakat dan kemahiran guru-guru
yang diamanahkan kepada semua guru untuk memimpin. Walaupun begitu, cabaran
yang perlu dihadapi guru dalam memimpin adalah sesetengah guru hanya menungu
arahan di sini kepimpinan seorang guru menyerlah apabila hendak mengajak rakan
sejawat dalam menjayakan tugasan yang telah diberi. Maka, guru perlu mempunyai
ciri kepimpinan ini agar guru-guru sentiasa berkembang dari segi pengalaman dan
pengetahuan dalam memimpin sesuatu yang di arahkan daripada pihak atasan.

5.0 Kesimpulan

Dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi, penjawat awam hendaklah


sentiasa bersikap profesional, komited dan cekap semasa menjalankan tugas.
Zaman telah berubah, peningkatan intelek, akademik, persekitaran dan arus
kemodenan telah banyak mengubah masyarakat moden kini yang lebih
berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas.

6.0 Rujukan

2
Ahmad, Kamarul Azmi & Khairunnisa (2010). Pembinaan Hubungan Di Antara Guru
Dengan Pelajar.Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2](2010]:61-69.

Johdi (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan
Sekolah Rendah. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu
Lintang Tahun 2007.

Abd. Rahim Abd. Rashid (2007). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Halim Tamuri (2017). Pendidikan Abad ke 21 Dalam Kepelbagaian Budaya: Cabaran


dan Harapan. Jurnal Pendidikan Malaysia. 35 (2): hlm: 87- 95.

Sahari Nordin (2010). Meninggikan Profesionalisme Pendidik Menerusi Peningkatan


Kempetensi Pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai