Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan latihan dalam perkhidmatan


(LDP) sebagai satu kewajipan dan prioriti yang mesti dilaksanakan dalam
perancangan kerjaya setiap guru.
LDP perlu diberi kepada guru bagi meningkatkan profesionalisme keguruan.
Perkembangan staf merupakan aspek yang sentiasa diberi perhatian terutama sekali
oleh Jemaah Nazir Sekolah apabila mereka membuat pemeriksaan di sekolah.
Jemaah Nazir juga adalah berperanan memastikan sekolah mempunyai perancangan
dalam perkembangan staf untuk meningkatkan profesionalisme dan menyampaikan
maklumat terkini kepada guru-guru.
Bidang pembangunan staf telah dijadikan teras yang penting dalam aras
pembangunan pendidikan negara.
Bantuan dan sokongan perlu diberi kepada guru-guru untuk mengekalkan mereka
supaya sentiasa berada dalam keadaan yang kemaskini dengan iklim pendidikan.
Latihan berasaskan sekolah (School Based) adalah satu kaedah pelaksanaan latihan
tanpa menjejaskan waktu pembelajaran dan pengajaran (PDP) dan dapat melindungi
masa instruksional di sekolah.
Guru-guru di setiap peringkat dalam sepanjang kerjaya mereka perlu menguasai
pengetahuan dan kefahaman baru dan perubahan serta inovasi dalam pendidikan
yang menuntut para guru secara berterusan melengkapkan diri agar mereka tetap
efektif dan memberi impak langsung terhadap pembelajaran murid.
Kualiti guru dalam konteks ini merujuk kepada penguasaan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan sikap guru yang dapat ditingkatkan melalui program-program
perkembangan profesionalisme.
Bidang-bidang kursus yang dihadiri oleh guru-guru boleh dikategorikan kepada
dua:iaitu pertama yang relevan dengan bidang pengkhususannya dan bidang yang
berkaitan dengan tugas-tugas lain yang juga menjadi tanggungjawab guru di sekolah.
a) KONSEP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
Latihan dalam perkhidmatan (LDP) adalah diertikan dengan perkembangan staf
dan pembangunan profesional keguruan.
Latihan dalam perkhidmatan di sini ditujukan kepada perkembangan dan
peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai guru-guru secara berterusan baik
dalam bidang pendidikan di sekolah.
Pembangunan profesionalisme dilakukan oleh program latihan dalaman dengan
tujuan untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran baru dalam kalangan staf
sekolah yang menekankan kesediaan, perancangan, latihan, pelaksanaan dan
penilaian (Word dan Thompson 1998)
Menurut Phi Delta Kappan (1983; dalam Mahadavan 1990) berpendapat pendidikan
dalam perkhidmatan menyediakan maklumat dan latihan berterusan kepada para
guru.
Aktiviti yang diambil kira dalam LADAP adalah:
i.

Kursus

ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Bengkel
Taklimat Professional
Seminar
Sesi Input In-house
Hari Profesional

TUJUAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)


Latihan dalam perkhidmatan (LDP) perlu diberi kepada guru bagi meningkatkan
profesionalisme keguruan.
Latihan dalam perkhidmatan secara school-based adalah sebahagian daripada proses
Pembangunan Profesionalisme Secara Berterusan (CPD) bagi memastikan anggota
KPM sentiasa berpengetahuan dan bermaklumat terkini.
Usaha meningkatkan pengetahuan dan menyampaikan maklumat baru bukan sahaja
diperlukan oleh guru yang baru mula bertugas malah penting juga kepada guru-guru
yang telah lama mengajar.
Keperluan guru mendapat maklumat terkini dianggap penting kerana mereka adalah
merupakan sumber utama dalam menyampaikan ilmu dan melaksanakan dasar-dasar
serta peraturan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran.
Latihan dalaman ini penting untuk meningkatkan prestasi dalam pengajaran dan
pembelajaran di kelas.
Latihan ini penting dijadikan sebagai asas untuk membuat keputusan cara yang lebih
berkesan untuk memantapkan prestasi pekerja dan menjamin produktiviti organisasi.
Pihak pentadbir sekolah khususnya dapat merancang dan bertindak menggunakan
strategi program latihan untuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.
Keperluan latihan dalaman penting untuk meningkatkan kompetensi terutama
mengajar dan membimbing pelajar.
Guru-guru merupakan pelaksana kurikulum dalam sistem pendidikan formal. Oleh
itu, penyediaan guru yang profesional dengan pengisian latihan-latihan dalaman
mengikut kehendak pendidikan semasa adalah penting bagi menghadapi cabaran dan
perubahan dalam dunia pendidikan.
Latihan dalaman untuk guru-guru perlu diperbanyakkan dan lebih meluas serta
berterusan untuk perkembangan potensi diri para pendidik dan seterusnya
meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.
Latihan dalam perkhidmatan dianggap sebagai alat yang paling berkesan dalam
memberi latihan dan latihan semula kepada guru-guru yang meliputi pengetahuan
dan kemahiran baru kepada guru dalam meneruskan kerjaya bagi mengharungi
cabaran dunia pendidikan.
Perubahan yang berlaku dalam kurikulum serta fungsi sekolah telah membawa
kepada peningkatan keperluan terhadap program latihan dalam perkhidmatan (LDP)
serta program-program perkembangan profesionalisme guru.
Pentingnya pembangunan profesional guru dalam merealisasikan Falsafah
Pendidikan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) negara.
Keperluan mengadakan latihan dalaman bergantung kepada keadaan semasa dan
persekitaran sesebuah sekolah khususnya bagi kepentingan pembangunan sekolah

sama ada kepada guru sebagai staf bagi mempertingkatkan kerjaya sebagai pendidik
atau kepada pelajar sebagai pelanggan bagi membangunkan potensi individu untuk
menjadi warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Menurut Bradley et al. (1991), program latihan pembangunan profesional harus
memainkan tiga fungsi utama pada organisasi iaitu stabilisasi, peningkatan dan
inovasi.
Analisis keperluan latihan adalah penting untuk menentukan bidang-bidang latihan
yang diperlukan oleh guru agar ia dapat menjayakan pelaksanaan latihan dalam
perkhidmatan (LDP) di sekolah.
Kajian lepas telah mendapati guru yang berkhidmat dari lima hingga tujuh tahun
mengajar adalah kebanyakan guru telah dianggao kurang efektif.
Menurut Sazali (1993) dengan dapatan kajian Jeff (1986) yang mendapati keperluan
perkembangan staf untuk guru-guru yang lama berkhidmat.
Di Malaysia secara amnya objektif program latihan dalam perkhidmatan bertujuan
untuk meningkatkan kemahiran proses pengajaran dan pembelajaran serta
meningkatkan profesionalisme guru (Mohammad Mortadza, 2005)
Menurut dapatan Al-Ramalah (1992), guru-guru muda mempunyai objektif berlainan
berbanding dengan guru-guru yang berpengalaman lebih dari sepuluh tahun dalam
menentukan objektif mereka mengikuti LDP yang dijalankan.
Tujuan pelaksanaan ini adalah meningkatkan kapasiti dan kualiti guru dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan secara langsungnya dapat
meningkatkan pencapaian prestasi sekolah.
PERNYATAAN MASALAH:
Kajian David Hayes (1989), mendapati kekurangan pendedahan terhadap aspek
kemahiran metadologi pengajaran dan pembelajaran kurikulum mata pelajaran
Bahasa Inggeris menyatakan keperluan yang amat mendesak kepada kehadiran
PPPG dalam bidang kurikulum. Keperluan menghadiri PPPG dilihat sebagai
amat penting dalam meningkatkan pengetahuan profesionalisme guru bermula
daripada setelah tamat praperkhidmatan di institut-institut perguruan mahupun
universiti-universiti sebagai menerima cabaran pendidikan yang sentiasa up-todate sejajar dengan perkembangan semasa khususnya terhadap perubahan dan
perkembangan kurikulum (Cellia, 2004)

Harris et. Al (1969) telah mengatakan bahawa latihan adalah penting kepada guru
kerana:
i. Persediaan praperkhidmatan kakitangan profesional jarang sempurna (ideal) dan
pada asasnya adalah pendahuluan untuk persediaan profesion.
ii. Perubahan pendidikan dan sosial pada sesuatu masa menjadikan amalan semasa itu
ketinggalan zaman atau kurang berkesan dalam masa yang singkat. Ini adalah
mengenai kaedah-kaedah, teknik dan isi pengetahuan.
iii. Kaedah baru harus didedahkan kepada guru. Guru digalakkan memperolehi idea-idea
baru untuk mempertingkatkan status profesionalisme perguruan.
iv. Semangat guru boleh dirangsang dan dipelihara melalui pendidikan dalam
perkhidmatan.

Taylor (1993) berpendapat sungguhpun guru-guru mempunyai kelayakan


professional selepas tamat kursus perguruan asas, para guru masih menghadapi
masalah-masalah dan kesukaran yang memerlukan bantuan untuk mengatasinya.
Maka melalui kursusu dalam perkhidmatan, para guru boleh berpeluang
meningkatkan kemahiran mengajar dan dengan itu mereka akan berada dalam
keadaan terkini apabila berlaku perubahan.
PENGURUSAN LADAP (KAITKAN DENGAN MODEL)
Penyumbang perkembangan staf ini mungkin terdiri daripada guru-guru senior atau
mereka yang baru menghadiri kursus atau pihak-pihak luar yang mempunyai
kemahiran tertentu.
Dalam melaksanakan aktiviti perkembangan staf, beberapa aspek dan komponen
yang perlu diberi perhatian seperti kaedah penyampaian di mana banyak teori oleh
pengkaji-pengkaji tentang keberkesanan aktiviti ini.
Kaedah penyampaian boleh melalui syarahan, perbincangan, kerja kumpulan, main
peranan atau kaedah simulasi. Bagi memberi kesan yang baik kepada peserta maka
penggunaan alat-alat seperti kamera, video, pita perakam, komputer, OHP dan
sebagainya adalah perlu digunakan.
MODEL PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
(JURNAL IMPLIKASI LDP KPD GURU2 SEKOLAH RENDAH)
i. Peringkat 1: kesediaan
ii. Peringkat 2: merancang
iii. Peringkat 3: latihan
iv. Peringkat 4: pelaksanaan
v. Peringkat 5: pengekalan
Beberapa garis panduan pengoperasian latihan dalam perkhidmatan telah dikeluarkan
bagi memastikan perlaksanaannya berjalan dengan jayanya. Semua Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (KPM) diperlukan mengikuti sekurang-kurangnya 7 hari
kursus LDP setahun.
Program latihan dianjurkan oleh pihak sekolah, antara aktiviti yang diambilkira ialah
kursus, bengkel, seminar, Hari Profesional, Taklimat Profesional dan In House
Training.
Latihan dijalankan di premis sekolah sendiri dan dikumpul 6 jam dianggap satu hari
berkursus.
Menurut Al-Ramalah (1992), latar belakang peserta seperti jantina, umur,
pengalamana dan kelayakan perlu diambil kira semasa mengatur program LDP.
Mengikut Ong (1992), kaedah latihan mempengaruhi keberkesanan program latihan
dalam perkhidmatan. Menurut beliau lagi kaedah latihan yang diberikan seperti
kaedah yang lebih aktif seperti main peranan, simulasi boleh menarik minat guruguru terutama guru yang berpengalaman.
Lawrence (1974) juga bersetuju dengan pendapat yang sama iaitu faktor pengalaman

dan latar belakang guru memberi kesan kepada kaedah kursus dalam perkhidmatan
yang digunakan.
A. KEBERKESANAN PELAKSANAAN
Keberkesanan latihan di dalam kajian ini merujuk kepada perlaksanaan latihan dalam
perkhidmatan yang dilaksanakan berdasarkan aspek-aspek kesesuaian masa,
fasilitator, kaedah, kepentingan dan pemantauan yang dijalankan oleh pihak sekolah
untuk mencapai visi dan misi.
i.

MASA
Dapatan Lambert (1989), terdapat juga segelintir guru yang merungut tentang masa
latihan diadakan. Kegagalan program LDP yang dihadiri apabila sessi latihan
merupakan bengkel yang terlalu singkat. Bengkel yang singkat tidak mempunyai
masa yang mencukupi untuk latihan memberi impak kepada amalan yang sebenar.

FASILITATOR
i. Faktor lain yang mendorong keberkesanan LDP ialah fasilitator.
ii. Penggunaan dan kaedah latihan yang sesuai dengan tajuk dan objektif akan memberi
kesan baik kepada peserta program LDP.
iii. Pengendalian harus menggunakan teknik yang boleh melibatkan peserta secara aktif
dan maksimum.
iv. Fasilitator yang dipilih adalah terdiri guru-guru di sekolah yang sama yang
mempunyai pengalaman.
v. Kaedah yang digunakan semestinya sesuai dengan berbagai peringkat kebolehan,
kelulusan dan pengalaman guru yang menyertai latihan itu.
vi. Fasilitatou yang berkesan perlu mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di dalam
bilik darjah.
vii. Hanya dengan cara ini fasilitator dapat menyediakan dengan keadaan sebenar dunia
pengajaran dan pembelajaran.
viii. Ini disokong oleh dapatan Mohd Radzi (1995), penggunaan pendekatan oleh
fasilitator dan kaedah latihan yang sesuai akan memberi kesan yang baik kepada
peserta program latihan dalam perkhidmatan.
PEMANTAUAN
i. Faktor lain yang ingin dilihat ialah proses penyeliaan terhadap latihan dalaman itu
sendiri oleh pihak pengurusan.
ii. Ini dikira aspek penting semasa dan selepas latihan untuk melihat kekuatan dan
kelemahan daripada latihan dalaman yang telah dijalankan.
iii. Dengan itu tindakan susulan wajar diambil untuk memperbaiki atau
mempertingkatkan program pada masa akan datang bagi memenuhi keperluan klien,
kurikulum guru dan organisasi.
Iv. Hewton (1988), ini menunjukkan tindakan selepas berakhir program latihan itu akan
memastikan segala kekurangan diperbaiki malah segala kelebihan dipertingkatkan
bagi semua pihak yang terlibat.

Pihak pentadbiran sekolah harus peka dan mengesan keperluan sekolah dan guruguru dalam melaksanakan program-program latihan dalam perkhidmatan dengan
mengambil kira aspek-aspek pelaksanaan LDP.
Pengetua haruslah melaksanakan perkara-perkara berikut sebelum latihan schoolbased dapat dilaksanakan:
i. Menubuhkan jawatankuasa latihan school-based peringkat sekolah
ii. Mengadakan kajian keperluan latihan bagi guru-guru
iii. Memuat turun modul latihan
iv. Membuat rujukan dari pelbagai sumber
v. Mengadakan sesi pemantapan kandungan modul bersama ahli jawatankuasa schoolbased.
vi. Melaksanakan school-based kepada guru-guru
vii. Mengkaji keberkesanan latihan yang dijalankan
viii. Melaksanakan kajian impak keberkesanan latihan
Semua permohonan kursus/latihan dan kehadiran peserta bagi latihan secara schoolbased hendaklah melalui aplikasi sistem pengurusan latihan guru (e-SPLG)
B. KAEDAH PELAKSANAAN
Latihan dalam perkhidmatan secara School-based dapat dilaksanakan di peringkat
sekolah melalui kaedah berikut:
i. Kaedah latihan
Kursus perluasan dasar-dasar KPM
Kursus-kursus yang dirancang oleh pihak sekolah
ii.
iii.

Iv.

Sesi pembelajaran
Pembelajaran Kendiri
Pembacaan buku
Secara e-pembelajaran
Bagi kursus LDP school-based yang dirancang melebihi daripada empat jam
hendaklah menggunakan hari Sabtu sebagai hari berkursus.
V. Pelaksanaan juga boleh diadakan secara bersiri sama ada selama satu jam atau dua
jam pada hari-hari bekerja biasa dan dijadualkan mengikut keperluan.
Vi. Perkongsian pembelajaran kendiri dalam sesuatu perjumpaan juga boleh diambil kira
sebagai 1 hari berkursus sekiranya mencukupi 6 jam pembentangan.

HASIL LADAP (HUBUNGAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DENGAN


PRESTASI KERJA)

Anda mungkin juga menyukai