Anda di halaman 1dari 7

ULASAN JURNAL

1.0 TAJUK

Tajuk : Implikasi Latihan Dalaman Kepada Guru – Guru Sekolah Rendah

2.0 PENGARANG

Lokman bin Mohd Tahir dan Kalsom binti Salleh

tahun : 2011

3.0 ABSTRARK

Dalam pendidikan di Malaysia hari ini telah mengalami perkembangan globalisasi yang

pesat. Selari dengan perkembangan globalisasi ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah

menggariskan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) sebagai satu kewaipan dan keutamaan

yang mesti dilaksanakan dalam perancangan kerjaya setiap guru. Dengan itu, bidang

pembangunan staf melalui LDP ini telah dijadikan teras yang penting dalam aras

pembangunan pendidikan negara. Dalam ulasan jurnal ini, ulasan yang dibuat adalah

berkaitan dengan Latihan Dalam Perkhidmatan Kepada Guru.

4.0 PENGENALAN

Jurnal ini adalah berkaitan dengan kajian penyelidik (penulis) tentang keberkesanan latihan

dalaman kepada guru. Dalam jurnal ini penulis melakukan kajian bagi melihat penilaian guru

– guru terhadap faktor – faktor keperluan latihan dalaman dan mengenalpasti kesan latihan

dalam meningkatkan kemahiran mengajar guru di sekolah. Dalam dapatan kajiannya,

penulis merumuskan bahawa keperluan latihan dalaman untuk guru adalah perlu dalam

meningkatkan profesionalisma guru. Penulis menyatakan dapatan ini membuktikan latihan

dalam memberi manafaat yang cukup besar besar dalam meningkatkan mutu dan

kemahiran pengajaran guru. Keperluan dan keberkesanan latihan ini disokong dengan

kesesuaian latihan dan pelaksanaan kompenan latihan seperti perancangan awal, teratur
dan mendapatkan maklum balas. Dua isi utama yang akan diulas jurnal ini ialah berkaitan

dengan keberkesanan latihan oleh guru yang merupakan pekerja dalam sektor

perkhidmatan pendidikan serta keperluan pelaksanaan latihan yang memenuhi keperluan

guru.

5.0 PERBINCANGAN

Dapatan kajian penyelidik ini tentang keberkesanan latihan dalaman kepada guru jelas

menunjukkan bahawa latihan adalah satu elemen yang penting dalam mengembangkan

profesionalisma guru. Latihan yang diterima oleh pekerja termasuklah guru dapat mengubah

sikap, meningkatkan pengetahuan serta kemahiran pekerja agar prestasi kerja mereka

dapat ditingkatkan. Dalam perkembangan dalam dunia pendidikan kini, menuntut guru untuk

meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yangn terkini selari dengan dasar yang diingini

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai contoh pada masa ini ledakan teknologi

maklumat yang menjadikan pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan tanpa melalui

pengajaran konvensional guru semata – mata. Guru harus sentiasa mengembangkan

dirinya dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat supaya ia dapat bergerak

bersama – sama dengan arus perkembangan ilmu dan dapat menjalankan tugas dengan

baik dan berkesan.

Menurut Mogana (1994), kemahiran metodologi serta pengetahuan guru harus ditingkatkan

dari masa ke semasa dalam kerjayanya agar memotivasi serta meningkatkan kualiti guru

dalam bilik darjah. Justeru Latihan Dalaman dianggap sebagai alat yang paling berkesan

dalam memberi latihan dan memberi latihan semula kepada guru – guru yang meliputi

pengetahuan dan kemahiran baru kepada guru dalam meneruskan kerjaya mengharungi

cabaran dunia pendidikan. Contoh di sini ialah memberi latihan tentang pembelajaran maya

Virtual Leraning Environment (VLE Frog) kepada guru dimana guru diajar dan dilatih tentang

penggunaan VLE Frog ini serta kelebihanya.


Keberkesanan latihan dalaman ini turut dibuktikan oleh Mahaliza Mansor, Norlia Mat

Norwani & Jamal @ Nordin Yunus dalam kajian mereka “Hubungan Antara Model – Model

Pembelajaran Profesional Terhadap Amalan Guru Sekolah Menengah Harian di Malaysia”.

Dalam dapatan kajian mereka, latihan merupakan antara empat model pembelajaran

profesional yang menyumbang ke atas amalan guru dalam melaksanakan tugas pengajaran

di sekolah. Walaupun terdapat kajian yang menyatakan tiada perkaitan antara kekerapan

menghadiri program pembangunan profesionalisma dengan efikasi kolektif guru namun

perlu diakui bahawa latihan dalaman adalah penting bagi golongan pendidik kerana dapat

memberi impak tinggi terhadap pembelajaran murid. Selain itu latihan juga bertujuan untuk

memperbaiki kesedaran diri seseorang individu seperti mana yang diterangkan oleh Ab Aziz

Yusof (2006) dalam buku Pengurusan Sumber Manusia :

Konsep, Isu dan Pelaksanaan. Ini bermaksud latihan yang diterima oleh guru boleh

mengubah tingkah laku dari negatif kepada positif agar setanding dengan perubahan yang

berlaku. Sebagai contoh, latihan yang diberi kepada guru boleh mengubah persepsi guru

yang gagal melihat apa yang relevan pada suatu masa dahulu tidak semestinya relevan

pada masa kini.

Bagi isi kedua iaitu berkaitan dengan keperluan pelaksanaan latihan, ianya dilihat

mempengaruhi keberkesanan latihan dalaman yang diterima oleh guru. Keperluan

mengadakan latihan dalaman bergantung kepada keadaan semasa dan persekitaran

sesebuah sekolah. Ini termasuklah melihat keperluan guru-guru. Oleh itu keperluan guru-

guru harus dianalisis serta dikenalpasti melalui analisis keperluan peserta. Analisis

keperluan latihan oleh peserta adalah penting untuk menentukan bidang – bidang latihan

yang diperlukan oleh guru agar ia dapat menjayakan pelaksanaan latihan dalam

perkhidmatan di sekolah .
Latar belakang peserta seperti jantina, umur, pengalaman dan kelayakan perlu diambil kira

semasa

mengatur program LDP. Terdapat latihan yang bersesuaian dengan guru yang lama

berkhidmat dan guru muda. Jeff (1986) endapati keperluan perkembangan staf untuk guru-

guru lama berkhidmat manakala Mogana (1994) memandang guru muda memerlukan

latihan, manakala guru yang telah berpengalaman telah menurun pandangan mereka

tentang perlunya latihan.

Namun begitu, kedua – dua golongan guru ini memerlukan latihan dalam meningkatkan

kerjaya mereka. Cuma apa yang perlu dilakukan adalah melihat kepada kaedah dan

pengisian bagi kedua – dua golongan tersebut. Menurut kajian Ong (1992), kaedah latihan

mempengaruhi keberkesanan program latihan dalam perkhidmatan. Menurut beliau lagi

kaedah latihan yang diberikan seperti kaedah yang lebih efektif seperti main peranan,

simulasi boleh menarik minat guru – guru yang berpengalaman. Lawrence (1974) juga

bersetuju dengan pendapat yang sama iaitu faktor pengalaman dan latar belakang memberi

kesan kepada kaedah kursus dalam perkhidmatan yang digunakan. Penglibatan yang aktif

dan menyeluruh dalam latihan akan menambah ilmu pengetahuan guru serta

meningkatkan tahap profesionalisma mereka (Lawrence 1974).

Faktor lain yang mendorong keberkesanan latihan dalaman atau LDP ini ialah fasilitator.

Penggunaan pendekatan dan kaedah latihan yang sesuai dengan tajuk oleh fasilitator akan

memberi kesan yang baik kepada peserta LDP. Pengendalian harus menggunakan teknik

yang boleh melibatkan peserta secara aktif dan maksimum. Fasilitator yang dipilih adalah

terdiri daripada guru – guru sekolah yang mempunyai pengalaman dan interpersonal yang

baik. Ini boleh menarik minat peserta untuk mengikuti latihan sehingga tamat latihan.
Kaedah yang digunakan semestinya sesuai dengan berbagai peringkat kebolehan,

kelulusan dan pengalaman peserta yang menyertai latihan itu. Fasilitator yang

berkesan perlu mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam persekitaran pendidikan

lebih – lebih lagi di dalam bilik darjah. Hanya dengan cara ini fasilitator dapat menyediakan

dengan keadaan sebenar dunia pengajaran dan pembelajaran. Ini disokong oleh dapatan

Mohd Radzi (1995), penggunaan pendekatan oleh fasilitator dan kaedah latihan yang sesuai

akan memberi kesan yang baik kepada peserta latihan dalam perkhidmatan.

Selain itu yang ingin dilihat oleh peserta ialah proses penyeliaan terhadap latihan dalaman

itu

sendiri. Ini dilakukan menerusi maklum balas yang diberi oleh peserta. Ianya dikira aspek

penting

untuk melihat kekuatan dan kelemahan daripada latihan dalaman yang telah dijalankan.

Dengan itu

tindakan susulan akan diambil untuk memperbaiki atau mempertingkatkan program latihan

pada masa akan datang bagi memenuhi keperluan perserta sekaligus untuk kebaikan

organisasi seperti sekolah.

Hewton (1998) menyatakan tindakan selepas program latihan berakhir akan memastikan

segala

kekurangan diperbaiki malah segala kelebihan dipertingkatkan bagi semua pihak yang

terlibat.

6.0 KESIMPULAN
Hasil daripada dapatan jurnal ini menunjukkan betapa pentingnya latihan kepada guru

kerana ianya dapat memberikan impak yang positif bukan sahaja kepada organisasi tetapi

juga kepada pekerja itu sendiri. Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 2005, Dasar Latihan Sumber

Manusia Sektor Awam menyatakan “Pegawai Perkhidmatan Awam hendaklah mengikuti

latihan sekurang – kurangnya 7 hari setahun”. Mesyuarat Profesional KPM Bil. 7/2007

bertarikh 21 November 2007 telah meluluskan kertas cadangan konsep Pengoperasian

Latihan Peningkatan Profesionalisma Bidang Pengajaran dan Pembelajaran bagi Pegawai

Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memberi penekanan

pengoperasian secara “School Based” selaras dengan konsep ‘let manager manage’.

Sehubungan itu adalah penting untuk organisasi sekolah melaksanakan program

pembangunan profesionalisma keguruan atau latihan dalam perkhidmatan di sekolah

masing – masing dan semua guru menghadirinya. Tujuan pelaksanaan ini adalah untuk

meningkatkan kapasiti dan kualiti gur dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah dan secara langsungnya dapat meningkatkan pencapaian prestasi sekolah.

7.0 RUJUKAN

Sumber: eprints.utm.my/11910/1/Implikasi_Dalaman_Kepada_Guru.pdf

Dewi Isma Madzlan, Khalid Johari, Shukri Zain, Mohd Khairuddin Abdullah. Perkaitan antara

Kekerapan Menghadiri Program Pembangunan Profesionalisma Mengikut Bidang Kurikulum

Dengan Efikasi Kolektif Guru Sekolah Menengah di Sabah. Universiti Malaysia Sabah.

www.medc.com.my.medc/seminar_medc/fromCD/pdf/62.pdf

Mahaliza Mansor, Norlia Mat Norwani, Jamal @ Nordin. Hubungan Antara Model – Model

Pembelajaran Profesionalisma Terhadap Amalan Guru Sekolah Menengah Harian Di


Malaysia. Jurnal Pendidikan Bintara UPSI.

www.jpbu.upsi.edu.my

Omar Abdull Kaseem (2010). Perkembangan Profesional Guru Secara Berterusan :

Perspektif Pembangunan Sumber Manusia. UPSI.

http://www.researchgate.net/publication/237225630

Nur Hafizoh Idris, Rohana Hamzah (2012). Nilai Profesionalisma Bakal Guru Berteraskan

Indikator Standard Guru Malaysia (SGM). Skudai : UTM.

www.jurnalteknologi.utm.my

Ab. Aziz Yusof (2006). Pengurusan Sumber Manusia : Konsep, Isu dan Pelaksanaan.

Petaling Jaya : Prentice Hall.

Anda mungkin juga menyukai