Anda di halaman 1dari 13

GGGC 6633

PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN INDIVIDU

KERTAS KONSEP:

PELAKSANAAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN (PPB) GURU


SECARA MOBIL BAGI MELESTARIKAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN
VOKASIONAL DI MALAYSIA

NAMA : NOR FADHLINA BINTI AHMAD MURAD

NO MATRIK : GP 06020

PENSYARAH : PROF MADYA DR. MOHD IZHAM MOHD HAMZAH

TAJUK JURNAL Penulis


1. Supporting change in VET: Teachers’ de Paor, C.
professional development and ECVET
learner mobility.
2. Changes and challenges in sustainability of Jailani Md. Yunos, Lai Chee
technical and vocational education and Sern dan Nor Hidayah Hamdan.
training- Teacher education programme: A
case study

0
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN HALAMAN
1.0 TAJUK 2
2.0 PENGENALAN 2
3.0 TEORI/MODEL 3-5
4.0 KAJIAN LITERATUR 5-6
5.0 DAPATAN KAJIAN BERDASARKAN DUA JURNAL 6-8
6.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN BERDASARKAN DUA 8-10
JURNAL
7.0 IMPLIKASI TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA 10-11
DARI ASPEK PERANCANGAN
8.0 KESIMPULAN 11
9.0 RUJUKAN 12

1
1.0 TAJUK

Pelaksanaan Pembangunan Profesional Berterusan (PPB) Guru Secara Mobil Bagi


Melestarikan Pendidikan Teknik Dan Vokasional di Malaysia

2.0 PENGENALAN

Pembangunan profesionalisme berterusan (PPB) ditakrifkan sebagai pengalaman


pembelajaran guru dan pemimpin sekolah melalui penglibatan secara formal dan tidak formal
dalam pelbagai aktiviti pembangunan profesionalisme berterusan sepanjang kerjaya untuk
meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri profesional
yang berkaitan bagi meningkatkan kualiti pendidikan untuk memenuhi keperluan pendidikan
abad ke-21 (Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan KPM, 2014). Antara aktiviti
PPB yang sering dianjurkan oleh pihak sekolah ialah kursus, lawatan penanda aras, bengkel
dan wacana ilmu. Melalui aktiviti-aktiviti PPB, guru mendapat idea untuk membuat
perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya seiring dengan
kehendak semasa. Menurut Senin (2004) dan Laikopaulaou (2011), pelaksanaan mekanisme
pembangunan profesional ini dapat melahirkan guru yang lebih kompeten, produktif dan
menjadi modal insan yang penting dalam organisasi pendidikan

Program Transformasi kolej vokasional yang diperkenalkan pada tahun 2011 telah
membawa perubahan yang besar dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional di
Malaysia. Program ini bertujuan meningkatkan bilangan tenaga kerja mahir di Malaysia bagi
memenuhi kehendak pasaran ke arah negara maju (Mohd Fuad Razali, 2012). Melalui
pelaksanaan program transformasi ini, sekolah menengah teknik dan vokasional telah dinaik
taraf kepada kolej vokasional dan telah berlakunya perubahan dari segi kurikulum. Perubahan
kurikulum perlu dilaksanakan supaya pembelajaran yang dilaksanakan releven dengan
kehendak industri bagi menjamin kebolehpasaran graduan kolej vokasional. Perubahan
kurikulum ini juga memerlukan peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai guru-guru
untuk memastikan pengajaran mereka seiring dengan keperluan kursus. Jesteru itu,
pembangunan profesionalisme berterusan dalam kalangan guru-guru kolej vokasional dilihat
sebagai salah satu perkara utama yang perlu diberi perhatian supaya guru-guru mendapatkan
maklumat terkini berkaitan setiap perubahan melalui saluran yang jelas.

2
3.0 TEORI & MODEL

Berdasarkan kedua-dua artikel jurnal yang dikaji, penulis tidak menyatakan teori yang
digunakan secara jelas. Terdapat dua teori yang boleh dikaitkan pembangunan profesional
berterusan guru vokasional iaitu teori pelaziman operon oleh Thorndike dan teori
pembelajaran humanistik oleh Carl Roger. Menurut Thorndike hubungan antara ransangan
dan gerak balas akan menjadi kukuh apabila wujudnya kesan positif. Penemuan Thorndike
telah membawa kepada tiga hukum iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan.

Hukum kesediaan ini telah diaplikasikan dalam oleh semua guru dengan merancang
pengajaran mereka sebelum ke kelas. Seorang guru perlu melengkapkan dirinya terlebih
dahulu dengan menguasai sesuatu topik yang ingin diajar dan juga teknik-teknik pengajaran
untuk memastikan objektif pengajarannya tercapai. Namun, perubahan kurikulum dalam
teknik dan vokasional yang terkini menyebab guru-guru memerlukan latihan yang berterusan
supaya dapat bersedia untuk mengajar supaya mereka dapat berkongsi pengalaman bersama
pelajar mereka mengenai realiti sebenar alam pekerjaan bidang kemahiran yang diajar. Selain
itu, melalui latihan industri juga guru ini akan dapat merasai rutin sebenar pekerjaan dan
keperluan kursus yang diajar di kolej. Latihan secara ulangan ini dapat membina kompetensi
guru supaya mereka lebih cekap dan menguasai kemahiran baru tersebut. Akhir sekali,
melalui penguasaan kemahiran tadi dapat memberikan keyakinan ke atas guru-guru
vokasional untuk mengaplikasikannya di dalam kelas. Ketiga-tiga hukum ini menjadi teori
bukti kepada keperluan pembangunan profesional berterusan dalam kalangan guru-guru
vokasional.

Selain itu juga, teori humanistik Carl Roger pula menyatakan bahawa pembelajaran
terbahagi kepada dua bentuk iaitu pembelajaran kognitif dan pembelajaran pengalaman.
Pembelajaran kognitif dianggap kurang bermakna kerana melibatkan proses pembelajaran di
dalam bilik darjah, membaca dan membincangkan pengalaman dan hasil kerja orang lain
manakala pembelajaran pengalaman melibatkan aplikasi pengetahuan. Melalui pembelajaran
pengalaman individu tersebut akan terlibat secara aktif untuk merancang, mengkaji,
menghasilkan sesuatu yang hasil dan kesannya akan dialami oleh mereka sendiri. Konsep
pembelajaran pengalaman ini mempraktikkan kerja hands on yang sesuai bagi meningkatkan
kemahiran individu dalm bidang teknik dan vokasional. Berdasarkan kedua-dua teori ini
membuktikan bahawa latihan yang berterusan sesuai dijadikan sebagai salah satu
pembangunan profesionalisme berterusan dalam kalangan guru-guru kolej vokasional. Hal ini

3
kerana bidang teknik dan vokasional melibatkan kemahiran secara hands on, melalui latihan
yang berterusan guru dapat memperolehi pengetahuan dan teknik-teknik yang perlu dikuasai
untuk membantunya mengaplikasikan di dalam kelas semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bersama pelajar.

Model yang dicadangkan dalam kertas konsep ini adalah berdasarkan artikel yang
pertama iaitu Model Guskey bagi perkembangan profesional guru. Model Guskeyter dibina
khusus untuk penilaian profesional dalam bidang pendidikan (Amin, 2008).Menurut model
ini, guru merupakan individu yang perlu berubaha melalui proses pembangunan profesional.
Perubahan yang dilaksanakan semasa di dalam bilik darjah akan secara lansung mengubah
hasil pembelajaran murid (Learning outcomes). Di akhirnya, apabila berlakunya perubahan
hasil pembelajaran murid maka ianya membawa kepada perubahan kepercayaan dan sikap
guru.

Berdasarkan model Guskey terdapat lima tahap penilaian pembangunan profesional:


tahap 1- Reaksi guru. Pada tahap 1 ini, indeks kepuasan guru berdasarkan pengalaman lepas
mereka ditentukan. Beberapa pekara diambil kira dalam penentuan indeks ini seperti
kandungan program, proses pelaksanaan program dan persekitaran program secara
keseluruhannya melalui soalan yang diajukan. Tahap 2 – Pembelajaran guru merupakan tahap
penilaian yang berlaku sebelum, semasa dan selepas sesuatu program berakhir. Fokus dinilai
berdasarkan kepada perubahan pengetahuan, kemahiran atau sikap yang berlaku selepas
seseorang guru menjalani sesuatu program pembangunan profesional. Pada tahap ini juga
objektif program pembangunan profesional guru akan diukur. Tahap 3 – Sokongan dan
perubahan sekolah; Pada tahap ini sokongan padu pihak pentadbir diperlukan bagi guru-guru
untuk melaksanakan sebarang perubahan atau inovasi berdasarkan program yang telah
mereka lalui. Maklumat akan dikumpulkan merangkumi kebolehan mengaplikasikan
perubahan tersebut berdasarkan sokongan pihak pentadbir. Tahap 4 – Penggunaan
pengetahuan dan kemahiran baru; tahap 4 ini mengukur sejauh mana guru dapat
menggunakan pengetahuan dan kemahiran baru yang telah mereka perolehi daripada program
pembangunan profesional. Semasa pelaksanaan tahap ini perubahan keberkesanan program
yang dilaksanakan boleh dilihat impaknya terhadap sekolah, pembelajaran di dalam kelas dan
kesan perubahan samada positif atau kurang memberansangkan dan tahap 5 – Hasil
pembelajaran pelajar. Tahap terakhir dalam fasa penilaian model Guskey. Pada tahap ini
penilaian secara menyeluruh program yang dilaksanakan dilihat berdasarkan kesannya ke atas
pelajar. Penilaian pelajar biasanya menjadi indikator prestasi sekolah dan pencapaian pelajar

4
adalah fokus utama bagi sesebuah sekolah. Setiap maklumat yang digarap di setiap tahap
penting dan dapat membantu pihak sekolah membuat penambahbaikan program yang telah
dilaksanakan.

4.0 KAJIAN LITERATUR

Konsep pembelajaran sepanjang hayat merupakan suatu konsep yang berkait rapat dengan
guru di mana pembelajaran seorang guru itu tidak seharusnya tamat setelah guru tersebut
menyempurnakan pembelajaran di maktab atau instutusi pendidikan. Konsep ini juga
membawa kepada pembangunan profesional berterusan guru-guru di Malaysia. Menurut
Muhammad Sani & Zuraidah (2002), guru berhadapan dengan pelbagai bentuk perubahan
seperti kesediaan mencuba pelbagai teknik, keadah pengajaran seiring dengan perubahan
istilah, kandungan kurikulum dan penggunaan teknologi terkini.

Perubahan dalam sistem pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia, membuka ruang
yang besar kepada pembangunan profesional berterusan. Menurut laporan UNESCO 2012,
pengetahual luas guru dan kualiti guru memberikan kesan yang besar kepada keberkesanan
pendidikan teknik dan vokasional. Kualiti interaksi antara guru dan pelajar juga menentukan
kualiti sistem pendidikan teknik dan vokasional. Oleh hal demikian, beberapa program
dilaksanakan bagi memastikan kualiti pendidikan teknik dan vokasional melalui
pembangunan profesional berterusana supaya segala cabaran untuk mengekalkan kelestarian
program pendidikan teknik dan vokasional ini.

Jurnal pertama berkisarkan latihan secara berterusan guru-guru kemahiran melalui


program pembangunan profesional berterusan di mana program ini melibatkan guru-guru di
Eropah. Dua program yang diperkenalkan iaitu program ECVET dan program QUAKE.
Program ECVET merupakan program yang mengiktiraf hasil pembelajaran bagi pelajar
teknik dan vokasional di Eropah. Program ini mempromosikan pembelajaran secara mobil
supaya pelajar akan didedahkan dengan pengalaman daripada negara luar. Selain itu juga
melalui program ini, satu standard kaedah penilaian kemahiran dan pengetahuan akan
dibangunkan. Hal ini penting untuk menjamin kualiti hasil pembelajaran pelajar apat dicapai
kerana dalam bidang teknik dan vokasional pelajar dinilai secara kompetensi; kompeten atau
tidak kompeten sahaja bukannya melalui gred. Pelaksanaan ECVET menyebabkan guru-guru
teknik dan vokasional perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka secara mobil.
Oleh ini membuktikan bahawa program pembangunan profesional guru secara berterusan

5
penting bagi memastikan kemahiran yang guru-guru berikan kepada pelajar kemahiran adalah
terkini dan memenuhi kehendak pasaran.

Program QUAKE pula merupakan program kolaborasi daripada lima negara eropah
bersama kementerian, institusi pengajian tinggi dan pihak industri bagi menyokong program
ECVET. Program ini memberikan pendedahan kepada guru-guru bidang hortikultur sebagai
satu langkah pembangunan profesional berterusan guru. Guru- guru dari lima buah negara ini
akan menjalani kursus dan berbincang secara atas talian dan melaksanakan pembelajaran
secara mobil.

Jurnal kedua pula berkisarkan perubahan dan cabaran dalam mengekalkan pendidikan
teknik dan vokasional di Malaysia. Salah satu kaedah bagi mengekalkan program pendidikan
teknik dan vokasional di Malaysia adalah melalui Program Pendidikan Guru-guru Teknik dan
Vokasional. Pelaksanaan program ini bersesuaian dengan falsafah pendidikan negara bagi
melahirkan guru yang profesional, kompetetif, berkeyakinan, mempunyai nilai murni,
berfikiran kreatif dan berteknologi. Di Malaysia, program pendidikan bagi melahirkan guru-
guru teknik dan vokasional agak terhad di beberapa universiti terpilih.

5.0 DAPATAN KAJIAN BERDASARKAN DUA JURNAL


Berdasarkan keputusan kajian kes jurnal pertama yang dilaksanakan terdapat tiga
aspek yang perlu ditekankan bagi memenuhi keperluan guru-guru teknik dan vokasional
melalui program pembangunan profesional berterusan. Aspek pertama ialah keperluan
teknikal. Guru perlu mengenal pasti aspek teknikal yang perlu dikuasai kemudian
berbincang dan merancang bersama-sama ahli dalam kumpulan mobiliti mereka.
Perbincangan mereka meliputi beberapa perkara seperti penggunaan istilah yang standard,
kaedah pengajaran, kaedah penilaian kompetensi, kaedah untuk menyesuaiakan pelajar
terminology supaya mendapat penjelasan yang standard.
Aspek kedua yang dipenuhi ialah membangunkan kaedah penilai hasil pembelajaran
pelajar standard bagi memastikan kesahan dan meningkatkan kepercayaan terhadap hasil
penilaian. Bagi memenuhi aspek kedua ini, guru terlebih dahulu perlu kompeten dengan
kemahiran yang perlu diaplikasikan. Guru perlu membangunkan dan membuat penilaian
yang sah dan memenuhi keperluan seperti yang telah dipersetujui oleh setiap negara lain.
Hal ini dapat menjamin kualiti penilaian teknikal dan vokasional seterusnya diiktiraf oleh
negara lain dan penilaian yang lebih tepat. Guru-guru juga perlu meningkatkan kemahiran

6
dengan kaedah pengajaran yang baru seperti menerapkan kemahiran ICT bagi pelajar
menyiapkan tugasan; menyiapkan lakaran dan pembangunan portfolio. Selain itu, guru-
guru juga menyatakan pembelajaran secara penempatan di industri dapat meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran melalui pembelajaran tidak formal. Hal ini juga penting dan
memberi kejayaan kepada pembelajaran secara mobil.
Aspek ketiga pula ialah menentukan tempat latihan industri yang sesuai. Aspek ini
merupakan aspek yang agak sukar kerana memerlukan sokongan daripada pihak lain
seperti pihak industri. Penempatan pelajar di tempat latihan semasa program mobiliti
membolehkan pelajar mendapat pengalaman dan kemahiran dalam suasana sebenar.
Kemahiran yang diperolehi di tempat latihan industri lebih praktikal berbanding latihan
yang diberikan di dalam kelas. Selain itu, suasana di industri memberikan gambaran
sebenar yang membantu pembelajaran pelajar memahami dan mencapai hasil
pembalajaran. Selain itu, guru-guru yang menyertai program pembangunan profesional
ini juga berpendapat bahawa pelajar perlu diberi kuasa sepenuhnya untuk memilih tempat
latihan industri mereka bagi memenuhi keperluan motivasi pelajar dan masa depan
mereka. Guru-guru hanya bertindak sebagai penasihat untuk rujukan pelajar. Program
QUAKE merupakan medium yang baik bagi pembangunan profesional berterusan guru
supaya semua guru dari pelbagai negara dapat meningkatkan kemahiran bukan sahaja
kemahiran teknikal malah kemahiran mengajar.
Dapatan kajian kes bagi jurnal kedua pula menunjukkan cabaran-cabaran yang
dihadapi dalam memartabatkan pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia. Cabaran
pertama sikap dan kesediaan guru terhadap perubahan bagi abad ke 21. Di antara cabaran
yang dibincangakan dalam dapatan kajian ialah adalah keengganan guru-guru teknik dan
vokasional untuk mempelajari sesuatu yang baharu serta meningkatkan kemahiran
mereka secara akademik. Hal ini menyebabkan kaedah pengajaran dan pembelajaran
tidak seiring dengan perubahan teknologi kini. Sikap guru yang berasa dalam zon selesa
menyebabkan mereka tidak endahkan keperluan teknologi bagi diadaptasi dalam
pengajaran mereka. Sikap dan kesediaan guru ini perlu diubah kerana ianya penting bagi
persediaan pembelajaran abad ke 21 (PAK -21).
Selain itu, guru-guru teknik dan vokasional juga menolak penggunaan sosial media
sabagai satu cabang untuk berinteraksi dengan pelajar. Guru-guru juga didapati
kekurangan kemahiran yang seiring dengan kehendak industri pada masa kini. Sebagai
guru teknik dan vokasional, mereka sepatutnya perlu meningkatkan usaha untuk
melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang baharu supaya tidak lapuk.

7
Kemahiran baharu ini boleh diperolehi oleh guru-guru dengan melibatkan diri mereka
dengan kobolarasi dengan pihak industri.
Semasa pengajaran di dalam kelas juga, guru-guru kurang menekankan kepada
kemahiran insaniah. Kurikulum yang dibangunkan juga tidak menekankan aspek sikap,
emosi, perasaan dan juga kepercayaan dalam diri pelajar. Menurut salah seorang
penemubual, kemahiran insaniah ini penting namun sukar diterapkan dalam pelajar.
Penemubual juga menyatakan, kerajaan juga membangunkan polisi yang baik, iaitu
menggalakkan kolaborasi antara guru dengan pihak industri, namun polisi ini yang sering
berubah-ubah disebabkan faktor politik. Faktor politik menyebabkan kualiti pendidikan
terjejas. Kebanyakkan individu yang tidak berkaitan dengan teknik dan vokasional yang
menjadi ketua dalam institusi teknik dan vokasional. Hal ini menjadikan pengurusan
teknik dan vokasional sedikit bermasalah dan memberikan persepsi masyarakat yang
negatif terhadap bidang pendidikan teknik dan vokasional.
Cabaran lain dalam pengekalan kelestarian pendidikan teknik dan vokasional di
Malaysia adalah pelbagai badan yang mengiktiraf program-program teknik dan
vokasional. Oleh itu, pelbagai syarat untuk pengiktirafan program terpaksa dipenuhi oleh
kolej yang menawarkan pendidikan teknik dan vokasional dan akhirnya ia akan
mewujudkan yang stress kepada guru-guru dan pelajar. Hal ini menyebabkan motivasi
guru merudum kerana mereka dikehendaki melaksanakan tugas pengkeranian yang
mereka sendiri tidak faham untuk lakukan. Kesannya motivasi guru yang kian merudum
ini, guru-guru teknik dan vokasional ini seolah-olah kehilangan identiti mereka.
Cabaran akhir yang dihadapi adalah keraguaan terhadap laluan kerjaya bagi pelajar-
pelajar teknik dan vokasional. Hal ini disebabkan jaminan terhadap mendapatkan
pekerjaan selepas tamat pengajian diragui. Oleh hal demikian, pelajar perlu dilengkapkan
dengan kemahiran keusahawanan. Namun, bagi guru-guru teknik dan vokasional, mereka
perlu meningkatkan kualiti pengajaran mereka dalam bidang keusahawanan. Perubahan-
perubahan yang drastik dan secara holistik dalam bidang teknik dan vokasional ini
diharapkan bukanlah sesuatu yang bersifat sementara.

6.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN BERDASARKAN DUA JURNAL


Pembangunan profesional berterusan guru merupakan salah satu medium terbaik bagi
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru terutamanya bagi guru-guru teknik dan
vokasional. Program pembangunan profesional berterusan secara mobil seperti QUAKE

8
merupakan satu kaedah terbaik bagi guru-guru membincangkan kaedah pengajaran dan
penilaian bagi setiap modul kompetensi pelajar. Pembangunan modul kompetensi untuk
menilai kemahiran pelajar yang standard amat penting kerana kaedah menilai kemahiran
tidak ditentukan melalui gred. Oleh itu, cara penilaian adalah berbeza-beza bergantung
kepada guru. Dengan wujudnya modul penilaian yang standard ini membolehkan kaedah
pengiktirafan pelajar kemahiran ini diperakui. Oleh hal demikian, program QUAKE ini
boleh diaplikasikan bagi mengatasi cabaran dan masalah yang dihadapi dalam bidang
pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia seperti yang dinyatakan dalam dapatan
jurnal kedua.
Dengan mewujudkan task force mobiliti seperti QUAKE ini, guru-guru kemahiran
daripada seluruh Malaysia dapat memberikan idea dan pendapat untuk memperbaiki
kaedah pengajaran supaya hasil pembelajaran dapat dicapai dijamin kualiti dan
standardnya. Perbincangan mengenai kaedah pengajaran, kemahiran baru dan kaedah
penilaian terhadap kompetensi kemahiran ini penting kerana perubahan kurikulum baharu
dalam pendidikan teknik dan vokasional telah berlaku seiring dengan Transformasi Kolej
Vokasional. Oleh itu melalui pembangunan profesional berterusan secara mobil ini, dapat
membantu guru baharu atau yang lama sentiasa mengemaskini diri mereka dengan
kemahiran dan teknik baharu yang seiring dengan perubahan teknologi seterusnya
membolehkan ianya diaplikasi di dalam kelas. Hal ini penting supaya kaedah pengajaran
yang dilaksanakan efektif dan sesuai dnegan persekitaran sekolah. Selain itu, melalui
gabungan guru-guru kemahiran ini juga diharap dapat membangunkan satu kaedah khas
untuk menilai tahap kompetensi pelajar bagi mementukan tahap kompetensi pelajar yang
dicapai dimana tahap ini diperakui dan disahkan.
Guru-guru juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran ICT dan menerapkannya
di dalam pengajaran mereka. Hal ini supaya pelajar kemahiran dapat melengkapkan diri
mereka dengan kemahiran tambahan yang menjadi nilai tambah diri mereka apabila
berada di pasaran kelak. Selain itu juga guru-guru boleh menjadikan pengajaran mereka
lebih interaktif dengan menggunakan saluran media sosial yang mudah mmendapat
capaian pelajar. Penggunaan media sosial dalam pendidikan dapat menarik minat pelajar
kerana medium ini merupakan medium yang dekat kepada mereka dan pada masa kini,
hampir semua pelajar telah menggunakan smart phone. Paradigma guru-guru terhadap
penggunaan media sosial sebagai medium pembelajaran perlu diubah kerana penggunaan
medium seperti ini kadang kala lebih memudahkan dan menyeronokkan bagi golongan
pelajar masa kini.

9
Seterusnya, pihak kolej juga memerlukan jalinan yang kukuh dengan pihak industri
bagi memberikan guru-guru pengalaman untuk berada di industri kerana pengalaman
melaksanakan kerja-kerja kemahiran di industri lebih realistik. Pembelajaran melalui
pengalaman ini membolehkan guru lebih bersedia dan berusaha untuk menterjemahkan
pengalaman tersebut kepada situasi di dalam kelas atau bengkel semasa pelaksanaan
amali. Dengan ini, konsep terhadap situasi sebenar sedikit sebanyak dapat membantu
pelajar lebih mendalami kerja-kerja kemahiran yang mereka lakukan dan juga memberi
gambaran awal kepada pelajar sebelum di tempatkan di pusat-pusat latihan semasa latihan
industri.
Namun, bagi setiap semua perancangan perubahan yang dicadangkan bagi
meningkatkan profesionalisme guru teknik dan vokasional ini memerlukan sokongan
yang besar daripada semua pihak sama ada pentadbiran kolej dan juga pihak atasan di
bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak pentadbir kolej vokasional perlu
terbuka dan memberi ruang untuk guru-guru teknik dan vokasional untuk menghadiri
pelbagai seminar dan latihan kursus kemahiran. Beban tugasan pengkeranian terutamanya
penyediaan dokumen seperti yang di dalam dapatan jurnal kedua meyebabkan motivasi
guru-guru merudum. Ketiadaan semangat dan motivasi ini menyebabkan guru-guru
kemahiran ini memilih untuk berada di zon selesa. Oleh hal demikian, pihak pentadbir
seharusnya memberikan fokus untuk membina semula jati diri guru-guru teknik dan
vokasional supaya mereka terus bangun dan menjayakan Transformasi vokasional.

7.0 IMPLIKASI TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DARI ASPEK


PERUBAHAN PENDIDIKAN

Pembangunan profesional berterusan di dalam sistem pendidikan perlu diberi


nafas baru seiring dengan perubahan teknologi. Guru-guru memerlukan pendedahan dan
perlu berubah dengan pelaksanaan pembangunan profesional menggunakan medium atas
talian yang dapat menghubungkan guru-guru kemahiran dari seluruh Malaysia.
Penggunaan medium secara atas talian bagi tujuan pelaksanaan pembangunan
profesional berterusan ini lebih memudahkan dan menjimatkan kerana guru-guru tidak
perlu berkumpul di suatu tempat yang sama. Guru-guru perlu merubah pemikiran mereka
kerana pembangunan profesional ini bukan sahaja untuk meningkatkan kemahiran dalam
bidang teknik dan vokasional sahaja (hardskill) namun melibatkan juga perkongsian ilmu

10
dari aspek teknik pengajaran, kaedah pengajaran dan penentuan kaedah menilai
kompetensi supaya diakhirnya hasil pembelajaran pelajar dapat dicapai.

Perubahan kurikulum teknik dan vokasional semestinya memberi tekanan kepada


guru-guru untuk menguasai isi kandungan pelajaran, namun melalui kaedah ini diharap
perkongsian maklumat di antara guru-guru teknik dan vokasional dapat meredakan
tekanan mereka. Guru-guru boleh berbincang untuk menentukan kaedah standard
penilaian kompetensi bagi menjamin kesahan kaedah penilaian kompetensi pelajar.

Selain itu, gabung jalin pihak industri dengan guru-guru juga merupakan salah satu
cara baharu untuk melaksanakan pembangunan profesional berterusan guru. Hubungan
pihak industri dengan guru-guru perlu dalam memperbaiki kandungan pelajaran
kemahiran supaya kandungan pelajaran kursus adala relevan dengan kehendak industri.
Jesteru itu, hubungan ini juga membawa guru dan pelajar lebih terdedah kepada amalan
sebenar di tempat kerja dan menyediakan mental fizikal pelajar bagi alam pekerjaan
mereka kelak. Melalui hubungan ini juga, guru-guru dapat meningkatkan diri mereka
dengan kemahiran baharu yang terkini dan mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

-
8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan dapatan dan perbincangan daripada kedua-dua jurnal ini


jelas membuktikan pembangunan profesional berterusan merupakan salah satu kaedah
pembelajaran sepanjang hayat bagi semua guru terutama guru kemahiran yang perlu
mengikuti perubahan kemahiran seiring dengan perubahan teknologi. Perubahan kaedah
pelaksanaan pembangunan profesional berterusan guru seperti menggunakan medium atas
talian dan jalinan hubungan industri membolehkan guru lebih bersedia dan berkeyakinan
untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui pembangunan
profesional berterusan ini guru-guru kemahiran memperoleh pengalaman baru melalui
aplikasi pengetahuan dan kemahiran terkini. Jesteru itu, ianya dapat membangunkan guru
yang berkompetensi, mencukil bakat baharu dan memiliki kualiti setaraf dengan guru-guru di
negara yang berprestasi tinggi.

11
9.0 RUJUKAN

Amin Senin, 2008. Pembangunan Profesional Guru. Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd: Kuala Lumpur

Avis J., Fisher R. & Thompson R., 2010. Teaching In Lifelong Learning. Mc Graw Hill:
UK.

Jailani Md. Yunos, Lai Chee Sern & Nor Hidayah Hamdan. 2016. Changes and
challenges in sustainability of technical and vocational education and training — teacher
education programme: A case study. 2016 IEEE 8th International Conference on Engineering
Education. 80-85

Johar Bunimin. Model Konsep Pembangunan Profesional Tenaga Pengajar Kolej


Vokasional. Tesis Phd. Universiti Tun Hussein Onn: Malaysia.

Omar Abdull Kareem & Khuan Wai Bing. 2005. Perkembangan Profesional Guru Secara
Berterusan: Perspektif Pembangunan Sumber Manusia. Masalah Pendidikan. 28 (1), 131-141

Mohd Izham Mohd Hamzah & Mohd Sani Ibrahim. 2012. Pengurusan Perubahan Makro
dalam Pendidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Izham M, H & Sufean Hussin. 2009. Pengurusan Perubahan Terancang dalam
Pembestarian Sekolah Proses Pelaksanaan Polisi. Kuala Lumpur :Universiti Malaya.

Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional. Kementerian Pendidikan Malaysia.


2011.

Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah).


Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014.

Poar de. C. 2018. Supproting change in VET: Teachers’ Profesional Development and
ECVET Learner Mobility. Empirical Research in Vocational Education and Training. 10(1),
1-13

12

Anda mungkin juga menyukai