Anda di halaman 1dari 76

Dalam pada itu, terdapat berbagai bagai jenis pemimpin seperti pemimpin politik, pemimpin

organisasi, pemimpin pelajar dan lainlain lagi. Dalam konteks ini, pemimpin boleh dilihat
sebagai seseorang yang diiktirafkan oleh satu atau lebih daripada satu orang, bahawa
pemimpin mempunyai pengaruh, berwibawa, dan mempunyai kuasa sama ada jangka pendek
atau jangka panjang dalam situasi yang tertentu . Dengan ini, maka adalah jelas bahawa
pemimpin ditentukan oleh peranan dan bukannya oleh kedudukan. Seseorang yang dilantik
sebagai pengetua, dijangka akan memainkan peranan pemimpin , iaitu , sebagai
pemimpin pendidikan .
Oleh yang demikian dalam organisasi sekolah kedudukan pengetua adalah yang paling
penting. Oleh itu pengetua mempunyai kuasa, autoriti dan tanggungjawab untuk
melaksanakan visi dan matlamat pendidikan. Dari kajian yang dijalankan, didapati bahawa
peranan pengetua amat penting dalam memastikan keberkesanan sekolah dan kecekapan
pentadbiran. Kajian tentang sekolah efektif juga banyak membicarakan peranan dan tugas
pengetua dalam mengendalikan sekolah masing-masing. Hasil daripada dapatan dan saranan
para penyelidik tentang sekolah efektif ini, pihak pengetua sekolah-sekolah menghadapi
dilema sama ada berfungsi sebagai pemimpin pengajaran dan pentadbir atau pengurus
sekolah. Walau bagaimanapun pengetua bukan sahaja memerlukan kedua-dua peranan di
atas malahan lebih daripada itu. Sebagai seorang pengurus pendidikan, tanggungjawab
utama pengetua ialah menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan sekali gus bertindak sebagai
pemimpin pengajaran dan pembelajaran. Amalan pengurusan yang dijalankan adalah meliputi
fungsi pengurusan seperti membuat rancangan, mengorganisasi, mengetuai dan mengawal,
terutama sumber manusia, kurikulum, ko kurikulum, perkembangan staf, kewangan,
persekitaran dan sebagainya. Peranan tersebut juga meliputi tugas-tugas sebagai pentadbir,
pengurus, pemimpin, pendidik atau guru secara 'verbal' dan 'bukan verbal'.
Beberapa kriteria pengetua yang dianggap baik atau unggul antaranya ialah: 1. seorang
yang mempunyai kesungguhan dalam tugas, 2. mempunyai visi ke arah mencapai matlamat
serta, 3. berkemampuan tinggi dalam mencapai kemajuan akademik, 4. Berwawasan, 5.
bercita-cita tinggi, 6. berusaha ke arah menepati hala tuju organisasi, serta 7. kental dalam
menghadapi cabaran adalah antara keperluan kendiri. Segala keriteria di atas adalah
berhubungkait penentu kepada penghasilan sekolah cemerlang. Melalui keunggulan pengetua
yang mempunyai kriteria di atas dapat menguruskan sekolah seperti diharapkan oleh
Kementerian, guru-guru, staf sokongan dan Ibu bapa yang mengantar anaknya di sekolah.
Dalam penentuan pengetua yang berkesan sebagai perancang dan pentadbir beberapa ciri
khas yang perlu dimiliki oleh pengetua antaranya: 1. Ciri-ciri Kepimpinan; iaitu mempunyai
personaliti kepimpinan yang boleh membina komuniti yang dipimpin dan dapat membina
iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif. 2. Personaliti yang mulia dan dihormati dengan
perwatakan mesra dan mempunyai ketegasan yang bertempat 3. Kapasiti minda yang tinggi
iaitu berilmu dan intelek 4. Kemahiran berkomunikasi dengan baik 5. Mempunyai Visi, Misi
dan objektif yang jelas 6. Menepati fokus pentadibiran iaitu the classroom view dan the
school-wide view.
Berhubung dengan pentadbiran sesebuah sekolah, maka gaya kepimpinan seseorang
pengetua juga menjadi penentu kecemerlang sekolah Terdapat tiga gaya kepimpinan utama
yang dipraktikkan oleh pemimpin iaitu: 1. gaya kepimpinan Demokratik, 2. gaya kepimpinan
Autokratik, dan 3. gaya kepimpinan Laissez-faire . Gaya kepimpinan demokratik oleh seorang
pengetua dalam mewujudkan kecermelangan pencapaian akedemik dan sahsiah di kalangan
pelajar serta menanam semangat profesionalisme yang tinggi terhadap guru-guru dan
kakitangan. Kajian tentang perubahan atau kemajuan organisasi mengatakan bahawa sesuatu
inovasi memerlukan keadaan yang dapat menggerakkannya, supaya ia dapat dilaksanakan .
Salah satu penggerak adalah dengan adanya cara kepimpinan demokrasi. Mengikut gaya
kepimpinan seperti ini, mereka yang akan terlibat dalam perlaksanaan perubahan atau

mereka yang mendapat kesan daripada perubahan itu, diberi peluang untuk berbincang dan
membuat keputusan. Misalnya , dalam perlaksanaan kurikulum baru di sekolah , pihak yang
terlibat dengan perubahan itu ialah guru , dan pihak yamg mendapat kesan daripada
perubahan itu ialah pelajar . Mengikut cara kepimpinan demokrasi, kedua-dua pihak iaitu guru
dan pelajar juga terlibat dalam perancangan, dan membuat keputusan tentang perlaksanaan
kurikulum itu. Cara ini boleh menimbulkan semangat kesanggupan untuk bekerjasama dalam
melaksanakan sesuatu program . Cara demikian dikatakan dapat memberi kepuasan kepada
mereka.
Hord (1986) telah mengatakan bahawa sebarang perubahan dan inovasi yang hendak dilaksanakan, perlulah dilakukan
dengan cara yang bijaksana, beserta dengan usahasama antara pemimpin dengan rakan sejawatannya atau stafnya.
Oleh yang demikian, kepimpinan merupakan tingkahlaku pemimpin bagi mencari jalan untuk melaksanakan sesuatu
program atau tugasan , yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi itu . Walau bagaimanapun kepimpinan
pengetua yang berkesan bukanlah bererti kepimpinan yang berjaya mendorong stafnya membuat perubahan sematamata, tetapi juga merupakan kepimpinan yang berjaya dalam menyelesaikan masalah secara bersama-sama. Paling
penting pengetua adalah sebagai pemimpin di sekolah haruslah melakonkan peranannya dengan cara yang berkesan
bagi membawa perubahan dan kemajuan dari segi amalan dan budaya yang terdapat di sekolahnya . Dengan ini
sesiapa yang menjadi pemimpin perlu berkerjasama dengan orang lain dan bekerja melalui mereka iaitu guru, pelajar,
dan staf sekolah . Dengan cara demikian, inovasi dapat dilaksanakan, idea-idea baru dapat dikemukakan oleh
pemimpin, matlamat sekolah dan matlamat pengajaran serta peranan masing-masing dapat ditetapkan, keberkesanan
pelaksanaan inovasi dapat dinilai dan pelbagai lagi. Pengetua sebagai pemimpin sekolah hendaklah menjadi teladan
dengan bekerjasama dengan rakan sejawatan atau dengan staf. Boleh dikatakan bahawa gaya kepimpinan demokratik
amat berkesan di samping bergantung kepada kawalan dan pengaruh yang diberikan kepada seseorang pemimpin oleh
sesuatu situasi. Gaya kepimpinan paling efektif akan berubah ikut situasi, ini bermakna tiada satu gaya kepimpinan
yang paling efektif . Dalam situasi mana seorang pemimpin mempunyai kawalan dan pengaruh yang tinggi terhadap
pemimpin berkenaan sesuatu tugas. Gaya kepimpinan ini amat disukai oleh para guru dan staf lain kerana ia lebih
banyak berbincang atau membuat keputusan bersama-sama. Dengan ini akan menimbulkan suasana kondusif
menyebabkan guru-guru dapat menumpukan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tenang dan gembira serta
semangat yang jitu demi memartabatkan lagi profesion perguruan . Guru juga berasa bebas semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran di kelas kerana gaya pengajaran tidak perlu terikat dengan sukatan mata pelajaran sepenuhnya tetapi
mengikut tahap atau kemampuan murid serta `mood` pembelajaran pada sesuatu masa . Sesi perbincangan juga dapat
memberi kesempatan kepada guru-guru untuk mereka memberi idea-idea kepada pentadbir demi untuk memajukan
lagi pendidikan di sesebuah sekolah . Perbincangan sebegini sebenarnya boleh mencetuskan lagi idea-idea yang
difikirkan masing-masing serta membuat teguran yang positif tanpa merasa takut atau rendah diri terhadap rakan
setugas yang lain dan pengetua sendiri. Keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan atau
pencapaian sekolah dalam peperiksaan di samping mewujudkan rasa kepuasan bekerja dalam sesebuah sekolah itu. Di
dalam organisasi sekolah , keberkesanannya adalah tanggungjawab pengetua sekolah itu sendiri . Dia bertanggung
jawab terhadap prestasi dirinya sendiri dan juga guru , pelajar serta staf-staf yang lain di sekolahnya. Tidak akan
wujud prestasi, tanpa kepemimpinan yang berkesan, yang perlu dikuasai melalui proses pembelajaran. Dengan ini
dapat dibuat kesimpulan bahawa apa yang akan berubah ikut situasi, ini bermakna tiada satu gaya
kepimpinan yang paling efektif . Dalam situasi mana seorang pemimpin mempunyai kawalan
dan pengaruh yang tinggi terhadap pemimpin berkenaan sesuatu tugas. Gaya kepimpinan ini
amat disukai oleh para guru dan staf lain kerana ia lebih banyak berbincang atau membuat
keputusan bersama-sama. Dengan ini akan menimbulkan suasana kondusif menyebabkan
guru-guru dapat menumpukan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tenang dan
gembira serta semangat yang jitu demi memartabatkan lagi profesion perguruan . Guru juga
berasa bebas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas kerana gaya pengajaran
tidak perlu terikat dengan sukatan mata pelajaran sepenuhnya tetapi mengikut tahap atau
kemampuan murid serta `mood` pembelajaran pada sesuatu masa . Sesi perbincangan juga
dapat memberi kesempatan kepada guru-guru untuk mereka memberi idea-idea kepada
pentadbir demi untuk memajukan lagi pendidikan di sesebuah sekolah . Perbincangan
sebegini sebenarnya boleh mencetuskan lagi idea-idea yang difikirkan masing-masing serta
membuat teguran yang positif tanpa merasa takut atau rendah diri terhadap rakan setugas

yang lain dan pengetua sendiri. Keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi
kejayaan atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan di samping mewujudkan rasa kepuasan
bekerja dalam sesebuah sekolah itu. Di dalam organisasi sekolah , keberkesanannya adalah
tanggungjawab pengetua sekolah itu sendiri . Dia bertanggung jawab terhadap prestasi
dirinya sendiri dan juga guru , pelajar serta staf-staf yang lain di sekolahnya. Tidak akan
wujud prestasi, tanpa kepemimpinan yang berkesan, yang perlu dikuasai melalui proses
pembelajaran. Dengan ini dapat dibuat kesimpulan bahawa apa yang
Hassan Mohd Ghazali 14
membezakan keberkesanan sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain adalah kepimpinan pengetuanya. Sekiranya
kecemerlangan sekolah hendak dicapai, seseorang pengetua itu mestilah memainkan peranan pemimpin yang
berketerampilan seperti menjadi pemimpin yang teknikal yang seharusnya memainkan peranan sebagai jurutera
pengurusan. Kepimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir dalam
memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang maksimum. Kemahiran ini termasuklah
aspek perancangan , pengelolaan , penjadualan , dan penyelarasan . Pengetua juga sebagai pemimpin manusia . Dalam
hal ini pengetua memainkan peranan sebagai jurutera manusia . Maksudnya pengetua sewajarnya mahir dan cekap
dalam aspek perhubungan manusia dan perhubungan individu serta mampu menggerakkan atau memotivasikan
stafnya. Ini adalah langkah untuk melibatkan staf dalam membuat keputusan bersama . Seterusnya pengetua juga
mestilah memainkan peranan sebagai penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan
sesuatu yang hendak dicapai melalui perbincangan. Ini termasuklah aktiviti seperti melawat kebilik darjah dan di
kawasan sekolah , mengetuai upacara rasmi di sekolah . Di samping itu pengetua yang memainkan peranan ini juga
mempunyai wawasan sebagai satu unsur kepimpinannya. Kepimpinan seperti ini meletakkan pengetua sebagai
tumpuan perhatian bagi semua guru dan pelajar Pengetua juga diibaratkan sebagai pemimpin budaya, dalam hal ini ,
pengetua memainkan peranan sebagai
high priest
. Kepimpinan budaya ini sangat penting bagi mencapai kecermelangan sekolah. Pengetua yang menjalankan peranan
ini dapat dilihat menerusi usaha-usahanya mencari ,mentafsir dan memperkukuhkan nilai , kepercayaan dan unsur
budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang unik . Peranan ini termasuklah mengadakan
aktiviti sosialisasi guru dan pelajar dengan budaya sekolah . Ini termasuklah mengadakan upacara memberi hadiah
atau penghargaan kepada sesuatu kejayaan yang dicapai . Kepimpinan seperti ini sering memperlihatkan usaha bagi
mengekalkan imej dan prestij sekolah . Di samping itu , peranan ini juga melibatkan usaha untuk menarik perhatian
setiap orang guru dan pelajar di sekolah dan juga orang lain terhadap pencapaian matlamat sekolah dan perhubungan
yang mesra. Dalam gaya kepimpinan demokratik , pengetua juga menggunakan ciri-ciri humaniratin atau
modestly effective
. Fokus utama pengetua bercirikan demikain adalah iklim sekolah atau perhubungan antara perorangan . Apabila
membuat keputusan, pengetua ini mengamalkan penglibatan bersama , yang bertujuan untuk menglibatkan dan
mendorong staf dalam membuat keputusan bersama. Oleh yang demikian staf akan merasa dihargai . Pengetua seperti
ini menunjukkan tingkahlaku yang proaktif dalam membuat keputusan yang melibatkan aspek iklim . Jika sesuatu
keputusan yang akan diambil , pengetua terlebih dahulu akan berbincang dengan stafnya serta keputusan yang akan
dibuat adalah berasaskan maklumat dan kajian penyelidikan dan hasil analisis maklumat ini menjadi sumber untuk
membuat keputusan . Dari segi matlamat pula , pengetua memilih pelbagai sumber dan meletakkan
pengharapan yang tinggi kepada para pelajarnya . Matlamat jangka pendek digubal dan
digunakan sebagai landasan interaksi dengan staf , agar haluan yang hendak ditujui dapat
dipersetujui bersama .Pengetua juga menggunakan pelbagai strategi bagi memajukan
pelajaran dengan mengambil kira kesemua faktor yang mempengaruhi pengalaman pelajar di
sekolah dan di bilik darjah . Kriteria pemilihan strategi itu bergantung pula pada matlamat
faktor , konteks , dan masalah yang ditanggapkan . Walau bagaimanapun , pengetua yang
bertindak sebagai penyelesai masalah ini banyak menggunakan strategi faktor khusus untuk
mencapai matlamatnya . Dia juga mempunyai pemahaman yang jelas tentang faktor tersebut
dan pemahaman ini berasaskan penyelidikan dan pertimbangan professional . Dengan gaya
kepimpinan ini pengetua dapat menyebarkan dengan jelas matlamat mereka kepada komuniti
sekolah dengan menggunakan strategi yang berkesan , seperti membina dan mengekalkan
perhubungan dan kemahiran staf , mengadakan kemudahan komunikasi dalam sekolah dan

antara sekolah serta dengan komuniti. Sebagai pentadbir sekolah , kepimpinan demokratik
dapat memastikan sekolah itu berjalan dengan lancar , demi untuk memastikan suasana
pembelajaran yang kondusif untuk pelajar . Pengetua seperti ini menumpukan perhatian ,
misalnya kepada penyediaan senarai tugas stafnya , peraturan dan disiplin pelajar , pesanan
alat pembelajaran dan di samping memastikan suasana sekolah kondusif bagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan mengekalkan suasana yang kondusif ini semua
perancangan dapat berjalan dengan lancar dengan mendapat kerjasama semua pihak bagi
melicinkan lagi pentadbiran serta perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semua
yang terlibat juga dapat menyumbangkan idea idea yang dapat membantu dengan rasa gembira serta berpuas hati
apabila segala idea yang disumbangkan dibincang bersama demi untuk kemajuan pendididikan di sekolah . Dengan
perbincangan seperti ini maka idea-idea yang paling baik pasti digunakan dan dijalankan bagi kepentingan sokolah
dan pelajar-pelajar .
Kesimpulan
Berdasarkan kepada perbincangan yang diperkatakan di atas maka jelaslah kepada kita bahawa untuk menerajui
sesebuah organisasi pendidikan terutama untuk mencapai matlamat sekolah cemerlang, pengetua perlu mempunyai
ilmu pengetahuan yang relevan serta mempunyai kepakaran dalam pendidikan di samping mempunyai kebolehan
memimpin. Dalam masa yang sama pengetua adalah sebagai perancang yang berwibawa dan berkesan. Oleh yang
demikian aspek ini memerlukan ketelitian serta kemahiran yang tinggi bagi menangani pelbagai situasi yang mungkin
timbul seperti soal keberkesanan program, kerjasama antara staf, sumber kewangan dan sebagainya. Pentadbir
pendidikan seperti pengetua perlu mengikuti pelbagai kaedah atau program yang berkaitan dengan pendidikan terkini
sesuai dengan era kemajuan komunikasi dan maklumat (ICT). Sekolah yang berjaya dan cemerlang memerlukan
semangat kerja berpasukan harus diutamakan. Tanpa penyertaan semua pihak, perancangan yang diatur mungkin gagal
atau tidak berkesan. Amalan seperti ini boleh membawa kepada keberkesanan pembelajaran dan pengajaran serta
memberi impak kepada tercapainya matlamat sekolah cemerlang.
Hassan Mohd Ghazali 18
Paling penting sebagai pengetua harus mengharungi dasar-dasar yang diutarakan oleh KPM antara paling penting
ialah
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pembangunan sistem pendidikan kebangsaan berlandaskan
teras utama berikut:
Akses kepada pendidikan

Ekuiti dalam pendidikan

Kualiti dalam pendidikan

Kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan Berdasarkan teras utama ini, KPM merancang dan
melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan. Antaranya:

Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripad a segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar.

Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat.

Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia.

Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan

Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa. Segala dasar dan matlamat yang
ditentukan oleh KPM akan menjadi factor penggerak kepada kecemerlangan sekolah melalui
kepimpinan pengetua.
http://www.academia.edu/5416696/Kecemerlangan_sesebuah_sekolah_banyak_bergantung_pada_peranan_pentadbira
n_pengetua

Faktor Kepimpinan Sekolah


Menurut Porth (2000), budaya sesebuah sekolah banyak dipengaruhi oleh sikap pemimpinnya. Pemimpin yang akan
menentukan matlamat dan hala tuju sekolah tersebut.Pemimpin yang bersemangat tinggi , sedar tanggungjawab beliau
kepada staf, murid, ibubapadan masyarakat , sedar tanggungjawab kepada bangsa dan masyarakat sudah tentu
akanmemainkan peranan untuk membentuk budaya kerja yang cekap dan seterusnya budayasekolah yang cemerlang.
Pemimpin sekolah perlu memastikan keperluan semua guru danaspek kesediaan di ambil perhatian. Usaha untuk
membentuk budaya sekolah gayakepimpinan juga perlu berubah dari autokratik kepada distributif. Pemimpin
yangmengamalkan perkongsian kepimpinan akan melihat keupayaan, kebolehan subordinatnyasebagai satu aset untuk
membentuk budaya kerja profesional dan prestasi tinggi. HusseinMamood (1993), mengatakan kejayaan dan
kegagalan sesebuah sekolah di Malaysia banyak bergantung kepada pihak sekolah iaitu guru besar, guru-guru tetapi
kepimpinan guru besar adalah dikenalpasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali yang mempengaruhi kualitidan
kuantiti hasil sekolah.
Disokong kajian Huber (2004) sekolah yang diklasifikasikan sebagai berjayamempunyai pemimpin sekolah yang
kompeten dan sebaliknya sekolah yang tidak berjaya,tidak mempunyai pemimpin sedemikian. Lewis dan rakan-rakan
(2008), mencadangkan limaset amalan yang membentuk teras asas amalan kepimpinan yang berjaya iaitu
menetapkanhala tuju, membangunkan keupayaan manusia, mereka bentuk semula organisasi, mengurus program
pembelajaran, dan perilaku kepimpinan.Pertama, menetapkan hala tuju organisasi dimana pemimpin yang menetapkan
hala tuju yang jelas akan memberikan impak kepimpinanyang besar. Terdapat banyak masalah yang timbul sekiranya
pemimpin sekolah tidak menjalankan peranannya dan menyerahkan tanggungjawab beliau di sekolah kepada
pekerja- pekerja di bawahnya. Fenomena ini akan membentuk satu budaya kerja yang tidak cekap danselaras.
Kerjasama antara staf sukar dibentuk kerana setiap orang mempunyai pelbagai pendapat. Pelbagai masalah akan
timbul sekiranya ketua dalam organisasi tersebut tidak memainkan peranan beliau.
Faktor Kepimpinan Guru
Dalin (1993) juga menyarankan individu yang pertama perlu berubah dalam pembentukansesebuah budaya ialah guru.
Kesediaan guru untuk berubah mencari, belajar dan menguasaiilmu baru akan meningkatkan keupayaan, kebolehan,
kredibiliti guru untuk merubah budaya pembelajaran murid secara keseluruhannya. Kebiasaannya, pelajar menjadikan
guru sebagai
role model mereka kerana mereka menganggap guru sebagai golongan yang berpendidikan
dan berfikiran jauh ke hadapan. Stolp (1995), kepimpinan guru dapat mempengaruhi pelajar ke arah situasi
pembelajaran yang menggalakkan serta membentuk cara budaya pelajar yang sesuai. Tambahan pula, pengaruh guru
terhadap pelajar sangat besar sehinggakan kadangkalakepercayaan yang diberikan oleh pelajar kepada mereka tinggi
berbanding daripada ibu bapasendiri.Menurut Bath(2001) guru adalah pemimpin yang berperanan sebagai
agen perubahan. Guru melakukan perubahan ke atas sekolah dan bilik darjah. Selain itu, guru jugamemainkan peranan
sebagai pemimpin, inventor, pengajar, pengurus dan fasilitator kepada pelajar. Melalui peranan-peranan tersebut,
secara tidak langsung guru dapat menggabungkanelemen budaya seperti nilai, norma, bahasa, kepercayaan, simbol,
pengetahuan dan lain-lain.Apabila sifat budaya yang diterapkan oleh guru menjadi ikutan pelajar, maka amalan ini
akanmembina budaya sekolah
Faktor Disiplin Sekolah
Abdullah Sani Yahaya (2003), budaya sekolah amat berkait rapat dengan disiplin sekolah.Jika budaya sekolah baik,
maka wujudlah disiplin yang baik dengan
zero defect
dalam semuaaktiviti pendidikan, iaitu tiada masalah P&P, tiada konflik, tiada pelanggaran disiplin, tiadamasalah
keceriaan sekolah dan sebagainya. Terdapat banyak masalah disiplin yang seringdilakukan oleh pelajar. Salah laku
yang ditunjukkan oleh pelajar banyak ragam seperti datanglambat ke sekolah, ponteng kelas, mencalarkan kereta guru,
tidak memakai lencana sekolahdan tidak menghormati guru. Semuanya melibatkan masalah disiplin yang kecil dan
masih boleh diperbaiki di mana boleh dikatakan pelajar ini adalah pelajar nakal. Tetapi berlainan pula dengan kes
memukul guru, mengugut bunuh, merokok, menghisap dadah atau ganja,merompak dan banyak lagi yang belum
didedahkan. Kebiasaannya, apabila pelajar terlibatdengan masalah disiplin akan menyebabkan mereka hilang minat
untuk belajar apatah lagimemikirkan masa depan.Menurut Tajul Ariffin (1990), masalah kemerosotan akhlak dan
disiplin pelajar seringditimbulkan. Masalah ini sekaligus membawa gambaran negatif kepada sistem pelajarankita.

Punca utama masalah ini ialah penekanan konsep pelajaran yang keterlaluan kepada isi pelajaran, lulus periksa,
pengkhususan yang terhad dan menumpukan kepada perkembanganintelek dan kemahiran semata-mata. Persoalan
pembinaan sikap, akhlak dan disiplindiabaikan. Jadi, pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting
untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasanadisiplin yang teratur
tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yangsecara amnya adalah selesa untuk suasana proses
pembelajaran. Ibrahim Mamat (2001), proses penyerapan disiplin yang dilaksanakan perlu mengambil kira 4 perkara
iaitu matlamat,corak, kaedah dan kesan. Matlamat akhir yang ditekankan ialah mewujudkan pelajar seimbang yang
serasi dengan masyarakat dan bukan yang mengenetepikan segala nilai dannorma yang dianuti
BUDAYA SEKOLAH : MEWUJUDKAN IKLIMSEKOLAH YANG POSITIF
IKLIM & PERSEKITARAN SEKOLAH
Sudah menjadi fitrah setiap manusia yang cinta akan sesuatu yang cantik, bersih dan ceria.Begitulah juga dengan
pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan persekitaran sekolah yang baik bagi merangsang pembentukan jiwa yang
tenang dan aman dalam menimba ilmu pengetahuan. Jadi tidak hairanlah mengapa pihak pengurusan sekolah amat
menekankanaspek iklim dan persekitaran sekolah yang baik. Mana mungkin pelajar dapat belajar dengantenteram
sekiranya persekitaran sekolahnya kucar kacir, kotor, berbau dan bising. Di tambah pula dengan hubungan antara
pelajar dengan guru yang sentiasa tegang, guru yang tidak mesra, sikap pelajar yang nakal dan suka bergaduh. Hal ini
boleh menyumbang ke arah pemerosotan prestasi pelajar, masalah ponteng dan disiplin pelajar yang sukar
untuk dibendung kesan daripada iklim dan persekitaran sekolah yang negatif. Pusat Perkembangan
Kurikulum (1981) mendefinisikan
iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di manakeadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra,
riang dengan pembelajaran
yang lancar
. Sebuah sekolah boleh mengalami iklim positif dan negatif (Smith, 1995). Padakebiasaanya, sebuah sekolah yang
iklimnya dianggap positif mempunyai ciri-ciri fizikalsekolah yang bersih dan menarik, hubungan sosial yang baik
antara semua warga sekolahserta suasana kerja yang produktif. Manakala iklim negatif atau tertutup
lazimnyamempunyai keadaan sekolah yang kucar-kacir, kurang selamat, tidak tenteram dan teratur,malah sering
menghadapi konflik dan masalah disiplin (Mok Soon Sang, 2003).
Usaha untuk mewujudkan suatu iklim yang sihat amat penting dalam membinasekolah yang berkesan. Salah satu
aspek penting dalam iklim persekolahan adalah faktor keceriaan. Menurut Kamus Dewan, ceria dapat diertikan
sebagai sesuatu yang cantik, bersih,suci dan murni dalam sesuatu ruang atau kawasan tertentu. Manakala
menceriakan bermaksud menjadikan sesuatu ruang atau kawasan tertentu kelihatan ceria, bersih, dan cantik dengan
mengindahkannya, memurnikan, menyucikan serta mendidik dan memelihara.Oleh hal yang demikian, semua warga
sekolah patut berganding bahu dalam mewujudkaniklim sekolah yang positif dengan mengindahkan kawasan sekolah
seperti menanam pokok- pokok bunga, memelihara kebersihan, melukis mural yang sesuai serta menghiasi bilik
darjahdengan pelbagai bahan pengajaran yang menarik (Abdullah Sani bin Yahya, 2007). Sekiranya
keceriaan sekolah tidak dijaga, hal ini akan mewujudkan suasana sekolah yang mati dan
membosankan apabila kita menjejakkan kaki ke kawasan sekolah tersebut. Dengan keadaansekolah yang tidak teratur,
rumput-rumput tumbuh meliar dan panjang, kereta dan basikalyang tidak tersusun, bilik darjah, tandas dan makmal
yang kotor, cermin-cermin tingkap yang penuh dengan debu, longkang yang tersumbat dan berbau busuk serta
kawasan sekolah yang penuh dengan sampah sarap. Iklim sekolah yang sebegini akan mengganggu proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah seterusnya menggambarkan bagaimana sikap dan budaya negatif warga sekolah tersebut.
Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang pentingterhadap pembentukan tingkah
laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggota-anggota di dalamnya (Abdullah Sani bin Yahya, 2007).
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sekolah yang berpencapaiaan tinggi mempunyai tahap keceriaan yang
lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya kurang ceria (
Mohd Redzauddin bin Ismail
, 2008).Oleh hal yang demikian, suasana dan iklim sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar untuk
belajar dengan tenteram dan selesa. Selain itu, apabila kawasan persekitaransekolah yang cantik dan ceria, pelajar
tidak akan jemu untuk hadir ke sekolah lagi keranamerasa bahagia berada di kawasan sekolah. Hal ini bukan sahaja
dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar malah masalah disiplin pelajar dapat
dikurangkankerana emosi pelajar tidak terganggu. Dalam masa yang sama, sesebuah sekolah yang cantik dan menarik
pasti akan mendapat pujian daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak mereka

ke sekolah. Mereka akan bertambah yakin dengan pihak pentadbiran sekolah yang mampu mewujudkan suasana
sekolah yang kondusif bagi membantu proses pembelajaran anak-anak mereka.
Sememangnya sudah menjadi impian untuk setiap warga sekolah untuk menjadikansekolah masing-masing yang
terbaik di antara yang terbaik. Tetapi tidak dinafikan terdapathalangan-halangan tertentu dalam merealisasikan hasrat
tersebut. Salah satu halangan tehadapmelaksanakan sesuatu projek keceriaan biasanya timbul daripada masalah
kewangan. Dalamhal ini, semua pihak patut bekerjasama termasuklah, pengetua, guru-guru, staf-staf sekolah, para
pelajar dan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Pihak sekolah perlu berusahamencari penaja, pelajar pula
boleh menjalankan kutipan derma melalui program-programtertentu, guru-guru pula membantu para pelajar
menjalankan program-program amal. Selainitu, gotong-royong secara berkala, pertandingan keceriaan kelas,
membersihkan kawasansekolah 5 minit sebelum kelas bermula, mampu memastikan kebersihan dan keceriaan kelasdi
tahap yang baik. Kadang kala halangan untuk mewujudkan budaya cinta akan kebersihandan keceriaan sekolah adalah
berpunca daripada segelintir guru dan para pelajar yang engganmemberikan kerjasama. Oleh itu, sikap dan gaya
kepimpinan pihak pengurusan sekolah yang berwibawa seharusnya mampu menangani halangan ini dengan
sebaiknya. Sekiranya iklimdan persekitaran sekolah dalam keadaan yang bersih dan ceria, sudah pasti motivasi
dan prestasi pelajar dapat ditingkatkan ke tahap yang optimum seterusnya mewujudkan budayasekolah yang positif.
http://www.academia.edu/3783912/NOTA_BUDAYA_SEKOLAH

5. Budaya dan iklim Sekolah


Budaya sekolah merupakan suatu sistem sosial yang kompleks. Guru menyampaikan ilmu dan kemahiran
kepada pelajar dalam bilik darjah sebenarnya hanyalah sebahagian kecil daripada sistem sosial di sekolah.
Guru bukan sahaja memerlukan suasana bilik darjah yang kondusif dan menarik bagi menyampaikan
pengajaran berkesan tetapi juga memerlukan suasana dan persekitaran keseluruhan sekolah yang teratur dan
terurus dengan baik. Dengan ini tersandarlah tanggungjawab kepada pengetua dan guru besar untuk
membentuk budaya dan iklim sekolah yang baik. Dengan kata lain, budaya sekolah yang baik turut
membantu dan menyokong keberkesanan pengajaran guru dalam bilik darjah. Iklim sekolah yang berkesan
sering dikaitkan dengan kepatuhan pelajar terhadap peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah. Cerminan iklim sekolah yang baik itu ialah pelajarnya sentiasa menghargai masa, patuh
kepada arahan guru dan sentiasa bersedia mengharumkan nama serta imej sekolah. Iklim sekolah yang baik
juga dapat dilihat melalui penyertaan aktif ibu bapa dan NGO.
6. Pengetua dan Guru Besar Sebagai Penyelesai Masalah
Sebagai pemimpin kurikulum atau pemimpin instructional , pengetua atau guru besar hendaklah mendengar
semua masalah yang disuarakan kepadanya dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan
kadar yang segera. Oleh itu, pengetua atau guru besar hendaklah banyak membaca ,berbincang dan berusaha
meningkatkan tahap profesionalisme mereka supaya mudah membantu pihak lain jika perlu. Dengan ini,
diharapkan dengan bantuan, sokongan dan peranan mereka sebagai penyelesai masalah atau trouble shooter
segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah mereka dapat dilaksanakan dengan baik dan
berkesan.
http://sipenmerah.blogspot.my/2013/03/peranan-pemimpin-instructional.html

TAJUK :Bincangkankan Gaya Kepimpinan Pengetua .


1.0 Definisi
Dalam kajian dan penulisan tentang sekolah efektif tidak terdapat satu jenis gaya kepimpinan yang
dikatakan lebih baik daripada yang lain . Walaubagaimanapun , begitu banyak saranan telah dibuat tentang
kepimpinan cara demokrasi , yang dikatakan lebih berkesan daripada kepemimpinan secara laissez-faire ,
atau kepemimpinan secara autokratik . Kajian juga menunjukkan bahawa gaya kepimpinan yang bercorak
kepada gaya orientasi tugasan ( task-oriented ) dan orientasi manusia ( person-oriented ) daripada
bercorakkan kepimpinan laissez faire atau autokratik . Ini bererti bahawa kedua-dua gaya kepimpinan ,
iaitu gaya orientasi tugasan dan orientasi manusia perlu digunakan mengikut keperluan keadaan .
2.0 Konsep Kepimpinan
Pengetua sentiasa disifatkan sebagai pemimpin sekolah kerana kedudukan dan jawatannya yang
berwibawa . Kepimpinanan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks .

Dalam pada itu , terdapat berbagai bagai jenis pemimpin seperti pemimpin politik , pemimpin organisasi ,
pemimpin pelajar dan lain lain lagi . Dalam konteks ini , pemimpin boleh dilihat sebagai seseorang yang
diiktirafkan oleh satu atau lebih daripada satu orang , bahawa pemimpin mempunyai pengaruh , berwibawa ,
dan mempunyai kuasa sama ada jangka pendek atau jangka panjang dalam situasi yang tertentu . Dengan
ini , maka adalah jelas bahawa pemimpin ditentukan oleh peranan dan bukannya oleh kedudukan .
Seseorang yang dilantik sebagai pengetua , dijangka akan memainkan peranan pemimpin , iaitu , sebagai
pemimpin pendidikan .
3.0 Gaya Kepimpinan
Gaya kepimpinan seseorang pengetua akan mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran di sekolah :
Terdapat tiga gaya kepimpinan utama yang dipraktikkan oleh pemimpin iaitu gaya kepimpinan Demokratik ,
gaya kepimpinan Autokratik , dan gaya kepimpinan Laissez-faire .
Di bawah ini , dibincangkan tentang gaya kepimpinan demokratik oleh seorang pengetua dalam
mewujudkan kecermelangan pencapaian akedemik dan sahsiah di kalangan pelajar serta menanam semangat
profesionalisme yang tinggi terhadap guru-guru dan kakitangan..
Kajian tentang perubahan atau kemajuan organisasi mengatakan bahawa sesuatu inovasi memerlukan
keadaan yang dapat menggerakkannya , supaya ia dapat dilaksanakan . Salah satu penggerak adalah dengan
adanya cara kepimpinan demokrasi .
Mengikut gaya kepimpinan seperti ini , mereka yang akan terlibat dalam perlaksanaan perubahan atau
mereka yang mendapat kesan daripada perubahan itu , diberi peluang untuk berbincang dan membuat
keputusan . Misalnya , dalam perlaksanaan kurikulum baru di sekolah , pihak yang terlibat dengan
perubahan itu ialah guru , dan pihak yamg mendapat kesan daripada perubahan itu ialah pelajar . Mengikut
cara kepimpinan demokrasi , kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar juga terlibat dalam perancangan , dan
membuat keputusan tentang perlaksanaan kurikulum itu . Cara ini boleh menimbulkan semangat
kesanggupan untuk bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu program . Cara demikian dikatakan dapat
memberi kepuasan kepada mereka . Hord (1986) telah mengatakan bahawa sebarang perubahan dan inovasi
yang hendak dilaksanakan , perlulah dilakukan dengan cara yang bijaksana , beserta dengan usahasama
antara pemimpin dengan rakan sejawatannya atau stafnya . Oleh yang demikian , kepimpinan merupakan
tingkahlaku pemimpin bagi mencari jalan untuk melaksanakan sesuatu program atau tugasan , yang
bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi itu . Walau bagaimanapun kepimpinan pengetua yang
berkesan bukanlah bererti kepimpinan yang berjaya mendorong stafnya membuat perubahan semata-mata ,
tetapi juga merupakan kepimpinan yang berjaya dalam menyelesaikan masalah secara bersama-sama .
Apa yang jelas , pengetua sebagai pemimpin di sekolah haruslah melakonkan peranannya dengan cara yang
berkesan bagi membawa perubahan dan kemajuan dari segi amalan dan budaya yang terdapat di
sekolahnya . Dengan ini sesiapa yang menjadi pemimpin perlu berkerjasama dengan orang lain dan bekerja
melalui mereka iaitu guru , pelajar , dan staf sekolah . Dengan cara demikian , inovasi dapat dilaksanakan ,
idea-idea baru dapat dikemukakan oleh pemimpin , matlamat sekolah dan matlamat pengajaran serta
peranan masing-masing dapat ditetapkan , keberkesanan pelaksanaan inovasi dapat dinilai dan pelbagai
lagi . Pengetua sebagai pemimpin sekolah hendaklah menjadi teladan dengan bekerjasama dengan rakan
sejawatan atau dengan staf .
Boleh dikatakan bahawa gaya kepimpinan demokratik amat berkesan di samping bergantung kepada
kawalan dan pengaruh yang diberikan kepada seseorang pemimpin oleh sesuatu situasi . Gaya kepimpinan
paling efektif akan berubah ikut situasi , ini bermakna tiada satu gaya kepimpinan yang paling efektif .
Dalam situasi mana seorang pemimpin mempunyai kawalan dan pengaruh yang tinggi terhadap pemimpin
berkenaan sesuatu tugas . Gaya kepimpinan ini amat disukai oleh para guru dan staf lain kerana ia lebih
banyak berbincang atau membuat keputusan bersama-sama . Dengan ini akan menimbulkan suasana
kondusif menyebabkan guru-guru dapat menumpukan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tenang dan
gembira serta semangat yang jitu demi memartabatkan lagi profesion perguruan . Guru juga berasa bebas
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas kerana gaya pengajaran tidak perlu terikat dengan
sukatan mata pelajaran sepenuhnya tetapi mengikut tahap atau kemampuan murid serta `mood`pembelajaran
pada sesuatu masa . Sesi perbincangan juga dapat memberi kesempatan kepada guru-guru untuk mereka
memberi idea-idea kepada pentadbir demi untuk memajukan lagi pendidikan di sesebuah sekolah .
Perbincangan sebegini sebenarnya boleh mencetuskan lagi idea-idea yang difikirkan masing-masing serta
membuat teguran yang positif tanpa merasa takut atau rendah diri terhadap rakan setugas yang lain dan
pengetua sendiri . Keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan atau pencapaian

sekolah dalam peperiksaan di samping mewujudkan rasa kepuasan bekerja dalam sesebuah sekolah itu . Di
dalam organisasi sekolah , keberkesanannya adalah tanggungjawab pengetua sekolah itu sendiri . Dia
bertanggung jawab terhadap prestasi dirinya sendiri dan juga guru , pelajar serta staf-staf yang lain di
sekolahnya . Tidak akan wujud prestasi , tanpa kepemimpinan yang berkesan , yang perlu dikuasai melalui
proses pembelajaran . Dengan ini dapat dibuat kesimpulan bahawa apa yang membezakan keberkesanan
sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain adalah kepimpinan pengetuanya .
Sekiranya kecemerlangan sekolah hendak dicapai , seseorang pengetua itu mestilah memainkan peranan
pemimpin yang berketerampilan seperti menjadi pemimpin yang teknikal yang seharusnya memainkan
peranan sebagai jurutera pengurusan . Kepimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik pengurusan
yang cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang
maksimum . Kemahiran ini termasuklah aspek perancangan , pengelolaan , penjadualan , dan penyelarasan .
Pengetua juga sebagai pemimpin manusia . Dalam hal ini pengetua memainkan peranan sebagai jurutera
manusia . Maksudnya pengetua sewajarnya mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia , dan
perhubungan individu serta mampu menggerakkan atau memotivasikan stafnya . Ini adalah langkah untuk
melibatkan staf dalam membuat keputusan bersama . Seterusnya pengetua juga mestilah memainkan
peranan sebagai penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan sesuatu yang
hendak dicapai melalui perbincangan . Ini termasuklah aktiviti seperti melawat kebilik darjah dan di
kawasan sekolah , mengetuai upacara rasmi di sekolah . Di samping itu pengetua yang memainkan peranan
ini juga mempunyai wawasan sebagai satu unsur kepimpinannya . Kepimpinan seperti ini meletakkan
pengetua sebagai tumpuan perhatian bagi semua guru dan pelajar .
Pengetua juga diibaratkan sebagai pemimpin budaya , dalam hal ini , pengetua memainkan peranan sebagai
high priest . Kepimpinan budaya ini sangat penting bagi mencapai kecermelangan sekolah . Pengetua yang
menjalankan peranan ini dapat dilihat menerusi usaha-usahanya mencari , mentafsir dan memperkukuhkan
nilai , kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang unik .
Peranan ini termasuklah mengadakan aktiviti sosialisasi guru dan pelajar dengan budaya sekolah . Ini
termasuklah mengadakan upacara memberi hadiah atau penghargaan kepada sesuatu kejayaan yang dicapai .
Kepimpinan seperti ini sering memperlihatkan usaha bagi mengekalkan imej dan prestij sekolah . Di
samping itu , peranan ini juga melibatkan usaha untuk menarik perhatian setiap orang guru dan pelajar di
sekolah dan juga orang lain terhadap pencapaian matlamat sekolah dan perhubungan yang mesra .
Dalam gaya kepimpinan demokratik , pengetua juga menggunakan ciri-ciri humaniratin atau modestly
effective . Fokus utama pengetua bercirikan demikain adalah iklim sekolah atau perhubungan antara
perorangan . Apabila membuat keputusan , pengetua ini mengamalkan penglibatan bersama , yang bertujuan
untuk menglibatkan dan mendorong staf dalam membuat keputusan bersama . Oleh yang demikian staf akan
merasa dihargai . Pengetua seperti ini menunjukkan tingkahlaku yang proaktif dalam membuat keputusan
yang melibatkan aspek iklim .
Jika sesuatu keputusan yang akan diambil , pengetua terlebih dahulu akan berbincang dengan stafnya serta
keputusan yang akan dibuat adalah berasaskan maklumat dan kajian penyelidikan dan hasil analisis
maklumat ini menjadi sumber untuk membuat keputusan . Dari segi matlamat pula , pengetua memilih
pelbagai sumber dan meletakkan pengharapan yang tinggi kepada para pelajarnya . Matlamat jangka pendek
digubal dan digunakan sebagai landasan interaksi dengan staf , agar haluan yang hendak ditujui dapat
dipersetujui bersama .Pengetua juga menggunakan pelbagai strategi bagi memajukan pelajaran dengan
mengambil kira kesemua faktor yang mempengaruhi pengalaman pelajar di sekolah dan di bilik darjah .
Kriteria pemilihan strategi itu bergantung pula pada matlamat faktor , konteks , dan masalah yang
ditanggapkan . Walau bagaimanapun , pengetua yang bertindak sebagai penyelesai masalah ini banyak
menggunakan strategi faktor khusus untuk mencapai matlamatnya . Dia juga mempunyai pemahaman yang
jelas tentang faktor tersebut dan pemahaman ini berasaskan penyelidikan dan pertimbangan professional .
Dengan gaya kepimpinan ini pengetua dapat menyebarkan dengan jelas matlamat mereka kepada komuniti
sekolah dengan menggunakan strategi yang berkesan , seperti membina dan mengekalkan perhubungan dan
kemahiran staf , mengadakan kemudahan komunikasi dalam sekolah dan antara sekolah serta dengan
komuniti .
Sebagai pentadbir sekolah , kepimpinan demokratik dapat memastikan sekolah itu berjalan dengan lancar ,
demi untuk memastikan suasana pembelajaran yang kondusif untuk pelajar . Pengetua seperti ini
menumpukan perhatian , misalnya kepada penyediaan senarai tugas stafnya , peraturan dan disiplin pelajar ,
pesanan alat pembelajaran dan di samping memastikan suasana sekolah kondusif bagi proses pengajaran dan
pembelajaran.

Dengan mengekalkan suasana yang kondusif ini semua perancangan dapat berjalan dengan lancar dengan
mendapat kerjasama semua pihak bagi melicinkan lagi pentadbiran serta perjalanan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah . Semua yang terlibat juga dapat menyumbangkan idea idea yang dapat
membantu dengan rasa gembira serta berpuas hati apabila segala idea yang disumbangkan dibincang
bersama demi untuk kemajuan pendididikan di sekolah . Dengan perbincangan seperti ini maka idea-idea
yang paling baik pasti digunakan dan dijalankan bagi kepentingan sokolah dan pelajar-pelajar .
4.0 Kesimpulan
Daripada faktor-faktor yang telah dijelaskan maka boleh dikatakan bahawa gaya kepimpinan demokratik
adalah satu gaya kepimpinan yang terbaik di antara gaya-gaya kepimpinan yang lain seperti autokratik dan
laissez-faire . Ini adalah kerana gaya kepimpinan demokratik adalah berpusatkan kerjasama serta pemilihan
yang lebih adil seperti mengadakan perbincangan dengan guru-guru , membuat keputusan bersama ,
meminta pandangan atau nasihat daripada guru-guru lain dan staf sokongan malah pelajar sendiri sebelum
membuat sesuatu keputusan atau tindakan berbanding dengan gaya kepimpinan autokratik yang lebih
mementingkan idea dan keputusan sendiri serta suka menonjolkan diri dan mengarah guru atau staf
sokongan sama ada dalam hal menjalankan tugas atau dari segi tingkah laku . Begitu juga jika dibandingkan
dengan gaya kepimpinan laisez-faire yang lebih fasif dan tidak menggunakan kuasa dan tidak berusaha
untuk kebaikan atau kemajuan sekolah .

http://tuanmat.tripod.com/gayapimpinan.html
Kepentingan Budaya Sekolah Kolaboratif yang berkesan
Berdasarkan dapatan penyelidikan daripada pengkaji-pengkaji mengenai
budaya, sesebuah sekolah dengan budaya pembelajaran yang berkesan
ditandai dengan mempunyai ciri-ciri berikut;

1. Sekolah berusaha mengekalkan imej "komuniti profesional," sama dengan


bidang undang-undang atau perubatan. Guru menjurus kepada perkongsian dan
hala tuju yang sama, melibatkan diri dalam aktiviti kolaboratif, dan menerima
tanggungjawab bersama untuk pembelajaran murid (Newman & Wehlage,
1995).
2. Sekolah mempunyai misi yang jelas. Guru menghargai pertukaran pendapat dengan
rakan-rakan lain . Nilai-nilai yang kukuh wujud untuk menyokong persekitaran yang
selamat dan terjamin. Terdapat harapan yang tinggi pada semua orang, termasuk guruguru. Terdapat ketegasan dalam kepimpinan tetapi tetapi tidak tegar. ( Deal &
Peterson,1990)

3. Kepimpinan sekolah menggalakkan guru-guru untuk bekerjasama antara satu sama lain
dan dengan pihak pentadbiran dalam pengajaran supaya murid-murid lebih dibimbing
dalam pembelajaran (Fullan , 1993).

4. Pihak sekolah menyediakan tempat, ruang dan persekitaran bagi membolehkan keduadua pihak iaitu guru dan pelajar mewujudkan amalan pembelajaran (Rosenholtz , 1989)

Kajian yang dibuat oleh Velantine (2006), merumuskan bahawa sekolah


yang diurus dengan budaya demokrasi dan kolaboratif akan melahirkan
pelajar dengan pencapaian yang lebih tinggi dan lebih baik tahap kemahiran
dan pemahaman berbanding sekolah diurus mengikut cara tradisional iaitu
kepimpinan berbentuk direktif dan terasing mengikut jabatan atau bidang
(working in silo). (Darling- Hammond , 1997).
Menurut Fullan (1998), Pencapaian murid meningkat dengan ketara di
sekolah-sekolah yang mengamalkan budaya kolaboratif yang berupaya
memupuk komuniti pembelajaran profesional di kalangan guru-guru. Budaya
kerja kolaboratif memberi tumpuan berterusan terhadap usaha
meningkatkan amalan pengajaran berdasarkan data prestasi pelajar
(headcount), dan mempunyai hubungan terhadap standard dan menyokong
pembangunan guru dan kakitangan.
Gruenert (2005 ) pula telah menganalisa hubungan antara budaya sekolah
dan pencapaian murid menerusi satu kajian yang dilakukan ke atas 81
sekolah rendah, menengah dan sekolah-sekolah tunggi di Indiana, Amerika
Syarikat.
Kajian dibuat berasaskan andaian bahawa budaya sekolah boleh ditakrifkan
sebagai kepercayaan yang dipandu, andaian dan jangkaan yang jelas dalam
cara sekolah beroperasi (Fullan dan Hargreaves , 1996). Menerusi kajian
tersebut beliau mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara faktorfaktor budaya sekolah, iklim sekolah, kepimpinan dengan pencapaian murid.
Dapatan yang paling menarik ialah wujudnya korelasi yang signifikan antara
faktor budaya sekolah dan orientasi akademik murid , pengurusan
pengajaran, dan pencapaian pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran yang
dikaji iaitu matematik dan bahasa .
Daripada dua belas ujian hubungan antara budaya dan pencapaian pelajar,
sembilan daripadanya menunjukkan hubungan yang signifikan. Kajian ini
memberi isyarat yang jelas bahawa terdapat kaitan antara budaya sekolah
dengan prestasi murid. Keadaan ini kemudiannya menjadi dorongan kepada
pengkaji-pengkaji lain untuk meningkatkan kajian dan penyelidikan yang
menyokong budaya sekolah kolaboratif yang berkesan.
Menerusi satu kajian lain yang dilakukan ke atas sekolah nasional peringkat
pertengahan yang berjaya, Valentine , Clark, Hackmann , dan Petzko (2004),
memberikan pandangan praktikal mengenai budaya sekolah kolaboratif
yang berkesan di sekolah-sekolah yang berjaya yang dapat dijelaskan
seperti berikut;

1. Pengetua dan guru-guru berkongsi teras yang nilai-nilai dan kepercayaan


yang berpandukan program dan amalan, termasuk memberikan harapan
yang tinggi untuk semua pelajar, pendidikan keseluruhan kanak-kanak,
semua pelajar akan berjaya, dan dedikasi untuk kurikulum koheren,
Arahan berpusatkan pelajar, dan penggunaan data yang berkesan pelajar
formatif dan sumatif.
2. Pengetua melihat diri mereka sebagai pemimpin kolaboratif, seperti yang
dilakukan guru-guru mereka . Mereka memupuk kejelekitan dan peluang untuk
kerja-kerja kolaboratif di kalangan guru-guru yang tertumpu kepada bidang
kurikulum, pengajaran, dan penilaian.
3. Guru-guru juga amat komited untuk berkolaborasi, memenuhi peranan sekolah
sebagai pembuat keputusan, penyelaras pembangunan profesional, dan
memimpin dalam usaha meningkatkan pengajaran bilik darjah di seluruh
sekolah.

4. Pembelajaran Pelajar (pedagogi) dan pembelajaran dewasa (andragogi)


merupakan tumpuan sekolah-sekolah, dengan semua guru komited untuk
pembelajaran berterusan untuk pelajar dan diri mereka sendiri.

5. Struktur Sekolah, seperti pelajar, guru-guru dan kakitangan membuat jadual dan
membuat persiapan fizikal bilik darjah
yang direka dengan tujuan untuk
memupuk semangat berkolaboratif dan pembinaan hubungan di kalangan
pelajar - guru, pelajar - pelajar, dan guru - guru.

6. Pengetua dan guru menunjukkan bahawa membina " hubungan " di kalangan
orang dewasa adalah satu faktor utama dalam mewujudkan budaya sekolah
yang berkesan, dimana pengetua dan guru-guru kerap membincangkan
kepentingan hubungan dan hubungan yang terjalin itu menjadi kriteria dalam
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang perlu ditangani oleh
kakitangan.

Marzano , Waters, dan McNulty (2005 ) turut mengakui wujudnya kaitan


antara budaya sekolah, kepimpinan, dan pencapaian pelajar. Mereka
menyatakan, " Pemupukan budaya sekolah yang secara tidak langsung
memberi kesan kepada pencapaian pelajar adalah tema yang kuat dalam
kajian mengenai kepemimpinan pengetua". Dari meta-analisis yang
komprehensif, kajian empirikal kepimpinan dan pencapaian pelajar, mereka
menyifatkan tingkah laku kepimpinan utama yang menyokong budaya
kolaboratif di sekolah adalah seperti berikut:

1. Menggalakkan perpaduan di kalangan semua kakitangan,


2. Menggalakkan rasa kesejahteraan di kalangan semua kakitangan ,

3. membangunkan persefahaman mengenai hala tuju di kalangan semua kakitangan, dan

4. membangunkan wawasan yang dikongsi bersama tentang apa yang mereka mahu
berlaku ke atas sekolah mereka.

Mereka membuat kesimpulan bahawa setiap tingkah laku pemimpin secara


langsung berkaitan dengan budaya sekolah dan budaya sekolah itu pula
mempunyai kaitan yang rapat dengan pencapaian pelajar.
Dalam sintesis lain yang komprehensif berkaitan kajian kepimpinan yang
berkaitan dengan pencapaian pelajar, Cotton (2002 ) menghuraikan 26
tingkah laku utama yang menyumbang kepada pencapaian pelajar. Tingkah
laku tersebut terbahagi ke dalam lima kategori, dan salah satu kategori
tersebut mempunyai ciri-ciri sebagai budaya sekolah.
Jelas sekali, daripada kedua-dua kajian menyeluruh yang dilaksanakan oleh
komuniti penyelidikan pendidikan telah membuat kesimpulan bahawa
kepimpinan pengetua mempengaruhi budaya sekolah dan budaya sekolah
mempengaruhi pencapaian pelajar.
Pemimpin sekolah, sama ada dalam bentuk formal dan tidak formal,
membantu membentuk sifat budaya sekolah ( Leithwood ,2005) dan turut
memberi impak sifat penambahbaikan sekolah. Kepimpinan dan budaya
sekolah sangat berkait rapat, dalam kedua-dua aspek iaitu dalam
pembangunan mahupun kemampanan atau kelestarian reformasi sekolah.
Dantow (2005 ) menjelaskan hubungan ini sebagai: "Dalam sekolah-sekolah
yang mengekalkan pembaharuan, terdapat lebih kecendrungan wujudnya
kesinambungan kepimpinan ( tetapi tidak semestinya), komitmen kepada
pembaharuan di kalangan pihak berkepentingan utama, dan pembaharuan
itu merupakan ciri jelas struktur dan budaya sekolah". Pemimpin sekolah
memainkan peranan penting dalam membentuk budaya sekolah dan
pembaharuan. Kewujudan serta kelestarian reformasi amat berkaitan
dengan budaya sekolah.

Pada dasarnya, pengetua merupakan elemen yang paling penting di sekolah


yang sangat berjaya. Pengetua perlu untuk membuat ketatapan mengenai
perubahan, mewujudkan budaya perubahan dan organisasi pembelajaran,
dan untuk menyediakan sokongan dan tenaga bagi mengekalkan perubahan
dari masa ke masa sehingga ia menjadi satu cara hidup di sekolah.
Lama kelamaan , kepimpinan pengetua akan berjaya membentuk sekolah,
positif atau negatif. Tanpa kepimpinan yang berkualiti tinggi , sekolah yang
berkualiti tinggi tidak boleh wujud" (Valentine et al. , 2004). Pemahaman
tentang konsep budaya sekolah adalah penting jika pemimpin mahu
memberi impak sama ada terhadap budaya sekolah
dan pencapaian
pencapaian . Seksyen yang berikut memberikan pandangan mengenai
makna budaya sekolah.

Rumusan
Sebagaimana pentingnya budaya sekolah terhadap usaha penambahbaikan
sekolah, kita tidak harus terlepas pandang hakikat bahawa membentuk
budaya sekolah adalah satu proses yang kompleks. Pembentukan budaya
sekolah melibatkan adunan kepimpinan, hubungan , kepercayaan, tumpuan
pelajar, nilai, kepercayaan, dan lain-lain yang berkembang dan dipupuk
sepanjang masa.
Proses pembentukan budaya sekolah akan berlaku dari masa ke masa.
Budaya yang berkekalan, budaya penyayang dan budaya berkolaboratif
menjadi asas bagi kejayaan berpusatkan pelajar yang berterusan. Lebih
banyak kita berkolaboratif bersama-sama untuk belajar dan menyelesaikan
isu-isu permasalahan, ia akan memberi impak terhadap kejayaan pelajar.
Budaya kolaboratif terhasil apabila lebih banyak kita memberi kepercayaan dan hubungan. Ia
bermula dengan kepimpinan sekolah, berkembang melalui nukleus pemimpin guru , dan
akhirnya meresap seluruh kakitangan dan seterusnya masyarakat sekolah. Akhirnya, kita
mempunyai komuniti yang kolaboratif, komuniti profesional dan komunitikomuniti
pembelajaran.

http://www.assafii.com/v2/index.php/en/pembangunan-sumber-manusia/170-pemupukan-budayakolaboratif-dalam-usaha-penambahbaikan-sekolah

BUDAYA DALAM PENDIDIKAN


1.0
Pengenalan
Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan
atau komunikasi dan interaksi di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu
dengan anaknya atau seorang pengikut dengan ketuanya atau seumpamanya. Ia juga boleh
berlaku di antara individu dengan beberapa individu yang lain seperti di antara seorang anak
dengan kedua ibu bapa atau keluarganya atau dengan rakan sebaya, seorang guru dengan

murid-muridnya atau seumpamanya. Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan
dan penyebaran maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak
langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Proses ini
berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi
dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan perhubungan beribadah kepada
Tuhan. Sistem pendidikan Malaysia bermatlamat melahirkan insan yang seimbang daripada segi
jasmani, emosi, intelek, dan rohani seterusnya berupaya berperanan sebagai warganegara
produktif yang mampu mendukung visi dan misi negara. Bagi merealisasikan hasrat tersebut
kerajaan telah berusaha memastikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PPIP)
dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Menurut Hopkins (2005), kajian-kajian menunjukkan salah
satu faktor penghalang kepada pencapaian sekolah ialah budaya organisasi sekolah. Justeru,
reformasi pendidikan harus memberi fokus kepada budaya terlebih dahulu sekiranya mutu
pendidikan hendak ditingkatkan. Sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai persamaan daripada
segi, kurikulum, bentuk bangunan, kelayakan guru, dan prasarana. Namun yang membezakan
sekolah ialah unsur budaya sekolah dan unsur inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan
sekolah (Bolman & Deal, 1991; Huberman, 1992; Sharifah, 2000). Memandangkan budaya
dibentuk oleh warganya, maka budaya boleh berubah dan orang yang paling berpengaruh untuk
mengubah dan mencorakkan budaya sekolah ialah kepemimpinan sekolah (Deal & Peterson,
1999; Sergiovanni, 2000).
_________________________________________________________________________
2.0
Definisi
2.1
Definisi Iklim
Iklim Sekolah ialah sifat dan suasana yang ada di sekolah yang membezakannya dengan sekolah
yang lain. Sifat dan suasana yang ada di sekolah adalah hasil interaksi antara guru dan pelajar
serta masyarakat yang terdapat di dalam sekolah tersebut secara keseluruhannya.
Litwin dan Stringer (dalam Gunbayi, 2007:1) menjelaskan iklim sekolah didefinisikan secara
bervariasi oleh para ahli sebagai hasil dari persepsi subjektif terhadap sistem formal, gaya
informal kepala sekolah, dan faktor lingkungan penting lainnya yang memepengaruhi sikap,
kepercayaan, nilai dan motivasi individu yang berada pada sekolah tersebut. Namun demikian
variasi definisi iklim sekolah apabila ditelaah lebih dalam, terbahagi kepada tiga pengertian.
Pertama iklim sekolah didefinisikan sebagai keperibadian suatu sekolah yang membezakan
dengan sekolah lainnya. Kedua iklim sekolah didefinisikan sebagai suasana di tempat kerja,
mencakupi berbagai norma yang kompleks, nilai, harapan, kebijakan, dan prosedur yang
mempengaruhi pola tingkahlaku individu dan kelompok. Ketiga iklim sekolah didefinisikan sebagai
persepsi individu terhadap kegiatan, praktik, dan prosedur serta persepsi tentang tingkahlaku
yang dihargai, didukung dan diharapkan dalam suatu organisasi.
Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana
keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang
lancar. Ibrahim (1993:78) menegaskan bahawa iklim yang positif sangat perlu wujud di sesebuah
sekolah. Banyak kajian yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat hubungkait yang rapat antara
iklim sekolah dengan kejayaan murid. Sekiranya iklim baik, guru dan murid akan lebih bermotivasi
dan pada masa yang sama aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik.
Pemahaman iklim sekolah sebagai keperibadian suatu sekolah merujuk pada beberapa
pendapat berikut. Halpin dan Croft (dalam Tubbs dan Garner, 2008:17) menjelaskan iklim sekolah
sebagai sesuatu yang intangible tetapi penting untuk sebuah organisasi dan dianalogikan dengan
kepribadian seorang individu. Hoy dan Miskel (dalam Pretorius dan Villiers, 2009:33) menjelaskan
iklim sekolah merujuk kepada hati dan jiwa dari sebuah sekolah, psikologi dan atribut institusi
yang menjadikan sekolah memiliki keperibadian, yang relatif bertahan dan dialami oleh seluruh
anggota, yang menjelaskan persepsi kolektif dari tingkahlaku rutin, dan akan mempengaruhi sikap
dan tingkahlaku di sekolah
Menurut Hoy, Smith dan Sweetland (dalam Milner dan Khoza, 2008:158), iklim sekolah
dipahami sebagai manifestasi dari keperibadian sekolah yang dapat dievaluasi dalam di sebuah
kontinum dari iklim sekolah terbuka ke iklim sekolah tertutup. Iklim sekolah terbuka didasarkan
pada rasa hormat, kepercayaan dan kejujuran, serta memberikan peluang kepada guru,

kakitangan sekolah dan peserta didik untuk terlibat secara konstruktif dan kooperatif dengan satu
sama lain. Sorenson dan Goldsmith (2008:30) memandang iklim sekolah sebagai keperibadian
kolektif dari sekolah. Oleh kerana itu isi dari iklim sekolah adalah bagaimana kita memperlakukan
satu sama lain. Cohen et. al. (dalam Pinkus, 2009:14) menjelaskan iklim sekolah sebagai kualiti
dan karakter dari kehidupan sekolah, berdasarkan pola tingkahlaku siswa, orang tua dan
pengalaman personal sekolah tentang kehidupan sekolah yang mencerminkan norma-norma,
tujuan, nilai, hubungan interpersonal, praktik belajar dan mengajar, serta struktur organisasi.
Mengikut Moss(1979), beliau mendefinisikan bahawa Iklim Sekolah sebagai suatu sistem
sosial yang membentuk persekitaran pembelajaran. Fenomena ini berlaku adalah kerana pelajar
dari pelbagai latar dan pengalaman yang berbeza berada di dalam satu kumpulan di mana tingkah
lakunya banyak bergantung kepada bentuk protokol yang diwujudkan oleh pentadbir dan guruguru.
Iklim sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar, terutamanya melalui
pengenalan konsep kendiri, keberkesanan keupayaan bekerja dan kemampuan membina
hubungan yang baik dengan orang lain. Pengaruh sekolah memainkan peranan utama selepas
keluarga dalam pembentukan personaliti pelajar. Ada juga sesetengah pelajar menganggap
sekolah merupakan pengganti keluarga. Pengaruh guru dan rakan sebaya meninggalkan kesan
yang mendalam kepada diri pelajar. Oleh yang demikian peranan iklim sekolah amat bersangkut
paut dengan personaliti dan perkembangan kecemerlangan akademik pelajar serta keberkesanan
sesebuah organisasi sekolah itu sendiri.
Kesimpulan, Iklim sekolah dapat mempengaruhi ramai orang di sekolah. Misalnya, iklim
sekolah yang positif telah dikaitkan dengan emosi dan tingkahlaku siswa yang bermasalah. Iklim
sekolah, termasuk kepercayaan, menghormati, saling mengerti kewajiban, dan perhatian untuk
kesejahteraan lainnya, memiliki pengaruh yang kuat terhadap pendidik dan peserta
didik ,hubungan antara peserta didik, serta prestasi akademik dan kemajuan sekolah secara
keseluruhan. Iklim sekolah yang positif merupakan lingkungan yang kaya, untuk pertumbuhan
peribadi dan keberhasilan akademik. Kebanyakan kajian yang dijalankan tentang iklim sekolah
menunjukkan iklim sekolah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang bermotivasi dan
seterusnya membantu pelajar memperoleh pencapaian yang lebih baik dan guru-guru lebih puas
untuk bekerja.
Ringkasnya iklim sekolah adalah suasana yang menggambarkan sekolah yang teratur,
terkawal, tenang, dan tertib yang memungkinkan atau menyediakan satu suasana yang kondusif
kepada proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan positif, bukan suasana sebaliknya
seperti riuh-rendah ikut suka, kelam-kabut, hingar-bingar dan seumpamanya.
2.2
Budaya Sekolah
Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada
keperluan masyarakat. Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan
bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan
oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat
dikawal. Pendidikan nilai amat diutamakan. Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi
kurikulum formal dan kurikulum tidak formal. Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak
idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu.
Guru Besar dan Pengetua sebagai ketua di sekolah haruslah mempelopori atau menjadi juara
sesuatu budaya yang positif dan kesannya, ini akan menjadi ikutan dan akan dikenang sepanjang
zaman.
Terdapat beberapa contoh budaya yang perlu disemai seperti budaya penyayang, budaya
hormat-menghormati, budaya berani menyoal dan budaya membaca. setiap budaya yang
dinyatakan perlulah diiringi dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan contohnya budaya membaca
dimana, projek nilam diadakan pada setiap hari sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dijalankan. Di dalam projek nilam ini, setiap pelajar yang telah habis membaca sesebuah buku,
haruslah mencatat laporan ringkas buku yang telah dibaca itu tadi.
Sementara itu, Luthan (1995) mengetengahkan enam karakteristik penting dari budaya
organisasi, iaitu (1) obeserved behavioral regularities; iaitu cara bertindak dari para anggota yang

amat diperhati. Ketika anggota organisasi berinteraksi dengan anggota lainnya, mereka mungkin
menggunakan bahasa umum, istilah, atau ritual tertentu; (2) norms; yakni berbagai perilaku yang
ada, termasuk di dalamnya tentang pedoman sejauh mana suatu pekerjaan harus dilakukan; (3)
dominant values; iaitu adanya nilai-nilai inti yang dianut bersama oleh seluruh anggota organisasi,
misalnya tentang kualiti produk yang tinggi, absensi yang rendah atau efisiensi yang tinggi; (4)
philosophy; iaitu adanya kebijakan-kebijakan yang berkenaan dengan keyakinan organisasi dalam
memperlakukan pelanggan dan karyawan (5) rules; iaitu adanya pedoman yang ketat, dikaitkan
dengan kemajuan organisasi (6) organization climate; merupakan perasaan keseluruhan (an
overall feeling) yang tergambarkan dan disampaikan melalui keadaan ruang, cara berinteraksi
para anggota organisasi, dan cara anggota organisasi memperlakukan dirinya dan pelanggan
atau orang lain
Pemahaman tentang budaya sesungguhnya tidak lepas dari konsep dasar tentang budaya
itu sendiri, yang merupakan salah satu terminologi yang banyak digunakan dalam bidang
antropologi. Dewasa ini, dalam pandangan antropologi sendiri, konsep budaya ternyata telah
mengalami pergeseran makna. Sebagaimana dinyatakan oleh Peursen (1984) bahawa dulu orang
berpendapat budaya meliputi segala manifestasi dari kehidupan manusia yang berbudi luhur dan
yang bersifat rohani, seperti : agama, kesenian, filsafat, ilmu pengetahuan, tata negara dan
sebagainya.
Tetapi pendapat tersebut sudah sejak lama disingkirkan. Dewasa ini budaya diertikan
sebagai manifestasi kehidupan setiap orang dan setiap kelompok orang-orang. Kini budaya
dipandang sebagai sesuatu yang lebih dinamis, bukan sesuatu yang kaku dan statik. Budaya tidak
tidak diertikan sebagai sebuah kata benda, kini lebih bermaksud sebagai sebuah kata kerja yang
dihubungkan dengan kegiatan manusia. Dari sini timbul pertanyaan, apa sesungguhnya budaya
itu?
Marvin seperti disampaikan oleh Alan dan Philip (1996), secara ringkas memberikan
pengertian budaya sebagai cara kita melakukan hal-hal di sini.
Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir
daripada keperluan masyarakat. Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai,
simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang
dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti
pelajar dapat dikawal. Pendidikan nilai amat diutamakan. Pembudayaan di sekolah dilaksanakan
menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal. Budaya formal sekolah adalah apa yang
telah dirancang seperti aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Pelajar yang pandai dan aktif
akan mendapat sanjungan pihak guru dan sekolah. Manakala pelajar yang lemah dan kurang
cerdik akan tersisih. Budaya ini menyebabkan pelajar ini akan melakukan gelaja negatif bagi
menarik perhatian pihak tertentu atau pun untuk melepas naluri yang terhimpit. Mereka bebas
memilih budaya-budaya yang dianjurkan oleh rakan sebaya, media massa atau
keluarga.Sekiranya mereka memilih budaya negatif, maka akan wujudlah masalah sosial (Leonard
1937).
Terry dan Kent (1993) mentakrifkan budaya sekolah sebagai "realiti dalaman". Robbins dan
Alvy (1995) pula meluaskan definisinya sebagai "This inner reality reflects what organizational
members care about, what they are willing to spend time doing, what and how they celebrate, and
what they talk about."
Manakala Gary (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai, "beliefs,attitudes, and
behaviours that characterizes a school in terms of: how people treat and feel about each other; the
extent to which people feel included and appreciated; and rituals and traditions refelecting
collaboration and collegiality."
Raucek and Warren, 1979 (dalam Ting dan Sidek, 2007) melihat kebudayaan adalah satu
cara hidup yang dikembangkan oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya
untuk hidup, meneruskan zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya. Perkara-perkara
tersebut adalah seperti pengumpulan bahan-bahan kebendaan, pada organisasi sosial, cara
tingkah laku yang dipelajari, ilmu penegetahuan, kepercayaan dan aktiviti lain yang berkembang
dalam pergaulan manusia.
Sebagai kesimpulan bagi huraian ini, budaya adalah sesuatu perkara yang diwarisi yang
diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang seterusnya. Budaya ini diperturunkan

2.3

semasa di rumah atau di sekolah. Budaya adalah berkait rapat dengan kemajuan. Budaya amat
penting kerana ia dapat melindungi dari malapetaka dan ancaman. Justeru itu, pihak sekolah dan
ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan budaya positif dalam diri pelajar.
Dengan mengamalkan budaya yang positif, ia dapat meningkatkan pencapaian soal akademik,
sosial dan hubungan personal yang dicapai oleh sekolah dan seterusnya dapat memberi kesan
kepada negara.
________________________________________________________________________
Kepentingan Budaya dan Iklim Sekolah.
Terdapat banyak kepentingan dari segi budaya dan iklim sekolah yang boleh kita dapati. Budaya
dan iklim sekolah yang positif boleh memainkan peranan yang penting dalam kesihatan,
perkembangan emosi serta kemajuan akademik serta kokurikulum pelajar-pelajar. Peranan
budaya dan iklim yang positif jika diamalkan secara tidak langsung, ia dapat memberikan
sumbangan yang besar terhadap perhubungan interpersonal, di dalam kawasan sekolah tersebut.
Pertama adalah apabila sesebuah sekolah itu mengamalkan budaya dan iklim yang positif
dan berada dalam keadaan yang baik secara tidak langsung potensi dan imej sekolah tersebut
akan meningkat. Apabila kurangnya kes disiplin, ataupun tiada langsung sekolah terlibat akan
dikategorikan sebagai sekolah baik atau cemerlang. Sekolah sebegini akan menjadi tumpuan para
ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Contohya seperti Sek. Keb.
Zainab 2, dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif prestasi akademik mereka
meningkat dan sekarang sekolah tersebut dianugerahkan sebagai sekolah berprestasi tinggi.
Selain itu, guru-guru dan pelajar akan mempunyai hubungan interpersonal yang baik. Guruguru akan mempunyai sikap sayang dan mengambil berat semasa di sekolah di mana mereka
bertugas dan mereka akan sentiasa mengamalkan budaya mesra antara guru dan murid. Mereka
pasti akan berasa bangga kerana berada di sekolah tersebut yang sentiasa mengamalkan budaya
dan iklim yang positif. Contohnya, guru dan pelajar akan bertambah mesra kerana mereka
sentiasa mengamalkan budaya memberi salam dan bertanya khabar. Dalam keadaan ini, para
guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme mereka
untuk lebih berjaya. Manakala di kalangan pelajar pula, semangat sayang dan bangga akan
sekolah mereka akan sentiasa segar dalam ingatan dan jiwa mereka. Ini menunjukkan betapa
pentingnya budaya dan iklim positif di sekolah untuk membentuk pelajar yang berjaya.
Pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan meningkat kerana budaya dan iklim yang
kondusif dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran pembelajaran. Pengurusan di
sekolah akan dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Walaupun sukatan pelajaran telah
dikeluarkan oleh pihak kementerian pendidikan, tetapi guru tidak terikat dengan satu kaedah
pengajaran sahaja. Mereka bebas untuk menggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang difikirkan
sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran mereka mengikut kreativiti sendiri.
Pembelajaran yang kreatif penting untuk menarik minat pelajar.
Seterusnya, dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif ia akan dapat menarik
kepercayaan orang atasan ataupun orang luar. Dengan penampilan sekolah yang baik, serta
mempunyai budaya dan iklim yang baik mereka akan sentiasa mendapat kepercayaan daripada
pihak atasan untuk menganjurkan sesuatu aktiviti, projek ataupun kem motivasi. Pihak atasan
akan percaya dengan kemampuan sekolah-sekolah seperti ini. Apabila sesuatu program itu
berjaya dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, pihak penganjur tidak akan teragak-agak
untuk menganjurkan sekolah tersebut pada masa akan datang. Kerana dengan penganjuran ini,
secara tidak langsung ia akan meningkatkan imej orang atasan tersebut.
Dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif dan berkesan guru akan dapat
menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada
murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan
salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan
murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu
sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan
membosankan.
Kepentingan dominan dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif adalah sekolah
tersebut akan melahirkan keluaran pelajar-pelajar yang berkualiti. Pelajar-pelajar ini berkuakiti
kerana semasa di alam persekolahan mereka sentiasa mengamalkan budaya yang positif dan

berada dalam kawasan iklim positif. Seperti kata pepatah, merebung buluh biarlah dari rebungnya.
Pihak sekolah memainkan peranan untuk membentuk diri pelajar apabila berada di sekolah.
________________________________________________________________________
3.0
Usaha yang Menyumbang Kepada Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran.
3.1
Perubahan Pengajaran dan Pembelajaran
Seperti yang kita sedia maklum, setiap guru telah dibekalkan dengan pelbagai latihan yang
berkaitan sebelum melangkah masuk ke dalam dunia pendidikan. Tetapi, selepas mereka menjadi
seorang guru yang tetap, kebanyakan daripada mereka kurang mempraktikkan ilmu serta latihan
sepenuhnya dengan apa yang mereka telah pelajari sebelum ini. Berdasarkan kenyataan Salleh
(1998), kewibawaan seorang guru mulai diragui oleh masyarakat terutamanya oleh para ibu bapa.
Maklumat yang diperoleh oleh anak-anak mereka tentang pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku di dalam kelas, menyebabkan ramai ibu bapa sanggup mengeluarkan wang yang banyak
untuk menghantar anak-anak ke kelas-kelas tuisyen. Keadaan ini bertambah serius, apabila guru
yang sama mengajar di pusat tuisyen tersebut. Tetapi, apa yang peliknya di sini, pengajaran guru
tersebut berubah dari segi pengajaran dan pembelajaran, menarik perhatian dan berkesan bagi
murid.
Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku
sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan
pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya
mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu
objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang.
Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan
ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Kamus Dewan
mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan
menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu
proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala aliran
behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu cara
seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses
yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu.
Menurut Ting dan Sidek (2007) dengan bertambahnya pusat-pusat tuisyen berbayar yang
kebanyakannya diusahakan oleh guru-guru sekolah itu sendiri, maka kejayaan pelajar dalam
sesuatu mata pelajaran yang berkaitan bukanlah hasil titik peluh guru-guru mata pelajaran
berkenaan. Jangan berlagak seperti kita adalah jaguh yang membantu pelajar dalam kejayaan
mereka. Anugerah Khidmat Cemerlang oleh pihak pentadbir sekolah lebih memburukkan lagi
keadaan, kerana perkara sebegini tidak seharusnya berlaku dalam dunia pendidikan.
Tumpuan pengajaran kepada peperiksaan sebagaimana yang dipraktikkan di hampir
keseluruhan sekolah di negara ini telah mengetepikan beberapa perkara penting yang sepatutnya
disampaikan oleh guru kepada pelajar. Perkara ini adalah selaras dengan sistem orientasi
peperiksaan yang diamalkan dalam sistem pendidikan di negara ini. Kejayaan peperiksaan adalah
ukuran sama ada sekolah tersebut boleh melahirkan output yang berkesan dan berjaya dari segi
sistem persekolahan negara Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, elemen atau
unsur yang sepatutnya diterapkan di dalam setiap diri pelajar adalah mengandungi unsur atau
elemen iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Tetapi, seperti yang kita semua sedia
maklum, tumpuan kebanyakannya hanya diberi perhatian dari segi intelek, dan mengakibatkan
unsur yang tiga lainnya telah diabaikan demi untuk mencapai tahap intelek yang berkualiti.
Mengikut kajian, elemen dalam diri seseorang pelajar tidak akan lengkap sekiranya kurang dari
satu elemen seperti yang dinyatakan di atas. Tidak hairanlah, sekiranya keadaan ini masih
berterusan, kemungkinan sistem persekolahahan kita akan melahirkan pelajar-pelajar yang pintar
tetapi kurang dari segi jasmani, rohani serta emosi, tetapi akan layu, tidak berakhlak atau
bermoral serta cenderung untuk melakukan jenayah. Kenyataan ini dipetik dari petikan Ting dan
Sidek (2007).
Menurut Mok (1992), pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan
penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu manakala pembelajaran merupakan suatu

perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal dan stabil serta dihasilkan melalui pengalaman
atau latihan.
Hamzah (1999) memetik pendapat Hooser (1988) melihat bahawa kejayaan terdiri daripada
tiga unsur. Ketiga-tiga unsur ini amat berkait rapat antara satu sama lain. Ia merangkumi ilmu
pengetahuan, kemahiran dan sikap. Ilmu pengetahuan tidak dapat dinilai dengan sijil, diploma
ataupun pangkat. Ia juga bukanlah ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata pelajaran
atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di sesuatu tempat kerja. Ia
sebenarnya adalah pemahaman. Dalam dunia kepimpinan, kefahaman adalah apa yang
diperlukan oleh pengikut-pengikut daripada seseorang pemimpin merupakan pengetahuan kerja
yang praktikal. Pengetahuan dan kemahiran adalah perkara yang sama penting, kerana keduaduanya amat diperlukan bagi pembangunan diri. Kebolehan seseorang untuk mengaplikasikan
sesuatu idea dalam tugasan adalah merupakan satu kelebihan yang tidak dapat dipertikaikan.
Keberanian, profesionalisme, ketegaran serta kesabaran dan kemahiran mendengar adalah
diantara kemahiran-kemahiran khusus. Unsur yang terakhir adalah berkaitan dengan sikap. Sikap
adalah kunci bagi segalanya. Ia dapat disamakan seperti kehendak. Sesiapa juga boleh memiliki
pengetahuan dan kemahiran yang tertentu bagi melaksanakan sesuatu yang hebat, tetapi jika
tiada kehendak yang mendorong untuk menggerakkan sesuatu perkara yang dilakukan maka
hasilnya adalah potensi yang tidak dapat dimakbulkan.
Penggunaan bahan bantu mengajar dalam menyampaikan pengajaran dan perubahan bagi
membuat perubahan dari segi pengajaran dan pembelajaran kerana ia dituntut oleh seseorang
guru bagi menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang berkaitan. Papan kenyataan dalam bilik
darjah dapat menyebarkan maklumat yang merangsang pemikiran, memberi inspirasi dan
menggalakkan pelajar-pelajar. Sebagai contoh yang boleh dijelaskan di sini, seseorang guru boleh
memaparkan pernyataan atau soalan yang mencabar ataupun gambar-gambar yang mempunyai
maksud yang samar-samar pada papan kenyataan. Jika matlamat seseorang guru itu adalah
untuk memberi inspirasi kepada pelajar supaya terus melibatkan diri dalam kegiatan berfikir,
beliau boleh juga berusaha dengan memaparkan pada papan kenyataan bilik darjahnya petikanpetikan, tarikh peristiwa-peristiwa inovatif, atau pun profil orang-orang yang telah memberi
sumbangan penting terhadap alam pemikiran. Papan kenyataan pemikiran ini juga boleh
memaparkan dokumen-dokumen, maklumat-maklumat, diari ataupun jurnal tokoh-tokoh yang
keunggulan pemikiran mereka yang telah mengubah keadaan hidup manusia. Juga, sekadar
mengingatkan sahaja, amat penting bahawa segala jenis hasil karya pelajar turut dipaparkan
secara berterusan pada papan kenyataan untuk menggalakkan pelajar agar terus bergiat aktif
dalam penagajaran dan pembelajaran di dalam kelas (Sudrajat, 2001).
Melalui pembelajaran secara tradisional, para pelajar terkongkong dalam suatu situasi yang
sempit dimana ruang dan masa telah ditetapkan oleh pihak sekolah, ini secara tidak langsung
membawa mereka ke arah satu gaya pemikiran yang terhad dan tidak terbuka (Norjihan, Norhana
dan Irmayanti, 2005). Hasilnya, para pelajar ini tidak dapat mengaitkan konsep yang dipelajari di
dalam kelas dengan kehidupan seharian mereka di luar kelas.
Berbeza dengan sistem ini, e-tuisyen mengimplementasikan teknologi multimedia dimana
semua elemen-elemen multimedia digabungkan untuk menghasilkan satu kaedah pembelajaran
interaktif yang lebih menarik dan efektif disamping menyediakan para pelajar satu suasana
pembelajaran yang tidak membosankan. Disamping itu juga, ia membenarkan mereka meneroka
ilmu-ilmu baru tanpa halangan masa dan keadaan serta membawa pelajar kepada satu kaedah
pembelajaran yang bersifat penemuan dan penerokaan.
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan satu proses pengajaran yang
menghasilkan satu proses pembelajaran yang berkesan dimana ianya dapat mengubah tingkah
laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar (Salihan, 2001).
Dengan kata yang lebih mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, kefahaman dan
lebih menghayati apa yang disampaikan serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan
proses pengajaran yang telah dijalankan. Berikutan dengan itu, pertimbangan yang sewajarnya
perlu diberi dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara optimum
dan berkesan. Kenyataan ini disokong oleh (Salihan, 2001)
Kaedah pendidikan pada masa kini seharusnya lebih memberikan penekanan terhadap
budaya berfikir dimana para pelajar didedahkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran

yang mampu menjana mereka ke arah pemikiran secara kritis dan kreatif. Ini bermakna guru
harus mahir dalam menggunakan pelbagai teknik dalam merekabentuk kaedah pengajarannya
agar maklum balas daripada pelajar melalui proses interaksi mampu menjana pemikiran para
pelajar ini (Zaini, 2001).
Menurut Hamidin (2003), pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan
proses pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar yang menghasilkan proses pengajaran
tersebut. Ia dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda
serta jasad pelajar. Dalam bahasa yang mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham,
menghayati bahan yang diajar, meningkat kemahiran dalam aspek kognitif dan manipulasi mereka
serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalani.
Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan yang dijalani.
Pembelajaran berasaskan web atau e-pembelajaran merupakan hasil daripada
perkembangan dan kemudahan teknologi internet, dimana ianya telah membawa kepada satu
kaedah pembelajaran yang baru ke arah mewujudkan keberkesanan penyampaian ilmu pada
zaman siber ini. Secara umumnya, pembelajaran merupakan sebarang sumber pembelajaran
yang menggunakan rangkaian elektronik seperti LAN, WAN ataupun internet untuk penyampaian
isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
yang disampaikan melalui media ini adalah berbentuk multimedia iaitu kombinasi daripada
elemen-elemen seperti teks, grafik, animasi, audio dan video.
(Learnframe, 2001). Ini
merupakan satu alternatif yang akan meningkatkan lagi minat para pelajar untuk meneroka
pengetahuan-pengetahuan yang baru. Menurut saya, pembelajaran seperti ini akan lebih
berkesan serta dapat menarik minat pelajar. Pelajar tidak akan mudah berasa bosan semasa sesi
pembelajaran. Kaedah ini juga boleh memudahkan kerja guru.
Sebagai kesimpulan penghasilan sistem e-tuisyen ini adalah lebih kepada membantu para
pelajar megulangkaji pelajaran dalam suasana yang berbeza sama ada dari segi ruang
persekitaran, penyesuaian masa ataupun teknik penyampaian yang digunakan. Antara kita sedar
ataupun tidak, sistem seumpama ini bukanlah sesuatu yang baru, ia sebenarnya sudah lama
bertapak dalam dunia pendidikan di negara kita dan kini semakin popular dan diminati di kalangan
para pelajar.
Selain itu juga, pembelajaran interaktif merupakan satu kaedah yang menggunakan unsur
mutimedia dan mebolehkan pengguna berinteraksi dengan teks,grafik,bunyi, animasi dan vedio
untuk mendapatkan maklumat dan mesej yang disampaikan dalam bentuk yang menarik (Colin,
John, Lexie, 1993).
Bagi pendapat saya, dan ini disokong oleh Colin, John, Lexie, 1993. Pendidikan elektronik
yang menggunakan aplikasi mutimedia yang membentuk satu teknik pembelajaran yang interaktif
ini adalah penting supaya dapat mencapai beberapa objektif seperti berikut. Pertama,
mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria, interaktif dan lebih efektif dikalangan pelajar.
Kedua sesuatu maklumat atau mesej dapat disampaikan dengan cara yang kreatif dan dapat
menarik perhatian pelajar. Selain itu, ia juga dapat merangsang minat pelajar-pelajar untuk belajar
dan meningkatkan daya tumpuan dan pemahaman.
Menurut Paul dan David (2000), perkembangan pusat sumber dalam bilik darjah juga dapat
memupuk sifat dan kecenderungan semulajadi terhadap pemikiran yang lebih kritis, dan pada
masa yang sama mengikis pergantungan kepada buku teks semata-mata untuk memperolehi
sesuatu jawapan. Tanpa memperhitungkan masalah kekurangan peruntukan belanjawan setiap
bilik darjah harus mempunyai pusat sumber sendiri. Sama ada pusat sumber ini dilengkapi
dengan teknologi canggih yang terkini ataupun hanya dengan koleksi majalah dan suratkhabar
lama, kewujudannya akan menyedarkan pelajar bahawa orang yang berfikir akan mencari ilmu
pengetahuan daripada pelbagai sumber, dan bahawa bukan satu sumber sahaja atau buku teks
yang dapat memberikan semua jawapan.
Pada pendapat saya, pembelajaran secara kreatif amat penting kerana untuk menarik
minat pelajar menjalani sesi pembelajaran semasa di sekolah. Seperti yang kita semua sedia
maklum, pembelajaran secara tradisional akan mengakibatkan pelajar berasa bosan untuk
menerima pembelajaran. Pengalaman ini, dirasa sendiri oleh saya semasa berada di alam
persekolahan di sekitar tahun 1993 hingga tahun 2005. Guru banyak menggunakan kaedah kapur
tulis dan cakap sahaja. Ini mengakibatkan pelajar berasa bosan dan seterusnya mengakibatkan

pelajar mengantuk. Seperti mana yang dinyatakan oleh tokoh-tokoh di atas, kita dapat lihat
bahawa pembelajaran bestari adalah pembelajaran yang menarik dan berkesan, seterusnya dapat
menarik minat pelajar-pelajar untuk menerima pembelajaran. Kaedah ini adalah kaedah yang
berkesan bagi meningkatkan keberkesanan iklim pengajaran dan pembelajaran.
Semasa lawatan penanda aras saya ke Sekolah Keangsaan Zainab 2, sekolah berprestasi
tinggi, banyak cara pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh sekolah tersebut.
Berdasarkan pemerhatian saya, setiap ruang disekolah tersebut tidak kira sama ada di kawasan
koridor, tangga dan kebun sekali pun, banyak maklumat yang ditampal dan diletakkan di kawasan
tersebut. Menurut guru besar sekolah tersebut, ini kerana sesi pembelajaran boleh berlaku di
mana-mana sahaja. Selain itu, sekolah tersebut juga mengamalkan pengajaran secara sukarela.
Sistem ini diambil contoh dari sistem persekolahan di luar negara. Pengajaran dan pembelajaran
di sana membabitkan banyak aktiviti bersama ibu bapa. Kemungkinan ibu bapa mempunyai
kaedah atau cara mereka yang tersendiri untuk menarik minat pelajar semasa sesi pembelajaran.
Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru dan juga
pelajar. Walaupun mereka mengamalkan panduan kurikulum yang digariskan oleh Kementerian
Pendidikan, guru dibenarkan menggunakan kreativiti semasa mengajar. Pelajar mengikuti aktiviti
pengayaan mengikut keupayaan masing-masing. Guru di sekolah berkesan adalah inovatif dalam
pengajaran dan amalan penilaian mereka. Apa yang dapat dipastikan, perubahan pengajaran dan
pembelajaran dapat menjanjikan satu pengalaman pembelajaran yang amat menarik kepada
pelajar dan dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
3.2
Mempertingkatkan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah
Pelajar dan guru disekolah merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan sekolah.
Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Sekolah yang berkesan
mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dan guru
berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong untuk
mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik. Persekitaran bilik
darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik darjah
merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik darjah merupakan
lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan
penggalak interaksi antara guru dan murid.
Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai koordinasi dalam bilik
darjah yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan
sumber, penyusun persekitaran kelas yang efisien, penyelia prestasi murid serta pengenalpasti
masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik darjah bermakna tindakan dan
strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik darjah, mewujudkan suasana bilik darjah yang
kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan
pengajaran dan pembelajaran yang efektif.
Pandangan saya, dan ini disokong oleh kenyataan Lemlech (1979), selain mengajar guru
memainkan peranan sebagai seorang pengurus di dalam sesebuah bilik darjah. Guru perlulah
mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik darjah,
tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan
pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Persekitaran bilik darjah yang kondusif dapat mencapai objektif ke arah pembinaan modal
insan yang menjurus kepada pembinaan dari segi unsur jasmani, emosi, rohani serta intelek.
Lemlech (1988) menjelaskan bahawa pengurusan persekitaran bilik darjah adalah sabagai
orkestra dalam kehidupan. Aspek yang diutamakan adalah dari segi penyusunan suasana. Ruang
dan pergerakan harus diurus supaya lebih fleksibeliti. Ini bagi memudahkan murid mengikuti
sebarang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penyediaan ruang dan pergerakan
ini akan melibatkan susun atur meja dan kerusi murid. Penyediaan ruang yang sesuai akan
memberikan keselesaan kepada murid semasa sesi pembelajaran.
Menurut Sidney (1982), susun atur bilik darjah boleh menimbulkan kesan terhadap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, susun atur bilik

darjah, paras kebisingan, keterangan cahaya dan juga suhu dalam bilik darjah boleh
mempengaruhi tahap kosentrasi pelajar. Jika anda fikirkan keperluan anda sendiri ketika anda
sedang belajar, anda akan dapat menyedari kepentingan mempertingkatkan persekitaran bilik
darjah.
Adakah anda belajar atau bekerja dengan cekap dalam persekitaran yang senyap atau
adakah anda memerlukan muzik latar untuk membantu anda mencapai kosentrasi atau
menumpukan perhatian? Mungkin juga tahap keselesaan merupakan suatu isu yang
mempengaruhi keupayaan anda untuk menumpukan perhatian. Adakah anda seorang yang dapat
bekerja atau belajar dengan lebih baik apabila berada di kerusi empuk dan selesa, atau adakah
anda perlu duduk tegak di kerusi kayu biasa sahaja untuk dapat melaksanakan secara berterusan
corak pembelajaran yang produktif? Jika sesebuah bilik itu terlalu panas atau dingin,
bagaimanakah keadaan demikian dapat mempengaruhi kebolehan anda untuk berfikir dan
menumpukan perhatian? Walaupun mungkin mustahil dapat dipenuhi semua keperluan individu
pelajar, namun kesedaran untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah dapat membuat anda lebih prihatin dengan isu ini. Pendapat ini disokong oleh
Sidney (1982).
Apa yang kelihatan seperti isu yang tidak rumit, iaitu pemilihan corak susunan tempat
duduk dan pengaturan bilik darjah, boleh membawa kesan yang besar terhadap proses
pengajaran dan pembelajran pelajar. Susunan tempat duduk secara tradisional dan yang terlalu
patuh pada susun atau barisan lurus tidak dapat menggalakkan interaksi yang bermanfaat antara
pelajar dengan pelajar. Interaksi inilah yang penting untuk sesuatu bilik darjah yang pelajarnya
terlibat secara serius dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajran di dalam kelas.
Leonard dan Karen (1996), jika anda mengimbas kembali, banyak bilik darjah yang pernah
anda masuki, pasti sekali bahawa di dalam kebanyakan bilik darjah tersebut terdapat pelajarpelajar yang duduk dalam barisan-barisan yang menghadap ke arah meja guru. Cara susun atur
ini adalah susun atur cara tradisional. Anggapan yang dapat dibuat mengenai pengajaran dengan
berdasarkan susunan tempat duduk cara demikian ialah bahawa guru menyampaikan maklumat
manakala pelajar-pelajar pula menerima maklumat. Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah
tradisional begini biasanya menonjolkan guru sebagai pusat tumpuan, dan kegiatan interaksinya
pula ialah antara guru dengan pelajar.
Menurut perhatian saya dan ini disokong oleh Leonard dan Karen (1996), pengaturan
tempat duduk secara tradisional ini tidak dapat menggalakkan perbincangan sesama pelajar
dalam kelas kerana kebanyakan pelajar akan mendapati diri mereka terpaksa bercakap dengan
pelajar yang duduk secara membelakangi mereka. Walaupun secara relatifnya, sekolah yang
moden tidak lagi mempunyai meja yang terlekat pada lantai, namun kita masih mendapati bahawa
guru-guru berkecenderungan membiarkan meja pelajar tersusun dalam barisan-barisan lurus
yang panjang, dan tidak memanfaatkan susunan yang berdasarkan kumpulan-kumpulan yang
kecil dan yang tidak begitu formal.
Bilik darjah yang ada dalam sistem pendidikan Malaysia mungkin berbeza dengan Negaranegara lain memandangkan sistem yang ada masih dalam peringkat transisi yang diwujudkan
berdasarkan keperluan dasar dan jenis pengajaran yang ada. Pemilihan kaedah susunan kerusi
meja secara baris demi baris sesuai dengan pendekatan berpusat kepada guru. Pelajar-pelajar
yang bertubuh kecil dan mempunyai penglihatan dan pendengaran yang kurang baik atau
bermasalah dalam pembelajaran minor biasanya diletakkan di bahagian hadapan Ting dan Sidek,
2007).
Menurut Ting dan Sidek, (2007) ada menulis bilik darjah KBSR dengan susunan meja dan
kerusi mengikut kumpulan pelajar berdasarkan kebolehan masing-masing. Pendekatan
pengajaran yang digunakan banyak berpusat kepada pelajar. Interaksi diantara pelajar dengan
guru dan pelajar dengan pelajar adalah digalakkan. Suasana pembelajaran yang berkesan dan
menarik dapat dilihat melalui kerjasama kumpulan menyelesaikan tugasan yang diberi, melalui
pameran hasil kerja murid serta didiplin diri kerana pada peringkat ini murid-murid perlu banyak
kepada bimbingan dan tunjuk ajar. Mereka diberi peluang untuk bergerak dan berbincang dengan
guru atau rakan-rakan sekelas.
Pada pandangan saya susunan fizikal yang perlu dipraktikkan pada masa kini dan
bersesuaian dengan pembelajaran era kini adalah melihat kepada keselesaan pelajar tidak perlu

terlalu tersusun dan teratur dalam erti kata terlalu skema, tetapi kita harus mengamalkan suasana
belajar seperti di negara-negara maju yang lain seperti Amerika yg mengamalkan seperti suasana
kuliah, namun masih teratur, kemas dan selasa untuk pembelajaran murid. Tetapi di dalam kelas
guru haruslah memainkan peranan memberi tunjuk ajar untuk menghiaskan kelas menampal
gambar yang sesuai dengan pembelajaran agar suasana kelas nampak ceria, memasang alas
meja serta memasang langsir dan sebagainya agar suasana bilik darjah lebih selasa, ceria dan
teratur untuk pembelajaran. Kenyataan ini disokong oleh Leonard dan Karen (1996).
Menurut Leonard dan Karen, 1996, jika para guru mahu menggalakkan pelajar-pelajar serta
memberi keselesaan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, mereka
mestilah menyusun bilik darjah secara fizikal sedemikian rupa supaya dapat menyampaikan
mesej kepada pelajar kerana interaksi antara pelajar bukan sahaja diharap-harapkan tetapi juga
dijangkakan akan berlaku. Susun atur meja yang disarankan itu mungkin merupakan kelompokkelompok meja yang berhadapan antara satu sama lain, meja-meja yang disusun dalam bentuk
bulatan atau separa bulatan, bulatan yang menjadi tumpuan aktiviti dan sebagainya.
Berdasarkan pemerhatian saya ketika melakukan pengalaman berasaskan sekolah,
banyak kelas yang saya masuki, mempunyai susun atur secara tradisional. Pada pendapat saya,
ini akan mengurangkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas.
Kebanyakan kelas tidak mengutamakan dari segi kebersihan dan keceriaan. Sepatutnya,
guru haruslah menekankan perihal kebersihan dan keceriaan kepada pelajar kerana ini akan
mengakibatkan kelas menjadi tidak kondusif. Adakah anda hanya akan melihat sekiranya bilik
darjah anda berada dalam keadaan yang kotor? Sekiranya murid tidak menjalankan tugas, maka
sebagai seorang guru, anda haruslah melaksanakan tugas tersebut. Bilik darjah haruslah sentiasa
berada dalam keadaan bersih kerana bilik darjah adalah tempat untuk menimba ilmu. Menimba
ilmu itu adalah antara salah satu ibadah yang dituntut dalam Islam.
Aspek kebersihan dan keindahan bilik darjah juga antara elemen penting dan
meningkatkan persekitaran bilik darjah. Daya kreativiti perlu diutamakan untuk memastikan kelas
sentiasa kelihatan bersih dan ceria. Secara tidak langsung, ia dapat menarik minat pelajar untuk
mengikuti sesi pembelajaran. Selain itu, rasa hormat-menghormati perlulah diterapkan sebaik
mungkin dalam diri pelajar supaya mereka sentiasa mengamalkan semangat kerjasama dan
saling bantu-membantu di antara satu sama lain bagi mewujudkan suasana kelas yang bersih dan
ceria hasil usaha pelajar sendiri. Melalui amalan penjagaan kebersihan di dalam kelas, ia secara
tidak langsung dapat memupuk nilai murni dalam diri pelajar contohnya seperti rasa
bertanggungjawab, perasaan kekitaan, dan kemungkinan mereka akan berbangga dengan kelas
mereka. Sudah semestinya anda akan berbangga sekiranya nada mempunyai kelas yang bersih
dan ceria sentiasa. Ini akan menggambarkan keadaan kelas yang kondusif dan menarik. Kelas
yang bersih dan ceria akan mewujudkan rangsangan ingin belajar yang tinggi dalam kalangan
pelajar (Syed dan Ahmad, 2010).
Kajian Shahril (1997) yang mendapati iklim sekolah yang berkesan terhasil apabila
suasana persekitaran fizikal sekolah atau bilik darjah aman, cantik, selamat dan cukup ruang
untuk belajar. Bangunan sekolah dijaga dengan baik dan kondusif untuk pengajaran dan
pembelajaran.
Menurut pendapat saya dan ini disokong oleh kenyataan Shahril (1997), faktor bersih,
cantik, selamat dan cukup ruang belajar amat penting kerana ia mempengaruhi psikologi dan
emosi warga sekolah sama ada guru-guru, pelajar atau kakitangan sokongan. Oleh yang
demikian, untuk memastikan tahap kebersihan, kecantikan dan keceriaan kawasan sekolah dapat
dikekalkan pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas dan
juga taman-taman yang telah ditentukan persatuan-persatuan yang menjaganya.
Seterusnya, kelas ataupun persatuan yang dapat mengekalkan kebersihan dan keceriaan
tersebut diberi pengiktirafan semasa perhimpunan. Dengan aktiviti sebegini, pihak sekolah bukan
sahaja berjaya mengekalkan tahap keceriaan kawasan tersebut, bahkan berjaya mewujudkan
semangat kerjasama dan tolong menolong di kalangan warga sekolah. Suasana sekolah sebegini
akan memaparkan suasana kekeluargaan dan secara tidak langsung akan membantu
keseronokan belajar dan bekerja. Ini dapat membantu pelajar memperoleh pencapaian yang
cemerlang dan guru-guru serta kakitangan lain akan turut merasa keseronokan dan kepuasan
bekerja di sekolah berkesan ini.

Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan persekitaran fizikal bilik darjah
adalah dengan mengadakan gotong royong perdana. Semua murid, guru dan kakitangan sekolah
boleh bekerjasama untuk membersihkan serta menceriakan kawasan sekolah. Secara tidak
langsung, ia dapat memupuk semangat tolong menolong serta kerjasama di antara warga
sekolah. Selepas aktiviti gotong-royong diadakan, kawasan sekitar sekolah akan menjadi bersih
dan ceria. Pendapat ini disokong oleh Syed dan Ahmad, 2010.
Selain itu, keadaan bilik darjah juga hendaklah dihias dengan warna yang cerah agar timbul
suasana yang ceria di dalam kelas. ini kerana, suasana yang suram di dalam kelas akan memeri
kesan yang negatif kepada suasana dan mood pelajar.
Persekitaran sekolah yang tidak kondusif akibat masalah kesesakan boleh mewujudkan
kecenderungan pelajar untuk melakukan kesalahan disiplin. Ketua Jabatan Pendidikan
Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
(UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir, berkata kecenderungan ke arah pelakuan negatif
wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Katanya, kesan sekolah sesak
membawa kepada fizikal kelas padat menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses
pengajaran dan pembelajaran. Malah, lebih ketara jika wujud segelintir pelajar nakal yang
berperanan sebagai pengganggu bagi menarik perhatian rakan lain yang akhirnya menjejaskan
fokus terhadap pembelajaran.
Berdasarkan pengalaman menyelia kaunselor pelatihnya di sebuah sekolah menengah di
Negeri Sembilan, Rusnani berkata, beliau mendapati gejala ponteng ketara berlaku di sekolah itu
yang mempunyai jumlah pelajar terlalu ramai. Katanya, sekolah itu mengalami kesukaran
menangani masalah berkenaan sehingga sampai ke satu tahap kehadiran pelajar bermasalah
tidak dialu-alukan kerana jelas mengganggu proses pembelajaran, selain menyebabkan gejala
negatif terus menular kepada pelajar lain.
Masalah kesesakan juga turut memberi kesan pencapaian pelajar apabila guru sukar
menyampaikan pembelajaran dengan berkesan apabila jumlahnya terlalu ramai dalam satu kelas.
Guru sukar menguruskan masa dengan baik bagi memantau perkembangan setiap pelajar dan
mangsanya adalah mereka juga. Bayangkan jika satu kelas ada 45 murid, berapa banyak masa
boleh diperuntukkan guru untuk setiap pelajar dan apakah guru mampu memastikan setiap
seorang mendapat manfaat. Kepentingan faktor rangsangan persekitaran kondusif dan selamat di
sekolah khususnya di dalam kelas bagi membolehkan pelajar mempamerkan keseluruhan potensi
mereka dalam pelajaran. Kita tidak boleh menidakkan kepentingan faktor itu dan ia sewajarnya
diambil kira jika mahu terus membina kecemerlangan dalam pendidikan. Ini disokong oleh
kenyataan Rusnani.
Berdasarkan pemerhatian saya, kelompok kecil ini mampu merangsang rakan sebaya lain
untuk turut melakukan perbuatan sama dan kita khuatir jika tiada pengawalan baik, unsur negatif
akan terus meresap serta sebati dalam diri pelajar yang boleh menjurus perlakuan masalah
disiplin yang lebih serius. Kenyataan ini disokong oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan
Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), berdasarkan
kenyataannya di atas.
Pada cadangan saya, susunan fizikal yang sesuai untuk pembelajaran era terkini adalah
perlu lebih fleksibel dan sistematik seperti kemudahan kerusi meja yang mencukupi yang disusun
secara bulatan atau berpasang-pasangan menghadap white board, mewujudkan sudut bacaan
dipenjuru kelas supaya pelajar dapat menghabiskan masa dengan membaca buku yang
disediakan, penggunaan white board, sekiranya sekolah itu berkemampuan, wajar setiap kelas
meletakkan komputer sebagai kemudahan untuk mendapatkan maklumat. Selain itu, perlu
meletakkan maklumat berkaitan pelajaran di dinding supaya memudahkan pelajar mengingati
pelajaran yang dipelajari disamping menambahkan keceriaan di dalam kelas. Kuantiti pelajar di
dalam kelas juga janganlah terlalu ramai kerana ia akan menyusahkan kawalan guru terhadap
pelajar. Bilangan murid dalam kelas mestilah tidak melebihi 30 orang.
Sebagai kesimpulan bagi huraian ini, anggapan yang dapat dibuat mengenai pengajaran
dengan berdasarkan susunan tempat duduk ialah bahawa guru menyampaikan mesej manakala
pelajar sebagai penerima. Perubahan yang dapat dilakukan dari segi persekitaran bilik darjah
yang dapat dilakukan untuk menyusun atur kerusi meja sebenarnya terserah kepada daya
imaginasi guru.

Pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah akan mengakibatkan perubahan tingkah
laku pelajar. Pengajaran guru yang baik serta kemudahan aspek kelengkapan, keselamatan,
pengurusan dan persekitaran bilik darjah yang berkesan akan membuahkan pencapaian yang
baik pada diri pelajar.
3.3
Mengenalpasti Perbezaan Antara Pelajar
Mengenalpasti perbezaan pelajar adalah salah satu usaha bagi meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas atau sekolah.
Salah satu usaha lain yang boleh mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas ialah yang berkaitan dengan kebudayaan pelajar-pelajar. Sekolah
zaman sekarang datang daripada berbagai-bagai latar belakang sosial. Walaupun kepelbagaian
latar belakang sosial ini dapat dianggap sebagai satu aset, namun moral kebudayaan individu,
pantang larang dan tradisi boleh mempertingkatkan pernyertaan pelajar dalam perbincangan bilik
darjah yang memungkinkan buah fikiran seseorang individu itu digalakkan , dikongsi bersama,
dicabar atau pun diceroboh. Dalam beberapa keadaan, pelajar mungkin terjebak di antara
budaya sekolah yang sedia ada dengan budaya di rumah mereka. Apabila wujud konflik antara
dua budaya ini, pelajar sering kalinya akan terlibat dalam pergelutan mental yang boleh
menjejaskan keupayaan mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti atau interaksi bilik
darjah secara bebas (Paul dan David, 2003).
Terdapat banyak perbezaan yang dikaji di kalangan pelajar-pelajar. Antaranya adalah faktor
fisiologi (kesihatan keseluruhannya, penyalahgunaan bahan, paras tekanan jiwa dan sebagainya).
Hiperaktiviti di kalangan pelajar merupakan satu contoh yang boleh mengekang corak pemikiran
dan pembelajaran seseorang pelajar (dan juga mereka yang berdampingan dengannya). Jika ia
tidak dapat dikawal, ia dapat memporak-perandakan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas. Tambahan lagi, jika seseorang pelajar mengalami alergi atau terkena selesema
yang teruk dan menghidap demam selesema, kebiasaannya pelajar tidak dapat menjadi seorang
yang dapat menghasilkan pemikiran yang baik. Halangan ini mangakibatkan pelajar hilang
tumpuan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Mujurlah kebanyakan keadaan yang
berkaitan dengan kesihatan tubuh badan ini bersifat sementara. Justeru itu guru memainkan
peranan penting bagi mengawal masalah ini, kerana setiap individu mempunyai tahap kesihatan
yang berbeza-beza (Bakar 2004).
Sebagai tambahan kepada usaha yang telah disebutkan di atas, usaha yang lebih rumit
yang perlu dilakukan ialah yang meliputi hal-hal emosi dan psikologi. Walaupun kes-kes yang
terlalu berat memerlukan perhatian doktor atau ahli psikologi, namun terdapat kes-kes yang
kurang serius dan tidak berlarutan, yang dapat dikendalikan oleh guru yang sensitif. Situasi yang
bermasalah ini boleh merangkumi tetapi tidak terbatas kepada kekurangan motivasi pelajar,
ketidaksanggupan mengambil risiko, kertidakupayaan menerima tanggungjawab atau peranan
kepimpinan, tekanan daripada keluarga atau rakan sebaya, atau ketidakupayaan menumpukan
perhatian kepada projek jangka panjang. Ini disokong oleh Leonard dan Karen (1996).
Menurut Powell dan Anderson (1985), apabila mendekati masalah dalaman yang
sedemikian, cubalah elakkan daripada segera menunjukkan reaksi negatif terhadap tingkah laku
pelajar. Sebaliknya cubalah mengenalpasti faktor yang menyebabkan perlakuan yang tidak
produktif itu, dan usaha untuk mencari jalan penyelesaiannya.misalnya, mungkin ada masalah
emosi atau masalah kewangan di rumah. Adakah salah seorang ibu bapanya sakit kuat? Adakah
seorang sahabatkarib telah berpindah? Adakah ayahnya telah kehilangan pekerjaannya?
Walaupun anda tidak dapat menyelesaikan dilema yang dihadapi oleh seseorang pelajar, namun
kesediaan anda mengambil berat tentang keadaan yang dihadapinya sudah dapat mengendurkan
atau meringankan beban yang ditanggungnya. Usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya seseorang pelajar mendapati sukar baginya hendak meluahkan ideanya secara
terbuka dengan jelas dan ringkas, guru mungkin membuat andaian yang salah bahawa yang
menimbulkan masalah ialah proses pemikiran pelajar itu pada hal masalah yang sebenarnya
terletak pada ketidakmampuan pelajar itu berkomunikasi secara lancar. Memandangkan bukan
semua pelajar boleh menghujah secara lancar, adalah penting bagi guru menganalisis cara-cara
yang memungkinkan pelajar berkongsi pendapat dan idea mereka. Komunikasi secara lisan

bukanlah satu-satunya sahaja cara untuk berkongsi idea di dalam bilik darjah. Cubalah gunakan
pelbagai cara lain seperti menggunakan lukisan visual, pemprosesan perkataan komputer, dan
sesi video dan rakaman pita (Sidek 2001).
Bukan semua orang dilahirkan tajam akal, namun semua orang mampu berfikir ada di
antara kita yang lebih mahir berfikir secara kritis dan kreatif daripada orang lain. Bagaimanapun,
sementara semua orang mempunyai tahap kecerdasan otak dan keupayaan kreativiti yang
berbeza-beza, tetapi dengan adanya persekitaran dan rangsangan yang sesuai, setiap orang
mampu mempertingkatkan kualiti pemikiran masing-masing (Beyer, 1979) dalam Bakar 2004.
Seperti yang kita semua sedia maklum, sebahagian besar dari perkembangan intelektual
kita bergantung kepada sama ada kita mendapat rangsangan yang wajar atau berpeluang untuk
memerhati, mengingat dan membuat pertimbangan , mensintesis, menganalisis dan menilai.
Pelajar haruslah tahu bagaimna cara untuk berfikir secara fleksibel dan lancar, kerana setiap
pelajar mempunyai kemampuan untuk berfikir, bagaimana untuk membuat huraian, bagaimana
hendak menerbitkan idea baru, dan bagaimana hendak membuat hipotesis dan generalisasi.
Sebagai guru, haruslah berusaha untuk mengenalpasti perbezaan ini dan seterusnya berusaha
untuk mengurangkan perbezaan di antara pelajar.kenyataan ini disokong oleh pernyataan Beyer,
1979.
Kajian keciciran (KPM 1973) melihat sikap pelajar terhadap guru sebagai suatu yang
mendorong mereka belajar dan mencapai kejayaan. Memandangkan keberkesanan sekolah
dinilai antaranya berdasarkan kepada pencapaian dan akhlak pelajar, maka pembentukan sikap
pelajar perlu diutamakan oleh pentadbiran sekolah. Pelajar-pelajar perlu dilatih supaya sentiasa
berakhlak mulia, menghormati guru dan sedia memberi bantuan kepada guru apabila diminta,
sentiasa berbincang dengan guru apabila menghadapi kesukaran dalam pelajaran, menjaga
kebersihan diri, menjaga bilik darjah dan kawasan persekitaran sekolah, kurang menghadapi
masalah disiplin di dalam atau luar kawasan sekolah. Ini kerana setiap pelajar mempunyai ciri-ciri
yang berbeza.
Ketidakseimbangan pencapaian pelajar kawasan bandar berbanding luar bandar begitu
ketara sekali dalam keputusan peperiksaan awam yang diumumkan setiap tahun. Menurut Robiah
(1994) antara sebab yang mewujudkan ketidakseimbangan pencapaian di kawasan bandar dan
luar bandar adalah sikap belajar di kalangan pelajar luar bandar dalam mata pelajaran masih
berada pada tahap bersedia yang rendah. Pelbagai strategi telah diambil oleh pihak kerajaan
untuk memperbaiki pencapaian pelajar di luar bandar antaranya ialah dengan memperbaiki kualiti
prasana pendidikan di kawasan luar bandar dengan harapan dapat meningkatkan pencapaian
akademik di kawasan tersebut (Rancangan Malaysia Kelapan, 2001).
Pada zaman penjajahan , peluang pendidikan diutamakan pada golongan lelaki. Golongan
wanita seolah-olah dinafikan peluang untuk menerima pendidikan pada masa itu. Sifat dan
perilaku yang semulajadi yang ada pada lelaki dan perempuan dibentuk secara sosial dan juga
budaya. Kedua-dua jantina ini mempunyai perbezaan dari segi tingkahlaku, cita-cita dan ciri-ciri
fizikal yang jelas antara lelaki dan perempuan.
Perbezaan jantina juga adalah salah satu faktor kemerosotan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Ismail dan Subki (2010), dalam proses
pendidikan, murid perempuan dan lelak ini masing-masing memilih pelajaran yang bersifat
keperempuanan dan kelakian. Masalah ini secara tidak langsung menjadikan ketaksamaan
pendidikan terus ketara dalam masyarakat kita. Contoh yang boleh saya nyatakan di sini, pelajar
perempuan kebiasaannya akan bermain permainan seperti bola jaring, batu seremban dan lainlain yang bersifat keperempuanan. Jika dilihat lelaki pula, mereka lebih gemar bermain bola sepak
dan sepak takraw. Oleh yang demikian, guru perlu mengambil kira faktor jantina ketika
melaksanakan pengajaran di dalam kelas.
Yong (1994) telah menjalankan satu kajian mengenai perhubungan di antara kreativiti
dengan perbezaan jantina. Kajian beliau telah menunjukkan pelajar lelaki lebih mudah menerima
pembelajaran berbanding pelajar perempuan. Lelaki didapati lebih kreatif secara lisan dan figural
daripada perempuan dari segi keaslian, kefasihan dan kefleksibelan.
Perbezaan etnik juga dapat mempengaruhi budaya di dalam bilik darjah. Masalah ini akan
mengurangkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Faktor geografi
mempengaruhi budaya sesebuah kumpulan, contohnya masyarakat pendalaman seperti Asli,

Kadazan, Murud dan sebagainya. Etnik ini hanya menerima pembelajaran yang tidak formal
sahaja daripada ibu bapa mereka (Ismail dan Subki, 2010). Kebiasaannya merka ini tidak
bersekolah. Jadi, apabila mereka ke sekolah perkara tersebut adalah sesuatu situasi baru bagi
mereka, kerana mereka akan berada dalam situasi budaya yang lain daripada budaya mereka
yang sebelumnya.
Kumpulan minoriti pula boleh dikategorikan kepada beberapa kategori tertentu. Kumpulan
minoriti yang bersifat negatif adalah pelajar yang suka ponteng kelas,, ponteng sekolah, pembuli,
suka merokok, budaya lepak, gengterisme dan lain-lain perkara negatif. Walaupun mereka ini
kumpulan minoriti tetapi mereka ini boleh mempengaruhi pelajar di sekelilingnya. Oleh itu pihak
sekolah haruslah berusaha menyediakan pelbagai alternatif supaya mereka ini tidak mengalami
keciciran dalam proses pembelajaran di sekolah. Bagi kumpulan yang bersifat positif pula adalah
seperti kumpulan ulat buku, suka mencari maklumat di internet, lebih kepada keagamaan dan lainlain sikap positif. Kenyataan ini dipetik dari kenyataan Shamsulbahriah (1989).
Pada pendapat saya dan ini disokong oleh kenyataan Shamsulbahriah (1989), pelajar yang
bersifat negatif perlu diberi perhatian yang lebih supaya mereka ini tidak tercicir dalam arus
pendidikan. Ia perlu diberi perhatian dengan ketat kerana ia dikhuatiri akan memberikan akan
membentuk satu situasi yang membantutkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.
Pelajar berkeperluan khas menurut Chua (1982) dalam Ismail dan Subki, 2010 merupakan
satu program pendidikan yang dirancang khas untuk kanak-kanak istimewa, atau luar biasa dari
segi intelek, jasmani, sosial dan emosi. Terdapat tanggapan negatif daripada ibu bapa dan
penjaga terhadap anak sama ada anak mereka itu normal atau berkeperluam khas.
Menurut Kirk (1994) dalam Ismail dan Subki, 2010, murid berkeperluan khas berbeza dari
murid biasa dari segi mental (kognitif), fizikal (keupayaan otot dan sendi), sosial (interaksi dan
komunikasi interpersonal) dan emosi (keupayaan menangani perasaan). Terdapat juga murid
berkeperluan khas kerana proses perkembangan yang lewat, hiperaktiviti dan pintar cerdas dan
berbakat.
Pelajar berkeperluan khas ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak
tercicir dari arus pendidikan dan seterusnya mewujudkan ketaksamaan pendidikan dalam
masyarakat. Modifikasi environmental dan behavioural adhdenvironmental merupakan kaedah
untuk menangani kumpulan ini. Melalui kaedah ini murid ditempatkan berdekatan dengan guru.
Guru juga mengehadkan ruang terbuka untuk mengurangkan kesempatannya bertingkah laku
negatif. Guru juga boleh mengurangkan rangsangan dan hanya membenarkan murid bergerak di
suatu kawasan yang tertentu sahaja (Forisah 1979).
Pendapat saya, program yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan program yang
memerlukan guru serta pelajarnya berinteraksi contohnya seperti sesi suai kenal pada hari
pertama memulakan sesi persekolahan. Selidik latar belakang mereka dari segi kesihatan, perihal
keluarga dan beberapa perkara lain yang berkaitan.
Sepanjang pemerhatian saya semasa berada di Sek. Keb. Banggol Saman, saya
mendapati, guru-guru di sekolah tersebut tidak dianggap sebagai pilih kasih kerana guru di sana
amat menitikberatkan perihal setiap pelajar di sekolah tersebut tanpa mengira asal usul serta
keturunan pelajar tersebut. Mereka menganggap pelajar-pelajar tersebut sebagai anak mereka
sendiri. Setiap hari guru-guru akan bertanya khabar pelajar dan bagaimana keadaannya pada hari
itu.
Sebagai kesimpulan, tanggungjawab anda sebagai seorang guru yang prihatin ialah
memberikan kepada setiap pelajar persekitaran bilik darjah yang mengiktiraf perbezaan antara
individu dan di samping, memberi peluang yang sama rata kepada pelajar untuk belajar secara
berkesan bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai tambahan bagi kesimpulan, apabila mula memasuki alam pendidikan, seseorang
guru haruslah mengenali pelajar-pelajarnya dengan lebih mendalam sebelum memulakan sesi
pengajaran. Ini akan membuat pelajar dan guru berasa kondusif semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlaku, kerana mereka telah mengenali antara satau sama lain.
3.4

Peranan dan Tingkahlaku Guru Yang Menggalakkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Bahagian ini akan membantu anda untuk mengenalpasti sikap dan tingkah laku yang seharusnya
apa pada seseorang guru jika mereka ingin menggalakkan pemikiran yang lebik kreatif dan kritis
di kalangan pelajar mereka justeru menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Perbincangan ini akan menumpukan perhatian kepada bagaimana seseorang guru dapat
memupuk semangat ingin tahu dalam bilik darjah mereka. Kemudiannya, perbincangan ini akan
menumpukan perhatian bagaimana bahasa yang digunakan oleh guru dapat menggalakkan
tercapainya tahap pemikiran pelajar yang dikehendaki. Perbincangan ini juga akan memberi
tumpuan kepada kesan yang timbul daripada cara penyoalan yang berbeza-beza, dan perbezaan
yang amat penting di antara penerangan dan perbincangan dalam bilik darjah dan bagaimana
perbincangan akan memungkinkan timbulnya pemikiran pada peringkat yang lebih tinggi di
kalangan pelajar.
Guru memiliki banyak tugas, baik yang terikat oleh kelas mahupun di luar kelas dalam
bentuk pengabdian. Apabila kita kelompokkan terdapat tiga jenis tugas guru, yakni tugas dalam
bidang profesi tugas kemanusiaan, dan tugas dalam bidang kemasyarakatan. Tugas guru meliputi
mendidik, mengajar dan melatih. Mendidik bererti meneruskan dan mengembangkan nilai-nilai
hidup. Mengajar pula bermaksud meneruskan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan
teknologi. Melatih pula boleh diertikan sebagai mengembangkan keterampilan-keterampilan para
pelajar (Burton, 1994).
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para
pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan
suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran
yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat
meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan
pelajar.Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran
dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan
menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.
Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransang pelajar belajar secara aktif, ia juga harus
mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat
menghasilkan pembelajaran yang bermakna.Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam
sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi
yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara
jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam
merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia
perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu
adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya
meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu
membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.Berdasarkan teori-teori yang ada, guru
haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan dalam
merancang aktiviti mengajar (Rusmini, 2009).
Peranan guru dalam bidang kemanusiaan di sekolah harus dapat menjadikan dirinya
sebagai orang tua kedua. Ia harus mampu menarik simpati sehingga ia menjadi idola para
pelajarnya. Pelajaran apa pun yang diberikan, hendaklah dapat menjadi motivasi kepada
pelajarnya dalam pembelajaran. Bila seseorang guru mempunyai perwatakan yang tidak menarik,
maka kegagalan pertamanya adalah ia tidak akan dapat menanamkan benih pengajarannya itu
kepada para pelajarnya. Kebanyakan pelajar enggan menghadapi guru yang tidak menarik kerana
ia kurang menarik perhatian mereka. Pelajaran tidak dapat diserap sehingga setiap lapisan
masyarakat dapat mengerti apabila berhadapan dengan guru (Bakar 2004).
Guru juga mempunyai banyak peranan dalam proses belajar-mengajar. Mengajar adalah
membimbing kegiatan belajar pelajar sehingga ia mahu belajar. teaching is a guidance of learning
activities, teaching is for purpose of aiding the pupil learn, demikian menurut William, 1997.
Perkembangan baru terhadap pandangan belajar-mengajar membawa konsekuensi
kepada guru untuk meningkatkan peranannya dan hasil belajar pelajar sebahagian ditentukan
oleh peranan dan kompetensi guru. Guru yang kompeten akan lebih mampu menciptakan

lingkungan belajar yang efektif dan akan lebih mampu mengelola kelasnya sehingga hasil belajar
para pelajar berada pada peringkat optimal (Adams dan Decey, 2004).
Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis. Sekiranya
mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi
berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang
menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru
menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi
secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran
berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan( Meng, 1996).
Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah.
Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa
mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan
dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran,
ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan
tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru
berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa,
malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan
tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan (Wlodkowski,
1984).
Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid
sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati
supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. Dalam konteks bilik darjah, waktu
untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang
berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah
ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh
kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif,
tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.
("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994).
Menurut Ziv, (1976) semasa di dalam kelas, guru haruslah sentiasa menghargai idea
kanak-kanak sebagai suatu idea yang bernilai. Ini adalah kerana kebanyakan guru kerap
mengenepikan idea yang diberikan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak biasanya dianggap tidak
berkeupayaan untuk menghasilkan idea-idea yang bernilai. Guru-guru haruslah memainkan
peranan sebagai penggalak kreativiti dengan menghargai idea-idea kanak-kanak dan
menawarkan ganjaran bagi idea-idea kreatif. Guru juga harus menghormati idea kanak-kanak
walaupun ianya luar biasa dan aneh. Dengan itu, kanak-kanak akan lebih terdorong untuk
menyampaikan idea-idea mereka, lebih-lebih lagi sekiranya idea yang disampaikan dahulu
diterima dengan baik dan dihormati, tidak kira aneh dan berbeza sekalipun. Ini adalah penting
bagi keberkesanan pembelajaran terutamanya apabila kanak-kanak menyatakan sesuatu yang
susah dinilai oleh ibu bapa dan guru-guru.
Selain itu, guru juga berperanan sebagai penyelesai masalah. Peranan guru dalam proses
penyelesaian masalah, menurut Goffin dan Tull (1985), ialah mencabar pelajar untuk
menggerakkan proses pemikiran mereka sendiri. Guru seharusnya menyediakan soalan-soalan
yang memperteguh pengetahuan dan pengalaman pelajar itu sendiri, sambil terus berperanan
sebagai sumber dan fasilitator di bilik darjah. Satu objektif penting bagi guru ialah membina
kemungkinan-kemungkinan penyelesaian dalam bilik darjah mereka. Guru haruslah mempunyai
kemahiran untuk mengubah aktiviti-aktiviti harian menjadi kemungkinan kepada penyelesaian
masalah, dengan menggalakkan pelajar untuk merancang, meramalkan kesudahan yang mungkin
timbul, membuat keputusan dan memerhatikan hasil daripada keputusan-keputusan ini.
Dilihat dari segi peribadi seorang guru mempunyai banyak peranan. Guru secara
keseluruhannya bertindak sebagai petugas sosial iaitu seseorang yang harus membantu
kepentingan masyarakat. Dalam kegiatan masyarakat guru sentiasa merupakan petugas yang
dapat dipercayai oleh masyarakat. Selain itu, guru juga seorang yang ilmuan, iaitu sentiasa terusmenerus menuntut ilmu pengetahuan. Seorang guru juga berperanan sebagai pencari teladan
iaitu yang sentiasa mencarikan teladan yang baik untuk pelajar bukan untuk seluruh masyarakat.

Guru menjadi ukuran bagi norma-norma tingkah laku. Pencari keamanan juga antara peranan
guru terhadap pelajar bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru
sentiasa mencarikan jalan penyelesaian bagi setiap pelajar sekiranya mereka menghadapi
masalah. Guru menjadi tempat berlindung bagi pelajar-pelajar untuk memperolehi rasa aman dan
puas di dalamnya (Charles, 1974) dalam bakar, 2004.
Menurut Ting dan Sidek, (2007) guru juga berperanan sebagai seorang pengawal, guru
seharusnya mengawal peraturan bilik darjah. Peraturan yang telah ditetapkan seperti
pembahagian tugas, ikut arahan guru, tidak boleh masuk keluar kelas tanpa kebenaran dan
sebagainya hendaklah jelas dan ringkas serta mudah untuk diikuti. Guru perlulah bersikap tegas
dan adil semasa melaksanakan peraturan. Pematuhan kepada peraturan ini menjadikan
perjalanan bilik darjah menjadi lebih terkawal. Guru juga seharusnya mengawal murid bermasalah
peribadi, masalah disiplin yang wujud dalam bilik darjah adalah pelbagai disebabkan oleh faktor
murid kemungkinan adalah disebabkan oleh gaya pembelajaran guru bersifat autokratik
menyebabkan wujudnya perasaan marah, benci, kecewa dan bosan. Maka masalah ini dapat
dibendung sekiranya gaya pengajaran guru dipelbagaikan untuk membantu murid yang
menghadapi masalah peribadi. Selain itu, guru juga haruslah mengawal aktiviti kumpulan. Guru
harus mengawal dari segi tingkahlaku, adab dan sopan santun supaya tidak melanggar susila
mana-mana murid terutama yang berlainan bangsa dan agama. Di samping itu, hubungan mesra
wujud di antara murid dan guru membolehkan guru membimbing dan menggerakkan murid-murid
di dalam kelas.
Menurut Ahmad (1991), ketua hendaklah menunjukkan kemampuan bekerjasama dalam
mengurus organisasinya menuju matlamat yang dicita-citakan. Hal ini tidak akan tercapai
melainkan wujudnya jalinan yang erat antara pemimpin dengan pihak yang dipimpin tanpa adanya
garis pemisah antara satu sama lain. Apa yang lebih penting lagi ialah seseorang pengetua itu
mampu bertindak sebagai model terbaik kepada guru dan pelajar. Sekiranya pengetua gagal
memainkan peranan ini, maka agak sukar segala perubahan dapat dilakukan di sekolah kerana
tanpa contoh teladan yang terbaik akan menyebabkan guru dan pelajar kurang menghormati
pengetua. Keadaan ini boleh menyebabkan guru dan pelajar tidak bersungguh-sungguh
melaksanakan arahan dan perancangan pengetua.
Pengetua di sekolah berkenaan mempunyai polisi pintu terbuka di mana idea daripada guru
dan juga pelajar di ambil kira untuk dipraktikkan. Pengetua melibatkan staf dalam pembuatan
keputusan. Pengetua juga sentiasa memberi sokongan kepada guru terhadap amalan
penghajaran mereka dan menggalakkan mereka menggunakan inovasi dalam kerja seharian
mereka. Pihak pentadbiran mempunyai program pembangunan staf untuk menggalakkan
perkembangan profesional dikalangan mereka. Pelajar di sekolah berkesan digalakkan
bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran mereka (Burt, 1962).
Sikap pelajar lebih mudah dibentuk sekiranya guru-guru menunjukkan model yang terbaik
untuk diikuti oleh pelajar. Oleh yang demikian, tugas seseorang guru bukan hanya menyampaikan
ilmu pengetahuan, bahkan bertanggungjawab untuk membentuk peribadi yang cemerlang di
kalangan pelajar. Dengan sikap pelajar yang berakhlak mulia, maka guru tidak perlu mengambil
tindakan yang keras untuk menyedarkan pelajar tentang kesalahan yang mereka lakukan,
sebaliknya sekadar menegur sahaja. Sikap pelajar yang baik juga ialah mereka bukan sahaja
menumpukan sepenuh perhatian kepada akademik semata-mata, sebaliknya juga perlu aktif
dalam kegiatan kokurikulum. Penyertaan dalam bidang kokurikulum ini secara tidak langsung
dapat memupuk amalan nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia di kalangan pelajar. Walaupun
mereka aktif, tetapi pencapaian mereka adalah seimbang ataupun lebih baik daripada pelajarpelajar yang tidak aktif dan markah mereka juga seimbang dalam setiap mata pelajaran. Selain
itu, pelajar-pelajar juga harus diorientasikan menjadi pelajar yang bertakwa kepada Allah,
bermotivasi, ada wawasan diri, jelas matlamat, gigih berusaha meneroka dan membudayakan
ilmu dan kemahiran, berbudaya saing yang tinggi serta sanggup memberi sumbangan kepada
masyarakat (KPM 1973).
Pada pendapat saya dan ini disokong oleh (KPM 1973), dengan memiliki sikap yang positif
sudah tentu akan memudahkan tugas guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
kerana guru tidak lagi perlu membuang masa untuk mengawal disiplin pelajar. Kesannya, guru

dapat memberikan pengajaran dengan berkesan dan pelajar-pelajar akan sentiasa bersemangat
untuk menimba ilmu.
Selain pengetua, semua guru perlu bekerjasama memberi perhatian kepada
perkembangan pelajar supaya mereka dapat mengikuti sepenuhnya matlamat kurikulum di
sekolah. Beberapa kajian yang berkaitan mendapati pengetua di sekolah yang berkesan sentiasa
memantau perkembangan pelajar-pelajarnya (Weber 1971; Venezky & Winfield 1979; Edmonds
1979). Ada pandangan yang menyatakan bahawa guru juga patut memainkan peranan ini.
Menurut Rahimah (1992), guru yang produktif itu ialah guru yang berkesan dalam pengajarannya
dan mampu membimbing perkembangan muridnya. Untuk mewujudkan suasana perbincangan
yang mesra, pihak sekolah perlu menganjurkan aktiviti yang berbentuk pembinaan kumpulan
supaya setiap individu di dalam sekolah tersebut mempunyai ikatan kekitaan dan ini
menghilangkan perasaan individualistik. Apabila wujudnya ikatan ini, semua pihak akan
bertanggungjawab apabila menghadapi satu-satu masalah dan ini menghalang sikap saling
menyalahi antara satu sama lain. Sikap bekerjasama akan mewujudkan suasana kerja yang
menyeronokkan dan secara tidak langsung akan menimbulkan keyakinan dan kepuasan kerja.
Keadaaan ini akan menjadikan guru-guru sentiasa bersemangat untuk memberikan komitmen
yang terbaik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya membantu meningkatkan
motivasi pembelajaran.
Tingkahlaku guru juga menggalakkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran semasa
di dalam kelas. Bahagian ini membantu anda untuk mengenalpasti sikap dan tingkahlaku yang
seharusnya ada pada seseorang guru juka mereka ingin menggalakkan pemikiran yang lebih
kreatif dan kritis di kalangan pelajar mereka. Perbincangan ini terlebih dahulu akan memberi
tumpuan kepada cara bagaimana seseorang guru dapat memupuk semangat ingin tahu dalam
bilik darjah mereka. Kemudiannya, perbincangan ini akan menumpukan perhatian bagaimana
bahasa yang digunakan oleh guru dapat menggalakkan tercapainya tahap pemikiran pelajar yang
dikehendaki. Perbincangan ini juga akan memberi tumpuan kepada kesan yang timbul dari
persoalan yang berbeza-beza, dan perbezaan yang amat penting di antara penerangan dan
perbincangan pelajar dalam bilik darjah dan bagaimana ia memungkinkan timbulnya pemikiran
pada peringkat yang lebih tinggi di kalangan pelajar. Bahagian yang terakhir akan
membincangkan respons dan tingkahlaku teladan oleh guru yang dapat meningkatkan lagi
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam sesebuah bilik darjah (Leonard dan
Karen, 1937).
Sekiranya guru ingin mewujudkan komuniti yang bersikap ingin tahu dalam bilik darjah
mereka, tindak-tanduk dan kelakuan mereka sendiri mestilah memperlihatkan ciri-ciri tersebut
terlebih dahulu (Burt, 1962). Sebagai contoh yang boleh saya berikan di sini, untuk menggalakkan
wujudnya komuniti ingin tahu, semua orang termasuk guru haruslah menyambut baik cabaran
intelektual ini sebagai tanda terdapatnya pemikiran di kalangan pelajar dan bukannya sebagai
cabaran terhadap kewibawaan mereka. Guru tambahan lagi, guru mestilah sentiasa
memperlihatkan pendirian teguh mereka menghargai pentingnya pemikiran dengan perlakuan
secara terang-terangan menunjukkan sokongan terhadap minat pelajar. Berikut adalah beberapa
cadangan tentang kelakuan guru yang dapat meningkatkan pemikiran kreatif dan kritis seseorang
pelajar ke tahap yang lebih tinggi. Kenyataan ini disokong melalui pernyataan Burt, 1962.
Selain itu, tingkah laku lain yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran pelajar adalah dengan cara seseorang guru mendengar dan memberi respon
kepada pelajar bukan sahaja mengukuhkan lagi hakikat bahawa pemikiran dihargai di bilik darjah
tetapi juga bahawa kebolehan mendengar dengan cekap merupakan salah satu sifat utama yang
ada pada seorang pemikir yang baik. Bagaimanapun, walaupun guru mungkin bersetuju dengan
konsep ini secara amnya, bagaimanakah ia dapat mengamalkannya dengan berkesan dalan
sesebuah bilik darjah? Bagaimanakah pelajar anda mengetahui bahawa nada benar-benar
sedang mendengar dengan sepenuh perhatian apa yang diperkatakan oleh mereka? Isyarat gerak
geri merupakan satu cara komunikasi yang dapat menunjukkan tahap minat dan penerimaan
terhadap sumbangan pelajar (Beyer, 1979). Sebagai contoh, pada pandangan saya jika
seseorang guru itu kelihatan bosan dan menyelak halaman-halaman sesebuah buku semas
seorang pelajar sedang menjawab satu soalan, pelajar itu mungkin membuat anggapan bahawa
guru berkenaan tidak menaruh minat terhadap kualiti jawapan yang diberikan. Tambahan lagi,

jenis atau gaya respon lisan yang diberikan oleh seseorang guru terhadap jawapan atau pendapat
seseorang pelajarnya boleh menggalakkan ataupun membantutkan sumbangan pemikiran
seterusnya daripada berkenaan.
Menurut Goffin dan Tull (1985), Guru-guru juga harus berfikiran terbuka bagi menggalakkan
pelajar-pelajar berfikiran terbuka dengan cara menghargai pendapat yang berlainan. Walaupun ia
tidak menyarankan agar guru ataupun pelajar perlu menerima pendapat ini, namun sesungguhnya
ia mengemukakan pandangan bahawa pemikir yang pintar memberikan pertimbangan yang
saksama terhadap pelbagai perspektif.
Berdasarkan pengalaman saya di Sekolah Kebangsaan Kok Lanas, guru di sekolah
tersebut tidak mempunyai banyak tingkahlaku yang boleh manarik perhatian pelajar-pelajar.
Tetapi, guru di sekolah ini mengamalkan sikap berfikiran terbuka dan beberapa sikap positif yang
lain..
Sebagai kesimpulan respons dan tingkahlaku teladan oleh guru yang dapat meningkatkan
lagi kualiti pemikiran pelajar dalam sesebuah bilik darjah. Tingkahlaku dan peranan guru yang
berkesan dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Justeru, guru-guru perlulah menanam sikap-sikap yang bercirikan seorang guru yang berwibawa
dan positif. Guru-gurunya penuh yakin dalam tugasnya setiap hari, mereka lebih bersedia
menerima cabaran-cabaran, mengambil risiko, dan melahirkan idea-idea kreatif serta rumusanrumusan.
3.5

Meningkatkan Teknologi, Infrastruktur dan Perkakasan di Sekolah.


Dalam era ledakan teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan pada masa kini, pendidikan di
Malaysia berkembang pesat dari segi infrastruktur, perkakasan serta perisian dan semakin
menghampiri sasaran negara iaitu Wawasan 2020. Dalam aspek ini, teknologi maklumat menjadi
salah satu agen pemangkin yang mengorak langkah ke arah pembudayaan dalam teknologi bagi
mewujudkan masyarakat yang berkebolehan dan berkemampuan dalam bidang teknologi selaras
dengan misi dan visi negara.
Abad ke 21 menyaksikan perkembangan yang pesat dalam teknologi maklumat dengan
menjadikan teknologi komputer sebagai salah satu komponennya. Usaha-usaha untuk
membudayakan teknologi dalam pendidikan sebenarnya sudah bermula secara tidak rasminya di
awal tahun 1940 an lagi (Naim, 1991). Sejak itu hingga kini teknologi pendidikan telah
berkembang dan mengalami pelbagai perubahan seiring dengan perubahan arus semasa.
Perubahan demi perubahan semakin rancak dengan penggunaan komputer dan internet secara
meluas dalam bidang pendidikan khasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
semua peringkat sistem pendidikan di negara ini. Istilah yang paling sesuai untuk
menggambarkan kemajuan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan hari ini ialah sebagai
teknologi maklumat yang sudah merentasi kurikulum .
Kenyataan dari Ismail dan Subki, (2010) ada menyatakan adalah penting bagi memastikan
agar infrastruktur, perkakasan dan perisian mencukupi diberi kepada setiap sekolah di kawasan
luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar.dalam program
pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer,
bilik komputer dan perkakasan. Sekolah juga perlu dirangkaikan dengan rangkaian akses jalur
lebar school net dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pendalaman, pusat akses akan
dibina. Melalui teknologi ICT, pelajar akan lebih tertarik dengan pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas dan tidak mudah berasa bosan. Sumber ini dapat mempercepat dan menjimatkan
masa pengajaran dan pembelajaran, menarik minat pelajar untuk belajar dan menggalakkan
murid untuk terlibat secara aktif semasa sesi pembelajaran. Maklumat yang dicari dari sumber
berkenaan pula adalah tepat, pengolahan yang mudah difahami, senang digunakan dan mudah
untuk diubah dan sesuai dengan keadaan semasa. Ini kerana, komunikasi secara lisan bukanlah
satu-satunya cara untuk berkongsi idea didalam bilik darjah. Cubalah untuk menggunakan
pelbagai cara lain seperti menggunakan lukisan visual, pemprosesan perkataan komputer dan
sesi video atau rakaman pita.
Kemudahan alat tulis harus diberikan kepada guru sebagaimana kerani sekolah dapat.
Seorang kerani dibelikan pen, pemadam, komputer dan bilik berhawa dingin. Sedangkan guru
yang sering menanda buku pelajar tidak diberi bantuan pen merah. Bilik guru tidak ada komputer,

tidak ada kerusi empuk dan tidak ada alat hawa dingin. Bantuan kewangan untuk membuat alat
bantu mengajar. Seringkali guru menggunakan wang sendiri untuk membuat alat bantu mengajar.
Bilik atau meja yang selesa untuk guru. Di sekolah, guru hanya diberikan kerusi seperti kerusi
murid sedangkan kerani sekolah dibelikan kerusi empuk. Lengkapkan sekolah dengan pelbagai
jenis alat bantu mengajar seperti Overhead Projektor, LCD Projektor, Video Kamera, kaset, VCD,
Televisyen dan sebagainya. Keadaan bilik kelas yang sempurna juga haruslah diambil kira seperti
menggantikan lampu yang telah rosak, memperbaiki kipas syiling yang rosak, menggantikan
cermin tingkap yang rosak, memperbaiki atap kelas yang bocor dan sebagainya.
Bagi yang telah lama meninggalkan alam persekolahan dan telah lama tidak menjejakkan
kaki ke bilik darjah mana-mana sekolah. Persekitaran sekarang sudah pasti jauh berbeza dari
tahun-tahun 80an dan 90an. Daripada apa yang dapat dilihat, mungkin sesetengah sekolah
mampu memberikan persekitaran yang sesuai seperti menyediakan LCD, komputer dan
sebagainya, untuk menampung perubahan yang diperkenalkan. Penyediaan bahan bacaan
berkala dan juga harian seperti majalah ilmiah dan suratkhabar di satu sudut kelas juga dapat
membantu pelajar dan guru. Dan adalah lebih baik jika jumlah pelajar di dalam sesebuah kelas
dapat dihadkan kepada 20-25 orang sahaja akan memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan pusat telah berusaha memastikan
semua sekolah luar bandar mendapat bekalan elektrik dalam RMK-9 apabila 37 sekolah
dibekalkan dengan janakuasa elektrik 24 jam dan 62 sekolah mendapat bekalan elektrik melalui
sambungan awam iaitu dari pihak yang menyediakan bekalan elektrik. Dengan menyertai sistem
pendidikan kebangsaan, sekolah ini mendapat banyak manfaat dari segi bantuan yang diberikan
kerajaan untuk pembangunan akademik dan kurikulum.
Secara umumnya, kita suka melihat pada suasana yang indah dan menarik. Ini
membolehkan kita menjadi aman tenteram dan senang untuk melaksanakan sesuatu tugas.
Begitu juga dengan susunan fizikal yang sesuai pada era kini. Murid-murid pastinya akan lebih
gemar pada suasana yang bukan hanya semata-mata meja kerusi dan papan tulis, tetapi lebih
kepada suasana yang versatile dan cukup untuk menimbulkan suasana minat belajar. Sebagai
contoh para guru dan murid-murid bekerjasama untuk mewujudkan suasana yang fleksibel dan
lebih kondusif tidak terhad kepada suasana bilik darjah semata-mata. Mewujudkan mini
perpustakaan, komputer dan internet di dalam kelas. Menggunakan LCD dan sebagainya. Ini
semua pastinya akan menarik minat murid-murid untuk belajar dan sangat sesuai dengan
pembelajaran era terkini (Nurul, 2008).
Prasarana yang lengkap amat penting di dalam bilik darjah agar proses matlamat
pengajaran dan pembelajaran yang digariskan oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan terhadap para pelajar. Penggunaan ICT adalah langkah yang bijak dalam melahirkan
insan yang sentiasa berkembang ilmunya di samping dapat memperoleh ilmu dengan lebih mudah
dan cepat di internet. Bagi integrasi ICT pula, kemudahan makmal komputer sudah pun
disediakan hampir di semua sekolah di seluruh Malaysia. Namun kewujudan makmal komputer
sahaja tidak mencukupi kerana berdasarkan pengalamn, komputer-komputer yang ada di sekolahsekolah mengalami kerosakan, malah hanya beberapa komputer sahaja yang boleh digunakan.
Hal ini menyebabkan pelajar terpaksa berkongsi komputer dan meyukarkan proses pembelajaran
dan pengajaran.
Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek
perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan
Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian
dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini
memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan
terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan
kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi
penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran
dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi

guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengapliksikan konsep Sekolah
Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi
amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid
menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus
kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses
Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT.
Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan
pembelajaran akses kendiri (selfaccessed),terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (selfpaced). Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang
sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi
Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber
Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai
kecapaian ICT yang sama dengan; menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang
mencukupi, menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap, serta memberi latihan
yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sokongan (Azmir, 2007).
Projek SchoolNet melibatkan penyediaan capaian Internet jalur lebar untuk 10,000 buah
sekolah di seluruh negara. Prasarana SchoolNet menyediakan kemudahan belajar tanpa
sempadan yang melangkaui bilik darjah biasa. Mengapa SchoolNet diwujudkan? Ia bertujuan
untuk menyediakan infrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari di
semua sekolah-sekolah di Malaysia. Merapatkan jurang digital di antara pelajar-pelajar sekolah di
bandar dan luar bandar. Memoden dan mempertingkat keberkesanan sistem pendidikan negara..
Mewujudkan suasana pendidikan interaktif. Wawasan SchoolNet adalah mewujudkan masyarakat
berilmu bagi merealisasikan k-ekonomi, mewujudkan masyarakat yang celik IT serta membentuk
tenaga kerja mahir sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.
Prasarana fizikal sesebuah bilik darjah yang ada pada hari ini masih kurang mampu untuk
menampung perubahan yang diperkenalkan. Ini jelas kita lihat pada aspek integrasi ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran terutama yang terdapat di sekolah-sekolah daerah luar bandar.
Mereka selalunya kekurangan dan masih jauh ketinggalan di belakang. Kemudahan komputer dan
internet sememangnya tidak dapat dirasai bagi sekolah-sekolah yang terdapat di kampung
mahupun pulau-pulau pedalaman. Malah ada di antara mereka yang masih belum pernah
menyentuh komputer dan apa lagi mengetahui apa itu internet.. Jadi dengan keadaan ini
bagaimana kita dapat menampung perubahan yang diperkenalkan.
Tetapi jika dilihat dari sudut pembaharuan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran,
prasarana fizikal (jumlah komputer) ini perlu dititikberatkan.ini kerana jumlah prasarana yang
mencukupi harus mampu untuk menampung jumlah pertambahan pelajar dari semasa ke semasa.
Amatlah penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat input daripada setiap apa yang diajar
oleh guru tersebut. Seperti yang telah kita ketahui, pembelajaran ICT sangat penting dalam
melahirkan dan menyediakan insan yang berkualiti yang mampu bersaing dengan dunia luar.
Sejajar dengan pembentukan sekolah bestari, bilik darjah pada era sekarang ini haruslah
dilengkapi dengan bilangan komputer yang mencukupi untuk digunakan sebagai alat pengajaran
dan pembelajaran. Kaedah kumpulan dan kaedah individu adalah diutamakan. Guru memainkan
peranan sebagai pemimpin dan pemudah cara dan dibantu oleh bahan mata pelajaran disediakan
dalam bentuk perisian dan bahan-bahan internet di luar sekolah. Dengan itu, strategi pengajaran
yang paling sesuai ialah berpusatkan murid-murid dan bahan-bahan (Ting dan Sidek,2007).
Berdasarkan pemerhatian saya di beberapa buah sekolah, komputer di sekolah tersebut
tidak mencukupi bagi kemudahan pelajar-pelajar. Jadi ramai pelajar di sekolah yang tidak pernah
menyentuh sekali pun komputer dan tidak tahu bagaimana cara untuk menggunakannya.
Kemudahan perkakasan juga kebiasaannya tidak mencukupi contohnya seperti di makmal sains.
Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua untuk merapatkan jurang perbezaan
tersebut. Sebagai guru, kita bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat kerajaan tersebut
melalui dasar-dasar yang terdapat dalam Kementerian Pelajaran.
4.0

Kesimpulan

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan terus meningkat standing dengan mutu
pendidikan di negara-negara maju yang lain. Akhirnya tanyalah pada diri anda, apakah usaha
yang anda akan lakukan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis
keselamatan dan struktur organisasi di sekolh yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada
proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu
bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah. Walau bagaimana pun,
budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan. Namun begitu, iklim
sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas pelajar manakala, budaya
sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan. Maka
jelaslah di sini bahawa iklim sekolah serta budaya sekolah memainkan peranan yang sangat
penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk
mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang
sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri
dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga,
sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab
mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan
menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah. Usaha dari segi perubahan pengajaran
dan pembelajaran, meningkatkan teknologi, infrastruktur dan perkakasan di sekolah seterusnya
peranan dan tingkahlaku guru yang menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran,
mengenalpasti perbezaan antara pelajar serta mempertingkatkan persekitaran fizikal bilik darjah
harus dilaksanakan dengan berkesa supaya tidak ada lagi pelajar-pelajar yang akan tercicir dari
arus pendidikan yang akhirnya akan memberi impak kepada pembangunan negara. Peluang
pendidikan yang sama rata perlu diambil kira untuk memberikan peluang pendidikan yang adil
kepada semua rakyat Malaysia dan seterusnya membantu usaha untuk menjadikan Malaysia
Pusat Kecemerlangan Pendidikan.
http://jimmymie66.blogspot.my/2010/12/budaya-dalam-pendidikan.html

KEPIMPINAN SEKOLAH DAN IKLIM AKADEMIK MURID : SATU


PERSPEKTIF SOSIOLOGI PENDIDIKAN
Posted on March 10, 2013 by Dr. R. Dhanapal
ABSTRAK
Kertas kerja ini mengkaji persepsi kepimpinan sekolah khususnya guru besar sekolah
terhadap iklim akademik murid. Iklim akademik murid terdiri daripada lima dimensi yang
penting iaitu i) kesia-siaan akademik murid ii) penilaian dan jangkaan masa depan murid iii)
penilaian dan jangkaan ibubapa dan guru terhadap murid iv) galakan dan norma guru dan v)
norma akademik murid. Kesemua dimensi ini dikaji dengan kaedah temubual separa
berstruktur dengan guru-guru besar. Guru Besar terdiri daripada 3 profil sekolah iaitu seorang
guru besar sekolah bandar, seorang guru besar sekolah pinggir bandar dan tiga orang guru
besar sekolah ladang. Kaedah temubual ini dipilih untuk menjawab soalan kajian iaitu Apakah
input guru besar terhadap kelima-lima dimensi tersebut? Pemimpin sekolah yang
dimaksudkan dalam kajian ini ialah guru besar iaitu seorang individu yang paling penting dan
berpengaruh di sesebuah sekolah. Kepimpinannya menentukan nada sekolah, iklim
pembelajaran dan darjat keprihatinan terhadap murid dan sekolah. Guru besar juga bertindak
sebagai pentadbir yang menyebabkan sekolah itu berjaya, inovatif, fokus murid, terkenal
dengan kecemerlangan dalam pembelajaran dan cemerlang dalam melahirkan murid yang
gigih dan berjaya. Iklim akademik murid mencakupi persepsi guru-guru besar dari ketiga-tiga
kawasan sekolah terhadap kelima-lima dimensi yang dinyatakan. Soalan soalan temubual
dibina oleh penyelidik berdasarkan instrumen Iklim Akademik Murid yang diubah suai
daripada Model Brookover yang pernah digunakan di Michigan, Amerika Syarikat. Antara

kandungan temubual tersebut adalah mengenai jangkaan, penilaian, tanggapan dan aspirasi
mereka terhadap murid sekolah. Dapatan menunjukkan bahawa iklim akademik murid di
sekolah bandar adalah lebih positif berbanding dengan sekolah di pinggir bandar dan ladang.

Keywords : School Leadership, School Academic Climate, Student Academic Climate


1.0 Pengenalan
Swenny (1988) berpendapat bahawa iklim akademik sekolah yang berjaya atau positif merupakan asas yang
kukuh untuk menjalankan sebarang program pendidikan. Iklim akademik sekolah yang menggalakkan
membolehkan murid, guru dan pemimpin sekolah menjalankan fungsi dengan baik dan berkesan iaitu
mendorong murid untuk belajar dan berjaya mencapai hasil persekolahan mereka (Bulach dan Castleman,
1995).Kajian ini memfokuskan iklim akademik murid di sekolah-sekolah Tamil. Iklim akademik murid di
sekolah Tamil memainkan
peranan yang amat penting dalam meningkatkan pencapaian murid-murid sekolah Tamil dalam pendidikan.
Hakikatnya persekitaran masyarakat India tidak memberi banyak sumbangan kepada murid sekolah Tamil
untuk mencapai hasil persekolahan anak-anak mereka. Ibu bapa murid India berasal daripada taraf sosio
ekonomi yang rendah (Marimuthu, 1994). Iklim SJK Tamil seperti persekitaran sekolah, kemudahan fizikal,
guru dan kepimpinanlah menjadi pendorong kepada kemajuan akademik murid-murid di SJK Tamil.
Kajian ini membuat tinjauan tentang persepsi guru-guru besar SJKT terhadap iklim akademik murid di
sekolah mereka. Iklim akademik ini dibataskan kepada 5 dimensi yang diubahsuaikan daripada Model Iklim
Akademik Brookover (1979) iaitu, a) kesia-siaan akademik, b) penilaian dan jangkaan masa depan murid, c)
penilaian dan jangkaan ibu bapa dan guru terhadap murid, d) galakan dan norma guru dan e) norma
akademik murid.
2.0 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk:
-mengkaji input guru besar terhadap iklim akademik murid.
3.0 Soalan Kajian
Berdasarkan objektif tersebut soalan berikut telah dikemukakan dalam kajian ini, iaitu:
Apakah input guru besar terhadap kesia-siaan akademik, penilaian dan jangkaan masa depan, penilaian dan
jangkaan ibu bapa dan guru terhadap murid, galakan dan norma guru dan norma akademik murid?
4.0 Sorotan Literatur
4.1. Kepimpinan Sekolah
Pemimpin sekolah yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah guru besar SJK Tamil. Guru besar ialah
individu yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Guru besar bertanggung jawab ke atas
semua aktiviti yang berlaku di sekolah. Kepimpinan seseorang guru besar menentukan nada sekolah, iklim
pembelajaran, tahap profesionalisme dan moral guru serta darjat keprihatinan terhadap murid, guru dan
sekolah (Kamaruddin Hussein, 1994). Guru besar juga bertindak sebagai penghubung utama antara komuniti
dengan sekolah. Kepimpinan guru besar menyebabkan sekolah itu berjaya, inovatif, fokus murid, terkenal
dengan kecemerlangan dalam pembelajaran dan cemerlang dalam melahirkan murid yang gigih dan berjaya
(House, 1971).

4.2.Iklim Akademik Murid


Iklim akademik murid dalam kajian ini mencakupi persepsi guru besar terhadap iklim akademik muridmurid mereka. Untuk kajian ini persepsi tersebut dibahagikan kepada lima faktor iaitu a) kesia-siaan
akademik murid b) penilaian dan jangkaan masa hadapan murid c) penilaian dan jangkaan ibu bapa dan guru
terhadap murid d) galakan guru dan norma guru dan e) norma akademik murid (Brookover, 1979).
4.3. Kepimpinan Sekolah dan Iklim Akademik Sekolah
Kepimpinan memainkan peranan dalam keberkesanan sekolah, budaya dan iklim akademik sekolah. Fullan
(1992) menyatakan bahawa peranan guru besar kini telah dibentuk semula daripada pemimpin kepada
pemimpin pengajaran. Ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan pemimpin sekolah untuk membentuk iklim
akademik sekolah yang positif adalah antaranya pemimpin mempunyai sikap berani menghadapi risiko,
tidak berpuas hati dengan status quo, dan tidak pula dihalang oleh sekatan-sekatan organisasi (Hussein
Mahmood, 1993). Selain itu pemimpin seperti ini menjadi teladan kepada guru-gurunya dan berpegang
kepada keyakinan bahawa sekolah akan mencapai kejayaan. Dengan menggunakan pendekatan
empowerment yang betul dalam membuat keputusan, pemimpin begini berjaya mempengaruhi the
capacity to improve from within dan keduanya, pemimpin yang berkesan mempunyai satu komitmen yang
amat kuat kepada pengupayaan guru-guru melalui permuafakatan (Fullan, 1992).
Seseorang pemimpin transformasional mempunyai matlamat yang jelas dalam mengurus dan mentadbir
iklim dan budaya akademik sekolah yang positif. Pemimpin perlu mempunyai komitmen kepada nilai-nilai
teras yang dipersetujui dan dilaksanakan oleh semua staf. Beliau mengamalkan etika penyayang dan
mewujudkan visi dan hala tuju yang jelas dengan staf serta menggalakkan permuaafakatan apabila membuat
keputusan demi kemajuan murid di sekolah (Mortimore, 1988). Kajian-kajian mendapati bahawa
terdapatnya perkaitan yang amat rapat antara iklim akademik sekolah yang positif dengan ciri-ciri
pengukuran terhadap kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah itu seperti; pencapaian akademik,
disiplin yang tinggi, produktiviti staf dan pengurusan yang berkesan. Pentingnya kepemimpinan yang
berkesan tidak dapat dinafikan dalam mempengaruhi kualiti dan iklim akademik sekolah secara positif dan
secara keseluruhan. Biasanya guru besarlah diletakkan segala harapan bagi menjadikan sesebuah sekolah itu
maju, berjaya, meningkat dan cemerlang dari semasa ke semasa. Bagaimana guru besar, begitulah
sekolahnya Kenyataan ini sedikit sebanyak memberikan gambaran betapa besarnya tanggungjawab
seseorang guru besar dalam urusan untuk melahirkan corak sekolahnya itu, sama ada untuk kebaikan atau
pun sebaliknya (Omar Hashim, 1993).
Peranan pemimpin sekolah tidak dapat diabaikan dalam pembentukan iklim akademik murid. Pemimpin
yang dilabelkan sebagai berkesan atau bagus membawa sekolah ke hala tuju yang berkesan dan bagus.
Kemajuan dan kejayaan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada kepimpinan sekolah. Pemimpin yang
mengusahakan struktur baru dalam interaksi antara sistem sosial sekolah akan membawa perubahanperubahan terhadap matlamat, prosedur, input, proses dan pencapaian akademik murid (Abdul Shukor
Abdullah, 1995). Terdapat pertalian yang signifikan antara tingkah laku kepimpinan guru besar dengan iklim
akademik murid.
Sekolah yang efektif dipimpin oleh guru besar yang berkesan manakala sekolah yang kurang efektif
dipimpin oleh guru besar yang kurang berkesan (Hussein Mahmood, 1993). Kesan tingkah laku guru besar
terhadap pembelajaran murid disalurkan melalui variabel perantaraan. Bagaimanapun ada juga kajian
menunjukkan bahawa tingkah laku guru besar tidak mempunyai kesan secara langsung terhadap pencapaian
murid di sekolah (Fullan, 2001). Guru besar hanya menjalankan tugas dengan menterjemahkan jangkaan
tinggi terhadap murid kepada dasar-dasar sekolah (Hussein Mahmood, 1993). Dasar-dasar ini dilakukan
sebagai amalan di sekolah. Amalan-amalan inilah yang memajukan tingkah laku murid ke arah pencapaian
dan pembinaan konsep kendiri yang positif.

Di peringkat sekolah, dasar sekolah yang boleh memberi kesan terhadap pembelajaran murid adalah
berkaitan dengan fungsi dan struktur sosialnya. Pemimpin sekolah boleh memantau iklim akademik murid di
sekolah. Hal ini dapat dilakukan dengan memantau kerja rumah murid, mengesan kemajuan murid,
menggred, memulih dan melaporkan kemajuan murid kepada ibu bapa murid. Kepimpinan dan iklim
akademik sekolah saling mempengaruhi dan memberi kesan terhadap pencapaian murid di sekolah
(Gameron, 1992). Terdapat hubungan timbal balik antara tingkah laku guru besar dengan pencapaian murid.
Tingkah laku rutin pemimpin seperti menetapkan matlamat sekolah, merancang, mengawal dan menilai
prestasi murid dan guru secara langsung memberi kesan terhadap iklim akademik murid. Model ini juga
menunjukkan pencapaian murid adalah kesan langsung daripada tingkah laku guru besar. Peranan guru besar
lebih terserlah di dalam sekolah seperti iklim akademik sekolah dan kepimpinan sekolah daripada di luar
sekolah.
Iklim akademik sekolah merangkumi varibel apa yang dirasai dan dinikmati oleh seseorang murid di
sekolah itu. (Hussein, 1993). Hal ini merangkumi keadaan fizikal sekolah, susun atur dan lanskap sekolah,
perhubungan sosial antara guru dengan murid, murid dengan murid, guru besar dengan guru dan murid dan
lain-lain. Faktor iklim akademik sekolah ini termasuk juga aspek budaya sekolah iaitu apa yang dilakukan di
sekolah seperti cara sekolah diurus dan ditadbirkan, upacara, lambang, sistem penghargaan, nilai dan
kepercayaan guru, moral dan tingkah laku manusia lain di sekolah. Kesan tingkah laku pemimpin sekolah
terhadap pencapaian murid berlaku secara tidak langsung. Walau bagaimanapun kajian Fullan (2001)
menunjukkan bahawa kesan tingkah laku guru besar terhadap prestasi murid adalah sedikit tetapi signifikan.
Oleh yang demikian amatlah jelas bahawa tingkah laku guru besar memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi atau memberi kesan terhadap pencapaian murid di sekolah. Model ini amat penting dan
efektif untuk mewujudkan sekolah berkesan dan melaksanakan sesuatu program akademik di sekolah.
5.0 Kaedah Kajian
Pendekatan yang telah digunakan ialah kualitatif iaitu kaedah temubual separa berstruktur dan analisis
dokumen sekolah untuk menjawab soalan kajian yang bersifat kualitatif iaitu:
Apakah input guru besar terhadap kesia-siaan akademik, penilaian dan jangkaan masa depan, penilaian dan
jangkaan ibu bapa dan guru terhadap murid, galakan dan norma guru dan norma akademik murid?
Beberapa soalan separa berstruktur telah ditanya kepada guru-guru besar. Seramai tiga orang guru besar di
SJKT ladang, seorang guru besar di SJKT pinggir bandar dan seorang guru besar di SJKT bandar telah
ditemubual. Berdasarkan jawapan mereka, soalan-soalan mencungkil soalan tambahan juga telah ditanya.
Kesemua soalan yang dikemukakan akan menjawab soalan kualitatif.
5.1.Temubual dengan Guru Besar
Dalam kajian ini temubual diadakan dengan guru-guru besar sekolah yang terpilih. Guru besar sebagai
pengurus, pentadbir dan pemimpin lebih memahami budaya, iklim dan persekitaran sekolah berbanding
pihak lain (Sufean Hussien, 2002). Soalan-soalan temubual dibina oleh penyelidik berdasarkan item dalam
instrumen soal selidik murid. Sebanyak 27 soalan temubual separa berstruktur yang terdiri daripada kelimalima dimensi iklim akademik murid telah dikemukakan. Temubual ini telah memberi kefahaman yang
mendalam kepada penyelidik tentang subjek kajian. Antara soalannya ialah:
1. Sejauh manakah guru-guru di sekolah ini menekankan kepentingan akademik dalam kalangan murid?
2. Bagaimanakah cikgu mencungkil minat murid terhadap pelajaran?
3. Pada pendapat cikgu, sehingga peringkat manakah murid sekolah ini dapat mencapai akademiknya?

Antara kandungan temubual tersebut adalah mengenai jangkaan, penilaian, tanggapan dan aspirasi mereka
terhadap murid sekolah mereka. Sejauh mana guru-guru dan ibu bapa membantu murid-murid sekolah dari
segi pembelajaran dan komitmen mereka di sekolah juga telah dijadikan soalan dalam temubual.
6.0 Dapatan Kajian
Dapatan temubual guru besar SJK Tamil mengenai iklim akademik murid dari
segi kesia-siaan akademik murid, penilaian dan jangkaan masa depan, penilaian dan
jangkaan ibu bapa dan guru terhadap murid, galakan dan norma guru dan norma
akademik murid turut dikaji.
6.1.Kesia-siaan Akademik Murid
Guru besar sebagai pemimpin sekolah mentafsirkan kesia-siaan terhadap pelajaran sebagai sikap murid yang
tidak mementingkan masa depan. Mereka berpendapat nasib murid SJK Tamil di negara ini hanya berubah
jika mereka mengubah mindset mereka. Rata-rata guru besar tidak bersetuju sama sekali bahawa punca
utama kesia-siaan akademik adalah disebabkan oleh guru sekolah. Mereka berpendapat guru-guru SJK
Tamil di ladang, pinggir bandar ataupun bandar memang sedia membantu murid.
Guru besar di bandar dan pinggir bandar mempunyai pendapat yang hampir sama terhadap kesia-siaan
murid ini. Walaupun tidak banyak murid sekolah pinggir bandar dan bandar yang mempunyai sikap ini,
namun masalah ini perlu ditangani. Menurut mereka murid-murid ini tidak berminat untuk belajar dan tidak
banyak masa digunakan untuk aktiviti pembelajaran. Mereka berpendapat bahawa murid tidak
mementingkan pelajaran kerana terdapat pekerjaan di pasaran yang tidak memerlukan kelayakan akademik
seperti bekerja sendiri dan bekerja di kilang.
Menurut guru-guru besar, terdapat juga satu lagi golongan murid yang tidak mempedulikan pelajaran iaitu
murid ini datang ke sekolah dengan pakaian lengkap tetapi tidak mahu belajar. Mereka enggan membuat
sebarang kerja sekolah dan tidak memberi perhatian ketika guru mengajar. Menurut guru besar bandar murid
seumpama ini tidak begitu ramai. Murid-murid ini berasal daripada keluarga berada atau kelas tinggi.
Menurut guru besar, kesia-siaan murid disebabkan oleh ibu bapa mereka terlalu memberi kebebasan dan
memberi wang yang lebih daripada cukup sebagai wang saku.
6.2.Penilaian dan Jangkaan Masa Depan Murid
Menurut guru-guru besar sebanyak 75% atau 375 orang murid sekolah bandar, pinggir bandar mahupun
ladang menyatakan hasrat mereka melanjutkan pengajian tinggi sehingga ke peringkat tinggi. Sebanyak 50%
atau 250 orang murid ingin melanjutkan pengajian ke peringkat universiti dan 25% atau 125 orang murid
yang lain ingin melanjutkan pengajian sehingga peringkat kolej sahaja. Hasil tinjauan guru-guru mereka
menunjukkan tidak seorang pun murid yang hendak menghabiskan pengajian sehingga ke peringkat
menengah sahaja. Guru besar berpendapat murid-murid SJK Tamil mempunyai aspirasi tinggi untuk
melanjutkan pelajaran. Guru besar sekolah ladang amat optimis murid mereka dapat melanjutkan pelajaran
sekurang-kurangnya ke peringkat kolej. Menurut dapatan guru besar bandar, murid sekolah bandar
mempunyai tahap keyakinan tinggi.
Dapatan temu bual dengan guru besar sekolah pinggir bandar juga menunjukkan perspektif yang sama.
Cuma bezanya hanya tiga perempat daripada jumlah murid sekolah mereka dapat melanjutkan pelajaran.
Dapatan menunjukkan murid sekolah ini tidak begitu mempunyai jangkaan tinggi. Terdapat murid-murid
mengakui kelemahan mereka. Murid seumpama ini menilai diri mereka sama ada boleh belajar terus atau

tidak. Guru besar pinggir bandar menyatakan bahawa murid-murid yang pandai dan sederhana di sekolahnya
menyatakan keyakinan bahawa mereka akan berjaya dalam hidup. Menurut guru besar ini, murid-murid
lemah yang ditemuinya, tidak begitu optimis dengan masa depan mereka. Walaupun usia mereka hanya 10
tahun, tetapi mereka memberi alasan nasib tidak akan menyebelahi mereka apabila mereka dewasa nanti.
Penilaian dan jangkaan masa depan murid sekolah ladang banyak bergantung kepada guru. Kecuali guru
mereka memberi keyakinan tentang masa depan, murid sekolah ladang tidak akan menyatakan hasrat
mereka. Dapatan menunjukkan bahawa hampir semua murid tidak berani menyatakan pendapat mereka
tentang masa depan kepada guru besar mereka. Guru besar dapat mengetahui hasrat mereka melalui
percakapan mereka dengan guru kelas mereka. Menurut guru besar sekolah ladang, murid-muridnya amat
malu bercakap tentang masa depan mereka. Hal ini kerana mereka menganggap kelemahan yang ada pada
mereka menjadi halangan untuk mereka berjaya. Murid-murid ini tidak bersikap terus-terang dan hasrat
masa depan mereka terpendam begitu sahaja.
Menurut guru besar sekolah ladang, murid-murid ladang menilai diri mereka sangat lemah, tidak begitu
optimis dan bersikap pesimis terhadap diri dan masa depan mereka. Sesetengah guru besar memberitahu
penyelidik bahawa terdapat beberapa orang murid yang pandai bercakap dan sering memberitahu rakan lain
bahawa mereka akan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan ada yang ingin menjadi doktor,
peguam, jurutera dan sebagainya. Namun dari segi akademik, murid ini amat lemah dan sudah pasti mereka
tidak akan mencapai tahap itu.
Murid-murid sekolah ladang mempunyai penilaian dan jangkaan yang amat tipis. Menurut guru besar, ibu
bapa tidak boleh meletakkan harapan mereka terlalu tinggi terhadap anak mereka. Sebagai pendidik tidak
banyak dapat disumbangkan oleh mereka kepada pembentukan sikap positif murid tentang masa depan
murid. Dapatan menunjukkan hanya ibu bapalah yang boleh memberi kata-kata perangsang dan nasihat
kepada mereka tentang masa depan murid. Kesedaran ibu bapa tentang masa depan anak adalah lebih
penting daripada pembentukan sikap oleh guru di sekolah ladang.
6.3.Penilaian dan Jangkaan Ibu Bapa terhadap Murid
Kesemua guru besar menyatakan bahawa mereka selalu memberi sokongan kepada ibu bapa dan guru jika
mereka mencadangkan sebarang aktiviti yang berfaedah kepada murid. Seorang guru besar di ladang
memberitahu bahawa beliau sering menggunakan pelbagai kaedah untuk mempertemukan ibu bapa dan
guru. Seorang guru besar sekolah ladang memberitahu penyelidik bahawa sebanyak 77% atau 193 orang ibu
bapa dan guru mempunyai penilaian dan jangkaan yang positif terhadap murid. Hal ini dapat dilihat apabila
kedua-dua pihak sering mengadakan perbincangan dengan guru besar sekolah ladang tentang cara-cara
meningkatkan pencapaian akademik murid sekolah ladang. Manakala sebanyak 23% atau 57 orang ibu bapa
dan guru langsung tidak mempedulikan akademik murid. Mereka tidak begitu yakin dengan murid kerana
murid amat lemah dan tidak percaya mereka boleh melanjutkan pengajian sekolah menengah.
Data menunjukkan bahawa guru-guru datang ke sekolah mengajar mengikut Huraian Sukatan Pelajaran dan
tiada sebarang aktiviti tambahan seperti kelas tambahan atau pemulihan kepada murid yang lemah.
Dari segi penilaian ibu bapa terhadap murid, memang positif di sekolah pinggir bandar. Mereka menyokong
sekolah dengan menyediakan buku kerja, buku latihan dan alat bantu mengajar kepada sekolah. Guru besar
sekolah bandar pula memuji ibu bapa muridnya kerana kerap datang melawat sekolah. Mereka mempunyai
jangkaan positif terhadap anak mereka dan menyatakan anak-anak mereka akan berjaya dalam akademik
kerana mereka sanggup membantu sekolah dalam apa jua cara sekalipun.

6.4.Galakan dan Norma Guru


Guru-guru besar sekolah ladang yang ditemubual berkata kebanyakan guru mereka memperlihatkan
perlakuan yang kurang mesra dengan murid sebaliknya tumpuan utama diberi kepada bahan pengajaran.
Menurut dapatan gaya pengajaran guru sekolah ladang ialah menghabiskan sukatan pelajaran dan
pengajaran disampaikan secara umum tanpa mengambil kira sama ada murid-muridnya lemah atau pandai.
Menurut guru-guru besar di sesetengah sekolah, sistem KBSR sudah tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Sesetengah guru masih mengajar menggunakan kaedah kapur dan cakap dan amat jarang mereka
menggunakan alat bantuan mengajar yang disediakan oleh Kementerian untuk mengajar subjek-subjek yang
abstrak seperti sains dan matematik. Data temubual guru-guru besar menunjukkan terdapat segelintir guru
kurang berminat dan tidak serius dalam kerjayanya sebagai seorang guru.
Dapatan data tentang galakan dan norma guru daripada guru besar di sekolah pinggir bandar menunjukkan
bahawa rangsangan sikap dan pendekatan guru merupakan pengaruh utama terhadap corak respons murid
sekolah ini terhadap pengajaran dan galakan guru. Dapatan mengesahkan bahawa walaupun terdapat guruguru yang kurang memiliki sahsiah yang positif, tetapi mereka boleh menimbulkan suasana pembelajaran
yang memberangsangkan.
Guru besar sekolah bandar yang ditemubual mengakui guru-gurunya memberi galakan yang positif kepada
murid dan mereka sendiri menjadi contoh yang terbaik kepada murid. Data menunjukkan guru-guru di
sekolah bandar mengambil berat terhadap pencapaian akademik murid dan mereka percaya bahawa murid
akan bekerja lebih gigih lagi dan tidak akan mensia-siakan masa depan mereka
6.5.Norma Akademik Murid
Dua orang guru besar sekolah ladang yang ditemubual mengatakan bahawa mereka menilai norma akademik
murid dengan menganalisis keputusan akademik murid. Guru besar juga ditemubual untuk mendapatkan
persepsi dan reaksi mereka terhadap norma akademik murid. Mengikut temubual, murid-murid sekolah
ladang amat cepat berpuas hati apabila mereka mendapati keputusan mereka bertambah baik. Mereka berasa
bangga jika keputusan mereka meningkat. Guru-guru besar melaporkan bahawa norma akademik murid
banyak bergantung kepada inisiatif dan konsep kendiri mereka.
Data menunjukkan bahawa murid menganggap sekolah ini boleh dipercayai dan guru-guru telah
menjalankan tugas mereka dengan baik jika pencapaian akademik mereka bertambah baik. Jika tidak, murid
ini sering menyalahkan guru-guru tidak menjalankan tugas. Murid yang terlalu results oriented cepat
bermasam muka jika gagal dan murid yang bukan result oriented pula bersikap selamba sahaja.
Sebagai guru besar, mereka juga mempunyai persepsi sendiri terhadap pencapaian anak didiknya.
Kebanyakan guru besar bersetuju memberi pelbagai jenis ganjaran kepada murid yang menunjukkan minat
dalam akademik. Antaranya memberi hadiah berbentuk buku, mengumumkan nama murid di perhimpunan
dan menulis surat tahniah kepada murid dan waris.
Dari segi keupayaan akademik murid, kebanyakan guru besar menyatakan bahawa mereka berusaha
mencungkil minat murid terhadap akademik dengan menyediakan latihan-latihan tambahan bagi murid yang
lemah akademiknya. Mereka kerap meminta guru-guru mencadangkan idea untuk mengukuhkan kemahiran
atau penguasaan murid dalam sesuatu mata pelajaran.
Guru-guru besar di ladang dan di bandar mempunyai pandangan yang sama dalam hal ini. Mereka memberi
ruang kepada murid supaya lebih bertanya soalan kepada guru apabila guru selesai mengajar sesuatu topik.

Dalam mesyuarat staf, guru-guru sering diperingatkan supaya menggalakkan murid bertanya. Melalui
pertanyaan seseorang murid dapat meningkatkan keupayaan akademik mereka.
7.0 Perbincangan
Input-input guru-guru besar SJK Tamil dibahagi kepada lima dimensi iaitu i) kesia-siaan akademik murid, ii)
penilaian dan jangkaan masa depan, iii) penilaian dan jangkaan ibu bapa dan guru terhadap murid, iv)
galakan dan norma guru dan v) norma akademik murid.
Guru Besar SJKT ladang menyatakan murid SJK Tamil ladang terlalu banyak membuang masa dan tidak
menganggap akademik itu sebagai satu asas penting untuk masa depan. Walaupun seorang guru besar tidak
bersetuju dengan pandangan mereka. Hasil daripada pemerhatian penyelidik memang terdapat sikap kesiasiaan akademik dalam kalangan murid sekolah ladang. Hal ini kerana seramai 90% atau 225 orang murid
datang ke sekolah ladang adalah daripada keluarga miskin dan kelas pekerja. Ibu bapa murid tidak dapat
membantu murid dari segi akademik di rumah. Malah terdapat ibu bapa sendiri tidak begitu mementingkan
kepentingan akademik. Hal ini sedikit sebanyak memberi impak kepada murid berkenaan. Sikap seumpama
ini terdapat juga dalam kalangan murid sekolah pinggir bandar. Murid SJK Tamil bandar juga menunjukkan
sikap kesia-siaan terhadap akademik. Lemahnya konsep kendiri dalam kalangan murid SJK Tamil
menyebabkan mereka tidak begitu mementingkan akademik. Malah sikap mengambil mudah dan suka
meniru jawapan kawan dan tidak menyiapkan kerja sekolah di rumah juga antara punca mereka mensiasiakan akademik.
Penilaian dan jangkaan masa depan dalam kalangan murid sekolah ladang amat banyak didapati. Guru-guru
besar SJKT lading melaporkan keadaan ini berlaku kerana persepsi sesetengah guru terhadap murid mereka.
Terdapat sesetengah guru menunjukkan persepsi yang positif terhadap murid mereka. Walaupun tidak
banyak murid sekolah ladang akan melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti tetapi mereka masih boleh
menamatkan pengajian di peringkat kolej. Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi penilaian murid juga.
Sementara murid-murid sekolah bandar dan pinggir bandar didapati mempunyai penilaian dan jangkaan
masa depan yang agak sama kerana mereka sentiasa diberi motivasi dan dorongan oleh ibu bapa mereka
yang berpelajaran. Dorongan ibu bapa yang terdiri daripada kelas menengah dan tinggi menyebabkan murid
di sekolah bandar membuat perancangan untuk menghadapi masa depan mereka.
Iklim akademik murid SJK Tamil juga banyak bergantung kepada sejauh mana penilaian dan jangkaan ibu
bapa dan guru terhadap murid. Di sekolah ladang ibu bapa tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran anak
mereka dan begitu juga dengan sikap segelintir guru memandang enteng terhadap kemampuan dan
kebolehan akademik murid. Seramai 85% atau 212 orang ibu bapa menghantar anak ke sekolah ladang tanpa
mempunyai sebarang visi dan misi tentang akademik anak-anak mereka. Ibu bapa dan guru-guru di SJK
Tamil pinggir bandar dan bandar mempunyai tanggapan yang positif tentang murid sekolah-sekolah ini. Ibu
bapa dan guru di sekolah-sekolah ini memberi dorongan sepanjang masa kepada murid dan berjaya
mengadakan kelas pemulihan, kelas tambahan dan seminar kerjaya serta kem kecemerlangan akademik
secara berusaha sama demi kecemerlangan akademik murid-murid.
Pencapaian murid dalam peperiksaan UPSR sejak tiga tahun kebelakangan menyokong kepentingan
persepsi, kesungguhan dan komitmen ibu bapa dan guru dalam usaha memperoleh kemajuan akademik
murid di sekolah pinggir bandar dan bandar. Ibu bapa harus lebih proaktif dan konsisten terhadap
perkembangan akademik anak-anak mereka. Mereka hendaklah kerap datang berjumpa dengan guru kelas
anak mereka untuk mengetahui perkembangan akademik dan tingkah laku anak-anak mereka di sekolah. Ibu
bapa yang mempunyai anak yang cemerlang kerap meminta bantuan guru kelas untuk menyemak latihan-

latihan tambahan yang dibuat oleh murid di rumah. Mereka lebih banyak meluangkan masa dan wang untuk
meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak mereka.
Galakan dan norma guru merupakan faktor yang sangat penting mempengaruhi iklim akademik murid SJK
Tamil. Galakan guru yang konsisten dan berterusan dengan menasihati murid agar selalu memberi tumpuan
terhadap akademik berjaya menimbulkan kesedaran akademik dalam kalangan murid SJK Tamil. Pengajaran
yang stereotaip dapat diperhatikan di sekolah ladang. Guru-guru tidak menggalakkan murid banyak bertanya
dan sebaliknya masa ditumpukan untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Sama ada murid yang lemah
memahami sesuatu konsep atau tidak, jarang diberi perhatian oleh guru. Hal ini disebabkan guru-guru di
sekolah ladang kekurangan prasarana pelajaran dan kekurangan murid untuk membentuk kumpulan pandai,
sederhana dan lemah melemahkan semangat guru memberi perhatian secara individu.
Bagaimanapun dapatan temubual menunjukkan guru-guru ini tidak patah semangat mengajar murid-murid.
Fenomena yang berlainan pula didapati berlaku di SJK Tamil bandar. Di kedua-dua profil sekolah bandar
dan pinggir bandar ini, guru-guru mengamalkan suatu sistem kerja yang seragam dan konsisten dan mereka
memastikan sistem itu dijalankan sepanjang masa. Hal ini termasuklah penyemakan latihan kerja rumah,
penyediaan bahan pengajaran dan pemantauan kemajuan akademik dilakukan sepanjang masa. Pemerhatian
penyelidik dan hasil temubual dengan guru-guru besar di SJKT ladang mencadangkan galakan dan norma
guru di sekolah ladang adalah tidak konsisten dan mereka sentiasa mengubah-ubah norma mereka.
Manakala galakan dan norma guru di sekolah pinggir bandar dan bandar adalah lebih tegas dan tidak
berkompromi dengan murid dengan norma-norma yang telah ditetapkan.
Dimensi yang paling penting membantu murid SJK Tamil untuk mewujudkan iklim akademik ialah norma
akademik murid. Norma akademik murid ialah hasrat, matlamat dan hala tuju murid untuk mencapai
matlamat pembelajaran. Sikap murid sekolah ladang yang sering tidak menghabiskan kerja sekolah, tidak
membawa peralatan pembelajaran ke sekolah dan selalu memesongkan tumpuan guru apabila guru sedang
mengajar dalam kelas menunjukkan murid sekolah ladang memiliki norma akademik yang tidak
menggalakkan. Hal ini disebabkan kelemahan dari segi kognitif dan intelek dan tiada bimbingan ibu bapa di
rumah menyebabkan murid sekolah ladang bersikap sedemikian.
Manakala murid sekolah pinggir bandar walaupun bukan semuanya mempunyai norma akademik yang
positif, tetapi ada di antara mereka memang konsisten dengan kerja-kerja sekolah dan yakin mereka boleh
berjaya dalam akademik. Pemerhatian, rekod sekolah dan hasil temu bual dengan guru besar SJKT bandar
menunjukkan norma akademik murid sekolah bandar adalah lebih tinggi. Perkara ini disokong oleh dapatan
bahawa murid-murid di sekolah ini sering menghabiskan kerja sekolah dengan cepat dan membuat kerja
sendiri seperti membaca atau membuat latihan susulan apabila guru sedang melayani murid-murid lain
dalam kelas.
8.0 Kesimpulan
Tuntasnya, kajian telah menunjukkan bahawa iklim akademik murid di sekolah bandar adalah lebih positif
berbanding dengan sekolah di pinggir bandar dan ladang. Sumbangan guru besar di bandar didapati lebih
memuaskan jika dibandingkan dengan sumbangan guru besar di sekolah-sekolah pinggir bandar dan ladang.
Di samping kepimpinan guru besar, terdapat banyak lagi pihak memberi sumbangan yang aktif ke arah
meningkatkan iklim akademik murid SJK Tamil. Sumbangan-sumbangan tersebut harus diteruskan untuk
membantu murid SJK Tamil agar peningkatan kejayaan akademik yang cemerlang pada masa akan datang
dapat dicapai oleh mereka.
RUJUKAN
Abdul Shukor b. Abdullah. (1995). Membina sekolah yang berkesan : Aplikasi dasar. Kertas Seminar

Sekolah Efektif. Genting Highlands : Institut Aminudin Baki


Brookover, W. (1979). School Social Systems and Student Achievement. New York: Bergin Publisher Inc.
Bulach, C.R., Malone, B. dan Castleman, C. (1995). An investigation of variabels related to student
achievement. Educational Reseracher, 8(2), 23-29.
Fullan, M.G. (1992). Successful School Improvement. Buckingham: Open University Press.
Fullan, M.G. (2001). The New Meaning of Educational Change (3rd Ed). New York: Teachers College Press
Gameron, A. (1992). Social Factors. In Education Encyclopedia of Educational Research 6th ed. New York:
Mc Millan.
House, R.J. (1971). A path goal theory of leader effectiveness. Administrative Science Quarterly, 16, 321338
Hussein b. Mahmood. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kamarudin Hussein. (1994). Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Ltd.
Marimuthu, T. (1994). Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Mortimore, P., Sammons, P., Stoll, L., Lewis, D. dan Ecob, R. (1988). School Matters. Baltimore: John
Hopkins University Press.
Omar Hashim. (1993). Pendidikan, Persoalan, Penyelesaian Dan Harapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Sufean Hussein. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Di Malaysia: Teori dan Analisis. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
Swenny, J. (1988). Tips for improving school climate. Education Leadership, 46, 200-220
https://dhanapalblog.wordpress.com/2013/03/10/kepimpinan-sekolah-dan-iklim-akademik-murid-satu-perspektifsosiologi-pendidikan/
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN: GURU BESAR DAN
KEBERKESANAN SERTA PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH
By Muhammad Yusri Yusof10:38 PMNo comments
Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada corak kepimpinan yang diamalkan di
sekolah itu (Hussein Mahmood, 2005; Mortimore, 1997). Dalam menghadapi transformasi
pendidikan, penambahbaikan perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah selaras dengan 11
anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia(2013-2025). Perubahan dunia yang pesat di dalam bidang teknologi maklumat dan
ekonomi menuntut perubahan di dalam bidang pendidikan bagi melahirkan modal insan yang
berwawasan di masa hadapan. Kemenjadian dan keberhasilan pencapaian pelajar dan
sekolah pada masa yang akan datang dicorakkan dengan penambahbaikan yang dilakukan
pada masa sekarang.
Sekolah merupakan agen yang penting dalam pembinaan generasi masa depan (Rahimah
Haji Ahmad, 2005). Sebagai seorang pemimpin sekolah, guru besar adalah berperanan dan
bertanggungjawab untuk memastikan sekolahnya berada di landasan yang betul untuk
mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi dan menjadi sebuah sekolah berkesan. Kejayaan
sesebuah sekolah bergantung kepada corak kepimpinan yang diamalkan di sekolah itu
(Hussein Mahmood, 2005; Mortimore, 1997) .
Keberkesanan sekolah pula diukur jika sekolah itu mencapai suatu status yang memenuhi

kriteria-kriteria tertentu dan menghasilkan impak yang dihasratkan. Pencapaian dan


kecemerlangan sesebuah sekolah terletak pada kepimpinan yang berkesan. Di sinilah
letaknya kebijaksanaan seorang pemimpin untuk mengembeleng tenaga dan minda bersamasama dengan warga sekolahnya untuk mencapai apa yang disasarkan selaras dengan visi
sekolah iaitu Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.
Peter Mortimore (1995) dari Universiti London dalam kertas kerjanya yang berjudul Key
Characteristics of Effective Schools telah menyenaraikan 11 ciri-ciri sekolah berkesan iaitu:
1. Kepemimpinan profesional
Ciri ini menekankan kepemimpinan sekolah yang tegas dan bertujuan. Sekolah-sekolah harus
mempunyai pentadbir proaktif yang menekankan permuafakatan dan persamaan tujuan yang
mengusaha dan mengekalkan proses memajukan sekolah. Seterusnya, ialah sama ada
sekolah mengamalkan pendekatan musyawarah, berkongsi tanggungjawab serta melibatkan
guru dalam membuat keputusan dan menekankan kepemimpinan ketua jabatan atau panitia.
Ciri ini juga menekankan sama ada pemimpin sekolah sebenarnya seorang profesional dan
berilmu yang dapat menawarkan kepemimpinan kurikulum, merancang strategi kurikulum,
memantau kemajuan pelajar, serta sedar dan tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah dan
dapat membantu membaiki amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
2. Perkongsian wawasan dan tujuan
Ciri ini bermaksud warga anggota sekolah mempunyai persamaan nilai dan tujuan sekolah
serta dapat berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mantap. Ciri ini juga merujuk pada
pentadbiran sekolah yang mengamal tindakan pengurusan secara konsisten, iaitu
berdasarkan piawai disiplin yang ditentukan oleh sekolah, atau guru menjadi model contoh.
Ciri ini juga bermaksud tentang kewujudan kesetiakawanan dan kerjasama antara warga
sekolah serta penglibatan guru dalam proses membuat keputusan.
3. Persekitaran pembelajaran
Ciri ini bermaksud iklim sekolah ditentukan oleh wawasan, nilai dan tujuan. Iklim sekolah yang
baik sebenarnya dipengaruhi oleh suasana pembelajaran dan keadaan sekolah yang tertib
dan teratur dengan persekitaran kerja yang menarik, tenang dan harmonis dalam suasana
berorientasikan tugas, di samping wujudnya disiplin kendiri dalam kalangan pelajar yang

merupakan prasyarat bagi pembelajaran berkesan.


4. Tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
Ciri ini menampakkan tujuan utama sekolah, iaitu pengajaran dan pembelajaran kerana
keberkesanan sekolah bergantung kepada keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah.
Kajian menunjukkan ada perkaitan yang rapat di antara tumpuan kepada pengajaran dan
pembelajaran sekolah dengan keberkesanan guru. Kajian juga menekankan sekolah patut
memfokus pada kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Rumusan pelbagai kajian
oleh Mortimore menunjukkan bahawa sekolah harus memaksimumkan masa belajar,
meningkatkan penggunaan masa belajar, mengagih masa untuk mata-mata pelajaran prioriti
secara seimbang. Sebahagian besar masa guru ditumpukan pada pembelajaran murid dan
guru sangat prihatin dengan pelajaran dan pembelajaran kognitif murid. Sekolah
mengamalkan ketepatan masa belajar dan mengurangkan gangguan dari luar bilik darjah.
Sekolah juga begitu menitikberatkan aspek-aspek ilmiah, mempunyai guru yang
berpengetahuan mendalam dalam kurikulum, dan bertumpukan penguasaan kemahirankemahiran asas.
5. Pengajaran yang bertujuan
Mortimore mendapati kualiti pengajaran merupakan intipati sekolah berkesan, di samping
memiliki guru yang berkualiti. Ciri pengajaran bertujuan pula bermakna perlu mempunyai
organisasi yang efisien, tujuan yang jelas, pengajaran yang berstruktur dan amalan yang
fleksibel.
6. Jangkaan kejayaan yang tinggi
Ciri ini bermaksud sekolah mempunyai jangkaan kejayaan yang tinggi dalam semua bidang
terhadap murid-murid mereka kerana rumusan kajian Mortimore menunjukkan ada kaitan
yang rapat di antara jangkaan kejayaan yang tinggi dan keberkesanan pelajar. Guru didapati
sangat aktif dalam membantu pelajar dan yakin dengan pencapaian murid-murid. Guru juga
sentiasa menzahirkan jangkaan mereka serta berkeyakinan terhadap pelajar yang
merangsang mereka untuk berjaya. Rangsangan ini diberi melalui kata-kata pujian yang tekal.
7. Pengukuhan yang positif
Mortimore mendapati pengukuhan positif dalam bentuk hadiah dan insentif menjadi faktor
penting bagi meningkatkan motivasi pelajar. Pentadbiran disiplin perlu bersih dan adil. Disiplin

yang baik berpunca daripada iklim sekolah yang teratur, yakni yang berasaskan rasa
kepunyaan dan keterlibatan. Disiplin yang berkesan dapat mengekalkan suasana damai di
sekolah. Di samping itu, guru juga harus mendapat maklum balas segera tentang setiap
tindakan yang dijalankan, sementara kepada pelajar pula ganjaran atau hukuman perlu
disegerakan selepas setiap kebaikan atau kesalahan dilakukan.
8. Memantau kemajuan
Berdasarkan maklumat kajian yang dikumpul oleh Mortimore, sekolah berkesan sentiasa
melakukan pemantauan terhadap kemajuan dan prestasi pelajar secara teratur. Guru dapat
menentukan sejauh mana tujuan sekolah telah dicapai. Sekolah perlu memberi tumpuan
kepada pelajar, ibu bapa dan tujuan persekolahan. Sekolah juga hendaklah sentiasa berusaha
untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam aspek-aspek penilaian dan
kaedah mengajar yang terkini.
Di samping itu, sekolah perlu menegaskan kepada pelajar dan guru supaya mengambil berat
tentang kemajuan pelajaran.
9. Hak dan tanggungjawab pelajar
Rumusan kajian Mortimore turut mendapati sekolah berkesan menekankan usaha
meningkatkan harga diri pelajar. Pelajar sepatutnya mengambil bahagian secara aktif dalam
pelbagai kegiatan di sekolah. Sehubungan itu, sekolah harus merancang dan meletakkan
tanggungjawab yang sesuai kepada mereka.
10. Hubungan rumah-sekolah
Mortimore seterusnya menekankan tentang pentingnya hubungan rumah-sekolah bagi
meningkatkan keberkesanan sekolah. Kajian-kajian menunjukkan pentingnya penglibatan ibu
bapa dalam membantu anak-anak untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Hubungan ini
seterusnya dieratkan melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang
kemajuan anak-anak dengan guru di dalam bilik khas yang disediakan, sementara pengetua
pula mengukuhkan lagi hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka.
11. Organisasi Pembelajaran
Rumusan kajian Mortimore seterusnya menunjukkan sekolah-sekolah berkesan mempunyai
organisasi pembelajaran yang menggalakkan guru dan staf am terus meningkatkan ilmu

profesional. Ke arah sekolah berkesan, pengurusan sekolah harus mengadakan program


perkembangan staf pada peringkat sekolah untuk membantu guru dan staf meningkatkan
mutu pengajaran di dalam bilik darjah.
Abdul Shukor (1995) pula menyenaraikan ciri-ciri sekolah yang berkesan adalah seperti
berikut :
1.

Guru besar mempunyai kepimpinan yang kuat dengan tumpuan pengurusan adalah
terhadap
peningkatan kualiti pengajaran,

2.

Membina iklim persekolahan di mana tiap-tiap murid berada dalam satu tahap pencapaian
yang
ditetapkan terlebih dahulu dan tidak lebih rendah daripada itu,

3.

Mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlunya membina peraturan ketat, tenang
dan
tanpa penindasan, tetapi selesa untuk suasana proses pengajaran,

4.

Memberi keutamaan terhadap proses pengajaran di mana sekolah berusaha bersungguhsungguh


bagi memastikan matlamat pengajaran dilaksanakan secara teratur dan memberi faedah,
serta

5.

Mengesan kemajuan murid secara sistematik, iaitu guru besar dan guru-guru mengawas
kemajuan murid berpandukan kepada kehendak dan objektif pengajaran.
Dalam menentukan keberkesanan sekolah, guru besar sebagai pemimpin di sekolah perlu
mempunyai kemahiran kepimpinan dan pengurusan yang profesional dan bermatlamat serta
bijak merangka dan melaksanakan strategi bagi memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan untuk
mencapai status sekolah berkesan. Dalam satu hasil pemerhatian yang telah dijalankan oleh
31 pensyarah Institut Aminuddin Baki di dalam buku bertajuk Amalan-amalan Terbaik
Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah-sekolah Cemerlang di Malaysia mendapati dan

mengesahkan bahawa 11 ciri-ciri yang diutarakan oleh Peter Mortimore telah dapat dikesan
diamalkan oleh pemimpin-pemimpin sekolah berkenaan. Ini jelas menunjukkan bahawa
pemimpin sekolah berperanan sebagai live wire dalam menentukan keberkesanan sekolah.
Justeru itu, dalam usaha untuk memastikan keberkesanan sekolah pemimpin perlu
melaksanakan usaha penambahbaikan melalui amalan pembangunan profesionalisma guru di
sekolah dengan memberi penekanan kepada polisi dan struktur pengurusan, analisis
keperluan, perancangan, aktiviti serta pelaksanaan dan tindakan susulan. Dalam usaha untuk
menjadikan sekolah berkesan, guru besar selaku pemimpin juga perlulah bijak mengesan,
mengenalpasti dan menilai segala kekurangan dan kelebihan dari segi pengurusan, sumber
manusia dan fizikal yang ada di sekolah untuk tujuan perubahan dan penambahbaikan.
Menurut Hopkins et al (1994), penambahbaikan merujuk kepada proses perubahan dalam
pendidikan akibat daripada keupayaan sekolah mengubah pengurusannya. Miles et al. (1987)
pula berpendapat proses penambahbaikan merupakan proses perubahan yang sistematik
terhadap pembelajaran dan faktor-faktor dalaman sekolah untuk mencapai matlamat
pendidikan yang berkesan. Van Velzen et al. (1985) pula mendifinasikan penambahbaikan
sebagai satu usaha yang berterusan secara sistematik yang bertujuan merubah keadaan
pembelajaran di satu atau lebih sekolah dan tujuan akhir untuk mencapai pendidikan yang
lebih berkesan
Kepimpinan sekolah masa kini perlu berubah atau diperbaharui untuk memastikan
sekolah mengalami perubahan yang berterusan (Rahimah Haji Ahmad,2004, 2005).
Pendidikan adalah satu bidang yang dinamik, kesan daripada perkembangan ilmu
pengetahuan yang berterusan. Oleh itu, sebagai pemimpin , guru besar harus terus belajar
supaya memiliki pengetahuan, pemahaman dan kemahiran terbaru berkaitan dengan
profesion ini. Penambahbaikan sekolah adalah satu usaha dan satu perubahan untuk
memajukan sekolah sejajar dengan perkembangan pendidikan semasa khususnya dalam
bidang pembangunan profesionalisma guru-guru di dalam bilik darjah dan sekolah. Faktor
pembangunan profesionalisma guru ini penting kerana ia berkait rapat dengan pencapaian
akademik dan kurikulum pelajar yang menjadi kayu pengukur sekolah berkesan.Ini selaras
dengan dapatan Joyce dan Showers(1980) yang menunjukkan objektif kebanyakkan program

pembangunan professional adalah ke arah menambahbaik dan menghalusi gaya pengajaran


dan penguasaan kaedah pengajaran baru.
Program-program pembangunan guru dan penambahbaikan dalam aspek mentoring,
pengurusan bilik darjah yang berkesan, peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan
perkongsian pintar guru-guru adalah antara perkara pokok yang perlu ditekankan oleh
pemimpin sekolah. Selain itu dasar-dasar sekolah juga perlu ditambahbaik bagi memberi
ruang dan peluang untuk perubahan positif. Fokus penambahbaikan sekolah lebih ditumpukan
kepada segala apa yang memberi faedah kepada murid-murid, khususnya peningkatan
pembelajaran mereka dalam bilik darjah.. Tindakan penambahbaikan sekolah ini memerlukan
satu perancangan yang sistematik dan perancangan ini dilaksanakan dan diurus secara
berterusan dan dalam penambahbaikan sekolah, aspek-aspek dalaman sekolah seperti
hubungan, disiplin, nilai dan budaya dan keadaan-keadaan yang membolehkan memberi
kesan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah perlulah dijadikan sasaran
perubahan. Aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum, kokurikulum dan
pengalaman-pengalaman murid dalam aktiviti-aktiviti luar bilik darjah atau komuniti perlu
sentiasa dipantau dan dinilai untuk penambahbaikan.
Aspek penambahbaikan program pembangunan guru-guru di sekolah perlu ditikberatkan oleh
pemimpin sekolah. Sebagai pemimpin yang peka dengan kemajuan dan penambahbaikan
sekolah, seharusnya pemimpin dapat mengenalpasti kemampuan, kehendak dan keperluan
guru-guru di sekolahnya dalam usaha untuk meningkatkan dan memantapkan keupayaan diri
mereka.Untuk itu pemimpin perlu membuat analisis bagi menentukan keperluan dan
kemahiran yang diperlukan oleh guru mereka. Kemahiran pengurusan dan proses pengajaran
dan pembelajaran terkini adalah sesuatu yang perlu dikuasai oleh pemimpin sekolah itu
sendiri dan dan juga guru-guru dalam memastikan kecemerlangan akademik dan kurikulum.
Ini berkait rapat dengan pencapaian dan kemenjadian pelajar kelak. Program perkembangan
staf atau latihan dalam perkhidmatan perlu dilaksanakan dari masa ke semasa dan secara
berterusan dan berkesinambungan bagi memastikan guru-guru sentiasa memiliki keyakininan
diri yang tinggi, ilmu pengetahuan terkini dan berada dalam keadaan bersedia menghadapi
arus perubahan pendidikan semasa.

Kaedah CPD (Continuing Professional Development) iaitu aktiviti berkonsepkan


pembelajaran secara berterusan perlu dijalankan bagi tujuan mengekalkan pengetahuan dan
kemahiran individu untuk meningkatkan profesionalisme melalui penambahan ilmu,
kemahiran dan pengalaman. Aktiviti-aktiviti ini berjalan disamping tugas harian yang
ditetapkan.boleh dilaksanakan. Tahap penguasaan teknologi maklumat dikalangan guru juga
harus ditingkatkan bagi menjamin kepelbagaian dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Pemimpin juga perlu mempunyai sikap terbuka dalam
melaksanakan pentadbiran dan pengurusannya. Guru-guru juga perlu diberi ruang untuk
membuat keputusan bersama dalam perancangan dan program-program tertentu yang
melibatkan mereka. Idea dan kreativiti guru-guru juga mesti diberi ruang . Carless (2004)
mencadangkan agar guru lebih memainkan peranan utama dalam apa-apa perubahan yang
bersifat sistematik di peringkat sekolah kerana beliau mendapati bahawa melalui pendekatan
perbincangan professional yang konstruktif, pembangunan professional keguruan dapat
dimantapkan secara berkesan. Selain itu faktor luaran juga perlu diambil kira oleh pemimpin
dalam usaha penambahbaikan sekolah secara holistik Hubungan antara sekolah dan komuniti
juga memainkan peranan penting dalam menjadikan sekolah lebih berkesan. Maklum balas
daripada ibubapa dan pihak luar sentiasa dialu-alukan dan dapat membantu pihak sekolah
membuat perubahan. Semua penambahbaikan yang dibuat diharapkan memberikan
kepuasan kepada pelanggan sekolah iaitu pelajar dan ibubapa.
Hussein (2008) telah menyatakan 10 prinsip untuk menambahbaik kecemerlangan sesebuah
sekolah.
Prinsip 1 - Mempercayai dan mengakui bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar dan boleh
mencapai kemajuan.
Prinsip 2 - Mempercayai dan mengakui bahawa sekolah adalah kunci utama bagi kejayaan
para
pelajarnya.
Prinsip 3 - Pembangunan dan kemajuan sekolah memerlukan falsafah, matlamat, objektif dan
dasar

sekolah.
Prinsip 4 - Pembangunan dan kemajuan sekolah merupakan usaha untuk mewujudkan
satu budaya
sekolah yang lebih positif.
Prinsip 5 - Kelolaan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah aspek penting untuk
meningkatkan lagi pencapaian akademik sekolah.
Prinsip 6 - Penyelesaian masalah sekolah perlu dilaksanakan atas dasar usahawan dan
bukanlah
semata-mata untuk pengetua sahaja.
Prinsip 7 - Penyelesaian masalah sekolah harus ditumpukan kepada punca-punca yang
menyebabkan
timbulnya masalah itu bukannya gejala-gejalanya.
Prinsip 8 - Maklum balas yang berterusan merupakan mekanisme penting pelaksanaan
pembangunan sekolah.
Prinsip 9 - Mempercayai dan mengakui bahawa ibubapa dan masyarakat sekitar mempunyai
pelbagai kemahiran dan sumber tenaga untuk membantu sekolah.
Prinsip 10- Kemajuan sesebuah sekolah memerlukan pemimpin yang mempunyai
kepemimpinan yang berkesan.
Berdasarkan pada 10 prinsip yang dinyatakan di atas usaha-usaha yang berterusan perlulah
dilakukan oleh pemimpin sekolah bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Segala kepincangan, kekurangan atau kelemahan perlu dikaji dan ditangani secara
berhemah dan rasional. Manakala segala kebaikan dan kelebihan dikekalkan serta
ditambahbaik. Aspek pencapaian murid hendaklah dititikberatkan dengan memfokuskan
kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan situasi-situasi yang menyumbang kepada
keberkesanan proses tersebut. Wang et. al. (1990) menyatakan bahawa terdapat keadaan
yang merangsangkan yang mempengaruhi keberkesanan sekolah dan harus dikekalkan

seperti pengajaran yang berkesan, pengurusan bilik darjah yang cekap, perhubungan guru
dan murid yang baik dan iklim pembelajaran bilik darjah yang kondusif.
Kesimpulan
Guru besar sebagai pemimpin sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam
menentukan keberkesanan sekolah. Namun demikian peranan guru-guru juga adalah penting
kerana ia adalah sebahagian daripada proses perubahan dan penambaikan sekolah.
Pemimpin sekolah juga perlu cekap mengesan dan mengenalpasti apa yang perlu dilakukan
untuk membuat perubahan dan penambahbaikan segala kekurangan atau kelemahan yang
ada di sekolah. Saya tidak pernah terjumpa sebuah sekolah yang baik dipimpin oleh seorang
yang tidak baik. Itu adalah persepsi Fred Hechinger, Ketua Pengarang akhbar New York Times
terhadap pentingnya sebuah sekolah dipimpin oleh seorang pemimpin yang baik.
RUJUKAN:
1.

Ahmad Zabidi Abdul Razak, (2006), Ciri iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap
Motivasi Pembelajaran, Jurnal Pendidikan 31, 3-19,UKM, Bangi.

2.

Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Aminudin Baki, Amalan-Amalan Terbaik Pengurusan


dan Kepimpinan Sekolah Menengah Malaysia.

3.

Mortimore, P.(1985). Key Characteristics of effective schools. Effective School Seminar.


Ministry of Education. 13-14 July.
http://gbyusri.blogspot.my/2014/11/tugas-dan-tanggungjawab-guru-besar.html
http://dari-sinarmata.blogspot.my/2011/02/budaya-dan-iklim-sekolah.html
Definisi Budaya

Secara meluas budaya telah dipersetujui sebagai sesuatu yang abstrak dan kompleks. Budaya
ialah satu set nilai yang dikongsi bersama, tidak statik, ia wujud dan berubah apabila
organisasi berubah, Budaya organisasi terbentuk daripada orang-orang di dalamnya, etika,
jenis strukutur dan persekitaran organisasi yang menentukan cara ahlinya bertindak ,
bergelagat serta mempunyai makna yang luas yang dipegang oleh setiap ahli.

Budaya

mempunyai kesan yang positif terhadap keberkesanan organisasi apabila ianya menyokong
matlamat organisasi yang dikongsi secara meluas dan diterima oleh ahli-ahlinya
Kamus Dewan (1998), mendefinisikan budaya sebagai tamadun, peradaban, cara berkelakuan
dan berfikir yang menjadi amalan di dalam kehidupan ahlinya. Ogbonna dan Haris (2002) dlm
Zafir,Hisham dan Fazilah (2009) mendefinisikan budaya sebagai kumpulan kepercayaan,
makna dan tanggapan yang dikongsikan bersama oleh sekumpulan masyarakat. Manakala
Torrington dan Weightman (1989 ) pula berpendapat budaya organisasi ialah ciri-ciri
semangat dan kepercayaan organisasi yang ditunjukkan, contohnya norma dan nilai yang
dipegang bersama mengenai bagaimana manusia harus melayan antara satu sama lain,
kebiasaan hubungan kerja yang harus dibina dan sikap yang hendak diubah.
Robbins (1998) menyatakan budaya ialah satu sisiem dimana setiap ahli berkongsi makna
dan yang membezakan sesebuah organisasi dengan organisasi yang lain.

Schein (1985)

mendefinisikan budaya sesebuah organisasi sebagai tanggapan dan kepercayaan yang


dikongsi bersama oleh ahli-ahli organisasi, berlaku secara tidak disedari, dan dalam bentuk
'taken-for-granted' sesebuah organisasi itu melihat persekitaran dan dirinya sendiri"
Elemen Budaya
Hodge, et al ( 2003 ) dlm Zafir (2009) berpendapat terdapat dua elemen dalam budaya.
Elemen yang pertama ialah elemen budaya yang boleh dilihat (observable) ) atau nyata
terdiri daripada amalan iaitu aktiviti atau perayaan yang dilakukan secara berulang-ulang
seperti bacaan yassin di sekolah sebelum peperiksaan awam dijalankan. Cerita berdasarkan
peristiwa sebenar yang berlaku seperti sejarah penubuhan sekolah atau hal yang boleh
dibanggakan seperti menjadi sekolah harapan negara.

Bahasa bukan sahaja secara lisan

tetapi termasuk juga cara berpakaian. Simbol seperti logo dan moto yang memberi makna
tertentu. Sosialisasi ialah proses menerapkan budaya kepada warga baru termasuk.
Elemen yang kedua ialah eleman budaya yang tidak boleh dilihat (unobservable) atau
tersembunyi seperti norma, nilai dan tanggapan/andaian yang dikongsi bersama oleh ahli-ahli
organisiasi.

Norma ialah peraturan atau gelagat yang boleh atau tidak boleh ditonjolkan

seperti Pengetua jangan kritik/marah guru di depan orang murid atau guru mesti berada
dalam kelas mengikut jadual.

Nilai ialah kepercayaan sesuatu perkara itu penting dan

bermakna seperti komitmen kepada tugas dan memberi hak yang sama kepada murid.
Andaian pula ialah guru boleh membuat keputusan yang betul untuk kepentingan muridnya.
Terdapat tujuh sifat yang menjadi tunjang dalam budaya yang menggambarkan sesebuah
organisasi. Sifat yang pertama ialah inovasi/pengambilan risiko yang mengambarkan darjah
atau tahap pekerja digalakkan untuk kreatif dan mengambil risiko. Kedua ialah kestabilan,
darjah di mana organisasi mengekalkan keadaan asal berbanding pertumbuhan. Perhatian
terperinci , darjah dimana pekerja mempamerkan

ketepatan.

Keempat ialah orintasi

keputusan yang memberi fokus kepada keputusan, cara dan proses mencapai hasil. Kelima

orientasi kemanusiaaniatu kesan keputusan keatas individu dalam organisasi. Keenam ialah
orientasi kumpulan iaitu koloboratif dan penyelesaian masalah dalam kumpulan. Akhir sekali
ialah keagresifan iaitu pekerja ditanamkan dengan budaya saing.
Budaya Sekolah
Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir

daripada keperluan masyarakat.Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma,

nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah

budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan

tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Budaya sekolah ditakrifkan oleh Terry Deal dan
Kent Peterson ( 1993 ) sebagai realiti dalaman. Robbins dan Alvy ( 1995 ) pula meluaskan
definisinya sebagai this inner reality reflects what organizational members care about, what
they are willing to spend time doing, what and how they celebrate, and what they talk about.
Manakala Gary Phillips (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai, beliefs, attitudes, and
bahaviours that characterizes a school in terms of : how people treat and feel about each
other; the extent to which people feel included ang appreciated; and rituals and traditions
refelecting collaboration and collegiality.

Contoh Budaya sekolah


Hoy & Miskel (2008) memberikan tiga contoh budaya sekolah

1.

Budaya Efikasi

Budaya efikasi ialah budaya yang mementingkan kesempurnaan.

Norma-norma yang

terdapat dalam sekolah mempengaruhi tindakan, kelakuan, keputusan yang akan memberi
kesan kepada pencapaian akademik. Kesempurnaan ini memerlukan guru yang inovatif,
akauntabiliti, berkongsi tanggungjawab, kawalan minima terhadap persekitaran kerja dan
melibatkan semua pihak termasuk ibu bapa
2.

Budaya Boleh Dipercayai

Kepercayaan adalah aspek yang penting dalam hubungan interpersonal.yang mempengaruhi


proses operasi sekolah.

Kepercayaan guru-guru kepada pengetua dapat diukur daripada

komitmen yang disumbangkan. Pengetua harus menanam kesetiaan dan kepercayaan ke


dalam diri subordinatnya.

Sekolah yang terbuka dan sihat menunjukkan wujudnya

kepercayaan guru kepada pengetua, rakan setugas, ibu bapa dan murid-murid.
3.
Budaya Kawalan

Kawalan yang dikongsi antara guru dan pengetua ke atas murid-murid. Budaya kemanusiaan
yang menganggap sekolah sebagai komuniti pembelajaran di mana murid belajar melalui
interaksi dan pengalaman bersama.

Hubungan komunikasi dua hala yang demokrasi dan

ditanamkan dikalangan guru dan murid akan meningkatkan keyakinan dan motivasi;
memudahkan penyelesian masalah dan meningkatkan keseriusan murid untuk belajar.
Iklim dan Budaya Sekolah Yang Kondusif
Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) menyatakan iklim sekolah yang berkesan mewujudkan
sekolah berkesan di mana guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan; guruguru tidak rasa tertekan; guru-guru mengambil perhatian tentang kemajuan murid-muridnya;
pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa dan murid merasa
selamat dan belajar bersungguh-sungguh. Oleh itu memahami budaya sekolah adalah syarat
penting untuk sebarang agen perubahan dalaman atau luaran.
1.

Kepentingan Memahami Iklim Dan Budaya Sekolah

Budaya memainkan peranan besar dalam menentukan tingkah laku yang pelbagai (a wide
variety of behaviors), sikap dan kepercayaan berhubungan dengan kerja dan tempat kerja
Budaya mempengaruhi prestasi sesebuah organisasi seperti sekolah. Sepertimana budaya,
iklim juga mewujudkan dan memberi kesan positif

kepada gelagat individu seperti

peningkatan kesempurnaan diri, kepuasan atau keinginan untuk bekerja bersama.

Atau

membawa kesan negatif seperti prestasi kerja di bawah paras purata atau ketidakpuasan
yang tinggi dan kekesalan.
Memahami budaya dan iklim sekolah dapat menjadikan panduan kepada pengetua untuk
membina strategi motivasi para guru atau murid samada melalui ganjaran, sokongan,
pengubahsuaian struktur atau pengagihan tanggungjawab. Murid yang pandai dan aktif akan
mendapat sanjungan daripada guru dan sekolah. Manakala murid yang lemah dan kurang
cerdik akan tersisih. Budaya ini menyebabkan murid ini akan melakukan gelaja negatif bagi
menarik perhatian pihak tertentu atau pun untuk melepas naluri yang terhimpit. Mereka
bebas memilih budaya-budaya yang dianjurkan oleh rakan sebaya, media massa atau
keluarga. Sekiranya mereka memilih budaya negatif, maka akan wujudlah masalah sosial.
Sekolahlah yang menentukan corak budaya yang diamalkan supaya impak yang positif
terhasil dan impak yang negatif akan terhindar.

Rahmad (2005) dalam kajiannya menyatakan iklim sekolah memainkan peranan yang amat
penting terhadap kepuasan kerja guru. JIka iklim sekolah dapat diperbaiki, tahap kepuasan
kerja guru-guru di sekolah tersebut juga dapat dipertingkatkan dan seterusnya pencapaian
murid juga dapat diperbaiki.

Kecemerlangan pencapaian murid akan membawa sekolah

kearah keberkesanan.
Iklim dan budaya sekolah yang ditanam kepada warga sekolah dapat membawa ahli-ahli ke
satu halatuju untuk pencapaian matlamat (consistent with goals) sekolah atau sebaliknya.
Kesefahaman, kesepakatan keterbukaan yang disemai menjana gelagat produktif dalam
melaksanakan program-program sekolah dan ia merupakan satu penentuan bagi kejayaan
sesebuah sekolah dalam jangka panjang.
2.

Peringkat Pembentukan Budaya

Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal.
Budaya formal sekolah adalah apa yang dirancang seperti aktiviti kurikulum dan kegiatan
kokurikulum. Sekolah yang berkesan perlu mempunyai budaya dan iklim pengurusan yang
baik. Setiap sekolah perlu membina budaya dan iklim yang bersesuaian dengan matlamat
dan persekitaran sekolah tersebut
Schein menyatakan individu menubuh kumpulan untuk memenuhi keperluan. Kumpulan ini
mempunyai matlamat, nilai dan juga harapan, ia membangun melalui pelbagai peringkat dan
ini memberi kesan kepada budaya.

Perkembangan dan kesinambungan kumpulan itu

bergantung kepada cara kumpulan itu dapat mengekalkan nilai dan norma yang menyatukan
mereka sebagai satu kumpulan.
Terdapat empat peringkat dalam pembentukan budaya Schein yang boleh diadaptasikan
dalam pembentukan budaya sekolah. Peringkat pertama ialah kebergantungan atau otoriti,
iaitu siapa yang ketuai kumpulan. Andaiannya ialah ketua akan membimbing kumpulan ke
arah mendapat faedah yang maksima. Jika di sekolah pengetua adalah ketua kumpulan yang
mencorakan budaya sekolahnya.

Pengetua sendiri mestilah mengamalkan budaya yang

positif supaya boleh menjadi ikutan subordinatnya.


Peringkat kedua ialah perkembangan budaya dimana berlakunya konfrontasi peranan dan
perbezaan; hubungan rakan setugas.
akan membawa kepada rasa

Kejayaan menyelesaikan sesuatu isu oleh pemimpin

memotivasikan ahli kumpulan ke arah komitmen dan usaha

yang lebih tinggi untuk organisasi.

Di sekolah budaya membaca yang disemai dan

dikembangkan melalui Program Nilam dipertanggungjawabkan kepada pelbagai pihak seperi


Guru Pusat Sumber, Guru Kelas dan Guru Bahasa membantu menyelesaikan masalah buta
huruf. Kejayaan sekolah mengatasai masalah ini akan dikongsi bersama antara semua guru.
Peringkat ketiga ialah kreativiti dan stability. Kreativiti dan stabiliti menjadi isu yang dihadapi
oleh kumpulan.

Untuk mengekalkan budaya yang positif memerlukan kreativiti.

Seperti

Program Nilam di atas walaupun telah diserapkan kepada warga sekolah, program tersebut
mestilah dimurnikan lagi seperti memberi hadiah kepada pembaca terbanyak tidak terhad
kepada murid sahaja tetapi guru juga diberi penghargaan. Peringkat keempat ialah peringkat
pembangunan. Budaya yang baik ialah budaya yang fleksible dan boleh diadaptasikan sesuai
dengan perubahan dan persekitaran.

Penyatuan budaya diperlukan supaya pembagunan

yang konsisten dapat dikekalkan.

Schein (1985) mengenalpasti tiga tempoh pembangunan budaya sekolah yang singifikan.
Diawal tahun, sekolah baru, nilai yang domain muncul daripada penubuh/ pengasasnya dan
sekolah menjadikannya budaya yang nyata. Nilai ini dikongsikan dengan pendatang baru
samada guru, pelajar atau ibu bapa. Budaya adalah glue yang dipegang oleh semua pihak
yang berkepentingan dalam organisasi.

Dipertengahan,

budaya sekolah sudah terbina

dengan sempurna tetapi perlu diteruskan mengikut perkembangan dan pembaharuan.


Perubahan boleh berlaku dalam konteks luaran dan dalaman, menjadikannya lebih kukuh atau
sebaliknya. Budaya berubah secara implisit. Perubahan mungkin lebih menyusahkan kerana
kurang kesedaran terhadap budaya, dan ianya sukar untuk difahami. Peringkat Kematangan
dan/ stagnation ( tidak bergerak ) dan kejatuhan amat menyusahkan dari perspektif
perubahan budaya. Tahap ini akan sampai sekiranya sekolah sudah berhenti/ tamat untuk
berkembang dan bertindak balas kepada persekitaran.
3.

Penambahbaikan Budaya Dan Iklim Sekolah

Perubahan budaya di sini bermaksud perubahan yang dirancangkan.

Pengurus boleh

membuat perubahan yang konsisten dengan objektif strategik organisasi. Strategi perubahan
samada dari atas ke bawah iaitu pemimpin atau pengetua menyebar dan membudayakannya
kepada subordinat ataupun bawah ke atas di mana guru-guru dan staf bersama-sama
membudayakan

sesuatu

perubahan.

Menurut

Miskel

terdapat

strategi

dalam

penambahbaikan iklim dan budaya.


3.1.

Strategi Klinikal

Penambahbaikan menggunakan strategi klinikal melibatkan lima langkah. Langkah pertama


ialah mengumpul pengetahuan dan maklumat berkaitan sekolah. Pengumpulan maklumat ini
boleh dibuat melalui pemerhatian, analisis dan kajian.

Langkah kedua ialah membuat

diagnosis atau bedah siasat. Maklumat yang sudah dikumpul diasingkan mengikut kekuatan,
kelemahan dan dilabelkan mengikut kategori seperti tahap moral yang rendah, kesepakatan
dan kawalan yang lemah, komunikasi yang bermasalah, ekspektasi pencapaian yang rendah
dan lain-lain. Langkah ketiga ialah prognosis iaitu menilai keseriusan masalah dan membina
set operasi mengikut keutamaan bagi menambahbaik situasi tersebut.

Langkah keempat

ialah peraturan pemakaian iaitu tindakan yang diambil bagi mengurangkan masalah sesuatu
situasi.

Contohnya masalah kurang kesepakatan di kalangan guru.

Pengetua perlu kerap

mengadakan majlis atau program yang memerlukan penglibatan semua ahli.

Pengetua

sendiri mestilah melibatkan diri daripada awal sehingga akhir program bagi melihatkan
penglibatan dan keterlihatan beliau. Budaya turun padang yang ditonjolkkan oleh pengetua
akan menyerap kepada guru-guru lain.

Langkah kelima ialah penilaian ke atas peraturan

pemakaian yang telah dijalankan samada Berjaya atau tidak. Perubahan dalam sistem sosial
mengambil masa dan perlu dilaksankan secara beterusan, dipantau dan dibuat penilaian.
3.2.

Strategi Pusat Perkembangan

Strategi pusat perkembangan melibatkan penerimaan set andaian berkaitan permbagunan


personel

sekolah

dan

menggunakan

andaian

tersebut

dalam

membuat

keputusan

pentadbiran. Set andaian tersebut termasuklah perubahan kepada iklim sekolah yang sihat,
mengubah halatuju yang lebih positif, perubahan mestilah perkembangan yang bererti dan
andaian guru berpotensi untuk membagun dan melaksanakan perubahan.
3.3.

Strategi Perubahan Nilai

Nilai dikaitkan dengan kawalan, sokongan, inovasi, hubungan sosial, penghargaan, konflik dan
standarad

kecemerlangan.

Lima

langkah

perubahan:mengenalpasti

nilai

yang

ada,

menjelaskan halatuju yang baru, mengenalpasti nilai baru yang menyokong penambahbaikan,
mengenalpasti jurang budaya (yang sebenar dan yang dikehehendaki), menutup jurang
menggantikan nilai yang lama dengan yang baru
4

Budaya dan Iklim dalam Keberkesanan Sekolah

Budaya sekolah memainkan peranan penting terhadap keberkesanan sekolah.

Perubahan

dalam sistem pendidikan perlu memberikan perhatian terhadap organisasi sosial yang
mengamalkan budayanya. Manusia dalam organisasi dipengaruhi oleh kuasa luaran (politik
dan ekonomi), perubahan dasar pendidikan dan pembangunan teknologi yang pesat. Sekolah
perlu berupaya memenuhi kehendak masyarakat dan bergerak selari dengan perubahan.
Budaya sekolah berubah dengan perubahan amalan warga sekolah.

Proses perubahan

melibatkan perubahan perancangan, perubahan kepimpinan sekolah dan perubahan normanorma.

Menurut Stoll & Fink (1996) budaya sekolah boleh dilihat melalui dimensi

keberkesanan sekolah yang dipecahkan kepada lima kategori.


4.1.

Moving Schools

Warga sekolah sentiasa bekerjasama dan melakukan nilai tambah.

Sekolah mempunyai

matlamat yang jelas, ada system, warganya ada kemahuan dan kemahiran.

Norma-norma

mempengaruhi aktiviti sekolah Matlamat sentiasa disemak semula untuk memastikan


memenuhi keperluan pelajar dan perubahan persekitaran luaran.

Pengajaran baru

dipratikkan dalam persekitaran yang penuh kepercayaan, kejelekitan dan sokongan. Risiko
dilihat sebagai input dan reaksi proses pembelajaran. Pemeriksaan pihak luar dinilai sebagai
pengesahan, maklumbalas dan peluang untuk pertumbuhan

4.2.

Cruising Schools

Sekolah dilihat berkesan kerana memiliki kualiti-kualiti sekolah berkesan.

Mementingkan

pencapaian mutlak berbanding nilai tambah. Sesetengah sekolah tidak menunjukkan mereka
mempunyai nilai tambah yang signifikan untuk pelajar. Mereka berkongsi banyak persamaan
dengan strolling schools. Sekolah perlu mengenalpasti matlamat, dengan rujukan spesifik
kepada keperluan masyarakat hari ini dan pekerja. Sikap berpuashati adalah bahaya kepada
sekolah berkesan.

Untuk peningkatan khusus, guru-guru menghormati pelajar dengan

membawa proses pembelajaran yang terjamin.


4.3.

Strolling Schools

Kedudukan sekolah yang sederhana dan cuba bergerak ke arah keberkesanan tetapi tidak
cukup menghadapi kadar perubahan yang pesat. Memerlukan bantuan dan rangsangan luar
seperti pengetua yang baru dan dinamik, bantuan steak holders dan sebagainya. Mempunyai
warga yang bersikap go with the flow, apa nak buat, entahlah di kebanyakan tempat.
Guru-guru digalakkan mengambil risiko dan mencuba idea baru. Guru-guru selesa dengan
cara yang sedia ada.

4.4

Struggling Schools
Sekolah yang tidak berkesan, dan semua pihak menyedari hakikat ini dan berusaha sedaya
upaya untuk membaiki keadaan. Berjaya jika dibantu oleh semua pihak kerana mereka sedar
akan kelemahan mereka dan

memang memerlukan bantuan.

Mengamalkan budaya

bekerjasama, mencari rakan kongsi (ibu bapa, komuniti dan sebagainya) untuk membantu
mereka.

Mereka memerlukan perubahan transformatif untuk meningkat.

langkah

pertama,

mengutamakan

penghormatan,

pengiktirafan

Mementingkan

dan

sokongan,

membangunkan semula kepercayaan, keyakinan dan efikasi kendiri, dan keterbukaan


pemimpin. Semua idea diikat dengan tanggungjawab untuk mencapai kejayaan dan jangkaan
tinggi untuk terjadi. Menggerakkan penemuan sub budaya, guru-guru memperkukuhkan dan
menyokong pembangunan atau mengekalkan norma orientasi pembelajaran, menggalakkan
mencuba dengan rakan sejawat, dan memberi masa bekerja pada setiap orang
4.5.

Sinking Schools

Sekolah tidak berkesan, merosot kerana stafnya tidak kisah dan tidak tahu cara hendak
meningkatkan prestasi mereka.

Memerlukan

perubahan budaya yang drastik, dan

kepemimpinan pengetua yang kreatif dan bijak.

Bantuan dari berbagai-bagai pihak amat

diperlukan

supaya sekolah ini tidak terus karam dan tenggelam

Sama seperti struggling

schools, tetapi langkah pertama mengambil masa yang panjang.

Setiap pencapaian

pembelajaran diraikan. Sokongan dalam kelas ditawarkan kepada setiap orang guru yang
mengharapkannya. Implikasinya berlaku perubahan budaya kepada sekolah.

5.

Situasi Situasi Yang Menunjukkan Terbentuknya Budaya Dan Iklim Sekolah

Yang Kondusif
Budaya dan iklim adalah suatu proses yang berterusan dan bersifat evolusi, dan digerakkan
oleh tekanan luaran dan potensi dalaman.

Peranan penting pemimpin dalam membangun

budaya yang wajib disedari ialah; pemimpinlah yang menggerak dan mengekalkan wawasan
yang jelas, visi yang dikongsi dan dibangunkan bersama oleh seluruh ahli organisasi sekolah.
Budaya dan iklim sekolah yang kondusif terbentuk apabila wujudnya elemen-elemen di bawah
5.1. Perhubungan Interpersonal
Guru-guru dan murid mempunyai hubungan interpersonal yang lebih positif.

Guru

mempunyai semangat kekitaan terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah
tersebut.

Mereka

sentiasa

profesionalisme mereka.

memandang

ke

hadapan

dalam

usaha

meningkatkan

Murid pula merasa seronok dan bangga menjadi warga sekolah

tersebut.
5.2.

Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru dan juga murid. Walaupun
mereka mengamalkan panduan kurikulum yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran, guru
dibenarkan menggunakan kretiviti semasa mengajar.
mengikut keupayaan masing-masing.

Murid mengikuti aktiviti pengayaan

Guru-guru adalah inovatif dan kreatif

pengajaran dan amalan penilaian mereka.

dalam

Guru dan murid menetapkan ekspektasi yang

tinggi dalam pencapaian akademik mereka.


5.3.

Kepimpinan Pentadbiran

Budaya dan iklim di sekolah yang kondusif, pemimpinnya mempunyai dan mengamalkan
polisi pintu terbuka, di mana idea daripada guru dan murid diambil kira untuk dipraktikkan.
Pengetua melibatkan staf dalam pembuatan keputusan, pengetua juga sentiasa memberi
sokongan kepada guru terhadap amalan pengajaran mereka dan menggalakkan mereka
menggunakan inovasi dalam kerja seharian mereka. Pihak pentadbiran mempunyai program
pembangunan staf untuk menggalakkan perkembangan profesionalisme di kalangan mereka.
Murid digalakkan bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran mereka.
5.4.

Kemudahan Fizikal dan Persekitaran

Murid dan guru sangat selesa dan berasa selamat ketika berada di kawasan. Persekitaran
sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur dan tenteram. Sekolah mempunyai
ruang yang mencukupi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid dan guru berpuas
hati dan merasa berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa
menolong untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut.
5.5.

Pencapaian Murid

Pencapaian murid dikesan secara sistematik melalui pemantauan dan penilaian yang teratur
dan beterusan. Pengetua dan guru-guru mengawasi kemajuan murid berfokus berpandukan
kepada kehendak dan objektif pengajaran. Murid digalakkan bertanggungjawab sepenuhnya
menguruskan kegiatan seharian mereka, sementara kerja rumah dan latihan diperbanyakkan
dan diperiksa oleh guru. Keutamaan adalah prestasi akademik murid, dan mereka digalakkan
belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.
5.6.

Disiplin Sekolah

Pelaksanaan peraturan adalah penting untuk mewujudkan persekitaran yang selesa dan
harmonis. Sekolah mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peratuan
ketat, tenang tanpa penindasan secara amnya adalah selesa untuk proses pembelajaran.
5.7.

Wujudnya Permuafakatan

Sekolah yang berkesan di mana semua guru mesti mengambil berat terhadap 'kesihatan'
sekolah sebagai organisasi. Permuafakatan dapat menghindarkan keterasingan guru, sikap
pentingkan diri sendiri sehingga tidak mahu mengakui wujudnya masalah atau tidak mahu
melihat masalah orang lain.

Dengan permuafakatan guru bersama-sama menyelesaikan

masalah dan membuat keputusan di samping menghargai kesaling-bergantungan dan bantumembantu sesama insan.
5.8.

Perkongsian

Dalam sekolah berkesan budaya berjalan lebih mirip kepada komuniti berbanding organisasi.
Dalam komuniti kejayaan dan kegagalan dikongsi bersama, saling tolong-menolong, dan
bertingkah-laku menurut norma-norma dan kepercayaan dalaman. Satu komuniti bertindak
berdasarkan kepercayaan teras yang dipersetujui dan berdiri tegak di atas tapak yang satu.
Keresahan dan ketidaktentuan tentang apa yang patut dibuat, apa tidak patut dibuat, apa
yang wajar atau apa pula yang tidak wajar, tidak wujud.

Guru-guru tidak hilang punca

dengan hal-hal yang tidak dijangka atau perkara-perkara bukan rutin, tidak juga mereka
menyalahkan orang lain jauh sekali daripada memejamkan mata kepada situasi-situasi yang
bermasalah. Sebaliknya guru-guru mempamerkan sikap keyakinan yang tinggi, mereka tahu
di mana mereka berpijak dan langit mana yang mereke junjung.
5.9

Keyakinan dan Kepercayaan

Budaya dan iklim sekolah yang kondusif wujud apabila guru mempunyai kepercayaan dan
keyakinan terhadap pemimpinnya. Guru-gurunya penuh yakin dalam tugasnya setiap hari,
mereka lebih bersedia menerima cabaran-cabaran, mengambil risiko, dan melahirkan ideaidea kreatif serta rumusan-rumusan. Ekoran daripada keyakinan ini akan wujud optimisme
dan iltizam yang tinggi.

Tempat kerja menjadi lebih menyeronokkan sementara guru-guru

mendapat penyempurnaan dan kepuasan profesionalisme daripada kerja-kerja mereka


menerusi kawalan kepada penyelesaian masalah dan membuat keputusan, sokongan dari
rakan sejawat dan bertambahnya peluang-peluang belajar dengan berkongsi pengetahuan
dan pengalaman serta kepakaran.
6.0

Kesimpulan

Budaya dan iklim sekolaha bukan sesuatu yang statik, tetapi

boleh distrukturkan semula.

Semua bergantung kepada sekolah yang setiap satunya berbeza dengan yang lain. Setiap
warga sekolah terutama, pemimpinnya mestilah mengetahui dan memahami budaya sekolah
yan

ada;

mempertimbangkan

budaya

sekolah

yang

menggalakkan

kemajuan,

pembangunan dan pencapaian pelajar; menyediakan peluang di mana setiap orang boleh
berbincang dan semak semula nilai dan norma yang wujud. Apa yang warga sekolah buat
dan fikir menjadi asas mempengaruhi kepercayaan, andaian dan nilai yang membentuk
norma-norma.

Pembentukan budaya adalah satu tugas signifikan bagi kepemimpinan

seorang pengetua.
Sekolah yang mempunyai iklim dan budaya yang kondusif dapat menjana sistem sosial yang
berkesan.

Kewujudan sistem sosial yang berkesan, menyokong pelaksanaan aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran

berkesan

yang

dapat

melahirkan

modal

insan

yang

berketerampilan dan bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan yang berlaku dalam
masyarakat.
Apakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah?
1.0

Pendahuluan

Sekolah berkesan perlu dikaji dan dilihat serta difahami konsep, ciri dan definisinya oleh semua warga
pendidikan. Penulisan yang akan saya bentangkan ialah berkaitan dengan peranan seorang pengetua dan faktorfaktor lain yang menyumbang kepada sekolah berkesan atau keberkesanan sekolah . Walau bagaimanapun hanya
empat aspek yang akan dihuraikan iaitu aspek kepemimpinan pengetua, iklim sekolah yang kondusif, keberkesanan
pengajaran guru dan sikap pelajar-pelajarnya dan sebenarnya keempat-empat faktor ini adalah berkait rapat dengan
peranan pengetua.

Apabila memperkatakan tentang keberkesanan sekolah, kita tidak boleh lari dari aspek kepemimpinan
pengetuanya. Menurut Stoghill (1974), kepemimpinan yang cekap dan berkesan akan dapat meningkatkan kemajuan
dan kejayaan sesuatu organisasi. Begitu juga di sekolah di mana pembentukan organisasi sekolah berkesan itu
sangat bergantung kepada kepemimpinan pengetuanya.

Ini adalah disebabkan oleh tingkahlaku dan gaya

kepemimpinan yang diamalkan akan turut mempengaruhi suasana dan semangat subordinatnya.
Sekolah berkesan di Malaysia adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Selain faktor yang timbul dari
keberkesanan kepemimpinan pengetua, faktor efikasi guru dan demografi guru besar juga merupakan salah satu
faktor yang mempengaruhi keberkesanan sekolah. Ini adalah disebabkan oleh seseorang guru besar atau pengetua
itu akan melibatkan hubungannya dengan guru

dan pelajar sewaktu memimpin organisasi sekolah ke arah

kecemerlangan.
Indikator kualiti yang digunakan untuk mengukur keberkesanan sesebuah sekolah itu selalunya adalah yang
berkaitan dengan kecemerlangan pencapaian akademik pelajar, kepemimpinan pengetua, iklim sekolah, strategi dan
teknik pembelajaran, budaya dan nilai sesebuah sekolah serta pembangunan staf (Creemers 1997). Selain itu salah
satu faktor yang tidak kurang pentingnya menyumbang kepada keberkesanan sekolah ialah keberkesanan
pengajaran guru. Kajian yang dilakukan oleh Stringfield & Teddlie (1987) telah membuktikan hubungan ini.
Kajian berkaitan sekolah berkesan telah mendapat perhatian ramai kerana individu mahupun organisasi
tertentu di dalam bidang pendidikan telah menyedari kepentingannya untuk mewujudkan sekolah berkesan dalam
kriteria akauntabiliti pendidikan. Ia juga adalah bagi memenuhi matlamat pendidikan negara seperti yang ditekankan
di dalam Falsafah Pendidikan Negara.

2.0 Definisi, konsep dan ciri sekolah berkesan


Keberkesanan sekolah bukan sahaja diukur dari segi kualiti hasil tetapi juga dari segi kesaksamaan (equity),
itulah apa yang didefinisikan oleh Edmonds (1979), mengenai sekolah berkesan. Edmonds menyatakan,
keberkesanan sesebuah sekolah itu boleh diukur berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik
kanak-kanak dari keluarga kurang berada sehinggakan kadar bilangan kanak-kanak yang kurang berada yang boleh
menguasai akademik sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasainya. Sesebuah sekolah
tidak layak diiktiraf sebagai berkesan jika tidak memberi peluang pendidikan yang sama. Berdasarkan kriteria ini,
menurutnya, bilangan sekolah di Amerika Syarikat yang boleh dianggap berkesan amat sedikit. Untuk memenuhi
kriteria seperti yang diharapkan tidak mustahil jika keseluruhan warga sekolah itu bekerjasama bergerak ke arah
pencapaian matlamatnya.
Empat cara bagi mengenalpasti sekolah yang berkesan menurut Rowan (1983), ialah: -

(1) Menentukan kriteria yang khusus seperti peratus pelajar yang mencapai lebih

daripada median kebangsaan.

(2) Analisis tren yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu telah

meningkat dari semasa ke semasa

(3) Skor yang meningkat bagi sesuatu kohort

(4) Pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang pelajarnya.

Namun begitu definisi yang paling biasa digunakan dalam kajian-kajian tentang keberkesanan sekolah ialah :
Sekolah yang mana sebahagian besar daripada pelajar-pelajarnya mencapai tahap yang tinggi dalam prestasi
akademik apabila dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang lain.
( Cuttance 1985 ).
Mengikut Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah berkesan adalah
berdasarkan pendapat Edmonds (1979), iaitu mempunyai fokus pengajaran yang dinyatakan dengan jelas dan
menggunakan penilaian serta penaksiran yang sistematik. Harapan yang diletakkan kepada sekolah yang cemerlang
ialah bahawa pelajar-pelajarnya akan belajar dengan baik. Sekolah berkesan juga mempunyai iklim yang teratur dan
selamat bagi menggalakkan pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai pendidik yang kukuh sebagai pengetua.
Mortimore (1995), telah memberikan sebelas ciri sekolah berkesan:-

i.
ii.

kepemimpin profesional.
perkongsian wawasan dan tujuan.

iii.

persekitaran pembelajaran dan iklim sekolah yang baik.

iv.

tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

v.

Pengajaran yang bertujuan.

vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.

jangkaan kejayaan yang tinggi.


pengukuhan yang positif.
pemantauan kemajuan.
Menghormati hak dan tanggungjawab pelajar.
hubungan rumah dengan sekolah.
organisasi pembelajaran.
Mortimore percaya berdasarkan ciri-ciri tersebut sekolah akan menunjukkan keberkesanannya sebagai
sebuah organisasi yang outputnya diukur dari pencapaian dan keberhasilan pelajar meningkat lebih daripada apa
yang diharapkan.
Shahril Marzuki ( 1997), menyatakan terdapat lima ciri sekolah untuk membina profil sekolah berkesan di
Malaysia mendapati semua faktor tersebut adalah positif . Sekolah yang berkesan mempunyai kepimpinan dan iklim
sekolah yang positif (selesa dan selamat), guru-guru menaruh harapan guru yang tinggi terhadap penguasaan
kemahiran asas pelajar, kekerapan mengadakan penilaian, peranan persatuan ibu bapa dan guru, dan kemudahan
fizikal (prasarana, kewangan) sekolah yang baik bagi mempertingkatkan pencapaian pelajar. Berbanding dengan
sekolah tidak berkesan mempunyai faktor-faktor tersebut tetapi pada tahap atau darjah yang rendah dan kurang
efektif untuk mempertingkatkan pencapaian murid.
Sementara itu Rahimah dan Zulkifli (1996), dalam meninjau sekolah berkesan dan tidak berkesan
menggunakan proksi iklim sekolah yang dikaitkan dengan hubungan interpersonel, pengajaran dan pembelajaran,
pentadbiran sekolah dan kemudahan fizikal.
3.0 Elemen- Elemen Mewujudkan Sekolah Berkesan

3.1 Peranan Kepemimpinan Pengetua


Kepemimpinan pengetua adalah antara faktor yang menyumbang kepada keberkesanan sekolah. Ini
bersesuaian dengan pendapat Alma Haris (2002), yang menyatakan sekolah berkesan adalah hasil dari
kepemimpinan pengetua yang bersifat distributed leadership iaitu yang berkongsi peranan secara kolektif dengan
guru-gurunya untuk kecemerlangan sekolah melalui pencapaian matlamat yang sama. Begitu juga dengan Tay (1984,
di dalam Nordin Hj Yahya 2004), yang mendapati kecemerlangan sesebuah sekolah berpunca dari kepemimpinan
pengetuanya. Tay juga berpendapat kejayaan sistem pentadbiran sesebuah sekolah adalah bergantung kepada kualiti

kemudahan sekolah, kualiti kurikulum, sumber pengajaran, kualiti kepemimpinan pengetua dan kemahiran
profesional guru-gurunya. Pembentukan organisasi sekolah yang berkesan sangat bergantung kepada kualiti
kepemimpinan pengetuanya. Menurut Stoghill (1974) pula, kepemimpinan yang cekap dan berkesan akan dapat
meningkatkan kemajuan dan kejayaan sesuatu organisasi. Ini adalah kerana tingkahlaku dan gaya kepemimpinan
yang diamalkan oleh seorang pemimpin itu yang akan mempengaruhi suasana dan semangat kerja pekerjapekerjanya.
Kajian yang dijalankan oleh Nordin (2004), ke atas lima buah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan
mendapati pada keseluruhannya keberkesanan organisasi adalah selari dengan dapatan kajian Ahmad Mohammad
Shariff (1989) ke atas sekolah-sekolah vokasional seluruh negara. Nordin mendapati terdapatnya hubungan antara
tingkahlaku kepemimpinan pengetua dengan sekolah berkesan. Beliau mendapati pada keseluruhannya di dalam
aspek kepemimpinan pengetua, pengetua mengamalkan kepemimpinan yang seimbang dari tingkahlaku permulaan
struktur tugas dan struktur konsiderasi. Keberkesanan organisasi sekolah pula pada keseluruhannya berada pada
tahap sederhana. Dapatan ini turut disokong oleh hasil kajian terdahulu yang dilakukan.
Kepentingan tingkahlaku dan gaya kepemimpinan pengetua di dalam mengerakkan sekolah ke arah
sekolah berkesan turut dinyatakan oleh Ahmad Zabidi
( 2003), di dalam kajiannya mengenai ciri-ciri sekolah berkesan : Implikasinya ke atas pengurusan sekolah agama.
Dapatan kajiannya mendapati kepemimpinan pengetua bukanlah merupakan faktor terpenting berbanding kajian
sekolah sebelum ini. Hasil kajian Ahmad Zabidi ini menyerupai pandangan Abd. Hamid Othman (1992), yang
mendapati kelemahan yang perlu diatasi segera di sekolah-sekolah agama ialah kecekapan dan kelicinan
pentadbirannya. Ini sepatutnya menyedarkan pengetua-pengetua untuk meningkatkan kualiti kepemimpinannya
dengan mendalami ilmu untuk meningkatkan lagi kebekesanan sekolah kerana peranan pengetua cukup penting
seperti mana menurut Abdul Karim Mohd Nor (1989), yang mengatakan peranan pemimpin sekolah amat penting di
dalam melahirkan sekolah berkesan.
Peranan pengetua di dalam memimpin guru-guru dan pelajar-pelajarnya ke arah melahirkan sebuah sekolah
berkesan juga turut dinyatakan oleh Wu (1989), di dalam kajiannya di Taiwan berkaitan dengan sekolah berkesan.
Beliau menyatakan di antara indikator sekolah berkesan itu ialah perancangan dan iklim sekolah, kualiti pengajaran
guru, tingkahlaku pelajar, komunikasi pentadbiran, pencapaian akademik pelajar, kepuasan kerja guru, penyusunan
kurikulum, hubungan ibu bapa dan sekolah, hubungan guru-pelajar dan

kepemimpinan pengetua. Ini jelas

menunjukkan bagi mewujudkan sekolah yang berkesan kepemimpinan pengetua itu adalah antara faktor yang diambil
kira dan penting.

Hussein Mahmood (1993), pula melihat pengetua atau guru besar ialah orang yang terpenting di
dalam memimpin sebuah sekolah bagi mencapai matlamat sekolah. Ini jelas menunjukkan yang sesebuah sekolah
yang berkesan itu mempunyai stail atau gaya kepemimpinan yang turut berkesan.
Sekolah-sekolah agama di Malaysia juga turut tidak ketinggalan dikaji aspek keberkesanan sekolahnya. Hasil
dari kajian yang telah dijalankan oleh Ahmad Zabidi (2003), telah merumuskan sepuluh ciri sekolah menengah agama
berkesan iaitu harapan yang tinggi oleh para guru, iklim sekolah yang kondusif, pengukuhan yang positif,
kepemimpinan pengetua yang professional, pemantauan yang berterusan terhadap perkembangan pelajar,
perkongsian visi dan matlamat yang jelas, program perkembangan staf, penumpuan terhadap kurikulum dan
pengajaran, permuafakatan sekolah dan rumah serta akhirnya ialah sikap pelajar yang positif. Kesemua ciri yang
dinyatakan menyamai ciri-ciri yang ditemui dalam kajian terdahulu yang dijalankan terhadap sekolah awam dan
sekolah vokasional. Antara kelainannya ialah ciri sekolah menengah agama berkesan banyak bergantung kepada
sikapp kerja guru berbanding peranan yang dimainkan oleh pengetua. Ini beliau nyatakan sebagai bukan sesuatu
yang pelik kerana menurutnya sekolah-sekolah agama mempunyai kekurangan dari aspek kecekapan pentadbiran.
Beliau turut mencadangkan agar program latihan kepengetuaan bagi pengetua-pengetua sekolah agama dan aspek
yang perlu diberi penekanan ialah aspek pembangunan diri, budaya kualiti, profil pengetua berkesan, komunikasi dan
pembinaan pasukan. Melalui latihan dan kursus sebegini dilihat akan mampu meningkatkan lagi kualiti kepemimpinan
pengetua untuk menguruskan sekolah sehingga meningkatkan kuantiti sekolah menengah agama berkesan. Ia
bersesuaian dengan pendapat Edmonds (1979), Principals can make a difference.
3.2 Iklim sekolah yang kondusif
Walau apa pun ciri-ciri sekolah berkesan yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji, namun begitu, hampir
kesemuanya memperkatakan tentang ciri-ciri sekolah berkesan ialah kepemimpinan pengetua, iklim sekolah yang
kondusif, peranan guru yang berkesan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, sikap pelajar yang positif
dan pemuafakatan di antara sekolah dan rumah. Antara kajian yang memperlihatkan akan kepentingan iklim sekolah
yang kondusif di dalam mempengaruhi keberkesanan sekolah ialah Rahimah dan Zulkifli (1998) dan Mortimore &
Sacknay (1986).
Ini turut ditemui di dalam kajian yang dijalankan oleh Ahmad Zabidi (2003), di mana beliau telah mendapatkan
purata nilai min yang kedua tertinggi bagi iklim sekolah yang kondusif di dalam ciri sekolah agama yang berkesan.
Kajian beliau juga menunjukkan ciri iklim sekolah turut membantu ke arah keberkesanan sekolah. Dengan itu, warga
sekolah perlulah membentuk budaya hidup beragama sebagai iklim sekolah agama berkesan kerana budaya hidup
beragama ini bukan sahaja mengatasi masalah disiplin bahkan ia turut membantu meningkatkan prestasi akademik
pelajar. Peranan utama perlu dimainkan oleh pengurusan sekolah agama terutamanya pengetua untuk membentuk
iklim yang bersesuaian kerana pengetua mempunyai kemampuan untuk melaksanakannya.

Iklim sekolah yang berkesan ialah sekolah yang mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama
pelajar-pelajarnya yang berbeza dan mengurangkan perbezaan sesama mereka. Pengurusan sekolah agama perlu
mewujudkan iklim sekolah agama yang disepadukan di antara iklim yang bersifat luaran seperti persekitaran sekolah
yang bersih dan cantik serta hubungan komunikasi yang baik dan juga pembentukan iklim dalaman seperti penerapan
nilai keagamaan di dalam kehidupan seharian di sekolah. Melalui kesepaduan iklim-iklim ini pihak sekolah bukan
sahaja mampu menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik bahkan cemerlang dari aspek akhlak
dan keperibadian.
Dapatan di atas mengenai kepentingan iklim sekolah yang kondusif bagi menghasilkan sebuah sekolah yang
berkesan turut diakui oleh Creemers (1997), yang menyatakan antara kualiti indikator mengukur sekolah berkesan
ialah melalui pencapaian akademik pelajar, iklim sekolah, nilai dan budaya sekolah, teknik pengajaran dan
pembelajaran, kepemimpinan pengetua dan perkembangan staf.
Kajian yang dijalankan oleh Wu (2005), di Taiwan turut menyatakan akan kepentingan iklim bilik darjah dan
sekolah di dalam menyumbang kepada pembentukan sekolah berkesan. Beliau menyatakan yang iklim sekolah
adalah di antara lima penentu utama sekolah berkesan di Taiwan. Menurutnya bagi meningkatkan lagi keberkesanan
sesebuah sekolah maka penekanan perlu diberikan terhadap kelima-lima faktor penentu yang dinyatakan
termasuklah iklim sekolah yang kondusif.
Rahimah dan Zulkifli (1996), juga telah melihat yang iklim dan kemudahan fizikal turut menyumbang kepada
sekolah berkesan. Guru-guru dan pelajar-pelajar perlu berasa selesa apabila berada di sekolah. Persekitaran sekolah
yang bersih dan berada di dalam keadaan yang teratur akan mengalakkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan seterusnya ke arah sekolah yang berkesan.
Rahimah dan Zulkifli (1996), dalam meninjau sekolah berkesan dan tidak berkesan menggunakan proksi iklim
sekolah yang dikaitkan dengan hubungan interpersonel, pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran sekolah dan
kemudahan fizikal. Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara sekolah-sekolah yang dikaji. Tiga
daripada empat buah sekolah luar bandar mempunyai skor yang tertinggi untuk skala Perhubungan Interpersonal.
Dua daripadanya adalah dari sekolah berkesan manakala satu daripada sekolah kurang berkesan didapati
mempunyai hubungan interpersonal yang positif berbanding dengan sekolah di kawasan bandar. Dapatan kajian juga
mendapati bahawa pelajar-pelajar serta guru-guru yang berada di dalam sekolah yang berkesan sentiasa positif
tentang pembelajaran di sekolah serta persekitaran di sekelilingnya. Dengan kata lain sekolah berkesan berkaitan
rapat dengan semua staf di dalamnya samada sentiasa ingin maju dan sentiasa memandang ke hadapan atau
sentiasa berfokus tentang pembelajaran, sentiasa peka terhadap keperluan pelajarnya dan sentiasa berwawasan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melihat sekolah-sekolah yang dipilih menunjukkan keberkesanan
dalam pencapaian samada pelajar, guru dan sekolah itu sendiri. Jika diteliti dari kriteria yang digunakan keberkesanan
sekolah itu mementingkan;
i.

Outcome dari segi pencapaian akademik dalam peperiksaan umum.

ii.

Proses bagi mencapai kecemerlangan akademik

iii.

Pengurusan dan pentadbiran sekolah

iv.

Iklim sekolah

v.

Penglibatan PIBG (ibu bapa)


Pelajar dan guru di sekolah yang berkesan merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan sekolah.
Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Sekolah yang berkesan mempunyai ruang
yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang
mereka ada dan sentiasa menolong untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis
baik.
Konsep mengenai iklim sekolah telah ditakrifkan dengan pelbagai cara, tetapi pada keseluruhannya adalah
dipersetujui umum bahawa iklim sesebuah sekolah itu merupakan perasaan atau gambaran suasana yang seolaholah dapat dirasakan ketika seseorang itu berada di sekolah tersebut. Menurut Halpin dan Croft (1966), di sekolah
yang dapat memberikan rasa suasana yang selesa dari segi iklim sekolahnya, perkara berikut akan dapat
diperhatikan :-

1. Guru merasa selesa, yakin dan puas.


2. Guru tidak merasa tertekan atau bercelaru.
3. Pengetua mempamirkan keyakinan diri, bijaksana dan berlaku adil.
4. Pengetua mudah dibawa berbincang dan mempunyai fikiran yang terbuka.
5. Pengetua merupakan seorang pemimpin yang baik, mampu membimbing kakitangannya serta
memperkembang potensi mereka.

6. Pelajar merasa bangga terhadap hasil kerja mereka dan terhadap sekolah mereka.

Iklim sekolah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang bermotivasi dan seterusnya membantu pelajarpelajar memperoleh pencapaian yang baik dan guru-guru lebih puas untuk bekerja. Iklim yang positif sangat perlu
wujud di sesebuah sekolah. Ini dikuatkan lagi melalui dapatan kajian oleh Shahril (1997), yang mengatakan iklim
sekolah yang berkesan terhasil apabila suasana sekolah itu aman, cantik, selamat dan cukup ruang untuk belajar.
Banguanan sekolah turut dijaga dengan baik dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Ia penting untuk
mempengaruhi psikologi dan emosi warga sekolah itu.
Faktor-faktor iklim sekolah di atas membantu mewujudkan sekolah berkesan. Namun begitu untuk
mempastikan iklim yang bersesuaian adalah memerlukan gambaran yang lebih lengkap mengenai sekolah tersebut
dan juga pemerhatian jangka panjang serta pemantauan yang kerap terhadap iklim sekolah. Ini adalah kerana faktor
yang menentukan iklim yang sesuai adalah perkara yang tidak tetap dan berubah-ubah bergantung kepada keadaan
semasa.
3.3 Keberkesanan Pengajaran Guru
Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim,
semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan
guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan
pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri.
Konsep dan pengertian keberkesanan sekolah boleh diukur berasaskan output atau hasil persekolahan
(pencapaian akademik dan bukan akaemik) yang juga pencapaiannya lebih daripada apa yang diharapkan.
Seterusnya proses juga dianggap satu kriteria pengukur keberkesanan sekolah misalnya aspek pentadbiran sekolah,
kerjasama di kalangan warga sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Keberkesanan pengajaran guru ini adalah penting kerana melalui teknik pengajaran yang berkesan akan
melahirkan pelajar yang cemerlang. Ini disokong oleh kenyataan oleh Rotter (1996), di mana lokus kawalan adalah
faktor yang dominan yang mana guru-guru mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar. Guru-guru yang boleh
mengawal tindakan mereka untuk mencapai kejayaan akan mempunyai efikasi kendiri yang tinggi. Teori yang
dinyatakan oleh Bandura (1977), yang mengenalpasti efikasi guru sebagai salah satu efikasi kendiri berdasarkan
perspektif kongnitif sosialnya.

Setiap manusia mampu membentuk kepercayaan untuk membuat yang terbaik.

Kepercayaan inilah yang akan menghasilkan usaha untuk berjaya dan akan mendorong guru-guru untuk berusaha
dengan lebih ke arah pengajaran yang berkesan bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang dan akhirnya sekolah
yang berkesan.

Kenyataan ini turut mempunyai persamaan dengan kajian Sazali Yusoff (2004 ), yang dapat mencungkil satu
faktor dalaman sekolah yang boleh diubah demi kejayaan sesebuah sekolah. Kajian menunjukkan yang pencapaian
akademik murid sangat kuat dipengaruhi oleh efikasi kolektif guru-guru. Efikasi kolektif guru ini merupakan peramal
yang kuat kepada kejayaan akademik murid. Apabila efikasi kolektif guru-guru meningkat maka pengajaran guru
akan lebih berkualiti dan pencapaian pelajar-pelajar akan meningkat di samping menyumbang kepada
keberkesanan sekolah.
Wu (2005), juga mendapati dari hasil kajiannya kadar keberkesanan pengajaran guru adalah sederhana tinggi
di mana hubungan guru-pelajar yang akrab merupakan yang tertinggi. Kajian juga telah mendapati yang umur, jantina,
pengalaman mengajar, lokasi sekolah, jenis sekolah, latarbelakang sekolah dan sejarah sekolah signifikan dengan
keberkesanan sekolah manakala tahap pendidikan dan jawatan tidak mempunyai perhubungan dengan
keberkesanan sekolah. Lebih tinggi keberkesanan pengajaran guru maka akan tinggilah keberkesanan sekolah.
Penyelidik juga telah mendapati terdapat lima cara untuk mengesan keberkesanan sekolah iaitu jantina, jenis sekolah,
efikasi guru, penggunaan bahan pengajaran yang sistematik dan iklim bilik darjah.
Sekolah yang berkesan sepatutnya memberikan penekanan yang lebih kepada keberkesanan pengajaran
guru yang akhirnya akan membawa kepada keberkesanan dan kecemerlangan sesebuah organisasi sekolah. Nordin
(2004), mendapati tekanan kerja yang dialami oleh guru tiada kaitan dengan keberkesanan sekolah. Ini adalah kerana
beban yang diberikan tiada kaitan dengan produktiviti guru. Oleh itu beliau mencadangkan beban tugas yang tiada
kaitan dengan peningkatan keberkesanan sekolah hendaklah dikurangkan. Sebaliknya tumpuan perlu diberi kepada
peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran kerana peningkatan keberkesanan sekolah lebih kepada
menghasilkan pelajar yang berkualiti. Pengetua sendiri perlu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dengan
membimbing dan memudah cara kepada guru bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran mereka. Guruguru perlu diberi peluang untuk meningkatkan perkembangan diri melalui penguasaan kemahiran terkini.
Begitu juga kepentingan keberkesanan pengajaran guru ini turut diakui oleh Ahmad Zabidi (2003), di dalam
kajiannya terhadap ciri-ciri sekolah menengah agama berkesan. Hasil kajiannya mendapati ciri-ciri sekolah menengah
agama berkesan banyak bergantung kepada sikap kerja guru-guru berbanding dengan peranan yang dimainkan oleh
pengetua serta pelajarnya. Ini jelas menunjukkan yang kekuatan guru-guru melalui pengajaran yang berkesan
mampu menyumbang kepada keberkesanan sekolah. Penumpuan terhadap kurikulum dan proses pengajaran dan
pembelajaran adalah penting di dalam mewujudkan sekolah menengah agama yang berkesan. Dapatan ini menyamai
dapatan-dapatan sebelumnya yang melihat keberkesanan pengajaran guru antara faktor keberkesanan sekolah.
Menurut Rahimah Hj Ahmad (1998), guru merupakan faktor paling penting yang menjadi tunjang kepada
sekolah berkesan kerana guru merupakan technicians yang bertanggungjawab terhadap core business of schools
khususnya pembelajaran anak didiknya melalui pengajaran dan bimbingan. Pengajaran guru yang berkesan, sekolah

berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil untuk dicapai. Yang
perlu dititikberatkan ialah kesediaan dan kesanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail
berfikir dan bertindak secara orang-orang professional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak
mudah patah semangat dan kreatif di dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajarannya untuk
melahirkan pelajar yang cemerlang dan sekolah yang berkesan.
3.4 Sikap pelajar-pelajar.
Menurut Hussein (1993), keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan atau
pencapaian sekolah dalam peperiksaan di samping mewujudkan rasa kepuasan kerja dalam sesebuah sekolah itu.
Bagaimanapun, sekolah yang berkesan bukan sahaja sekolah yang dapat menghasilkan pencapaian akademik yang
tinggi tetapi juga sekolah yang kurang menghadapi masalah disiplin seperti kerosakan harta benda sekolah, ponteng
dan keciciran, di samping mendapat kepercayaan di kalangan masyarakat setempat dan guru-gurunya pula mendapat
kepuasan bekerja. Walaupun begitu penekanan lebih tertumpu kepada pencapaian akademik kerana secara relatifnya
pencapaian akademiknya mudah diukur melalui ujian kognitif berbanding dengan aspek-aspek lain khususnya aspek
afektif.
Mengikut pandangan murid, sekolah yang berkesan ialah sekolah yang mempunyai guru-guru yang boleh
mengajar dengan berkesan supaya pelajarnya jadi bijak, kreatif, sekolah yang persekitarannya cantik dan bersih serta
sekolah yang cemerlang. Namun begitu secara umumnya boleh dirumuskan bahawa keberkesanan sekolah diukur
berdasarkan hasilannya (seperti pencapaian akademik, moral, personel dan jasmani), keadaannya (persekitaran
teratur) dan prosesnya (pengajaran guru, penglibatan ibu bapa dan sistem pentadbiran).
Kajian oleh Ahmad Zabidi ( 2003 ), turut memperlihatkan yang sikap pelajar yang positif adalah perlu untuk
membentuk sekolah menengah agama yang berkesan. Walaupun ia merupakan ciri terendah dari senarai ciri sekolah
menengah agama berkesan kajian sebelum ini mennggambarkan sikap pelajar turut mempengaruhi pencapaian
mereka. Untuk mewujudkan kecemerlangan dan sekolah berkesan, sikap pelajar yang baik juga ialah mereka yang
bukan sahaja menumpukan sepenuh perhatian kepada akademik semata-mata sebaliknya juga perlu aktif di dalam
kegiatan kokurikulum. Pencapaian akademik yang tinggi di dalam suatu mata pelajaran mempunyai hubungan yang
signifikan dengan sikap terhadap mata pelajaran tersebut. Memandangkan keberkesanan sekolah dinilai antaranya
berdasarkan pencapaian dan akhlak pelajar, maka pembentukan sikap pelajar perlu diutamakan oleh pengurusan
sekolah. Sekiranya sekolah hanya mampu menghasilkan pelajar yang cemerlang dari aspek intelek, sudah tentu ia
tidak berjaya memenuhi matlamat pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek.

Sesebuah sekolah yang berjaya adalah sekolah yang mempunyai kadar keciciran kosong, di mana tidak ada
pelajar yang tidak tahu membaca, menulis atau mengira. Begitu juga tidak ada sistem diskriminasi, setiap pelajar
mendapat layanan yang adil dari sekolah dan guru. Kemampuan sekolah yang berkesan mengesan kemajuan murid
secara sistematik melalui pengesanan yang teratur iaitu setiap pengetua dan guru mengawasi kemajuan murid
berpandukan kepada kehendak dan objektif pengajaran. Di sekolah berkesan murid digalakkan bertanggungjawab
sepenuhnya menguruskan kegiatan seharian mereka seperti menjaga alat-alat kemudahan sekolah dan buku mereka.
Sementara kerja rumah dan latihan diperbanyakkan dan diperiksa oleh guru. Kepentingan diletakkan

terhadap

prestasi akademik yang tinggi dan murid digalakkan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya. Setiap murid
yang berjaya akan diberi penghargaan serta maklum balas yang cepat dan berterusan terhadap prestasi murid
mereka.
Murid memainkan peranan yang penting berbanding guru diamalkan di sesebuah sekolah yang bekesan.
Sekolah memberi keyakinan kepada murid mereka bertanggung jawab sepenuhnya terhadap pelajaran mereka.
Dalam kajian yang telah dibuat oleh Zulkifli dan Rahimah (1998), mereka telah menjawab persoalan apakah yang
telah digunakan sebagai ukuran kepada keberkesanan sekolah. Melalui dapatan kajian, mereka berpendapat bahawa
keberkesanan sekolah selalunya diukur dari segi output atau hasil persekolahan yang lazimnya dikaitkan dengan
pencapaian akademik pelajar.
Apabila memperkatakan tentang sikap pelajar , aspek disiplin tidak boleh dipandang ringan. Disiplin atau
peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan harmoni. Sesebuah
sekolah yang berkesan mempunyai disiplin yang teratur tanpa perlu peraturan ketat, selesa dan tenang untuk
suasana proses pembelajaran.
Pelajar-pelajar di sekolah berkesan perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan membentuk
peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin di sekolah dapat dikurangkan. Ada
sesetengah pihak yang mengukur disiplin pelajar sebagai ukuran output sesuatu sekolah itu. Menurut kajian, sekolah
yang berkesan adalah sekolah yang kurang mengalami masalah disiplin dan ponteng sekolah di samping mempunyai
pencapaian akademik yang baik serta konsisten.
Seperti yang kita sedia maklum, selalunya jika sesebuah sekolah mengalami masalah disiplin, ini akan
menjejaskan reputasi pengetua, guru-guru, pelajar dan sekolah itu sendiri. Masalah disiplin yang dialami disekolah
disusuli dengan prestasi pencapaian pelajar yang kurang memuaskan terutamanya di dalam peperiksaan awam
seperti SPM dan PMR. Keadaan ini akan menjejaskan imej dan kepercayaan masyarakat terhadap sekolah
berkenaan.
4.0 Kesimpulan

Kewujudan sesebuah sekolah berkesan banyak dimainkan oleh pengetuanya. Daripada apa yang telah saya
bincangkan tadi, elemen-elemen dalam mewujudkan sekolah berkesan ialah kepimpinan pengetuanya dan disokong
oleh iklim sekolah yang kondusif, keberkesanan pengajaran guru dan sikap pelajar itu sendiri. Sebenarnya ketiga-tiga
elemen tadi adalah berkait rapat dengan kepimpinan pengetua. Ketiga-ketiga elemen ini sebenarnya didorong oleh
kepimpinan pengetua itu sendiri. Maka saya membuat kesimpulan bahawa elemen yang mewujudkan sekolah
berkesan adalah bergantung sepenuhnya kepada gaya kepimpinan pengetua itu sendiri . Kepimpinan pengetualah
yang menentukan jatuh bangunnya sekolah tersebut. Sebagai pemimpin utama di sekolah, pengurus sekolah
berkemampuan mempengaruhi semua guru dan pelajar untuk melaksanakan program dan aktiviti yang telah
dirancang ke arah mencapai matlamat dan objektif sekolah. Dengan kata lain, keberkesanan sekolah bergantung
kepada keberkesanan kepimpinan sekolah khususnya kepimpinan pengetuanya.

http://sreezal7.blogspot.my/2013_04_01_archive.html

Anda mungkin juga menyukai