Anda di halaman 1dari 13

NAIKHALIK BIN MOHD YAACOB 2.

0 KONSEP ASAS KEPEMIMPINAN Konsep kepemimpinan dapat didefinisikan sebagai keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat atau orang bawahan seperti guru, staf dan pelajar. Mampu membentuk subordinat melakukan perubahan seperti dirancangkan. Juga melibatkan pengaruh dan kebolehan mengubah sikap dan tindakan subordinat dengan menggunakan pelbagai teknik (Koontz & Wilhrivh,1992). Dalam menuju ke arah matlamat negara maju, masyarakat kini mulai sedar bahawa kemajuan negara baik dari segi pembangunan sosial, politik dan agama amat bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan negara. Perkembangan pendidikan yang menyeluruh dan pesat pula memerlukan pemimpin dan penampilan ciri-ciri kepemimpinan yang berkesan ke arah pencapaian aspirasi negara. Peranan sebagai pemimpin menguji kemampuan pengetua dalam membimbing warga sekolah hagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sekolah yang pelbagai (Rahimah, 2004). Keadaan ini terjadi kerana setiap perlakuan pengetua, dan bagaimana mereka melakukannya menjadi perhatian, bukan sahaja oleh warga sekolah malah ibu bapa dan masyarakat setempat (Fullan, 2000). Pada amnya, kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan keupayaan dan kekuatan menyakinkan orang lain. Kepemimpinan adalah satu proses

mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan akan saling berkaitan dengan pemimpin. Tambahan lagi, untuk memastikan peranan pemimpin itu berkesan, peranan ini mesti dimainkan dalam semua aktiviti pengurusan, khususnya aktiviti memupuk hubungan kerjasama dalam kalangan warga sekolah, mengawal penggunaan dan pengagihan sumber kewangan dan peralatan, serta membina iklim dan budaya sekolah yang selesa serta kondusif.

Selain itu, gagi mengekalkan kepemimpinan orang lain terhadap guru, seseorang guru perlulah sentiasa meningkatkan kebolehannya dalam bidang yang

dipertanggungjawabkan. Dengan itu, perlaksanaan tugasan melalui kepemimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria seperti keperibadian yang perlu disemai dan dapat melahirkan rasa hormat, personaliti yang perlu diperkembangkan, kedudukan yang perlu dihormati dan kebolehan yang mewujudkan kepercayaan dan amanah. Apabila kita melihat situasi di negara kita Malaysia, masalah utama proses pengurusan dan pentadbiran di sesebuah sekolah adalah terhadap keupayaan seseorang pengetua memotivasikan staf-stafnya dan pelajar-pelajarnya. Ramai staf tidak puas hati dengan peranan yang mereka mainkan, kurang pengiktirafan, di samping bakat dan potensi yang dimilki tidak diberi perhatian. Staf-staf sentiasa cepat mengesan tingkah laku atau kelakuan seseorang pemimpin di dalam organisasi. Justeru itu, seseorang pemimpin perlu memastikan arah tuju organisasinya, berkeupayaan untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme staf-staf,

menyelesaikan masalah yang dihadapi, kesanggupan menyokong dan membantu stafstaf, cuba mengenal pasti ketidakpuasan hati staf-staf yang tentunya akan menentukan corak kelakuan staf-staf di dalam organisasi. Disamping itu, jika dilihat dalam konteks guru di sekolah dan peranan hakiki seorang guru untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan, seorang guru itu haruslah mempunyai kepimpinan dalam bilik darjah. Kepimpinan dalam bilik darjah merupakan satu set kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinannya untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain. Kepimpinan guru dalam bilik darjah juga memerlukan tanggungjawab guru untuk mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang kondusif untuk menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan kepada murid. Bagi mewujudkan budaya bilik darjah yang efektif, guru-guru perlu membangkitkan minat murid untuk sentiasa seronok, ceria dan tidak mempunyai tekanan dalam menuntut ilmu. Corak dan suasana interaksi ini lazimnya boleh dicapai dengan mengambilkira tiga faktor yang mempengaruhi bilik darjah iaitu faktor fizikal, faktor sosial dan faktor emosi.

Selain itu, cara penyampaian dan stail kepimpinan guru dalam bilik darjah merupakan aspek utama bagi menghasilkan iklim pembelajaran yang berkesan. Perkara ini termasuklah suara guru yang sesuai, lantang dan jelas menyampaikan pengajaran. Murid-murid juga akan mudah memahami perkara-perkara yang

disampaikan oleh guru. Hal ini akan menghasilkan komunikasi dua hala yang berjaya. Di samping itu, sikap positif yang dipaparkan oleh seorang guru akan membawa kepada kecemerlangan murid. Cara kepimpinan guru yang demokratik yang menekankan kerjasama, berinisiatif dan penggunaan pujian juga mampu membimbing murid ke arah nilai positf. Contoh kepemimpinan guru dapat dilihat melalui keadaan seperti ketika suasana kelas sedang bising, dan apabila guru mengangkat tangan semua murid yang bising dalam kelas menjadi senyap dan kembali fokus kepada pengajaran guru. Tidak dapat dinafikan dalam konsep kepimpinan guru dan budaya sekolah, guru merupakan pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan. Perubahan yang dimaksudkan adalah melibatkan perubahan ke atas sekolah dan pengajaran dalam bilik darjah. Guru juga adalah individu yang menggariskan hala tuju dan membentuk murid ke arah merealisasikannya dengan nilai-nilai kepimpinan yang positif. Contohnya, guru sebagai pengajar perlu berusaha untuk memahamkan murid berkaitan konsep dengan mudah, sistematik, seronok dan bermakna. Di samping itu, guru turut sama berperanan sebagai individu yang menjadi jambatan rujukan pengetahuan dan maklumat para murid. Justeru, guru perlulah menunjakkan kepimpinannya dengan sentiasa bersedia dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan iaitu mempamerkan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai. Contohnya, dalam zaman globalisasi pendidikan yang mencabar ini, rata-rata murid terlebih dahulu terdedah dan mahir dalam penggunaan TMK. Maka, sebagai guru, kita perlulah mengambil langkah yang lebih besar untuk mempelajari kemahiran TMK dan berada seiring dengan perkembangan budaya dan persekitaran murid.

Konsep kepemimpinan guru ini juga turut meliputi ruang lingkup yang lebih luas dengan melibatkan masyarakat umum. Guru yang mengamalkan kepimpinan yang berkesan dapat menarik kepercayaan masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak sekolah. Ahli masyarakat yang dimaksudkan di sini adalah golongan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada kehidupan sosial murid. Guru yang berwibawa memiliki keupayaan untuk melibatkan ibu bapa dalam proses memberikan pendidikan formal kepada anak-anak mereka. Tambahan lagi, hubungan ibu bapa dan guru yang tidak hanya terbatas di atas meja mesyuarat PIBG akan membuka ruang kolaborasi yang lebih dinamik serta mengikis kebimbangan ibu bapa terhadap kreadibiliti guru dalam aspek pembentukan disiplin dan jati diri anak mereka. Kepemimpinan guru yang berkesan juga mengurangkan beban individu kerana kerjasama kumpulan lebih dititikberatkan. Sebagai contoh, pengagihan tugas dalam mesyuarat agung PIBG antara pihak guru dan pihak ibu bapa akan mengurangkan beban tugas sesama ahli dan pada masa yang sama memupuk kerjasama dua hala melalui kepimpinan guru. Kepemimpinan juga adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Ini bermaksud, kepemimpinan juga merupakan keupayaan untuk

mempengaruhi ahl-ahli kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat dan untuk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan dan nilai ahli-ahli dalam kumpulannya. Konsep asas kepemimpinan yang seterusnya adalah merujuk kepada

kepimpinan diantara pemimpin dengan pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan daripada paksaan. Proses ini selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama adalah untuk mencapai matlamat bersama. Oleh itu, kepimpinan bukan hanya tanggungjawab pemimpin, tetapi memerlukan usaha daripada pengikut-pengikutnya. Bukti yang kita dapat lihat apbila kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada pendekatan dan kesungguhan guru-guru di sekolah bekerjasama dalam mendukung hasrat misi dan visi sekolah. Kerjasama dalam kalangan guru bukan sahaja

menyerlahkan profesionalisme keguruan malah turut menjulang kepimpinan guru. Contohnya, seorang guru yang berkarisma dalam memimpin sesuatu organisasi juga berupaya untuk memupuk nilai kepimpinan dalam diri rakan sejawatanya dan seterusnya mewujudkan suasana yang fleksibel untuk sebarang bentuk

kerjasamaantara mereka. Selain itu, sekolah yang berjaya dan berkesan biasanya dibantu oleh penglibatan aktif guru-guru dalam tugas berkumpulan dan lazimnya wujud kerjasama harmoni dalam kalangan komuniti tersebut. Contoh yang boleh dikaitkan dengan daya kepimpinan sesama guru ini adalah seperti keupayaan seseorang guru untuk bekerjasama, berinteraksi serta mendorong rakan sejawatanya dengan menggunakan kuasa pujukan daripada paksaan untuk mencapai matlamat sesebuah aktiviti yang telah dirancangkan. Kepepimpinan juga boleh dilihat daripada sudut Islam. Menurut perspektif Islam, kepimpinan adalah amanah yang wajib ditunaikan. Pemimpin pula ialah orang memandu dan mengajak orang lain ke arah kebahagiaan, mendapat kredhaan Allah, membuat segala suruhanNYa dan meninggalkan segala laranganNya. Seorang pemimpin seharusnya beriman kepada Tuhan dan mempunyai kepercayaan dan kepatuhan kepada agama. Tidak kiralah sama ada guru tersebut beragama Islam, Kristian, Hindu ataupun Buddha, kepercayaan ini penting bagi memastikan mereka mempunyai pegangan dan dasar kepercayaan yang utuh. Bertitik tolak kepada kepercayaan kepada agama inilah akan mencernakan peribadi terpuji selaras dengan tuntutan agama. Manakala konsep etika dan amalan keagamaan seharusnya memberi kekuatan jati diri kepada para guru yakni pemimpin di dalam memimpin sesebuah organisasi terutamanya memacu kecemerlangan pendidikan di sekolah. Dalam merealisasikan dan melahirkan guru yang mempunyai kepimpinan berwibawa seperti yang dianjurkan. Beberapa peranan penting haruslah dimainkan oleh seseorang pendidik. Salah satu peranan paling utama yang perlu ditonjolkan adalah menjadi role model kepada setiap murid di sekolah.

Oleh yang demikian, guru haruslah berupaya dan berkemampuan untuk memberikan contoh tauladan yang terbaik. Contohnya, apabila berhadapan dengan seorang murid yang bermasalah disiplin, nasihat dan langkah penyelesaian yang diberikan mestilah sesuai dan bertetapan dengan sikap dan perilaku serta akhlak guru itu sendiri. Seorang guru yang baik mesti mampu untuk mengubah murid menjadi baik dan begitulah sebalikya. Secara kesimpulannya, guru boleh dianologikan sebagai kapten kapal yang sedang mengemudi sebuah kapal yang tidak ada penghujung pelayarannya tetapi yang ada cuma persingahan untuk menurunkan penumpang. Jika baik pengemudianya maka penumpang akan berlabuh dengan selamat. Murid dianalogikan sebagai penumpang kapal yang belayar tersebut. Manakala, ibu bapa pula adalah layar yang menyokong dan memastikan kapal sampai ke destinasi yang hendak dituju sepertimana diharapkan. Oleh itu, analogi ini memberikan gambaran akan betapa pentingnya nilai kepimpinan seseorang guru yang juga digelar arkitek pembinaan insan dalam melaksanakan tugas yang tiada penghujungnya. Kepimpinan pendidikan di peringkat sekolah melibatkan satu set proses pengaruh yang kompleks dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan bagi memperbaiki kesannya kepada sekolah adalah melalui perubahan secara sukarela. Justeru itu, konsep asas kepimpinan pada peringkat sekolah berlaku bermula daripada guru kepada pentadbir, pentadbir kepada guru-guru dan guru-guru dengan ibu bapa, masyarakat, dan lain-lain agen yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sekolah.

NAIKHALIK BIN MOHD YAACOB 3.0 KEPEMIMPINAN GURU BESAR Pendidikan merupakan nadi penggerak ke arah peningkatan tamadun sesuatu bangsa. Maju mundurnya sesebuah negara berkait rapat dengan sistem pendidikan yang diterima oleh rakyatnya. Di negara kita, banyak perubahan dan pendekatan baru telah diterapkan dalam sistem pendidikan selaras dengan aspirasi negara ke arah negara maju. Bermula dengan kewujudan secara bertulis Falsafah Pendidikan Negara (FPN), ia diikuti pula dengan wawasan 2020 yang akan mengambarkan masyarakat Malaysia yang maju pada tahun 2020. Kemudian tampil pula agenda pengisian yang mengemukakan cabaran-cabaran kepada para guru, Sekolah Bestari dan Koridor Raya Multimedia. Dalam usaha mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan ini,

kepimpinan Guru Besar sering dilihat sebagai fokus utama. Dapatan-dapatan yang ditemui dalam penyelidikan tentang keberkesanan sekolah juga menunjukkan penentu utama bagi kejayaan sesebuah sekolah adalah kepimpinan yang ditunjukkan oleh Guru Besar. Ini bererti bahawa Guru Besar sering dilihat sebagai punca masalah atau

sebagai penyelesai masalah atau pemangkin dalam pelaksanaan program pendidikan ke arah merealisasikan sekolah yang cemerlang. Dalam banyak hal, Guru Besar sekolah ialah individu yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Dia ialah orang yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah. Kepimpinannya menetapkan nada sekolah, iklim pembelajaran, tahap professionalisme dam moral guru serta darjah keprihatinan terhadap masa depan pelajar. (Rosemblum dalam Hussein Mahmood, 1993). Menurut Ibrahim Mamat (1998), Guru Besar ialah orang yang mengetuai atau memimpin sesebuah sekolah. Pada diri seorang Guru Besar itu sebenarnya terdapat ciri-ciri ketua dan ciri-ciri orang tua. Sabri Salleh (1998) menyatakan Guru Besar merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mengambil inisiatif bagi

menggerakkan perubahan di sekolahnya. Penampilan seorang Guru Besar yang hebat dan disegani berkait rapat dengan stail kepimpinan yang dipaparkan.

Selain itu, tanpa melibatkan proses kerjasama maka pentadbiran dalam erti kata sebenarnya tidak berlaku di sekolah. Oleh itu, seorang Guru Besar yang berkesan hendaklah melaksana pentadbiran dengan melibatkan sekumpulan pekerja di bawahnya dengan cara yang disenangi . Mudah digauli dan menghargai pendapat dan pengalaman orang lain. Konsep "The boss is the boss" dalam zaman sekarang ini perlu dibuang terus dalam pemikiran setiap Guru Besar. Zaman bercorak pentadbiran kolonial British telah berakhir. Hari ini bukan lagi zaman untuk menentukan tugas-tugas terlaksana tetapi zaman orang bercakap, berbincang dan mengkaji tentang kualiti, keberkesanan dan kecemerlangan. Sebagai Guru Besar, sudah semestinya mahu menjadi Guru Besar yang berkesan. Guru Besar yang berkesan akan melahirkan guru, sekolah dan pelajar yang berkesan. Sifat Guru Besar yang menekankan kepada jenis kepemimpinan demokratik merupakan asas kepada keberkesanan Guru Besar. Guru Besar yang mengutamakan corak kepimpinan yang demokratik akan disayangi dan mudah didampingi oleh guru. Beliau mengambil kira dan turut berkongsi pengalaman serta idea dengan orang-orang di bawah kumpulannya. Selain itu, sifat menghargai dan sentiasa membawa perbincangan daripada ideaidea yang diketengahkan oleh kumpulannya adalah satu cara yang amat penting dalam menjalankan urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan sahaja dengan guru-guru tetapi seluruh kakitangan sokongan yang ada. Bagi orang-orang di bawah kawalannya, mereka akan merasa amat gembira kalau pemimpinnya menghargai idea mereka. Dengan ini akan lahirlah sikap mereka yang kuat dan rajin bekerja. Sebagai Guru Besar yang demokratik, beliau juga hendaklah mampu mempertingkatkan daya kreatif dan inovatif kakitangan di bawahnya. Beliau adalah sumber kepada mereka untuk terus membangunkan diri. Bagi pekerja-pekerja di bawahnya, Guru Besar hendaklah sentiasa dapat memberi dan menanamkan minat guru-guru dan kakitangan yang lain supaya dapat menyumbangkan tenaga dan idea dari semasa ke semasa. Dalam konteks ini, Guru Besar itu seharusnya mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi, sanggup menyertai sama dalam satu kumpulan kerja.

Di samping itu, Guru Besar hendaklah menunjukkan sebagai seorang yang mempunyai minat berkomunikasi secara terbuka, seorang yang peramah mesra, serta sentiasa menunjukkan wajah yang disenangi oleh pengikutnya. Mempunyai komunikasi dua hala. Tidak ada perasaan ego dan tidak menekankan kepada sifat autokratik. Guru Besar yang mempunyai ciri-ciri professional, hendaklah menggunakan saluran demokratik itu secara terpimpin, kalau demokratik tanpa batasan akhirnya akan lahir satu bentuk kepemimpinan yang lain iaitu Laissez-faire. Teori kepemimpinan Laissezfaire ini akan banyak memberi kuasa otonomi kepada pekerjannya. Pengikut atau pekerjanya mempunyai ruang yang amat bebas untuk membuat keputusan. Suasana sekolah akan menjadi pincang, urusan pengajaran dan pembelajaran tidak akan mencapai matlamat lagi. Ciri-ciri yang baik dan pekerti seharusnya ada dalam setiap Guru Besar. Salah satu ciri terpenting ialah mereka harus mempunyai ketinggian peribadi. Ketinggian peribadi yang dimaksudkan dari segi tutur kata bukan sahaja dari santunan bahasa penuh hemah, malah mereka harus bijak untuk berkomunikasi dengan semua peringkat umur. Komen dan kritikan yang diberikan seharusnya bersifat membina bukannya merendah-rendahkan martabat seseorang. Ketinggian peribadi juga boleh diukur dengan tingkah laku yang merendah diri tetapi tegas, tidak sombong dan memberikan layanan kepada semua pihak tanpa memilih bulu dan penuh hikmah. Pemimpin jenis ini pasti manis air mukanya, bijak mengatur kata, penuh hikmah perlakuannya serta mempunyai jati diri dan integriti yang tinggi. Guru besar juga perlu mempunyai ciri sebagai tauladan yang baik. Pengaruh melalui tauladan diterjemahkan melalui contoh yang ditunjukkan oleh pemimpin berdasarkan apa yang diungkapkannya. Pemimpin ulung harus menunjukkan contoh tauladan kepada komuniti di bawahnya melalui perlakuannya yang mendahului yang lain dengan niat untuk diteladani oleh semua. Pemimpin berjiwa rakyat sebegini akan dipandang tinggi oleh komuniti pendidikan sebagai pemimpin yang mampu mengotakan janjinya melalui tauladan. Sebagai contohnya pemimpin yang ingin melihat

kakitangannya datang awal ke tempat kerja pasti menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang datang lebih awal daripada yang lain.

Guru Besar juga perlu memiliki visi dan misi yang jelas dalam membangun dan mentadbir sesebuah organisasi. Hal ini kerana dengan kemampuan untuk membentuk visi dan misi yang jelas, barulah mudah seseorang pemimpin itu membawa komuniti yang dipimpinnya ke arah mercu yang direncanakannya. Contohnya, bagi pemimpin unit dan organisasi sekolah yang mempunyai visi dan misi yang jelas pasti berusaha membawa organisasi di bawah tanggungjawabnya untuk cemerlang daripada segala aspek dan dicontohi oleh yang lain. Ciri lain yang perlu ada pada Guru Besar adalah berkredibiliti tinggi. Mereka harus mempunyai kemahiran membimbing yang efektif. Guru besar yang budiman harus membimbing kakitangannya bagi menjamin kelangsungan budaya kerja berkualiti. Guru-guru muda terutamanya perlu dibimbing agar cepat menyesuaikan diri di dalam sistem pendidikan dan dibantu perkembangan dirinya sebaik mungkin. Manakala guru senior pula yang mempunyai kepakaran berteraskan pengalaman dibimbing untuk terus kekal aktif terutamanya dalam menginovasikan proses pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan budaya kajian tindakan. Kesimpulannya, Guru Besar adalah teras kepada pengurusan pendidikan di sekolah. Jika Guru Besar sudah tidak ada kredibiliti dan karisma yang tinggi, maka sekolah yang dijadikan tempat untuk menjana minda pelajar-pelajar akan berjalan dalam suasana pincang. Sekolah adalah 'duta wawasan' yang merupakan sebuah 'negara kecil' yang perlu segala-galanya. Pemimpin dan pengikut hendaklah sentiasa taat-mentaati dan saling menghargai di antara mereka. Dengan wujudnya sifat kepemimpinan yang berkesan maka pengurusan dan pentadbiran di sekolah akan tercapai seperti yang diharapkan oleh setiap masyarakat dan kerajaan.

4.0 Di samping itu, sekolah tersebut kekurangan guru yang pakar dalam bidang sukan. Selama saya berada di sekolah tersebut, saya perhatikan hanya terdapat seorang guru sahaja yang pakar dalam bidang sukan. Guru tersebutlah yang perlu mengajar dan melatih murid-murid dalam bidang sukan seperti bola sepak, olahraga, sepak takraw, bola baling dan sebagainya. Pada pandangan saya, situasi ini amat kritikal dan membebankan. Kita boleh lihat bagaimana seorang guru perlu memikul banyak tugas dalam satu masa. Oleh yang demikian, pihak sekolah sepatutnya memandang serius akan hal sebegini. Sepatutnya pembahagian tugas dan tanggunjawab itu hendaklah adil dan efisien. Apabila ditanya kenapa situasi sebegini boleh berlaku, pihak pentadbir memberitahu sekolah tersebut ketiadaan guru yang mahir dalam sesuatu bidang sukan. Bagi saya, masalah ini boleh dibendung. Malah, pada pandangan saya guru-guru lain tidak diberi peluang untuk membuktikan kebolehan yang mereka ada. Pihak pentadbir lebih suka melepaskan tugasan tersebut kepada guru yang sedia kala. Masalah ini juga boleh diatasi dengan pihak pentadbir memberi arahan kepada guru-guru agar mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan sukan. Contohnya, seorang guru yang tiada kemahiran dalam bidang sukan softball dihantar berkursus. Setelah guru tersebut diberi pendedahan terhadap sukan itu, maka guru itu mempunyai ilmu dan berupaya untuk melatih murid-murid. Segala ilmu yang diperolehi akan akan dicurahkan kepada murid-murid. Malah, sekolah juga akan menerima tempias apabila pasukan yang dilatih itu berjaya dalam sesuatu pertandingan yang dianjurkan. Oleh itu, kekurangan guru pakar dalam bidang sukan dapat diatasi dengan baik dan berkesan. Selain itu, saya dapati orang nombor satu sekolah tersebut tidak memainkan peranannya dengan baik. Orang yang saya maksudkan itu ialah guru besar sekolah tersebut. Bagi saya, beliau tiada ciri-ciri seorang guru besar yang disegani dan dihormati. Apabila melihat kepada suasana sekolah tersebut, saya dapati guru besar dan staf-stafnya kurang persefahaman antara satu sama lain. Boleh dikatakan semua

guru tidak menyukai cara guru besar tersebut mentadbir sekolah. Masalah ini perlu diambil serius kerana boleh menimbulkan suasana sekolah yang dingin. Pada pendapat saya, guru besar tersebut perlu mengubah cara beliau mentadbir sekolah tersebut. Beliau perlu bijak untuk menguruskan sekolah dan staf-stafnya. Beliau juga perlu mencari cara agar dihormati oleh orang sekeliling. Janganlah menjadi seorang pemimpin yang memegang kepada ayat like a boss. Belaiu seharusnya bersikap demokratik dan menerima teguran dan pandangan orang lain dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Jangan anggap bahawa diri kita sahaja yang betul. Jika guru besar sekolah tersebut dapat mengatasi masalah ini, tidak mustahil akan melahirkan sekolah yang berprestasi tinggi dalam pelbagai aspek. Menyusuri bentuk perubahan seterusnya iaitu perubahan dari waktu mesyuarat. Waktu mesyuarat perlu dilakukan selepas waktu persekolahan dan disingkatkan agar memberi peluang kepada guru lain untuk menumpukan kerja sekolah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa guru-guru khususnya guru wanita perlulah menumpukan hal keluarga. Oleh itu,mereka mempunyai tanggungjawab untuk mengambil anak selepas waktu persekolahan. Jika waktu mesyuarat disingkatkan, maka guru dapat mengawal dan memberitahu kepada anak mereka tentang waktu pulang ke rumah. Segala urusan mesyuarat haruslah dimantapkan contohnya guru datang awal ke mesyuarat selain guru haruslah bersiap sedia sebelum masuk ke mesyuarat. Selain itu, waktu balik guru juga dilanjutkan selama sejam. Contohnya apabila tamat waktu persekolahan guru tersebut perlu berada di kawasan sekolah. Dalam tempoh masa tersebut guru akan dapat memanfaatkan masa mereka dengan menyiapkan urusan sekolah baik dari segi menyemak hasil kerja murid ataupun memantapkan fail tanpa membawa pulang di rumah. Jadi, guru tadi dapat menumpukan urusan rumah tangga tanpa mencampurkan urusan kerja. Guru boleh menyemak latihan murid semasa masa lapang. Hal ini kerana guru tidak dapat menumpukan urusan kerja di rumah kerana mereka dapat meluangkan masa bersama-sama dengan anak dan juga keluarga.

5.0 RUMUSAN Kesimpulannya, dalam menuju ke arah matlamat negara maju, masyarakat kini mulai sedar bahawa kemajuan negara baik dari segi pembangunan sosial, politik dan agama amat bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan negara. Perkembangan pendidikan yang menyeluruh dan pesat pula memerlukan pemimpin dan penampilan ciri-ciri kepemimpinan yang berkesan ke arah pencapaian aspirasi negara. Oleh yang demikian, golongan yang terlibat dengan pendidikan tidak terlepas daripada tanggungjawab untuk memimpin, sama ada kepemimpinan di dalam kelas, panitia mahupun peringkat sekolah. Malah, setiap pendidik juga harus berusaha untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme mereka kerana perkembangan yang pesat dalam dunia pendidikan. Sebagai seorang guru perlu mengetahui Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesionalisme yang harus mereka tempuhi untuk menjadi seorang pendidik yang berkarisma dan berketerampilan. Namun begitu, jika kita sebagai seorang pemimpim maka hendaklah menjadi pemimpin yang terbaik daripada yang terbaik. Seorang pemimpin perlu tahu erti kepemimpinan iaitu suatu proses mempengaruhi atau memberi contoh kepada

pengikutnya dalam upaya mencapai tujuan organisasi. Seorang pemimpin boleh memiliki prestasi yang tinggi untuk dirinya sendiri, akan tetapi itu tidak memadai apabila ia tidak berhasil menumbuhkan dan mengembangkan segala yang terbaik dalam diri para bawahannya. Seseorang akan menjadi pemimpin yang baik apabila dia mengetahui tanggungjawab yang dipikul. Justeru itu, apabila kita menjadi seorang pemimpin, jadilah pemimpin seperti nakhoda sebuah kapal. Jika silap cara untuk mengemudi kapal, maka karamlah kapal tersebut. Namun jika betulnya cara mengemudi kapal, maka belayarlah kapal dengan gahnya.

Anda mungkin juga menyukai