Anda di halaman 1dari 14

Kepimpinan dan Profesionalisme Guru

IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur

1. Berupaya Memimpin Perubahan di Sekolah di mana Guru Bertugas

Sekolah sebagai institusi masyarakat adalah sumber rujukan dan contoh teladan yang baik,
Oleh yang demikian, kepimpinan yang berkualiti adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada
kejayaan kumpulan ataupun organisasi seperti sekolah dalam memimpin masyarakat. Kepimpinan
yang cekap dan memenuhi kriteria-kriteria kepimpinan dapat mewujudkan suasana kepuasan bekerja
yang secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian matlamat dengan lebih cemerlang.
Perubahan paradigma dari pengurusan yang bersifat tradisional kepada sifat kepimpinan sejagat.
Misalnya, kepimpinan guru bukan sahaja dapat melahirkan insan yang lebih berkarisama yang
menjadi pemangkin pencapaian cemerlang malah menjadi penggerak kepada pelajar menjadi lebih
cemerlang dan terbilang dalam mencapai kepuasan optimum sebagai seorang insan. Pemimpin yang
berkesan seperti guru sering berhadapan dengan dasar-dasar negara, tanggungjawab yang besar dan
mencabar perlu mentadbir serta memimpin orang-orang di sekelilingnya dan dirinya dengan corak
kepimpinan yang jitu bagi memartabatkan lagi profesion perguruan yang mulia ini.

Pada era yang moden ini, peranan guru sebagai pemimpin dalam pendidikan amat ketara
kerana pengaruh mereka tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Dalam kalangan guru terdapat
jurulatih utama mata pelajaran, ketua bidang, guru kanan, penggubal dan penyemak kurikulum, guru
mentor, guru dalam kajian tindakan dan peranan-peranan lain kepimpinan pendidikan. Konsep
kepimpinan guru boleh dijelaskan sebagai salah satu model kepimpinan di mana guru-guru yang
terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) mempunyai atau diberi peluang untuk memimpin
(Abd. Rahim Abd. Rashid, 2001). Ciri-ciri guru yang berupaya memimpin perubahan di sekolah ialah
mereka ingin menyumbangkan kepakaran mengajar kepada golongan pelajar yang lebih luas dan di
luar ruang lingkuan pelajar yang diajar oleh mereka. Pemimpin ialah guru biasa tetapi mampu
membimbing atau mendorong guru lain untuk bersama-sama berusaha meningkatkan amalan
professional dan peringkat pencapaian pelajar. Pemimpin guru tidak menunggu arahan daripada pihak
atasan untuk melaksanakan sesuatu inovasi pengajaraan tetapi bijak menggunakan peluang yang ada
untuk mempergiat aktiviti p&p dan seterusnya mendapatkan perhatian dan sokongan pihak berkuasa.

Menurut Barth (2001), guru adalah pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan. Guru
melakukan perubahan ke atas sekolah dan bilik darjah. Kenyataan ini mencerminkan guru memainkan
peranan yang penting secara positif dalam sekolah malah menjurus pada pengertian yang lebih
mendalam guru adalah individu yang menggariskan hala tuju dan membentuk warga pelajar ke arah
merealisasikan hala tuju itu dengan nilai-nilai kepimpinan yang positif serta berketerampilan dan

Katerina Kelimah Anak Boniface Intang 1


Kepimpinan dan Profesionalisme Guru
IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur

produktif sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, kepimpinan guru merupakan
penjana budaya sekolah dengan kata lain, guru, pelajar dan sekolah saling berkait rapat sebagai
komuniti sekolah. Guru menjadi entiti ataupun komoditi utama dalam pembentukan budaya dalam
sekolah. Pelajar pula berfungsi sebagai produk pendidikan yang terbentuk daripada pembentukan
budaya itu. Guru menjadi agen yang bertanggungjawab memimpin pelajar ke arah pembentukan
budaya sekolah yang positif. Justeru, kepimpinan guru penting dalam pembentukan budaya sekolah.

Burns (1978) dalam pengamatannya dalam kepimpinan membuat kesimpulann yang penting
apabila menyatakan sekolah adalah antara contoh pengamalan kepimpinan transformasi yang dapat
dilihat dengan jelas. Dalam erti lain, kepimpinan transformasi pendidikan pada umumnya tiadak
berpaksikan pada pengaruh kuasa guru tetapi lebih terpengaruh kepada personaliti yang menarik, sifat
dalaman yang mantap dan keterampilan semulajadi guru yang berasaskan ilmu dan intelektual.
Kepimpinan gaya transformasi di sekolah berupaya membawa perubahan dari segi sikap, nilai,
persepsi, budaya dan perlakuan kepada pelajar. Bagi mencapai matlamat ini, guru berkepimpinan
transformasi haruslah mengamalkan ciri-ciri kepimpinan seperti merangsang pembentukan dan
menzahirkan wawasan, keterampilan peribadi, jangkaan dan keyakinan tinggi pada pelajar, menjana
permuafakatan, merangsang intelek dalam organisasi, keprihatinan individu dan ganjaran kontigensi.
Justeru kepimpinan transformasi di sekolah memang tidak dapat diketepikan memandangkan ciri-ciri
kepimpinan transformasi itu sendiri yang kondusif bagi diaplikasi dalam sekolah dan faktor
perubahan yang menunutu kepemimpinan sedemikian.

Pengurusan bilik darjah adalah tempat satu faktor yang penting bagi memberi peluang yang
maksimum supaya pembelajaran itu berjalan dengan sempurna. Pengurusan yang baik menjimatkan
masa dan tenaga serta mewujudkan lebih banyak peluang melakukan aktiviti-akviti pengajran dan
pembelajaran selain daripada mengurangkan gangguan disiplin. Dalam konsep bilik darjah moden,
guru hanya berperanan sebagai fasilitator yang membimbing pelajar memilih bahan pelajaran serta
merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan ataupun individu. Bagi
mengurangkan gangguan disiplin pula, guru-guru perlu mengambil berat berkaitan dengan aspek-
aspek seperti pengeloaan bilik darjah, aktiviti bilik darjah dan salah laku. Guru perlu merancang
supaya pelajar berminat untuk belajar dengan menggunakan berbagai aktiviti yang bersesuaian
dengan kebolehan pelajar. Dalam menghadapi masalah salah laku pelajar pula, guru perlu
menggunakan budi bicaranya semasa menghadapi pelajar-pelajar yang menimbulkan masalah
disiplin. Setiap cadangan mengenai denda perlu dikaji supaya bersesuaian dengan jenis kesalahan
yang pelajar hadapi. Tugas seorang guru adalah mampu mengambil perhatian dengan cara yang

Katerina Kelimah Anak Boniface Intang 2


Kepimpinan dan Profesionalisme Guru
IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur

berkesan bagi mengawal disiplin bilik darjah untuk mendapat penghormatan daripada murid-murid
dan menyampaikan pengajaran yang menarik sehingga pelajar tidak menimbulkan sebarang masalah
disiplin.

Kajian Mayer, Caruso, dan Salovey (1999) dalam buku Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid
Mohamed & Abdul Ghani Abdullah (2007) membuktikan kecemerlangan inidividu bergantung
kepada kecerdasan emosinya. Ini bermakna, orang yang memiliki kecerdasan intelek menjadi lebih
cemerlang apabila beliau juga turut memiliki kecerdasan emosi. Dalam konteks Negara Malaysia
pula, aspek kecerdasan emosi pun dijadikan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Justeru itu, kemahiran
kecerdasan emosi adalah elemen yang perlu dibangunkan oleh kepemimpinan guru dalam diri pelajar
bagi memastikan keberkesanan pelajar bukan sahaja cerdas dalam intelek tetapi juga dalam mengurus
emosi. Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mmeperkembangkan potensi
kecerdasan emosi diri pelajar ke tahap maksimum. Ini kerasa setiap pelajar mempunyai potensi
kecedasan emosi dan apabila guru-guru mencungkil bakat dan kebolehan ini maka pelajar mampu
berhadapan dengan realiti dengan lebih yakin. Oleh sebab bidang ini menitikberatkan faktor-faktor
dalaman pelajar iaitu merangkumi emosi, perasaan, rohani dan intelek pelajar maka penguasaan ilmu
kecerdasan emosi diharapkan dapat membantu golongan pelajar yang berbeza latar belakang,
keluarga, minat, pengalaman dan tahap kecerdasan.

Terakhir sekali merupakan kepemimpinan guru dan komunikasi efektif dalam bilik
darjah.komukasi penting bagi guru mengurus bilik darjah dengan efektif. Keberkesanan komunikasi
membawa banyak faedah kepada guru dan pelajar yang terbabit. Kegagalan berkomunikasi secara
berkesan merugikan sama ada penyampai mesej atau penerimanya kerana ia dapat menimbulkan
konflik yang mengganggu keharmonian semua pihak. Oleh itu, kepemimpinan guru wajar
mengetahui, memahami dan seterusnya mengamalkan ciri-ciri komunikasi yang berkesan semasa
berinteraksi dengan bilik darjah. Komunikasi yang berkesan penting dalam menyampaikan maklumat
atau isi pengajaran. Oleh itu, guru perlu menguasai kemahiran komunikasi supaya berlaku interaksi
dua hala dam proses pengajaran dan pembelajran dalam bilik darjah ataupun di sekolah. Komunikasi
sebagai proses adalah unsure yang mustahak yang menggerakkan segala aktiviti dalam organisasi
sekolah itu. Suasana pembeljaran dan pengajaran juga perlu diberi tumpuan. Keadaan kelas yang
bersih, kemas, cahaya yang mencukupi, peredaran udara yang baik dan ceria dapat merangsang
permikiran pelajar. Sebagai rol model negara, guru perlu mempamerkan penampilan yang baik di
mata pelajar. Justeru itu, sbagai seorang pendidik, guru perlu ingat supya memberikan yang terbaik
bagi pelajar dan mendoakan mereka supaya diberkati oleh Yang Maha Esa.

Katerina Kelimah Anak Boniface Intang 3


Kepimpinan dan Profesionalisme Guru
IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur

2. Mengutamakan Daya Pengeluaran Tinggi dalam Bidang Kerjayanya.

Robiah Sidin (1994) mencadangkan beberapa kriteria yang perlu dimiliki oleh guru supaya
mereka mempunyai kesediaan dan mampu menghadapi perubahan zaman. Antara kriteria yang perlu
dimiliki adalah mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya. Salah satunya
merupakan idealisme pengajarannya. Tanpa idealisme pengajaran, profession keguruan tidak mungkin
dapat melakukan perubahan dan mencorakkan pembangunan manusia yang kukuh dari segi akhlak
dan moral, insan yang berpengetahuan, berdaya maju dan dapat menghadapi cabaran. Pengajaran
bukan setakat menyampaikan maklumat yang kaku dan beku, berguna atau tidak berguna, relevan
atau tidak relevan tetapi lebih penting ialah membina dan mengembangkan idealisme hidup yang
baik, berhemah dan mendorong seseorang menjadi manusia yang berjasa dan berjaya (Abd. Rahim
Abd. Rashid , 2007). Guru-guru yang mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang
kerjayanya akan menampilkan ciri-ciri personal, interpersonal, professional, intelektual dan
kemahiran dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang baik. Kesemua ini penting bagi
melayakkan seseorang guru menjadi guru yang berkesan, berwibawa dan berketerampilan.

Guru yang mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya dapat dinilai
dari segi kualiti pengajarannya di dalam kelas. Guru yang professional menggunakan berbagai-bagai
kaedah dan pendekatan pengajaran bagi meningkatkan minat intelektual, mengembangkan cara
belajar yang mudah dan berkesan, membina kemahiran belajar, menjana idea dan pemikiran,
memberikan keseronokan dan mengembangkan potensi murid-murid. Guru yang mempunyai daya
pengeluaran tinggi dapat mengaplikasikan pelbagai teknik dan strategi pembelajaran dan dapat
menentukan kejayaan murid-murid. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kreatif
dan inovatif terbentuk kerana sifat guru yang sentiasa peka membawa pembaharuan dalam
pendekatan pengajaran. Guru harus menentukan apakah objektif pembelajaran yang akan menjadi
asas panduan pengajaran guru, iaitu apakah yang akan dicapai oleh murid selepas sesuatu pengajaran.
Bagi menentukan obejktif pengajaran dicapai, guru perlu memberikan fokus kepada tajuk dan
subtajuk yang diajar dalam sesuatu jangka masa pengajaran. Objektif pembelajaran menjadi panduan
guru memilih isi pelajaran, bahan pembelajaran, aktiviti pembelajaran dan penilaian sumatif yang
berkaitan dengan pembelajaran (Noriati A. Rashid, Boon Ping Ying & Wong Kiet Wah , 2010) .

Selain itu, guru yang mengutamakan daya pengeluaran tinggi haruslah mempunyai banyak
pengetahuan dalam pelbagai bidang. Guru yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang lebih
diperlukan berbanding guru yang menjurus pada sesuatu bidang yang sempit. Disamping itu,

Katerina Kelimah Anak Boniface Intang 4


Kepimpinan dan Profesionalisme Guru
IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur

pendekatan pembelajaran yang bersifat pelbagai disiplin menjadikan guru yang mempunyai
kepakaran dalam pelbagai bidang untuk melksanakan tugas pendidikan yang begitu mencabar hari ini.

Guru yang mempunyai kombinasi beberapa mata pelajaran yang boleh diajar lebih berwibawa
dan lebih baik berbanding dengan guru yang menjurus pada satu bidang sahaja. Dalam ruangan temu
bual Utusan Pendidikan bulan Mei 2003, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed
berkata akan pentingnya guru sentiasa bersedia menguasai ilmu baharu untuk menjadikan diri mereka
relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Begitu juga dengan pelaksanaan kurikulum
bersepadu yang memerlukan guru-guru yang mempunyai pengetahuan lain selain pengetahuan bidang
khusus yang diajar. Satu kriteria penting yang perlu diambil kira dalam merancang dan melaksanakan
kurikulum ialah pengetahuan yang diberikan kepada pelajar mestilah relevan dan sesuai bagi
membolehkan pelajar membina kekuatan diri dan bagi menghadapi keperluan masa depan.
Umpamanya guru perlu mempunyai pengetahuan bagaimana nilai-nilai murni perlu ditanamkan atau
dikembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru juga dikehendaki melaksanakan pembelajaran berasaskan pada membina pelbagai


kecerdasan yang merupakan satu keperluan dalam mencorakkan kualiti pendidikan yang sesuai
dengan perubahan zaman ini dan akan datang. Guru perlu mengamalkan pembelajaran berterusan
supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri mereka relevan dalam
dunia k-ekonomi yang meletakkan guru menghadapi pelbagai cabaran. Oleh itu dalam era
pengetahuan, guru perlu mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pembelajaran untuk membaiki
profesion yang diceburi dan pembelajaran untuk membina kekuatan diri sendiri. Berbagai-bagai
pengetahuan baharu yang memberi cabaran kepada dunia pendidikan dan profesion keguruan
meletakkan guru dalam krisis dan dilema. Perubahan yang berlaku ini juga menjadikan bidang
pendidikan dan profesion keguruan semakin tercabar dan mempunyai tanggungjawab yang semakin
sukar. Bagi mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjaya keguruan, kualtiti
merupakan salah satu aspek yang penting dalam memartabatkan profession keguruan. Pengetahuan
yang diberikan perlu mempertahankan kualiti pendidikan. Ini termasuklah kualiti pengetahuan yang
membina kekuatan intelektual, kualiti sosial dan moral. Penekanan juga perlu diberikan kepada kualiti
pengetahuan yang membina kebijaksanaan, pemikiran saintikfik, dan memupuk budaya berfikir bagi
membolehkan pelajar mengembangkan potensi mereka dan berfikiran posiftif unutk mencapai
perubahan dan kemajuan.

Katerina Kelimah Anak Boniface Intang 5


Kepimpinan dan Profesionalisme Guru
IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur

3. Sentiasa Mengikuti Peredaran Masa.

Guru merupakan aset utama bagi memastikan perkembangan pendidikan dapat dilaksanakan
dengan berkesan di sekolah. Peredaran masa menuntut profesion keguruan mempunyai peranan yang
besar bagi menyebarkan pengetahuan baharu dan meluaskan konsep pendidikan yang sesuai dengan
era globalisasi. Perkembangan pengetahuan baharu mengikut peredaran masa seperti k-ekonomi,
pengetahuan saintifik, pengetahuan teknologi tinggi pengetahuan ICT, pengetahuan bidang
pengurusan, pengetahuan sains sosial dan kemanusiaan, pengetahuan pemikiran strategik dan
sebagainya memerlukan anjakan peranan pendidikan dan professional keguruan yang memiliki kualiti
yang bersifat kontemporari dan relevan dengan zamannya (Noriati A. Rashid, Boon Ping Ying &
Wong Kiet Wah, 2010). Gelombang perubahan yang dibawa oleh pengaruh peredaran masa terhadap
bidang pendidikan khususnya globalisasi memerlukan reformasi pendidikan guru bagi menyediakan
guru-guru yang mempunyai ciri-ciri kriteria berkualiti dalam menangani cabaran baharu yang
dihadapi dalam bidang pendidikan. Taraf pendidikan guru dipertingkatkan di semua peringkat
persekolahan. Program pensiswazahan guru diperluaskan bagi menyediakan guru-guru yang
mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam mengajar pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah
menengah.

Salah satu peredaran masa dan trend terkini yang harus dimiliki guru adalah bersikap
globalisasi. Globalisasi bermaksud suatu perubahan yang bersifat global dan lebih terbuka dan tidak
berasaskan batasan sempit kenegaraan, kebangsaaan, nasionalisme, negara bangsa, kebudayaan
tertentu dan sebagainya. Globalisasi juga mempengaruhi trend baharu yang berlaku seperti ICT,
pemikiran global, masyarakat global, pasaran global, persaingan global dan sebagainya.
Mendedahkan profesion keguruan kepada pemikiran dan perkembangan global, terutamanya yang
menyentuh pendidikan guru di negara-negara maju dan negara yang membangun akan menyebabkan
penyebaran idea dan pengetahuan berkenaan dimanfaatkan bagi meningkatkan kualiti profesionalisme
keguruan di negara ini.

Guru-guru yang mengikuti peredaran masa sentiasa didedahkan kepada perkembangan


pendidikan yang berlaku di luar negara, khususnya negara jiran dan negara-negara maju. Idea-idea
pendidikan yang relevan dirakamkan melalui video dan sebagainya dari negara-negara lain dan
bentuk penyelidikan dalam bidang pendidikan boleh digunakan sebagai sebahagian daripada program
pendidikan guru di Malaysia. Inovasi yang berlaku dalam bidang pendidikan seperti dalam soal

Katerina Kelimah Anak Boniface Intang 6


Kepimpinan dan Profesionalisme Guru
IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur

pengajaran, pembelajaran, kurikulum, latihan guru dan sebagainya boleh disesuaikan dan
diaplikasikan kepada program pendidikan guru di negara ini.

Selain itu, guru yang mengikuti peredaran masa akan terjebak pada pengaruh yang menjadi
trend dan ideologi abad ke-21 dimana boleh memberi perubahan kesan sama ada positif dan juga
negatif kepada negara yang membangun. ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan
sistem dan pengurusan pendidikan di negara ini. Dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia
(MSC), ICT dapat memacukan Malaysia menjadi negara yang berdaya maju dan kompetitif serta
sesuai dengan cabaran globalisasi dan era teknologi maklumat. Revolusi maklumat yang berlaku
disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, disamping kemajuan
yang berlaku diperlukan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang harus dimiliki
oleh guru dalam yang relevan pada zamannya.

Rancangan Pengajaran Harian, merekod dan menyimpan maklumat pelajar, memproses


markah/ujian/peperiksaan, membuat semakan stok dan inventori peralatan/buku/BBM dan banyak
lagi. Di samping itu, revolusi maklumat dalam era globalisasi ini memberi impak yang besar di dalam
bidang pendidikan. Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial dan politik yang
dicetuskan oleh kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam konteks ini globalisasi
telah menyebabkan wujukdnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep
pembelajaran global dan konsep perubahan tingkah laku. Keadaan yang berlaku disebabkan oleh
kemajuan ICT yang memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan disamping kemajuan yang
berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mmepertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang
mengharungi perubahan abad ke-21. Perkembangan dalam penyelidikan yang berhubung dengan ICT
memerlukan anjakan peranan pendidik dan profesion keguruan. Oleh itu, negara yang yang sedang
membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT).

Selain kemajuan dan perubahan globalisasi dan ICT yang dicapai, guru senantiasa berhadapan
dengan pelbagai krisis baharu sama ada dalam bidang itu sendiri mahupun krisis yang melanda dalam
masyarakat yang mendedahkan profesion ini dengan tekanan, pengaruh dan perubahan yang memberi
kesan terentu terhadap peranan guru, sekolah dan pendidikan. Tuntutan terhadap perubahan adalah
satu natijah yang tidak dapat dielakkan bagi membolehkan profesion keguruan lebih mampu
menangani pelbagai masalah dan krisis. Satu aspek penting bagi membina kekuatan profesionalisme
keguruan dalam era krisis moral dan professional ialah menguatkan lagi etika profesionalisme
keguruan. Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (2007), etika bermaksud tatasusila, peraturan, unsur-

Katerina Kelimah Anak Boniface Intang 7


Kepimpinan dan Profesionalisme Guru
IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur

unsur moral yang tinggi yang dipertahankan untuk kebaikan, kesejahteraan dan meningkatkan
kepercayaan serta keyakinan orang ramai terhadap sesuatu profesion. Sesuatu profesion yang
melibatkan kepentingan orang ramai perlu mempunyai etika perkhidmatan dan akauntabiliti serta
dapat dipertanggungjawabkan kelemahan yang dilakukan. Ini tidak bermakna bidang ini perlu
dikongkong dengan peraturan rigid yang boleh memberikan kesan buruk kepada kemajuan pendidikan
dan kemajuan profesion itu sendiri.

Fleksibiliti dan kebebasan perlu diberikan kepada guru dalam melaksanakan dan menjayakan
dasar dan matlamat pendidikan dengan meningkatkan taraf profesionalisme mereka terutamanya dari
segi pengajaran, kurikulum, kepimpinan, pengembangan kerjaya, penglibatan dalam penggubalan
dasar dan kebebasan dalam melaksanakan tugas dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah secara
professional. Etika menjadi asas bagi membentuk tingkah laku, hubungan yang harmoni,
pembangunan masyarakat dan memelihara imej profesionalisme keguruan.

4. Memahami Perkembangan Teknologi.

Guru merupakan asset utama bagi memastikan perkembangan pendidikan dapat dilaksanakan
dengan berkesan di sekolah. Antara kriteria yang perlu dimiliki adalah memahami perkembangan
teknologi. Kepemimpinan guru alaf baru perlu mempunyai kecekapan menggunakan segala sumber
yang ada dengan optimum. Justeru, kepemimpinan guru perlu mempunyai kemahiran dan keupayaan
bagi mendapatkan maklumat, melakukan analisis, kemahiran dalam perancangan dan mengelolakan
program serta pengurusan perbelanjaan dan kewangan supaya tidak berlaku pembaziran. Guru yang
kreatif serta bijaksana menggunakan teknologi yang ada untuk membantu pelajar-pelajar mencapai
objektif pembelajaran dengan lebih mudah. Pelbagai aplikasi teknologi boleh digunakan secara
meluas dalam pelbagai aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru juga
perlu merancang penggunaan teknologi dengan sebaiknya supaya kebaikan dan faedah maksimum
diperolehi daripada bahan tersebut. Pengetahuan mengenai bahan teknologi dan cara penggunaanya
perlu dikuasai guru supaya mereka sentiasa peka terhadap perkembangan terkini selain tidak
ketinggalan dalam kemahiran teknologi yang setiap masa semakin maju mengikut peredaran masa.

Komputer adalah teknologi elektronik yang mempunyai banyak keistimewaan terutamanya di


dalam bidang pendidikan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, komputer boleh digunakan
dalam pelbagai tujuan dan teknik serta pendekatan strategi pengajaran. Guru yang berfikiran jauh
dapat menggunakan komputer secara kreatif dan kritis bagi membantunya mencapai objektif
pembelajaran (Asma Abdullah, 1996). Dengan kata lain, kehadiran komputer sebenarnya telah

Katerina Kelimah Anak Boniface Intang 8


Kepimpinan dan Profesionalisme Guru
IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur

memperkayakan teknik pengajaran dan memudahkan proses tersebut di dalam bilik darjah. Guru
subjek boleh menggunakan komputer sebagai medium di mana mereka boleh menggunakan program
yang mudah seperti persembahan elektronik untuk dijadikan bahan simulasi dalam pelbagai aktiviti di
dalam bilik darjah dan menyediakan bahan persembahan audio dan visual selain daripada
menggunakan progam seperti Real Adobe yang boleh digunakan bagi membantu pelajar dalam
pemahaman, latihan pengajaran dan juga bacaan.

Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan diberi
kepelbagaian dalam penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik yang berbantukan
computer, melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau melalui sistem
internet. Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta
merangsangkan minda dan minat pelajar pada zaman siber di abad ini. Fenomena ini dianggap serta
diperakui sebagai pemangkin alam proses pengajaran dan pembelajaran (Noriati A. Rashid, Boon
Ping Ying & Wong Kiet Wah, 2010).

Komputer di dalam konteks pendidikan seharusnya mengenal pasti keperluan pelajar,


memberi arahan atau pengajaran yang sesuai mengikut peringkat atau kebolehan pelajar, memantau
dan melapor kemajuan pelajar, menjadi alat pelajar supaya boleh menganalisis data, menulis laporan
dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat dan infromasi bagi meningkatkan pengetahuan
mereka dan lain-lain lagi Disamping itu, penggunaan teknologi seperti komputer yang meluas serta
perkembangan sains dan teknologi hari ini banyak memberikan manfaat kepada para guru seperti
mempelbagaikan bahan bantu mengajar (BBM), menyediakan Rancangan Pengajaran Harian,
merekod dan menyimpan maklumat pelajar, memproses markah/ujian/peperiksaan, membuat semakan
stok dan inventori peralatan/buku/BBM dan banyak lagi. Di samping itu, revolusi maklumat dalam
era globalisasi ini memberi impak yang besar di dalam bidang pendidikan. Globalisasi ialah satu
ideologi perubahan budaya, sosial dan politik yang dicetuskan oleh kemajuan pesat teknologi
maklumat dan komunikasi. Dalam konteks ini globalisasi telah menyebabkan wujudnya konsep dunia
tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global dan konsep perubahan
tingkah laku (Noriati A. Rashid, Boon Ping Ying & Wong Kiet Wah, 2010). Keadaan yang berlaku
disebabkan oleh kemajuan ICT yang memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan disamping
kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mmepertingkatkan martabat profesion keguruan
yang sedang mengharungi perubahan abad ke-21 (Abdul Rahim Abd, Rashid, 2007). Perkembangan
dalam penyelidikan yang berhubung dengan ICT memerlukan anjakan peranan pendidik dan
profesion keguruan. Oleh itu, negara yang yang sedang membangun memerlukan lebih ramai guru
yang mempunyai pengkhususan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Katerina Kelimah Anak Boniface Intang 9


Kepimpinan dan Profesionalisme Guru
IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Cabaran baharu dunia pendidikan dalam era teknologi maklumat (ICT) juga memerlukan
penglibatan guru-guru yang aktif menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh
sebab itu, perkembangan teknologi telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran daripada
tradisi kepada kaedah yang lebih canggih dan moden. Esah (2003), menyatakan bahawa dengan
perkembangan teknologi terkini dan aplikasi teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam
pengajaran, golongan guru dikehendaki menguasai kemahiran ICT dalam pengajaran. Penggunaan
ICT menyediakan konsep tanpa sempadan dengan membolehkan akses maklumat secara mobil perlu
dijadikan pemangkin kepada kaedah pengajaran. Oleh hal yang demikian, kepemimpinan guru
seharusnya mengambil peluang bagi memanfaatkan dirinya supaya cekap menggunakan kemudahan
ICT yang disediakan.

Guru yang memahami bagaimana pentingnya teknologi ini akan sentiasa mengalakkan
pelajarnya untuk melayari internet dalam mencari maklumat bagi tugasan mereka sama ada dalam
bentuk kumpulan atau individu. Dengan adanya sumber alat komunikasi seperti komputer riba, iPad
dan smartphone, ini membolehkan pelajar memgakses maklumat dengan cepat serta berkomunikasi
dengan rakan-rakan sama ada disekolah mahupun di serata dunia. Ia membolehkan pelajar
memanfaatkan sumber maklumat yang disalurkan melalui rangkaian komputer yang bertindak sebagai
infrastrakut komunikasi, data kebangsaan dengan pantas dan tepat. Tambahan pula, Pelajar boleh
berkomunikasi sesama rakan mahupun guru mereka walaupun berada pada jarak yang jauh untuk
berbincang mengenai isu pelajaran atau sesuatu bidang maklmumat. Secara tidak langsung, cara ini
dapat membantu meningkatkan pembangunan pendidikan serta komunikasi bersama dengan komuniti
ataupun masyarakat.

Tidak dinafikan bahawa dahulu, papan tulis dipanggil papan kapur, papan hijau atau papan
putih kerana papan ini ditulis menggunakan kapur dan marker. Tetapi sekarang papan dengan fungsi
yang sama ditulis dengan menuggunakan pen sinar letrik atau sinar laser. Dari sini, dapat di lihat
bahawa peralatan juga telah berubah mengikut peredaran dan tuntutan semasa. Guru harus bijak
menggunakan teknologi yang kecil seperti ini kerana ia boleh digunakan dengan mudah dan bersifat
mesra pengguna. Guru boleh terus menunjukkan idea yang diperkatakannya atau diperkatakan oleh
pelajarnya dan mengcungkil pemikiran pelajar di dalam bilik darjah seterusnya dapat menunjukkan
dan dikongsi bersama secara spontan sama ada dalam bentuk grafik atau perkataan di papan tulis
untuk tatapan semua sama ada dalam tempoh yang lama atau sebentar.

Katerina Kelimah Anak Boniface Intang 10


Kepimpinan dan Profesionalisme Guru
IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Guru tidak perlu latihan yang khusus dan terlalu teknikal untuk menggunakannya. Guru dan
pelajar juga boleh menampal bahan-bahan pelajaran untuk ditayangkan kepada bilik darjah malah ia
boleh dilekatkan dengan magnet atau tig-tag bagi memudahkan bahan pelajaran dipaparkaan
kepada kelas. Selain itu, bahan grafik, gambar dan carta boleh digunakan untuk membantu guru
menjelaskan suatu konsep yang sukar dalam bentuk kata-kata. Konsep-konsep yang sukar tersebut
lebih mudah dijelaskan dengan menggunakan gambar grafik atau carta di dalam bilik darjah.

Tidak lupa juga dengan teknologi yang boleh digunakan walaupun berkos tinggi iaitu alat
pandang dengar elektronik seperti projektor filem, tayangan video dan LCD yang dapat digunakan
dengan lebih efektif dan berkesan bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang menyeronokkan.
Kebolehan ini membolehkan seseorang guru mengajar menggunakan teknologi terkini dan akan
mencapai mutu yang tertinggi.

5. Mempunyai Sifat Berani dan Mahu Mencuba Idea Baru dan Inovatif.

Proses pengajaran yang membosankan boleh bertukar menjadi menarik dan menyeronokkan
sekiranya idea baru dapat dikembangkan. Idea baru dan inovatif meliputi suatu dimesi yang cukup
luas dan bagaimna aspek ini mencorakkan dunia pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ramaiah A.
L., (2009), inovasi teknologi seperti penggunaan komputer atau teknologi maklumat boleh
mengurangkan pergantungan yang keterlaluan terhadap guru dan membentuk pembelajaran interaktif
yang menarik di bilik darjah. Begitu juga penggunaan media dan multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran akan menceriakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang mempunyai
sifat berani dan mahu mencuba idea baru dan inovatif dapat mencetuskan hasil permikiran baharu dan
dapat menterjemahkan kehendak dan matlamat kurukulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan
dan strategi pengajaran dan pembelajran yang kreatif dan inovatif. Kecekapan guru dalam
mengadaptasikan pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan pengajaran akan menjadikan mereka
sebagai guru yang berwibawa dan cemerlang. Guru yang mengasingkan diri daripada inovasi akan
menjadi guru yang tidak efektif dan tidak sesuai dengan perubahan dunia inovasi yang berlaku pada
masa kini.

Peranan guru dalam profession keguruan adalah sangat penting kerana guru merupakan
arkitek pembangunan negara. Murid pada hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Maka, adalah
penting bagi seorang guru mempunyai ciri-ciri yang berkesan dalam menjalankan tugas yang mulia
ini. Guru di dalam kelas berperanan untuk membina murid-murid yang akan menjadi masyarakat yang
mempunyai ciri-ciri patriotik dan semangat cintakan Negara. Oleh itu, amat penting jika salah satu

Katerina Kelimah Anak Boniface Intang 11


Kepimpinan dan Profesionalisme Guru
IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur

kriteria yang perlu dimiliki oleh guru supaya mereka mempunyai kesediaan dan mampu menghadapi
perubahan zaman ialah mempunyai sifat berani dan mahu mencuba idea baru dan inovatif.

Dalam buku Sidang Pengarang (2007). inovatif berasalnya dari perkataan Latin yang
membawa maksud pembaharuan. Inovatif adalah kemampuan membuat transformasi atau mencipta
sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dalam pengajaran dan
pembelajaran agar dapat menjana minda murid-murid untuk menerima ilmu dan kemahiran yang
diajar. Inovatif seorang guru adalah merangkumi kebolehan mengubahsuai teknik atau kaedah sedia
ada kepada cara yang lebih baik lagi. Antara usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk guru-guru di Malaysia ialah mewujudkan Anugerah Guru Inovatif yang bertujuan
untuk mengenalpasti guru atau kumpulan guru yang telah melahirkan idea baru dan inovatif. Guru
juga digalakkan berusaha mencari idea-idea baru dalam melaksanakan kurikulum dan berkongsi
dengan guru-guru lain bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat beberapa strategi yang dapat digunakan untuk memupuk sifat berani dan mahu
mencuba idea baru dan inovatif ketika pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan daya imaginasi
murid dapat membantu mencerna minda murid. Pemilihan dan pengaplikasian media pengajaran
membantu murid meneroka ke tempat yang tidak dapat atau mustahil untuk diterokai. Cotohnya, guru
membawa murid-murid untuk meneroka ke kawasan gurun, dasar lautan ataupun angkasa lepas untuk
memberi gambaran visual kepada murid. Dengan cara ini, murid dapat melihat perkaitan atau
menyerap ilmu pengetahuan dengan lebih baik. Guru haruslah mempunyai sifat berani dan mahu
mencuba idea baru dan inovatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi memahirkan guru
dalam merancang cara mengajar yang paling sesuai serta menyeronokkan kepada murid-muridnya.
Selain itu, penglahiran idea baru dan sifat inovatif guru boleh mempengaruhi minat dan kebolehan
murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajraan jugamerupakan daya kreatif dan inovatif
guru yang dapat merangsang murid dalam proses menerima ilmu.

Selain itu, Guru perlu mempertingkatkan lagi kebolehan mereka dalam penggunaan ICT
untuk memastikan perkembangan pendidikan yang dapat dilaksanakan secara berkesan di sekolah.
Hal ini penting kerana dunia kini merupakan dunia tanpa sempadan. Perkembangan sains dan
teknologi menyebabkan teknologi maklumat mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Untuk
mengekalkan ciri seorang guru yang berkualiti, seseorang guru itu perlu berusaha denagn sentiasa
menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini memerlukan guru yang
memahami perkembangan teknologi sentiasa mengemaskini kemahiran menggunakan komputer.
Guru yang kurang mahir menggunakan bantuan Microsoft Powerpoint untuk membuat persembahan,

Katerina Kelimah Anak Boniface Intang 12


Kepimpinan dan Profesionalisme Guru
IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur

dalam lima tahun yang lepas tidak pernah dipersoalkan profesionalismenya oleh kebanyakan orang.
Namun kini, guru yang tidak berupaya menggunakan komputer untuk menyediakan soalan ujian dan
peperiksaan sudah dianggap tidak atau kurang profesional dalam menjalankan tugas. Senario ini
menggambarkan bahawa amalan sesuatu pekerjaan yang dianggap profesional pada suatu ketika jika
tidak dinaik tarafkan dari semasa ke semasa dan akan dipersoalkan tahap keprofesionalismenya. Hal ini dapat
diatasi dengan menghadiri kursus-kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada rakan sejawat yang lebih
mahir dalam bidang ini. Kebolehan ini membolehkan seseorang guru mengajar menggunakan
teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang tertinggi.

Sebagai agen perubahan dan rol model di sekolah, guru haruslah mencetuskan berbagai-bagai
inovasi baru, sama ada dalam bidang teknologi, pengetahuan, reka cipta, pengeluaran produk tertentu,
pemikiran dan idea baru, pengembangan idealisme pragmatis dan pemikiran progresif. Rasionalnya
adalah supaya murid-murid tidak ketinggalan dari segi seistem pendidikan iaitu dengan mengikuti
peredaran masa iaitu mengikut arus perubahan baru dan kemajuan teknologi maklumat. Guru perlu
bersikap inovatif dan bersifat berani dalam mencuba idea baru untuk menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dalam memainkan pereanan sebagai pemangkin atau pengadang kepada
keburukan hasil globalisasi serta tidak menjadi mangsa kepada globalisasi. Melalui pengajaran dan
kreatif guru, murid dapat memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan
sikap dan nilai sertadapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka.

Guru bukan sahaja perlu bersikap berani dalam mencuba idea baru dan bersikap inovatif,
malah guru harus berperanan dalam mengalakkan dan menanam sifat yang sama kepada murid. Ia
bertujuan untuk membolehkan murid-murid tahu potensi dan kecenderungan diri serta mencetuskan
potensi yang tersembunyi dalam diri mereka. Antara kepentingannya kepada murid ialah dengan
menggalakkan mereka meneroka bidang dan teknologi baru, membiasakan minda mencari jawapan
yang bilazim dan tidak kovensional, mencerna idea untuk menghasilkan penulisan bagi
menyelesaikan tugasan dengan lebih lancar, menilai kualiti hasil kerja yang dihasilkan dan membuat
penambahbaikan, menilai kualti hasil kerja yang dihasilkan dan membuat penambahbaikan,
mengerahkan pemikiran bercapah dan think out of the box, mencari penyelesaian berdasarkan
penaakulan seterusnya imaginasi dan visualisasi serta menyerlahkan personaliti individu yang kreatif.

Katerina Kelimah Anak Boniface Intang 13


Kepimpinan dan Profesionalisme Guru
IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur

RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid (2007). Profesionalisme keguruan: Prospek dan cabaran. Selangor:
Dawama Sdn. Bhd.

Abd. Rahim Abd. Rashid (2010). Perubahan paradigma nilai: Ke arah transformai sosial dan
pembentukan Malaysia baru. Selangor: Utusan Publications.

Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed & Abdul Ghani Abdullah (2007). Guru sebagai
pemimpin. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar.

Asma Abdullah (1996). Going global: Cultural dimensions in Malaysia management. Kuala Lumpur:
Malaysia Institute of Management.

Barth, R.S., (2009). Improving schools from within. San Francisco: Jossey Bass.

Burns, J. M.S., (1978). Leadership. New York: Harper & Row.

Mayer, O., Caruso, R., and Salovey, P., (1999). Emotional intelligence meets traditional students for
an intelligence. New York: Basic Books.

Noriati A. Rashid, Boon Ping Ying & Wong Kiet Wah (2010). Asas kepimpinan dan perkembangan
professional guru. Selangor Darul Ehsan: UG Press.

Ramaiah A. L., (2009). Kepimpinan pendidikan cabaran masa kini. Selangor Darul Ehsan: IBS
Buku.

Sidang Pengarang (2007). Penilaian tahap kecekapan (PTK): Kompetensi umum (Teras dan
Profesional). Shah Alam: UG Press.

Katerina Kelimah Anak Boniface Intang 14