Anda di halaman 1dari 4

Guru Berwawasan Penjana Modal Insan

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala


dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhanNya dan
meninggalkan segala laraganNya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang
bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di Akhirat.
Sesungguhnya kecemerlangan hidup seseorang di dunia ini tidak terlepas dari
okongan, dokongan, sumbangan dan pengorbanan berbagai pihak tidak kiralah
samada diri sendiri, rakan-rakan, termasuk juga guru-guru.
Kita akui bahawa guru memainkan peranan penting dalam membimbing dan
mendidik kita ke arah kesempurnaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan di
Akhirat. Oleh itu sudah sewajarnyalah pada setiap tahun di negara ini kita meraikan
guru-guru dengan majlis sambutan hari guru bagi menghargai dan mengenang jasa
mereka yang telah mendidik anak bangsa menjadi insan berguna.
Sememangnya guru adalah insan mulia yang diibaratkan seperti khazanah ilmu
yang memiliki ilmu pengetahuan dan bertanggungjawab untuk mendidik,
mentarbiyah dan menyampaikan ilmu tersebut kepada masyarakat. Sabda
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith:
Maksudnya : "Dari Anas bin Malik ia berkata, telah bersabda Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam : Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang
berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang dilangit yang
menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan samada di daratan mahupun
di lautan. Apabila ia terbenam atau hilang dikhuwatiri akan hilang arah tujuan."
(Riwayat Al-Imam Ahmad)
Hari guru pada tahun ini disambut dengan tema "Guru Berwawasan Penjana Modal
Insan."
Sesunggunhya guru-guru memainkan peranan yang sangat penting dalam
melahirkan modal cemerlang yang memiliki peranan yang sangat penting dan
keharmonian dalam kehidupan di dunia, bahkan juga untuk mencapai kenikmatan di
Akhirat yang merupakan kehidupan yang kekal abadi.
Kini, perkembangan pendidikan terus berkembang, seiring dengan perkembangan
di dunia dan teknologinya. Perkembangan ini bukan hanya mencabar peradaban
bangsa bahkan dalam kontek dunia pendidikan, ia juga mengajar kewibawaan dan
kredibiliti setiap guru. Guru yang statik,kaku, beku dan tidak peka kepada kehendak
perubahan zaman dan masa, akan terus ketinggalan dalam membina modal insan
yang hendak dicapai. Oleh itu, dalam menuju wawasan negara 2035 guru perlulah
sentiasa memiliki dan menguasai ilmu dalam pelbagai bidang, memiliki kemahiran
yang relevan yang melangkaui pengetahuan dan kemahiran anak didiknya serta
kekal dengan jati diri yang terpuji, berakhlak mulia.

"Guru Berwawasan Penjana Modal Insan" menjelaskan bahawa tugas guru bukan
hanya menyampaiakan ilmu pengetahuan sahaja tetapi juga mendidik dan
membangun anak bangsa supaya menjadi insan berilmu, berkeyakinan, mempunyai
akhlak serta modal yang tinggi lagi terpuji, beretika, berbudi pekerti, bersopan
santun, berdisiplin dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil,
progesif, cekal dan berdaya saing. Guru juga perlu memiliki personaliti unggul,
berkrisma dan berpandangan jauh dalam menentukan hala tuju negara pada masa
hadapan.
Pada masa ini, sumber utama pembangunan dan pertumbuhan ekonomi bukan
sahaja berasakan sumber asli tetapi juga ekonomi berasaskan pengetahuan. Ilmu,
kreativiti, teknologi dan inovasi telah menjadi sumber baru kepada pertumbuhan
ekonomi global, ekonomi berasaskan pengetahuan dapat direalisasikan melalui
modal insan. Modal insan ini perlu dilengakapi dengan ilmu pengetahaun yang jitu,
nilai moral yang tinggi serta memiliki kemahiran-kemahiran yang boleh
dimanfaatkan, dinamik dan sentiasa kekal relevan dalam pertumbuhan ekonomi
yang berubah-ubah. Dalam hubungan ini, guru adalah asas utama sebagai penjana
insan berkualiti dan berkraktor.
Guru yang mempunyai wawasan akan sentiasa peka terhadap keupayaan
pelajarnya, bermotivasi tinggi, berfikir secara kritikal dan terbuka, juga bertindak
secara rasional, mampu mengaplikasi dan mengadaptasi pengetahuan dan
kemahiran serta berupaya menjadi pemimpin yang berwibawa disetiap peringkat.
Guru berwawasan adalah guru yang benar-benar memahami, menyedari dan
menghayati nilai dan memiliki kekuatan jati diri sebagai role modal yang lengkap
kepada anak didiknya.
Guru yang berwawasan juga ialah yang memiliki pengetahuan psikologi,
pengetahaun semasa, memiliki kemahiran dan pelbagai kebolehan, kreatif, bersedia
mempelajari dan menguasai teknologi baru, menjadi contoh teladan dan memiliki
emosi yang stabil, yang dapat membentuk sahsyiah anak bangsa dan menjadi
harapan negara untuk menjana modal insan yang baik. Kita berharap tiba hari guru
pada tahun ini, Insya-Allah akan dapat member dorongan dan motivasi kepada
guru-guru untuk mencapai tahap yang berwawasan.
Belia kita bercakap mengenai insan atau manusia ini, salah satu perkara penting
bagi menjamin kesejahteraan hidup seseorang insan atau manusia itu ialah
kesihatan. Kesihatan adalah nikmat anugerah Allah Subhanahu Wata'ala yang
sangat berharga. Oleh itu kita hendaklah menjaga kesihatan dengan sebaikbaiknya. Kita bersyukur kerana kesedaran dan kepekaan orang ramai untuk
mengamalkan gaya hidup yang sihat juga semakin meningkat.
Namun dalam masa yang sama kesihatan orang ramai tergugat disebabkan oleh
asap rokok. Inilah antara perkara yang ditiahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan
baginda yang ke-67 tahun di mana baginda telah menyebut perkara mengenai
tabiat merokok di kalangan rakyat dan penduduk di negara ini sera mahukan gejala
ini ditangani dengan tegas.

Sebagaimana yang kita maklumi bahawa perbuatan merokok adalah


membahayakan dan memudaratkan kesihatan. Kajian telah menunjukkan bahawa
rokok mengandungi empat ribu unsur kimia di antaranya ialah racun yang boleh
membunuh dan lain-lain bahan yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit
kronik yang boleh membawa maut. Rokok juga penyebab kepada pembaziran wang
kerana membelanjakan kepada sesuatu yang tidak berfaedah dan berbahaya,
firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 195 :
Tafsirnya : "Dan belanjakanlah harta yang ada pada kamu pada jalan Allah dan
janganlah kamu senghaja mencepatkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri ke
dalam bahawa kebinasaan. Dan berbuat baiklah kamu kerana sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan."
Melihat kepada banyaknya keburukan merokok, maka berbagai langkah telah dibuat
untuk memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat terhadap
bahaya rokok serta pendidikan kesihatan melalaui media dan media cetak
antaranya melalui risalah, poster, surat khabar, majalah dan sebagainya. Perkara ini
juga sering dilaung-laungkan dan diperkatakan dalam forum, ceramah, khutbah dan
sebagainya bahkan hukum haram merokok juga sudah lama difatwakan.
Di samping itu juga, pihak kerajaan telah menyediakan undang-undang dan
peraturan larangan merokok di semua bangunan kerajaan, sekolah, masjid, pusat
kesihatan, gedung perniagaan, tempat-tempat awam dan banyak lagi. Bukan
setakat itu, mana-mana kenderaan atau jenis perkhidmatan awam seperti bas-bas
awam dan teksi turut tidak dibenarkan merokok di dalamnya. Apa yang
mendukacitakan, masih terdapat orang yang merokok itu tidak menghiraukan
peraturan-peraturan tersebut sehingga mereka merokok ditempat-tempat yang
ditegah tanpa rasa bersalah dan segan. Peraturan tersebut hendaklah dipatuhi
kerana tujuan peraturan tersebut adalah untuk kebaikan dan keselamatan semua
orang, sama ada kepada diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat sekeliling,
janganlah bersikap pentingkan diri sendiri kerana kemudaratan akibat asap rokok
bukan sahaja berbahaya kepada dirinya sendiri bahkan juga orang lain. Lebih
menyedihkan lagi ialah seramai lima puluh peratus kaum bapa di negara ini yang
masih menjadi perokok di dalam rumah. Mereka sebenarnya bertindak kejam
terhadap diri dan juga keluarga.
Jika kita sayang kepada diri sendiri, sayang kepada anak dan isteri, sayang kepada
keluarga, maka orang yang merokok hendaklah berusaha berhenti merokok. Tidak
dinafikan pada peringkat awal mungkin terasa sukar namun dengan keazaman dan
kesabaran, ditambah dengan sokongan dan dorongan dari keluarga dan
masyarakat, adalah tidak mustahil orang yang merokok itu boleh berjaya untuk
berhenti merokok. Mereka hendaklah juga sentiasa berdoa kepada Allah Subhanahu
Wata'ala semoga niat dan usaha mereka untuk berhenti merokok akan berjaya.
Di samping itu juga, kerjasama dari pelbagai pihak seperti agensi-agensi kerajaan,
agensi penguatkuasaan, pemilik atau pengurus premis perdagangan juga sangat
diharapkan bagi menjayakan lagi usaha untuk membebaskan negara kita ini dari
asap rokok. Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga rakyat negara mendapat

perlindungan dari Allah Subhanahu Wata'ala dan diselamatkan dari sebarang mara
bahaya. Amiin Ya Rabbal 'Alamin. Surah Ar-Ra'd ayat 11 :
Tafsirnya : "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Anda mungkin juga menyukai