Anda di halaman 1dari 5

Nota

Pengenalan
Kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat ditingkatkan melalui
penggunaan sumber pendidikan yang baik, memudahkan pembelajaran dan menarik
minat murid. Penggunaan sumber pendidikan secara terancang dan teratur akan
menjadikan proses PdP lebih bermakna dan berkesan, membantu guru menerangkan
sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu murid memahami
perkara yang dipelajari dan seterusnya berkemahiran mengurus pembelajaran mereka
secara proaktif dan bertanggungjawab.
Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan
supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai sumber pendidikan untuk
meningkatkan keberkesanan PdP. Teknologi Pendidikan merupakan satu bidang dan
amalan etika yang dipraktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan
PdP melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber pendidikan dan proses
teknologi yang sesuai.
Definisi Sumber Pendidikan
Sumber Pendidikan ialah bahan bantu mengajar (BBM) dalam bentuk maujud,
bercetak, elektronik serta teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang digunakan
untuk membantu meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid. (SKPM, 2010)
Koleksi bahan dan media dalam pelbagai format yang digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran. Secara ringkasnya, sumber pendidikan ini dibahagikan kepada bahan
cetak, bahan bukan cetak dan bahan digital. (Modul Kemahiran Pengurusan Sumber
Untuk Guru, 2002)
Bahan cetak terdiri daripada buku-buku fiksyen, buku-buku bukan fiksyen, kamus,
majalah, jurnal, laporan tahunan, surat khabar, risalah, brosur dan sebagainya.
Bahan bukan cetak pula merangkumi radio, kaset, CD, DVD, filem, kit permainan,
model, realia, bahan digital, glob, spesimen, replika dan sebagainya.
Bahan digital meliputi dokumen dan media dalam format digital
Ciri-ciri Sumber Pendidikan yang Berkesan

Membantu guru dan murid menjalani proses PdP dengan lebih berkesan
Penggunaan sumber pendidikan dirancang dalam tiga peringkat iaitu sebelum,
semasa dan selepas
Sumber pendidikan memenuhi keperluan kurikulum untuk mencapai objektif dan
peringkat perkembangan PdP
Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kos, masa dan teknologi yang sesuai
untuk mengoptimum PdP
1

Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan


objektif PdP, latar belakang dan strategi pembelajaran murid, saiz kelas dan
keadaan fizikal bilik darjah
Sumber pendidikan yang dipilih menarik minat murid serta mengayakan
pengetahuan dan pengalaman murid

Kepentingan Sumber Pendidikan dalam Pdp

Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) oleh Howard Gardner (1983)


menyatakan bahawa setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan
(intelligences) merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang
wujud secara semulajadi. Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah
berasingan dan tidak saling bergantung - seseorang mungkin lemah dalam sesuatu
bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain.
Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada
darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan
tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.
Pengurusan Sumber Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan sejumlah wang bagi meningkatkan
koleksi Sumber Pendidikan melalui per capita grant (PCG) dan sumber kewangan
tambahan setiap tahun. Justeru, Sumber Pendidikan ini perlu diurus dengan baik,
efisien dan sistematik bagi memudahkan akses dan penggunaan oleh guru dan murid
dalam mempertingkatkan kualiti P&P.
Kemudahan bagi menempatkan pelbagai jenis dan format Sumber Pendidikan turut
diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, antaranya:
Pusat Sumber Sekolah (Bilik Perpustakaan, Bilik Media, Bilik Bahan Bantu
Mengajar)
Pusat Akses Sekolah
Makmal Komputer
Selain itu, sekolah-sekolah yang proaktif mewujudkan kemudahan dan Sumber
Pendidikan tambahan seperti Bilik Sumber Mata Pelajaran, Bilik / Ruang Akses Kendiri,
Laluan Ilmu, Taman Ilmu dan sebagainya yang dapat menjadikan suasana
pembelajaran lebih kondusif, menarik dan bermakna kepada murid.
Sumber Pendidikan Berteknologi Tinggi
Menjelang abad ke-21, perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) telah mengubah lanskap pendidikan di Malaysia. Dengan wujudnya Sekolah
Bestari pada tahun 1997, penekanan diberikan kepada Sumber Pendidikan
berteknologi tinggi agar pengetahuan dan kemahiran murid adalah seiring dengan
perkembangan teknologi semasa dalam usaha membangunkan Malaysia sebagai
sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing (k-economy).
Pembelajaran berasaskan Sumber Pendidikan berteknologi tinggi merujuk kepada
pewujudan dan penyediaan kemudahan resos dan peralatan seperti perkakasan,
perisian, dan rangkaian Internet kepada semua warga sekolah yang ingin mendapatkan
pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai sama ada melalui proses P&P secara formal
atau secara kendiri. Pembelajaran berasaskan sumber pendidikan berteknologi tinggi
pada dasarnya dapat dilaksanakan merentas sempadan dan masa dengan adanya
peralatan digital berbentuk maya.
3

Perkembangan pesat berbilion-bilion maklumat dan Sumber Pendidikan di Internet


menyukarkan carian dan penilaian Sumber Pendidikan yang berkualiti dan sesuai
dengan murid. Pengurusan Sumber Pendidikan yang berkesan, sistematik dan efisien
perlu dititik berat dan ditingkatkan. Murid juga perlu diberi pendedahan Kemahiran Abad
Ke-21 (21st Century Skills) dan Literasi Maklumat (Information Literacy) supaya mereka
mampu mengenal pasti, mencari, menilai dan mengguna maklumat secara berkesan
dan efisyen.

Penilaian Sumber Pendidikan


Penilaian sumber pendidikan dilaksanakan berasaskan penggunaan dan hasil
pembelajaran yang diperolehi oleh murid. Penilaian ini termasuk Penilaian Formatif
(ketika penyediaan sumber pendidikan) dan Penilaian Sumatif (selepas sumber
pendidikan disedia dan digunakan). Keberkesanan sumber pendidikan dinilai dai aspek
berikut:
1. Kurikulum
Sumber pendidikan yang digunakan perlu sesuai dengan kehendak kurikulum dan
objektif PdP. Ia perlu membantu guru dalam penyampaian isi kandungan pelajaran
serta sesuai dengan tahap pemahaman dan perkembangan kognitif murid/pelajar.
2. Proses
Pengalaman berinteraksi secara langsung dengan sumber pendidikan dapat
menggalakkan proses pembelajaran. Pembelajaran dapat ditingkatkan lagi
sekiranya sumber itu memerlukan gerak balas murid/pelajar secara lisan atau
perbuatan.
3. Sikap
Penggunaan sumber pendidikan yang sesuai dapat menarik minat dan perhatian
murid/pelajar terhadap proses PdP. Sumber pendidikan yang berkesan dapat
menerapkan nilai-nilai murni dan meningkatkan motivasi murid/pelajar dan.
4. Penggunaan
Sumber pendidikan harus mudah digunakan, mudah alih dan mudah disimpan.
Pengalaman menunjukkan bahawa sumber pendidikan yang sukar atau dialih dan
disimpan, tidak mendapat sambutan dalam kalangan guru.
5. Kualiti
Kualiti sumber pendidikan yang digunakan haruslah memuaskan supaya mesej
yang hendak disampaikan dapat diterima oleh murid dengan berkesan. Contohnya,
bahan cetak harus senang dibaca dan mempunyai kosa kata yang sesuai dengan
tahap penguasaan bahasa murid/pelajar.
6. Kos
Kebanyakan sumber pendidikan hanya digunakan beberapa kali sahaja dalam
setahun. Oleh itu, kos penghasilan sesuatu bahan haruslah rendah. Bagi tujuan
tersebut, sumber pendidikan yang boleh diguna semula dan direka ganti lebih
berkesan dari segi kos.

Anda mungkin juga menyukai