Anda di halaman 1dari 15

Kerja Amali & Ekspositori

Amy Low Calvin Liaw Chung Fui Peng Novera Liew Wendy Thien

Definisi Strategi Kerja Amali


Kaedah kerja amali juga dikenali sebagai kaedah bengkel. Menurut Zol Azlan (2000), kaedah amali boleh didefinisikan sebagai seorang, sepasang ataupun sekumpuln kecil pelajar dibekalkan dengan alatan untuk menjalankan kerja amali. Kaedah amali merupakan kaedah yang pratikal apabila digunakan dan dapat membantu pelajar secara langsung dalam proses pembelajarn di dalam bengkel.

Ciri-ciri Kerja Amali


Dalam P&P, kemahiran hidup banyak kerja amali yang perlu dilakukan oleh murid supaya benar-benar dapat memahami sesuatu kemahiran. berkait rapat dengan realiti kehidupan. Guru bertindak sebagai fasilatator, manakala murid akan menjalankan kerja-kerja amali. Guru hanya memainkan peranan sebgai pemerhati dan pembimbing.

Kerja amali merupakan salah satu komponen penilaian berterusan yang diberikan kepada pelajar. Pelajar berbincang sesama sendiri, bertanya guru serta membuat rujukan sebelum kelas amali.

Proses Kerja Amali

Pelajar mereka bentuk atur cara dan menguji ataur cara yang diberikan.

Mendapatkan keputusan merujuk kepada set arahan yang diberikan.

Kekuatan Kerja Amali


Murid benar-benar dapat memahami sesuatu kemahiran. Pelajar berpeluang untuk mengendalikan alatan di dalam bengkel sambil membuat tafsiran sendiri. Kerja amali secara berkumpulan dapat menerapkan elemen saintifik dan nilai murni seperti bekerjsama, sistematik, keyakinan, jujur dan tepat merekod data. (Christensen dan MC Robbie, 1994)

Pelajar akan rasa lebih aktif, tidak berasa bosan atau tertekan sepanjang kelas. Merangka cara penyelesaian berdasarkan teori berkaitan dan pengetahuan sedia ada. Pembentukan insan yang kritis dan kreatif serta berkemahiran penyelesaian masalah.

Kelemahan Kerja Amali


Sekiranya bilangan pelajar semasa kerja kumpulan terlalu ramai, maka, murid tidak dapat mampu melibatkan diri secara aktif dalam kerja amali tersebut. Objektif pembelajaran berkemungkinan tidak dapat tercapai. Kerja amali sukar dijalankan sekiranya murid tidak membuat persediaan awal.

Definisi Strategi Ekspositori


Ekspositori bermaksud memberi penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran, ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dlaam kelas.

Ciri-ciri Strategi Pembelajaran Ekspositori


Cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Guru memberi penerangan dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya.

Proses Pengajaran Ekspositori:

Pengenalan & penerangan isi pelajaran

Murid mendengar penerangan

Murid mengingat & merekod isi penting

Cara-cara penyampaian: 1. Menerang, menginterpretasi dan menghuraikan idea dan konsep daripada buku teks. 2. Menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis atau membina bentuk -bentuk geometri. 3. Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran -kemahiran yang telah dipelajari. 4. Menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar.

Kelebihan Strategi Ekspositori


Guru boleh mengawal urutan dan keluasan bahan pembelajaran. Strategi pembelajaran ekspositori dianggap sangat efektif apabila pelajar berjaya menguasai ilmu tersebut dalam masa yang terbatas. Penggunaan deria yang pelbagai. (melihatdemonstrasi , mendengar-kuliah) Boleh diguna untuk jumlah pelajar yang besar.

Kelemahan strategi ekspositori


Tidak dapat digunakan pada pelajar yang mempunyai masalah pendengaran. Mengabaikan perbezaan individu dan cara pembelajaran. Sangat tergantung kepada persiapan, pengetahuan, semangat dan motivasi guru. Gaya komunikasi sehala sahaja.

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai