Anda di halaman 1dari 42

Kuliah 13a

Mengurus Pembelajaran
Pelajar
Pengenalan

• Guru perlu ada kemahiran dalam


mengurus pelajar yang pelbagai latar
belakang
• Kemahiran mengurus diperoleh dalam:
 kuliah/kursus keguruan
 pengalaman
 pemerhatian
Latar Belakang Pelajar

• Latar belakang pelajar di dalam kelas


mempengaruhi PdPc.
• Latar belakang pelajar dirujuk berdasarkan:
 demografi pelajar – jantina, etnik, bahasa
dll
 sikap, minat dan motivasi
 gaya dan strategi belajar
Pengurusan Aktiviti
Pembelajaran

• Terdapat 3 aspek yang perlu diberi


perhatian dalam aktiviti pembelajaran,
iaitu:
 Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan murid
 Pengurusan aktiviti PdPc
Pengurusan Bilik Darjah

• Terdapat empat keadaan yang perlu diberi perhatian


untuk menghasilkan kelas yang kondusif :
1. Accessibility (kebolehcapaian): murid dan guru mudah
untuk menggunakan alat dan sumber bahan mengajar
yang berada di dalam kelas.
2. Mobiliti: murid dan guru bebas bergerak di dalam kelas.
3. Interaksi: murid dan guru mudah berinteraksi sesama
sendiri di dalam kelas.
4. Pelbagai kaedah pembelajaran murid: murid bekerja
secara perseorangan, berkumpulan, atau berpasangan.
Pengurusan Pelajar

• Setiap guru haruslah memahami perwatakan setiap pelajar


terutama tentang kemampuan pelajar itu dalam memahami
dan mempelajari subjek yang diajar.
• Bobbi DePorter & Mike Hernacki telah mencirikan 3
karakter modality pelajar, iaitu:
1. Pelajar visual : kemampuan seseorang pelajar belajar dengan
menggunakan peglihatan.
2. Pelajar auditorial: kemampuan pelajar belajar melalui
pendengaran.
3. Pelajar kinestik: kemampuan pelajar menggunakan seluruh
anggota badan seperti bergerak, bekerja atau menyentuh dan
menggunagak bahasa tubuh
Pengurusan Aktiviti
Pembelajaran
• Guru perlulah menyediakan atau merancang pelbagai aktiviti di
dalam kelas agar pelajar dapat mengembangkan potensi pelajar.
• Berkaitan dengan keupayaan belajar seseorang, Sheal Peter (1989)
menyatakan terdapat enam ciri kemampuan pelajar:
VERBAL 10% Baca

20% Dengar

VISUAL 30% Lihat

50% Lihat dan Dengar

70% Katakan

KINESTIK 90% Katakan dan Lakukan


Strategi Aktiviti
Pembelajaran
• Strategi kegiatan pengajaran merupakan langkah-langkah yang perlu
dilakukan untuk memastikan tujuan pengajaran dan pembelajaran dapat
dicapai.
• Terdapat empat aspek asas yang perlu ada, iaitu:
1. Mengenalpasti dan menetapkan standard yang yang perlu diacapai oleh
seseorang pelajar.
2. Memilih cara pendekatan PdPc yang sesuai untuk mencapai standard yang
ditetapkan.
3. Memilih dan menentukan langkah-langkah dalam PdPc, metode yang
digunakan dan teknik pengajaran yang sesuai mengikut tahap pelajar
tersebut.
4. Menetapkan norma dan tahap kejayaan pelajar agar boleh dijadikan
panduan, terutamanya jenis penguasaan sesuatu mata pelajaran.
• Dave Maier (1990) menyatakan, terdapat 4
tahap kitaran dalam pengembangan strategi
pembelajaran, iaitu:
1.Preparation (Penyediaan)
2.Presentation (Penyampaian)
3.Practice (Praktikal)
4.Performance (Pelaksanaan)
Persiapan
(Preparation)

• Tahap penyediaan bertujuan untuk menarik minat pelajar,


memberikan tanggapan yang positif dalam pembelajaran
serta memastikan pelajar selesa untuk belajar.
• Terdapat beberapa cadangan untuk melaksanakan tahap
penyediaan, iaitu:
 Memberikan cadangan positif
 Memberikan maklumat yang bermanfaat terhadap pelajar.
 Menyatakan tujuan dengan jelas
 Menbangkitkan semangat inkuiri
 Saling bersoal-jawab di dalam kelas
 Mewujudkan persekitaran yang positif
Penyampaian
(Presentation)
• Guru sebagai fasilitator: guru menjadi
pembimbing di dalam kelas
• Guru sebagai pendidik yang boleh menarik
minat pelajar untuk belajar: guru mendorong
pelajar berfikir dan seronok untuk belajar.
• Guru sebagai jurulatih: menilai keberkesanan
latihan dan program pembangunan murid.
Praktikal
(Practice)
• Untuk melaksanakan tahap praktikal ini, terdapat beberapa
ciri yang perlu ada, iaitu:
1. Articulation (tanggapan)
2. Berkongsi idea
3. Meramal
4. Koloboratif
5. Kegiatan berpasangan
6. Penyelesaian masalah
7. Pemerhatian secara nyata
Hasil Pembelajaran

• Tahap ini bertujuan memastikan aktiviti


pembelajaran terus dilaksanakan dan berjaya.
• Terdapat beberapa cadangan agar
pembelajaran membuahkan hasil:
1.Kumpulan sokongan berdasarkan pasukan
2.Menjadi mentor dalam kalangan pelajar.
Kemudahan dan Bahan
Pembelajaran

• Kemudahan pembelajaran merupakan sangat


penting dalam menghasilkan pelajar yang
cemerlang.
• Antara kemudahan pembelajaran ialah seperti
alat PdPc dan media.
• Pembelajaran menggunakan media, dapat
menarik minat pelajar untuk belajar.
Pembangunan Bahan
Pembelajaran

• Pembangunan bahan pembelajaran merupakan satu usaha


untuk meningkatkan kualiti kecekapan guru.
• Bahan pembelajaran itu sendiri hendaklah disampaikan
mengikut standard yang ingin dicapai.
• Dryden dan Vos (2003), menyatakan 4 tahap kurikulum
pendidikan, iaitu:
1. Imej diri dan perkembangan peribadi
2. Latihan kemahiran hidup
3. Belajar bagaimana untuk belajar dan berfikir
4. Kebolehan akademik, fizikal dan artistik.
Gambaran Ruang Kelas

• Situasi Kelas
– Sekolah dan kelas adalah komuniti para pelajar, yang
dibawa bersama untuk menerokai dunia dan belajar
bagaimana mengendalikannya secara produktif.
– Apabila pelajar-pelajar di sekolah menjerit dengan
kegembiraan apabila guru mereka sibuk dengan mesyuarat
atau guru yang tidak hadir sekolah atas pelbagai sebab, ia
boleh ditentukan bahawa terdapat pada sistem di mana
kesilapan yang berlaku di sekolah dan bilik darjah.
• Bermain

• Bermain dipandang negatif, seperti membuang masa,


tidak produktif, tidak berguna untuk kanak-kanak.
• Ibu bapa sering memberitahu kanak-kanak tidur di
waktu siang supaya mengelakkan mereka dari bermain.
• Bermain meliputi nilai-nilai pendidikan.
• Dalam sistem pendidikan prasekolah, model yang diguna
pakai adalah 'bermain sambil belajar'.
• Dengan kaedah memainkan peranan (role playing),
membolehkan guru menekankan mengenai norma-
norma sosial dan cuba untuk membentuk dalam
kehidupan seharian pelajar.
• Aktiviti Guru dan Pelajar di Kelas

– Pembelajaran dua hala, pelajar akan lebih pasif, jadi pelajar akan cenderung untuk
duduk diam menunggu arahan guru, keadaan ini tidak membenarkan keupayaan
pelajar untuk membangun secara optimum
– pembelajaran dengan pelbagai aktiviti membolehkan guru menjadi setanding
dengan pelajar, guru cenderung mengarahkan pelajar, dan pelajar diajar untuk
menjadi kreatif sehingga kemampuan pelajar akan berkembang secara optimum,
pelajar akan merasa malu jika tidak dapat mendedahkan gagasan, oleh kerana itu
mereka dicabar untuk melengkapkan diri dengan belajar lebih optimum.
Peraturan Bilik Darjah

• Guru perlu membuat kaedah-kaedah yang pada dasarnya


mengajar pelajar untuk belajar disiplin.
• Masalah timbul apabila terdapat sekatan bagi pelajar yang
mempunyai personaliti yang berbeza dengan rakan-rakan
mereka.
Peraturan Bilik Darjah

• Cadangan-cadangan:
• Membuat kaedah-kaedah yang minimum dan jelas
sebagai mungkin.
• Berikan hadiah atau hukuman yang memberi kesedaran
• Banyakan berkomunikasi dengan pelajar
• Bekerjasama dengan pelajar
• Bersikap dan berfikir positif
• Pendekatan kepada Pelajar yang Bermasalah
Interaksi antara Guru dan Pelajar
Dalam Kelas

• Untuk memotivasikan pelajar supaya belajar, guru perlu menjadi


inovatif dalam mengadaptasi kaedah-kaedah yang baru dalam
pembelajaran.
• Kreativiti pelajar dapat dibangunkan melalui perbincangan
kumpulan , seminar, perbincangan panel, kerja lapangan, role
playing dan lain-lain.
• Jika hubungan guru dan pelajar dijaga dengan baik dan sinergi,
maka usaha dalam memenuhi tujuan pendidikan bukanlah suatu
perkara yang sukar.
Cara Berinteraksi
Ada Senyuman di Dalam Kelas

•Senyuman memainkan peranan penting bukan saja dalam kawasan


sekolah, tetapi juga dalam kehidupan masyarakat seharian.
•Sekolah perlu menjadikan senyuman sebagai salah satu aktiviti dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
•Senyuman yang tulus dapat memberi kepercayaan dalam diri pelajar.
•Peningkatan prestasi dalam pelajara turut meningkat apabila pelajar mula
menyukai guru mereka.
•Guru dan pelajar digesa supaya menjadi sahabat antara para pelajar.
•Jika guru menjadi seorang yang hanya memberikan tugas, keadaan ini akan
merosakkan proses pengajaran dan pembelajaran antara mereka.
•Para pelajar mula merasai benci dan menyembunyikan segala permasalahan
mereka daripada guru.
• Sebagai teladan

• Seorang guru perlu memotivasikan pelajarnya supaya banyak


membaca buku dimana, guru-guru juga melibatkan diri dalam
membaca buku-buku yang baik.
• Tetapi, dalam hal yang berbeza, guru hanya sekadar meminta
pelajar untuk membaca tanpa menjadi teladan kepada
mereka.
• Pelajar melakukan pembacaan demi arahan guru, tetapi
mereka hanya berbuat demikian di depan guru dan setelah
guru keluar, mereka mula melakukan kerja-kerja yang lain.
• Oleh itu, seseorang guru boleh melakukan pelbagai perkara
menerusi kekuatan dalam membaca dan efektif dalam
menjadi sebagai teladan.
• Para pelajar dilahirkan dengan potensi yang tidak terbatas,
maka tugas guru adalah dalam membantu mengembangkan
diri mereka dalam setiap perkara yang mereka minati.
Mengurus Murid dalam PdPc

1. Pembelajaran yang efektif/berkesan


2. Mengurus bilik darjah
3. Mewujudkan persekitaran PdPc yang
kondusif
4. Penggunaan media/BBM/ALB/ICT
5. ICT dan kemahiran abad ke-21
 Terjadi apabila guru dapat mengubah kemampuan dan persepsi pelajar
daripada negatif ke positif iaitu sukar menjadi mudah dalam mempelajari
sesuatu. (Popham & Baker, 1992)
 Terdapat 2 perkara yang diperlukan untuk mencapai proses pengajaran
dan pembelajaran yang efektif iaitu:
a) perlu ada aktiviti menganalisis kebolehan belajar pelajar
b) perlu ada gambaran seperti apakah sistem ujian yang digunakan

 Oleh yang demikian, pembelajaran yang efektif harus mempunyai syarat


kesesuaian antara keperluan belajar pelajar dan sistem ujian.
 Pembelajaran yang berkesan memerlukan pengurusan bilik darjah yang baik.
 Wilford A.Weber (James M.Cooper, 1995:230)
~ Pengurusan bilik darjah adalah satu set kompleks tingkah laku yang digunakan oleh
guru untuk menetap dan mengekalkan keadaan bilik darjah yang akan membolehkan
pelajar untuk mencapai objektif pengajaran mereka dengan lebih cekap-yang akan
membolehkan mereka untuk belajar.
Wilford mengemukakan 8 pendekatan dalam
pengurusan bilik darjah iaitu:

1. Pendekatan authoritarian: berpendapat perlunya ada pengawasan dan


kawalan terhadap tingkah laku murid.
2. Pendekatan Intimidasi: Berpendapat pendekatan ini membolehkan guru
menggunakan teknik intimidasi untuk mengawal tingkah laku dan
mendisiplinkan pelajar.
3. Pendekatan Permisif: Pendekatan ini memberi kebebasan kepada murid
untuk melakukan apa yang ingin dilakukan manakala guru hanya
memantau apa yang dilakukan oleh murid tersebut.
4. Pendekatan “Resep Masakan”: Pendekatan ini membolehkan guru untuk
melihat dan mengawasi sejauh mana murid mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan iaitu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan.
5. Pendekatan Pengajaran: Pendekatan ini membolehkan guru
merancang isi pengajaran dengan baik dan dapat mengelakkan
berlakunya masalah tingkah laku murid.
6. Pendekatan Perubahan Tingkah Laku: Pendekatan ini menekankan
peranan guru dalam memupuk tingkah laku yang positif dalam diri
murid.
7. Pendekatan Iklim Sosio-emosi: Dalam kaedah ini, guru memainkan
peranan utama dan menentukan corak dan hala tuju perhubungan
dengan pelajar. guru berperanan memupuk dan mengembangkan
iklim sosioemosi yang positif melalui pembentukan perhubungan in­
terpersonal yang positif.
8. Pendekatan Proses Kumpulan: Peranan guru dalam pendekatan ini
adalah untuk memupuk dan mengekalkan kumpulan yang produktif.
Rumusan:
• Daripada 8 pendekatan yang dinyatakan, pendekatan yang
mengoptimumkan pengurusan bilik darjah adalah
pendekatan perubahan tingkah laku, iklim sosioemosi dan
pendekatan proses kumpulan
• Pengurusan bilik darjah akan menjadi mudah untuk
dilakukan jika guru mempunyai motivasi kerja yang tinggi
dan guru mengetahui bahawa gaya kepimpinan situasi akan
menjadi sangat berguna kepada guru dalam melakukan tugas
pengajaran mereka
1. Persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berkesan adalah satu keperluan
bagi membentuk satu proses pembelajaran yang baik.
2. Persekitaran pembelajaran murid yang diperlukan adalah seperti berikut:

• Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif.


• Mewujudkan peraturan sekolah yang mendorong terbentuknya disiplin
belajar.
• Terbentuknya keadaan yang menjadikan murid sebagai pusat utama
pendidikan dan pengembangan.
• Mewujudkan rasa keselesaan. Keselesaan ini akan timbul jika semua
komponen pendidikan memberikan layanan kepada murid melalui
keramahan, keakraban, dan kekeluargaan. Di samping itu, kebersihan
persekitaran pembelajaran juga merupakan elemen penting untuk
mewujudkan rasa keselesaan.
• Tanggungjawab murid terhadap tugas-tugas yang diberikan oleh guru, sama
ada tugasan kendiri ataupun tugasan yang berstruktur.
• Penyediaan prasarana pembelajaran seperti buku, surat khabar, dan lain-lain.
• Adanya guru-guru yang menjadi contoh teladan sebagai golongan yang
berpendidikan.
• Adanya guru-guru profesional yang berprestasi iaitu guru dapat memberikan
cadangan kepada murid dalam proses pembelajaran.
• Adanya program kokurikulum dan ekstra kurikulum yang diintegrasikan
dengan program kurikulum.
• Pembentukan konsep penetapan kriteria prestasi dalam pembelajaran yang
dilakukan secara objektif.
 Terbentuknya keadaan ibu bapa pelajar sebagai masyarakat yang mudah
belajar.
 Terbentuk keadaan ibu bapa pelajar sebagai teman belajar anaknya dan
bukan hanya sekadar menyuruh anaknya untuk belajar.
 Adanya jadual belajar bagi pelajar di rumah masing-masing.
 Terbentuknya keadaan di mana ibu bapa bertindak sebagai pemantau
prestasi dan aktiviti pembelajaran anak mereka.
 Tersedianya tempat yang khusus untuk pelajar belajar.
 Tersedianya buku dan sumber maklumat lain untuk kegunaan keluarga.
1. Komunikasi dalam Proses PdPc
 Proses komunikasi yang mungkin terjadi semasa proses
PdPc adalah:
i. Komunikasi Satu hala (One Way)
ii. Komunikasi dua hala (Two Way)
iii. Komunikasi Pelbagai Hala (Multi Way)
2. Media dalam Proses Pembelajaran
 Sebuah medium perantaraan yang dapat berfungsi untuk
menyalurkan pesan, merangsang pemikiran, perasaan dan
kehendak pelajar diperlukan untuk memudahkan mencapai
tujuan dari pelaksanaan pendidikan di sekolah.
 Bahan bantu mengajar atau teaching aids adalah bahan-bahan
yang digunakan oleh guru untuk membantu menerangkan
lagi isi pengajaran yang disampaikan kepada pelajar dan
mencegah berlakunya verbalisme pada diri pelajar
3.Penggunaan Media Pembelajaran
 Proses pengajaran dan pembelajaran yang kompleks melibatkan beberapa
komponen yang terdiri daripada guru, tujuan pembelajaran, isi pengajaran,
media, sistem pengajaran, sumber pembelajaran, pengurusan interaksi,
penilaian dan pelajar.
 Penggunaan media gambar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
akan memberikan hasil yang optimum apabila digunakan secara tepat iaitu
bersesuaian dengan isi pengajaran.
 Beberapa kriteria pemilihan media adalah seperti berikut:
a) Media yang dipilih selalunya membantu mencapai objektif pengajaran
b) Media yang dipilih selalunya disesuaikan dengan kemampuan dan daya
pemikiran pelajar.
c) Media yang digunakan boleh digunakan mengikut kesesuaian
fungsinya.
d) Media yang dipilih memang tersedia. bererti alat/bahan
memang tersedia iaitu ketika masa untuk menyediakan
ataupun untuk menggunakannya.
e) Media yang digunakan mestilah disukai oleh guru dan
pelajar.
f) Persediaan dan penggunaan bahan perlulah disesuaikan
dengan peruntukan yang disediakan.
g) Keadaan fizikal persekitaran bilik darjah juga menjadi faktor
penyokong penggunaan media pengajaran dalam bilik darjah.
4. Kriteria menggunakan bahan bantu mengajar
sangat bergantung pada:
a) Tujuan pembelajaran
b) Bahan pengajaran
c) Strategi pengajaran dan pembelajaran
d) Situasi bilik darjah

 Selepas aktiviti pembelajaran menggunakan media, guru


perlu melakukan ujian untuk mengukur keupayaan pelajar
dalam menyerap bahan yang digunakan oleh guru dalam
pembelajaran.
Guru perlu kuasai pembelajaran abad ke-21
Lain-Lain Cara Mengurus
Pembelajaran Pelajar
Di dalam kelas kepelbagaian pelajar:
1.Jantina
2.Kaum/etnik
3.Latar belakang keluarga (pendidikan,
pekerjaan, pendapatan)
4.Budaya
5.Emosi
6.Kognitif
7.Motivasi/minat
8.Sikap

Anda mungkin juga menyukai