Anda di halaman 1dari 11

1.

0
1.1

PENGENALAN
Definisi dan Konsep Kaedah Pengajaran

Menurut Kamus Dewan, kaedah bermaksud cara atau aturan (membuat


sesuatu), hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri
tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.
Kaedah pengajaran pula terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang
mempunyai urutan tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti
seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam
diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti
cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan
masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik
dan lain-lain lagi.

1.2

Definisi dan Konsep Teknik Pengajaran

Teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang


terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai
teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat
kaedah itu akan tidak berhasil. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan
kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita
yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang
berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan tangan "facial
expression",

serta

kedudukan

murid-murid

semasa

aktiviti

bercerita

itu

berlangsung.
Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang
tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera
kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan LCD garis kasar kuliah yang
disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lainlain lagi. Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin
mengajar dengan kaedah soalan maka kita pelu menggunakan teknik-teknik
menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat,
pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa
dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas
daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang
ditanya dan sebagainya.

1.3

Definisi dan Konsep Pendekatan Pengajaran

Pendekatan

pengajaran

pula

merupakan

haluan

atau

aspek

yang

digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi


pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu
kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran
yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu
ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis
pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti
proses pengajaran.

Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan

mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan


pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.
Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah
seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan,
pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan
yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh
digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan
wajar bagi setiap pendekatan tersebut. Berdasarkan kriteria bagaimana isi
pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan
deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan
pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.
Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai
pendekatan memusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan murid
disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring
dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan
kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan
pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah
menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.
Akhir sekali dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan
seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik,
pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini
timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau
behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka

pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan


pendekatan nahu.

1.2 Definisi dan Konsep Strategi Pengajaran


Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya
menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu.
Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan
kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Sebagai contoh, untuk
mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan
pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah
kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita
menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan
pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah
pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah
demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu?
Bagaimanakah
mengandungi

kombinasinya?
pendekatan

Ringkasnya

dan

kaedah

rancangan
adalah

yang

strategi

lengkap

yang

mengajar

yang

dimaksudkan.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar
pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan
serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah
yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu.
Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan
lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan
strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk
memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah
mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan
fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan
murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagaibagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana
mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi
pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

2.0

APLIKASI KAEDAH, TEKNIK, PENDEKATAN DAN STRATEGI

DALAM

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN

SENI

VISUAL
Dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual Tahun 4, aktiviti yang dipilih ialah membuat corak Batik
yang terkandung dalam bidang Mengenal Kraf Tradisional dimana teknik
yang digunakan ialah teknik resis. Pemilihan teknik resis dalam menghasilkan
corak batik merupakan pendekatan yang paling sesuai yang digunakan supaya
murid didedahkan cara yang paling senang terlebih dahulu sebelum berpindah
kepada teknik yang lebih susah dalam membuat kraf tradisional batik.
2.1

Aplikasi Kaedah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV

Analisis merupakan suatu aspek yang sangat penting sebelum memulakan


sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebelum itu, guru harus mengenalpasti
latarbelakang sosio-emosi, tahap kemampuan serta kepelbagaian kecerdasan
murid

tersebut

supaya

objektif

dan

hasil

pembelajaran

dapat

dicapai.

Berpandukan Rancangan Pengajaran Harian yang dirangka, kaedah yang paling


sesuai digunakan kepada semua latarbelakang murid ialah menggunakan
kaedah perbincangan. Kaedah perbincangan ini boleh dilakukan dalam
kumpulan besar atau kumpulan kecil, terbuka dan terbimbing. Langkah yang
pertama digunakan ialah dengan membahagikan murid kepada 5 kumpulan yang
terdiri daripada pelbagai jantina dan tahap kemampuan dalam pelajaran.
Seterusnya, guru akan mengagihkan contoh sehelai pakaian tradisional kain
batik sarung kepada setiap kumpulan yang terdiri daripada pelbagai warna dan
corak. Guru akan memperkenalkan serba ringkas tentang pemakaian batik
dalam budaya orang Melayu serta definisi batik supaya murid didedah dan
dirangsang pengetahuan mereka dengan lebih awal sebelum memulakan sesi
pembelajaran. Ini adalah bertepatan dengan teori kognitif yang diperkenalkan
oleh Jean Piaget kerana pengetahuan baru yang diambil daripada contoh batik
yang diperkenalkan kepada murid akan diasimilasikan dan disesuaikan dengan
pengalaman sedia ada murid. Ini secara tidak langsung dapat merangsang
pemikiran

mereka

untuk

belajar

secara

mendalam

dan

mengekalkan

pengetahuan mereka untuk jangka masa yang panjang.


Selain itu, melalui kaedah perbincangan ini guru dan pelajar akan sama-sama
mendapat manfaat, dimana mereka akan dapat berkongsi idea tentang unsur
bahasa seni visual

yang terdapat pada corak batik. Contoh unsur seni tersebut

seperti penggunaan garisan tebal atau nipis, penggunaan rupa sama ada organik
atau simetri dan juga penggunaan warna sama ada primer, sekunder atau
tertier. Seterusnya guru menerangkan contoh alat dan bahan yang digunakan
untuk membuat corak batik kepada murid supaya mereka mendapat gambaran
awal yang jelas tentang kaedah penghasilan batik secara lebih mendalam.
Dalam berkumpulan juga guru menggalakan murid untuk berbincang dan
mengemukakan cadangan mengenai alternatif lain dalam menghasilkan batik
tanpa menggunakan alat yang sedia ada. Dengan cara ini, guru akan dapat
memahami dan mengenali tahap kecerdasan seseorang pelajar, dan ia
memudahkan guru mengaplikasi kaedah-kaedah pengajaran kepada pelajar yang
mempunyai pelbagai kecerdasan. Justeru, pengajaran secara perbincangan lebih
menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Keadaan ini mampu
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Hasilnya,
guru dan pelajar dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran seperti
yang diperlukan dan dapat melahirkan pelajar yang lebih bersikap berdikari
dalam memperolehi sumber pengetahuan semasa proses pengajaran dijalankan.
Dalam pengajaran, kaedah perbincangan juga disusuli dengan kaedah
syarahan supaya murid jelas dengan metodologi penghasilan batik yang akan
dilakukan oleh mereka. Misalnya penerokaan media dan cara yang akan
digunakan untuk menghasilkan corak batik daripada teknik resis. Lazimnya,
kognitif murid dirangsang apabila guru mengemukakan contoh yang jelas dan
mudah. Contoh yang dikemukakan akan disertai dengan penyoalan supaya
mereka mengemukakan pendapat masing-masing tentang cara penghasilan
batik yang menarik dengan menggunakan teknik resis dengan berkesan. Ini
menggalakkan perkongsian idea dalam suasana yang tidak terancam, sesuai
dengan falsafah konstruktivisme yang diasaskan oleh John Dewey. Justeru,
aplikasi seni berlaku dalam bilik darjah secara sendiri melalui bimbingan guru.
Melalui

kaedah

ini,

guru

menggalakan

murid

mempamerkan

serta

menceritakan tentang karya batik yang mereka hasilkan. Murid akan rasa
dihargai dan berkeyakinan untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran apabila guru menerima dan memberikan pujian atas hasil kerja
yang mereka lakukan. Ini secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara
guru dengan murid dan ini akan memperlihatkan minat dan kesungguhan murid
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
2.2

Aplikasi Teknik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV

Dalam menghasilkan kraf tradisional batik, beberapa teknik harus dipraktikkan


supaya mereka dapat menghasilkan produk bercorak batik dengan garis
panduan betul. Antaranya ialah penggunaan teknik sumbang saran. Teknik
yang dikenali sebagai

brainstorming ini berbentuk perbincangan dan ia

membolehkan sesuatu kumpulan berfikir secara kreatif dan aktif. Setiap ahli
dalam kumpulan kecil diberikan peluang untuk menyampaikan idea dan
pendapat mengenai unsur seni dan prinsip rekaan yang terdapat pada contoh
batik. Guru harus menerima idea-idea atau cadangan murid walaupun ada
kalanya idea mereka kurang tepat tetapi idea itu perlu diperhalusi dan diolah
oleh guru supaya pendapat murid dapat diterima dan berkait dengan isi
pelajaran yang ingin disampaikan. Misalnya semasa ingin menghasilkan batik
menggunakan teknik resis, murid mengemukakan pendapat bahawa bahan yang
digunakan untuk membuat resis pada batik iaitu oil paster boleh digantikan
bahan kitar semula seperti tepung. Kemudian guru harus menerima cadangan
murid tersebut dengan membuat kesimpulan bahawa teknik resis bukan sahaja
menggunakan oil paster tetapi apa-apa bahan yang menghalang kedua-dua cat
yang berlainan warna daripada bercantum antara satu sama lain supaya garisan
yang memisahkan kedua-dua cat berlainan warna tersebut membentuk corak
batik. Justeru, dalam teknik ini murid-murid digalakkan membuat huraian hasil
pendapat-pendapat yang telah dikemukakan. Perkara yang telah dicadangkan
oleh seorang murid akan diperkembangkan oleh murid-murid lain sehingga idea
atau pendapat tadi dapat dikembangkan hingga ke peringkat yang lebih luas.
Dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

PSV

tidak

boleh

lari

daripada

penggunaan teknik simulasi atau tunjuk cara. Simulasi adalah suatu situasi
pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama
dengan situasi sebenar dengan tujuan menjalankan latihan menyelesaikan satusatu masalah. Terdapat dua jenis Simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti
pembelajaran di dalam bilik darjah, iaitu Teknik Sosiodrama dan Main Peranan.
Dalam suasana pembelajaran PSV, main peranan merupakan teknik yang sesuai
digunakan. Selepas guru memberikan contoh batik dan memberi garis panduan
tentang cara membuat batik teknik resis melalui simulasi yang dilakukan oleh
salah seorang daripada wakil murid untuk cuba menghasilkan corak batik
menggunakan bahan yang sesuai sambil diperhatikan oleh rakan sebaya mereka
yang lain dengan penerangan dan bimbingan guru. Kesan daripada teknik ini, ia
memberi peluang kepada murid untuk memikirkan cara penyelesaian secara

spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan serta membawa kepada


suasana pembelajaran yang berkesan, seronok dan menarik.
Kedua-dua

teknik

tersebut

akan

disusuli

pula

menggunakan

teknik

penyoalan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalansoalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi
tindak balas yang sewajarnya. Di awal pembelajaran, teknik penyoalan
berdasarkan kemampuan murid menjawab secara spontan

perlu supaya ia

dapat merangsang pemikiran dan menarik perhatian murid untuk mempelajari


cara

untuk

membuat

kraf

tradisional

batik.

Semasa

set

induksi,

guru

mengemukakan soalan mengikut aras kesukaran berdasarkan aras Taxonomi


Bloom, iaitu cara yang paling mudah untuk menarik perhatian murid ialah
menggunakan aras pengetahuan yang sedia ada. Guru boleh bertanyakan murid
tentang tatacara pemakaian batik dan unsur-unsur serta motif yang terdapat
pada batik. Contohnya soalan tersebut seperti bilakah batik akan dipakai oleh
kakitangan awam pada hari bekerja? Apakah corak yang terdapat pada batik?
Apakah warna yang terdapat batik? Untuk pengetahuan kamu, apakah cara yang
digunakan untuk membuat batik? Melalui teknik penyoalan seperti ini, guru
dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi soal jawab
dengan menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis
terutamanya ketika mengajar tajuk baru. Pada masa yang sama, guru boleh
menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar semasa sesi soal jawab
dijalankan.
2.3

Aplikasi Pendekatan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

PSV
Dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

PSV

yang

menumpukan

bidang

Mengenal Kraf Tradisional, pendekatan yang paling sesuai digunakan ialah


pendekatan
memulakan

secara
pengajaran

induktif.
dengan

Dalam

pendekatan

memberikan

induktif,

contoh-contoh

guru

yang

akan

khusus

berdasarkan satu prinsip yang sama. Guru perlu mengenal pasti maklamat
pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan contoh-contoh yang berkaitan
dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Contohnya menyediakan kain
batik sarung yang telah siap kepada murid. Interaksi dua hala berlaku apabila
guru mengemukakan soalan yang membolehkan murid membuat perkaitan
dengan apa yang akan diajar. Murid dibimbing melalui aktiviti penyoalan oleh
guru supaya mereka dapat membuat kesimpulan yang tepat. Dalam langkah

seterusnya, guru perlu memberi contoh-contoh tambahan supaya murid


memahami dan melihat persamaan daripada contoh-contoh tersebut. Daripada
contoh-contoh tadi, murid akan membuat satu kesimpulan serta membuat
generalisasi mengenai konsep yang diajar oleh guru. Misalnya kebolehan murid
mengaplikasikan proses dan teknik dalam penghasilan corak batik apabila
melihat simulasi yang dilakukan oleh wakil murid yang dibimbing oleh guru
tersebut. Dalam pendekatan ini, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar
yang bersesuaian seperti contoh batik sarung. Ini kerana murid boleh merasai
pembelajaran secara kontekstual dan juga berkebolehan membuat kesimpulan
apabila mereka jelas dengan penerangan guru yang disertakan dengan alat
bantu mengajar yang merangsang pemikiran mereka.
Pendekatan Chapman (1986) adalah bersesuaian dengan mata pelajaran
pendidikan seni visual disekolah. Chapman telah menggunakan empat aspek
utama

dalam pelajaran seni iaitu pemerhatian yang aktif, penerokaan,

penghasilan

(pembuatan),

dan

apresiasi.

Pemerhatian

yang

aktif

dapat

diperlihatkan apabila contoh hasil batik yang dikemukakan dapat mencungkil


pengetahuan sedia ada serta mencetus idea dan imaginasi murid terhadap seni.
Seterusnya melalui penerokaan, murid diberi peluang untuk mencuba, suai kenal
dan menerokai bahan yang disediakan supaya karya yang mereka hasilkan
memberi kepuasan. Contohnya melalui penggunaan bahan untuk teknik resis
iaitu oil pastel atau krayon perlu dicuba terlebih dahulu sebelum menghasilkan
sesuatu karya. Melalui penghasilan karya, guru harus memastikan tatacara,
langkah dan proses membuat corak batik yang betul. Apresiasi pula merupakan
langkah akhir yang penting dalam pendidikan seni visual. Aspek ini melibatkan
aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan,
warna, ton dan rupa bentuk yang terdapat pada corak batik yang mereka
hasilkan. Disamping itu, peranan guru juga perlu memastikan perasaan,
penghargaan dan refleksi diri berlaku dalam kalangan murid selepas aktiviti
pengajaran dan pembelajaran psv.
Penggunaan
pengetahuan

pendekatan
yang

baru

inkuiri

dalam

juga

kalangan

menggalakan
murid

dan

pembinaan

ilmu

menyebabkan

sesi

pembelajaran menyeronokkan. Contohnya diakhir pembelajaran, guru menyuruh


murid menghasilkan fail kertas yang bercorak batik daripada karya yang mereka
hasilkan. Persaingan yang sihat dan pemikiran secara kritis serta kreatif dapat
diwujudkan apabila murid memikirkan cara untuk menghasilkan fail kertas yang

cantik bercorak batik. Pendekatan inkuiri ini adalah bertepatan dengan teori
Konstruktivisme yang diasaskan oleh John Dewewy. Menurut John Dewey (1952),
menyatakan bahawa pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima
dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru.
Selain itu, pembelajaran dan pengajaran berdasarkan konstruktif ini dilihat
sebagai menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk saling bersandar di
antara satu sama lain.
2.4

Aplikasi Strategi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV

Dalam bidang Mengenal Kraf Tradisional, terdapat 2 strategi yang dikesan iaitu
pembelajaran

kontekstual

dan

pembelajaran

secara

konstruktivisme.

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi


pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan.
Teori ini menggalakkan pendidikan memilik atau mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks
sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran
yang

dihasratkan.

Dalam

pembelajaran

kontekstual,

pengajaran

dan

pembelajaran perlu melalui empat proses iaitu proses motivasi, pemahaman,


aplikasi, dan refleksi. Langkah pertama guru harus menjadikan pengajaran
sebagai satu pengalaman yang berjaya melalui hasilan projek contohnya projek
menghasilkan fail kertas yang bercorak batik. Kedua, guru mengaitkan prinsip
pembelajaran dengan dunia pekerjaan dengan mencadangkan murid agar
menjadi fail bercorak batik sebagai barangan untuk dijual. Ini tidak langsung
mewujudkan elemen keusahawanan dalam kalangan murid. Langkah ketiga,
murid mengaitkan pembelajaran kraf tradisional batik dengan pekerjaan atau
kehidupan harian dan belajar secara bekerjasama melalui aktiviti berkumpulan.
Kesannya, objektif pembelajaran tercapai apabila penguasaan terhadap kaedah
membuat batik dapat dipelajari dan murid dapat memahami perkaitan antara
teori pembelajaran disampaikan dengan amalan yang mereka ingin lakukan.
Strategi yang seterusnya ialah pembelajaran secara konstruktivisme
yang diasaskan oleh John Dewey. Untuk membantu murid membina konsep atau
pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada
pada diri mereka. Buktinya melalui usaha guru yang menggalakan murid
bertanyakan soalan atau mengemukakan idea dan menggunakannya sebagai
panduan

merancang

pembelajaran

melalui

contoh

set

induksi

diawal

pembelajaran dengan menggunakan contoh kain batik sarung. Pembelajaran

koperatif atau dialog antara guru dan murid membolehkan murid membuat
perkaitan dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan yang
baru

mengenai

cara

membuat

batik

melalui

teknik

resis.

John

Dewey

mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan


pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara
berterusan. Penyertaan murid di dalam kelas menjadikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran menyeronokkan dan perkongsian maklumat dan pengetahuan
dapat direalisasikan serta penghasilan kraf tradisional dapat dijadikan amalan
dalam diri murid.

3.0

KESIMPULAN

Pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dalam pendidikan seni visual


merangkumi kaedah, teknik, pendekatan dan strategi yang sesuai supaya ia
menyeronokkan serta hasil dan objektif pengajaran dapat dicapai. Oleh itu
penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sudah menjadi kewajipan oleh
setiap guru dalam merangka panduan yang bersesuaian untuk diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Para guru seharusnya bijak menggunakan
kemahiran mengajar berpandukan elemen-elemen tersebut untuk menarik minat
pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan seperti yang terdapat dalam sukatan
pelajaran yang ditetapkan. Para guru juga seharusnya memainkan peranan
penting dalam menyusun proforma atau rancangan pengajaran supaya setiap
sukatan dipelajari oleh pelajar dengan jayanya. Hal ini bermakna para guru tidak
seharusnya hanya mengajar bermatlamatkan untuk menghabiskan silibus
semata tanpa menghiraukan hasil yang diterima pelajar. Seharusnya, sukatan
pelajaran perlu dihabiskan seiring dengan pelajar dapat memahami dan menjadi
pakar dalam setiap silibus yang telah dipelajari.
Para guru juga seharusnya bijak mengawal atau mengetahui keadaan serta
keperluan semasa pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan
dilaksanakan dalam keadaan bosan. Para guru seharusnya menggunakan
kemudahan teknologi (TMK) seperti pertunjukan video, atau memasang lagu
diawal kelas atau penghujung kelas agar murid tidak merasa bosan dan supaya
mereka berasa seronok. Kesimpulannya, para guru seharusnya mengaplikasikan
setiap teknik, pendekatan, kaedah mahupun strategi yang terkini dan berkesan

untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan


demi mencapai matlamat yang terkandung dalam dasar pendidikan negara.

Anda mungkin juga menyukai