Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PERANCANGAN PENGAJARAN BERASASKAN PENGAJARAN ABAD KE -21

Pada 25 Mac 2018 hingga 29 Mac 2018 yang lalu, saya telah melakukan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di salah sebuah sekolah yang terletak di
Terengganu. Semasa berada di sekolah tersebut, saya berpeluang untuk meninjau ke kelas
3 Bestari bagi melihat sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual pada hari
tersebut. Sebelum pengajaran berlangsung, saya mendapati Encik Mahadi iaitu guru PSV 3
Bestari akan memastikan murid-murid berada dalam keadaan yang senyap. Beliau juga
menitikberatkan aspek kebersihan dalam kawasan bilik darjah di mana guru tersebut akan
menyuruh murid-murid mengutip sampah yang berhampiran dengan mereka. Memang tidak
dapat dinafikan, guru ini memainkan peranan penting dalam melatih mendisiplinkan murid-
murid bagi memastikan murid-murid menjadi seorang insan yang berwibawa pada masa
hadapan. Menurut Rezman (2012), pentingnya bilik darjah yang bersih bagi memastikan
murid dapat belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan dan tenang.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, saya mendapati Encik Mahadi merangsang


pengetahuan sedia ada murid melalui sesi soal jawab. Namun demikian, ada sesetengah
murid yang hanya senyap apabila disoal oleh guru dan kurang memberikan minat terhadap
subjek tersebut. Melalui sesi soal jawab tersebut, guru telah mengaitkan topik pembelajaran
pada hari ini. Topik pengajaran pada hari tersebut adalah membuat origami burung.
Sebelum itu, guru tersebut telah menulis objektif pada papan tulis bagi memastikan
pengajaran yang dilakukan adalah berlandaskan objektif yang hendak dicapai serta murid
juga tahu apa yang perlu dicapai pada PdPc tersebut. Guru membuat demonstrasi terlebih
dahulu tentang cara-cara membuat origami burung kepada murid. Murid-murid akan melihat
dengan fokus tunjuk cara yang ditunjukkan oleh guru bagi memastikan dapat membuat
origami burung. Namun demikian, guru ini tidak menulis langkah-langkah membuat origami
burung secara bertulis bagi memudahkan untuk murid melihat semula langkah membuat
origami.

Seterusnya, selepas guru tersebut membuat demonstrasi dan menunjukkan origami


burung yang telah siap dihasilkan oleh beliau kepada murid-murid. Murid-murid secara
individu akan membuat origami burung dan melukis corak pada origami tersebut mengikut
kreativiti masing-masing. Saya mendapati ada sesetengah murid yang teruja untuk
membuat aktiviti ini mungkin disebabkan sudah buat origami ini sebelum ini. En. Mahadi
juga memantau kelas dengan berjalan-jalan untuk melihat origami yang dibuat oleh murid
serta mebantu murid yang mengalami masalah dalam membuat origami tersebut.
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, saya mendapati guru ini ada menyelitkan elemen-
elemen PAK 21 di mana pada awal pengajaran guru telah mecungkil pengetahuan murid

1
dengan pertanyaan soalan-soalan. Menurut Ismail 2014, untuk menarik minat murid dalam
pengajaran guru mestilah mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran yang pelbagai.
Saya juga berpeluang berbual dengan guru tersebut bagi mengetahui pengalaman semasa
mengajar subjek ini. Menurut beliau, beliau bukan merupakan pelajar kos PSV dan beliau
baru dikehendaki mengajar subjek ini pada tahun lepas. Beliau juga menyatakan terdapat
beberapa kekangan yang dialami sewaktu mula mengajar subjek tersebut dan pengajaran
yang dilaksanakan hanya berdasarkan pengetahuan sedia ada guru tersebut. Antara
kekangan yang dialami adalah beliau kekurangan ilmu dan pengetahuan yang mendalam
tentang subjek PSV dan juga perancangan aktiviti PSV adalah kurang efektif dan
dilaksanakan mengikut pengalaman yang ada sahaja.

Di samping itu, En. Mahadi, juga menyatakan ada sesetengah murid yang memang
tidak suka subjek seni dan guru perlu memberikan penekanan yang lebih bagi membantu
murid tersebut untuk membuat aktiviti tersebut. Semasa proses pengajaran pada hari
tersebut, saya mendapati kawalan kelas pada hari tersebut terkawal dan senyap serta tidak
mengganggu murid-murid yang lain. Tambahan pula, guru tersebut selalu berjalan bagi
mengawasi murid-murid untuk membuat origami tersebut. Guru juga menyatakan bahawa
corak yang ingin dilukis pada origami burung kertas adalah mengikut kreativiti masing-
masing dan tidak mengehadkan bakat murid. Murid-murid tekun membuat origami tersebut
dan juga ada murid yang berbakat dalam aktiviti seni. Mohd Johari 2014, bakat dan potensi
murid adalah berbeza walaupun dalam peringkat yang sama. Hal ini juga turut disokong oleh
Encik Mahadi yang menyatakan ada murid yang memang berseni dan perlu dicungkilkan
lagi bakat dan potensi murid untuk menjadi lebih kreatif.

Selepas itu, murid perlu menunjukkan karya yang dibuat masing-masing bagi
memastikan semua murid telah siap menghasilkan origami kapal kertas. Guru juga
menunjukkan beberapa contoh origami yang cantik dan terbaik dan meminta ulasan murid
mengenai karya tersebut. Namun demikian, guru tersebut tidak melakukan apresiasi seni
dengan cara menyuruh murid ke hadapan kerana tiada pengetahuan yang mendalam
mengenai pengajaraan PSV. Oleh itu, guru hanya memaparkan karya yang terbaik serta
bertanya kepada murid lain sama ada hasil tersebut cantik ataupun tidak. Guru tersebut
bertanya tentang warna, bentuk dan corak yang dilukis kepada murid lain. Pujian guru tetap
diberikan kepada semua murid atas usaha yang dilakukan bagi memastikan origami
tersebut siap dibuat. Sepertimana yang saya ketahui, guru tersebut tidak mempunyai ilmu
berkaitan bahasa seni visual dan juga pengetahuan bagaimana apresiasi seni dilakukan,
Sitti Rahayah et., al ( 2015).

2
Kesimpulannya, sepertimana yang kita ketahui, guru ini melaksanakan pengajaran
PSV menjurus ke arah pengajaran abad ke-21 dan juga kawalan kelas guru tersebut adalah
teratur. Menurut Mazlan 2013, pengajaran PSV yang menyeronokkkan memerlukan guru
melibatkan murid secara aktif serta dapat melihat bakat dan potesi murid yang ada. Secara
keseluruhannya, saya mendapati pengajaran yang dilaksanakan oleh guru ini melibatkan
unsur-unsur PAK 21, unsur-unsur nilai murni serta aktiviti yang dirancang adalah bermakna
untuk murid.

3
RUJUKAN

Hayati Yussof. 2009. Laman Apresiasi Seni. Diperoleh pada 15 Mac 2018 daripada
http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.my/2009/08/kreativiti.html

Ismail Bin Saiman et.al. (2014). Seni dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn.Bhd

Mazlan Awang Tan. 2013. Kajian dan Analisis Lukisan Kanak-kanak. Diperoleh pada 15
Mac 2018 daripada http://www.slideshare.net/malBGN38/kajian-dan analisis-lukisan
kanak-kanak

Mohd Johari Hamid. 2011. Apresiasi dan Kritikan Seni Visual. Perak : Universiti Pendidikan
Sultan Idris

Rezman Hamat. 2012. Perkembangan Seni Kanak-Kanak. Pendidikan dan Bahasa.


Open University Malaysia

Siti Rahayah Ariffin & Roseni Ariffin & Hafsa Mohamed Makki. 2015. Faktor Kontribusi
Kecerdasan Pelbagai dalam Kalangan Pelajar Remaja. Jurnal Pendidikan. 33, 35-46

Anda mungkin juga menyukai