Anda di halaman 1dari 2

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DEFINISI

 Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta


sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
 Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat
atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl
segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa
tertentu.
 Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam
bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh
didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar
berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu
objektif.
 Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-
pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang
digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

1. Teknik main peranan


2. Teknik permainan bahasa
3. Teknik latih tubi
4. Teknik bercerita
5. Teknik inkuiri
6. Teknik perbahasan
7. Teknik kuiz
8. Teknik sumbangsaran
9. Teknik soal jawab
10. Teknik simulasi
11. Teknik drama
12. Teknik perbincangan
13. Teknik forum
14. Teknik dialog

TUJUAN TEKNIK

1. Menarik Minat murid


2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan ras ingin tahu
TEKNIK LATIH - TUBI

 Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan


yang dipelajari.
 Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg
menjamin kekekalannya.
 Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
 Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran
menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
 Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat,
memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
penggunaan perkataan-perkataan itu.
 Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya
digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
 Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan
menggunakan bahasa iaitu :

I. Sebutan (accent)

-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk


intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

II. Tatabahasa (grammer)

-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada


semua aspek.

III. Perbendaharaan kata (vocabulary)

-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut


konteksnya dalam situasi tertentu.

IV. Kefasihan (fluency)

-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa


memikirkan apakah maksudnya.

V. Kefahaman (comprehension)

Anda mungkin juga menyukai