Anda di halaman 1dari 28

1

ANALISIS PENTAKSIRAN DI LUAR NEGARA


Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,

mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran


seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000).
Pentaksiran adalah proses pembelajaran iaitu mencari dan mentaksir bukti untuk digunakan
oleh murid dan guru-guru mereka untuk membuat keputusan di mana murid berada dalam
pembelajaran mereka, di mana mereka perlu pergi dan cara terbaik untuk sampai ke sana
(Assessment Reform Group, 2002). Berikut adalah perbezaan definisi pentaksiran yang telah
dinyatakan di Malaysia dan juga di luar negara. Melalui kefahaman dan pembacaan, kami telah
bersetuju menyatakan bahawa kedua-dua definisi tersebut memberi makna yang sama.
Justeru, kami telah merumuskan bahawa pentaksiran merupakan proses yang libatkan
pemerhati, pengumpul dan mentaksir maklumat terhadap hasil pembelajaran murid serta
merancang tindakan yang boleh dilakukan guru untuk meningkatkan penguasaan dan
kefahaman murid terhadap pembelajarannya.
Seperti yang telah dinyatakan dalam buku Assessment With Special Education karya
Venn J.J, proses pentaksiran melibatkan empat langkah seperti berikut:

Rajah 1
PERINGKAT PERTAMA: SARINGAN
Saringan merupakan proses yang dilakukan terhadap murid untuk menentukan adakah
mereka mempunyai masalah yang memerlukan penilaian lanjut.

Proses ini bertujuan,

mengenal pasti kelayakan murid tersebut untuk mendapat perkhidmatan yang bersesuaian
berdasarkan dengan keperluan murid. Seperti yang telah dinyatakan dalam buku Assessment
With Special Education, proses saringan dilakukan apabila guru atau ibu bapa mendapati dan
mengesyaki prestasi atau tingkah laku seorang murid yang begitu berbeza sehingga
kemungkinan menimbulkan kebimbangan.

Maka, saringan dilaksanakan adalah bertujuan

untuk menentukan sama ada tahap prestasi umum murid berkenaan berada di luar julat purata
yang berpotensi mengalami masalah pembelajaran atau dalam keadaan normal.
1

Justeru, proses penyaringan digunakan untuk mengesahkan pemerhatian dan jangkaan


guru ataupun pihak ibu bapa sebagai lakaran atau gambaran keseluruhan berkenaan prestasi
murid bukannya, analisis terperinci terhadap kekuatan dan kelemahan murid tersebut. Proses
saringan ini, melibatkan proses mendokumentasikan murid yang berpotensi bermasalah
dengan menggunakan pentaksiran sebagai asas untuk memutuskan sama ada perlu
mengendalikan lebih penilaian yang lebih intensif.

Maka, penglibatan dari semua pasukan

profesional seperti guru kelas, guru mata muridan dan ibu bapa perlu bagi mendapatkan
maklumat yang terperinci tentang murid tersebut melalui perjumpaan, temu bual dan senarai
semak guru kelas bersama ibu bapa dan guru mata muridan murid tersebut sebagai proses
rujukkan. Berikut adalah bentuk proses pemeriksaan yang boleh dilakukan termasuk:
Ujian saringan formal

Rekod kemajuan

Rekod intervensi

Laporan perubatan

Latar belakang Pendidikan

Ujian penglihatan dan pendengaran

Latar belakang Kehadiran

Berhubung dan berjumpa dengan ibu bapa

Senarai skala, inventori dan

Pemerhatian tingkah laku, pertuturan

dan bahasa

semak pemeriksaan tidak formal

Penglibatan pasukan profesional yang terdiri daripada pentadbir sekolah, kaunselor,


guru-guru aliran perdana, dan guru-guru pendidikan khas diberi penekanan sebagai memerhati
tingkah laku murid, berbincang dengan ibu bapa, mendokumentasi hasil intervensi,
menjalankan ujian-uijian pemeriksaan dan melengkapkan skala penilaian tingkah laku murid
yang dikenal pasti. Justeru, pasukan profesional perlu bertindak secara efektif dalam mengenal
pasti masalah yang dihadapi murid dan melengkapkan serta menyelaraskan pentaksiran dan
aktiviti lain untuk mengenal pasti murid dengan keperluan khas. Langkah ini adalah bertujuan,
meneliti dan mentaksir maklumat yang dikumpulkan untuk menentukan sama ada memerlukan
penilaian lanjut untuk rujukan kepada pasukan pelbagai disiplin untuk menjalankan ujian
kelayakan yang komperhensif bagi menentukan sekiranya murid layak mendapatkan
perkhidmatan khas yang bersesuaian dengan keperluan murid tersebut seperti yang termaktub
dalam seksyen 504.
Pemilihan instrumen pentaksiran yang dilakukan pada peringkat saringan adalah
ringkas,ujian yang senang dikendalikan, skala penilaian, senarai semak, dan teknik
2

pemerhatian secara terus diberi secara individual atau secara berkumpulan. Instrumen yang
dilakukan lebih memfokuskan pentaksiran mengukur prestasi dengan item-item yang terhad.
Tujuan menghadkan item dalam instrumen tersebut adalah bertujuan menyediakan gambaran
atau lakaran tingkah laku lebih daripada analisis yang teliti dalam masa yang pendek sekitar 15
atau 20 minit untuk memberi dan memperoleh markah ujian pentaksiran, mengisi skala
penilaian, menyempurnakan senarai semak, atau merekod keputusan sesi pemerhatian secara
langsung.

Walau bagaimanapun, menurut Peterson (1987) pasukan profesional perlu

mengambil kira banyak faktor dan mengambil langkah berjaga-jaga yang khas semasa proses
pemeriksaan.
Program pemeriksaan yang terbaik adalah memeriksa semua aspek pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak dan termasuk menyediakan perkhidmatan susulan. Tanpa
perkhidmatan susulan, pemeriksaan tidak berguna secara praktikal. Child Find mungkin
merupakan contoh terbaik untuk program saringan yang memenuhi kriteria ini. Semua tempat
yang menawarkan perkhidmatan Child Find, termasuk program pemeriksaan direka untuk
mengenal pasti murid berkeperluan khas dan untuk mengaturkan perkhidmatan susulan
sebagai respon kepada keperluan yang dikenal pasti. Selain itu, pemeriksa perlu merancang
prosedur khusus berdasarkan bilangan dan peringkat umur kanak-kanak (individu, kumpulan
kecil, atau pemeriksaan besar- kumpulan).

Seterusnya, pemeriksa juga harus merangka

beberapa prosedur sebagai respon kepada ciri-ciri murid tertentu, seperti masalah potensi atau
keupayaan, latar belakang etnik atau kaum, bahasa ibunda, kawasan geografi ( bandar, pinggir
bandar, luar bandar, dan tahap pendapatan keluarga. Disamping itu, pemeriksa hendaklah
memastikan pemeriksaan adalah komponen yang menyuluruh dengan perkhidmatan yang
termasuk penilaian diagnostik dan rawatan atau intervensi.
Berdasarkan proses pemeriksaan yang telah dijalankan, hasil data maklumat dan
penilaian murid yang telah dikumpulkan digunakan guru dalam membangunkan satu program
intervensi pembelajaran sebagai usaha membantu murid mengatasi masalah kesukaran
mereka dalam pembelajaran sebelum mengenal pasti murid tersebut layak ataupun tidak
mendapatkan perkhidmatan khas. Maka, guru yang terlibat dalam pasukan profesional perlu
menyediakan laporan lengkap sebagai rujukan spesifik untuk diserahkan kes tersebut kepada
pasukan pelbagai disiplin untuk menilai dan membuat ujian kelayakan yang komperhensif.
Antara rujukan yang spesifik yang boleh disediakan guru adalah seperti bukti mesyuarat
dengan ibu bapa untuk membincangkan masalah dan dokumentasi yang menunjukkan bahawa

guru telah mencuba intervensi pembelajaran dalam usaha untuk menyelesaikan masalah murid
tersebut.
Justeru, tujuan utama menyediakan laporan lengkap oleh pasukan profesional adalah
sebagai rujukan pasukan pelbagai disiplin untuk menyaring murid yang mempunyai masalah
yang berpotensi untuk menentukan keperluan untuk ujian menyeluruh.

Prosedur ini dilakukan

oleh pasukan profesional sebelum seseorang murid itu disyorkan menjalankan ujian kelayakan
yang mendalam untuk dikategorikan sebagai murid kurang upaya yang boleh mendapatkan
manfaat daripada perkhidmatan pendidikan khas bagi membantu mengatasi masalah
kesukaran yang dihadapinya. Rumusan yang dapat dibuat berkaitan proses saringan di luar
negara, proses saringan yang dijalankan ini melibatkan penglibatan dan komitmen pelbagai
pihak terutama pasukan profesional.

Penglibatan mereka adalah bertujuan mendapatkan

maklumat yang terperinci tentang murid sabagai lakaran atau gambaran keseluruhan
berkenaan

prestasi

murid

yang

berpotensi

bermasalah.

Proses

ini

melibatkan

pendokumentasikan dengan menggunakan pentaksiran sebagai asas untuk memutuskan sama


ada perlu mengendalikan lebih penilaian yang lebih intensif terhadap murid tersebut.
PERINGKAT KEDUA: KELAYAKAN
Peringkat kelayakan ialah proses menentukan sifat dan tahap masalah pembelajaran
murid dan memutuskan kelayakan murid tersebut untuk mendapatkan perkhidmatan khas.
Justeru, pasukan yang terdiri daripada golongan profesional seperti kaunselor, doktor
perubatan, ahli terapi, guru besar, guru-guru aliran perdana dan guru-guru pendidikan khas
terlibat dalam membuat keputusan sama ada seseorang murid itu layak untuk dikategorikan
sebagai murid kurang upaya bagi mendapatkan manfaat daripada perkhidmatan pendidikan
khas untuk membantu murid mengatasi masalah yang dihadapi. Prosedur kelayakan ini adalah
bersifat umum dan melibatkan penyertaan ibu bapa di mana, pasukan pelbagai disiplin
bertanggungjawab menjalankan pentaksiran yang mendalam dan komperhensif terhadap murid
tersebut berdasarkan laporan dan dokumentasi yang telah disediakan oleh pasukan profesional
sama ada murid tersebut layak mendapatkan perkhidmatan khas atau sebaliknya.
Dalam melaksanakan proses kelayakan, pihak pasukan pelbagai disiplin perlu mengikut
peraturan yang ditetapkan iaitu ibu bapa perlu membenarkan anak mereka menduduki ujian
kelayakan yang telah disediakan dengan menggunakan maklumat pemeriksaan yang telah
disediakan oleh pasukan profesional di peringkat saringan sebelum ini.

Hal ini demikian

kerana, penilaian digunakan sebagai tindak balas kepada keperluan undang-undang negeri dan
4

daerah di mana peraturan-peraturan yang melindungi murid, ibu bapa dan sistem sekolah
termasuk hak untuk penilaian bebas dan proses prosedur untuk menyelesaikan percanggahan
pendapat.

Melalui undang-undang ini, jika terdapat pencagahan pendapat dan pertikaian

antara pihak ibu bapa dan pihak sekolah berkaitan hak murid tersebut akan diselesaikan dan
diputuskan melalui undang-undang mahkamah.
Hal ini demikian kerana, penglibatan ibu bapa dan murid perlu dalam peringkat
kelayakan di mana kaunselor akan mengajukan beberapa soalan tentang anak mereka
manakala, ahli psikologi mula mencatat dan menulis laporan sambil mendengar penjelasan
daripada pihak ibu bapa untuk mengenal pasti keupayaan intelektual, status perkembangan dan
keupayaan akademik murid tersebut.

Penglibatan pasukan pelbagai disiplin seperti pakar

pertuturan dan bahasa patologi, terapi pekerjaan, dan profesional berkaitan kesihatan dan lainlain bergantung kepada keperluan pentaksiran yang dijalankan terhadap murid yang dikenal
pasti. Walau bagaimanapun, proses kelayakan ini adalah bertujuan mendapatkan diagnosis
lengkap dan komprehensif terhadap kekuatan, kelemahan, dan keperluan pembelajaran murid
dengan menetapkan perkhidmatan yang diperlukan murid tersebut dalam merancang dan
menyediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI).
Justeru, penggunaan ujian diagnostik merupakan instrumen yang digunakan untuk
menilai kelayakan murid mendapatkan perkhidmatan khas yang dikendalikan oleh ahli psikologi,
pen diagnostik pendidikan, dan pasukan profesional yang diperakui. Instrumen ini merupakan
alat penilaian yang digunakan untuk menentukan kelayakan murid tersebut mendapatkan
perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan mereka. Prosedur ini melibatkan proses yang
lebih rumit dan proses penilaiannya mengambil masa beberapa jam untuk mentadbir, skor, dan
mentaksir tahap kecerdasan, pencapaian akademik, tingkah laku dan kemahiran persepsi murid
tersebut.

Kebiasaanya, pada peringkat ini penilai memberikan bateri standard atau ujian

diagnostik ditadbir secara individu bergantung kepada keperluan pentaksiran dijalankan


terhadap murid tersebut. Maka, diagnosis yang lengkap bergantung sepenuhnya kepada hasil
dari norma dirujuk dalam ujian standard yang menjadi asas untuk membuat keputusan
klasifikasi yang bertindak balas terhadap keperluan individu dan keunikan seseorang murid.
Dalam melaksanakan pentaksiran pada peringkat kelayakan ini terdapat had dalam
penentuan kelayakan antaranya kaedah skor ujian.

Kaedah skor telah dijalankan bagi

melindungi murid daripada keputusan berdasarkan tanggapan subjektif profesional iaitu


keputusan yang berat sebelah dan tidak adil mengenai pendapat dan penghakiman berkaitan

keupayaan, prestasi, dan tingkah laku murid. Walau bagaimanapun, penggunaan kaedah skor
ujian ini perlulah dengan berhati-hati, menjaga batasan-batasan ini dalam fikiran pada setiap
masa kerana kadang-kala kaedah ini gagal untuk meramalkan tingkah laku sebenar atau
keupayaan sebenar seseorang murid itu dengan tepat.
Kesimpulannya, penilaian pada peringkat ini digunakan bagi menentukan jenis
pendidikan khas atau perkhidmatan yang berkaitan dalam menyediakan pendidikan yang
sesuai. Justeru, pentaksiran yang dijalankan bergantung kepada keperluan pentaksiran yang
dijalankan terhadap murid yang dikenal pasti.

Penglibatan pihak ibu bapa dan pasukan

pelbagai disiplin perlu bagi mendapatkan diagnosis lengkap dan komprehensif terhadap
kekuatan, kelemahan, dan keperluan pembelajaran murid dengan menetapkan perkhidmatan
yang diperlukan murid dengan penyediaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) selepas
disahkan oleh pasukan pelbagai disiplin.
PERINGKAT KETIGA: INTERVENSI PENGAJARAN
Setelah dua proses iaitu proses saringan dan proses kelayakan dijalankan, proses yang
ketiga merupakan proses intervensi pengajaran. Intervensi pengajaran merupakan satu proses
untuk membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang
berisiko atau yang mengalami kelewatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan
mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran. Perkhidmatan atau program
intervensi awal yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga
yang berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan, iaitu perkembangan fizikal, kognitif,
komunikasi, sosial dan emosi dan adaptasi intervensi awal boleh mengurangkan kesan
kelambatan perkembangan yang dialami dan boleh mengelakkannya daripada menjadi semakin
serius. Intervensi awal yang dilakukan mampu memaksimumkan potensi kanak-kanak
berkeperluan khas dan mengurangkan bebanan masyarakat.
Menurut buku Assessment With Special Education karya Venn J.J, proses intervensi
yang dijalankan di luar negara adalah bertujuan untuk membuat sesuatu keputusan yang
penting dalam pendidikan. Proses intervensi yang dijalankan menerusi penilaian kurikulum
digunakan untuk menyediakan maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan dalam
pendidikan berkaitan dengan membangunkan objektif pengajaran, dan bagi menilai
keberkesanan dalam kurikulum dan bahan-bahan. Setelah itu, pelbagai program akan
dirancang khusus kepada murid berdasarkan proses intervensi yang dijalankan. Proses
intervensi pengajaran yang dilakukan secara terperinci membantu guru untuk merencana
6

program-program yang lebih baik dan berfokus kepada pembangunan diri individu. Peringkat
intervensi pengajaran ini amat penting kerana program yang dirancang merupakan keperluan
pembelajaran dan standard prestasi.
Ketika menjalankan proses intervensi pengajaran, pentaksiran akan dijalankan kepada
murid. Instrumen penilaian disediakan bagi memastikan terdapat bahan bukti dan menjadi
rujukan kepada guru untuk melakukan analisis. Ia adalah berdasarkan langkah-langkah seperti
senarai semak prestasi murid, rubrik, guru memberikan ujian kepada murid, pemerhatian dan
tanggapan. Senarai semak prestasi murid berdasarkan ujian-ujian yang dijalankan ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian guru termasuk struktur prosedur mendengar dan
memerhati murid untuk mengumpul maklumat bagi membuat intervensi. Guru boleh melakukan
pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku murid, pemerhatian terhadap komitmen murid
dalam menyiapkan lembaran kerja yang diberikan dan memerhati sama ada murid ini
mempunyai potensi untuk dijalankan intervensi dan jika tidak apakah kaedah yang sesuai untuk
membantunya.
Selain itu, instrumen pentaksiran yang dijalankan juga menunjukkan kepada kita
bahawa terdapat penilaian subjektif turut menjadi instrumen bagi guru menilai murid. Oleh itu,
penilaian secara subjektif sepperti pendapat dan tanggapan ini boleh digabungkan dengan
keputusan klinikal dan keputusan daripada senarai semak kemahiran dan skor daripada ujian
standard bagi memastikan ianya adil, objektif dan hasil untuk membangunkan matlamat IEP
yang terbaik. Langkah yang diketengahkan amat baik dan boleh dijadikan contoh.

Ianya

merupakan langkah yang bijak kerana setelah mendapati bahawa penilaian secara subjektif ini
tidak tepat, langkah lain yang diambil adalah dengan menggabungkan tanggapan dan pendapat
dengan penilaian secara bertulis.
Pentaksiran yang dijalankan ketika proses intervensi pengajaran di luar negara adalah
penting. Hal ini kerana pentaksiran yang dijalankan membantu guru untuk mengenal pasti tahap
kesediaan murid untuk belajar. Contohnya, berdasarkan senarai semak tingkah laku yang
dilakukan oleh guru, ia menunjukkan kesediaan murid untuk belajar masih lagi berada pada
tahap yang rendah. Murid tidak fokus di dalam kelas dan kerap melakukan tingkah laku
distruptif dan distruktif. Oleh itu, guru maklum bahawa intervensi pengajaran masih belum lagi
boleh dilaksanakan kepada murid tersebut. Antara kaedah lain yang guru boleh laksanakan
ialah peneguhan bagi mengurangkan masalah tingkah laku tersebut. Dimulai dengan
peneguhan positif dan jika ia bertambah teruk guru boleh meneruskan dengan peneguhan

negatif. Kedua-dua peneguhan akan membantu meningkatkan tahap kesediaan murid untuk
belajar dan menerima intervensi pengajaran.
Pada peringkat intervensi pengajaran ini juga, penyediaan Rancangan Pendidikan
Individu (RPI) adalah salah satu langkah di bawah langkah ketiga ini. RPI merupakan dokumen
yang diberi mandat oleh Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya yang memberi panduan untuk
pembangunan dan implementasi program intervensi pengajaran serta proses mengukur
kemajuan murid. Ia dibentuk bersama oleh ibu bapa, golongan profesional, dan, murid. Menurut
undang-undang, RPI mesti mengandungi komponen-komponen tertentu yang menggambarkan
pendidikan yang sesuai bagi murid yang menerima perkhidmatan pendidikan khas. Undangundang turut menyatakan bahawa guru perlu bekerjasama dengan ibu bapa dan ahli
profesional yang lain sebagai satu pasukan untuk membangunkan RPI.
Antara perkara penting dalam membangunkan RPI ialah Komponen RPI. Menurut
undang-undang, ia mesti jelas dinyatakan kerana ia merupakan garis panduan khusus untuk
menilai murid-murid yang menerima perkhidmatan pendidikan khas. Antara komponenkomponen dalam Rancangan Pendidikan Individu (RPI) ialah pertama, penyataan mengenai
prestasi pendidikan kanak-kanak itu. Ia termasuk bagaimana kekurangan mereka itu memberi
kesan terhadap penglibatan dan kemajuan mereka dalam kurikulum umum. Penyata
bagaimana kemajuan kanak-kanak ke arah matlamat tahunan akan diukur dan bagaimana ibu
bapa kanak-kanak tersebut akan sentiasa dimaklumkan mengenai kemajuan anak mereka, dan
sejauh mana kemajuan yang mencukupi untuk membolehkan kanak-kanak untuk mencapai
matlamat pada akhir tahun. Kedua, Penyata matlamat tahunan. Penyata matlamat tahunan
termasuk penanda aras atau objektif pengajaran jangka pendek yang berkaitan untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak. Kepentingannya ialah supaya kanak-kanak dapat
melibatkan diri dalam kemajuan dan kurikulum umum. Ketiga, RPI ini juga menyediakan
penyata pendidikan spesifikasi khas dan perkhidmatan yang berkaitan. Ia sebagai satu inisiatif
bagi membolehkan kanak-kanak mengambil bahagian dalam kurikulum umum, dan mampu
mengambil bahagian dengan kanak-kanak lain yang kurang upaya dan kanak-kanak normal
dalam aktiviti pendidikan. RPI di luar negara juga merangkumi tarikh yang dicadangkan bagi
permulaan perkhidmatan dan tempoh yang dijangkakan daripada perkhidmatan. Penyata
perkhidmatan diperlukan bagi kanak-kanak berumur 14 tahun.
Dalam proses IEP penilaian turut dijalankan. Ia dikenali sebagai model diagnostik
preskriptif. Dalam model ini, langkah pertama ialah diagnosis iaitu penilaian awal dijalankan

untuk mengenal pasti tahap prestasi kanak-kanak ketika itu. Kemudian, pada langkah yang
kedua iaitu langkah preskripsi, ia menggunakan keputusan pada langkah diagnosis untuk
menentukan matlamat dan penanda aras tertentu. Langkah ketiga, diagnosis akan dijalankan
untuk kali kedua dengan mengukur kemajuan ke arah mencapai matlamat tahunan dan
menentukan sejauh mana kemajuan mencukupi untuk mencapai matlamat pada akhir tahun.
Seterusnya, pada langkah keempat, preskripsi akan dijalankan untuk kali kedua bagi meneliti
semula matlamat tahunan dan penanda aras berasaskan kemajuan yang telah dibuat. Ia
merupakan kaedah yang berterusan. Apabila guru mengaplikasikan mendekatan ini, mereka
akan menguji murid untuk menentukan keperluan pembelajaran dan kemudian mengajar
menggunakan kurikulum berdasarkan keperluan tersebut. Selepas pengajaran, guru-guru
menguji murid-murid mereka untuk mengukur kemajuan dan menyemak semula pengajaran
yang bersesuaian. Sebagaimana yang dinyatakan dalam RPI, pelaksanaan pendekatan ini
melibatkan satu siri langkah yang berterusan.
Selain itu, Program Bayi dan Kanak-kanak, yang merupakan sebahagian daripada
IDEA. Ia merupakan proses perancangan yang sama untuk kanak-kanak kecil yang kurang
upaya. Bagi kanak-kanak yang bawah umur tiga tahun, program ini memerlukan pembangunan
Pelan Perkhidmatan Individu Keluarga yang termasuk menilai keperluan kanak-kanak dan
keluarga. Begitu juga, IDEA memerlukan peralihan khusus IET untuk semua murid bermula
pada usia 14. Tujuan atau peralihan IEP ini adalah untuk memudahkan pergerakan dari sekolah
ke aktiviti sekolah yang lain (kokurikulum). Di luar negara, kebanyakan sistem sekolah telah
membeli atau membangunkan perisian khas pengurusan pendidikan untuk membantu guruguru dan pentadbir menyediakan IEPs, penilaian,dan laporan untuk agensi negeri. Banyak
sistem telah memasang perisian ini pada rangkaian mereka supaya ia boleh diakses dari manamana komputer yang disambungkan.
Satu pasukan termasuk ibu bapa akan membangunkan IEPs, Rancangan Perkhidmatan
Keluarga Individu dan Peralihan IEPs. Pelan mestilah berdasarkan penilaian keperluan individu.
yang dibangunkan pada mesyuarat pasukan, termasuk matlamat tahunan dan sekurangkurangnya satu matlamat jangka pendek untuk setiap matlamat tahunan. Pelan juga mesti
termasuk kriteria penilaian , prosedur, dan jadual. Hampir semua sistem sekolah menggunakan
perisian untuk membantu dalam proses pembangunan RPI. Maklumat mengenai perisian ini
muncul dalam Teknologi Fokus Box. Antara sampel RPI ialah pertama, RPI yang dibangunkan
oleh Johnny Lees oleh pasukan kakitangan semasa proses kelayakan. Ia termasuk muka
depan dan halaman objektif jangka pendek. Muka depan termasuk mengenal pasti maklumat,
9

senarai perkhidmatan yang akan disediakan, penerangan sejauh mana murid tidak akan
mengambil

bahagian

dalam

pendidikan

umum,

dan

tandatangan

daripada

ahli-ahli

jawatankuasa yang membangunkan rancangan itu. Laman objektif jangka pendek meliputi
domain sosial-emosi. Seksyen ini termasuk penerangan paras prestasi sekarang, matlamat
tahunan, dan tiga objektif jangka pendek, dengan prosedur penilaian bagi setiap objektif (rujuk
lampiran 1). Seterusnya, (rujuk lampiran 2) yang menunjukkan halaman jangka pendek objektif
dalam vokasional / kerjaya domain. Jerrold Johnson pula memperkenalkan sampel RPI ketiga
(rujuk lampiran 3), menunjukkan halaman objektif jangka pendek dalam domain kurikulum dan
pembelajaran.
PERINGKAT KEEMPAT: MENGUKUR PERUBAHAN
Proses terakhir dalam menjalankan pentaksiran ialah proses mengukur kemajuan.
Setelah menjalankan ketiga-tiga proses sebelum itu, amat penting untuk melihat keberhasilan
proses itu berlaku. Perubahan dapat diukur melalui penilaian. Penilaian merupakan perihal atau
perbuatan, menilai dan menaksir (Kamus Dewan,1994:930). Ia merupakan suatu proses yang
berterusan bagi mendapatkan maklumat semula dengan tujuan supaya penggubahan kepada
murid dalam aspek pemikiran, perasaan dan tingkahlaku dapat dilakukan dengan sempurna.
Proses ini amat penting bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam aspek pengajaran
dan pembelajaran selain memastikan para murid tidak tergelincir daripada mengikuti sukatan
mata muridan yang telah ditetapkan. Adalah penting usaha membentuk murid mencakupi
segala aspek ini sentiasa dikaji bagi memastikan keberkesanan sukatan dan aktiviti yang
dijalankan dapat memenuhi kehendak dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaaan. Oleh itu
penilaian merupakan satu aktiviti yang amat bermakna dan bermanfaat yang perlu dilakukan
seiring dengan proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P).
Di luar negara, ia melibatkan pengukuran kemajuan melalui penilaian secara berterusan
dan pengukuran secara berkala daripada pencapaian keseluruhan. Pendidik menilai kemajuan
murid terhadap keberkesanan program dan memastikan intervensi yang dijalankan mempunyai
perubahan dan bertindak balas kepada murid.
Penilaian berterusan adalah bersifat formatif iaitu yang mengutamakan kemajuan setiap
murid dari satu peringkat ke peringkat yang lain.

Melalui penilaian berterusan, guru dapat

membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa. Selain itu,
guru berpeluang untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta merta.
Guru juga dapat mengenal pasti kelemahan serta memperkembangkan lagi kekuatan dan
10

potensi murid. Menurut Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Sharani
Ahmad (2004) menyatakan penilaian berterusan ialah penilaian ke atas sesuatu pengajaran
dan pembelajaran mesti bermula daripada awal, semasa dan diakhiri pengajaran. Penilaian ini
dilakukan secara individu dan mengikuti perubahan yang berlaku daripada semasa ke semasa
iaitu secara berterusan. Selain itu, mereka juga berpendapat penilaian ini memberi maklum
balas kepada guru daripada segi penyampaian dan juga bahan pengajaran bahan yang
digunakan.
Antara instrumen penilaian berterusan ialah kemajuan pada muridan harian, skor dari
ujian kelas, lembaran kerja dan kertas, keputusan daripada tugas-tugas dan analisis pola ralat,
pencerapan dan tayangan, mendapat maklumat dari portfolio murid dan maklumat daripada
data pengurusan tingkah laku. Skor dan lembaran kerja murid harus dikumpul dan dibuat
analisis harian bagi melihat sejauh mana keberkesanan intervensi dijalankan. Portfolio
merupakan satu bentuk sejarah pencapaian murid yang didokumentasi dan diperkukuhkan
dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan. Setiap hasil lembaran
kerja, skor, maklumat portfolio harus direkodkan. Guru perlu mengekalkan rekod dalam buku
gred, graf dan carta dari program pengurusan tingkah laku, portfolio dan laporan naratif dari
pencerapan dan tayangan dalam format penyimpanan digital pada komputer.
Selain itu, setiap tahun kebiasaannya penilaian secara berkala daripada pencapaian
keseluruhan diadakan. Pencapaian berkala ini adalah pencapaian keseluruhan pada sesuatu
tempoh masa. Di luar negara, setiap tahun banyak ujian formal dijalankan seperti ujian
pencapaian dan penilaian skala standard tingkah laku.

Kemajuan pengukuran global

menggunakan penilaian formal dapat membantu guru untuk membuat keputusan mengenai
keberkesanan program dan bekalan data. Ia juga penting sebagai data untuk membandingkan
prestasi seseorang murid terhadap murid yang lain. Mengukur kemajuan murid boleh menjadi
satu proses yang memakan masa iaitu mengambil masa yang lebih daripada masa pengajaran.
Ini terbukti pada akhir tahun persekolahan apabila guru-guru perlu memberi ujian-kepentingan
yang tinggi sebagai sebahagian daripada program di seluruh negara, bahagian dan ujian
daerah.
Di dalam kelas guru-guru melakukan penilaian yang sebagai penilaian berasaskan
kurikulum (CBA). CBA adalah khusus untuk kegunaan guru-guru dalam situasi pengajaran.
CBA membantu guru mengukur kemajuan sebagai sebahagian arahan tetap yang perlu dibuat
dan bukan sebagai aktiviti yang berasingan. Dalam erti kata lain, CBA merupakan kayu ukur

11

pengajaran yang telah dilakukan oleh guru dan dapat mengetahui teknik dan kaedah yang telah
dijalankan kepada murid. Mengukur kemajuan murid adalah elemen penting dalam proses
penilaian atas beberapa sebab. Pertama, pengukuran kemajuan menyediakan data dan
maklumat untuk membuat keputusan mengenai prestasi murid semasa pengajaran harian dan
sepanjang tahun. Penilaian juga dapat memberikan maklum balas tentang kemajuan, atau
kekurangan kemajuan, kepada para murid dan ibu bapa. Selain itu, mengukur kemajuan juga
adalah elemen penting dalam proses IEP. Akhir sekali, data kemajuan murid dan maklumat
dapat membantu mengukur keberkesanan sesuatu program.
Oleh sebab mengukur kemajuan murid adalah penting, penilaian yang dilakukan
mestilah boleh dipercayai dan sah. Guru perlu mengetahui prestasi semasa, matlamat dan
standard pencapaian yang ingin dicapai. Pengetahuan yang diperoleh daripada penilaian
tersebut, akan membantu guru untuk membuat keputusan mengenai apa yang perlu diajar
selepas ini dan bagaimana untuk melaksanakannya. Keputusan yang dibuat untuk murid-murid
tersebut adalah berkaitan tentang cara untuk membuat satu pelan pemulihan yang terbaik.
Selain itu, pengukuran kemajuan yang tepat juga dapat menyediakan satu cara untuk
mendokumentasikan pencapaian murid. Dokumentasi ini membolehkan akauntabiliti bagi
program-program pengajaran.

12

2.0 PENTAKSIRAN DI MALAYSIA


Seperti yang telah dinyatakan dalam buku Assessment With Special Education karya Venn
J.J, di Malaysia proses pentaksiran juga melibatkan empat langkah seperti berikut:
S
K
P
A
E
L
N
R
I
A
E
U
N
Y
M
B
G
P
A
K
A
H
N
T
A
A
N
N

Rajah 2
PERINGKAT PERTAMA: SARINGAN
Dalam Pendidikan Khas, pentaksiran bertujuan memberi maklumat dan gambaran
tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis,
mengira dan sebagainya. Malalui proses pentaksiran yang telah dijalankan, guru boleh
menggunakan maklumat yang diperolehi untuk mengesan punca masalah yang dihadapi murid
seterusnya, merangka intervensi yang sesuai, memilih strategi pengajaran yang tepat dan
menempatkan murid sesuai mengikut tahap kebolehan masing-masing.
Secara umumnya, matlamat pentaksiran ialah memberikan murid, ibu bapa dan guru
maklumat yang terperinci tentang kemajuan, pencapaian dan perkembangan murid dalam
pembelajaran mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.
Dalam peringkat ini, di Malaysia guru berperanan penting dalam proses saringan iaitu proses
mengenal pasti murid yang mempunyai risiko yang tinggi untuk dirujuk bagi mendapatkan
pemeriksaan dan pengukuran yang komperhensif.

Seperti yang dinyatakan Mokhtar Ismail

(1995), ujian ialah salah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh
pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek
pendidikan atau psikologi. Justeru, diagnosis yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah salah
satu bentuk penilaiaan yang dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap
penguasaan murid terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Melalui diagnosis
ini, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang murid, sama ada pada tahap yang sangat
baik, memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung berdasarkan
masalah yang dihadapi murid dalam pembelajaran.

13

Proses ini adalah atas dasar inisiatif guru itu sendiri, apabila guru mendapati dan
mengesyaki prestasi atau tingkah laku seorang murid yang begitu berbeza sehingga
kemungkinan boleh menimbulkan kebimbangan mereka mempunyai masalah pembelajaran
yang memerlukan perkhimatan khas.

Pada peringkat ini, guru perlu bertindak sebagai

memerhati tingkah laku murid, berbincang dengan ibu bapa, mendokumentasi hasil intervensi,
menjalankan ujian-uijian pemeriksaan dan melengkapkan skala penilaian tingkah laku
contohnya, lembaran kerja, portfolio, jurnal, dan ujian seperti ujian diagnostik. Tujuan utama
bukti dan data ini direkodkan dalam pelbagai bentuk adalah membolehkan guru menterjemah
maklumat tentang pembelajaran dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid. Hal ini demikiaan kerana, seorang guru bertanggungjawab yang merancang
dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis
maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan,
pengayaan dan pemulihan.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pentaksiran juga merupakan proses
pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan
pelbagai kaedah yang merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) yang dijalankan secara berterusan.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran,

pentaksiran merupakan proses yang melibatkan pengumpulan data-data kuantitatif mengenai


pembelajaran atau perubahan perlakuan murid akibat daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Nilai kuantitatif ini melambangkan tahap atau kedudukan pencapaian murid
dalam sesuatu aspek yang dinilai. Daripada hasil dapatan maklumat yang dikumpul, guru dapat
mengenal pasti murid yang memerlukan aktiviti pengayaan dan aktiviti pemulihan secara tidak
langsung, membantu guru memilih strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
bersesuaian dengan keperluan murid.

Proses ini merupakan sebahagian daripada proses

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan yang dilaksanakan secara
tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
Penglibatan pasukan profesional seperti pihak pentadbir sekolah, kaunselor, guru aliran
perdana, dan guru pendidikan khas dalam proses saringan di Malaysia adalah kurang
berbanding di luar negara.

Namun, di Malaysia guru boleh merujuk pemasalahan yang

dihadapi murid yang menunjukkan ciri-ciri khas kepada guru pemulihan yang bertanggungjawab
dalam pelaksanaan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) di sekolah sebelum ke
peringkat penempatan. Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS), NKRA yang telah
dilaksanakan di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai bulan Januari
14

tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun Satu (kohort 1) 2010. Jika murid tidak menunjukkan
peningkatan dan menguasai dalam saringan ketiga konstruk satu dan dua dalam kemahiran
mata muridan asas yang telah dimuridi, guru pemulihan boleh menjalankan penilaian lanjut iaitu
Saringan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDM) dan
Instrumen Saringan Disleksia (ISD).

Instrument ini digunakan bagi kumpulan sasaran iaitu

murid LINUS Tegar, program pemulihan khas dan murid yang mempunyai kebarangkalian
berkeperluan khas.
Tujuan utama penggunaan instrument ini adalah untuk mengesan murid yang
berkebarangkalian mempunyai masalah dalam pembelajaran dan memastikan murid mendapat
akses perkhidmatan pendidikan yang bersesuaian mengikut keperluan. Sebelum menjalankan
instrument ini, criteria penilai hendaklah telah mengajar murid yang hendak dinilai sekurangkurangnya selama enam bulan yang terdiri daripada guru LINUS; guru kelas; guru Pemulihan
Khas; guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik. Saringan ini adalah sebagai prosedur pihak
sekolah menghantar nama murid yang dikesan mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas dengan
ke Pejabat Muridan Daerah (PPD) bagi mendapat pengesahan Pegawai Perubatan dan
seterusnya menempatkan murid berdasarkan keperluan pembelajaran.

Instrumen ini juga

penting sebagai bahan rujukan untuk pengamal perubatan membuat pengesahan status
masalah pembelajaran murid. Berikut adalah carta aliran pelaksanaan prosedur penilaian yang
hendak dilaksanakan:

MURID LINUS TEGAR

MELEPASI

PROGRAM PEMULIHAN KHAS

SARINGAN PENGESAHAN
TIDAK MELEPASI

PEMERIKSAAN PENGAMAL PERUBATAN


DISAHKAN

TIDAK
DISAHKAN

PENDIDIKAN KHAS

Rajah 3
15

SUMBER: Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran,


Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Muridan Malaysia
PERINGKAT KEDUA: KELAYAKAN
Berikut adalah carta aliran kemasukan awal murid berkeperluan khas di Malaysia:

Rajah 4
SUMBER: http://pendidikankhasbtgpdg.weebly.com/maklumat--bahan-ppki.html
Berdasarkan rajah 4 di atas, kita akan dapati bahawa proses kelayakan adalah langkah
kedua yang di mana pengamal perubatan di hospital atau pusat kesihatan perlu mengesahkan
murid tersebut merupakan murid keperluan khas menggunakan borang yang telah disediakan
yang boleh didapati di Unit Khas JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah. Pada peringkat ini, ujian
16

diagnostik dan prosedur yang dilakukan perlulah disahkan oleh pegawai perubatan yang telah
diperakui. Penglibatan pegawai perubatan yang telah diperakui adalah bertujuan menggelak
tanggapan subjektif profesional iaitu keputusan yang berat sebelah dan tidak adil mengenai
pendapat dan penghakiman berkaitan keupayaan, prestasi, dan tingkah laku murid.
Proses kelayakan ini meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pengamal perubatan
dalam mengesahkan masalah yang dihadapi murid berdasarkan ciri-ciri berkeperluan khas
berdasarkan Saringan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran
(IPMBDM) dan Instrumen Saringan Disleksia (ISD) yang dihantar pihak sekolah kepada Pejabat
Muridan Daerah (PPD). Berdasarkan instrumen tersebut, Pejabat Muridan Daerah (PPD) akan
menyelaras senarai nama murid yang diterima daripada sekolah bagi tujuan penyelarasan temu
janji dengan klinik kesihatan. Pada peringkat ini, klinik kesihatan menyelaras tarikh temu janji
dengan pegawai perubatan dan menghantar semula senarai temu janji kepada Pejabat Muridan
Daerah (PPD) untuk pihak sekolah memaklumkan kepada ibu bapa tarikh temu janji dengan
pegawai perubatan di klinik yang ditetapkan dengan membawa bersama keputusan Instrumen
Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDM) dan Instrumen Saringan
Disleksia (ISD) sebagai bahan rujukan untuk pengesahan masalah pembelajaran yang dihadapi
oleh murid beserta surat BPKh01 dan BPKh02.
Walau bagaimanapun, kami dapati proses kelayakan ini melibatkan prosedur yang rumit
dan memakan masa yang panjang yang memerlukan kebenaran ibu bapa dalam melaksanakan
prosedur ini.

Maka, murid yang disahkan sebagai murid berkeperluan khas oleh Pegawai

Perubatan atau Pakar Perubatan Kerajaan atau Pakar Perubatan Swasta perlu mengisi Borang
Pendaftaran Kanak-kanak Kurang Upaya (0-18tahun) iaitu Borang BPKKKU Pindaan1/2009
yang terlebih dahulu kepada pihak sekolah untuk memanjangkan keputusan pengesahan
kepada Pejabat Muridan Daerah (PPD) bagi memohon menempatkan murid ke Sekolah
Pendidikan Khas ataupun Program Pendidikan Khas Intergrasi.
Jika seorang murid itu telah mendapat pengesahan pegawai perubatan bahawa mereka
mempunyai masalah berkeperluan khas, Jabatan Pendidikan Khas akan bertanggungjawab
menguruskan proses penempatan murid tersebut ke Sekolah Pendidikan Khas ataupun
Program Pendidikan Khas Intergrasi. Justeru, setiap murid akan diberi tempoh selama tiga
bulan percubaan dalam mengikuti program tersebut sama ada meneruskan pembelajaran
mereka dalam program tersebut dan jika gagal, murid tersebut akan ditempatkan ke Jabatan
Kebajikan Masyarakat iaitu Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

17

PERINGKAT KETIGA: INTERVENSI PENGAJARAN


Di Malaysia, pelbagai istilah bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Pertama, kanakkanak luar biasa (exceptional children) iaitu kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak
biasa, merangkumi mereka yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga mereka
yang menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada kanak-kanak biasa. Kedua, Kanak-kanak
kurang upaya (children with disabilities) iaitu kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan
atau organ sering digunakan secara sinonim dengan mereka yang mempunyai ketidakupayaan
atau ketidaksempurnaan. Ketidakupayaan ini menghalang dan menghadkan keupayaan mereka
dalam melaksanakan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa. Ketiga, kanak-kanak
yang mengalami kecacatan (handicapped Children) iaitu masalah yang dihadapi oleh mereka
yang mempunyai ketidakupayaan atau kecacatan ketika berinteraksi dengan dengan
persekitaran. Seterusnya, Kanak-kanak berisiko (at risk children) iaitu mereka tidak mengalami
kecacatan tetapi dianggap mempunyai kemungkinan yang besar mengalami sesuatu
kecacatan. Mereka menghadapi masalah dalam kelas biasa dan berisiko untuk menjadi cacat.
(Buku Maklumat Pendidikan Khas 2007. Kementerian Muridan Malaysia)
Kanak-kanak yang dikategorikan dengan mana-mana kategori yang disenaraikan di atas
akan diberikan intervensi awal. Intervensi di Malaysia bermula daripada peringkat awal lagi. Ia
melibatkan golongan- golongan pelbagai disiplin seperti ahli fisioterapi,ahli terapi cara kerja,
ahli terapi pertuturan, kaunselor, doktor perubatan, guru dan Ibu bapa.

Intervensi awal

terbahagi kepada dua iaitu intervensi yang dilakukan di dalam bilik darjah. Ia termasuklah terapi
cara kerja, terapi fisio, aktiviti bermain. Intervensi awal yang dilaksanakan di dalam bilik darjah
memerlukan satu kaedah yang direka khas mengikut keperluan atau ketidakupayaan kanakkanak. Kedua, Intervensi luar bilik darjah. Intervensi luar bilik darjah mempunyai beberapa
contoh. Antaranya intervensi berasakan hospital. Jenis jenis intervensi yang terdapat di hospital
adalah terapi fisio, terapi cara kerja dan terapi pertuturan. Intervensi awal yang dilaksanakan di
hopsital dikendalikan oleh ahli-ahli terapi yang terlatih.
Selain itu, contoh yang kedua ialah intervensi berasaskan rumah. Bagi sesetengah kes,
kanak-kanak disediakan khidmat intervensi awal berasaskan rumah. Keadaan ini khusus
kepada kes kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua tahun dan mempunyai kecacatan
fizikal atau ketidakupayaan pelbagai. Program berasaskan rumah dapat menyediakan peluang
kepada kanak-kanak bersama-sama dengan ahli keluarga dan komuniti setempat . Situasi
18

tersebut menjadi fokus kekuatan dan keutamaan kepada ibu bapa dan komuniti sebagai
penyedia perkhidmatan utama. Kebanyakan perkhidmatan intervensi berasaskan rumah
menekankan kepada lawatan kakitangan profesional untuk memberi tunjuk ajar kepada ibu
bapa cara terbaik mengikut keperluan anak.
Penyediaan Rancangan pendidikan Individu (RPI) merupakan satu daripada intervensi
pengajaran di Malaysia. RPI yang dilaksanakan di Malaysia merupakan pengalaman daripada
perundangan Amerika Syarikat (A.S). ia dijadikan rujukan kualiti (benchmark) memandangkan
kematapan dasar RPI di A.S. dan kerana ketiadaan perundangan khusus mengenai RPI di
Malaysia (Kamaliah, 1997) . RPI merupakan dokumen secara bertulis merekodkan program
jangka panjang dan pendek untuk murid secara individu.
Dari segi perundangan berasaskan Akta Pendidikan Malaysia 1996 pula, tidak mencatat
secara khusus istilah atau peruntukan khas mengenai RPI. Tetapi di Bab 8 Seksyen 41(b)
mencatatkan kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas.
seksyen yang sama, pada para 41(3) pula melanjutkan panduan mengenai kurikulum melalui
perundangan dengan menjelaskan kurikulum yang ditetapkan di bawah perenggan (1b)
hendaklah mematuhi kehendak kurikulum kebangsaan setakat ianya bermunasabah untuk
dipraktik. Hal ini bermaksud kurikulum untuk kanak-kanak khas perlulah berasaskan Kurikulum
Kebangsaan dengan pengubahsuaian mengikut kepentingan, keupayaan dan keperluan murid.
(rujukan : Modul Rancangan Pendidikan Individu bagi Kursus Pendidikan Khas oleh Abdul
Rahim Rahman (1997)
Masih tiada dasar atau polisi berkaitan RPI yang dikemukakan khusus oleh kementerian
pendidikan. Oleh itu, sekolah-sekolah di Malaysia merujuk PL94-142 yang menyatakan RPI
wajib mengandungi lapan komponen. Antaranya, pertama, tahap pencapaian pendidika murid
yang terkini. Kedua, matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun.
Ketiga, objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran mengikut langkahlangkah berurutan hingga membawa kepada penguasaan matlamat tahunan. Keempat, jenis
pendidikan khas yang perlu disediakan untuk murid. kelima, jenis perkhidmatan berkaitan (jika
perlu) yang akan disediakan untuk murid. Keenam, jangka masa murid akan terlibat di dalam
program aliran biasa. Ketujuh, ketetapan tarikh memulakan perkhidmatan dan jangka masa
perkhidmatan dan kelapan, criteria penilaian objektif yang bersesuaian, prosedur penilaian dan
jadual menentukan pencapaian dan penguasaan objektif jangka pendek diadakan sekurangkurangnya setahun sekali.

19

Di Malaysia, pelaksanaan dan perbincangan RPI adalah antara ibu bapa dan guru.pada
pringkat permulaan, guru akan memerhatikan dan menilai prestasi semasa murid. Hasil
penilaian tersebut, guru akan menghasilkan Rancangan Pendidikan Individu untuk dijadikan
rujukan sepanjang tahun. Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu oleh guru berdasarkan
komponen-komponen yang telah dinyatakan. Dalam perancangan RPI, penyataan objektif
jangka pendek haruslah lebih khusus berbanding matlamat tahunan, dicatat mengikut jangka
masa bulanan atau jarak lebih kurang daripada sebulan. Ia merangkumi individu yang
menyediakan perkhidmatan khusus, tempat perkhidmatan akan disediakan, bahan yang
diperlukan serta maklumat alat pengukuhan yang berkesan dan kekuatan tingkah laku. Setelah
perancangan RPI ini disiapkan oleh guru, maka mesyuarat bersama ibu bapa akan dijalankan.
Ia akan dibentangkan secara lisan. Ibu bapa dimaklumkan hak sama ada menolak atau
menerima rancangan tindakan, sebab membuat keputusan, menjelaskan prosedur penilaian
dan maklumat-maklumat yang berkaitan.
Di Malaysia juga, kita beruntung kerana nasib anak-anak pendidikan khas mendapat
pembelaan dan perhatian sepenuhnya daripada pihak kerajaan. Antara agensi kerajaan yang
terlibat ialah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) dikendali oleh Bahagian Pendidikan
Khas, bagi yang dikendalikan oleh Kementerian Muridan Malaysia. Antaranya ialah Persatuan
Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk
kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun. Selain itu, Pusat Bimbingan Sinaran
Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran
sosial.
Seterusnya, Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal
bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur
6-16 tahun. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) pula
komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak
di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak
sindrom down di merata tempat dalam Malaysia. Program intervensi awal adalah disediakan
kepada kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai kanak-kanak yang mengalami kelambatan atau
ketidakupayaan dari segi perkembangan yang berumur 0 hingga 6 tahun (U.S. Department of
Education 2004). Program intervensi awal di Malaysia disediakan kepada kanak-kanak yang
berkeperluan khas yang berumur dari 0 hingga 6 tahun.
Selain itu, rakyat Malaysia bernasib baik kerana Permata Negara sedang mencari
kaedah pengajaran terbaik untuk kanak-kanak autistik untuk program terbaharunya, Permata
20

Kurnia iaitu program menyeluruh intervensi awal untuk kanak-kanak autistik. Penaungnya Datin
Seri Rosmah Mansor berkata Permata Negara sedang melihat pendekatan terbaik dalam
mengendalikan kanak-kanak autistik. Beliau berkata jawatankuasa kerja yang ditubuh untuk
tujuan itu kini mengkaji program intervensi awal yang dilaksanakan negara luar seperti United
Kingdom dan Amerika Syarikat, yang sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia. (Bernama Media,
3 Julai 2013)
Hasilnya, kerajaan telah memperuntukkan RM28 juta untuk menubuhkan pusat Permata
Kurnia atau Permata Autisme di kawasan seluas 1.04 hektar di Sentul, Kuala Lumpur. Ia
dijangka siap pada 2015. Mengikut perancangan, sekolah yang dikenali Permata Negara itu
dilengkapi dengan guru-guru berkelayakan, profesional Applied Behaviour Analysis, ahli terapi
pertuturan dan bahasa serta rawatan. Ianya merupakan langkah bijak yang dilakukan oleh
pihak kerajaan. Umum mengetahui bahawa Amerika Syarikat antara negara yang mempunyai
pelaksanaan Pendidikan Khas yang baik. Berbekalkan kewangan yang mencukupi, prasarana
yang baik serta komitmen yang ditunjukkan oleh setiap golongan profesional, tenaga pengajar,
pasukan pelbagai disiplin ia memastikan program Pendidikan Khas di Amerika Syarikat antara
program yang boleh dijadikan contoh.
Selain itu, terdapat perkhidmatan di luar institusi yang memberikan perkhidmaan kepada
golongan OKU. Badan NGO ini berpendapat ia peranan yang sewajarnya dilakukan sebagai
ahli masyarakat. Antara perkhidmatan yang dijalankan ialah memberikan kemudahan
penjagaan, rawatan dan latihan kepada OKU bagi menjadikan mereka sebagai ahli masyarakat
yang produktif. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, telah diwujudkan kelas-kelas khas yang
mengandungi sukatan muridan yang dikhaskan mengikut keperluan meraka. Contohnya seperti
Kelas Pendidikan Khas dan juga Kelas Pemulihan Khas. Pendidikan yang mana di sediakan
untuk mereka menampilkan para pendidik yang telatih dalam pengurusan kanak-kanak
berkeperluan khas ini.
Selain itu, wujud pelbagai pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan seperti Pusat
Jagaan dan Pemulihan Harian Ramah (PJPHR) di Seksyen 10, Shah Alam, Selangor. PJPHR
adalah pusat jagaan harian dan latihan pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya fizikal dan
mental. Di antara program yang dijalankan di PJPHR ialah penjagaan harian, terapi
multisensori, perkembangan awal kanak-kanak, pendidikan kanak-kanak lembam, pemulihan
selepas rawatan hospital untuk kanak-kanak dan latihan pemulihan serta jagaan di rumah.
Kanak-kanak yang dihantar ke pusat itu telah disahkan oleh pakar perubatan mempunyai

21

masalah-masalah seperti autisme, spastik, hiperaktif, lembam, serebral palsi, sindrom down
dan terencat akal.
Rumusannya, intervensi pengajaran yang dijalankan di Malaysia dan luar negara
mempunyai persamaan dan perbezaan. Persamaan yang dikenal pasti membuktikan bahawa
program Pendidikan Khas yang dijalankan di Malaysia berada pada landasan yang baik untuk
bergerak seiring dengan negara maju yang lain. Negara-negara yang mempunyai program
Pendidikan Khas yang baik mampu dijadikan penanda aras bagi memastikan kanak-kanak
berkeperluan khas yang ada di Malaysia mampu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak
normal yang lain.
PERINGKAT KEEMPAT: MENGUKUR KEMAJUAN
Pengukuran kemajuan diperlukan di Malaysia bagi mengukur sejauh mana pencapaian
murid setelah intervensi dijalankan seperti yang tertulis di dalam RPI. Ia diguabl oleh guru
ataupun Kementerian Muridan Malaysia. Hasilnya, murid dapat menguasai tajuk-tajuk ataupun
kemahiran yang telah diajarkan oleh guru. Ujian pencapaian bertujuan untuk menentukan
kesediaan murid-murid untuk memulakan tajuk baru dan mengenalpasti masalah yang dihadapi
mereka bagi tajuk-tajuk yang diuji. Sekiranya murid-murid belum lagi menguasai tajuk-tajuk
yang diuji, maka guru boleh merancang tindakan susulan seperti pemulihan.
Ujian pencapaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Ujian Rujukan Norma dan
Ujian Rujukan Kriteria. Ujian rujukan norma secara umumnya merupakan ujian perbandingan
yang membandingkan keputusan yang diperolehi oleh seseorang murid dengan keputusan
murid yang lain. Ujian ini dibina untuk menghasilkan perbezaan pencapaian yang maksimum di
kalangan murid. Oleh yang demikian, tahap kesukaran ujian perlu dikawal dengan nisbah
soalan mudah, sederhana dan sukar ialah 2.5:5:2.5. Ujian rujukan norma biasanya
menggunakan markah min sebagai rujukan. Ini bermaksud, sekiranya ramai murid mendapat
skor rendah, maka markah lulus akan rendah juga dan sebaliknya. Di Malaysia, antara contoh
ujian rujukan norma ialah peperiksaan-peperiksaan besar seperti peperiksaan akhir tahun,
peperiksaan pertengahan tahun, UPSR, PMR, SPM dan STPM. Soalan-soalan disediakan oleh
pihak Kementerian Pendidikan. Hasil daripada ujian norma ini, keputusan murid boleh
dibandingkan. Sama ada antara individu dan individu, antara satu sekolah dan sekolah yang
lain. Murid-murid berkeperluan khas boleh mengambil ujian ini setelah dilihat berdasarkan
prestasi semasa melalui pentaksiran dan ujian yang dijalankan.

22

Ujian rujukan kriteria bertujuan membandingkan pencapaian murid dengan kriteria


tertentu. Kriteria yang digunakan tidak bermaksud kemahiran tertinggi yang perlu dikuasai
murid,tetapi lebih kepada kriteria yang ditetapkan oleh guru. Ujian rujukan kriteria menentukan
tahap penguasaan sesuatu kemahiran yang telah dimuridi mengikut kriteria yang telah
ditentukan. Selain itu, ujian rujukan kriteria juga dapat memperbaiki pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan keputusan ujian. Ia bertujuan untuk mengumpul sama ada
kemahiran yang telah diajar boleh dikuasai oleh murid ataupun tidak. Bagi murid pendidikan
khas, guru sentiasa menjalankan ujian kriteria bagi mengetahui perkembangan semasa murid
agar intervensi bersesuaian dapat dijalankan.
Rumusannya, proses pentaksiran di Malaysia merangkumi empat peringkat iaitu
peringkat saringan, peringkat kelayakan, peringkat intervensi pengajaran dan peringkat
mengukur kemajuan. Keempat-empat peringkat ini melibatkan pihak sekolah, guru, ibu bapa,
pasukan pelbagai disiplin, dan pihak Kementerian Pendidikan. Keempat-empat langkah yang
digunakan untuk proses pentaksiran ini perlu dilakukan seperti yang telah ditetapkan bagi
memastikan kelangsungan program pendidikan khas di Malaysia berjalan lancar dan maju.
Keempat-empat peringkat ini melibatkan proses pentaksiran. Setiap daripada peringkat itu,
memerlukan guru melakukan pelbagai ujian bagi menilai prestasi semasa murid. Keputusan
yang dicapai penting kerana aktiviti, program dan intervensi yang akan dijalankan berdasarkan
prestasi semasa murid. Kerajaan Malaysia turut memberikan sokongan yang padu dengan
menyediakan pelbagai kemudahan dan terai untuk kanak-kanak berkeprluan khas. Semua
pihak harus bersatu padu dan bekerjasama bagai aur denga tebing bagi memastikan
pendidikan khas di Malaysia terus maju dan cemerlang agar ianya mampu bersaing dengan
negara-negara maju yang lain.

3.0 ANALISIS PENTAKSIRAN DI MALAYSIA


Kelahiran anak yang cacat akan menjadi satu tamparan hebat yang hebat kepada ibu
bapa. Kelahiran golongan yang dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas
merupakan takdir yang maha Esa khusunya kepada ibu bapa. Namun begitu, golongan ini
memerlukan sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak bagi memastikan mereka dapat
meneruskan

kelangsungan

hidup

seperti

kanak-kanak

normal.

Antara

pihak

yang

bertanggungjawab bagi golongan ini di Malaysia ialah guru-guru pendidikan Khas, ibu bapa dan
penglibatan pasukan pelbagai disiplin. Setelah perbincangan dilakukan, kami telah membuat
23

keputusan untuk menjalankan analisis pentaksiran di Malaysia berdasarkan akauntabiliti guru,


penglibatan ibu bapa dan penglibatan pasukan pelbagai displin.
3.1 AKAUNTABILITI GURU
Guru merupakan individu yang terpenting bagi memastikan proses pentaksiran dapat
dijalankan. Golongan ini yang akan menjalankan proses saringan, intervensi pengajaran dan
menjalankan proses pengukuran kemajuan.

Pentaksiran di peringkat saringan memerlukan

guru bertindak sebagai pemerhati tingkah laku murid, menjalankan perbincangan dengan ibu
bapa dan menjalankan ujian diagnostik. Oleh itu, dalam memastikan proses pentaksiran ini
berjalan lancar guru perlulah bersikap profesional dengan menggelak membuat keputusan
berdasarkan tanggapan subjektif profesional.

Contohnya, membuat keputusan yang berat

sebelah dan tidak adil mengenai pendapat dan penghakiman berkaitan keupayaan, prestasi,
dan tingkah laku murid.
Kebiasaanya dalam melaksanakan pentaksiran di peringkat saringan guru berperanan
merangka intervensi yang sesuai, memilih strategi pengajaran yang tepat dan menempatkan
murid sesuai mengikut tahap kebolehan murid. Maka, guru perlulah mempunyai akauntabiliti
dalam menjalankan ujian-uijian pemeriksaan dan melengkapkan skala penilaian tingkah laku
contohnya, lembaran kerja, portfolio, jurnal, dan ujian diagnostik terhadap murid. Kegagalan
guru dalam melaksanakan langkah tersebut akan menyebabkan maklumat yang diperolehi
kurang tepat dan menyukarkan guru itu sendiri mengenal pasti punca masalah yang dihadapi
murid.
Selain itu, Rancangan Pendidikan Individu (RPI) juga merupakan dokumen yang
penting untuk menjalankan intervensi terhadap murid. Namun begitu, pelaksanaan RPI di
Malaysia tidak menyeluruh. Walaupun tidak mempunyai RPI yang khusus namun Kementerian
Pendidikan telah sepakat untuk merujuk RPI di Amerika Syarikat. Pelbagai maklumat, ujian dan
pentaksiran perlu dilakukan oleh guru bagi memastikan objektif jangka masa pendek dan
objektif tahunan dapat dicapai. Terdapat guru pendidikan khas yang tidak menjalankan aktiviti
dan intervensi yang telah dirancang dalam RPI.

Pelaksanaan tidak dijalankan secara

menyeluruh dan mengakibatkan proses pembelajaran murid terganggu. Prestasi sebenar murid
tidak dapat diketahui kerana program dan aktiviti serta ujian pentaksiran yang dilakukan tidak
berjalan seperti yang dirancang.

24

3.2 PENGLIBATAN IBU BAPA


Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran membawa perubahan besar kepada sekolah,
guru, dan murid tersebut. Menurut modul Working Towards Partnership oleh Dr. Yasmin Binti
Hussain, penglibatan ibu bapa membawa makna yang berbeza antara seorang individu dengan
individu lain. Ibu bapa berperanan sebagai penggerak dalam memastikan sistem latihan dan
pengajaran yang teratur dapat diberikan kepada anak mereka. Justeru, penglibatan ibu bapa
dalam proses pembelajaran akan lebih berkesan di mana ibu bapa meneruskan dan
menyambung isi muridan yang telah disampaikan guru. Dalam Warnock Report (1978), ada
menyatakan kejayaan muridan dan pembelajaran anak-anak khas bergantung kepada
penglibatan sepenuhnya oleh ibu bapa yang dilihat sebagai rakan kongsi dalam proses
pembelajaran.
Di Malaysia, terdapat ibu bapa yang memberikan kerjasama yang baik kepada guru dan
pihak sekolah.

Namun begitu, terdapat juga kekangan daripada pihak ibu bapa yang

mempunyai keperluan tersendiri dan keutamaan dalam hidup.

Oleh itu, mereka telah

meyerahkan sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab berkaitan pendidikan anak-anak


mereka kepada pihak sekolah. Bagi ibu bapa yang memberikan komitmen yang baik kepada
pihak sekolah banyak tenaga, masa, wang ringgit disumbangkan bertujuan meningkatkan mutu
pembelajaran anak mereka.

Terdapat sebahagian daripada mereka memegang peranan

sebagai ahli jawatan kuasa sekolah bagi merancang pelbagai program untuk kanak-kanak
keperluan khas. Contohnya, menjalankan aktiviti Hari Keluarga, sukaneka dan Hari Temu Murni
antara ibu bapa dan guru.

program-program ini dirancang untuk mengeratkan hubungan

silaturahim antara pihak sekolah, ibu bapa dan murid. Selain itu, penglibatan ibu bapa dalam
program intervensi di rumah dapat mengurangkan ketidakupayaan murid dan meneruskan
kelangsungan pembelajaran di rumah.
Namun, terdapat juga kekangan yang dihadapi pihak sekolah apabila ibu bapa sukar
memberikan kerjasama yang baik. Sesetengah ibu bapa bertindak untuk menyalahi orang lain
terutama pihak sekolah apabila dimaklumkan anak mereka perlu dimasukkan dalam program
pendidikan khas. Hal ini kerana, pihak ibu bapa berasa kecewa terhadap anak dan diri sendiri
sehingga mereka bertindak sedemikian. Sikap ini secara tidak langsung telah menjejaskan
kelangsungan dan keberkesanan intervensi pengajaran bagi proses pentaksiran yang
dijalankan. Ibu bapa enggan memberi kerjasama yang diperlukan guru dalam melaksanakan
pentaksiran bagi mendapatkan maklumat yang terperinci tentang murid tersebut melalui

25

perjumpaan, temu bual dan senarai semak guru kelas bersama ibu bapa. Permasalahan ini
akan menyebabkan kesukaran kepada guru dalam merancang dan membina aktiviti dan ujian
pentaksiran terhadap anak mereka.
Bagi murid-murid berkeperluan khas yang bersekolah di luar bandar, ibu bapa mereka
akan menghadapi masalah untuk mendapatkan rawatan susulan berkaitan permasalahan anak
mereka. Bagi ibu bapa yang tinggal di bandar, kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai
petani, nelayan dan berniaga secara kecil-kecilan. Hal ini akan menyebabkan mereka
menghadapi masalah kewangan untuk menghantar anak-anak mereka menjalankan rawatan
bersama ahli fisioterapi, ahli terapi pertuturan dan sebagainya. Oleh itu, kebergantungan
sepenuhnya golongan ini kepada guru dan pihak sekolah untuk menjalankan proses intervensi.
3.3 PENGLIBATAN PASUKAN PELBAGAI DISIPLIN
Antara pasukan profesional yang terlibat dalam proses pentaksiran di Malaysia ialah
doktor, ahli fisioterapi. ahli terapi pertuturan, dan golongan pelbagai disiplin yang lain. Di
peringkat kelayakan, doktor ataupun pengamal perubatan merupakan individu yang
bertanggungjawab sepenuhnya menentukan kelayakan murid-murid tersebut sama ada layak
masuk ke kelas pendidikan khas ataupun tidak.

Namun begitu, sesetengah pengamal

perubatan mempunyai kesilapan dalam menentukan kategori permasalahan murid. Kesilapan


ini akan memberikan kesan yang besar kerana guru akan merujuk sepenuhnya terhadap
masalah yang dinyatakan oleh pengamal perubatan bagi pelaksanaan proses pentaksiran di
sekolah. Kesilapan yang dilakukan oleh pengamal perubatan boleh dielakkan sekiranya mereka
memeriksa dengan teliti dan menilai borang-borang yang disediakan oleh guru. selain itu,
murid-murid berkeperluan khas ini juga dapat dilihat permasalahannya pada fizikal dan tingkah
laku mereka. Oleh itu, jika benar pemerikasaan dijalankan secara teliti, maka permasalahan ini
tidak akan timbul.
Kesimpulannya, analisis yang dijalankan oleh kami adalah pendapat peribadi kami
sendiri berdasarkan pemerhatian ketika di sekolah. Kurangnya sikap kebertanggungjawaban
dalam kalangan guru, ibu bapa dan golongan pelbagai disiplin ini yang mengganggu
keberkesanan proses pentaksiran di Malaysia. Pihak kerajaan menyediakan prasarana dan
kemudahan yang pelbagai bagi memastikan kanak-kanak berkeperluan khas dapat
meneruskan pembelajaran seperti kanak-kanak normal. Moga pendidikan khas di Malaysia
terus maju dan berkembang seperti negara-negara maju yang lain. Kita mampu jika bersatu!

26

4.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN

27

5.0 BIBLIOGRAFI
Abdul Rahim Rahman (1997) Rancangan Pendidikan Individu, Kursus Pendidikan Khas.
Abu Bakar Nordin (1986). Asas Penilaian Pendidikan. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.
Bhd
Bahagian Pendidikan Khas (2011). Manual: Pengesanan Murid Bermasalah Dalam
Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia
Gay (1985), dicapai pada 12 Mac 2014 daripada
http://www.scribd.com/doc/86577251/Pentaksiran-Dalam-Pendidikan-Khas222
Kementerian Murid dan Malaysia (2007), Buku Maklumat Pendidikan Khas
Lambert, D. and Lines, D. (2000). Understanding Assessment. London: RoutledgeFalmer.
Ng, S. N. (1991). Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.
Bhd
Stufflebeam (1971) dicapai pada 12 Mac 2014 daripada
http://wasilahpendidikankhas.blogspot.com/
Yasmin Hussain ( 2006), Working Towards Partnership: Kerjasama Antara Ibu Bapa dan Guru.
Melaka: Unit Pendidikan Khas

28

Anda mungkin juga menyukai