Anda di halaman 1dari 13

Faktor kritikal kejayaan Pendidikan Inklusif

Perkhidmatan sokongan

Peralatan

 Perkhidmatan sokongan dari kumpulan individu atau agensi-agensi


tertentu dalam menyediakan peralatan yang relevan dengan keperluan
MBK dapat menjamin pelaksanaan PPI dgn berkesan
 Contoh: Mesin braille & kanta pembesar (masalah penglihatan), alat bantu
pendengaran (masalah pendengaran), kerusi roda (kurang upaya fizikal).
 Sistem Augmentative and Alternative Communication (ACC) direka khas
untuk individu yang kurang upaya fizikal untuk bertutur dan menulis
supaya dapat berkomunikasi secara berkesan menggunakan ACC.
 Bahan bantu mengajar (TMK & Perisian yang sesuai) dapat membantu
guru menarik minat MBK belajar di kelas aliran perdana.
 Peralatan asas (meja kerusi) dapat diubah suai dengan murid yang
berkerusi roda atau kekurangan fizikal lain.

Infrastruktur

 Infrastruktur : kemudahan- kemudahan asas dan perkhidmatan sokongan


yang menggalakkan penglibatan aktif murid berkeperluan khas dalam
persekitaran sekolah.
 Persekitaran yang “Mesra kurang upaya” untuk memudahkan pergerakan
MBK & penglibatan mereka dalam aktiviti seharian di sekolah.
 Contoh: susur landai (ramp), susur tangga (railing), tandas OKU, &
longkang bertutup.
 Aspek fizikal bilik darjah : susun atur kemudahan fizikal, penyusunan
perabot & stesen-stesen pembelajaran.
 Pengurusan aspek fizikal kelas: guru & murid dapat bergerak tanpa
halangan, membantu guru dalam menumpukan perhatian kepada semua
murid.
 Kedudukan kelas di aras bawah (jika ada berkerusi roda).
Masyarakat

 Masyarakat sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung


dalam dunia pendidikan individu kurang upaya.
 Ibu bapa – beri sokongan, cari maklumat dan kemahiran khusus untuk
melengkapkan diri.
 Sikap dan tanggapan positif guru. Guru merancang aktiviti PdP yang fokus
kepada kekuatan dan keperluan individu.
 Pentadbiran menyediakan ruang dan peluang buat program selaras
matlamat PPI.
 Contoh: Program gotong-royong tutup longkang demi keselamatan MBK
@ Program Perkhemahan MBK dgn ibu bapa.

Personel

 Personel : merujuk kepada individu yang berada dekat dengan MBK ketika
mereka di sekolah.
 Contoh: pakar perubatan (pakar audiologi, pediatrik, psikologi, neurologi),
pakar terapi (juruterapi, pemulihan fizikal, jurupulih cara kerja & juruterapi
bahasa & pertuturan).
 Pakar perkhidmatan bahasa & pertuturan: mengkaji pertuturan &
perkembangan bahasa murid & bekerjasama dengan ibu bapa dan guru
untuk menyediakan intervensi yang paling sesuai untuk murid.
 Pakar audiologi (pendengaran), pakar pediatrik (ponsel yang buat
diagnostik awal mengesan punca masalah keperluan khas kanak-kanak.
 Guru PK & guru biasa bekerjasama & berkongsi maklumat tentang minat,
potensi & kebolehan murid bagi menjamin kualiti perancangan &
pelaksanaan aktiviti.

Kolaboratif khidmat sokongan

Berdasarkan dua artikel yang saya telah baca tentang khidmat sokongan,
khidmat sokongan merupakan satu kumpulan orang yang mempunyai kepakaran
dan keperihatan dalam kerja – kerja sosial. Mereka terdiri daripada para
professional yang mahir dalam bidang tertentu dan bekerja secara berpasukan
dan tidak berdasarkan bayaran. Mereka dikenali sebagai Pasukan pelbagai
Disiplin.Khidmat Sokongan biasanya dalam bentuk bantuan atau pertolongan
seperti khidmat kepakaran, penasihat, kemudahan, perundangan, kewangan
atau psikologi dalam menangani murid- murid pendidikan khas bagi mencapai
matlamat pendidikan. Perkembangan khidmat sokongan telah bermula sekitar
tahun 1970-an apabila ahli-ahli psikologi percaya bahawa konsultasi perlu
dipermudahkan. Menjelang tahun 1980-an khidmat sokongan mula mendapat
perhatian dalam pendidikan khas (Friend & Cook,1992) Beliau juga telah
mendefinisikan khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara
langsung sekurang-kurangnya antara dua kumpulan yang bersetuju dalam
membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama. Menurut Shea, T. M.
& Bauer (1991) khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi setiap
anggota di sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid
khas, guru, ibu bapa dan murid-murid lain dalam kelas biasa. Kefahaman tentang
murid-murid khas bukan hanya dapat membantu pihak sekolah membantu
mereka tetapi juga menghargai kewujudan mereka sebagai sebahagian daripada
anggota sekolah. Khidmat sokongan dalam pendidikan khas telah diperluaskan
dalam kalangan guru-guru khas, guru-guru biasa, ibu bapa, murid dan agensi
khidmat masyarakat. Penglibatan keluarga menjadi agenda yang penting dalam
tahun 1990-an. Hal ini telah menyebabkan terbentuknya kolaborasi kumpulan
pelbagai disiplin. Kolaborasi ialah perkembangan dan pengekalan yang positif,
hormat-menghormati, perhubungan egalitarian dan saling bekerjasama dalam
menyelesaikan sesuatu masalah dan perkongsian dalam membuat sesuatu
keputusan melalui proses perundingan. Kolaborasi adalah usahasama di antara
beberapa pihak, kumpulan, organisasi atau disiplin untuk melaksanakan sesuatu
projek. Usaha ini diperlukan kerana sumbangan dan peranan mereka yang
berbeza-beza dapat membantu kanak-kanak tersebut. Pihak-pihak yang terlibat
dalam kolaborasi pendidikan khas di sekolah ialah kaki tangan sekolah seperti
guru besar, guru pendidikan khas, pentadbir dan staf sokongan sekolah, pakar-
pakar perubatan, terapi, jurupulih, patologis, jururawat, motivator, ibu bapa,
penjaga dan ahli keluarga. persatuan-persatuan dalam komuniti, jabatan-jabatan
kerajaan seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan
Kesihatan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).

Antara sebab mengapa perlunya ada kolaborasi dan kerjasama di antara


pelbagai disiplin dalam pendidikan khas di sekolah adalah kerana untuk
menjalankan diagnosis tentang ketidakupayaan dan tahap kanak-kanak
pendidikan khas, setiap jenis ketidakupayaan dan tahapnya memerlukan
pengendalian yang berbeza caranya, membuat keputusan secara berpasukan
tentang penempatan jenis persekolahan kanak-kanak pendidikan khas, setiap
kanak-kanak pendidikan khas yang mengalami masalah yang berlainan
memerlukan latihan kemahiran dan kemudahan peralatan yang berbeza,
pendidikan khas memerlukan bantuan tenaga yang ramai untuk dikendalikan,
setiap kanak-kanak khas mempunyai masalah sampingan yang berkait rapat
dengan masalah kefungsian dan kebolehan untuk belajar perlu dirujuk kepada
beberapa pakar, pendidikan khas memerlukan sumber kewangan yang besar
dengan menggabungkan tenaga dan peralatan dari pelbagai pihak dapat
mengurangkan beban ini dan akhir sekali masalah tingkah laku dan
pembelajaran dalam kelas biasanya dapat diselesaikan dengan lebih efektif jika
terdapat usahasama antara pihak-pihak tertentu terutama sekali guru dan ibu
bapa.

KOLABORASI PELBAGAI PIHAK DAN AGENSI

IBU BAPA

Peranan ibu bapa terhadap anak-anak pendidikan khas ialah mereka perlulah
peka terhadap perkembangan anak-anak. Dalam menentukan sesuatu proses
pengajaran yang berkesan, peranan ibu bapa amat perlu untuk menjayakan
pendidikan untuk anak-anak mereka. Sentiasa memberikan kerjasama dan
membentuk tingkah laku dan akademik anak mereka. Ibu bapa seharusnya
memberi latihan kepada anak mereka sewaktu anak mereka berada di rumah
dan memastikan anak mereka sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi. Ibu
bapa juga perlulah mengetahui cara untuk menangani anak-anak mereka yang
memiliki kecacatan dari segi mental, emosi dan fizikal. Ibu bapa juga perlulah
mengesan dengan kadar segera masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka
kerana kemungkinan masalah itu dapat dipulihkan. Ibu bapa juga perlulah
mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar perubatan tentang masalah yang
dihadapi oleh anak-anak mereka. Mereka juga perlulah memasang strategi yang
sesuai untuk anak-anak mereka yang menghadapi masalah untuk membentuk
kelakuan anak-anak itu.

Ianya mampu memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan


anak-anak dengan seimbang dari aspek tingkah laku dan efektif. Ada segelintir
ibu bapa malu mempunyai anak yang ada kad OKU dan tidak dapat menerima
hakikat bahawa mereka terpaksa memikul beban seumur hayat mereka dengan
jenama OKU tersebut. Sebahagian Ibu bapa beranggapan tidak perlu bersusah
payah mengajar bersungguh-sungguh kerana mereka sedar anak mereka
memang begitu. Memadai hanya pergi ke sekolah, bergaul dengan rakan dan ibu
bapa boleh membuat tugas lain sementara anak ke sekolah. Itulah tanggapan
yang paling pahit untuk dterima oleh seorang guru Pendidikan Khas. Perasaan
kasih sayang itu bertukar kepada kasihan maka sebab itu anak mereka tidak
dapat menunjukkan perkembangan dan kebolehan yang sebenar mengikut
keupayaan mereka. Kesibukan ibu bapa sehingga mengurangkan tumpuan dan
perhatian kepada anak-anak mereka. Bosan menghantar anak mereka ke sesi
terapi yang pada mereka tidak membawa makna apa-apa. Pada hal mereka
tidak menyedari perkembangan yang berlaku pada anak-anak mereka. Malahan
ibu bapa tidak menjalankan sesi tersebut di rumah secara berterusan. Selain itu,
penglibatan ibu bapa dalam program pendidikan khas juga dapat memberikan
semangat kepada murid-murid khas. Mereka juga akan berasa lebih yakin pada
diri sendiri kerana ada yang menyokong mereka. Penglibatan ibu bapa juga
dapat meningkatkan lagi perkembangan anak-anak mereka.

GURU
Peranan pihak sekolah seperti guru-guru juga amat penting dalam program
pendidikan khas. Mengikut Kamus Dewan (Edisi Ke-4), guru adalah orang yang
mengajar, pendidik, pengajar dan juga pengasuh. Oleh sebab itu, peranan dan
tanggungjawab seorang guru sangat memberi impak yang besar dan mendalam
dalam diri setiap murid. Profesion guru merupakan suatu pekerjaan yang amat
mulia di sisi Allah S.W.T. dan banyak hadis Rasulullah S.A.W yang menyarankan
umat manusia untuk menjadi pendidik atau penuntut ilmu yang menabur bakti
mengajar orang lain apatah lagi menjadi guru pendidikan khas yang telah
berbakti mengajar murid-murid istimewa yang memerlukan kesabaran yang
sangat tinggi. Peranan guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai
pengajar kerana tugas utama guru di dalam bilik darjah adalah menyampaikan
ilmu pengetahuan berdasarkan sukatan pelajaran serta mendidik murid-murid
supaya menjadi insan yang bermoral tinggi. Untuk mencapai objektif ini, guru
sebagai pengajar hendaklah merancangkan aktiviti pengajaran yang sesuai, alat
bantu mengajar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran, melaksanakan rancangan mengajar yang telah disediakan dan
membuat penilaian atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan. Melalui maklum balas yang diperoleh daripada penilaian, guru dapat
menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran
yang baharu mengikut masalah perlu diwujudkan apabila penambahbaikkan
diperlukan. Oleh sebab itu, guru haruslah menggunakan pendekatan yang kreatif
dan kritis untuk menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru juga dianggap sebagai pengurus apabila mereka diperlukan untuk


mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid supaya menjalankan tugas seperti
menjaga kebersihan kelas, menjaga disiplin pelajar dan sebagainya. Kecekapan
guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana
sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang
kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, guru pendidikan khas juga bertanggungjawab untuk
menyimpan rekod-rekod peribadi murid mereka. Rekod peribadi mereka
sangatlah penting kepada individu lain untuk mendapatkan maklumat dan
sebaginya. Guru juga perlulah sentiasa mengemaskini rekod peribadi murid-
murid ini supaya perkembangan terbaru mereka dapat diperbaharui. Guru juga
berperanan penting untuk membentuk kanak-kanak pendidikan khas supaya
mereka pandai berdikari dan menguruskan diri. Mereka juga perlulah berfikiran
kreatif, inovatif dan imaginatif. Ini kerana jika guru pendidikan khas seorang yang
mempunyai ciri-ciri begini ia dapat menarik minat murid-murid berkeperluan khas.
Guru pendidikan khas juga perlulah membawa murid-murid berkeperluan khas
melawat kawasan luar agar dapat meluaskan pengetahuan mereka tentang
dunia luar.

Selain itu, untuk melancarkan lagi perkembangan program pendidikan


khas kerjasama guru pendidikan khas sangat penting. Guru pendidikan khas dan
juga guru biasa perlulah berkongsi pendapat untuk mencapai objektif dalam
pendidikan khas. Mereka juga boleh bertukar-tukar bahan untuk mengajar. Hal ini
dapat menjimatkan lagi masa dan tenaga. Maka ketahuilah bahawa peranan
guru juga sangat untuk merealisasikan aspirasi pendidikan khas.

KOMUNITI

Komuniti berperanan dalam menerima dan mengambil berat tentang golongan


orang kurang upaya (OKU). Komuniti harus lebih bersifat terbuka dan merendah
diri dalam membantu dan menghulurkan bantuan kepada golongan OKU.
Komuniti yang bertanggungjawab harus bersedia melibatkan diri dalam segala
program yang dianjurkan untuk golongan OKU.

BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

Peranan badan-badan bukan kerajaan ialah untuk mengesan dan menjalankan


rawatan, pembelajaran dan penerimaan kanak-kanak berkerperluan khas.
Mereka juga memberi bantuan dan nasihat kepada keluarga kanak-kanak
berkerperluan khas serta mereka juga memberi penerangan kepada ibu bapa,
para professional dan orang ramai. Mereka juga berperanan untuk memberi
asuhan-asuhan kepada kanak-kanak berkerperluan khas dan kanak-kanak cacat
anggota dan mental. Kanak-kanak ini diberi latihan mental dan fizikal. Badan-
badan bukan kerajaan juga menganjurkan program-program terapi pertuturan
bagi murid-murid sumbing bibir dan lelangit. Di samping itu, ia juga memberi
khidmat sokongan kepada ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan ini. Mereka
juga membantu murid berkeperluan khas seperti murid-murid sindrom down
mendapat pelajaran serta latihan kemahiran hidup sebelum mereka dihantar ke
sekolah khas kerajaan. Badan kerajaan ini juga menjalankan aktiviti seperti
mengesan murid-murid buta untuk didaftar dan dirujuk. Mereka juga menjalan
program tindakan awal ‘early intervention’, menjalankan program pra sekolah,
memberi nasihat kepada ibu bapa dan menjalankan program penglihatan terhad.
Terdapat beberapa pusat yang ditubuhkan oleh badan-badan bukan kerajaan
seperti Malaysian Care, Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan
Wilayah Persekutuan, Persatuan Orang Buta Malaysia, Yayasan Sindrom Down
Kiwanis, Cleft Lip and Palate Association of Malaysia, NURY, TASPUTRA
PERKIM dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi bantuan dari segi


perkhidmatan kepada orang kurang upaya yang bersesuaian dengan syarat yang
ditetapkan. Mereka menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa yang mendaftar
dengan mereka sahaja. Mereka juga mengecualikan bayaran pendaftaran
kemasukan pelajar kurang upaya. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah
memainkan peranan dalam menggalakkan pelbagai kemudahan bagi
membolehkan OKU bergerak bebas. “Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang
Upaya Ke bangunan Awam” dirangka bagi mewajibkan bangunan baru
mempunyai kemudahan akses kepada OKU. Antaranya termasuklah laluan yang
bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai,
tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menyediakan pelbagai program


untuk menjaga, membantu dan menyediakan kemudahan untuk membolehkan
orang kurang upaya menjalani yang normal kehidupan. Mengadakan bantuan
alat tiruan seperti anggota tiruan, tongkat, kaki palsu, tangan palsu, kalipers,
kerusi roda , alat pendengaran, cermin mata khas dan alat-alat lain diberi supaya
orang kurang upaya yang miskin dan berkeperluan dapat bergerak serta
memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan. Usaha telah diambil untuk
menyediakan lebih banyak kemudahan mesra orang kurang upaya seperti
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kemudahan bebas
dari halangan.

Di samping itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mengadakan Elaun


Pekerja Cacat (EPC). Elaun insentif kepada OKU yang bekerja dan
berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan bagi individu untuk
menggalakkan mereka berminat bekerja. Skim ini bertujuan menggalakkan OKU
berdikari dan penyenggaraan pendapatan dapat memenuhi keperluan asas
kehidupan OKU dan tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain.
OKU yang bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif
dan untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyediakan faedah seperti


pemeriksaan kesihatan, pemberian ubat dan kemudahan wad di hospital
kerajaan secara percuma, potongan tambang perjalanan, pengecualian cukai
jalan, dokumen perjalanan percuma, tambahan pelepasan cukai pendapatan,
potongan duti eksais bagi pembelian kenderaan nasional dan potongan harga
bagi pembelian rumah kos rendah. Latihan pemulihan seperti latihan pra
vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama, rekreasi dan aktiviti
luar diberikan kepada individu orang kurang upaya kategori terencat akal
sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-
masing. Perlindungan dan jagaan diberi kepada orang kurang upaya yang
mengalami kecacatan yang teruk.

PAKAR PERUBATAN

Dari perspektif perubatan, kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai


mengalami kecacatan atau terdiri daripada kanak-kanak kurang upaya. Oleh itu
pendekatan perubatan terhadap kanak-kanak ini ialah untuk memulih atau
mengubati kecacatan yang dialami. Umpamanya, usaha ke atas kanak-kanak
pekak dilakukan untuk memulih pendengaran dan melatih mereka untuk bertutur.
Begitu juga usaha perubatan yang dilakukan ke atas kanak-kanak buta adalah
untuk memulih penglihatan mereka dengan menggunakan pendekatan teknologi
dan perubatan terkini yang pesat membangun dari semasa ke semasa. Pakar
perubatan merupakan kumpulan profesional yang memainkan peranan penting
dalam pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Klasifikasi kanak-kanak
berkeperluan khas (exceptional children) yang dilakukan oleh ahli perubatan
berasaskan kepada ciri-ciri perubatan. Pengesahan sama ada seseorang kanak-
kanak perlu belajar di sekolah biasa atau sekolah khas dilakukan oleh ahli
perubatan.

Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berasaskan kecacatan


atau kekurangan yang dimiliki berdasarkan ciri-ciri perubatan. Pakar perubatan
menekankan kepada pemulihan daripada kecacatan atau kekurangan. Sebab
atau punca kecacatan atau kekurangan diberi fokus utama dan cadangan untuk
mengatasi kecacatan berkenaan diberikan. Pemuliharaan (rehabilitation)
dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah perubatan dengan tujuan
untuk memastikan kecacatan atau kekurangan yang ada pada seseorang itu
tidak bertambah teruk. Sebaliknya, pakar pendidikan khas bermatlamat memberi
pendidikan sebaik mungkin, yang bersesuaian dengan potensi yang ada pada
murid berkeperluan khas dengan mengambil kira bahawa kecacatan yang ada
pada seseorang bukan penghalang kepada mereka untuk mendapat dan berjaya
dalam pendidikan. Kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai satu golongan
manusia yang memerlukan pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mereka.
Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai ciri-ciri boleh
mengurus diri sendiri dan mempunyai keupayaan untuk menerima pendidikan
(educable) seharusnya diterima untuk bersekolah. Terdapat enam pakar
perubatan yang terlibat dalam pendidikan khas iaitu pediatrik, neurologi, terapi
pertuturan, terapi fizikal, audiologi dan oftomologi. Pediatrik bertanggungjawab
untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dengan mengesan
punca masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut seperti genetik,
kewarisan, prenatal dan postnatal. Pakar neurologi pula mendiagnostik dan
mengubati penyakit yang berkaitan dengan neuorologikal seperti kecederaan
otak. Ia juga mengawal hiperaktif dan masalah menumpu perhatian dengan
memberikan ubat “ Ritalin” untuk mengawal kanak-kanak hiperaktif. Pakar
oftomologi akan menaksirkan penglihatan pelajar. Sekiranya mereka mempunyai
masalah penglihatan yang berbeza daripada kanak-kanak normal mereka
memerlukan cara pengajaran yang berbeza dengan kanak-kanak normal. Kanak-
kanak yang disyaki mempunyai masalah dari segi pendengaran pula akan dirujuk
kepada pakar audiologi untuk mengesan fungsi pendengaran kanak-kanak
tersebut. Terapi pertuturan pula diadakan untuk mengesan masalah komunikasi
dari segi pertuturan dan bahasa kanak-kanak. Terapi pertuturan ini akan
menggunakan pelbagai pendekatan, teknik dan cara untuk membantu kanak-
kanak seperti gagap, sumbing dan kanak-kanak yang mempunyai masalah alat
artikulasi untuk bertutur. Terapi fizikal pula adalah untuk menaksir fungsi-fungsi
motor halus dan motor kasar kanak-kanak, melatih kemahiran hidup serta
kemahiran untuk membantu diri.

RUMUSAN

Kesimpulannya, kolaborasi antara ibu bapa, guru, pakar perubatan, Jabatan


Kebajikan Masyarakat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) sangat penting
dalam pendidikan khas untuk perkembangan dan pengekalan yang positif,
hormat-menghormati, perhubungan egalitarian dan saling bekerjasama dalam
menyelesakan sesuatu masalah dan perkongsian dalam membuat sesuatu
keputusan melalui proses perundingan. Peranan pelbagai pihak juga sangat
penting untuk perkembangan yang positif dalam diri kanak-kanak berkeperluan
khas. Hal ini dapat membuatkan matlamat pendidikan khas tercapai.
Rujukan

Lee Keok Cheong & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Inklusif. Shah
Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Friend, M., & Cook, L. (1992a).


Interactions: Collaboration
skills for school
professionals. White Plains,
NY: Longman.
Friend, M., & Cook, L. (1992a).
Interactions: Collaboration
skills for school
professionals. White Plains,
NY: Longman.
Friend, M., & Cook, L. (1992a).
Interactions: Collaboration
skills for school
professionals. White Plains,
NY: Longman.
Friend, M., & Cook, L. (1992a).
Interactions: Collaboration
skills for school
professionals. White Plains,
NY: Longman.
Friend, M., & Cook, L. (1992). Interactions: Collaboration skills for school
professionals. White Plains, NY: Longman.
Salisbury, C.L. (2006). Principals’ perspectives on inclusive elementary schools.
Research & Practise for Person with Severe disabilities, 31 (1), 70-82.

Sharul Arba’iah & Nurfarrazilah Mohd Yusak. (2018). Program Pendidikan Inklusif
dan Murid Kurang Upaya Pendengaran: Kajian Kes. Proceeding
International Conference on Special Education (8th) Series. 468-476

Shea, T. M. & Bauer, A. M. (1991). Parents and teachers of children with


exceptionalities: Ahandbook for collaboration. Massachusetts: Allyn &
Bacon.

Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che Omar. (2018). Masalah pengajaran guru
dalam Pendidikan Inklusif di sekolah. Asian People Journal (APJ) 1 (2):
243-263

Suleymanov, F. (2015). Issues of inclusive education: Some aspects to be


considered. Electronic Journal for Inclusive Education, 3(4). Retrieved
from http://corescholar.libraries.wright.edu/ejie
UNICEF. (2014). Inclusive Education Malaysia. Malaysia: UNICEF Malaysia.

UNICEF. (2017). Inclusive Education including children with disabilities in quality


learning: what needs to be done?. Malaysia: UNICEF Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai