Anda di halaman 1dari 1

Fungsi Bahan Bantu Mengajar

Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih
berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan
kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia
berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan
kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya
menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam Bahasa Melayu dan sastera. kta
Pendidikan !""# $kta %%&' menggariskan beberapa perkara berkenaan Bahasa
Melayu antaranya (Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di
semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan...) $*ahya +on,
,&&%'. +engan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid
akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar sekali gus
menepis tanggapan stereotaip yang menyatakan baha-asanya pembelajaran Bahasa
Melayu adalah membosankan.
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Kamus mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan
untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan
hal-hal yang akan dibin.angkan seperti dalam pengajaran dan pembentangan. Kamus
/ongman +i.tionary of 0ontemporary 1nglish telah memberikan definisi bahan sebagai
(information from -hi.h a $-ritten' -ork is to be produ.ed). Pada asasnya, perkataan
bahan dapat diertikan sebagai merangkumi sebagai segala benda, alat, maklumat dan
media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan.
2leh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain .ara penyampaian isi
pelajaran se.ara konvensional. 3uru memainkan peranan penting dalam menentukan
bahan bantu mengajar yang berkesan.
Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-
murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan
itu mungkin dalam bentuk buku, .arta atau slaid yang dipan.arkan pada layar dan
sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai