Anda di halaman 1dari 2

AMALAN TERBAIK PEDAGOGI

1. PENGENALAN (SEKOLAH / AMALAN TERBAIK)


Amalan terbaik pedagogi merupakan pengaruh utama dalam memastikan satu
pembelajaran yang efektif dan keberhasilan murid dalam aspek akademik. Seorang
insan yang bergelar pendidik akan berusaha dalam memenuhi prinsip-prinsip amalan
pedagogi yang terbaik bagi menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna
bagi murid.
Amalan terbaik pedagogi merupakan satu aspek bersifat dinamik dan sentiasa
berubah mengikut peredaran masa dan kehendak semasa. Oleh itu, setiap guru perlu
peka akan perubahan masa dan kehendak semasa bagi memastikan guru itu
menggunakan amalan terbaik pedagogi yang bersesuaian supaya mampu memenuhi
kehendak semasa.
Berikutan dengan dilemma pembelajaran abad ke -21 , kami warga pendidik
SJKT Tun Sambanthan, Bidor meragui akan kesesuaian pegagangan dan amalan
pedagogi kami yang sedia ada itu mampu menghasilkan satu pembelajaran yang
bermakna dan mendukung konsep Pembelajaran Abad Ke-21. Adakah amalan
pedagogi kami bersesuaian dengan peredaran zaman dan juga kehendak murid.
Selepas penelitian yang mendalam, kami mendapati bahawa satu perubahan
perlu dilaksanakan dalam kalangan guru dalam memastikan pengalaman pedagogi
yang menepati peredaran masa. Kami telah memilih penggunakan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (Projektor/LCD) dalam sesi PdPc memandangkan ia
merupakan satu ciri utama dalam Pembelajaran Abad Ke-21.

2. PERNYATAAN MASALAH

Pelaksanakan suatu perubahan memerlukan satu pemikiran yang luas dan


positif dalam kalangan guru. Namun begitu, ia menjadi satu cabaran bagi kami
apabila terdapat kalangan guru senior yang mempunyai kemahiran TMK yang kurang
menjadi satu faktor penghalang bagi pelaksanaan perubahan ini. Selain itu, keyakinan
diri menjadi lemah apabila berhadapan dengan masalah teknikal ketika proses
penyediaan dan pemasangan alat TMK dalam bilik darjah menjadi satu cabaran.
3. PERBINCANGAN (DATA DAN INTEVENSI)
4. KESIMPULAN
Penggunaan elemen TMK dalam PdPc memberi satu impak yang besar dalam
kalangan murid. Impak yang ketara yang dapat dilihat dalam kalangan murid adalah
dari aspek tingkah laku dan motivasi ekstrinsik murid. Penggunaan elemen TMK
dapat menarik perhatian dan minat murid akan PdPc yang seterusnya mengurangkan
masalah tingkah laku yang negatif murid dan seterusnya meningkatkan semangat
murid untuk mengikuti pelajaran secara interaktif dan bermakna.

Anda mungkin juga menyukai