Anda di halaman 1dari 8

Aktiviti MEMBACA LANTANG dapat meningkatkan motivasi kanak-

kanak untuk menguasai kemahiran membaca


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Sekiranya guru ingin menjadikan proses pengajaran membaca sebagai landasan menanamkan tabiat gemar
membaca, guru perlulah membaca secara lantang kepada anak-anak murid setiap hari dengan sekurang-kurangnya
satu tajuk bahan kesusasteraan.

Aktiviti membaca lantang (read aloud) bukan satu pengajaran pemahaman bacaan tetapi lebih kepada aktiviti atau
sesi tambahan untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi.



Aktiviti membaca lantang


Apa itu bacaan lantang?
Bacaan daripada pihak guru kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca
Kanak-kanak menjadi pendengar dan respon kepada bacaan guru
Sesuai dijalankan kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca
Apa yang guru baca dengan kanak-kanak perlu dirancang terlebih dahulu
Teks yang dibaca itu tidak semestinya kanak-kanak tahu dan faham
Guru berinteraksi dengan kanak-kanak

Bilakah bacaan lantang boleh dilakukan?
Permulaan kelas atau di akhir pembelajaran sekolah selama 5-10 minit
Sementara menunggu aktiviti lain
Sebagai aktiviti tambahan /aktiviti sampingan

Apakah kepentingan membaca lantang?
1. Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak
2. Meningkatkan asas kosa kata/perbendaharaan kata
3. Meningkatkan daya ingatan dan kemahiran membaca
4. Mendapatkan maklumat mengenai dunia sekeliling mereka
5. Meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi

Bagaimana pelaksanaannya?

SEBELUM
Cari buku yang sesuai dengan kefahaman kanak-kanak
Pastikan guru faham jalan cerita yang hendak dibaca

SEMASA
Duduk, ambil sekumpulan kanak-kanak (jangan terlampau ramai)
Pegang buku ke hadapan


Buku dipegang ke hadapan kanak-kanak

Mulakan suara dengan kuat
Pastikan murid-murid diam
Baca dengan ekspresi muka dan bersungguh-sungguh
Tukar nada suara dengan setiap watak yang berbeza

SELEPAS
Sesi soal jawab seperti kefahaman jalan cerita - kenapa dan bagaimana jalan cerita tersebut terjadi
Ulang balik cerita atau ceritakan semula secara sekali imbas


Sumber rujukan
1. http://kidsloveus.blogspot.com/2012/02/bacaan-lantang-untuk-kanak-kanak.html
2. Pendidikan Literasi Awal Kanak-Kanak Teori dan Amali, Mahzan Arshad, Penerbit UPSI, 2012


Buku rujukan


da mungkin juga meminati:
Siapakah Murid atau Kanak-Kanak Berkeperluan Khas (KKBK)?
Kaedah Mengatasi Masalah Tidak Lancar Membaca Murid-Murid Pemulihan Khas
Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas - BUKU
Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu: Kaedah Gabungan
Siapakah Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran?
Linkwithin
Ditulis oleh : Cikgu Hijau at 8/19/2013 10:02:00 pm 4 comments: Links to this post
Didik Hibur atau Fun Learning dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Istilah didik hibur atau 'fun learning' diperkenalkan seiring dengan pelaksanaan KSSR pada tahun 2010. Ia
merupakan satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti didik hibur boleh dilaksanakan semasa
melaksanakan set induksi atau semasa penutup sesi PdP.
Singkatan bagi Pengajaran dan Pembelajaran; P&P/PnP kini telah digantikan dengan PdP ( sebut P, d, P)


Definisi
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara,
jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan
terancang.


Pengenalan
Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid
seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru
perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan
berkesan.


Bercerita - contoh didik hibur
Latar Belakang Didik Hibur

Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula apabila keputusan kabinet
pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik
akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.

Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat
transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik
darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru
pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.

Ciri-Ciri Didik Hibur
Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:

(i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik,
permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

(ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik
hibur berkonsepkan santai dan berhibur.

(iii) Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk
melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.

(iv) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian
dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang
penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran.

(v) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan
yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus
kepada aktiviti p&p.

(vi) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin
murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

(vii) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat
kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

(viii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan terkawal untuk
memberikan satu persembahan yang menarik.

(ix) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal.

(x) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur : Guru

Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai
pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut
perlu dipatuhi, iaitu:

( i ) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid

( ii ) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.

(iii) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.

(iv) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.

(v) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.

(vi) Guru boleh membuat pelbagai suara.

(vii) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.

(viii) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.

(ix) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak

(x) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel




Aktiviti Didik Hibur
Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun terdapat
beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:

( i ) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.

( ii ) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama.

( iii ) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai
atau waktu yang fleksibel.

( iv ) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid tanpa ada banyak masalah
atau halangan.

( v ) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.

( vi ) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.

( vii ) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya, serta
boleh disertai seramai mungkin murid.




Penutup
Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri pendidikan negara. Untuk
tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan
untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan Fun Learning yang digunakan
secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran



Artikel ini saya salin daripada portal KSSR yang ditulis oleh Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar


Terima kasih atas kunjungan anda ke Blog Cikgu Hijau. Tekan "LIKE" kalau suka...

Anda mungkin juga meminati:
Teks Ucapan Menteri Pelajaran Sempena Majlis Pelancaran Hari Guru Kali Ke-42, 16 Mei 2013
Apakah Cabaran dan Nasib Guru Pemulihan Khas?
Perbezaan Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas
Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu: Kaedah Gabungan
Senarai Tugas dan Peranan Guru Pemulihan Khas
Linkwithin
Ditulis oleh : Cikgu Hijau at 12/23/2012 12:05:00 am No comments: Links to this post
Aktiviti dan Program Sekolah (12) aSc Timetables (1) Autisma (1) Bacaan Bergred (4) Bahan Bantu
Mengajar(10) bajet (1) Bajet 2013 (2) BBB (24) BBM (24) BCH (2) Berita (14) blog (1) bonus (3) Buku (10) Buku
Prabacaan (4) Cabaran Guru Pemulihan Khas (3) Cuti Sekolah (12) Cuti Umum (4) Dato' Lee Chong Wei (1) Didik
Hibur (1) Disleksia (5) Download (28) Ejaan (1) Ekonomi Token (2) Elaun (1) Gaji (1) Garis Panduan (12) Guru
Mentor (2) Guru Pemulihan Khas (9) Hari Guru (5) ICT (9) Isu Semasa (1) Isu-Isu Pendidikan (22) Jadual
Waktu(2) Jadual Waktu Kelas Pemulihan Khas (2) Kad Imbasan (9) Kad Imbasan Perkataan (9) Kad Perkataan (8) Kad Suku
Kata (1) Kaedah Bunyi Huruf/Fonik (1) Kaedah Kawalan Vokal Bersruktur (1) Kaedah Pengajaran (6) Kaedah Pengajaran Kemahiran
Membaca (4) Kajian Tindakan (2) Kalendar (4) Kalendar Persekolahan (3) Kemahiran Membaca (10)Kemahiran
Mengeja (3) Kemahiran Menulis (2) Kerjaya Guru (16) Kidzania Kuala
Lumpur (1) KISSM (1) KSSR (4)Kursus (7) Lagu (7) Lagu Abjad (2) LBI (1) Lee Chong Wei (2) Lembaran
Kerja (5) LINUS (19) Masalah Pembelajaran (7) Masalah Pembelajaran Spesifik (2) Modul (3) Motivasi (9) Murid
Pemulihan Khas (3) Pandu Puteri Tunas (6) Panduan (22) PBS (5) Pekeliling (8) Pembinaan Jadual
Waktu (1) Pemulihan Khas(53) Pendekatan Mengajar (2) Pendidikan Khas (19) Pengajaran dan
Pembelajaran (3) Pengurusan Kelas Pemulihan Khas (3) Pengurusan Tingkahlaku (8) Penjawat
Awam (11) Penyelidikan (2) Permohonan (2) PPGB (2)PPPM (2) Prasekolah (4) Program Pembangunan Guru
Baharu (2) PROTIM (11) SBP (1) SBPA (17) SKBBSD (1)Slow Learner (4) SPPBS (7) Sukan Olimpik London (2)

Anda mungkin juga menyukai