1. Pengenalan
1
2. Belajar Melalui Bermain
Dalam pendidikan prasekolah, proses pembelajaran dijalankan secara tidak formal, iaitu
belajar melalui bermain. Aktiviti-aktiviti perlu dirancang supaya kanak-kanak dapat
merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus,
menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat hormat menghormati dan
berdisiplin. Belajar melalui bermain ini meninggalkan beberapa faedah:
Guru dapat merangsang naluri ingi tahu kanak-kanak dengan menarik perhatian mereka
sebelum memulakan sesuatu pelajaran. Kanak-kanak tidak dapat berfikir secara
abstrak. Mereka perlukan bahan konkrit dan pengalaman sbenar bagi memahami
sesuatu perkara. Kanak-kanak belajar melalui pelbagai deria seperti melihat,
mendengar, menyentuh merasa dan bau.
2
Komunikasi : jelaskan pengalaman
Selain itu, peranan guru membantu kanak-kanak menjelajah dan mencari sendiri
sesuatu maklumat dengan cara berikut:
4. Perkembangan Menyeluruh
Pembelajaran bukan terasing, tetapi perlu dihubungkan dan digabungkan dalam semua
bidang kurikulum. Pembelajaran perlu difokuskan kepada kanak-kanak secara
menyeluruh dengan memenuhi keperluan fizikal, sosial, emosi dan intelektual kanak-
kanak.
3
pembelajaran, semua aspek ini adalah penting dan saling berkaitan. Tidak ada satu
aspek yang berkembang secara sendiri dan tidak ada suatu aspek yang paling penting.
Contohnya, seseorang kanak-kanak yang membaca melibatkan fungsi jasmani, emosi,
rohani dan intelektual di samping lima aspek lain seperti sosial dan kreatif.
Oleh itu, fokus guru adalah pada perkembangan kanak-kanak hendaklah secara
menyeluruh. Pengajaran kanak-kanak yang menekankan semua aspek perkembangan
sangat penting. Kurikulum dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan
tidak terpisah.
Segala sikap, prinsip, moral dan etika yang baik adalah nilai-nilai murni. Terdapat 16
nilai-nilai untuk Pendidikan Moral dan Kerohanian telah dinyatak dalam Buku Garis
Panduan Kurikulum Prasekolah (Kementerian Pendidikan, 1993). Antaranya adalah
ketuhanan, baik hati, berdikari, hemah tinggi kerjasama dan sebagainya.
Ada pendapat mengatakan nilai-nilai tidak dapat diajar kepada kanak-kanak. Ini tidak
bermakna nilai-nilai tidak dapat dipupuk dalam diri mereka. Nilai-nilai dapat diperolehi
oleh kanak-kanak secara tidak langsung melalui beberapa cara iaitu:
4
5. Kreativiti
Kreativiti ialah sesuatu yang dibuat dan dihasilkan dengan menggunakan daya
imaginasi dan pemikiran bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berguna kepada
manusia. Terdapat beberapa aspek kreativiti yang perlu diberikan penjelasan iaitu:
5
Mendisiplinkan kanak-kanak dengan memberi arahan yang jelas dan betul
semasa hendak menggunakan alat-alat.
Menggalakkan kanak-kanak bekerjasama antara satu sama lain.
Kreativiti tidak boleh dipisahkan daripada seni kerana salah satu alat untuk
merangsangkan kreativiti ialah seni.
Kreativiti yang berkait rapat dengan kecerdasan kanak-kanak, dapat dibina jika
kanak-kanak diberikan keadaan yang sesuai.
6. Kecerdasan Pelbagai
6
Berikut dijelaskan pelbagai jenis kecerdasan bagi membantu guru-guru mengenal pasti
kecerdasan yang ada pada diri kanak-kanak di dalam kelasnya :
Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau
tulisan, termasuk – keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan
dengan baik dan sempurna.
Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan
sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.
Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal,
pemain sukan dan seni pertahanan diri.
7
Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan
terhadap warna, garis, rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan
mengorientasi diri dalam matriks ruang.
Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta
gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan
mengorientasi diri dalam matriks ruang.
Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan
drama lagu.
Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, taakulan tahap
tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.
Contoh aktiviti: komunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif, rnernberi
maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama
8
6.8 Kecerdasan Naturalis
Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna. Melibatkan
kebolehan memerhati, memahami dan mengatur contoh-contoh dalam persekitaran
semulajadi.
Perkembangan kanak-kanak meliputi aspek fizikal, kognitif dan sosial. Setiap aspek
perkembangan dilalui oleh kanak-kanak secara berperingkat-peringkat mengikut umur.
Peringkat umur juga mempengaruhi kesediaan belajar kanak-kanak. Pendidik perlu
mengenal pasti aspek perkembangan dengan peringkat umur sebagai garis panduan
amalan yang bersesuaian untuk disesuaikan dengan perancangan kurikulum dan
pengajaran.
Perkembangan Fizikal
Umur Kesediaan Pembeiajaran
9
2 tahun Memegang, duduk, berdiri, berlari
3 tahun Pengimbangan dan kawalan badan meningkat pada motor kasar, motor halus dan aspek
keupayaan kendiri.
4 tahun Menguasai pergerakan asas seperti memanjat, berbuai di buaian, melompat objek,
menggelak halangan semasa berlari, menunjuk kebolehan fizikal seperti 'stunt'.
5 tahun Aktiviti motor lebih meyakinkan. Pergerakan terkawal dan suka kepada aktiviti motor
halus.
6 tahun Memperlihatkan perkembangan fizikal yang lengkap, kemahiran motor yang cekap.
Perkembangan Bahasa
Umur Kesediaan Pembeiajaran
2 tahun Boleh memahami arahan mudah, menggabungkan tiga patah perkataan atau lebih.
3 tahun Bahasa boleh difahami dan mengandungi ayat yang panjang. Bahasa sebagai alat untuk
bersosial dan keperluan kongnitif.
4 tahun Menampakkan kecanggihan dan keyakinan berbahasa.Bermain dengan bahasa dan sering
menguji untuk latihan keyakinan diri. Mencipta perkataan di luar bahasa komunikasi.
5 tahun Perbendaharaan kata bertambah banyak, komplek, struktur ayat jelas dan
tatabahasanya betul dan sebutan yang baik.
6 tahun Menguasai bahasa dengan baik seperti orang dewasa dan suka menggunakan kemahiran
bahasa.
Perkembangan Kognitif
Umur Kesediaan Pembeiajaran
2 tahun Menggunakan objek untuk mewakili objek lain (contoh kerusi untuk bas)
3 tahun Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan selalu bertanya.
4 tahun Kreatif dan bijak, tersentuh dengan deria humor
5 tahun Berupaya memahami keupayaannya lebih jelas dan bertindakbalas mengikut
kesesuaiannya.
6 tahun Berfikiran logik dan bersistematik, boleh mengenalpasti dan menerima pendapat orang lain
Perkembangan Sosial
Umur Kesediaan Pembeiajaran
2 tahun Memulakan kemahiran sosial, tidak melibatkan berkongsi dan bekerjasama
3 tahun Menghadapi masalah bersosial, belum memahami giliran dan berkongsi mainan.
4 tahun Boleh memahami tolak ansur dan kebaikan bekerjasama.
5 tahun Boleh menyesuaikan perkongsian alat mainan, bergilir dan main bersama.
6 tahun Memerlukan rakan sebaya dan membina persahabatan yang rapat (rakan sebaya
jantina yang sama)
10
Kanak-kanak adalah individu yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan itu dapat
dilihat menerusi kelebihan, minat dan keperluannya. Setiap kanak-kanak secara
individu mempunyai perbezaan kelebihan, minat dan keperluannya yang tersendiri.
Amalan yang bersesuaian menghormati perbezaan kanak-kanak sebagai individu yang
berbeza antara satu sama lain. Amalan yang bersesuaian hendaklah fleksibel atau anjal
terhadap kanak- kanak sebagai individu. Ketegasan berpegang kepada aturan kronologi
mengikut umur dan kumpulan keupayaan kanak-kanak adalah tidak bersesuaian.
Kanak-kanak mempunyai keupayaan yang berbeza. Terdapat kanak-kanak yang
berusia 6 tahun mempunyai keupayaan seperti kanak-kanak yang berusia 7 tahun dan
8 tahun dari segi kesediaan belajar. Amalan yang tidak membezakan keupayaan kanak-
kanak dan memberi masa untuk kanak-kanak meningkatkan keupayaan mengikut rentak
dan keselesaannya adalah digalakkan.
Sosial dan budaya merujuk kepada latar belakang keluarga kanak-kanak. Latar keluarga
memainkan peranan dalam pendidikan awal yang diterima oleh kanak-kanak sebelum ke
tadika. Semasa di tadika guru hendaklah melihat kanak-kanak belajar dari dua sudut iaitu
keadaan kanak-kanak dan pengaruh sosial dan budayanya. Kebanyakan kanak-kanak
didorong untuk belajar oleh minat yang tinggi untuk menyatakan deria dunianya yang
tersendiri dan meningkatkan kemahiran yang dikehendaki oleh sosial dan budaya.
11
keluarga dan kemahirannya. Sikap terbuka pendidik terhadap gaya pembelajaran kanak-
kanak berdasarkan sosial dan budaya dapat membantu pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak.
1. Pengenalan
Prinsip adalah hokum atau asas yang menjadi dasar pemikiran ataupn tindakan sesuatu
perkara. Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran prasekolah bermaksud, hukum
atau asas dalam mendidik kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Terdapat
banyak prinsip pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Bagaimanapun prinsip-prinsip
asas yang perlu diberi perhatian adalah:
Prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak
Prinsip-prinsip pembelajaran kanak-kanak
Prinsip-prinsip arah perkembangan pembelajaran kanak-kanak
12
Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan yang standard
Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang berbeza-beza sama ada
dalam dirinya sendiri (intrapersonal) ataupun antara kanak-kanak lain
(intrapersonal).
Peringkat prasekolah adalah masa yang terbaik bagi perkembangan kanak-
kanak.
Perkembangan estetik, kognitif, bahasa, sosial dan fizikal adalah saling berkait. tidak
ada satu aspek yang berkembang secara sendiri dan tidak ada satu aspek yang paling
penting. Oleh itu, dalam program prasekolah, fokus guru adalah kepada perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh.
Berdasarkan prinsip ini, masalah akan timbul jika satu aspek perkembangan sahaja
diberi tumpuan dan mengetepikan perkembangan yang lain. Contohnya, kanak-kanak
yang mendapat penjagaan fizikal yang mencukupi di rumah tetapi tidak mendapat
perhatian yang cukup aripada segi sosial dan emosi.
13
Menggabungkan pengalaman dan bukan memisahkannya adalah mustahak. Hal
ini melibatkan integrasi aspek perkembangan, mata pelajaran dan
tanggungjawab.
Bagi kanak-kanak yang mula belajar memeang pensil dan menulis di atas kertas,
sebelum dapat menulis mereka cuba membentuk cakaran. Kemudian beralih perlahan-
lahan kepada pengulangan pergerakan, membentuk saripada satu huruf kepada
perkataan dan seterusnya.
14
kebolehan guru menjelaskan urutan standard dapat membantu mereka
memahami dengan jelas berkenaan perkembangan kanak-kanak dan bagaimana
amalan dan tujuan di dalam kelas dapat membantu pembelajaran kanak-kanak
Pelbagai aspek perkembangan adalah penting pada masa yang berbeza sepanjang
peringkat awal kanak-kanak. Sebagai contoh, peringkat bayi adalah peringkat
pembesaran yang paling cepat. Walaupun perkembangan bahasa agak lambat, tetapi
apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan, perkembangan fizikal agak lambat
berbandingh dengan perkembangan penggunaan bahasa yang begitu pesat. Hal ini
adalah contoh kepada perkembangan intrapersonal.Kepelbagaian aspek intrapersonal
dapat manggambarkan tentang ketidaksamaaan antara kanak-kanak. Bagaimanapun
ketidaksamaan dalam perkembangan adalah dalam jangkaan.
15
Jadual harian yang memberi peluang kepada kanak-kanak menjalankan aktiviti
mengikut kemampuannya sendiri dapat membantu kanak-kanak berbanding
dengan jadual yang telah ditetapkan lebih awal ataupun kanak-kanak
dikehendaki mengikut pusingan daripada datu aktiviti kepada aktiviti yang lain.
Rancangan boleh disesuaikan dan digubah bagi memenuhi keperluan individu
dalam kumpulan.
Standard perkembangan dapa berubah-ubah. Kanak-kanak tidak boleh dilabel
sebagai “cepat” ataupun “lambat” berbanding dengan kanak-kanak lain dalam
kumpulan.
Aktiviti kelas yang meliputi pelbagai objektif pembelajaran berbanding satu
objektif memberi banyak peluang kepada kanak-kanak untuk dicabar dan untuk
mengalami kejayaan.
16
masa akan datang, iaitu di sekolah rendah. Pada pertengahan sekolah rendah, kanak-
kanak tersebut dikatakan tidak mempunyai bakat yang diperlukan untuk berjaya.
Kekurangan kemahiran dan kesanggpan, membentuk satu halangan yang
menyebabkan kanak-kanak menjauhkan diri daripada terlibat dengan aktiviti fizikal dan
permainan. Tindakan ini berkumpul dan selalunya mempunyai kesan sepanjang hayat.
Hal ini membuatkan pendidikan peringkat awal kanak-kanak sebagai masa terbaik untuk
kanak-kanak mencapai kecekapan motor, Dengan itu, sikap dan kemahiran asas kanak-
kanak berkiaitan dengan fizikalnya perlu ditingkatkan.
17
Perkembangan pembelajaran kanak-kanak bergerak mengikut arah yang dijangka.
Terdapat titik permulaan perkembangan dan kemajuan pembelajaran berlaku. Prinsip-
prinsip arah perkembangan kanak-kanak menunjukkan kemajuan kehadapan ataupun
keluar. Contohnya, proses pembesaran dan kematangan tubuh bayi bergerak daripada
atas ke bawah iaitu kepala ke kaki dan daripada tengah ke luar.
Oleh itu apabila bayi dilahirkan, kepalanya adalah lebih besar daripada badan. Bahagian
kepala mempunyai otak, iaitu tempat bergantungnya kehidupan dan bahagian yang
lebih berkembang daripada bahagian-bahagian yang lain. Bayi dapat mengawal kepala
dan otot leher lebih awal daripada menguasai otot kaki. Begitu juga dengan jantung dan
organ-organ dalaman lain yang mempunyai koordinasi sepenuhnya, sedangkan
koordinasi tangan dikuasai lebih lambat. Tanda arah perkembangan sedemikian adalah
jelas dan hal ini penting diketahui oleh para pendidik. Perubahan ini mempengaruhi
perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak sepanjang berada di prasekolah dan
sekolah rendah.
18
TOPIK 3 : KONSEP AMALAN YANG BERSESUAIAN
DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-
KANAK
1. PENGENALAN
2. Prinsip ABP
Perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor saling berkait dan
mempengaruhi antara satu samalian.
Perkembangan berlaku mengikut urutan.
Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza-beza
Perkembangan adalah berterusan
Perkembangan adalah berperingkat-peringkat
Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran
Kanak-kanak adalah pelajar aktif
Konsep main penting pada perkembangan kanak-kanak
Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar
19
Kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran
Penglibatan komuniti penting dalam perkembangan kanak-kanak
2.1 Perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomoto saling berkait dan
mempengaruhi antara satu sama lain.
Kanak-kanak berkembang dalam domain fizikal, sosial, emosi dan kognitif yang
saling berkitan antara satu sama lain. Perkembangan salah satu domain akan
mempengaruhi perkembangan dalam domain lain.
Implikasi
Guru harus merancang pengalaman pembelajaran yang menggalakkan
perkembangan murid secara optimum dan bermakna dalam semua domain.
Implikasi
Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk
memupuk kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk kemudiannya.
Kanak-kanak adalah unik dan berbeza antara satu sama lain dari segi minat,
keperluan, kekuatan, personaliti, emosi, gaya pembelajaran, pengalaman dan
latar belakang keluarga. Guru harus menerima keadaan murid ini dan
menyediakan aktiviti yang sesuai sengan mereka.
Implikasi
Guru menerima keadaan murid ini dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan
mereka.
20
Pengalaman di peringkat awal kanak-kanak akan memebri kesan kepada
perkembangan dan pengalaman pembelajaran mereka.
Implikasi
Guru harus peka akan pengalaman sedia aada murid, dan merancang aktiviti
yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran bermakna.
Implikasi
Guru harus menyediakan aktiviti untuk murid meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran melalui pengalaman sebenar menggunakan pelbagai media seperti
membina, melkis, bermain peranan , berbual dan melakar.
Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran murid iaitu berlaku
dalam kontek sosio budaya keluarga yang berbeza, komuniti dan masyarakat
setempat yang saling berkaitan antara satu sama lain.
Implikasi
Guru harus mempelajari dan memahami sosi budaya yang memberi kesan
kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran muris tersebut serta
menyediakan aktiviti yang dapat menyuburkan potensi kanak-kanak ini ke
peringkat optima.
21
Implikasi
Guru harus menggalakkan kemahiran sosial dan pengalaman sebenar untuk
membantu murid memahami dunia mereka.
Konsep bermain sambil belajar adalah penting sebagai alat untuk meningkatkan
perkembangan sosial, emosi, rohani, dan kognitif seseorang kanak-kanak.
Implikasi
Guru hendaklah memberi peluang murid menjalankan pelbagai aktiviti
berasaskan konsep bermain sambil belajar untuk meningkatkan perkembangan
ke peringkat yang optimum.
Implikasi
Guru harus menyediakan aktiviti-aktiviti yang mencabar dan merangsang minda
murid untuk meningkatkan tahap perkembangan dan pengalaman pembelajaran
mereka.
Murid boleh menunjukkan pelbagai cara mengenai apa yang mereka tahu
daripada pengalaman pembelajaran mereka. Mereka menunjukkan pelbagai
gaya pembelajaran seperti visual, auditori atau kinestetik.
Implikasi
Guru perlu membantu murid dengan memberi peluang mereka menunjukkan
kemahiran dan pengalaman yang telah dikuasai.
22
2.11 Penglibatan Komuniti penting dalam perkembangan pembelajaran kanak-
kanak
Implikasi
Guru haris memastikan dan mengambil berat tentang aspek pemakanan,
kesihatan dan keselamatan murid.
3. Penutup
23
TOPIK 4 : PENDEKATAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PRASEKOLAH
1. PENGENALAN
Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dikelolakan secara
teliti an sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, sama ada secara kelas, kummpulan ataupun
secara individu
2. PENDEKATAN
24
Pendekatan Bertema
Pendekatan Bersepadu
Penggunaan ICT dalam pembelajaran
Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi
memberi peluang kepada murid belajar dalam kn keupayaan kognitif, suasana yang
mengembirakan dan bermakna. Pendekatan ini diberi penekanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui
bermain mereka dengan gembiran dan senang hati membuat penerokaan, penemuan
dan pembinaan melalui pengalaman langsung semulajadi.
Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran itu menggembirakan di samping meningkatkan kepupayaan kognitif,
keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar
dan motor halus, serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif.
Pendekatan bermain sambil belajar menekankan ciri-ciri berikut:
Semasa melakukan aktiviti bermain, proses penerimaan sensori atau deria seperti
pendengaran, penglihatan, bau, sentuhan dan rasa akan terangsang dan memberikan
satu pengalaman pembelajaran yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan
terbina serta membantu perkembangan ke tahap optimum.
25
orang dewasa ialah untuk beriadah. Ada pula yang menjadikan main sebagai
profesion seperti main bola sepak, badminton dan golf. Main pula bagi kanak-
kanak dua perkara akan bertaku pada perkembangan kanak-kanak iaitu sosial
dan kognitif.
Teori Relaxation
Manusia kehabisan tenaga jadi ianya perlu diganti. Kehidupan moden
menyebabkan manusia mengalami tekanan. Permainan perlu untuk melegakan
dan mengganti tenaga.
Teori Instinct
Alam kanak-kanak merupakan tempoh seseorang menyediakan diri ke arah
kedewasaan. Dalam tempoh ini pengalaman bermain dan lain-lain merupakan
latihan membantu mencapai kematangan.
Teori Psikodinamik
Bermain akan dapay mengurangkan kebimbangan dan rasa takut dengan
membawanya ke peringkat sedar.
Main melibatkan pemilihan aktiviti bebas yang datang daripada motivasi sendiri,
menyeronokkan dan berorientasikan proses. Ini bermakna aspek di luar masa,
penggunaan bahan dan peralatan, persekitaran, peraturan aktiviti bermain dan peranan
yang mengambil bahagian yang dibuat semasa kanak-kanak bermain. Semua
berdasarkan deria realiti kanak-kanak. Pada masa yang sama main dapat memberi
manfaat terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi sosial dan kognitif.
Kanak-kanak belajar menerusi main. Hal ini mengundang ramai pendidik awal kanak-
kanak mengkaji peranan main kepada kanak-kanak. Terdapat dua pandangan tentang
peringkat main kanak-kanak yang telah dikaji iaitu:
27
Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari aspek sosial. Beliau
mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-
kanak menerusi main. Kajiannya tentang main sosial masih dianggap sesuai
sehingga hari ini. Pemeringkatan main yang digunakan oleh Parten terus dijadikan
rujukan.
Manakala Sara Smilansky (1968) melihat main dari aspek kognitif. Beliau melihat
aspek main dapat membina perkembangan kognitif kanak-kanak. Main dapat
meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak iaitu diukur dari segi cara kanak-
kanak menggunakan bahan atau peralatan mainan itu sendiri. Pandangan
Smilansky yang berbeza dengan Parten dianggap sebagai pelengkap kepada
pengkelasan yang telah dibuat oleh Parten.
Permainan bebas atau informal melibatkan aktiviti main yang spontan, tidak formal
dan tidak berstruktur dalam persekitaran yang kaya dengan bahan dan interaksi
dengan rakan sebaya dan orang dewasa.
29
Semasa bermain dengan alatan tersebut, kanak-kanak dapat mempelajari beberapa
konsep seperti imbangan, berat dan ringan, tinggi dan rendah, tarikan gravity, ayunan
serta konsep banyak dan sedikit. Penerapan nilai murni berlaku seperti bersabar,
mengikut giliran, bekerjasama, tolong-menolong, bersikap sederhana dan hormat-
menghormati.
Aktiviti permainan luar ini melibatkan perkembangan otot kecil, otot besar, koordinasi
tubuh badan, perkembangan bahasa, interaksi sosial dan kreativiti.
Kanak-kanak kerap berhadapan dengan masalah untuk mengenal pasti persamaan antara
objek dan peristiwa, membanding dan membezakan. Contohnya untuk meletakkan
sekeping jigsaw puzzle di atas papan jigsaw. Kanak-kanak perlu membina persamaan
antara sekeping jigsaw puzzle dan ruang jigsaw puzzle. Contoh yang lain seorang kanak-
kanak meletakkan segelas air sirap di atas meja kemudian bermain di sudut
pembelajaran. Apabila dia datang semula di meja terdapat dua gelas air sirap.
Dia tentunya akan tertanya-tanya yang manakah gelas miliknya. Keadaan ini
menyebabkan dia perlu membina persamaan antara gelas kepunyaannya sebelum ini
dan gelas yang baru dilihatnya.
Terdapat dua jenis persamaan iaitu pengenalan (identity) dan kesetaraan (equivalence).
Pengenalan melibatkan antara dua penglihatan terhadap objek yang sama. Manakala
kesetaraan melibatkan persamaan dua atau lebih objek.
Pengenalan dapat dilihat menerusi contoh kanak-kanak dengan gelas air minuman. Dia
tidak dapat membezakan gelas miliknya. Manakala kesetaraan dapat dilihat menerusi
30
contoh kanak-kanak dan jigsaw puzzle. Kanak-kanak terpaksa membanding beza dua
objek untuk disesuaikan.
Kesimpulannya persamaan terbina sama ada antara dua penglihatan objek atau peristiwa,
antara objek yang berbeza atau peristiwa. Hal ini penting untuk memahami penemuan
oleh kanak-kanak sewaktu percubaannya menyelesaikan masalah.
Piaget telah mengenal pasti enam tahap keupayaan kanak-kanak memikirkan tentang
perubahan dari usia 1 hingga 7 tahun. Secara umum enam aras perkembangan kognitif
yang disarankan oleh Piaget adalah seperti berikut:
Berdasarkan pandangan teori yang dikemukakan oleh Piaget main konsruktif dianggap
sesuai untuk aktiviti penerokaan dan penemuan. Guru menyediakan persekitaran dan
bahan/peralatan pembelajaran. Manakala kanak-kanak menyesuaikan kemahiran dan
konsep yang perlu dibina menerusi aktiviti main konstruktif. Peranan guru sebagai
pendorong mencetuskan pembinaan pemikiran konstruktif kanak-kanak terhadap sesuatu
konsep.
31
(a) main pilihan sendiri - guru menyediakan peralatan permainan di sudut-
sudut tertentu untuk dipilih oleh murid. Biasanya aktiviti ini dijalankan semasa rutin
atau sementara menunggu aktiviti pembelajaran bermula; dan.
Sebelum mekasanakan pendekatan ini, guru perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
32
Menguasai kemahiran manipulatif
Melahir dan menyatakan perasaan
Tema yang dipilh dijadikan sebagai wahana untuk menguasai sesuatu kemahiran
seperti kemahiran bertutur, membac, menulis, asas matematik, berfikir dan emosi serta
sosial. Selain itu, pendekatan ini memberi peluang kepada murid meluaskan
pengetahuan melalui tema yang dipilih.
Pendekatan pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka
untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum.
Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topic-topik tertentu dalam
ruang lingkup yang lebih luas.
Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidan
pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum
memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-
kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan
mereka.
33
Namakan Bunyi
Melukis haiwan
di ladang
34
Pendekatan bertema akan dapat membantu guru merancang, mengurus aktiviti
dan menyediakan bahan pengajaan dan pembelajaran secara lebih berfokus dan
menyeluruh.
Beberapa kemahiran
Kemahiran dan nilai murni
Aktiviti dalam kelas dan luar kelas
35
Aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid
Pelbagai kaedah dan teknik
Contohnya dalam permainan pasir, kanak-kanak dapat merasakan tekstur pasir seperti
kasar, halus, konsep seperti kering dan basah, kemahiran membina timbunan pasir
mengikut urutan menaik ataupun menurun, serta memupuk nilai murni seperti
bekerjasama, bertolak ansur dan berdisipli. Pendekatan bersepadu boleh
menggabungkan beberapa kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis
atauoun menggabungkan aspek-aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
36
Abjad Bahasa Melayu 3.1 Mengenal 3.2.3 Mengenal Membaca abjad
bentuk huruf bentuk huruf dan menulis
kecil dan huruf abjad.
besar Poster huruf
4.1 Membina 4.1.4 Menulis
kecil dan huruf
kemahiran menulis huruf mengikut
besar
cara yang betul
2.3.1 Pendekatan bersepadu melibatkan
37
Boleh diprogramkan dengan perisian khas
Dapat merangsang minat murid dan memberi keseronokan.
Dapat merangsang kreativiti dan pemikiran
Membantu memudahkan murid memahami konsep sebab dan akibat
Kesesuaian umur
Kepentingan
Kawalan kanak-kanak
Arahan jelas
Penggunaan berdikari
Tanpa keganasan
Berorientasikan proses
model yang sebenar
Ciri-ciri teknikal
Boleh ditranformasikan
Kepelbagaian bahasa
38
TOPIK 5 : TEKNIK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PRA SEKOLAH
1. PENGENALAN
Di bawah konteks pendidikan, teknik pengajaran ditakrifkan sebagai kemahiran guru
yang digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
2. Tunjuk cara
Tunjuk cara adalah suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
kemahiran guru mendemontrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di
hadapan murid. Oleh itu teknik tunjuk cra juga dikenali sebagai demonstrasi.
39
c) Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua
murid dapat menyaksikannya dengan jelas.
d) Pastikan keselamatan sebelum mengunakan alat, atau bahan yang
meungkin boleh menyebabkan kemalangan.
e) Sebelum memulakan demonstrasi, guru hendaklah memberitahu
murid tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak diperhatikan
supaya mereka dapat mencontohinya tanpa membuat sebarang
kesilapan.
40
2.2.1 Perancangan
a) Penentuan topik dan objektif.
b) Perancangan langkah-langkah demonstrasi
c) Persediaan alatan.
d) Penyusunan tempat demonstrasi
2.2.2 Pelaksanaan
a) Penerangan tujuan demonstrasi.
b) Pelaksanaan demonstrasi dengan guru sebagai model hidup.
c) Penggunaan alat mengikut langkah-lankah yang disediakan.
d) Penggunaan kaedah menyoal untuk menarik perhatian.
2.2.3 Latihan
a) Murid mencontohi guru melaksanakan aktiviti kemahiran.
b) Guru membetulkan kesilapan murid.
2.2.4 Penutup
a) Perbincangan dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan.
b) Murid-murid membuat rumusan dan mencatat nota-nota yang
berkaitan.
3. Penyoalan
Teknik penyoalan merupakan suatu teknik yang biasa dan kadang-kadang menjadi
dominant dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian menunjukkan
terdapat perhubungan yang signifikan antara penyoalan guru dengan pencapaian
pelajar (Turney et. al 973). Menyoal semasa pengajaran dan pembelajaran mempunyai
beberapa tujuan, antaranya ialah:
Menjadikan murid aktif
Membangkitkan minat dan tumpuan murid.
Meningkatkan perkembangan daya pemikiran murid.
Menilai kefahaman murid berkenaan isi pelajaran serta kemajuan murid.
41
Betul daripada tatabahasanya supaya maksudnya lebih jelas.
Pendek, tidak berbelit-belit.
Releven dan berkaitan dengan topik yang dibincangkan.
Dikhususkan supaya lebih jelas.
Pelbagaikan aras dan jenis soalan.
b) Cara menyoal
Terbuka kepada semua murid dalam bilik darjah.
Libatkan murid yang diam atau tidak bersedia menjawab.
Beri masa yang sesuai (3-5 saat) untuk murid memberi respons kepada
soalan.
Kemukakan soalan dahulu, kemudian menyebut nama murid.
Melayan jawapan yang salah dengan baik.
Dorong dan cungkil jawapan daripada murid yang tidak mampu memberi
respons kepada soalan guru.
Elakkan mengulang-ulang soalan.
Elakkan daripada menjawab soalan sendiri atau menyusun semula jawapan
pelajar seolah-olah guru menjawab soalan sendiri.
Elakkan daripada mengulang-ulang jawapan pelajar.
Elakkan daripada guru bercakap terlampau banyak.
42
logik
mengetahui setakat mana kefahaman
murid.
4. Pemudahcaraan
Pemudahcaraan adalah teknik yang digunakan guru untuk membantu kanak-kanak
mencapai matlamat pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan
disusun. Guru sebagai fasilitator berfungsi untuk mendidik, membimbing, memujuk,
mengukuh, memberi bantuan dan menolong kanak-kanak mencapai matlamat yang
dirancang melaluisatu proses yang panjang. Secara mudah, konsep fasilitator merujuk
kepada usaha-usaha untuk:
Menjadikan senang
Menggalakkan
Memudahkan
Mempercepatkan
Membantu
Memajukan
Menolong
1. Penyoalan
Bertujuan untuk memperluaskan idea
43
Berfokus daripada soalan umum kepada khusus
Mengikut aras pengetahuan
Menggalakka pemikiran semula
Jelas dari segi aras dan frasa
Mempunyai hentian untuk beri masa berfikir
Sebaran kepada semua murid-murid
Layanan jawapan sama ada memberi pujian atau galakkan
3. Renung kembali
Menggalakkan murid merenung, imbas kembali pengalaman.
Gabungan pengetahuan dan pengalaman murid.
Sesuai digunakan apabila melakukan tajuk baru, memahami sesuatu konsep
dan pengukuhan.
Memberi makna kepada pengalaman dan pengetahuan yang pernah murid
lalui.
4. Pensrukturan kognitif
Membantu murid memahami konsep dan menggunakan potensi kognitif yang
ada.
Melibatkan struktur pemikiran, tindakan dan kepercayaan individu.
Melibatkan pengalaman sedia ada dan penerokaan idea.
44
Merangkumi alam fantasi murid-murid menjelaskan sesuatu konsep yang
sesuai dengan pengalaman mereka.
Dapat mendfinisikan sesuatu.
Melibatkan penerokaan persamaan yang terdapat pada sesuatu konsep atau
idea.
Penyoalan perlu terancang dan mengikut aras.
6. Scaffolding
Scaffolding adalah ciri yang dikemukakan oleh Vigotsky dam Zon of Proximal
Development (ZPD). Pembelajaran berlaku dengan sangat efektif apabila
berlakunya interaksi antara kanak-kanak dengan orang dewasa yang kebih
kompeten.
ZPD merupakan lingkungan di mana kanak-kanak dapat berfikir
melebihijangkaan usianya hasil daripada interaksi degan orang dewasa yang
kebih kompeten.
Guru memberi galakan berinteraksi, memberi motovasi dan memberi
dorongan.
Memberi bantuan dan solongan dalam bentuk verbal.
Menyoal untuk menggalakkan berfikir bagi menyelesaikan masalah/tugasan.
45
Memupuk keyakinan diri.
Memupuk kemahiran bahasa kanak-kanak denga bertutur, berbual, bercerita,
bersoal jawab dan galakan bertanya.
8. Mendengar
Guru sebagai pendengar yang aktif.
Apabila guru mendengar apa yang ingin disampaikan oleh muridnya, beliau
telah mewujudkan situasi penerimaan terhadap kanak-kanak dan idea yang
disarankan.
Guru perlu memahami apa yang ingin disampaikan oleh murid dan melayani
setiap soalan dan pandangan yang diberikan oleh murid dengan adil.
Murid berasa diri mereka dihargai dan diterima apabila idea mereka didengar
oleh orang lain.
Guru dapat menilai dan mengesan kelemahan murid.
46
f) Menggunakan pelbagai strategi dan teknik pembelajaran yang berkesan dan
menyeronokkan bagi mencapai aktiviti pengajaran.
g) Menyediakan murid-murid untuk mencari dan menambahkan pengetahuan.
h) Meneguhkan tingkah laku positif.
i) Menghindarkan tingkah laku negatif secara terbuka, tidak terancam, tidak
menghukum dan mesra.
5. Mendengar
Kemahiran mendengar merupakan suatu proses aktiviti komunikasi yang penting dan
berkesan. Mendengar juga adalah suatu pengiktirafan, penumpuan perhatian, dan
sentiasa membiarkan seseorang menghabiskan percakapan sebelum kita pula yang
bercakap.
b) Memahami
Mengaitkan apa yang dikata demngan apa yang kita ketahui.
47
Memahami apa yang diperkatakan dari sudut pandangan individu yang
bertutur.
Menunggu sehngga habis percakapan, baru membuat penilaian.
Meminta lebih banyak pengalaman.
Mengukangi apa yang dikatakan oleh individu berkenaan dengan
menggunakan perkataan sendiri.
c) Mengingat
Mengenalpasti pekara penting.
Meringkaskan apa yang telah diucapkan.
Mengulang nama dan perkara penting
d) Menilai
Elakkan daripada menilai sebelum seseorang itu habis bercakap/
Perlu mengandaokan seseorang itu berniat baik.
Apabila tidak setuju, minta penjelasan yang lebih lanjut.
Kenalpasti sama ada ucapan itu adalah fakta, pendapat peribadi atau
andaian sahaja.
Kenalpasti sebarang prasangka
e) Memberi respons
Tunjukkan sikap dukungan dan gerak geri mengangguk.
Sentiasa bersikap jujur.
Gunakan ayat-ayat “saya setuju” dan “saya fakir….”
48
g) Berhati-hati, tapis dan timbang setiap pendengaran. Jangan terus membuat
kesimpulan.
49
d) Sibuk memikirkan apa yang ada dalam fikiran sendiri.
e) Sibuk bercakap, dan bukannya sibuk mendengar.
f) Tidak minat mendengar.
6. Modelling
50
a) Guru memperdengarkan rakaman berita.
b) Murid membaca berita yang sama dan membuat rumusan berita tersebut dalam
kumpulan.
c) Ketua kumpulan membacakan rumusan yang dibuat dan guru membimbing
murid mengenai ciri-ciri berita yang baik.
d) Guru menunjukkan cara menulis berita menggunakan transparensi.
e) Guru meminta pendapat murid tentang isi-isi berita yang diperlukan.
f) Murid menulis karangan jenis berita di dalam buku masing-masing.
g) Guru akan memberi reespon sekiranya ada masalah yang timbuk dari masa ke
semasa.
7. Bercerita
Bercerita merupakan satu kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi
pelajarannya melalui penggunaan teknik bercerita. Melalui kaedah bercerita, guru dapat
menjalankan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Untuk menguasai kemahiran bercerita, guru harus memahami dan mematuhi prinsip-
prinsip panduan berikut:
a) Guru harus memilih cerita yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan
pengalaman murid serta objektif pelajarannya.
b) Sebelum sesi bercerita, guru harus menghafal isi-isi penting yang terkandung
dalam cerita itu.
c) Alat bantu mengajar seperti kad-kad perkataan, kad-kad gambar, patung atau
topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid harus disediakan sebelum
sesi bercerita dimulakan. Soalan-soalan untuk aktiviti susulan juga harus
disediakan.
d) Sebelum memulakan sesi bercerita, pastikan semua murid telah bersedia untuk
mendengar cerita.
e) Guru boleh duduk atau berdiri semasa bercerita, selagi semua murid boleh
melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru.
f) Mulakan cerita dengan suara yang menarik dengan penuh emosi.
51
g) Pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir. Cara ini sangat berkesan
untuk melibatkan murid dalam cerita yang disampaikan.
h) Pastikan suara jelas dan lantang. Kemahiran variasi rangsangan harus
digunakan untuk mengubah-ubah nada suara dan intonasi guru mengikut watak-
watak dan suasana cerita.
i) Kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid
memahami isi cerita dengan lebih jelas.
j) Semasa sesi bercerita, guru boleh mengemukakan soalan untuk menggalakkan
murid meramal perkembangan cerita selanjutnya. Cara ini bukan sahaja dapat
menarik perhatian murid tetapi juga dapat mengembangkan daya imaginasi
mereka.
k) Pastikan perkataan dan ayat yang digunakan untuk bercerita boleh difahami oleh
murid. Tujuan bercerita adalah untuk menyampaikan isinya dan bukan mengajar
murid perkataan-perkataan yang sukar.
l) Isi cerita harus disampaikan kepada murid dengan gerak-geri secara semulajadi.
Aktiviti lakonan guru harus dielakkan.
m) Selepas bercerita, aktiviti susulan harus diadakan, misalnya aktiviti soal jawab
tentang tema dan nilai moral yang terkandung dalam cerita tersebut. Guru juga
boleh memberikan topeng-topeng yang disediakan kepada murid untuk
menjalankan aktiviti lakonan.
Pada peringkat ini guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai. Tema cerita
harus mengandungi nilai moral yang murni. Isi cerita hendaklah menarik dan perkataan
yang digunakan hendaklah sesuai dengan oengalaman murid. Panjang atau pendek
crita hendaklah sepada dengan peruntukan masa.
Selepas cerita dipilih, guru hendaklah cuba menghafaz dan bercerita secara sendiri,
sekorang-kurangnya sekali. Di samping itu, guru perlu menyediakan alat bantu engajar
seperti kad perkataan, kad gambar atau topenhg-topeng yang perlu digunakan untuk
murid-murid berlakon selepas bercerita. Beberapa soalan hendaklah disediakan untuk
menguji kefahaman murid selepas bercerita.
Sebelum mula bercerita, guru hendaklah menyusun tempat duduk murid supaya
memastikan setiap murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru. Tempat bercerita
52
hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi
cerita supaya membawa murid-murid ke dalam situasi yang seakan-akan alam cerita itu.
Langkah pelaksanaan sesi bercerita ini hendaklah dimulakan dengan set induksi yang
menarik serta ada kaitan dengan cerita yang hendak disampaikan. Semasa bercerita,
guru boleh menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik
perhatian serta membantu murid-murid memahami isi cerita yang disampaikan. Pastikan
setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya semasa guru bercerita.
Guru juga boleh melibatkan murid dalam sesi bercerita dengan menggunakan soalan-
soalan membimbing nereka mengikut perkembangan cerita dari peringkat permulaan
sehingga peringkat penutup.
7.4 Penutup
Tujuan penutup sesi bercerita ialah membantu murid-murid mengukuhkan nilai murni
yang diterapkan dalam isi cerita. Terdapat pelbagai aktiviti penutup boleh digunakan
dalam sesi penutup bercerita ini. Di antaranya ialah :
53
Main Sosial- Teori Mildred Parten (1932)
Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari segi aspek sosial. Beliau
mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak
menerusi main. Kajiannya tentang main sosial masih dianggap sesuai sehingga hari ini.
Pemeringkatan main yang digunakan oleh Parten terus dijadikan rujukan. Kategori main
sosial mengikut Parten adalah seperti berikut:
Perlakuan tidak menentu (unoccupied behaviour) – kanak-kanak bergerak di dalam kelas
dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi tidak bermain;
Main sendirian (solitary play) – kanak-kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak-
kanak lain yang duduk berhampiran dengannya;
Main pemerhatian (onlooker play) – kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-kanak lain
bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan;
Main selari (parallel play) – kanak-kanak bermain permainan yang sama tetapi tidak
bermain bersama-sama dan tidak berkongsi alat permainan yang sama;
Main asosiatif (associative play) – kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-kanak lain
dan berkongsi peralatan mainan tetapi tidak bersama dalam aktiviti main; dan
Main koperatif (cooperative play) – kanak-kanak ini bermain dalam bentuk sosial dan
melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti.
2.1 Kegunaan permainan tersebut dari segi sosioemosi dan juga kognitif kanak-
kanak
Secara umumnya, belajar melalui bermain dapat menyumbang kepada pelbagai aspek
perkembangan seperti daya kreatif, fizikal, bahasa, sosioemosi dan moral.
54
Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat merasai pengalaman jual beli yang
biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kanak-kanak akan mendapat pengetahuan
baru mengenai cara penggunaan wang, nilai wang, dan urusan jual beli di pasar atau pun
pasar raya.
Berikut adalah kegunaan permainan ini dari segi sosioemosi dan juga kognitif kanak-
kanak;
Dari segi perkembangan sosioemosi kanak-kanak,
(a) Kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial.
Contohnya dalam permainan ini, kanak-kanak belajar untuk berurus niaga dengan rakan-
rakannya dalam permainan yang berkonsepkan main peranan. Untuk bermain dengan
jayanya, kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan rakan-rakannya dalam cara yang
dapat difahami di samping memahami apa yang cuba disampaikan oleh mereka
kepadanya. Komunikasi ini melibatkan aktiviti bertutur dan bersoal jawab yang secara
tidak langsung dapat merangsang perkembangan komunikasi dan bahasa kanak-kanak.
Mereka juga bersama-sama dengan ahli kumpulan mereka berkolaborasi untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan nilai wang dan urusan membeli
barangan. Contohnya, apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk
mendapatkan barangan yang mereka inginkan, mereka bersama-sama berbincang untuk
mencari jalan penyelesaian. Mungkin mereka akan mengambil keputusan untuk membeli
barangan yang lebih murah harganya atau pun melakukan tawar-menawar dengan pihak
penjual.
Dalam permainan ini, kumpulan kanak-kanak ini dengan sendiri mereka melantik ketua
bagi kumpulan mereka. Apabila permainan berlangsung, masing-masing menjalankan
peranan masing-masing dengan memainkan watak sebagai penjual dan pembeli.
(d) Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur.
Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur apabila melakukan urusan jual beli
dengan ahli kumpulan mereka. Perkara ini berlaku apabila mereka perlu berkongsi wang
yang diperolehi untuk mendapatkan sesuatu barangan yang hendak dibeli. Oleh itu, setiap
kanak-kanak perlu bertolak ansur untuk mengeluarkan wang masing-masing untuk
mendapatkan barangan yang telah dipersetujui.
(e) Kanak-kanak belajar untuk berjimat cermat dan nasihat menasihati.
Dalam permainan ini, kanak-kanak akan belajar berjimat cermat menggunakan wang
yang ada tanpa sebarang pembaziran berlaku. Kanak-kanak akan menggunakan wang
yang diperolehi dengan sebaik-baiknya. Setiap ahli kumpulan akan memberi nasihat dan
55
mengingatkan rakan-rakan sekumpulannya untuk berjimat cermat dalam penggunaan
wang.
56