Anda di halaman 1dari 21

1.

PENGENALAN

Pendengaran adalah satu saluran penting bagi manusia menerima bahan-bahan ilmu. Walaupun manusia boleh
belajar melalui deria penglihatan, bau, sentuhan dan rasa, namun deria pendengaran juga sangat penting untuk
memudahkan dan menyempurnakan proses pembelajaran. Bermula sejak seorang kanak-kanak itu dilahirkan, salah
satu proses pembelajaran mengenali alam sekeliling adalah melalui pendengaran. Bayi mula belajar mengenal
antara bunyi kuat dengan perlahan, bunyi tinggi dengan rendah dan bunyi merdu dengan sumbang. Dia juga belajar
mengenal bunyi-bunyi lain seperti bunyi tangisannya dan pujukan daripada ibu bapa atau ahli-ahli keluarganya.
Ketika kanak-kanak itu mencapai umur antara 12 hingga 24 bulan, dia akan mula bercakap dan membentuk
bahasanya sendiri. Jika kanak-kanak itu mengalami cacat pendengaran, perkembangan pertuturan dan bahasanya
akan terganggu atau lambat. Kelambatan ini akan mempengaruhi pula perkembangan mentalnya. Oleh itu, kanakkanak cacat mempunyai tiga rangkap kecacatan. Disebabkan tidak dapat bertutur, mereka tidak boleh berfikir
seperti kanak-kanak normal. Keadaan ini akhirnya menyebabkan perkembangan akal mereka terencat. Kebanyakan
kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran tidak dapat bertutur bukanlah disebabkan oleh alat suara
mereka rosak, tetapi disebabkan kesukaran mereka mendengar. Kecacatan pendengaran ini bukan sahaja
menggugat perkembangan pertuturan, bahasa dan akal, tetapi juga sosial kanak-kanak. Kanak-kanak ini berasa
malu untuk bergaul dengan kanak-kanak yang sebayanya disebabkan kekurangan yang dimiliki. Kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran bukan terdiri daripada satu kumpulan yang sama walaupun mereka juga
mengalami masalah pendengaran. Hal ini kerana, tahap kehilangan pendengaran, jenis pendengaran dan sebab
kehilangan pendengaran mereka adalah berbeza antara satu sama lain.
2.0

ISI

2.1

DEFINISI MASALAH PENDENGARAN

Kerap kali orang yang bermasalah pendengaran digelarkan sebagai pekak tetapi sebenarnya bukan semua orang
yang bermasalah pendengaran itu tidak boleh mendengar langsung. Terdapat juga sesetengah golongan yang
dikatakan pekak itu boleh mendengar, tetapi pendengarannya itu tidak jelas dan memerlukan bantuan alat
pendengaran. Menurut Cruickshakn dan Johnson (1975) di Amerika Syarikat, kanak-kanak cacat pendengaran
didefinisikan berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak itu menggunakan deria dengarnya dan juga bila
kecacatan itu dialaminya. Definisi masalah pendengaran ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pekak dan
separuh pekak. Pekak membawa maksud kanak-kanak yang mempunyai deria dengar tetapi ia tidak dapat
berfungsi langsung. Manakala separuh pekak membawa maksud kanak-kanak yang mempunyai deria dengar tetapi
deria dengarnya mengalami kerosakan. Walaupun deria dengarnya rosak, tetapi ia masih boleh berfungsi sama ada
dengan bantuan alat pendengaran atau rawatan perubatan.
2.2

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS BAGI MASALAH PENDENGARAN DI MALAYSIA.

Pendidikan khas kecacatan pendengaran bermula pada tahun 1954 di mana pembukaan kelas khas di Jalan
Northam Pulau Pinang iaitu merupakan pertubuhan sukarela. Pada tahun 1963, Sekolah Kanak-kanak Pekak
Persekutuan Tanjung Bunga Pulau Pinang oleh Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan dan pada tahun yang
sama satu lagi pendidikan khas ditubuhkan iaitu pembukaan Kelas Khas percantuman di sekolah-sekolah biasa
yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan. Pada tahun yang sama juga iaitu 1963 satu Pusat Latihan Perguruan
Pendidikan Khas di Maktab Perguruan Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur dibuka oleh Kementerian Pendidikan.
Manakala pada tahun 1978, Pengenalan Komunikasi Seluruh (Total Communication) ditubuhkan oleh Kementerian
Pendidikan ataupun American Peace Corps. Kemudian, pada tahun 1987 terdapat dua pusat pendidikan khas cacat
pendengaran ditubuhkan iaitu Sekolah-sekolah Pendidikan Khas yang diwujudkan dengan pentadbiran berasingan
di bawah pusat tanggungjawab dan penubuhan Menengah Pendidikan Khas Vokasional di Shah Alam Selangor.

2.3

SEBAB-SEBAB MASALAH PENDENGARAN

Sesetengah kanak-kanak mengalami masalah pendengaran sejak lahir lagi manakala kanak-kanak lain pula
boleh memperolehnya ketika dilahirkan atau selepas dilahirkan. Masalah pendengaran ini berpunca daripada
pelbagai faktor iaitu sebelum lahir, semasa lahir dan selepas lahir. Masalah pendengaran yang disebabkan faktor
sebelum lahir dapat kelaskan kepada dua iaitu faktor baka yang disebabkan oleh gen dan bukan baka. Faktor baka
berlaku jika salah satu keluarga pasangan yang mempunyai sejarah cacat pendengaran seperti sindrom
Waardenburg, Treacher Collins dan Alport Syndrome, berkemungkinan besar anak yang dikandungannya juga akan
memperoleh penyakit tersebut. Bagi faktor bukan baka adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu jangkitan
semasa hamil terutamanya oleh virus seperti Rubella, demam Grandular dan selsema. Dalam pada masa yang
sama, 'congenital rubella' atau 'congenital syphilis' yang menyerang ibu mengandung boleh menyerang tisu-tisu
janin sehingga menjejaskan tumbesarannya, mengganggu pembentukan jantung, mata dan alat pendengaran bayi.
Seseorang wanita yang diserang penyakit ini pada trimester pertama mempunyai risiko yang tinggi untuk
mendapat bayi yang cacat. Risiko ini lebih rendah jika infeksi berlaku pada ibu apabila sudah lebih dari dua puluh
minggu mengandung. Sebagai contoh, semasa pertengahan tahun 1960an, Rubella merupakan salah satu penyakit
yang menyebabkan kebanyakan bayi-bayi yang lahir mengalami kecacatan pendengaran. Oleh itu, kerajaan
Malaysia mewajibkan suntikan Rubella kepada semua pelajar-pelajar perempuan di sekolah. Golongan wanita pula
perlu menjalani ujian darah bagi memastikan antibodi di dalam tubuhnya mencukupi.
Selain itu, semasa hamil ibu yang mendapat jangkitan yang berkaitan dengan pemakanan seperti beri-beri
dan kencing manis juga boleh memberikan kesan kepada bayi dalam kandungan dan secara tidak langsung akan
menyebabkan kecacatan pendengaran kepada bayi. Ibu yang mengambil dadah ataupun bahan kimia seperti kuanin
dan streptomycin semasa hamil juga akan memberikan kesan kepada bayi dalam kandungan. Selain itu, pada
peringkat akhir kehamilan juga ibu yang menghidapi penyakit Toksemia juga boleh memberikan kesan pada
kandungan dan akan boleh menyebabkan bayi mengalami masalah pendengaran. Penyakit Toksemia juga boleh
dikenali sebagai tekanan darah tinggi akibat kehamilan ataupun hipertensi (http://www.infosihat.gov.my/PDF
%20Penyakit/Toksemia%20dan%20Eklampsia.pdf.)
Apabila keadaan itu menjadi lebih teruk, maka sawan akan berlaku. Keadaan ini dapat dilihat apabila kaki
mula membengkak, tahap kenaikan darah yang tinggi dan juga banyaknya kandungan albumin dalam air kencing.
Wanita yang mungkin mengalaminya juga mempunyai tanda-tanda lain seperti pening kepala, sakit pada ulu hati,
terasa hendak pitam serta gangguan pada penglihatan. Tanda-tanda tersebut menandakan penyakit ini berada pada
tahap yang serius. Biasanya, sawan beranak boleh meragut nyawa mangsanya walaupun ada juga sebahagian besar
terlepas daripada ancaman maut ataupun bayi dalam kandungan akan mengalami kecacatan. Kehamilan yang kerap
juga merupakan salah satu faktor kepada masalah kecacatan pendengaran kepada bayi dalam kandungan.
Masalah pendengaran bukan sahaja boleh berlaku sebelum lahir ataupun semasa kehamilan tetapi masalah
pendengaran ini juga boleh berlaku semasa lahir. Faktor berlakunya masalah pendengaran semasa lahir pula adalah
di mana semasa ibu mengandung hendak melahirkan bayinya, ibu tersebut mengambil masa yang terlalu lama atau
mengalami kesukaran dalam proses melahirkan bayinya. Hal ini akan menyebabkan tekanan yang kuat pada
bahagian telinga bayi yang dilahirkan dan kemungkinan akan membawa kecederaan atau kerosakan pada bahagian
telinga bayi tersebut. Selain itu, kelahiran bayi yang tidak cukup bulan juga boleh menyumbang kepada bayi yang
bermasalah pendengaran. Kelahiran sebelum tempohnya juga boleh dijadikan sebab kepada berlakunya masalah
pendengaran kerana keganjilan atau kecacatan pada bayi seperti kecacatan pada otak, saraf atau kepala atau
kecacatan pada jantung atau anggota lain. Selain itu juga, kecederaan bayi masa lahir terutama pada bahagian
telinga juga boleh menyumbangkan masalah pendengaran (http://www.infosihat.gov.my/Pameran /Telinga/Poster
%20Telinga_06.pdf).
Selain itu, masalah pendengaran juga boleh berlaku selepas lahir iaitu bagi kanak-kanak yang menghidap
penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria dan virus seperti beguk dan demam campak. Kemalangan yang
boleh mencederakan bahagian telinga, pengambilan antibiotik seperti streptomycin dan terdedah pada bunyi yang
terlalu kuat dalam jangka masa yang lama juga salah satu faktor boleh menyebabkan berlakunya kecacatan
pendengaran kepada kanak-kanak ( Jamila K.A. Mohamed, 2005).
Akhir sekali, sebab-sebab cacat pendengaran selepas lahir ialah terdedah pada bunyi yang kuat. Kanakkanak yang selalu terdedah pada bunyi yang kuat, kemungkinan besar boleh mengalami masalah pendengaran. Hal
2

ini kerana, bunyi yang kuat boleh memecahkan gegendang telinga. Sehubungan itu juga, faktor kemalangan juga
boleh menyebabkan masalah pendengaran. Kanak-kanak yang terlibat dengan kemalangan jalan raya yang
membawa kecederaan pada bahagian telinga kemungkinan besar boleh mengalami masalah pendengaran kerana
semasa kemalangan, berlaku hentakan yang kuat pada telinga kanak-kanak tersebut.
2.4

STRUKTUR TELINGA

Secara fizikalnya, telinga mempunyai reseptor khusus untuk mengenali getaran bunyi dan untuk keseimbangan.
Terdapat tiga bahagian utama telinga manusia, iaitu bahagian telinga luar, telinga tengah, dan telinga dalam.
2.4.1

Susunan Telinga

Telinga tersusun di atas


tiga bahagian iaitu telinga luar,
telinga tengah, dan telinga dalam.
Telinga luar terdiri dari daun telinga, saluran luar, dan membran timpani (gendang telinga). Daun telinga manusia
mempunyai bentuk yang khas, tetapi bentuk ini kurang mendukung fungsinya sebagai penangkap dan pengumpul
getaran suara. Bentuk daun telinga yang sangat sesuai dengan fungsinya adalah daun telinga pada anjing dan
kucing, iaitu tegak dan membentuk saluran menuju gegendang telinga. Saluran luar yang dekat dengan lubang
telinga dilengkapi dengan rambut-rambut halus yang menjaga agar benda asing tidak masuk dan kelenjar lilin yang
menjaga agar permukaan saluran luar dan gegendang telinga tidak kering. Bahagian telinga tengah ini merupakan
rongga yang berisi udara untuk menjaga tekanan udara agar seimbang. Di dalamnya terdapat saluran Eustachio
yang menghubungkan telinga tengah dengan faring. Rongga telinga tengah berhubungan dengan telinga luar
melalui membran timpani. Hubungan telinga tengah dengan bahagian telinga dalam melalui jendela oval dan
jendela bundar yang keduanya dilapisi oleh mambran yang transparan.
Selain itu, terdapat pula tiga tulang pendengaran yang tersusun seperti rantai yang menghubungkan
gegendang telinga dengan jendela oval. Ketiga-tiga tulang tersebut adalah tulang martil (maleus) menempel pada
gegendang telinga dan tulang landasan (inkus). Kedua-dua tulang ini terikat erat oleh ligamentum sehingga
mereka bergerak sebagai satu tulang. Tulang yang ketiga adalah tulang sanggurdi (stapes) yang berhubungan
dengan jendela oval. Antara tulang landasan dan tulang sanggurdi terdapat sendi yang memungkinkan gerakan
bebas. Fungsi rangkaian tulang dengar adalah untuk mengirimkan getaran suara dari gegendang telinga (membran
timpani) menyeberangi rongga telinga tengah ke jendela oval.
Bahagian telinga dalam ini mempunyai susunan yang rumit, terdiri daripada labirin tulang dan labirin
membran. Ada lima bahagian utama dari labirin membran, iaitu tiga saluran setengah lingkaran, ampula, utrikulus,
sakulus, koklea atau rumah siput. Sakulus berhubungan dengan utrikulus melalui saluran sempit. Tiga saluran
3

setengah lingkaran, ampula, utrikulus dan sakulus merupakan organ keseimbangan dan keempat-empatnya terdapat
di dalam rongga vestibulum dari labirin tulang.
Koklea mengandungi organ Korti untuk pendengaran. Koklea terdiri dari tiga saluran yang sejajar iaitu
saluran vestibulum yang berhubungan dengan jendela oval, saluran tengah dan saluran timpani yang berhubungan
dengan jendela bundar serta saluran (kanal) yang dipisahkan satu dengan lainnya oleh membran. Di antara saluran
vestibulum dengan saluran tengah terdapat membran Reissner, manakala di antara saluran tengah dengan saluran
timpani terdapat membran basiler. Dalam saluran tengah terdapat suatu tonjolan yang dikenal sebagai membran
tektorial yang paralel dengan membran basiler dan ada di sepanjang koklea. Sel sensori untuk mendengar tersebar
di permukaan membran basiler dan hujungnya berhadapan dengan membran tektorial. Dasar dari sel pendengar
terletak pada membran basiler dan berhubungan dengan serabut saraf yang bergabung membentuk saraf pendengar.
Bahagian yang peka terhadap rangsang bunyi ini disebut organ Korti.
2.5

JENIS-JENIS MASALAH PENDENGARAN

Jenis masalah pendengaran boleh dibahagikan kepada tiga iaitu masalah pendengaran bahagian penerimaan
(conductive deafness), masalah pendengaran bahagian tanggapan (perceptive deafness) dan akhir sekali ialah
masalah pendengaran campuran. Masalah campuran ini terdiri daripada masalah pendengaran bahagian
penerimaan dan bahagian tanggapan.
Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan
telinga tengah. Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatan atau
kerosakan pada laluan ini. Sebagai contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengaran
konduktif ialah ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia atau
anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah dan
gegendang telinga bocor atau pecah. Hal ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Masalah
perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.
Masalah pendengaran sensori neural pula berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga
dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas
menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal kerana
tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal, tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran
secara menyeluruh. Masalah ini tidak dapat dirawat dan selalunya kekal, tidak seperti masalah pendengaran
konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan. Walau bagaimanapun, masalah dapat
dibantu dengan alat batu pendengaran.
Akhir sekali ialah masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua
masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensori neural. Sebagai contohnya,
seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensori neural dan juga mempunyai mampatan tahi telinga
dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar
atau tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran.
2.6

DARJAH PENDENGARAN

Jabatan Hidung, Tekak, dan Telinga (ENT) UKM telah mengkategorikan tahap pendengaran kepada beberapa
peringkat iaitu peringkat ringan atau sedikit, peringkat sederhana, peringkat teruk dan peringkat sangat teruk.
Tahap pendengaran biasanya diukur dalam desibel (dB), di mana ia mengukur intensi bunyi. Kanak-kanak ini
memerlukan terapi pertuturan. Pada tahap pendengaran peringkat ringan, mereka ini mengalami tahap kehilangan
pendengaran antara 20 dB hingga 40 dB. Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pendengaran di peringkat ini
menghadapi masalah untuk mendengar bunyi yang perlahan ataupun jauh. Pada peringkat sederhana pula, tahap
kehilangan pendengarannya antara 41 dB hingga 70 dB. Mereka boleh mendengar bunyi setakat satu hingga satu
perpuluhan lima meter daripadanya. Kanak-kanak ini tidak sempurna pertuturan kerana tahap pendengaran mereka
adalah terhad. Jika hendak bercakap dengan kanak-kanak ini perlulah dengan nada yang kuat dan jelas.
4

Kanak-kanak yang mempunyai pendengaran antara 71 dB hingga 90 dB dikelaskan sebagai kanak-kanak


cacat pendengaran peringkat teruk. Mereka boleh mendengar bunyi yang kuat pada jarak antara 0 hingga 0.5 meter
sahaja. Mereka ini biasanya mengalami masalah pertuturan. Mereka ini juga memerlukan pendidikan khas, alat
bantu pendengaran, latihan pertuturan dan komunikasi. Kanak-kanak yang mempunyai pendengaran lebih dari 90
dB dikatakan mengalami peringkat cacat pendengaran yang teruk. Kanak-kanak ini susah untuk mendengar,
walaupun bunyi itu kuat. Oleh itu, mereka memerlukan segala bantuan yang dapat diberi bagi mengurangkan
masalah seperti alat bantu mendengar dan terapi pertuturan.
2.7

CARA MENGENAL KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

Biasanya kecacatan pendengaran yang berlaku pada seseorang kanak-kanak dapat dikesan sebelum kanak-kanak
itu berumur 12 bulan. Pengesahan pada peringkat awal adalah penting supaya rawatan dapat diberikan dengan
segera. Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk mengesan kecacatan pendengaran pada peringkat bayi dan
kanak-kanak. Cara-cara mengesan ialah melalui ujian tarikan (distraction test) dan ujian pertuturan (speech test).
Ujian tarikan ini akan dilakukan ke atas kanak-kanak cacat pendengaran. Di mana kanak-kanak ini akan
didedahkan pada bunyi-bunyi tanpa pengetahuan ataupun penglihatan mereka. Kemudian kanak-kanak ini akan
diperhatikan sama ada mereka ini menunjukkan apa-apa gerak balas terhadap bunyi-bunyi yang diperkenalkan itu.
Sungguhpun kanak-kanak yang berumur kurang dari lima bulan tidak begitu berkebolehan lagi untuk memalingkan
kepala mereka untuk mencari sumber bunyi yang didedahkan kepada mereka, mereka akan menunjukkan gerak
balas dengan menggerak-gerakkan mata, tangan dan kaki mereka. Manakala ujian pertuturan ini dilakukan untuk
memerhati sama ada kanak-kanak boleh memahami apa yang dituturkan dan seterusnya menunjukkan gerak balas
terhadap arahan yang diberikan. Lazimnya ujian ini akan dilakukan pada kanak-kanak yang berumur lebih dari 12
bulan. Kebanyakan kanak-kanak telah memahami arahan-arahan yang mudah seperti mana ibu atau mana bapa
apabila mencapai umur antara 12 hingga 18 bulan. Oleh itu, ujian ini bersama-sama ujian tarikan boleh digunakan
sebaik sahaja kanak-kanak telah memahami beberapa perkataan.
2.8

KRITERIA INDIVIDU BERMASALAH PENDENGARAN


2.8.1

Perkembangan Mental

Perkembangan kanak-kanak bermasalah pendengaran bergantung pada tahap kehilangan pendengaran dan umur
semasa mengalami masalah pendengaran. Kebiasaannya, kanak-kanak yang mencapai umur antara 12 hingga 24
bulan mula bercakap dan membentuk bahasanya sendiri. Namun bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran,
perkembangan pertuturan dan bahasanya terganggu ataupun lambat. Kelambatan ini secara tidak langsung akan
mempengaruhi perkembangan mentalnya. Menurut Chua (1992), kanak-kanak bermasalah pendengaran
mempunyai tiga rangkap kecacatan iaitu disebabkan tidak dapat mendengar, mereka tidak dapat bertutur dan tidak
dapat berfikir seperti kanak-kanak normal. Dengan ini, menyebabkan perkembangan akal mereka terencat.
Menurut Simeonsson & Rosenthal (2001), perkembangan intelektual individu yang mempunyai kecacatan
pendengaran mempunyai banyak peranan dalam perkembangan bahasa daripada kemampuan kognitif. Selain itu,
mereka juga mengalami banyak kesukaran seperti bercakap, membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris yang
berkait dengan tahap kognitif mereka (Paul & Quigley, 1990).
Menurut Simeonsson & Rosenthal (2001), ulasan tentang penyelidikan pada 20 tahun yang lepas, adalah
tentang ciri-ciri kebijaksanaan mental kanak-kanak di mana kanak-kanak yang menghadapi kerosakan
pendengaran dengan mengemukakan pendapat bahawa pemberian kebijaksanaan atau IQ bagi kanak-kanak kurang
pendengaran ini adalah sama dengan pendengaran mereka. Menurut Paul & Quigley (1990), penemuan tentang
pembangunan intelektual untuk individu yang mengalami masalah pendengaran berperanan sebagai pembangunan
bahasa yang melebihi daripada pembangunan kognitif mereka. Sebarang kesukaran timbul dalam pelaksanaan
berkait rapat dengan percakapan, membaca, dan menulis bahasa Inggeris tetapi tidak berkaitan dengan aras
kebijaksanaan.
2.8.2

Pertuturan dan Bahasa


5

Menurut Mclean, Wolery, & Bailey (2004), kemahiran pertuturan dan bahasa adalah daerah perkembangan yang
amat mempengaruhi individu yang mengalami kerosakan pendengaran terutamanya kanak-kanak yang dilahirkan
pekak. Kebanyakannya kanak-kanak yang pekak ini mengambil masa yang lama untuk bertutur. Menurut Berk
(2003), dalam lingkungan 50 tahun yang lalu, banyak penulisan yang menyentuh tentang kemahiran bertutur bagi
kanak-kanak yang kehilangan pendengaran dengan mengemukakan beberapa kesan-kesan kehilangan pendengaran
dalam pembangunan bahasa Inggeris. Walaupun orang yang mengalami kehilangan pendengaran tidak boleh
mendengar bunyi dan pertuturan yang jauh, kelambatan berbahasa boleh dikurangkan atau dicegah melalui
diagnosis pada peringkat awal dengan menggunakan teknologi yang maju dan melalui rawatan. Melalui cara ini,
kemungkinan besar individu ini boleh menggunakan pertuturan dengan tahap yang rendah untuk kemahiran bahasa
Inggeris. Menurut Albert & Schwartz (2001), bagi individu yang mengalami masalah pendengaran yang sangat
teruk pula kebanyakannya tidak mendengar suara yang kuat walaupun mereka menggunakan bantuan alat bantuan
pendengaran yang canggih. Individu ini tidak boleh menerima maklumat melalui pertuturan melainkan mereka
memahami apa yang sedang diperkatakan. Suara yang dikeluarkan oleh individu ini selalunya sukar difahami.
Kanak-kanak pekak menunjukkan bahawa penyebutan, kualiti suara dan masalah perbezaan suara sangat penting
bagi mereka. Penyelidik menemui pada awal usia iaitu pada umur 8 bulan, kanak-kanak pekak akan mula bercakap
benda-benda yang karut berbanding dengan pendengaran mereka yang tajam. Menurut Fryauf-Bertschy, Tyler,
Kelsay, Gantz, & Woodworth (1997), dalam tahun 1990 U. S Food dan Drug Administration membenarkan cara
memasukkan koklea untuk kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 17 tahun. Penyelesaian memasukkan
koklea sering digunakan pada masa kini. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa pediatrik yang memasukkan
koklea kepada pengguna dengan kukuh telah memberi manfaat yang terbukti dalam pembangunan percakapan dan
bahasa.
2.8.3

Perkembangan Sosial

Pembangunan sosial-emosi dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami kerosakan pendengaran menunjukkan
corak pembangunan mental yang sama dengan seseorang yang kehilangan pendengaran dengan memerhatikan
pada pertalian persahabatan dan kebudayaan, umur, serta kecenderungan jantina. Walau bagaimanapun,
pembangunan sosial-emosi tergantung kepada kemampuan untuk menggunakan kemahiran komunikasi.
Kebanyakan kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pendengaran menghadapi kesukaran dalam belajar bertutur
(McLean, Wolery, & Bailey, 2004). Di samping itu, masalah pendengaran bukan sahaja memberi kesan kekurangan
dalam input sensori, malah juga memberikan gangguan dalam interaksi serta hubungan antara orang dewasa dan
kanak-kanak (Wood, 1982). Oleh itu, bahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan kita, terutama kanakkanak yang sedang membesar.
Kanak-kanak bermasalah pendengaran biasanya kurang mempunyai corak pergaulan semasa mereka
bermain dan mereka lebih suka kepada kumpulan yang mempunyai 2 orang ahli berbanding kumpulan yang
mempunyai ramai ahli. Corak pergaulan ini mungkin sifat yang susah bagi menarik perhatian mereka di mana
penglihatan mereka hanya tertumpu kepada tabiat pembawaan dan kelemahan ilmu yang sepadan dengan bahasa
mereka dalam sesuatu situasi. Mereka kadang-kadang berpura-pura bermain kerana mereka lambat bercakap dan
ketidakupayaan mereka dalam menghurai situasi imaginasi mereka.
Kanak-kanak pekak kurang menghabiskan masa dalam bekerjasama apabila mereka bersama dengan
kanak-kanak bermasalah pendengaran yang lain sama ada mereka berminat ataupun mereka dahulu yang
memulakan pergaulan tersebut. Mereka kerap kali tidak mendapat tindak balas daripada teman sepermainan kerana
mereka kekurangan dari segi berbahasa. Kebiasaannya, apabila kanak-kanak bermasalah pendengaran cuba untuk
bermain tetapi mereka tidak mahu berkongsi sistem komunikasi biasa seperti percakapan kanak-kanak yang
normal.
Sebagai kanak-kanak yang mengalami masalah kerosakan pendengaran di mana membesar dan menjadi
matang, kemampuan mereka untuk menerima dan menggunakan bahasa tersekat dan terhad kepada perkataan yang
mudah difahami oleh mereka sahaja.
2.8.4

Pencapaian Akademik
6

Pencapaian pendidikan kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran nyata sekali lambat berbanding
dengan kepekaan pendengaran mereka. Murid-murid yang pekak atau menpunyai sebahagian kerosakan
pendengaran terlalu susah untuk berjaya dalam pendidikan yang nyatanya bergantung kepada ucapan perkataan
dan penulisan bahasa untuk menyampaikan ilmu. Menurut Paul & Quigley (1990), pencapaian yang rendah adalah
ciri-ciri murid yang bermasalah pendengaran. Menurut Lasso (1987), sebarang kehilangan pendengaran sama ada
ringan atau sangat teruk akan menimbulkan kesan terhadap aktiviti pembacaan.
Manakala menurut Allen (1986) dan Wilbur (1987), murid yang bermasalah pendengaran mendapat
pencapaian markah yang tinggi dalam pembacaan semasa tiga tahun pertama persekolahan. Semasa peringkat
ketiga, prestasi pembacaan melebihi ilmu pengiraaan dan prestasi pengejaan huruf. Penyelidikan yang dibuat oleh
Allen menemui aras medium pembacaan untuk murid-murid yang berumur 16 hingga 18 tahun yang mengalami
masalah pendengaran berada dalam peringkat ketiga dan pencapaian matematik berada dalam peringkat ketujuh.
Menurut Johnson (2003) kebanyakan murid-murid yang mengalami masalah pendengaran mengalami
kesukaran dalam peperiksaan ketika berada di sekolah menengah dan kebenarannya kebanyakan mereka tidak
boleh lulus dalam peperiksaan.
2.8.5

Perkembangan Fizikal

Daripada segi fizikal, tidak dapat dibezakan antara kanak-kanak bermasalah pendengaran dengan kanakkanak normal, malah mereka sering dianggap sebagai kanak-kanak biasa. Aspek yang membezakan mereka adalah
komunikasi dan kemahiran komunikasi sering menjadi masalah utama bagi kanak-kanak yang bermasalah
pendengaran. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan dalam pendengaran berbeza apabila dibandingkan dengan
kanak-kanak yang bermasalah pendengaran yang belum menguasai bahasa dan pertuturan. Malah bagi kanakkanak yang kehilangan pendengaran pada tahap ringan dan sederhana, mereka juga turut menghadapi masalah
dalam bahasa reseptif iaitu sukar memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain dan bahasa ekspresif iaitu
menyatakan apa yang difikirkan oleh orang lain. Justeru itu, hal ini memberi kesan kepada kanak-kanak di mana
mereka ini mungkin akan dipinggirkan oleh keluarga dan rakan-rakan yang tidak dapat berkomunikasi mereka.
2.9

PERTIMBANGAN
PENDENGARAN.

DALAM

PENDIDIKAN

TERHADAP

MURID

BERMASALAH

Satu cara pengelasan kecacatan pendengaran adalah melalui tahap kehilangan pendengaran. Kadar kehilangan
pendengaran daripada tahap ringan kepada tahap yang sangat teruk bergantung kepada intensiti bunyi biasanya
diukur dalam unit desibel (dB) pada frekuensi yang pelbagai, dinyatakan dalam unit hertz (Hz). Kurang
pendengaran adalah merujuk kepada tahap pendengaran yang masih membolehkan individu memahami pertuturan
manakala tahap sangat teruk merujuk kepada tahap pendengaran di mana individu mengalami masalah memahami
pertuturan. Masalah pendengaran jelas mempunyai implikasi yang penting dalam pendidikan. (rujuk jadual 1)
Individu yang mengalami kehilangan pendengaran pada tahap ringan mungkin menghadapi kesukaran
untuk mendengar dengan jelas apabila berada di dalam bilik darjah yang bising atau mengecam bunyi-bunyi pada
jarak yang jauh. Walau bagaimanapun, keupayaan mereka untuk bertutur berada dalam tahap yang normal. Murid
tersebut berhak memperoleh keutamaan tempat duduk, memperoleh satu alat bantuan pendengaran atau sistem FM
peribadi, kelebihan yang lebih banyak dalam model pengajaran dan mempertingkatkan kolaborasi bersama ibu
bapa untuk memudahkan lagi pembelajaran.
Individu yang mengalami kehilangan pendengaran pada tahap sederhana, bergantung kepada jenis, tahap
kehilangan pendengaran dan umur ketika kehilangan pendengaran. Mereka hanya dapat mendengar bunyi pada
jarak 1 hingga 1.5 meter sahaja. Namun begitu, mereka masih boleh memahami perbualan tetapi mereka sukar
untuk melibatkan diri dalam perbincangan secara berkumpulan. Murid tersebut berhak memperoleh satu alat bantu
dengar atau sistem FM peribadi serta berhak menerima terapi pertuturan.
Individu yang mengalami kehilangan pendengaran tahap sederhana teruk, teruk dan sangat teruk juga
bergantung kepada jenis, tahap kehilangan pendengaran dan umur ketika kehilangan pendengaran. Bagi murid
yang mengalami kehilangan pendengaran tahap sederhana teruk, pertuturan kanak-kanak kategori ini mungkin
7

tidak sempurna kerana pengalaman pendengaran mereka yang terhad. Selain itu, orang yang ingin berhubung
dengan mereka perlu bercakap dengan kuat. Manakala bagi murid yang mengalami kehilangan pendengaran tahap
teruk, mereka dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak antara sifar hingga 30.5 sentimeter sahaja. Mereka juga
mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja. Murid kategori ini menghadapi masalah dalam pertuturan.
Namun begitu, bagi murid yang mengalami kehilangan pendengaran tahap sangat teruk, mereka mungkin sukar
untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat. Murid yang mengalami kehilangan pendengaran tahap sederhana
teruk, teruk dan sangat teruk daripada segi pertimbangan pendidikan mereka berhak mendapat pendidikan khas,
alat bantuan pendengaran, sistem FM peribadi, latihan pendengaran, terapi pertuturan dan komunikasi.
Jadual 1: Kesan Terhadap Murid Bermasalah Pendengaran
Tahap
kehilangan
pendengaran
Kurang
(Minimal)
16 25 dB

Psikososial

Pertuturan Dan Bahasa

Murid mungkin tidak


sedar pada isyaratisyarat kecil dalam
perbualan dan murid
berasa kekok.
Tidak dapat
memahami dalam
percakapan yang laju
semasa berinteraksi,
di mana memberi
kesan ke atas
sosialisasi dan konsep
kendiri murid.
Bekelakuan tidak
matang.

Murid mungkin
menghadapi kesukaran
mendengar atau samar.
Pada 15 dB murid
mungkin tidak dengar
hampir 10% daripada
percakapan guru jika
berada pada jarak lebih
dari 3 kaki dan apabila
berada dalam bilik
darjah yang bising.

Ringan
(Mild)
26 40 dB

Menghadapi
halangan dalam
perkembangan
semasa membesar.
Seperti kanak- kanak
biasa mereka
mempunyai cita-cita
tersendiri, sekiranya
hal ini tidak diberi
perhatian mungkin
memberi kesan

Pada 30 dB murid
mungkin tidak dengar
hampir 25% - 40%
daripada percakapan
guru. Tahap kesukaran
mendengar bergantung
kepada tahap
kebisingan dalam bilik
darjah, jarak dari guru
dan tahap kehilangan
pendengaran.
8

Keperluan Pendidikan
Dan Program-Program
Berpotensi
Berhak mendapat alat
bantu dengar atau
sistem FM peribadi,
bergantung pada tahap
kehilangan
pendengaran.
Pembesar suara perlu
disediakan jika murid
berada dalam bilik
darjah yang bising atau
bilik yang bergema.
Keutamaan tempat
duduk diberikan iaitu
pada kedudukan paling
depan.
Perlukan perhatian
kepada perbendaharaan
kata atau dalam
pertuturan.
Bantuan perubatan
mengikut keperluan.
Guru perlu mengambil
tahu keperluan murid
serta memberi terapi
pertuturan.
Berhak mendapat alat
bantu dengar atau
sistem FM peribadi
atau sistem FM medan
bunyi dalam bilik
darjah.
Keutamaan tempat
duduk diberikan iaitu
pada kedudukan paling
depan dan pencahayaan
baik.

negatif iaitu mereka


tidak mempunyai
konsep kendiri yang
tinggi.
Murid mula hilang
keupayaan
mendengar dan sukar
menepis suasana
yang bising
menyebabkan murid
belajar dalam
keadaan yang
tertekan.

Tanpa pembesar suara,


murid dengan 35 40
dB mungkin tertinggal
sekurang-kurangnya
50% dari perbincangan
kelas, terutama bila
suara dan pembesar
suara sangat perlahan.

Rujuk ke sekolah
Pendidikan Khas untuk
terapi pertuturan dan
lanjutan pendidikan.
Memerlukan ahli
patologi pertuturan
bahasa memberi latihan
pendengaran dan
pertuturan.
Perlukan perhatian
kepada perbendaharaan
kata atau dalam
pertuturan, artikulasi
atau sokongan khas
untuk membaca.
Guru perlu memberi
sokongan untuk
mempetingkatkan
konsep kendiri murid.

Sederhana
(Moderate)
41 55 dB

Proses komunikasi
dan sosialisasi
dengan murid normal
adalah sukar.
Dengan memakai alat
bantu dengar sepenuh
masa, murid akan di
anggap lemah dalam
pembelajaran oleh
murid normal.
Konsep kendiri murid
akan menjadi kurang.

Dapat memahami
perbualan pada jarak 3
5 kaki (bersemuka)
hanya jika struktur dan
perbendaharaan kata
yang terkawal.
Tanpa pembesar suara,
murid tidak dapat
dengar hampir 50%
75% dengan tahap
kehilangan
pendengaran 40dB dan
80% 100 % dengan
tahap kehilangan
pendengaran 50dB.
Pertuturan tidak
sempurna,
perbendaharaan kata
yang terhad dan kualiti
suara yang tidak jelas.

Rujuk ke sekolah
Pendidikan Khas untuk
terapi pertuturan dan
lanjutan pendidikan.
Pembesar suara adalah
penting (alat bantu
dengar dan sistem FM).
Sokongan pendidikan
yang khas diperlukan,
terutama kepada murid
sekolah rendah.
Perlu diberi terapi
pertuturan, membaca
dan menulis.
Memerlukan ahli
patologi pertuturan
bahasa memberi latihan
pendengaran dan
pertuturan.
Guru perlu memberi
sokongan untuk
mempertingkatkan
konsep kendiri murid.

Sederhana
Teruk
(Moderate to
severe)
56 70 dB

Dengan memakai alat


bantu dengar sepenuh
masa, murid akan di
anggap lemah dalam
pembelajaran oleh
murid normal.
Konsep kendiri murid

Tanpa pembesar suara,


murid hanya boleh
dengar suara pada jarak
satu kaki dari telinga
mereka.
Pertuturan mungkin
tidak sempurna kerana
9

Memerlukan alat bantu


dengar dan latihan
pendengaran.
Memerlukan latihan
pertuturan dan
komunikasi.

Teruk
(severe)
71 90 dB

Sangat Teruk
(profound)
91 dB atau
lebih

2.9.1

akan menjadi kurang,


kematangan bersosial
menyusut dan sering
mengelak untuk
melibatkan diri dalam
aktiviti sosial.
Murid lebih selesa
berkawan dan
bermain dengan
murid yang
mempunyai masalah
pendengaran juga.
Murid mengasingkan
diri dari murid
normal.
Namun begitu,
hubungan itu dapat
mempertingkatkan
tahap keyakinan,
konsep kendiri dan
identiti budaya
mereka.

pengalaman
pendengaran mereka
yang terhad.

Bergantung
kecekapan sama ada
murid lebih selesa
bergaul dengan murid
yang bermasalah
pendengaran juga
atau bergaul dengan
murid normal
bergantung pada
kecekapan murid
dalam pertuturan atau
lisan, kecekapan
menggunakan bahasa
isyarat, sikap ibu
bapa dan beberapa
faktor lain.

Tahap kehilangan
Memerlukan alat bantu
pendengaran lebih
dengar dan terapi
daripada 90 dB.
pertuturan.
Sukar untuk mendengar
walaupun bunyi yang
kuat.

Dapat mendengar
bunyi yang kuat pada
jarak antara sifar
hingga 30.5 sentimeter
daripadanya.
Mungkin dapat
membezakan
sesetengah bunyi
sahaja.
Menghadapi masalah
dalam pertuturan yang
teruk.

Memerlukan
pendidikan khas, alat
bantu dengar dan
latihan pertuturan serta
komunikasi.

Di Manakah Murid Bermasalah Pendengaran Ditempatkan

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia murid bermasalah pendengaran di tempatkan di Sekolah Pendidikan
Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Program Pendidikan Khas Integrasi diwujudkan di sekolah harian
biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Murid-murid ditempatkan sesama mereka dalam satu
kelas yang sama dengan diajar oleh guru khas. Kurikulum yang digunakan adalah sama dengan pelajar-pelajar
normal. Program ini juga membolehkan pelajar-pelajar khas dapat bersosial dan berinteraksi dengan pelajar-pelajar
normal
10

semasa rehat, perhimpunan dan aktiviti-aktiviti lain termasuk ko-kurikulum yang disediakan oleh pihak sekolah.
Sekolah Pendidikan Khas rendah dan menengah dan Program Pendidikan Khas Integrasi (percantuman) dirancang
dan diuruskan di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia yang
ditubuhkan pada 1 Oktober 1995. Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan
Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan
dengan dasar dan pengisiannya. Rujuk rajah 1 :

Rajah

1:
Struktur Perlaksanaan
Program Pendidikan
Khas Integrasi

Jabatan Pendidikan Khas juga merancang, menyelaras dan menilai dasar-dasar dan peraturan- peraturan
dari segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar
pendidikan vokasional pendidikan khas dan merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas. Selain
itu, menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan khas serta menyediakan perancangan dan
penilaian status dan pembangunan, dan menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas. Sebagai contoh Sekolah
Khas ialah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang yang menawarkan elektif mata
pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan
Sijil Kemahiran Malaysia. Manakala contoh sekolah yang menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi
Masalah Pendengaran ialah Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik
Langkawi, Kedah, Sekolah
Menengah Teknik Batu
Pahat,
Johor,
Sekolah
Menengah
Vokasional
Bagan
Serai,
Perak,
Sekolah Menengah Teknik
Tanah Merah, Kelantan dan
Sekolah
Menengah
Vokasional
Keningau,
Sabah.
Jadual 2 : Perkembangan
Sekolah Khas 1996 - 2002
11

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia. Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah
adalah enam tahun. Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima tahun.Tempoh ini
boleh dilanjutkan hingga dua tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sama ada rendah atau menengah
mengikut keperluan murid berkenaan. Pendaftaran murid ke program pendidikan khas perlu menggunakan borang
Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-kanak Keperluan Khas yang dicatatkan diagnosisnya oleh pakar
perubatan. Bagi murid bermasalah pendengaran dikategorikan mengikut tahap kehilangan pendengaran seperti
jadual di bawah.
2.9.2

Pengesanan Dan Intervensi Awal

Menurut Jamila K. A. Mohamed (2005), masalah pendengaran adalah kecacatan yang tersembunyi kerana
keadaannya yang tidak ketara malah kanak-kanak juga tidak merasai kesakitan yang memerlukan mereka mengadu
mereka tidak dapat mendengar. Pengesanan dan intervensi awal bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah
penting bagi mengelakkan timbulnya masalah sampingan seperti masalah emosi, sosial dan kognitif yang
seterusnya menjejaskan bidang akademik. Sebaik-baiknya pengesanan awal perlu dijalankan dalam masa tiga
bulan pertama selepas kelahiran bagi membolehkan intervensi awal dijalankan. Dengan intervensi awal, kanakkanak mungkin dapat mendengar melalui rawatan perubatan dan penggunaan alat bantu dengar. Menurut Lokman
(2004), Jawatankuasa Bersama Organisasi Kesihatan Sedunia membuat ketetapan pada tahun 1982, kanak-kanak
bermasalah pendengaran perlu dikesan pada umur tiga bulan dan mula diberi tindakan pada umur enam bulan.
Menurut Lokman (2004), pelbagai cara komunikasi boleh dilatih terhadap kanak-kanak itu daripada
ekspresi mimik muka, bacaan bibir, pergerakan badan, sentuhan dan getaran. Komunikasi yang efektif adalah yang
dimulakan seawal mungkin kerana ia berkaitan dengan perkembangan otak. Hal ini kerana kebolehan bahagian
otak membentuk bahasa pertuturan didapati mempunyai jangka masa tertentu. Lebih lama bahagian otak tidak
mendapat stimulasi auditori, lebih terencat perkembangan bahasanya.
Menurut Jamila K. A. Mohamed (2005), program latihan awal bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran
adalah untuk memperkembangkan kemahiran komunikasi,
memberi peluang kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran untuk belajar berkongsi, bermain bersama-sama
dan mengambil giliran, membantu kanak-kanak menggunakan baki pendengaran yang masih ada menerusi latihan
auditori dan penggunaan alat bantu pendengaran serta membentuk kesediaan untuk belajar kemahiran asas dalam
akademik. Lokman (2004) menegaskan apa jua tahap masalah pendengaran yang dialami, sisa pendengaran yang
masih ada boleh digunakan dengan bantuan alat elektronik bagi membolehkan kanak-kanak bermasalah
pendengaran mendengar dan menjalani latihan pertuturan.

12

Rajah 1 : American Sign Language


2.9.4

Ahli Audiologi Dan Ahli Patologi Pertuturan Bahasa

Menurut Jamila K. A. Mohamed (2005), ahli audiologi dan patologi pertuturan bahasa adalah individu yang
memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran. Ahli audiologi adalah orang
yang bertanggungjawab dalam mengenal pasti keadaan dan tahap kehilangan pendengaran kanak-kanak, manakala
ahli patologi pertuturan bahasa pula bertanggungjawab dalam memberi latihan pendengaran dan pertuturan kepada
kanak- kanak itu. Tugas dan tanggungjawab kedua-dua profesional ini adalah saling berkaitan.
Menurut Lokman (2004), ahli audiologi menilai kemampuan pelbagai alat bantu dengar, membuat acuan
telinga, memilih dan memasang alat bantu dengar yang dapat memberi implikasi yang terbaik kepada kanak-kanak
yang mengalami pekak. Mereka juga memberi kaunseling kepada ibu bapa tentang cara memakai, penjagaan dan
latihan yang perlu. Tugas ahli audiologi tidak lengkap tanpa adanya ahli patologi pertuturan. Menurut Lokman
(2004), kanak-kanak yang mendapat implikasi yang terbaik daripada penggunaan alat bantu dengar kemudiannya
dilatih bagi menggunakan pendengaran yang ada untuk bertutur dan membentuk bahasa.
2.10

PENILAIAN KE ATAS INDIVIDU YANG MENGALAMI MASALAH PENDENGARAN

Menurut Simeonsson & Rosenthal (2001), objektif penilaian ke atas individu yang mengalami masalah
pendengaran ini adalah untuk menerangkan tentang gambaran sebenar kognitif, komunikasi dan ciri-ciri peribadi.
Maklumat ini bertumpu kepada pelan reka bentuk pengajaran secara individu dan lain-lain aktiviti pemerhatian
untuk pembangunan murid bermasalah pendengaran.
2.10.1 Penilaian Kognitif
Penilaian kognitif ke atas murid yang mengalami masalah pendengaran dengan menggunakan sukatan terutamanya
tidak menggunakan bahasa lisan sebagai penunjuk semasa kognitif berfungsi adalah sangat genting. Dua alat yang
biasanya digunakan untuk menyukat kebolehan kognitif murid ini ialah The Hiskey-Nebraska Test of Learning
Aptitude (Hiskey, 1996) dan Wechler Intelligence Scale for Children (Fourth Edition) ( Wechsler, 2003).
2.10.2 Penilaian Komunikasi
Menurut Allen & Schwartz (2001), aspek negatif yang paling serius adalah kesan ke atas bahasa dan cara bertutur.
Rangsangan pendengaran tidak cukup semasa perkembangan awal dan selalunya kurang serta menunjukkan
masalah dalam perolehan bahasa dan penghasilan pertuturan.
Manakala menurut Simeonsson & Rosenthal (2001), penilaian bahasa dengan populasi haruslah diselidik
antara cepat memahami dan menunjukkan kemahiran komunikasi termasuk bentuk bahasa, kandungan bahasa dan
kegunaan bahasa. Walau bagaimanpun kebanyakan penilaian bahasa tidak menilai kesemua aspek ini. Dalam
kebanyakan kes, beberapa alat penilaian dan teknik amat diperlukan untuk menentukan dengan tepat tentang
kebolehan berbahasa seseorang.
Penilaian pertuturan dengan populasi ini mestilah mengambil kira reka bentuk alat untuk menentukan
penyebutan seseorang individu, tinggi dan rendah nada atau suara, kekuatan bunyi, kualiti dan kelajuan. Analisis
tentang fungsi pertuturan akan membekalkan asas untuk reka bentuk objektif terapi cara pertuturan sebagai
sebahagian Rancangan Pendidikan Individu untuk murid yang mengalami masalah pendengaran.
2.10.3 Penilaian Peribadi, Sosial dan Tingkah Laku
13

Penilaian tentang peribadi, sosial dan ciri-ciri terhadap populasi ini sangat mencabar berdasarkan kandungan
bahasa yang banyak tentang tindakan dalam daerah ini. Individu yang mengalami masalah pendengaran mungkin
tidak dapat memberikan jawapan seperti orang normal dalam menerangkan personalitinya kerana mereka
menunjukkan perkembangan sosial-emosi yang berbeza. Hal ini kerana mereka mengalami kesukaran dalam
berbahasa.
2.11 PERKHIDMATAN UNTUK KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN
Masalah pendengaran adalah kecacatan yang tersembunyi kerana keadaannya yang tidak ketara malah kanakkanak juga tidak merasai kesakitan yang memerlukan mereka mengadu kepada orang lain. Pengesanan dan
intervensi awal bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah sangat penting bagi mengelakkan timbulnya
masalah sampingan seperti emosi, sosial dan kognitif yang seterusnya menjejaskan bidang akademik. Intervensi
awal untuk kanak-kanak yang mengalami kerosakan pendengaran adalah meliputi konsep asas yang sama seperti
intervensi awal kanak-kanak dalam program pendidikan khas kurang upaya yang lain dari peringkat lahir hingga 5
bulan. Sejak beberapa tahun yang lalu, program saringan masalah pendengaran telah diwujudkan adalah untuk
mengesan kerosakan pendengaran dalam kalangan kanak-kanak sekolah pada peringkat awal. Walau
bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang lahir dengan kerosakan pendengaran akan dikenal pasti dan diberi
intervensi. Intervensi perlu dilaksanakan seawal mungkin untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.
Selain itu, kanak-kanak mungkin dapat mendengar melalui rawatan perubatan dan penggunaan alat bantuan
pendengaran. Hal ini menunjukkan perhubungan yang jelas di antara perasaan yang ditunjukkan melalui idea-idea
yang terbuka dalam kemahiran komunikasi dan kemudahan dalam mekanisma pendengaran seperti kemahiran
yang mana dapat mengesan panjang permulaan perkataan kanak-kanak pertama untuk memulakan percakapan. Hal
ini kerana lebih banyak kanak-kanak yang lahir pada peringkat awal umur dikenal pasti dan dapat diberikan
penegasan tentang program intervensi awal melalui perjumpaan dengan kanak-kanak dengan lebih awal untuk
memenuhi keperluan masalah pendengaran mereka. Mereka yang mengalami kerosakan pendengaran yang teruk
akan menerima cochlear implants sebagai alat bantuan pendengaran.
Terdapat dua cara bagi mengesan kecacatan pendengaran pada peringkat bayi dan kanak-kanak iaitu
melalui ujian tarikan (distraction test) dan ujian pertuturan. Dalam ujian tarikan, kanak-kanak didedahkan pada
bunyi-bunyi tanpa pengetahuan ataupun penglihatan mereka. Gerak balas yang dihasilkan terhadap bunyi-bunyi itu
diperhatikan dan direkodkan. Manakala ujian pertuturan (speech test) pula dibuat di mana pemerhatian dilakukan
terhadap kanak-kanak sama ada mereka memahami apa yang dituturkan dan seterusnya menunjukkan gerak balas
terhadap arahan yang diberi.
Kegagalan dalam mengenal pasti dan menyediakan perkhidmatan yang sesuai kepada kanak-kanak yang
telah mengalami kerosakan pendengaran akan memberi kesan negatif kepada perkembangan bahasa dan pertuturan
khususnya dalam pencapaian pendidikan. Hanya 50% daripada bayi dalam kandungan kehilangan pendengaran
yang mana dikenal pasti dan didaftarkan sebagai berisiko tinggi. Dengan penggunaan teknologi diagnostik,
program saringan kelahiran baru sejagat telah dirangka untuk mengenal pasti kehilangan pendengaran pada
peringkat kandungan lagi. Program ini dapat mengurangkan bilangan dalam bentuk skop dan nombor. Kerajaan
negeri telah menggubal undang-undang sejagat mengenai program saringan kelahiran ini, walau bagaimanapun
terdapat kekangan dari segi pematuhan membuat ujian pemeriksaan semasa, di mana ibu bapa tidak mematuhi dan
mengikut masa yang diberikan. Hal ini disebabkan kesibukan dan terhadnya ibu bapa dalam memberikan masa
perkhidmatan untuk keluarga khususnya kepada anak kecil yang mengalami kerosakan pendengaran.
Program intervensi awal menyediakan keluarga dengan sumber maklumat dari segi perkembangan bahasa,
kemahiran komunikasi, penggunaan pendengaran yang sedia ada, perincian, bersikap menolong dan pembentukan
sosial-emosi untuk kanak-kanak yang mengalami kehilangan pendengaran. Program ini kebiasaannya tidak
berpusatkan kepada kanak-kanak sahaja tetapi memberi lebih penekanan kepada ibu bapa dan ahli keluarga dalam
bentuk arahan dan penglibatan mereka dalam program yang telah disediakan. Setiap perjumpaan dalam program
yang diadakan untuk kanak-kanak dibuat dan setiap individu dalam keluarga memerlukan reka bentuk yang unik
dalam strategi intervensi.
Selain itu, terdapat juga perkhidmatan yang diberikan dalam bentuk perkhidmatan komunikasi di mana
penggunaan kaedah komunikasi kepada murid yang bermasalah pendengaran. Tanggapan dan kepercayaan umum
berpendapat melalui lisan sahaja adalah media utama dan cara mudah bagi memperoleh dan menguasai bahasa.
14

Berkomunikasi melalui pertuturan juga adalah yang terbaik namun bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran,
kaedah lain digunakan sebagai pengganti kepada masalah pertuturan. Terdapat pelbagai kaedah komunikasi bagi
kanak-kanak bermasalah pendengaran. Kaedah komunikasi ini terdiri daripada kaedah lisan (auditory oral),
kaedah bacaan bibir, kaedah bahasa isyarat, kaedah komunikasi seluruh dan pertuturan isyarat (cued speech).
Keberkesanan kaedah ini bergantung pada tahap kehilangan pendengaran dan peluang tindakan awal yang diikuti.
Kaedah lisan atau auditory oral menekankan proses mendengar serta bertutur, dengan penggunaan sakibaki pendengaran secara lebih berkesan dan diperkukuhkan dengan penggunaan alat bantu pendengaran dan deria
lihat serta deria sentuh. Kaedah ini tidak menggunakan bahasa isyarat atau ejaan jari tetapi menekankan kaedah
gerakan bibir (lip reading). Kaedah ini menggunakan implikasi bunyi bagi memperkembangkan kemahiran
mendengar dan bertutur, melibatkan latihan pendengaran yang melatih kanak-kanak mendengar bunyi dan
mengasingkan bunyi-bunyi yang berbeza.
Kaedah bacaan bibir pula sesuai bagi mereka yang mampu memberi konsentrasi yang tinggi kepada
penutur. Kaedah ini juga menekankan penggunaan penglihatan sepenuhnya. Mengikut John Tracy, kanak-kanak
pekak mendengar melalui mata, A deaf child has to listen with his eyes. Kaedah ini memerlukan kanak-kanak
sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan dalam situasi ini penutur perlu berada di tempat yang terang
dan jelas.
Kaedah bahasa isyarat pula digunakan dengan mudah dengan menggabungkan perkataan dengan makna
asas. Terdapat pelbagai bahasa isyarat termasuk American Sign Language, Pidgin Sign English (PSE), Seeing
Essential English (SEE I), Signing Exact English (SEE II) dan di Malaysia adalah Kod Tangan Bahasa Melayu
(KTBM).
Kaedah komunikasi seluruh adalah satu kaedah yang menggabungkan ejaan jari, isyarat, bacaan bibir,
pertuturan dan implikasi auditori ataupun dikenali juga bahasa isyarat manual-visual. Elemen penting dalam
kaedah ini ialah penggunaan bahasa isyarat dan pertuturan secara serentak. Melalui kaedah ini, kanak-kanak dapat
memahami apa yang dinyatakan mengikut keupayaan masing-masing.
Pertuturan isyarat atau cued speech dikembangkan dengan kaedah bibir, menggunakan bentuk-bentuk
tangan yang dilambangkan (kiu), ditentukan pada kawasan-kawasan di mana bentuk tangan menentukan bunyi
perkataan. Terdapat lapan bentuk tangan yang ditentukan mengikut konsonan yang berbeza, dan empat bentuk
tangan bagi menentukan bunyi yang berkait dengan huruf vokal.
Pelbagai cara komunikasi boleh dilatih terhadap kanak-kanak itu daripada ekspresi mimik muka, bacaan
bibir, pergerakan badan, sentuhan dan getaran. Komunikasi yang efektif adalah yang dimulakan seawal mungkin
kerana ia berkaitan dengan perkembangan otak. Hal ini kerana kebolehan bahagian otak membentuk bahasa
pertuturan didapati mempunyai jangka masa tertentu. Lebih lama bahagian otak tidak mendapat stimulasi auditori,
lebih terencat perkembangan bahasanya (Lokman,2004).
Program latihan awal bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah untuk memperkembangkan
kemahiran komunikasi, memberi peluang kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran untuk belajar berkongsi,
bermain bersama-sama dan mengambil giliran. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menggunakan saki-baki
pendengaran yang masih ada menerusi latihan auditori dan penggunaan alat bantu pendengaran seterusnya dapat
membantu kanak-kanak dalam membentuk kesediaan untuk belajar kemahiran asas dalam bidang akademik.
Lokman (2004) juga menegaskan apa jua tahap pekak yang di alami, sisa pendengaran yang masih ada boleh
digunakan dengan bantuan alat elektronik bagi membolehkan kanak-kanak bermasalah pendengaran mendengar
dan menjalani latihan pertuturan dengan lebih jelas.
Majoriti besar kanak-kanak yang mengalami kerosakan pendengaran adalah mereka yang dilahirkan
daripada ibu bapa yang normal. Secara kebiasaannya kanak-kanak yang dilahirkan pekak semestinya pekak atau
ibu bapa yang boleh mendengar ini yang perlu memainkan peranan dalam memberi pengaruh kepada kanak-kanak
dari segi sosial, pendidikan dan isu-isu semasa yang mana perlu dihadapi oleh setiap unit dalam keluarga. Sebagai
contohnya, terdapat ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami kehilangan pendengaran yang teruk tetapi
ibu bapa ini tidak tahu menggunakan bahasa isyarat dengan anak-anak mereka. Mereka mungkin tidak sedar
mengenai isu-isu budaya sangat berhubung kait dengan masyarakat pekak dan bagaimana isu ini menjadi kekuatan
untuk menghubungkan anak-anak mereka sendiri terutama dalam fungsi pendidikan. Sesetengah kajian
menunjukkan ibu bapa yang pekak melihat kerosakan pendengaran kanak-kanak ke arah yang positif di mana
segala keputusan untuk memulihkan kanak-kanak bergantung kepada ibu bapa iaitu perhubungan mereka dengan
15

anak-anak. Allen dan Schwartz (2000) mencadangkan bahawa program intervensi awal mestilah berfokus dalam
perkembangan menolong kanak-kanak yang mengalami kerosakan pendengaran di dalam struktur keluarganya,
hanya melalui pembangunan pendengaran dalam konteks yang normal.
2.11.1 Pengurusan dan rawatan
Terdapat langkah-langkah dan rawatan yang dikenal pasti dalam membantu kanak-kanak yang mengalami
kerosakan pendengaran. Rawatan tersebut adalah jenis Conductive di mana kebanyakan jenis ini boleh dirawat
menggunakan rawatan ubat dan pembedahan. Dalam pembedahan dan rawatan yang dijalankan, tahi telinga atau
kekotoran yang menyumbat dibuang terlebih dahulu sebelum rawatan selanjutnya. Jika terdapat jangkitan kuman
pada bahagian rongga tengah telinga, ubat dan pembedahan perlu dijalankan. Pembedahan telinga ini dikenali
sebagai Otosclerosis. Jika kaedah ubat dan pembedahan bukan menjadi pilihan, alat bantuan pendengaran boleh
digunakan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran.
Manakala jenis yang kedua adalah jenis Sensori neural di mana kecacatan jenis ini melibatkan kehilangan
pendengaran yang kekal dan tidak dapat dipulihkan dengan menggunakan kaedah ubat mahupun pembedahan.
Kaedah mengurus masalah ini adalah untuk menguatkan keupayaan pendengaran. Terdapat dua kaedah iaitu
menggunakan alat bantuan pendengaran dan cochlear implant diperlukan terhadap kecacatan pendengaran yang
teruk serta masih tidak memberi kesan melalui penggunaan alat bantuan pendengaran. Selain itu, latihan strategi
komunikasi juga dijalankan di mana latihan melalui kemahiran mendengar dan kemahiran komunikasi. Dalam
pada masa yang sama, kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan pendengaran sejak lahir lagi perlu
dimasukkan dalam program intervensi awal secepat yang mungkin bagi merangsang perkembangan kognitif dan
bahasanya. Terdapat pelbagai pilihan komunikasi di negara ini iaitu komunikasi lisan, cued speech, bahasa isyarat
dan sebagainya.

2.11.2 Pemulihan
Intervensi awal perlu bermula sebaik sahaja kanak-kanak mula dikesan mengalami masalah pendengaran seawal
usia enam bulan lagi. Ibu bapa seharusnya diberi maklumat dan pendidikan tentang pendengaran yang normal,
pertuturan dan perkembangan bahasa. Selain itu, program intervensi awal boleh merujuk kepada pakar telinga,
hidung dan tekak, speech pathologist and audiologist di hospital, klinik kesihatan, Community Based
Rehabilitation Centre, Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), Integrated School oleh Kementerian Pendidikan,
Sekolah Pendidikan Khas dan Sekolah Cacat Pendengaran oleh Kementerian Pendidikan. Ibu bapa dan guru juga
boleh merujuk kepada pusat sokongan seperti Pusat TUTUR, Klinik Audiologi dan Sains Pertuturan, Fakulti Sains
Kesihatan Bersekutu UKM, yang menggunakan kaedah oral approach dalam membantu kanak-kanak
bermasalah pendengaran.
2.12

PERALIHAN DAN INDIVIDU DENGAN KEROSAKAN PENDENGARAN

Proses peralihan seseorang membolehkan dirinya selesa dengan perubahan positif daripada suatu persekitaran
kepada suatu persekitaran yang lain di mana peralihan memerlukan penilaian dan perancangan yang sistematik.
IDEA mendapat mandat mengenai plan peralihan individu (ITPs) untuk kanak-kanak dengan ketidakupayaan
berumur 16 tahun dan paling tua di sekolah biasa. Ia juga memerlukan pengubahsuaian yang tetap pada masa kini
dan sensitif dengan keperluan individu dan keperluan keluarganya. Ramai murid yang mengalami kerosakan
pendengaran yang sangat teruk didapati ketinggalan jauh dengan rakan sebaya mereka dari pelbagai faktor sama
ada dari segi peribadi, sosial, sikap dan jati diri serta kematangan di mana faktor ini banyak memberi kesan kepada
struktur reka bentuk peralihan.
Perubahan dan peralihan kerapkali boleh berubah terutama bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang
menghadapi kerosakan pendengaran. Pembelajaran daripada keluarga sangat penting untuk membuat perubahan
dan cabaran baru yang dihadapi kanak-kanak di mana pekak atau kesusahan dalam pendengaran dapat dibantu oleh
16

guru, kaunselor dan golongan pakar-pakar yang lain. Hidup dalam berkeluarga memainkan peranan yang penting
dalam proses peralihan untuk kanak-kanak yang pekak. Audiologi, pekerja sosial, patologi bahasa-percakapan dan
guru pendidikan khas dapat membantu keluarga dalam mengumpulkan maklumat keperluan untuk memberikan
penempatan pendidikan awal permulaan dan latihan mencapai matlamat individu dalam komunikasi.
Ahli audiologi dan patologi pertuturan bahasa adalah individu yang memainkan peranan penting dalam
membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran. Ahli audiologi adalah orang yang bertanggungjawab dalam
mengenal pasti keadaan dan tahap kehilangan pendengaran kanak-kanak manakala ahli patologi pertuturan bahasa
pula bertanggungjawab dalam memberi latihan pendengaran dan pertuturan kepada kanak-kanak itu. Tugas dan
tanggungjawab kedua-dua profesional ini adalah saling berkaitan. Ahli audiologi menilai kemampuan pelbagai alat
bantu dengar, membuat acuan telinga, memilih dan memasang alat bantu dengar yang dapat memberi implikasi
yang terbaik kepada kanak-kanak yang mengalami pekak. Mereka juga memberi kaunseling kepada ibu bapa
tentang cara memakai, penjagaan dan latihan yang perlu (Lokman,2004). Tugas ahli audiologi tidak lengkap tanpa
adanya ahli patologi pertuturan. Kanak-kanak yang mendapat implikasi yang terbaik daripada penggunaan alat
bantu dengar kemudiannya dilatih bagi menggunakan pendengaran yang ada untuk bertutur dan membentuk
bahasa (Lokman,2004).
Transisi ke dalam pendidikan baru atau persekitaran vokasional melibatkan pelbagai perkhidmatan dalam
komuniti pakar. Guru kepada murid bermasalah pendengaran bekerjasama dengan guru pendidikan aliran biasa,
penterjemahan dan sokongan personal yang lain dapat membantu dalam perjumpaan di mana mereka
membincangkan mengenai cabaran dalam peralihan di antara pendidikan khas dengan pendidikan biasa dan
program pendidikan menengah dengan program pendidikan vokasional.
2.13

TEKNOLOGI UNTUK INDIVIDU BERMASALAH PENDENGARAN

Teknologi moden pada masa kini sebenarnya adalah komponen penting di dalam kehidupan individu yang kurang
upaya. Kemajuan di dalam bidang teknologi dan penciptaan peralatan baru sememangnya membantu individu
kurang upaya untuk menjalani kehidupan seharian dan berhubung dengan dunia walaupun mempunyai
ketidakupayaan dalam pendengaran. Penyelidikan dan penciptaan alatan baru terutamanya bagi membantu
individu bermasalah pendengaran dapat dilihat di pasaran dunia pada hari ini.
Antara teknologi yang dihasilkan bagi membantu individu bermasalah pendengaran ialah peralatan
komunikasi. Individu bermasalah pendengaran juga berpeluang untuk meneroka dan menjalinkan hubungan
dengan individu lain melalui peralatan telekomunikasi. Komputer merupakan salah satu alat telekomunikasi dan
membolehkan individu kurang upaya berhubung dengan rakan-rakan di serata dunia. Mereka dapat berhubung
melalui mail elektronik, papan buletin, ruang perbincangan dan forum. Hal ini kerana, komunikasi melalui
komputer memerlukan individu memasukkan input dengan menaip dan cara ini merupakan sesuatu yang boleh
dilakukan oleh individu yang bermasalah pendengaran. Di samping itu, individu bermasalah pendengaran ini juga
dapat meningkatkan kemahiran menulis dan sosial mereka.
Menurut Tim Berners-Lee, Pengarah World Wide Web Consortium (W3C), kuasa web terletak pada aspek
universal dan boleh dicapai oleh semua orang walaupun mempunyai kekurangan fizikal. Penggunaan komputer
telah berkembang dengan pesat merangkumi pelbagai aspek dalam masyarakat dan ia sepatutnya boleh digunakan
oleh semua orang termasuk mereka yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal seperti penglihatan,
pendengaran, cacat anggota badan dan lain-lain. Bagi golongan kurang upaya yang mempunyai kekurangan dari
segi pendengaran, bahagian audio untuk multimedia perlu disertakan sekali bersama kapsyen supaya ia boleh
difahami. Kapsyen adalah perwakilan dalam bentuk teks bagi bunyi atau dialog yang diucapkan dalam video.
Terdapat tiga alternatif format yang tersedia untuk digunakan bagi memasukkan kapsyen iaitu Synchronized
Multimedia Integration Language (SMIL), Apple QuickTime dan Microsoft Synchronized Accessible Media
Interchange (SAMI).
Telefon juga merupakan salah satu peralatan komunikasi yang dihasilkan bertujuan membantu individu
kurang upaya. Sebagai contohnya, telefon yang dikenal sebagai Digital Clarity Power (DCP) telah dihasilkan
bertujuan untuk membolehkan perbualan telefon dapat didengari jelas meskipun berada dalam jarak yang jauh.
Teknologi DCP ini memudahkan individu yang bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi dengan lebih jelas
dan senang. Teknologi DCP merupakan jalan penyelesaian terbaru bagi mereka yang mengalami masalah
17

pendengaran dan ketidakupayaan untuk berkomunikasi dengan berkesan dan jelas melalui telefon. Hal ini kerana,
telefon yang banyak digunapakai pada masa kini dan pengguat bunyi pada telefon kebiasaannya menerima apa
sahaja bunyi untuk dibawa kepada penerima. Berbanding dengan DCP yang membolehkan telefon membezakan
antara suara dan bunyi bising serta menyingkirkan bunyi yang tidak dikehendaki daripada perbualan pengguna. Di
samping itu, terdapat juga penghasilan telefon yang mempunyai bunyi deringan yang kuat, bergetar dan
mempunyai cahaya yang berkedip-kedip apabila panggilan masuk.
Selain itu, terdapat pelbagai perisian pembelajaran yang dijual di pasaran bagi membantu individu
bermasalah pendengaran mencapai kemajuan dalam pembelajaran. Perisian pembelajaran yang berfokuskan
individu ini mudah digunapakai kerana membolehkan individu menggunakannya di tempat sendiri. Oleh kerana
individu bermasalah pendengaran kerap kali mengalami masalah komunikasi dan membaca, ibu bapa mahupun
guru boleh menyarankan penggunaan perisian yang dapat meningkatkan tahap komunikasi dan pembacaan
individu berkenaan dan menarik perhatiannya.
Perisian instruksional khas boleh membantu individu bermasalah pendengaran dengan mengajar gerak
bibir, sebutan suara dan bahasa isyarat. Hal ini kerana, individu bermasalah pendengaran sukar untuk belajar
bercakap kerana mereka tidak boleh mendengar perkataan mereka sendiri dan tidak tahu sekiranya terdapat
kesalahan dalam sebutan sesuatu perkataan. Perisian yang mengandungi cara membaca gerak bibir dapat
membantu individu bermasalah pendengaran ini. Melalui perisian ini, individu bermasalah pendengaran ini dapat
mengubah sebutan dan membetulkan pertuturan mereka. Perisian memproses perkataan juga amat berguna untuk
individu yang bermasalah pendengaran. Oleh kerana terbatas kepada pendedahan bahasa dan keupayaan, penulisan
adalah langkah terbaik bagi individu bermasalah pendengaran. Pelbagai alatan
diubahsuai bagi memenuhi
keperluan individu bermasalah pendengaran.
Penghasilan loceng pintu, jam loceng dan penggera kebakaran yang bergetar dan berbunyi kuat
memudahkan golongan ini dalam menjalani kehidupan seharian. Loceng pintu yang mempunyai getaran
membolehkan individu bermasalah pendengaran mengetahui bahawa terdapat tetamu pada masa itu. Jam loceng
yang bergetar juga boleh diletakkan di bawah bantal semasa hendak tidur dan getaran pada jam akan mengejutkan
individu yang menggunakannya. Kebanyakan individu bermasalah pendengaran tidak menyedari berlakunya
kebakaran kerana tidak mendengar bunyi penggera kebakaran. Oleh itu, teknologi baru telah menghasilkan sistem
penggera yang bergetar dan dapat di sambungkan ke rumah individu bermasalah pendengaran daripada penggera
utama.
Teknologi terbaru bagi memberi bantuan kepada individu yang mengalami kerosakan pendengaran pada
masa kini ialah teknologi bluetooth. Teknologi bluetooth ini dikenal sebagai The Ear Level Instrument (ELI) dan
perhubungan dengan ELI ini membolehkan individu bermasalah pendengaran mendengar muzik dan bercakap
melalui telefon walaupun mempunyai alat bantuan pendengaran di telinga. Mikrofon luar diletakkan semasa
menggunakan peralatan bluetooth dan membolehkan pengguna mendengar bunyi dengan jelas dan tiada gangguan.
2.15

PERKEMBANGAN DAN ISU MURID BERMASALAH PENDENGARAN

Menurut Jamila K. A. Mohamed (2005), perkembangan murid bermasalah pendengaran bergantung pada tahap
kehilangan pendengaran dan umur semasa mengalami masalah pekak. Kebiasaannya, kanak-kanak yang mencapai
umur antara 12 hingga 24 bulan mula bercakap dan membentuk bahasanya sendiri. Namun bagi kanak-kanak
bermasalah pendengaran, perkembangan pertuturan dan bahasanya terganggu ataupun lambat. Menurut Chua
(1992), kelambatan ini mempengaruhi perkembangan mentalnya. Oleh itu, kanak-kanak bermasalah pendengaran
mempunyai tiga rangkap kecacatan iaitu disebabkan tidak dapat mendengar, mereka tidak dapat bertutur dan tidak
dapat pula berfikir seperti kanak-kanak normal. Keadaan ini akhirnya menyebabkan perkembangan akal mereka
terencat.
Murid yang mengalami kehilangan pendengaran biasanya mengalami masalah dalam pembelajaran di
sekolah. Terdapat pelbagai kesan keadaan telinga tengah terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan, kemahiran
mendengar, tingkah laku kebolehan membaca dan pencapaian amnya di sekolah. Kecacatan pendengaran
disebabkan oleh kerosakan kekal pada sistem sensori-neural biasanya memberi kesan yang lebih serius terhadap
kanak-kanak. Yang ketara adalah berkaitan dengan kemahiran berkomunikasi dan kemahiran lisan dalam membaca
18

dan menulis. Masalah menjadi lebih besar daripada pengalaman auditori yang terhad dan dapat memberi kesan ke
atas perkembangan yang lebih luas seperti penyesuaian sosial dan kematangan emosi.
Menurut Wood (1982), pekak bukan sahaja memberi kesan kekurangan dalam input sensori, tetapi juga
gangguan dalam interaksi serta hubungan antara orang dewasa dan kanak-kanak. Potensi perkembangan kanakkanak pekak dalam aspek sosial, bahasa dan pencapaian akademik bergantung pada pengalaman awalnya. Bahasa
adalah perkara paling penting dalam kehidupan kita. Bahasa memainkan peranan penting dalam pemikiran dan
perkembangan konseptual dengan peranan komunikasi sebagai penggalak kepada hubungan sosial dan penerimaan
emosi. Bagi kanak-kanak dengan kehilangan pendengaran yang teruk, belajar bercakap menjadi perkara yang
paling kritikal dan ini adalah fokus dalam usaha membantu kanak-kanak itu.
Sokongan daripada patologi pertuturan penting bagi membantu kanak-kanak ini dalam aspek komunikasi di
mana biasanya mereka menggunakan komunikasi seluruh yang menggabungkan isyarat dan pertuturan. Kanakkanak bermasalah pendengaran juga perlu dipakaikan alat bantu pendengaran bagi membantu mereka untuk
mendengar. Semasa bercakap dengan mereka, adalah penting bagi memastikan mereka memberi perhatian dan
memandang muka dan tangan orang yang bercakap dengan mereka. Menurut Jamila K. A. Mohamed (2005),
secara keseluruhan perkembangan kanak-kanak bermasalah pendengaran dapat dilihat dalam aspek seperti
perkembangan bahasa dan komunikasi, perkembangan sosial dan emosi, perkembangan kognitif dan
perkembangan fizikal dan motor.
Perkembangan bahasa dan komunikasi merupakan manusia berkomunikasi melalui mimik muka, sentuhan,
gerak tangan, gerakan badan, mendengar dan bertutur. Kehilangan pendengaran menghalang secara serius
perkembangan berkomunikasi secara mendengar dan bertutur. Tanpa bantuan daripada pakar pertuturan, kanakkanak bermasalah pendengaran berkemungkinan besar mengalami perkembangan yang terbantut dalam kedua-dua
kemahiran ini.
Perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak bermasalah pendengaran banyak bergantung pada
pengalaman mereka, cara layanan yang diterima dan melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri bagi
membolehkan mereka meluahkan perasaan mereka, kehendak, keperluan dan memahami perasaan orang lain.
Masalah komunikasi mereka memberi kesan ke atas konsep kendiri, kebolehan bermain dan berkongsi dengan
rakan sebaya.
Perkembangan kognitif merujuk kepada bagaimana memahami dan mengurus dunia mereka. Hal ini
termasuk kemahiran menaakul, menyimpan dan mengingati maklumat, klasifikasi benda, mendefinisikan,
menerangkan, menilai, membanding dan mengasing, mencipta, menyelesaikan masalah dan sebagainya.
Kelambatan perkembangan bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran turut melambatkan perkembangan
kognitif mereka. Manakala perkembangan fizikal dan motor halus bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran
adalah serupa dengan kanak-kanak normal.
Kini di Malaysia pelbagai program diadakan bertujuan menolak stigma dalam kalangan masyarakat tentang
isu pekak-bisu apabila mereka menyangkakan bahawa kanak-kanak pekak-bisu sebagai tidak boleh mendengar dan
bertutur. Sehubungan itu, Jabatan Pendidikan Khas telah mengambil pelbagai langkah untuk menggalakkan
program pembangunan pertuturan di sekolah termasuk membekalkan peralatan asas seperti alat bantu dengar,
Sistem FM dan perisian pertuturan Dr. Speech dan komputer yang berkaitan.
Menurut Zakaria Othman (2008:10), seramai 170 guru dan murid pendidikan khas mengikuti program
Khemah Pertuturan (Speech Camp) selama lima hari di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Selangor. Program
yang julung kali diadakan itu dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu, Jabatan Pendidikan
Khas, Dr. Mohamad Nor Mohamad Taib. Menurut Mohamad Nor Mohamad Taib (2008:10), kumpulan sasaran
ialah kanak-kanak bermasalah pendengaran tahap satu (tahun satu hingga tahun empat) iaitu lima orang murid dari
setiap negeri.
Menurut beliau lagi, kanak-kanak bermasalah pendengaran dapat meluaskan potensi berkomunikasi secara
verbal di samping dapat meningkatkan keupayaan mengembangkan perbendaharaan kata. Melalui kem ini, kanakkanak tersebut dapat menggunakan bahasa harian secara mudah dan pragmatik. Di samping itu mereka juga dapat
berinteraksi sosial secara verbal dengan rakan di kem. Sepanjang kursus ini pelajar didedahkan dengan aktiviti
merentas halangan, keberanian air dan persembahan kebudayaan antara negeri. Beliau turut berharap perkhemahan
pertuturan ini akan menjadi program tahunan dan kemuncak kepada program pertuturan yang diadakan di sekolah
di seluruh negara (Berita Harian: 2008).
19

Kanak-kanak pekak dan bisu juga berkomunikasi dengan perbendaharaan kata tertentu.
Menurut Kementerian Pelajaran (2008) memperluas pelaksanaan Program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu
Ain (j-QAF) akan dilakukan untuk murid di sekolah kebangsaan pendidikan khas (SKPK), mulai Julai depan.
Menurut
Azizah
Abd.
Gani,
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Pendidikan Khas), pelaksanaan rintis itu membabitkan tiga daripada
28 SKPK sedia ada di seluruh negara. Sekolah berkenaan ialah SKPK Alma, Pulau Pinang, SKPK Princess
Elizabeth, Johor dan SKPK Kuching, Sarawak, membabitkan kira-kira 30 pelajar Tahun Satu yang bermasalah
penglihatan. Program j-QAF pendidikan khas itu hanya diikuti pelajar bermasalah pembelajaran yang menjalani
program integrasi di sekolah aliran perdana. Pelaksanaan untuk pelajar bermasalah penglihatan dan pendengaran
agak sukar. Bagaimanapun, kajian dibuat bagi pembinaan modul atau kaedah paling sesuai untuk membantu
pelajar bermasalah pendengaran mempelajari bacaan al-Quran menerusi program j-QAF pada masa depan. Justeru,
melalui pelaksanaan rintis ke SKPK, beliau berkata, pihaknya akan meneliti pendekatan spesifik serta terbaik. Pada
masa sama turut bekerjasama dan mengadakan perbincangan berterusan dengan Jabatan Pendidikan Khas,
termasuk Jabatan Pendidikan Islam dan Moral serta pakar bidang berkenaan. Perancangan dibuat untuk
memperluas pelaksanaan program j-QAF pendidikan khas ke SKPK untuk kedua-dua kategori murid bermasalah
itu mulai tahun depan. Matlamatnya ialah kira-kira 12,000 pelajar pendidikan khas kategori bermasalah
pembelajaran, bermasalah penglihatan dan pendengaran dalam program integrasi dan juga di SKPK seluruh negara
dapat mengikuti program ini menjelang 2014.
Pelajar istimewa yang mengikuti program berkenaan hanya tertumpu kepada pembelajaran bacaan al-Quran
menggunakan kaedah Iqra serta amali solat. Kerjasama pegawai Jabatan Pendidikan Khas untuk turut
mendedahkan program j-QAF kepada pelajar istimewa kerana berpendirian kepentingan pendidikan agama perlu
diberi penekanan (http://www.moe.gov.my/bs/index.php?option=com_content&task=view&id =202&Itemid=106 :
2008).
Menurut Yuzaida Md Yusoff (2005) merupakan penulis jurnal dan telah membuat kajian berkaitan
Pengetahuan Guru Sekolah Mengenai Masalah Pendengaran Dan Sikap Mereka Terhadap Program Inklusif KanakKanak Bermasalah Pendengaran. Kajian ini mengkaji tahap pengetahuan mengenai masalah pendengaran dan
sikap guru-guru sekolah terhadap program inklusif. Perbandingan tahap pengetahuan dan sikap dikaji berdasarkan
faktor jantina, umur, tempoh pengalaman bekerja, lokasi sekolah dan jenis sekolah. Seramai 425 orang guru dari
sekolah harian biasa dan 72 orang dari sekolah percantuman masalah pendengaran di Semenanjung Malaysia telah
terlibat. Pengukuran tahap pengetahuan dan sikap dibuat menggunakan borang soal selidik yang dihasilkan
berdasarkan kajian-kajian lepas. Ujian statistik deskriptif berbentuk peratusan digunakan untuk mengkaji tahap
pengetahuan dan sikap guru secara keseluruhan. Manakala ujian khi-kuasa dua digunakan untuk mengkaji
hubungan antara tahap pengetahuan dan sikap dengan faktor-faktor jantina, umur, tempoh pengalaman bekerja,
lokasi sekolah dan jenis sekolah. Secara keseluruhannya didapati guru-guru berpengetahuan tinggi (85.7%) dan
bersikap neutral terhadap program inklusif (58%). Hasil kajian juga menunjukkan tiada hubungan (p>0.05) antara
tahap pengetahuan dengan semua faktor yang dikaji. Manakala bagi sikap, tiada hubungan (p>0.05) antara sikap
terhadap program inklusif dengan faktor jantina, lokasi sekolah dan jenis sekolah. Tetapi terdapat hubungan yang
signifikan (p<0.05) antara sikap dengan faktor umur dan tempoh pengalaman bekerja. Faktor pendedahan dikenal
pasti sebagai faktor utama yang mempengaruhi keputusan ini.
20

3.0

KESIMPULAN

Kelahiran seorang kanak-kanak yang bermasalah pendengaran mahupun cacat pendengaran dalam sesebuah
keluarga sememangnya akan membawa kesan psikologi yang hebat kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan. Bagi
mengelak kebuntuan yang akan berlaku, ibu bapa perlu diberi penerangan lengkap tentang pentingnya anak mereka
diperiksa dan diteliti oleh pakar perubatan untuk mengesan sebarang kecacatan pada peringkat awal lagi. Terdapat
pelbagai cara bagi mengesan dan mengklasifikasikan tahap masalah pendengaran yang dihadapi oleh seorang
kanak-kanak. Selain itu, ibu bapa boleh mendapatkan maklumat dan nasihat daripada persatuan ibu bapa yang
mempunyai anak bermasalah pendengaran. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh bertukar-tukar pandangan dan
bersama-sama mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah berkaitan cara mendidik kanak-kanak
bermasalah pendengaran. Ibu bapa kanak-kanak bermasalah pendengaran juga boleh mendapatkan bantuan dan
perkhidmatan daripada badan-badan sukarela dan institusi dalam mendidik anak mereka untuk berdikari. Teknologi
masa kini juga telah berkembang maju dan pelbagai alat bantuan pendengaran dan peralatan moden yang dapat
membantu individu kurang upaya menjalani kehidupan normal ada di jual di pasaran negara. Walaupun peluang
untuk mengubati masalah pendengaran bukanlah seratus peratus tetapi dengan mendapatkan bantuan teknologi
sedikit sebanyak kita dapat mengembalikan kegembiraan kepada kehidupan mereka. Kini, sistem pendidikan
negara juga tidak mengabaikan golongan yang kurang bernasib baik ini. Lebih banyak sekolah khas dan program
integrasi serta inklusif ditubuhkan bagi memenuhi matlamat yang ingin direalisasikan oleh negara iaitu hak
kesamarataan dan pendidikan untuk semua. Kanak-kanak bermasalah pendengaran juga berpeluang untuk maju
dalam pelajaran seperti mana kanak-kanak yang berada di dalam aliran perdana. Oleh itu, ibu bapa seharusnya
mengetahui bahawa walaupun mereka mempunyai anak yang kurang upaya pendengaran, kanak-kanak tersebut
juga berhak mendapatkan pendidikan.
3.0

BIBLIOGRAFI

Hajah Hasnan Udin (1992) Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jamila K. A. Mohamed (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur : PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran (2008). Program j-Qaf pelajar khas dilaksana. Diperoleh pada September 21, 2008
daripada http://www.moe.gov.my/bs/index.php?option=com_ content&task=view&id=202&Itemid=106
Lokman Saim (2004). Pengendalian Kanak-Kanak Cacat Pendengaran : Satu Anjakan
Paradigma. Bangi : Penerbit UKM.
Richard M.Gargiulo (2006). Special Education In Contemporary Society. Australia :
Thomson Wadsworth.
Siapakah yang berpotensi untuk mengalami kurang pendengaran. Diperoleh pada
Sepetember 27, 2008 daripada (http://www.infosihat.gov.my/Pameran/Telinga /Poster %20Telinga_06.pdf).
Toksemia dan Eklampsia. Diperoleh pada September 25, 2008 daripada http://www.info
sihat.gov.my /PDF%20Penyakit/Toksemia%20dan%20Eklampsia.pdf.
Yuzaida Md Yusoff (2004). Teachers Knowledge of Hearing Disorders and AttitudesToward Mainstreaming of
Children with Hearing Problem. Bachelor of Audiology Thesis : National University of Malaysia.
Zakaria Othman (2008, November 29). 170 Sertai Kem. Berita Harian, 10.
21

Anda mungkin juga menyukai