Anda di halaman 1dari 8

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, saya
dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pengajian Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-
Kanak (PAKK3193) dengan jayanya. In shaa Allah kerja kursus ini akan memberikan
banyak manfaat kepada saya dari segi peningkatan ilmu pengetahuan dan nilai kesantunan
dalam diri saya di masa hadapan.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pensyarah kursus ini iaitu Dr. Hafsah binti Jantan dan Dr. Fauziah binti Yahya kerana telah
banyak membimbing saya dan memberi tunjuk ajar kepada saya tentang cara-cara
membuat kerja kursus mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Encik Zulikipli bin
Che Mamat dan Puan Siti Khatijah binti Ibrahim yang turut membantu dari segi kewangan,
buah fikiran dan motivasi untuk menyiapkan kerja ini. Tanpa bantuan dan sokongan dari
mereka, mungkin saya tidak dapat menghasilkan kerja kursus seperti ini.

Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam membantu
saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini. Selain itu,
ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Pihak Perpustakaan Puteri (PS Puteri) Institut
Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka kerana banyak membantu saya dari
segi peminjaman buku perpustakaan, majalah dan jurnal yang tersedia di perpustakaan.
Seterusnya, ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua rakan saya di Institut
Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka kerana telah membantu saya dan
memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

ii
ISI KANDUNGAN

Item Muka surat

Borang maklum balas kerja kursus i

Penghargaan ii

Isi kandungan iii

Tugasan 1 : Penulisan Esei


Analisis Kurikulum PERMATA dan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan dan kaitkan persamaan-persamaan dari aspek teori,
falsafah dan pelaksanaan aktiviti kedua-dua kurikulum tersebut
dengan elemen-elemen yang terdapat dalam Pendidikan Abad ke
21.
1-5
Hasilkan semua perbincangan di atas dalam sebuah penulisan esei
bertajuk:
‘ Kurikulum Pendidikan awal kanak-kanak dan Pendidikan Abad ke
21 : Satu tinjauan persamaan aspek teori, falsafah dan pelaksanaan
aktiviti ke arah memartabatkan kualiti pendidikan negara’

Rujukan 6

Tugasan 2: Pembentangan

Hasilkan sebuah pengurusan grafik berkaitan model-model atau 7


progran pendidikan awal kanak-kanak di luar negara dan kaitannya
dengan pendidikan awal di Malaysia.

Tugasan 1: Penulisan Esei


1.0 PENDAHULUAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kurikulum bermaksud skop dan isi
kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran (kursus
pengajian) di sekolah. Dalam Buku Laporan JK Kabinet (1982), kurikulum ditakrifkan
sebagai segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi
pembelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Justeru itu, kurikulum amat penting
untuk memastikan objektif pendidikan tercapai dan pendidikan yang berkesan dapat
dilaksanakan dalam kalangan pelajar terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Terdapat
tiga jenis kurikulum dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak iaitu Kurikulum PERMATA,
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Kurikulum PERMATA Negara dibina berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan sebagai teras untuk membina potensi individu kanak-kanak sebagai modal
insan yang berkualiti tinggi melalui pendidikan awal kanak-kanak manakala KSPK
merupakan kurikulum yang terbaru digubal dengan memberi penekanan kepada standard
kandungan dan standard pembelajaran bersesuaian dengan kanak-kanak yang berumur
empat hingga enam tahun. KSSR pula diwujudkan bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan KSSR juga diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula
dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa serta
menghadapi cabaran abad ke-21.

2.0 ANALISIS KURIKULUM PERMATA DAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH


KEBANGSAAN DAN PERKAITAN DENGAN ELEMEN DALAM PEMBELAJARAN
ABAD 21

Kurikulum PERMATA dan KSPK merupakan dua kurikulum yang sering digunakan
dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan kedua-dua kurikulum ini mengandungi
banyak persamaan dari aspek teori, falsafah dan pelaksanaan aktiviti yang tertentu bagi
memenuhi proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Persamaan yang pertama
dari aspek teori dalam kurikulum PERMATA dan KSPK ialah kedua-dua kurikulum ini
berlandaskan teori perkembangan kognitif berdasarkan tokoh Jean Piaget. Teori yang
diperkenalkan oleh kedua-dua tokoh ini menyatakan bahawa kanak-kanak sentiasa
meningkatkan maklumat dalam dirinya dan sentiasa berinteraksi dengan orang di
sekelilingnya. Guru bertindak sebagai fasilitator dalam hal yang sedemikian dan tidak
seharusnya menghalang kanak-kanak untuk sentiasa berinteraksi dengan persekitarannya

1
kerana boleh menyebabkan kemahiran sosial mereka terganggu. Teori perkembangan
kognitif yang diperkenalkan Jean Piaget terbahagi kepada 4 peringkat mengikut tahap umur
iaitu peringkat sensorimotor, pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Selain itu,
persamaan dari aspek teori bagi kurikulum PERMATA dan KSPK ialah kedua-dua kurikulum
ini berpandukan teori kepelbagaian kecerdasan yang dipelopori oleh Howard Gardner. Teori
ini menerangkan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan
berbeza-beza. Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak adalah unik dan mempunyai
beberapa kecerdasan yang perlu sentiasa diberi perhatian oleh orang yang lebih dewasa.
Oleh hal yang demikian, pihak Taska PERMATA dan Prasekolah perlu menyediakan
pembelajaran dan ruang yang bersesuaian dengan kecerdasan kanak-kanak seiring dengan
Pembelajaran Abad ke-21 yang menekankan persekitaran yang kondusif.

Seterusnya, persamaan dari aspek teori bagi Kurikulum PERMATA dan KSPK ialah
menggunakan Teori Pembelajaran Sosial Bandura (1925 hingga kini). Teori ini menyatakan
bahawa kanak-kanak belajar dengan cara meniru gaya atau gelagat orang lain. Kemudian,
kanak-kanak belajar berkongsi, bekerjasama, bergaul dan sebagainya selepas memerhati
orang lain melakukannya. Hal ini dapat dikaitkan dengan konsep belajar sambil bermain
kerana kedua-dua kurikulum ini menggunakan pendekatan tersebut dalam proses
pembelajaran. Semasa kanak-kanak bermain, mereka dapat mempelajari sesuatu setelah
mereka melihat dan mencubanya sendiri. Selari dengan pendapat Imam Al-Ghazali iaitu
menggalakkan pembelajaran melalui bermain kerana sudah menjadi fitrah kanak-kanak
suka bermain pada usia kanak-kanak. Oleh itu, guru seharusnya merancang aktiviti yang
menarik dan menggunakan konsep bermain agar dapat menarik perhatian kanak-kanak
namun aktiviti yang dirancang mestilah bersesuaian dan kanak-kanak dapat mempelajari
sesuatu daripada pelaksanaan aktiviti tersebut bersesuaian dengan Teori Pembelajaran
Sosial Bandura.

Kurikulum PERMATA dan KSPK mempunyai falsafah yang tersendiri bagi


memastikan proses pembelajaran dan pengajaran kanak-kanak berlaku dengan sempurna.
Persamaan dari aspek falsafah bagi kedua-dua kurikulum ini ialah berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kurikulum PERMATA dan KSPK mempunyai falsafah
tersendiri namun falsafah tersebut dibina berdasarkan FPK iaitu pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

2
Berdasarkan falsafah tersebut, Kurikulum PERMATA dan KSPK dibina mengikut kesesuaian
peringkat umur kanak-kanak dan seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Hal ini bermaksud setiap aktiviti dan proses pembelajaran yang berlaku tidak tertumpu pada
satu aspek sahaja malah seimbang dari pelbagai aspek. Oleh itu, perkembangan kanak-
kanak akan berlaku secara seimbang dari pelbagai aspek dan sedikit sebanyak memberi
impak yang positif terhadap masa depan mereka.

Di samping itu juga, falsafah Maria Montessori turut menjadi panduan kepada
pelaksanaan kurikulum PERMATA dan KSPK. Antara falsafah Montessori ialah persekitaran
yang tersedia untuk membolehkan kanak-kanak berdikari dan tidak bergantung pada orang
dewasa. Falsafah ini menyatakan bahawa guru hanya bertindak sebagai pembimbing dan
kanak-kanak dibenarkan untuk melakukan sesuatu perkara tanpa mengharapkan bantuan
guru. Hal ini dapat dikaitkan dengan Pembelajaran Abad ke-21 yang berpusatkan murid
yang mana murid-murid berada dalam satu kumpulan untuk menyelesaikan tugasan yang
diberikan dan guru hanya perlu membimbing mereka. Persamaan kurikulum PERMATA dan
KSPK dari aspek falsafah yang seterusnya ialah falsafah Ibnu Khaldun iaitu masa
pembelajaran tidak terlalu panjang. Lumrah kanak-kanak adalah bermain dan sekiranya
masa pembelajaran terlalu panjang, kanak-kanak tidak lagi fokus terhadap pembelajaran
tersebut dan mereka akan bermain sesama sendiri. Oleh itu, guru seharusnya merancang
aktiviti pembelajaran berdasarkan kurikulum yang disediakan kerana masa pembelajaran
yang terdapat dalam kurikulum PERMATA dan KSPK sangat sesuai untuk kanak-kanak
mengikut peringkat umur.

Akhir sekali, pelbagai aktiviti yang dapat dilaksanakan berpandukan kurikulum


PERMATA dan KSPK bagi menarik minat kanak-kanak untuk sentiasa belajar dan
meneroka sesuatu yang baharu. Pelaksanaan aktiviti bagi kedua-dua kurikulum ini
mengutamakan konsep belajar melalui bermain kerana bermain merupakan kaedah yang
paling berkesan untuk menggalakkan pembelajaran kanak-kanak. Melalui aktiviti bermain,
kanak-kanak belajar mengenai diri dan alam persekitarannya dan secara tidak langsung
kanak-kanak dapat meluahkan perasaannya, berinteraksi dengan orang lain serta
melibatkan diri mereka dalam pelbagai aktiviti. Konsep belajar melalui bermain yang
terdapat dalam kurikulum PERMATA dan KSPK sangat penting dalam Pembelajaran Abad
21 kerana Pembelajaran Abad 21 tidak menekankan pembelajaran akademik semata-mata.
Sebagai contoh, salah satu elemen dalam Pembelajaran Abad 21 ialah penilaian. Dengan

3
konsep belajar melalui bermain, kanak-kanak dalam membuat penilaian antara perkara yang
boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Guru juga dapat membuat pemerhatian dan
penilaian terhadap perkembangan kanak-kanak ketika mereka bermain.

Persamaan dari aspek pelaksanaan aktiviti yang seterusnya ialah kedua-dua


kurikulum ini menerapkan Konsep 3M iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami.
Pembelajaran yang berasaskan konsep 3M melibatkan aktiviti secara hands-on dan aktif.
Pelaksanaan aktiviti berlandaskan konsep ini secara tidak langsung memberi kanak-kanak
peluang meneroka masalah atau perkara yang terdapat di persekitaran mereka seterusnya
mereka memikirkan langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Aktiviti yang
berlandaskan konsep 3M tidak semestinya dilaksanakan di luar kelas malah boleh juga
dilakukan di dalam kelas. Nature Walk merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang
menerapkan konsep 3M. Hal ini kerana kaedah ini memberikan kanak-kanak pengalaman
secara langsung yang melibatkan penggunaan kelima-lima deria iaitu penglihatan,
sentuhan, rasa, bau dan pendengaran. Pelibatan kanak-kanak dalam Nature Walk juga
dapat memupuk daya imaginasi dan kreativiti mereka. Perkara ini terjadi kerana semasa
aktiviti Nature Walk, kanak-kanak dapat meneroka, mengalami sendiri dan dapat membuat
eksperimen terhadap objek-objek yang terdapat di sekeliling mereka. Selain itu, aktiviti
Nature Walk juga dapat membantu perkembangan kanak-kanak tentang konsep pemikiran
kritis dan penyelesaian masalah seperti yang dinyatakan dalam Pembelajaran Abad ke-21
kerana kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang baru dan mengenali objek-objek yang
terdapat di persekitaran mereka.

3.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, Kurikulum PERMATA dan KSPK sangat penting dalam


proses pembelajaran untuk kanak-kanak kerana kedua-dua kurikulum ini bertindak sebagai
garis panduan kepada guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Kedua-dua kurikulum ini dibina bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak
iaitu Kurikulum PERMATA untuk kanak-kanak 0-4 tahun dan KSPK untuk kanak-kanak 4-6
tahun. Kedua-duanya mempunyai persamaan dari aspek falsafah, teori dan pelaksanaan
aktiviti dan sesuai untuk dijadikan panduan kepada para guru kerana kedua-duanya
menekankan konsep Pembelajaran Abad ke-21. Falsafah kedua-dua kurikulum ini dibina
berlandaskan FPK dan teori kognitif Jean Piaget merupakan antara persamaan teori bagi
kurikulum ini. Yang terakhir ialah Kurikulum PERMATA dan KSPK menekankan konsep

4
belajar sambil bermain dan Konsep 3M dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran untuk
kanak-kanak. Dengan ini, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang baru kerana
mereka dapat meneroka dan membuat eksperimen terhadap perkara yang berada di
persekitaran mereka seiring dengan elemen-elemen yang terdapat dalam Pembelajaran
Abad ke-21 iaitu kreatif dan pemikiran kritis. Oleh itu, Kurikulum PERMATA dan KSPK perlu
sentiasa menjadi keutamaan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
untuk kanak-kanak kerana ia dibina sesuai untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur.

5
RUJUKAN

Buku Panduan Guru. Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan


2017). Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Encik Asyraf. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dicapai pada 28 Ogos
2018 daripada https://www.slideshare.net/asyrafskcbn/konsep-kssr-28585228

Hayati Mustaffa. (2012). Pendapat dan Pandangan Pakar-pakar tentang Kurikulum. Muat
turun pada 16 Mac 2018 daripada https://www.slideshare.net/atieyann2/pendapat-
dan-pandangan-pakar-pakar-tentang-kurikulum

Hayyu Mawaddah. (2015). Kurikulum Permata Negara. Muat turun pada 20 Mac 2018
daripada http://cikguayuprasekolah.blogspot.my/2015/08/kurikulum-permata-
negara_24.html

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kurikulum Permata Negara. (2013). Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak 0-4 tahun.
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA). Jabatan Perdana Menteri.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran. Bahagian Pembangunan Kurikulum Pendidikan Malaysia.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah. (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran. Bahagian Pembangunan Kurikulum Pendidikan Malaysia.

Mahani Razali. (2008). Kurikulum Permata Negara: Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak 0- 4
Tahun. Universiti Pendidikan Sultan Idris: Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak
Negara (NCDRC)

Mahathir Mohamad. (1982). Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan dasar


pelajaran . Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mohd Fadzil Abdul Hanid. (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dicapai
pada 28 Ogos 2018 daripada
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2011/12/kurikulum-standard-sekolah-rendah-
kssr.html

Anda mungkin juga menyukai