Anda di halaman 1dari 24

KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK

JALAN GENTING KELANG


53300 SETAPAK, KUALA LUMPUR

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
PROGRAM /
PROGRAM’S CODE & CC-011-4:2012 EARLY CHILDHOOD CARE AND EDUCATION

NAME

TAHAP / LEVEL L4

KOD DAN NAMA UNIT


KOMPETENSI CLO 1 Menghuraikan konsep keselamatan, kesihatan dan
/COMPETENCY UNIT pemakanan dalam pendidikan awal kanak-kanak.
CODE. AND NAME [C3, PLO1]

1.0 Pengenalan Aspek Keselamatan dalam Pendidikan Awal


Kanak-Kanak
NO. DAN PENYATAAN 2.0 Penjagaan Kesihatan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
AKTIVITI KERJA / 3.0 Pemakanan Sihat Kanak-Kanak
WORK ACTIVITIES NO. 4.0 Pendidikan Seksualiti dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
AND STATEMENT 5.0 Pengurusan Aktiviti Keselamatan, Kesihatan dan Pemakanan
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
6.0 Pelaksanaan Pemantauan Keselamatan, Kesihatan, dan
Pemakanan Sihat di TASKA dan TADIKA
CC-011-4:2012-C03/DSA1144 Muka Surat / Page : 1 Drp
NO. KOD / CODE NO.
P(1/3) / of : 24

TAJUK/TITLE : 1.0 PENGENALAN ASPEK KESELAMATAN DALAM PENDIDIKAN


AWAL KANAK-KANAK
TUJUAN/PURPOSE:
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan dan menambah kefahaman
pelatih mengenai pengenalan kepada aspek keselamatan dalam pendidikan awal kanak-
kanak.
CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

1.0 PENGENALAN ASPEK KESELAMATAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-


KANAK

1.1 PENGENALAN

Keselesaan dan keselamatan bayi dan kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh keadaan
persekitaran mereka. Kemalangan yang tidak diduga adalah penyebab utama kecederaan
atau kematian di kalangan bayi dan kanak-kanak. TASKA adalah sebuah premis yang telah
mendapat perakuan dari agensi penguatkuasa (JKM) untuk menjaga, mengasuh, dan
mendidik kanak-kanak dengan sebaik mungkin. TASKA yang baik dan berkualiti ialah TASKA
yang menitikberatkan tentang keselamatan premisnya.

Aspek keselamatan merupakan salah satu perkara penting dan merupakan


tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap pengusaha dan pendidik/pengasuh. TASKA
perlu menetapkan standard piawaian bagi menguruskan keselamatan kanak-kanak.
Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak TASKA dalam memastikan keselamatan bayi
dan kanak-kanak adalah terjamin dengan :

merancang dan melaksanakan polisi keselamatan untuk bayi


dan kanak-kanak

menyediakan persekitaran fizikal,emosi yang selamat

menyediakan SOP Pengurusan Pencegahan kemalangan dan


kecederaan

menyediakan SOP rancangan keselamatan di TASKA

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

1.1.1 DEFINISI KESELAMATAN


- Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang di laksanakan oleh individu
dan kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan,kematian atau
kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, kanak-kanak akan merasa takut, bimbang
atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkan sama ada secara sedar atau
tidak. Oleh itu, sistem perlindungan yang ada hendaklah diberi kepada kanak-kanak
supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian perlindungan,
bebas dari semua ketakutan yang semua merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan
keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan manusia.
- Mengikut kamus dewan, keselamatan ialah satu perkara atau langkah yang perlu diambil
bagi mengelakkan berlakunya peristiwa yang tidak diingini seperti kecederaan atau
kehilangan nyawa. Keselamatan dapat dikelaskan kepada tiga iaitu:
a) Menjaga keselamatan diri sendiri, orang lain dan alatan serta mesin
b) Mengetahui cara-cara pertolongan cemas
c) Mengetahui cara menggunakan alat pemadam api

1.1.2 JENIS-JENIS KESELAMATAN

a) Keselamatan pengguna
- Merujuk kepada keselamatan pengguna dalam mendapat sesuatu barangan atau
perkhidmatan. Keselamatan pengguna juga termasuk hak-hak pengguna.
b) Keselamatan masyarakat
- Merujuk kepada keselamatan sesuatu masyarakat atau golongan penduduk yang harus
dijamin demi kebajikan bersama dalam komuniti.
c) Keselamatan pekerjaan
- Merujuk kepada keselamatan para pekerja bekerja di dalam sesebuah premis atau
syarikat daripada sebarang penyakit atau kemalangan semasa bekerja.
d) Keselamatan Negara
- Merujuk kepada keselamatan Negara yang dilindungi melalui kerjasama serantau atau
melalui pertahanan sendiri untuk memastikan tidak dimonopoli oleh kuasa-kuasa luar dari
segi ekonomi, budaya, dan politik.

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

2.0 MENGHURAIKAN KESELAMATAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

2.1 Pengenalan
 Bangunan atau premis TASKA di tempat kerja, komuniti dan institusi perlu memenuhi
syarat undang-undang, peraturan dan undang-undang pihak berkuasa berkaitan
 Setiap ruang yang disediakan hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sudah
ditetapkan sama ada oleh pihak pengurusan TASKA atau agensi yang terlibat dengan
pendaftaran sesebuah TASKA.
 Setiap ruang yang digunakan untuk keperluan dan kegunaan kanak-kanak hendaklah
dilengkapi dengan peralatan dan perabot yang sesuai dan selamat digunakan.
 Pastikan peralatan dan bahan permainan sesuai mengikut tahap umur kanak-kanak.
 Setiap pengasuh perlu memberikan perhatian yang serius terhadap aspek keselamatan
kanak-kanak semasa di TASKA.
 Agensi terlibat juga akan menentukan keluasan sesebuah TASKA dan jumlah kanak-
kanak yang dibenarkan di jaga di TASKA.
 Memastikan agar kanak-kanak sentiasa merasa selamat dan selasa sepanjang berada di
TASKA bagi membina sahsiah dan emosi yang stabil.
 Mempunyai alat pemadam kebakaran yang sentiasa diperbaharui.
 Peti kecemasan yang sentiasa di pantau isi kandungannya.

 Pengasuh bertanggungjawab memastikan setiap pergerakan kanak-kanak di awasi dan


mereka berada dalam keadaan selamat dan jauh dari segala bentuk bahaya.
 Setiap ruang yang disediakan hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sudah
ditetapkan sama ada oleh pihak pengurusan TASKA atau agensi yang terlibat dengan
pendaftaran sesebuah TASKA.
 Setiap pengasuh perlu memberi perhatian yang serius terhadap aspek keselamatan
TASKA terutamanya keselamatan kanak-kanak semasa berada di TASKA.
 Pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan kanak-kanak sentiasa berada dalam
keaadaan selesa dan selamat.
 Bangunan perlu mendapat kelulusan dari semua agensi yang terlibat dalam
proses pendaftaran TASKA. Agensi terlibat ialah JKM, Jab. Kesihatan, Jab. Bomba dan
Majlis Perbandaran. Semua peraturan agensi berkenaan perlulah dipatuhi dan
diperbaharui dari masa ke semasa mengikut keperluan pendaftaran.

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

 Agensi terlibat juga akan menentukan keluasan sebuah TASKA dan jumlah kanak-kanak
yang dibenarkan dijaga di TASKA.
 Setiap ruang yang digunakan untuk keperluan dan kegunaan kanak-kanak hendaklah
dilengkapi dengan peralatan dan perabot yang sesuai dan selamat digunakan. Pastikan
peralatan dan bahan permainan sesuai mengikut tahap umur kanak-kanak.Ini boleh
menggelakkan dari kemalangan seperti tercekik permainan yang bersaiz kecil atau
sebagainya.

2.2 CIRI-CIRI KESELAMATAN PENUBUHAN PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK


a) Lokasi bangunan
 Jalan keluar masuk sekurang-kurangnya 33’ (10 meter) dari simpang utama.
 Tidak terletak di kawasan sesak di mana lokasi bangunan tidak terletak di
sebatang jalan yang sibuk/jalan utama
 Tiada halangan dari jiran berkaitan bunyi bising dan kesesakan lalulintas.
 Surat kebenaran bertulis dari pemilik rumah
 Mendapat kebenaran dari lot-lot bersebelahan adalah diperlukan
 Mendapat kebenaran bertulis dari pemilik rumah

b) Keselamatan premis
 Taman asuhan dijalankan hanya dibenarkan di aras satu bagi rumah
kediaman yang bertingkat
 Ada 2 tangga (laluan) bagi masa kecemasan jika premis di tempatkan dalam
bangunan bertingkat jika bukan bangunan kediaman biasa
 Tangga hendaklah selamat digunakan untuk kanak-kanak
 Tangga kayu (stair case) dan tangga konkrit hendaklah dialas dengan
permaidani atau bahan lembut
 Tangga hendaklah di pasang dengan pagar (railings) yang tingginya sesuai
dengan ketinggian kanak-kanak

c) Keselamatan kemudahan dalam dan luar bangunan di Pusat Asuhan Kanak-Kanak

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

Keselamatan dalam bangunan

I. Ruang Kawasan

JENIS RUANG PENERANGAN


Bilik darjah  Mempunyai peredaran udara yang baik.
 Keterangan bilik yang baik kerana kegelapan boleh
memberi kesan kepada penglihatan kanak2.
Dapur  Pastikan semua peralatan seperti sudu, garpu, mangkuk,
dan lain-lain disimpan dengan kemas dan baik.
 Pastikan ada tong sampah dan sentiasa tertutup.
 Pastikan lantai tidak basah dan licin.
Tandas  Pastikan lantai tidak licin dan bertakung dengan air.
 Sinki dalam keadaan baik dan tidak tersumbat.
 Paip dapat berfungsi dengan baik.
 Pastikan selipar yang disediakan tidak haus untuk
mengelakkan daripada terjatuh.
 Suis lampu berada dalam keadaan baik dan boleh
digunakan.
 Awasi kanak2 semasa berada di dalam tandas
 Tandas perlu berasingan mengikut jenis jantina.
 Mangkuk tandas tidak melebihi 6 inci tinggi dari paras
lantai.
 Sinki mencuci tangan hendaklah rendah.
Ruang belajar dan  Ruang berasingan hendaklah disediakan untuk kanak-
bermain kanak belajar dan bermain
 Sediakan ruang untuk perpustakaan
 Sediakan ruang beasingan (sick bay) hendaklah
disediakan bagi
Ruang rehat untuk  kanak-kanak yang kurang sihat
kanak-kanak sakit  Sediakan kotak perubatan kecemasan

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

II. Peralatan
Jenis peralatan Penerangan
Alat permainan  Berhati2 dengan alat2 mainan yang mempunyai sisi dan
hujung yang tajam, komponen kecil, bunyi yang kuat dan
boleh bergerak
 Pastikan alat permainan tidak terlalu berat dan besar kerana
akan membahayakan keselamatan kanak2
 Pastikan saiz alat mainan kecil sekurang2nya 1 ¼ untuk
menghindar dari tertelan, tersumbat pada hidung, telinga
atau saluran penafasan
 Pastikan tali pada alat mainan jenis ‘pull toy’ tidak melebihi
12 inchi.
 Alat mainan perlu dibersihkan sekurang2nya satu kali sehari
 Baca maklumat keselamatan pada label. Contohnya ‘ non-
toxic’, ‘Not recommended for children under 3 years of age’
 Pastikan alat mainan elektrik dipasang dengan baik
 Pastikan setiap komponen alat mainan dipasang dengan
sempurna
 Pastikan alat mainan tidak menggunakan cat bertoksik
 Mengajar kanak2 kembalikan alat mainan ke tempat asal
untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.
 Membaca panduan mengguna dan terangkan kepada
kanak2
 Berhati-hati dengan alat perhiasan kanak-kanak yang
senang pecah dan mudah ditelan.
 Alat mainan kecil yang senang ditelan atau disedut melalui
hidung tidak sesuai bayi atau kanak-kanak TASKA.
 Lengkap dengan ubat-ubatan asas dan perlu diperiksa untuk
Peti kecemasan memastikan tidak berlaku kehabisan ubat.
 Disimpan pada tempat khas supaya mudah dijumpai

 Pastikan dawai2 barangan elektrik yang panjang diikat dan


Alatan Elektrik digulung.
 Perlu diperiksa dari semasa ke semasa.
 Saiz dan ketinggian meja dan kerusi sesuai dengan
Perabot ketinggian kanak2.
 Tiada sudut2 tajam yang merbahaya.
 Perabot yang mempunyai sudut tajam perlu dialas.
 Rak2 adalah kukuh dan tidak mudah jatuh apabila dipanjat
oleh kanak2
Pagar  Tangga dipasang pagar pada penghujungnya.
 Selang antara lubang pagar mestilah kecil supaya kepala
kanak2 tidak boleh memasukinya.
 pasang pagar ditempat yang boleh mendatangkan bahaya
bagi mengelak berlakunya kemalangan.

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

Keselamatan Di Luar Bangunan


Jenis kemudahan Penerangan
Alatan Permainan  Saiz, bentuk dan ketinggian sesuai untuk kanak2.
Luar  Mesti dalam keadaan yang baik, contohnya tidak
berkarat
 Komponen alat mainan luar tidak bengkok,
melengkung, patah atau permukaan yang kemik
 Lubuk pasir ditutup bagi menggelakkan daripada
najis haiwan
 Tempat duduk buaian tiada penjuru yang tajam
dan dibuat daripada bahan yang ringan
 Alat mainan tiada lubang antara 4 – 8 ½ yang
boleh memerangkap kepala kanak2.
 Kawasan sekitar bebas daripada risiko elektrik dan
bahan2 buangan seperti kaca, batu, sampah dll

d) Kemudahan kecemasan/keselamatan
Dua pintu yang berasingan (satu dihadapan dan satu di belakang) hendaklah
disediakan.
Semua pintu dan tingkap di tingkat atas bangunan tidak boleh di pasang dengan
pagar besi (grills)
Tingkat jenis “louvers” tidak dibenarkan
Semua punca kuasa (power point) hendaklah dipasang dengan ‘plug’ kosong
yang berkedudukan di paras yang tinggi.
Lampu meja dan berkaki tidak dibenarkan
Pintu pagar dan ‘grills’ tingkat bawah hendaklah dari jenis yang tidak tajam dan
merbahaya.

e) Keselamatan Semasa Lawatan Luar


 Tempat lawatan sesuai untuk kanak2 dan penyeliaan yang rapi untuk mengelakkan
kemalangan semasa aktiviti dijalankan.
 Kanak2 perlu dipasang tali keledar semasa dalam kenderaan.
 Berhati2 semasa kanak2 turun dan naik kenderaan.
 Bawa bersama surat kebenaran ibu bapa, maklumat perhubungan kecemasan,
medical authorizations .
 Kebersihan kanak2 haruslah dijaga

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

3.0 CONTOH SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DALAM BANGUNAN DAN LUAR


BANGUNAN DI PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK

SENARAI SEMAK CIRI-CIRI KESELAMATAN DI PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK

Nama Pemerhati : ____________________________________


Tarikh : _____________________
Masa : _____________________

Tandakan √ pada yang berkenaan.

PEMERHATIAN
BIL CIRI - CIRI CATATAN
YA TIDAK
1 Lokasi jauh dari kesibukan jalanraya,
kawasan tanah paya dan seumpamanya
2 Kawasan sekolah berpagar
3 Kawasan permainan di luar bilik darjah
diselia rapi dan diselenggara mengikut
jadual atau keperluan
4 Alat permaianan seperti buaian, jongkang-
jongkit, gelungsur dan terowong diselia
dan diselenggara
5 Keluasan bilik darjah mengikut piawaian
Ordinan Sekolah 1950 yang memerlukan
ruang kelas seluas 15 kaki persegi tidak
termasuk jalan lalu
6 Bilik darjah menerima cahaya dan
pengudaraan yang cukup
7 ‘Grill’
8 Saiz kerusi dan meja sesuai dengan
kanak-kanak
9 Perabot dalam bilik darjah selamat
digunakan
10 Lantai bilik darjah tidak licin. Contoh :
menggunakan permaidani, alas kaki, tikar
getah
11 Peti pertolongan cemas dibekalkan
12 Alat pemadam api disediakan dan
berfungsi
13 Latihan kebakaran dijalankan
14 Rekod keluar kanak-kanak disediakan
15 Alatan elektrik seperti kipas dan suis
diletakkan di tempat yang sukar dicapai
oleh kanak-kanak

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

16 Stor tempat penyimpanan barang


disediakan dan dijaga rapi
17 Alat permainan dan ABM disimpan rapi
setiap kali selepas digunakan.
18 Ruang dapur terpisah daripada kanak-
kanak
19 Sinki mencuci tangan sesuai dengan
kanak-kanak
20 Tandas disediakan dan terpisah daripada
tandas pelajar dewasa
21 Lantai tandas tidak licin dan bertakung air
22 Mangkuk tandas mengikut kesesuaian
kanak-kanak

4.0 SENARAI SEMAK BAGI KEHENDAK-KEHENDAK UNTUK MENDAPATKAN


KELULUSAN PENUBUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (TASKA)

a) JABATAN PERKHIDMATAN BOMBA DAN PENYELAMAT


KEHENDAK BANGUNAN
1. Keadaan bangunan yang dibenarkan
2. Mempunyai lebih daripada 1 tangga (bagi bangunan bertingkat)
3. Tidak mengandungi bahan-bahan bahaya.
4. Kedudukan TASKA tidak melebihi had kelengkapan tangga jentera bomba
Bandaraya – 40 meter
Bandar kecil – 10 meter
5. Bukan bangunan tingkat basement
Ciri keselamatan bangunan

1. Berhampiran dengan tangga keselamatan bagi taska yang terletak dalam bangunan
bertingkat
2. Mematuhi jarak perjalanan maksimum
3. Tiada sistem sprinkler – 30 meter
4. Mempunyai sistem sprinkler – 45 meter
5. Had jalan mati – 9 meter
6. Jarak minimum antara 2 pintu – 5 meter
7. Mematuhi had maksimum mengikut bilangan pintu keluar
Bilangan orang maksimum bagi 1 pintu – 12 orang termasuk pengasuh
Bilangan orang maksimum bagi 2 pintu – 23 orang termasuk pengasuh

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

KEHENDAK TEKNIKAL

1. Antara Taman Asuhan dengan bahagian-bahagian lain (dinaikkan ke paras tingkat –


tempoh ketahanan api (TKA) 2 jam.
2. Bilik penyediaan dengan Taman Asuhan (dinaikkan ke paras lantai tingkat) – TKA 2
jam.
3. Dinding pejabat – TKA ½ jam
Kehendak kemudahan keluar dan pengosongan premis

1. Mengadakan tanda keluar lampu kecemasan jenis kuasa tersendiri dalam premis
tersebut
2. Mengadakan trolley nisbah 1 : 6
Mewujudkan refuge area

1. Ruang legar (lobby)


2. Koridor
3. Kawasan terlindung dalam Taman Asuhan Kanak-Kanak

Mengadakan alat pencegah kebakaran dari jenis yang diluluskan

1. 2 bilangan 4.5kg alat pemadam api mudahalih jenis debu kering


2. Alat pengesan asap jenis kuasa tersendiri (self contained)

KEHENDAK OPERASI

Kehendak langkah keselamatan

1. Tidak dibenarkan menggunakan lilin/pelita


2. Tidak dibenarkan menggunakan ubat nyamuk
3. Tidak dibenarkan merokok dalam premis
4. Tidak dibenarkan pembakaran terbuka atau memasak. Jika ada aktiviti hendaklah
dijalankan dikawasan berasingan yang mempunyai ketahanan api yang dibenarkan.
5. Tidak dibenarkan kanak-kanak masuk/dibawa ke ruang bilik penyediaan.
6. Plug point yang rendah hendaklah ditutup dengan kemas
7. Tidak dibenarkan menggunakan penyambungan wayar (extension cord)

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

b) JABATAN KESIHATAN
Kehendak persekitaran (operasi)

1. Premis dan kawasan sekeliling hendaklah sentiasa dalam keadaan kemas dan
bersih.
2. Rumput dipotong dari semasa ke semasa.
3. Tiada bahan buangan serta botol / tin yang menakung air.

Kehendak bangunan

Kehendak kemudahan kebersihan

1. Menyediakan ‘elbow tab’


2. Menyediakan susur tangan (handrails) untuk kanak-kanak yang kurang upaya.
3. Mangkuk tandas tidak melebihi 150mm (6”) tinggi dari paras lantai.
4. Basin mencuci tangan dengan ketinggian tidak melebihi 600mm (2’ – 0”) hendaklah
disediakan dengan secukupnya.

Kehendak bangunan operasi

Komponen bangunan

1. Dinding didalam dan di luar bangunan, siling dan lantai hendaklah sentiasa bersih
dan memuaskan setiap masa.
2. Lantai bilik mandi, tandas dan tempat buang air kecil serta parit hendaklah sentiasa
didalam keadaan bersih, tidak licin dan air tidak bertakung.
3. Mengadakan dapur, bilik mandi dan tandas yang sesuai dan memuaskan serta
bersih pada setiap masa.
4. Mempunyai ruang dengan kemudahan-kemudahan membasuh yang mencukupi.
5. Mempunyai tempat mmbuang sampah atau menggunakan tong sampah dan karung
plastic seperti yang ditetapkan.
6. Mematuhi kehendak minimum keluasan lantai 3.5 meter persegi (taska).
7. Longkang di dalam kawasan taska hendaklah ditutup dengan papan tetulang konkrit
untuk keselamatan.

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

Peralatan / perabot / kemudahan dalam bangunan

1. Semua perabot, alat-alat elektrik dan lain-lain hendaklah berada didalam keadaan
bersih dan memuaskan.
2. Mengadakan katil/tempat tidur yang sesuai dan mencukupi.
3. Menyediakan barang-barang permainan yang elok dan tidak berbentuk tajam.
4. Mengadakan kelengkapan permainan yang sesuai dan selamat.
5. Mengadakan telefon di bangunan pusat.
6. Mengadakan buku daftar kanak-kanak dengan butir ibu/bapa/penjaga.
7. Mengadakan buku pelawat.
Kehendak perubatan dan kesihatan

1. Mengadakan peti kecemasan ditempat yang sesuai.


2. Mengadakan pegawai perubatan pelawat dan butir-butir mengenai pegawai tersebut
hendaklah dikemukakan.
3. Mengadakan seorang yang berkelayakan dan berpengalaman untuk menjaga kanak-
kanak (sister, jururawat atau seseorang yang berpengalaman dengan kanak-kanak).
4. Mengemukakan laporan pemeriksaan perubatan tahunan (x-ray dan T.Y.B) bagi
pelesen dan pekerja.
5. Orang yang mengidap sebarang penyakit dilarang masuk kedalam bangunan pusat.
6. Binatang peliharaan seperti anjing, kucing, burung dan sebagainya tidak dibenarkan
berada di dalam bangunan.
Penyediaan makanan

1. Menyediakan makanan yang seimbang untuk kanak-kanak.


2. Dilarang menyediakan makanan ringan (junk food) kepada kanak-kanak.
3. Semua botol dan putting susu mesti dibasmi kuman.
4. Makanan halal hendaklah disediakan untuk kanak-kanak yang beragama Islam.
5. Alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan hendaklah bersih.
6. Tempat stor bahan-bahan makanan mestilah bersih dan selamat.
Kehendak umum

1. Mengadakan peraturan keselamatan yang memuaskan.


2. Menyediakan jadual makan, tidur dan bermain yang sempurna bagi kanak-kanak
yang berada di Taman Asuhan penjagaan melebihi 4 jam.

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

C) PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Kesesuaian bangunan

1. Rumah sesebuah(banglo)
2. Rumah berkembar
3. Rumah teres(lot tepi) dengan kawasan lapang dan tidak menyebabkan kesesakan
kepada gangguan lalulintas
4. Rumah pangsa(tingkat bawah)
5. Bangunan pejabat (tingkat 1 hingga 2 kecuali dengan sokongan Jabatan
Perkhidmatan Bomba)
6. Bangunan komersial (mengikut sokongan Jabatan Perkhidmatan Bomba)
7. Bangunan kilang (mengikut sokongan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan)
Kesesuaian tapak

1. Tidak terletak dihadapan jalan utama


2. Jalan keluar masuk sekurang-kurangnya 10 meter dari simpang utama
3. Mempunyai kawasan permainan yang secukupnya diluar bangunan pusat
Kehendak bangunan

1. Kehendak tangga(sekiranya bangunan bertingkat)


2. Mempunyai 2 tangga/laluan bagi masa kecemasan
3. Tangga kayu dan tangga konkrit hendaklah dialas dengan permaidani atau bahan
yang lembut
4. Tangga dipasang dengan pagar(railings) dengan ketinggian sesuai dengan
ketinggian kanak-kanak

Kehendak pengudaraan dan pencahayaan

1. Pengudaraan boleh kawal hendaklah 20% daripada keluasan lega lantai


2. Pengudaraan bebas hendaklah 10% daripada keluasan lega lantai
3. Pencahayaan semulajadi hendaklah 20% daripada keluasan lega lantai

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

Kehendak tingkap dan pintu

1. Semua pintu dan tingkap hendaklah dibuka dari bahagian dalam


2. Tingkap jenis bebilah (louvers) tidak dibenarkan
3. Semua pintu dan tingkap ditingkat atas bangunan yang dipasang jeriji hendaklah dari
jenis yang boleh dibuka
4. Semua jeriji yang digunakan ditingkat bawah hendaklah dari jenis yang tidak tajam
dan merbahaya serta boleh dibuka
5. Menyediakan 2 pintu yang berasingan (1 dihadapan dan 1 belakang)
Kehendak kegunaan ruang

1. Menyediakan ruang untuk kemudahan belajar dan bermain


2. Ruang bermain/aktiviti dalam bangunan
3. Ruang tidur
4. Menyediakan ruang berasingan (sick bay)
Menyediakan ruang dapur

1. Mempunyai pintu yang tidak mudah dibuka dan dimasuki oleh kanak-kanak
2. Dipisahkan daripada ruang aktiviti lain
3. Menyediakan ruang penyediaan makanan
4. Mempunyai ruang penyimpanan makanan
5. Pengasingan ruang antara bayi dengan kanak-kanak lain.

4.0 JENIS-JENIS PENGURUSAN ATAU PENGAWALAN RISIKO KESELAMATAN BAGI


PERALATAN DAN BAHAN DI TASKA

Tentukan bagaimana anda akan menguruskan atau mengawal risiko keselamatan bagi
peralatan dan bahan di TASKA. Keselamatan ruang kerja adalah kawalan yang terdiri dari
penghapusan bahaya kepada pengurusan bahaya dengan menggunakan alat pelindung diri
sebagai contohnya. Berikut merupakan konsep pengendalian bahaya:

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

Kawalan Keadaan Contoh


hapuskan Keluarkan bahaya sama sekali. Keluarkan kekacauan di koridor untuk
menghilangkan bahaya yang tersandung; Buang
peralatan yang rosak untuk mengelakkan
kecederaan
Pengganti atau Gantikan bahaya dengan sesuatu Gantikan tempat tidur sampah tanpa drop
mengubah suai yang kurang berbahaya. dengan bahagian tepi; Gantikan agen pembersih
toksik dengan ejen pembersihan tidak toksik.
isolasi Keluarkan bahaya daripada Mengunci ubat; halangan pintu; Pengecualian
bersentuhan dengan orang. yang menghormati kanak-kanak dengan penyakit
berjangkit.
Kawalan Merancang semula peralatan, Letakkan langkah di kawasan perubahan ayam;
kejuruteraan gunakan pengawal atau kunci bukti kanak-kanak untuk almari dapur;
peralatan lain. pengawal untuk kuasa.
Kawalan Polisi dan prosedur termasuk Induksi pekerja untuk bekerja di bidang kesihatan
pentadbiran latihan dan penyeliaan dan keselamatan, latihan pengendalian manual,
tanda keluar, program keselamatan makanan
Peralatan Letakkan halangan antara orang Sarung tangan, jarum rambut, celemek, sunat
perlindungan diri dan bahaya itu dan pelindung matahari.
(PPE)

a. Tugas dan Peranan Pengasuh dalam Menjamin Keselamatan Kanak-Kanak di


TASKA dan TADIKA

 Pengasuh bertanggungjawab memastikan setiap pergerakan kanak-kanak di awasi.


 Setiang ruang disediakan hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan.
 Dilengkapi dengan peralatan dan perabot yang selamat dan sesuai digunakan.
 Mengikut polisi keselamatan di TASKA dan TADIKA
 Penyediaan ruang yang kondusif
 Kesediaan pengasuh dalam pengendalian rawatan kecemasan

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

b. POLISI KESELAMATAN DI PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK

i. Definisi Polisi

Polisi merupakan satu plan tindakan yang dilakukan atau perlu diikuti oleh pengguna.
Tujuan polisi dibuat adalah bagi mewujudkan satu undang-undang bagi mencapai satu arah
atau tujuan sesebuah organisasi / jabatan.

ii. Tujuan Polisi Keselamatan Diwujudkan

Antara tujuan lain polisi keselamatan diwujudkan ialah :


⦁ Mengelakkan perkara-perkara buruk dari berlaku.
⦁ Untuk mendisiplinkan masyarakat di dalam sesebuah organisasi / jabatan.
⦁ Membimbing / memandu masyarakat sesebuah organisasi / jabatan mengikut peraturan
yang telah ditetapkan untuk menjayakan matlamat organisasi / jabatan.

Di dalam bidang perniagaan, polisi keselamatan melindungi kepentingan harta benda


syarikat dan juga sumber maklumat syarikat.

iii Definisi Polisi Keselamatan Di TASKA

Definisi polisi keselamatan ialah di mana sesebuah TASKA telah mengambil tindakan yang
sewajarnya dalam memastikan TASKA mereka berada dalam keadaan selesa dan selamat.
Setiap TASKA perlulah mempunyai polisi yang terperinci bagi memastikan keselamatan
kanak-kanak di TASKA adalah terkawal. Polisi yang disediakan hendaklah difahami oleh
setiap kakitangan dan juga ibu bapa kanak-kanak. Polisi keselamatan yang disediakan
hendaklah mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan agensi
yang terlibat.

Perkara yang perlu di beri perhatian dalam menubuhkan sesuatu polisi di TASKA

I. Peraturan keselamatan itu perlulah jelas dan berasaskan kepada standard amalan
keselamatan dan peraturan perlesenan yang mengambil kira umur dan perkembangan
kanak-kanak
II. Peraturan keselamatan perlu mengandungi langkah-langkah yang perlu di ambil oleh
pendidik, pengasuh, pengurus, pembantu dan siapa yang bertanggungjawab.

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

III. Peraturan keselamatan perlulah mengambil kira umur setiap kanak-kanak mengikut
keperluan mereka dan memastikan keselamatan mereka di awasi dan dilindungi setiap
masa dengan rapi oleh pendidik/pengasuh.

Peraturan keselamatan boleh disediakan dalam bentuk senarai semak, garis panduan,
laporan dan strategi bagi menghadapi risiko-risiko keselamatan.

iv.Jenis-Jenis Polisi Keselamatan Di Pusat Asuhan Kanak-Kanak

1. Polisi Peraturan Am

• Diberikan sebanyak 2 salinan kepada ibu bapa/penjaga selepas mendaftar

.• Mesti dibaca dengan teliti sebelum ditandatangani

.• Merupakan surat perjanjian mengenai peraturan am yang mesti dipersetujui utk diikuti oleh
pelanggan dan perkhidmatan.

• Jika wujud sebarang permasalahan sama ada dari pihak tadika ataupun ibu bapa, maka
kedua-dua belah pihak perlu merujuk kepada surat perjanjian yang telah ditangani tersebut.

2. Polisi Kebersihan Dan Mengelakkan Penyakit Berjangkit

• Merupakan polisi dalaman yang penting utk setiap warga yang bekerja di pusat jagaan/taska
tersebut

.• Mestilah dibaca,memahami dan melaksanakan polisi tersebut sepanjang masa bertugas

.• Polisi ini memberi panduan kepada staf bagaimana mereka menangani kebersihan ketika
bertugas terutamanya perkara yang melibatkan kanak-kanak.

• Untuk mengelakkan penyakit berjangkit daripada merebak

• Polisi ini seharusnya ditampalkan di tempat yang senang dibaca oleh setiap staf. Cth: papan
kenyataan

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

3. Polisi Keselamatan Kanak-Kanak

. Merupakan peraturan yang mesti diikuti oleh setiap warga yang melibatkan kanak-kanak

• Adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk mengelakkan kecederaan yang selalu
berlaku ke atas kanak- kanak .

Cth :- terjatuh,melecur,tercekik,terbakar,lemas,gigitan serangga dan keracunan makanan

.• Kecederaan itu berlaku disebabkan oleh kecuaian orang dewasa yang berurusan dengan
kanak-kanak

.• Sebagai pengusaha taska ataupun pusat jagaan haruslah menampalkan polisi keselamatan
tersebut di papan kenyataan sebagai peringatan untuk staf dan ibu bapa kerana kecederaan
itu boleh terjadi dimana-mana mahupun di rumah.

5.0 PROSEDUR MENGHADAPI SITUASI KECEMASAN DI PUSAT ASUHAN KANAK-


KANAK

 Setiap pusat asuhan kanak-kanak perlu bersedia menghadapi situasi kecemasan yang
mungkin berlaku. Pihak pengurusan perlu menyediakan prosedur kecemasan untuk
memastikan setiap kejadian yang berlaku direkod dan di maklumkan kepada ibu bapa/
penjaga kanak-kanak tersebut.
 Prosedur umum yang boleh disediakan oleh pengasuh adalah seperti berikut:

a) Kemalangan secara mengejut akibat terjatuh dan sebagainya:


i. Selamatkan kanak-kanak dari bahaya
ii. Hubungi ibu bapa / waris untuk makluman atau tindakan untuk mengambil
kanak-kanak
iii. Bawa kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan jika pengasuh yang tinggal di
taska mencukupi @ hubungi ambulans jika kecederaan parah.

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

b) Kecemasan akibat kebakaran


i. Tenangkan kanak-kanak
ii. Pandu kanak-kanak untuk keluar dari bangunan
iii. Matikan punca elektrik
iv. Pastikan kanak-kanak tidak berlari dan berebut ketika keluar
v. Kumpulkan kanak-kanak di tempat yang selamat dan ambil kedatangan
berpandukan buku kedatangan harian.
vi. Hubungi bomba / JPAM

6.0 AGENSI DAN BADAN PERLINDUNGAN YANG TERLIBAT DALAM PENGAWALAN


DAN KESELAMATAN DI PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK

i. INSURANS
 Keselamatan boleh dikawal melalui jaminan atau insurans. Pengambilan insurans
terhadap kanak-kanak dapat menjamin sesuatu perkara-perkara yang patut dilakukan
bagi mendapat keselamatan berikut.
 Terdapat pelbagai jenis insurans yang perlu diambil oleh pengusaha taska untuk
keselamatan dan pengawalan keselamatan di sesebuah Pusat Asuhan Kanak-Kanak
seperti:
a. Insurans kanak-kanak
b. Insurans peribadi
c. Insurans bangunan
d. Insurans kemudahan awam.
 TASKA boleh menyediakan perlindungan insurans berkelompok kepada kanak-kanak
yang berusia dua tahun ke atas.
 Perlindungan insurans untuk bayi berusia 14 hari boleh diambil sendiri oleh ibu bapa.

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

ii. JABATAN BOMBA DAN PENYELAMATAN/ JABATAN PERTAHANAN


(JPAM)
 Pihak bomba dan JPAM boleh dihubungi untuk bantuan kecemasan seperti jika
berlaku kebakaran di premis, terdapat haiwan berbisa dan kanak-kanak menghadapi
kemalangan yang memerlukan kepakaran mereka sebelum di bawa untuk menerima
rawatan perubatan.
 Pihak bomba juga bertanggungjawab dalam memastikan sesebuah TASKA yang di
bina menepati ciri keselamatan yang ditetapkan bagi mengelak berlaku sebarang
kemalangan.
iii. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
 Talian KASIH(15999)
 Pihak TASKA dan ibu bapa boleh menghubungi talian KASIH ini jika disyaki atau
mengetahui kanak-kanak didera.

iv. POLIS
 Pihak polis juga terlibat dalam perlindungan keselamatan kanak-kanak di Pusat
Asuhan Kanak-Kanak.

v. PIHAK BERKUASA TEMPATAN


 Mengadakan peraturan keselamatan yang memuaskan.
 Menyediakan jadual makan, tidur dan bermain yang sempurna bagi kanak-kanak yang
berada di Taman Asuhan penjagaan melebihi 4 jam
 Memastikan lokasi penubuhan sesebuah TASKA selamat dan sesuai.
 Memastikan kemudahan di luar dan dalam TASKA menepati ciri-ciri keselamatan yang
baik.

vi. JABATAN KESIHATAN


 Memastikan premis dan kawasan sekeliling hendaklah sentiasa dalam keadaan kemas
dan bersih
 Tiada bahan buangan serta botol atau tin yang menakung air.
 Memastikan kemudahan dalam dan luar bangunan TASKA sentiasa bersih dan
selamat.

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 22
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

7.0 BENTUK-BENTUK PERUNDANGAN DALAM PENGAWALAN DAN


KESELAMATAN DI PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK

a. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (akta 308)


- Tujuan pengubalan adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran,
pemeriksaan dan penguasaan ke atas TASKA dan bagi perkara yang berkaitan
dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan
menyeluruh kanak-kanak di utamakan.
- Taman Asuhan Kanak-kanak berdaftar bermaksud suatu taman asuhan yang telah
didaftarkan oleh pengusaha sesebuah TASKA di bawah seksyen 7. Manakala di bawah
seksyen 6(1), memperuntukkan tiada seorang pun boleh mengambil bahagian dalam
pengurusan sesuati taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan di bawah
peruntukan –peruntukan akta ini. Di bawah Seksyen 6 (2) Akta 308, memperuntukkan
bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan
kesalahan.

b. Akta Kanak-kanak 2001 (akta 611)


- Akta Kanak-Kanak 2001 mentakrifkan kanak-kanak sebagai seseorang yang berumur
bawah 18 tahun yang mana mereka memerlukan penjagaan yang sempurna serta
persekitaran yang selamat dan kondusif.
- Kanak-kanak perlu dilindungi daripada sebarang bentuk penderaan, keganasan,
pengabaian dan sebarang bentuk eksploitasi.
- Pindaan yang dicadangkan terhadap Akta Kanak-kanak 2001 bertujuan menyediakan
perlindungan yang lebih baik bagi kanak-kanak misalnya mengenakan denda RM 50,000
dan penjara maksimum 20 tahun bagi mereka yang disabitkan kerana mendera kanak-
kanak.

c. Akta Kesihatan Dan Keselamatan Pekerja 1994 [Osha 1994]


- Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan
melindungi kesihatan, keselamatan, dan kebajikan pekerjaan. Objektif Dasar
Keselamatan dan Kesihatan adalah untuk menunjukkan komitmen dan tahap
bertanggungjawabnya syarikat untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja. Apabila membuat keputusan atau melakukan kerja-kerja aktiviti-aktiviti organisasi,

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 23
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

isu-isu keselamatan dan kesihatan yang dinyatakan di dalam polisi yang perlu diambil kira.
Keselamatan tempat kerja merupakan satu aspek penting di dalam sesebuah organisasi
syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan
Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan
keselamatan para pekerja ketika bekerja di syarikat.

d. Konvesyen Hak Kanak-Kanak (CRC)


- Konvesyen hak kanak-kanak merupakan perjanjian antarabangsa yang mengenalpasti
hak kemanusian kanak-kanak aitu seseorang yang berumur sehingga 18 tahun.
- Konvesyen ini diwujudkan untuk melindungi hak kanak-kanak yang paling asas seperti
hak penjagaan kesihatan,pendidikan,tempat tinggal, penjagaan kesihatan dan
sebagainya
- Konvesyen ini mempunyai 54 artikel dan dua protocol pilihan. Ia juga menerangkan hak-
hak kemanusian asas bagi semua kanak-kanak termasuklah:
 Hak untuk meneruskan kehidupan dengan sihat dan sejahtera
 Untuk berkembang membesar dengan sepenuhnya
 Hak untuk dilindungi daripada pengaruh yang memudaratkan, penderaan dan
eksploitasi
 Untuk melibatkan diri sepenuhnya di dalam kehidupan keluarga, budaya dan
sosial

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS


CC-011-4:2012-C03/DSA1144
Muka Surat / Page : 24
NO. KOD / CODE NO. P(1/3) Drp / of : 24

SOALAN/QUESTION :

1. Apakah maksud keselamatan ?

2. Senaraikan tiga (3) polisi keselamatan di TASKA ?

i. ___________________________________________

ii. ___________________________________________

iii. ___________________________________________

RUJUKAN:

1 Table 3
2 Buku Modul PERMATA
3 Bahan Internet :
a) https://www.slideshare.net/WeWeShomel/polisi-15592143
b) http://praskptm.blogspot.my/2010/02/ciri-ciri-keselamatan.html
c) http://nzamy15.blogspot.my/2015/05/tip-keselamatan-di-taska-html
d) http://taskamindakreatif.blogspot.my/p/polisi-taska.html
e) http://hakkanak-kanak.blogspot.my/
f) https://www.academia.edu/6423484HURAIAN_AKTA_308_PERKARA_23
g) https://prezi.com/htkmfswglqhl/polisi-keselamatan-perlindungan-kanak-kanak/

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVertS

Anda mungkin juga menyukai