Anda di halaman 1dari 5

Ciri-ciri keselamatan di prasekolah yang menepati panduan.

Kawasan dalam bilik darjah sentiasa dalam keadaan yang bersih dan kemas. Kerusi dan meja disusun dalam keadaan yang kemas juga.

Alatan permainan disimpan dalam rak yang disediakan. Alatan permainan dibuat daripada bahan plastik supaya dapat mengurangkan risiko kecederaan dan dalam saiz yang besar.

Soket ada pada tempat yang tinggi supaya kanak-kanak tidak akan sampai.

Rak bag disediakan untuk murid-murid untuk menyimpan bag masing-masing supaya tidak diletakkan di merata tempat oleh sebab kanak-kanak yang suka berlari mungkin akan jatuh akibat bag yang diletakkan dengan sesuka hati.

2 pintu disediakan prasekolah sebagai pintu untuk menyelamatkan kanak-kanak sekiranya berlakunya kecemasan.

Kawasan luar bilik darjah dikelilingi oleh pagar untuk mengelakkan daripada kemasukan orang luar. Kawasan luar bilik darjah untuk ada dalam keadaan yang bersih.

Tingkap dan pintu dipasang jeriji besi bagi menjamin keselamatan kanak-kanak supaya tidak mudah dimasuki oleh orang luar. Tingkap yang dibuat oleh kaca tidak mudah dipecah oleh murid-murid juga.

Kawasan taman permainan yang berpagar. Keadaan alatan permainan adalah dalam keadaan yang baik dan sesuai untuk dimain oleh kanak-kanak.

Selipar disediakan untuk kanak-kanak yang hendak pergi ke tandas supaya tidak tergelincir.

Tandas sentiasa dalam keadaan yang bersih dan kering. Paras sinki sesuai dengan kanak-kanak. Bahan-bahan pencuci diletakkan di tempat yang lebih tinggi.

Ruang dapur sentiasa dalam keadaan yang bersih, kemas dan kering. Bahan-bahan yang bahaya disimpan dalam laci dan dilabelkan.

Pinggan dan cawan plastik digunakan untuk mengurangkan risiko kecederaan dan mengelakkan kanak-kanak daripada memecahkan pinggan dan cawan.

Anda mungkin juga menyukai