Anda di halaman 1dari 2

Encore 5 adalah satu program muzik yang digunakan untuk mengarang skor lagu muzik serta merupakan salah

satu program muzik yang diaplikasikan dalam program window. Contohnya perisian program muzik yang terkenal termasuklah Digital Pro Orchestra, Finale 2007, dan sebagainya. Oleh sebab Encore 5 merupakan perisian program muzik yang paling senang dan mudah untuk diguna bagi sesiapa yang baru belajar muzik serta jumlah bytes program sedikit sehingga tidak membutuhkan banyak ruang dalam komputer, maka Encore 5 merupakan pilihan yang amat sesuai kepada semua pelajar. Jika membandingkan antara perisian Encore 5 dengan Finale 2007, fungsi-fungsi yang terdapat di dalam kedua-dua perisian tersebut adalah agak sama tetapi Encore 5 lebih mudah diguna dan diaplikasi. Sebagai contohnya, apabila hendak mengarang sebuah lagu yang baru, dalam Encore 5, kita cuma hanya klik File dan New sahaja untuk mendapat skor lagu yang baru manakala dalam Finale 2007, bukan klik File sahaja tetapi kena memilih dan menentukan fungsi-fungsi lain bagi mendapat skor lagu yang baru. Selain itu, dengan menggunakan Encore 5, banyak masa dapat dijimatkan oleh sebab fungsi yang tidak rumit seperti Finale 2007. Fungsi untuk memasukkan lirik lagu juga terdapat di dalam Encore 5 dan mudah sahaja untuk mengguna. Terdapat juga fungsi Play atau Stop di dalam program supaya dapat mendengar lagu yang dikarang dan dapat mengelakkan daripada membuat kesalahan. Format untuk menyimpan skor lagu terdapat pelbagi jenis, tetapi dengan menggunakan Encore 5, muzik kita turut dapat disimpan dan ditukar kepada format MIDI yang dapat terus dimainkan dalam keyboard. Walaupun program Finale 2007 terdapat lebih banyak format yang dapat digunakan untuk menyimpan lagu, tetapi kebanyakan format itu perlu dibuka dengan

menggunakan perisian yang tertentu dan agak susah dan rumit diaplikasikan oleh mereka yang baru belajar mengarang skor lagu.

Sebelum membuat skor lagu, pemilihan lagu yang sesuai amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut tahap

perkembangan kanak-kanak. Contohnya, lagu yang anggap amat sesuai kepada kanak-kanak yang berada dalam tahap prasekolah lagu Chan Mali Chan kerana rentak lagu yang diulangi beberapa kali dan senang diikuti oleh kanakkanak serta lirik lagu yang mudah untuk difahami. Di samping itu, Encore 5 juga mempunyai fungsi Insert lyric yang amat memudahkan untuk memasukkan lirik mengikut lagu dengan serentak. Salah satu kelebihan pada Encore 5 adalah teks atau lirik dapat dimasukkan ke dalam skor lagu di mana-mana sahaja. Lirik atau teks yang dimasukkan boleh dialih ke tempat lain sekiranya terdapat perubahan pada lagu kami. Langkah yang terakhir adalah simpan ke dalam fail dengan klik Save as dan simpan adakah dalam bentuk .ENC yang dapat diubahsuai atau mengedit skor lagu pada bila-bila masa sahaja ataupun dalam bentuk .MID yang berfungsi untuk dibaca dan dimainkan oleh MIDI pada keyboard. Banyak hal yang tidak dapat dilakukan secara manual seperti memainkan lagu yang dikarang sekiranya seseorang itu tidak tahu main alat muzik., tetapi dapat kita kerjakan dengan Encore 5. Latihan yang lebih banyak dan lanjut perlu dijalankan secara intensif agar semakin mahir dalam menggunakan perisian tersebut.

Anda mungkin juga menyukai