Anda di halaman 1dari 9

Program pemulihan

Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk


membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam
kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan
sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru
bikih darjah atau guru mata pelajaran dengan langkah-langkah yang berbeza
bergantung kepada jenis masalah.

Antara matlamat utama program pemulihan ialah membantu murid-murid


yang mempunyai masalah pembelajaran untuk menguasai kemahiran tertentu. Ia
juga membantu murid-murid membetulkan sikap yang negatif dan tingkah laku yang
menjejaskan pembelajaran. Selain itu, ia dapat memupuk serta mengembangkan
keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Program ini bertujuan untuk membolehkan murid-murid mrnguasai kemahiran


tertentu dengan mengikuti aktiviti yang dipilih dan menggunakan bahan-bahan yang
bersesuaian dengan kemampuan murid. Dalam ini, murid akam mendapatkan
layanan dan kemudahan yang sesuai dengan keupayaan dan perkembangan mental
individu. Ia membolehkan murid untuk mengurangkan beban masalah yang
dihadapi, mengembangkan potensi dan minat mereka, memperoleh keyakinan diri
dan berdikari dan sebagainya.

Pendidikan pemulihan dijalankan untuk menampung keperluan-keperluan


murid di dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan
masalah kecacatan akal atau terencat akal. Antaranya ialah ketidaksesuaian bahan
dan teknik pengajaran, sering tidak hadir kelas, cuai menjalankan aktiviti-aktiviti
pembelajaran, leka dan lambat, masalah peribadi, psikologi, kurang kecerdasan dan
lain-lain lagi.

Dalam sistem pendidikan Malaysia terdapat beberapa program pemulihan


yang sedia ada untuk membantu murid-murid supaya dapat dibantu untuk
menguasai semua kemahiran yang dipatuti. Sebagcai contohnya ialah program
pemulihan khas, KIA2M, program pendidikan khas, KAP, LINUS, program KEDAP,
IPP3M.
Program pemulihan ialah program yang dirancang khusus untuk murid-murid
yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Tujuannya adalah untuk membantu golongan iai menguasai kemahiran
asas 3M yang masih belum mampu dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Justeru, program ini mengutamakan prinsip “menyelesaikan masalah seawal
mungkin supaya tidak menjadi kronik ” sehingga ke Tahap Dua dan sekolah
menengah. Dari segi perlaksanaannya, program ini dikendalikan secara berasingan
dari kelas biasa dan mempunyai jadual sendiri. Elemen penting kelas pemulihan
adalah dijalankan di bilik darjah khas, dikendalikan oleh guru terlatih, suasana bilik
kondusif, tidak melebihi 15 orang, pemilihan ditentukan oleh guru besar, guru
pemulihan khas, dan guru mata pelajaran. Maklumat murid juga akan direkod dalam
fail yang disediakan. Modul yang digunakannya ialah model khas dan penilaiannya
berdasarkan empat jenis ujian.

KIA2M atau Kelas Intervensi Awal Membaca ialah program yang dirancang
khusus untuk membantu murid-murid Tahun Satu menguasai kemahiran asas
membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Tujuannya adalah memastikan
mereka boleh menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Dari segi
perlakasanaannya, KIA2M dijalankan secara penuh masa oleh guru Bahasa Melayu
Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan seluruh negara.
Di Sekolah Kebangsaan, program ini dijalankan dalam waktu mata pelajara Bahasa
Melayu, iaitu 12 waktu. Kemahiran KIA2M juga diterapkan dalam mata pelajaran
Seni Visual dan Pendidikan Muzik yang kedua-duanya memperuntukkan sebanyak
dua waktu. Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan pula. sembilan waktu diperuntukkan
bagi program ini dan diajar dalam waktu Bahasa Melayu sahaja, Elemen pentingnya
adalah dilaksanakan untuk murid Tahun Satu di SK dan SJK. Ujian saringan
diadakan pada bulan April setiap tahun untuk mengaji mueid-murid dan boleh
memulai untuk memupuknys. Dalam ini, murid-murid akan diasingkan mengikut skor
tertentu. Tiga bulan pertama pula, murid-murid perlu dimantapkan dengan empat
kemahiran dan ada dua jenis kemahiran asas yang ditekankan iaitu kemahiran teras
dan kemahiran lanjutan.

Program LINUS ialah singkatan Literary & Numeracy Screening di mana


“Literasi” merujuk kepada kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami
perkataan perkataan, ayat tunggal dan majmuk yang mudah serta mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian. Manakala,
“Numerasi” adalah kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik serta
memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta
kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian. Tujuannya adalah untuk memastikan
semua murid dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Elemen penting dalam LINUS adlah merupakan sebahagian daripada Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) KPM menjelang 2012. Guru yang melibat
dalam program ini perlu menghadiri kursus yang disediakan. Program ini wajib
dilaksanakan di semua sekolah. Dalam program ini, terdapat 3 peringkat saringan
iaitu Saringan 1 (di Tahun Satu), Saringan 2 (di Tahun Dua), Saringan 3 (di Tahun
Tiga). Semua murid Tahun Satu yang dikenal pasti sebagai murid yang tidak
masalah pembelajaran akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap
penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun. Ujian saringan ini
dikendalikan oleh guru Bahasa Melayu atau guru Matematik atau guru Pemulihan.
Contohnya, aktiviti Anak Angkat dijalankan dengan menetepkan beberapa orang
murid kepada satu guru. Dengan ini, guru dapat memahami peringkat
perkembangan murid-murid dan sejauh mana mereka menguasai membaca,
menulis dan memahami perkataan perkataan, ayat tunggal dan majmuk yang
mudah.

Program KEDAP merupakan kelas dewasa untuk ibu bapa murid orang Asli,
Penan dan Peribumi. Tujuannya adalah untuk mengurangkan masalah buta huruf
dalam kalangan mereka dan seterusnya membangkitkan motivasi dan mampu
membantu anak-anak dalam pelajaran. Elemen penting dalam program ini ialah satu
kelas untuk satu sekolah orang Asli, Penan dan Peribumi. Pesertanya adalah terhad
dan tidak boleh melebihi 23 orang dan keutamaan diberi kepada ibu bapa yang
anaknya bersekolah di situ. Sasaran pelajar bagi kelas ini ialah ibu bapa yang buta
huruf atau tidak menguasai 3M yang berumur 18 tahun ke atas. Kurikulum yang
digunakan ialah kurikulum KEDAP (2008). Kelas berjalan selepas jam 3 dan dua jam
sehari. Peserta juga akan diberi elaun khas.
Program pengayaan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan “pengayaan” sebagai


“perihal (usaha, proses dan sebagainya) mengayakan, misalnya mengayakan atau
meluaskan kosa kata”. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas
pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar
waktu persekolahan

Program pengayaan merupakan satu rancangan pembelajaran yang dibentuk


untuk murid-murid memperolehi pelbagai pengalaman berdasarkan aktiviti yang
sejajar dengan kebolehan murid dan pemikiran murid. Aktiviti yang dirancang
hendaklah menarik dan mencabar serta perlu memperluaskan pengalaman dan
pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka.

Aktiviti pengayaan boleh dikelaskan kepada dua kategori iaitu pengayaan


mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar adalah dirancang untuk
kumpulan mengikut kebolehan dan kadar kesukaran aktiviti ini adalah berlainan di
antara kumpulan. Aktiviti pengayaan dilaksanakan berdasarkan kepada tahap
pencapaian murid. Murid-murid dalam kumpulan lambat diberi aktiviti pengayaan
yang lebih mudah dan kurang mencabar daripada aktiviti pengayaan yang diberi
kepada kumpulan sederhana dan cerdas. Jenis aktiviti ini biasanya terdiri daripada
lembaran kerja dan setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti pengayaan dengan
penggunaan kemahiran yang sama. Aktiviti ini biasanya diberikan mengikut unit
kemahiran yang diajar. Tujuan aktiviti ini ialah untuk memperkukuhkan kemahiran
yang telah dikuasai. Dengan pengayaan ini, kemahiran murid dapat dikukuhkan lagi.

Manakala pengayaan menegak pula ialah aktiviti pengayaan berdasarkan minat


dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Ia dirancang untuk kumpulan
cerdas. Aktiviti pengayaan akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang
lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada taraf
pencapaian murid darjah biasa dan sama di kumpulan mereka. Jenis aktiviti
pengayaan biasanya terdiri daripada kerja projek, permainan dan rekreasi. Ini
kerana mereka telah dapat menguasai kemahiran asas. Oleh itu, kemahiran yang
lebih sukar boleh diberi kepada mereka. Oleh sebab murid dalam kumpulan ini
adalah lebih cerdas, jadi aktiviti pengayaan ini biasanya diberikan lebih daripada unit
kemahiran yang diajarkan. Tujuan ini ialah mewujudkan kegembiraan dalam aktiviti
pembelajaran, mencungkil bakat serta memupuk semangat kerjasama dalam
kumpulan. Kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan yang lebih mencabar
sedangkan kumpulan sederhana dan lambat menjalankan aktiviti pengukuhan atau
aktiviti pemulihan.

Dalam pengelolaan aktiviti pengayaan, objektifnya ialah aktiviti pengayaan


harus diberi kepada semua peringkat murid dalam bilik darjah, peringkat cerdas,
sederhana dan lambat. Memandangkan kebolehan tiap-tiap kumpulan adalah
berbeza, maka objektif aktiviti pengayaan haruslah berlainan mengikut kesesuaian
dan kebolehan serta taraf pencapaian kumpulan masing-masing.

Dalam bidang pula, ia memandangkan kebolehan dan taraf pencapaian


adalah berbeza, maka aktiviti pengayaan haruslah berlainan. Murid-murid dalam
kumpulan cerdas dan sederhana diberikan aktiviti pengayaan yang lebih kompleks
dan mencabar. Bagi kumpulan yang lambat, aktiviti yang lebih mudah tetapi
menarik.

Masa yang diperlukan pada setiap hari 20-30 minit, iaitu selepas murid-murid
menguasai sesuatu atau beberapa kemahiran atau menguasai semua kemahiran
dalam sesuatu untut pembelajaran.

Aktiviti pengayaan haruslah dijalankan secara tidak formal. Segala aktiviti


pengayaan haruslah secara bersendirian atau secara kumpulan. Bagi kumpulan,
guru boleh menyuruh murid yang cerdas membimbing murid-murid dalam
kumpulannya atau kumpulan lambat. Cara ini memberikan peluang kepada murid
yang cerdas menambah pengalaman dan mengasah bakat kepimpinan mereka.
Corak aktiviti haruslah menarik, mencabar dan sesuai dengan kebolehan, minat dan
bakat murid. Selepas aktiviti pengayaan selesai dijalankan, guru boleh berbincang
dengan murid-murid mengenai dengan hasil aktiviti mereka serta memberikan
penghargaan sebagai galakan.

Bahan yang biasanya digunakan untuk aktiviti pengayaan adalah kad-kad


bacaan tambahan, lembaran kerja dan alat-alat bantu mengajar. Bahan-bahan
pengajaran haruslah mengandungi arahan atau penerangan yang jelas supaya
murid boleh menjalankannya tanpa banyak bergantung daripada tunjuk ajar guru.
Yang akhirnya ialah ruang atau tempat. Penyusunan meja dan kerusi murid
adalah berdasarkan kepada aktiviti kumpulan. Biasanya kumpulan dibahagikan
kepada tiga iaitu kumpulan cerdas, sederhana dan lambat. Tiap-tiap kumpulan
mempunyai bilangan murid yang berbeza, biasanya kumpulan sederhana lebih
ramai daripada kumpulan yang lain. Murid-murid dalam sesuatu kumpulan tidaklah
semestinya kekal dalam kumpulan itu. Mereka boleh dipindahkan mengikut
kemajuan mereka dalam sesuatu mata pelajaran.

Aktiviti-aktiviti pengyaan adalah memberikan bacaan tambahan kepada


murid. Kad-kad bacaab mengikut tajuk dan tema boleh digunakan dalam ini. Selain
itu, buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak serta boleh disediakan dalam bacaan
tambahan ini. Ini kerana dalam ini, murid digalakkan untuk membaca lebih banyak
buku untuk melatih kemahiran membaca mereka. Majalah pelajar, surat khabar dan
risa-risa juga sesuai bagi murid yang mempunyai masalah pembelajaran.

Selain itu, kerja-kerja projek seperti lawatan boleh diadakan. Pengalaman


langsung ini dapat menolong murid untuk mendalamkan ingatan mereka tentang
bahan-bahan yang dijumpai oleh mereka. Melapor peristiwa, menulis cerita ini juga
boleh diserapkan dalam pembelajaran mereka untuk menolong mereka. Projek
untuk membuat zoo mini sekolah, mengadakan pameran bilik darjah dan
mempamerkan karya-karya mereka sesuai dengan murid-murid. Mengumpul setem,
gambar, keratan akhbar- buku skrap juga boleh digunakan sebagai kerja projek.
Permainan dan rekreasi juga boleh adalah aktiviti dalam pengayaan. Antaranya
ialah, teka silang kata, teka teki, main angka, main pondok, sahiba dan sebagainya.

Aktiviti pengayaan dan aktiviti adalah berbeza. Sebagai contoh, dalam aktiviti
pengayaan sains, ia akan buat seperti apa yang dikaji seperti kucing. Murid perlu
bergerak seperti kucing dan dalam aktiviti ini, guru juga akan berbincang manfaat
memelihara kucing, bahan yang boleh dimakan oleh kucing dan murid-murid akan
diminta untuk menulis sebuah cerita yang berkaitan dengan kucing. Manakala,
aktiviti biasa cuma akan meminta murid perhatikan kucing, lukis dan label struktur
kucing, perhatikan pergerakan kucing, soal jawab tentang tabiat kucing dan
sebagainya.
Kesimpulan

Aktivit pengayaan dan pemulihan merupakan komponen yang penting dalam


kurikulum pendidikan. Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang
berusaha menolong murid-murid untuk mengatasi masalah pembelajaran. manakala
aktiviti pengayaan ialah jenis aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik
dan mencabar. Aktiviti pengayaan juga sering digunakan untuk mengesan murid
pintar di samping dapay mencungkil bakat dan kreativiti. Kedua-dua ini perlu
dirancang dan dilaksanakan dengan teliti supaya ia tidak membeban dan
membazirkan masa murid.

Aktiviti pemulihan perlu diadakan apabila murid tidak menghadiri kelas babaraoa
waktu/ hari. Murid tidak dapat memberi tumpuan kepada isi pelajara, sering
melakukan kesilapan, kurang menguasai konsep dan kemahiran asas, mempunyai
masalah tidak tahu membaca atau kemahiran bahasa yang lain, atau menghadapi
masalah lain yang agak serius seperti masalah peribadi, fizikal dan sebagainya.
Manakala, aktivit pengayaan pula mestilah dapat melatih murid meningkatkan
kebolehan dalam penyelesaian masalah, mengembangkan data kreativiti muriddan
sebagainya.

Jadi, sebagai guru, kita mesti bijak dalam menggunakan program-program dan
aktiviti ini supaya dapat menolong murid yang menghadapi masalah pembelajaran .
Refleksi

Knee Shin Ni

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan kerana dengan izinnya


barulah kumpulan saya dapat menyiapkan karja kursus ini iaitu Perkembangan
Bahasa Kanak-kanak dalam masa yang ditepatkan. Di sini, saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu, Puan Noorizam Binti A.N Yacob
kerana telah banyak memberi pendapat kepada kami apabila kami menghadapi
dengan masalah. Selain itu, beliau juga sanggup meluangkan masanya untuk
menghulurkan bantuan kepada kami. Terima kasih juga diucapkan kepada kawan-
kawan sekalian terutamanya ahli kumpulan saya iaitu Michelle Yong dan Shi Ting
kerana tanpa bantuan yang dihulurkan oleh mereka mustahil saya dapat
menyelesaikan kerja kursus ini dengan berjaya.

Pada mula saya mendapat kerja kursus ini, saya agak keliru dengan program
pemulihan dan program pengayaan. Selepas diterang oleh ahli kumpulan saya
tentang perbezaannya, barulah saya dapat memulakan kerja kursus ini dan dapat
habiskan dengan lancar.

Melalui tugasan 1, kami dapat memahami faktor-faktor yang mempengaruhi


kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis juga program-program
pemulihan dan pengayaan dengan lebih lanjut. Saya baru mendapati bahawa tidak
ada sebarang program untuk presekolah. Tetapi saya rasa ia bukan masalah kerana
kebanyakkan program ini dimulai oleh murid Tahun Satu. Oleh itu, ia tidak perlu
digunakan dalam prasekolah. Melalui membaca dan memahami, saya mendapati
dalam sistem pendidikan Malaysia mempunyai banyak program-program yang
pemulihan dan pengayaan untuk membantu murid yang menghadapi masalah dalam
pelajaran. Selain itu, kemahiran asas mereka seperti mendengar, bertutur,
membaca, menulis juga perlu dikukuhkan sebelum mereka ke sekolah rendah. Jadi,
melalui ini saya mula mendapati bahawa sebagai seorang guru prasekolah yang
bertanggungjawab, kami perlu sentiasa memastikan murid kami dapat menguasai
semua kemahiran asas dan tidak ditinggalkan dalam pelajaran. Dengan ini, murid
tidak perlu menghadiri program pemulihan dan pengayaan.

Tugasan ini juga dapat menolong saya untuk berfikir dengan kreatif untuk
menghasilkan aktiviti sastera awal kanak-kanak iaitu bahan bantu mengajar yang
sesuai dengan teknik kumpulan saya iaitu bercerita. Selepas berbincang, kami telah
membuat keputusan untuk membuat origami. Kami membuat keputusan untuk
menceritakan satu cerita yang berkaitan dengan ayam yang sombong dan dalam ini,
kami akan menyerapkan pengajaran atau nilai dalamnya.

Dalam ini, saya juga dapst mengenali sastera awal kanak-kanak iaitu sesuatu
yang merangkumi semua jenis penulisan (kreatif dan imaginatif). Ia juga dikira
sebagai bahan khusus untuk dibaca, dihibur dan dinilai oleh kanak-kanak.
Contohnya ialah Big Book, bercerita, permainaan bahasa, boneka dan sebagainya.
Dengan ini, murid dapat mempelajari dalam keadaan yang seronok dzn tidak ada
sebarang bebanan. Ini dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam bahasa.

Akhirnya, saya berasa sangat gembira kerana mendapat peluang untuk


membuat kerja kursus ini kerana ia merupakan satu yang begitu yang mencabar
bagi saya. Melalui ini, banyak pengetahuan dan ilmu yang saya dapat. Saya akan
berusaha menggunakan ilmu pengetahuan yang dapat dalam kerja kursus ini dan
seterusnya mengaplikasikan dalam kerjaya pengajaran saya sebagai guru prsekolah
nanti. Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai