Anda di halaman 1dari 9

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)bertujuan

untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan


menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.
Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan
hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan
murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas.
Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan
perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai
kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.
Fokus Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca
dan Menulis (KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut:
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk mem
bantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahas
aMelayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang
lambat
atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan ha
nya terdiridaripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang
hanya perlukan pemulihandalam kelas. Oleh itu strategi pengajaran dan
pembelajaran yang hendak digunakan
perlulahsesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran
asas ini denganseberapa segera yang boleh
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah dipertanggungjawabkan untuk
menerajuiusaha mengatasi masalah ini. Satu program alternatif telah dirancang
untuk menyelesaikanmasalah penguasaan membaca dan menulis ini. Program ini
diberi nama Kelas Intervensi AwalMembaca dan Menulis KIA2M. Program khas ini
dijalankan oleh guru Bahasa Melayu selamatiga atau enam bulan. Program ini wajib
dikendalikan di semua sekolah kebangsaan
manakalasekolah jenis kebangsaan diberi pilihan, bergantung kepada budi bicara pi
hak pentadbiransekolah berkenaan

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) pula dipertanggungjawabkan untuk membantu


PusatPerkembangan Kurikulum (PPK) untuk menjayakan program ini. BPG telah
mengarahkansemua Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk mengambil
sekolah orang asli
untuk dijadikan anak angkat bagi program KIA2M. BPG merasakan IPGM boleh mem
bantumenjayakan program KIA2M ini kerana mempunyai kepakaran dalam bidangbidang pentingyang diperlukan seperti ilmu pendidikan dan pemulihan

Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) yang diperkenalkan
mulai tahun 2006 adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia membantu
murid Tahun I menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa
Malaysia bagi menangani masalah keciciran murid menguasai kemahiran 2M.
Orientasi pendekatan KIA2M berbentuk penyelesaian masalah melalui pengajaran
semula secara intensif kemahiran asas membaca dan menulis yang sepatutnya
telah pun dikuasai oleh murid. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai pelaksanaan
Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) di sebuah sekolah
rendah di pedalaman. Dapatan kajian mendapati kemajuan literasi murid yang
pernah mengikuti program KIA2M mulai tahun 2006 di sekolah tersebut amat
menggalakkan di mana majoriti murid telah menguasai kemahiran membaca dan
menulis dengan baik. Artikel ini juga membincangkan bagaimana guru-guru yang
mengendalikan KIA2M di Sekolah Rendah Kebangsaan Nanga Meluan berupaya
membimbing murid menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik.

Pengenalan
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk
membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam
Bahasa Melayu pada tahun satu.
Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri
daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya
perlukan pemulihan dalam kelas.

Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah
sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini
dengan seberapa segera yang boleh.

02. Fokus Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis
(KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut:
percalonan
ujian penapisan
perancangan
pengajaran
penilaian
tindakan susulan

Carta alir Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)


Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)
Setelah melalui proses pencalonan dan ujian tapisan kemasukan, maka guru-guru
yang telah dipilih untuk mengendalikan kelas ini perlulah merancang proses
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan modul pengajaran yang
telah disediakan.
Berdasarkan modul berkenaan juga guru-guru boleh menyesuaikan aktiviti dan
latihan yang dicadangkan mengikut tahap keupayaan murid masing-masing.
Strategi berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian.
a. Berpusatkan Guru
Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar
berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.
b. Berpusatkan Murid
Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang
dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.
c. Berpusatkan Bahan
Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan
perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan

aktiviti yang akan dijalankan.


03. Pendekatan
Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M),
pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut
kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran
yang hendak diajar.
a. Pendekatan secara kelas
Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri
dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar.
Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.
b. Pendekatan secara berkumpulan
Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan
strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan
murid
Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang
sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan
menggunakan modul pengajaran yang disediakan.
c. Pendekatan secara individu
Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu
membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan
daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.

04. Teknik
Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran
yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif.
Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan
perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif
pengajaran guru.
Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah:
teknik bercerita

teknik
teknik
teknik
teknik
teknik
teknik
teknik

latih tubi
tunjuk cara
bersoal jawab
main peranan
menyanyi
lakonan
kuiz

Rancangan Pengajaran Secara Kumpulan

kumpulan cepat sederhana lambat


langkah 1 interaksi guru secara kelas
langkah 2 kerja bertulis interaksi guru secara kumpulan kecil
langkah 3 pengukuhan kerja bertulis interaksi guru secara individu
05. Bahasa Melayu Merentas Kurikulum
Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa
Melayu secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas
kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi
penggabungjalinan.
Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni
digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.
Pendidikan Jasmani Kesihatan:
1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan.
2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan.
3. Lambung dan sambut pundi kacang/ bola berabjad/ suku kata.
Pendidikan Muzik:
1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak.
2. Pergerakan berirama
3. Bunyi-bunyian berirama
Pendidikan Seni:
1.
2.
3.
4.

Binaan - menggunakan "play dough', plastesin dsb. membentuk abjad.


Catan - melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata.
Capan - mengecap bentuk.
Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj.

06. Kesimpulan
Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih berkesan jika murid
mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk membolehkannya memahami
sesuatu konsep.
Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk merancang
pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid dapat
memahami apa yng disampaikan dengan lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai