Anda di halaman 1dari 39

60

PESTA PANTUN


1.0 PENDAHULUAN

Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Dalam
usaha untuk mewarisi puisi tradisional ini dihayati oleh generasi muda, pihak
Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pertandingan ini pada tahun 1989.
Secara tidak langsung, para pelajar dapat menghayati dan berfikiran kritis dalam
hal ini.


2.0 OBJEKTIF

2.1 Pelajar dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan semaksimum
mungkin
2.2 Pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran berbahasa dalam menjawab
pantun
2.3 Pelajar membina keyakinan diri dalam pertandingan


3.0 PENGELOLAAN

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia.


4.0 JENIS PERTANDINGAN

Kalah mati


5.0 PENYERTAAN

5.1 Pendaftaran peserta 5 (lima) orang.
5.2 Bilangan guru seorang guru pengiring


6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

6.1.0 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah
kerajaan dan bantuan kerajaan.

6.1.1 Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat kerat iaitu pantun

61
empat baris yang mempunyai dua baris pembayang dan dua baris
maksud. Rima hujung baris mestilah berpolakan abab

6.1.2 Pesta pantun ini disertai oleh lima pemantun yang terdiri daripada
tiga pemantun dan dua orang pemantun simpanan.

6.1.3 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.

6.1.4 Pasukan yang memperoleh markah tertinggi dikira sebagai
pemenang.

6.1.5 Jika berlaku seri, pasukan yang memperoleh markah isi tertinggi
dikira sebagai pemenang.

6.1.6 Jika masih berlaku seri, markah bahagian bahasa pula diambil kira.

6.1.7 Masa dikira berdasarkan arahan jurupantun. (Dari sekarang)

6.1.8 Masa dikira sebaik sahaja jurupantun mengarahkan penjualan
pantun iaitu 15 saat untuk pusingan pertama dan kedua. Manakala
dalam pusingan ketiga, masa untuk mereka cipta pantun bagi tema
yang dipilih ialah 90 saat.

6.1.9 Masa untuk membeli pantun ialah 90 saat untuk ketiga-tiga
pusingan.

6.1.10 Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat iaitu masa yang
ditetapkan untuk jualan pantun pusingan pertama dan kedua dan
90 saat bagi pusingan ketiga untuk mereka cipta dan jualan.

6.1.11 Setiap pemantun dibenarkan menjual tiga rangkap pantun dan
membeli tiga rangkap pantun.


6.1 FORMAT PERTANDINGAN

6.1.1 Pertandingan pusingan pertama

A 1 MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 90 SAAT

1 A MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 90 SAAT

B 2 MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 90 SAAT

62

2 B MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 90 SAAT

C 3 MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 90 SAAT

3 C MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 90 SAAT




6.1.2 Format Pusingan Kedua

A 2 MENJUAL 15 SAAT
2 A MEMBELI 90 SAAT

B 3 MENJUAL 15 SAAT
3 B MEMBELI 90 SAAT

C 1 MENJUAL 15 SAAT
1 C MEMBELI 90 SAAT

6.1.3 Format Pusingan Ketiga
(Pusingan Mereka cipta Cabutan Undian Tajuk)

A 3 (MEREKA CIPTA & MENJUAL - 90 SAAT)
3 A (MEMBELI 90 SAAT)

B 1 (MEREKA CIPTA & MENJUAL 90 SAAT)
1 B (MEMBELI 90 SAAT)

C 2 (MEREKA CIPTA & MENJUAL 90 SAAT)
2 C (MEMBELI 90 SAAT)


6.2 PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN

Isi - 20 markah
Bahasa - 20 markah
Persembahan - 10 markah

Penghakiman dalam pertandingan ini dihakimi oleh lima orang hakim

Bahagian isi - 2 orang hakim

63
Bahagian Bahasa - 2 orang hakim
Bahagian Persembahan - 1 orang hakim

Pemantun tidak dibenarkan berbincang antara anggota kumpulan.
Sekiranya berlaku perbincangan, sebanyak 50 markah daripada jumlah
markah keseluruhan perlu dipotong.

Pemantun dibenarkan bergerak dengan tertib dalam kawasan
pasukannya semasa menyampaikan pantun dengan syarat tidak
mengganggu pihak lawan.

Keputusan hakim adalah muktamad.



6.3 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM PERTAMA

Menghakimi Isi Ketepatan soalan / belian / jawapan Jelas dan sesuai
dengan tema (10/20)

ISI JUMLAH MARKAH (10/20)

i Ketepatan soalan / jawapan jelas dan sesuai dengan tema

ii Pantun yang dijual mestilah mempunyai satu soalan yang jelas.

iii Jika lebih daripada satu soalan, markah tidak akan diberikan.

iv Jualan pantun yang merupakan penyataan dan bukan soalan,
markah tidak diberikan.

v Jualan pantun yang terkeluar daripada tema tidak mendapat sebarang
markah.

vi Pantun yang berupa pelarian, yakni yang tidak menjawab soalan
tidak diberikan markah.

vii Jawapan bagi soalan yang tidak diberikan markah ( ii, iii, dan iv ) di
atas, hendaklah diberikan pertimbangan markah mengikut budi bicara
hakim antara 4 8 markah.







64
6.4 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KEDUA


Menghakimi isi Padat dan jitu serta bernilai susila (10/20)

ISI Jumlah Markah (10/20)

Pantun yang dijual dan dibeli hendaklah:-

i Padat dan jitu - 5 markah
ii Mempunyai nilai susila - 5 markah

Padat dan jitu bermaksud:

Pemilihan kosa kata yang indah
Tanpa kesalahan bahasa
Susunan kata yang betul

Mempunyai nilai susila:

Pantun dapat dijadikan panduan / pedoman dalam kehidupan seharian



6.5 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KETIGA


Menghakimi Bahasa - Pola Rima dan Suku kata (10/20)

a. Pola Rima abab

Rima di hujung baris - 3 markah
Rima di tengah - 2 markah

b. Suku kata dalam baris

8 hingga 12 suku kata - 5 markah




6.6 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM 4:

Menghakimi bahasa pembayang maksud dan kesesuaian dengan
maksud (10/20)


65
Pembayang maksud (2 markah)

a. Terdapat kesinambungan / hubungan antara baris pertama dengan
baris kedua.

Kesinambungan / hubungan keindahan alam semesta unsur
alam semula jadi dan karenah manusia dalam baris pertama
dengan baris kedua.

b. Kesesuaian pembayang dengan maksud (3 markah)

Ada hubungan antara baris pembayang dengan baris maksud

Pemilihan kata (5 markah)

a. Pembayang maksud dipetik daripada keindahan alam semesta, unsur
alam semula jadi termasuk karenah hati manusia (3 markah)

b. Sebutan baku dan jelas (2 markah)




6.7 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KELIMA

Menghakimi persembahan gerak fizikal dan intonasi / jeda serta
kelancaran (10 markah)

a. Gerak geri yang seimbang dengan pantun (4 markah)

(Gerak geri tangan, jelingan dan senyuman. Jika terdapat aksi
yang berlebihan, tiada markah yang diberikan)

b Intonasi dan jeda (4 markah)

(Jeda ialah nada / hentian sebutan bagi suku kata pada setiap
baris)

Intonasi ialah nada bagi memisahkan maksud dengan
pembayang maksud pantun.

c. Kelancaran (2 markah)

(Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan)



66
PEMANTUN YANG BAIK

Berpantun dalam keadaan biasa dan dalam suasana bersantai
Berpantun dengan sebutan dan pengucapan yang biasa, tidak
meleret-leret atau pengucapan yang mengada-ngada.
Berdiri dengan tertib, sopan dan kelihatan ceria.
Tidak menunjukkan diri dalam keadaan yang dipaksa-paksa,
dibuat-buat atau berlakon.
Tidak banyak mengulang perkataan / frasa/ rangkai kata yang
sama dalam setiap pantun yang dijual atau dibeli.
Setiap jualan dan belian pantun mestilah jelas dan tepat.
Pantun yang dicipta mengandungi perkataan, frasa dan istilah
bahasa yang indah dan mudah difahami.
Pantun yang dicipta mestilah bernilai tinggi.

































67


PEDOMAN BERPANTUN DALAM PESTA PANTUN

Contoh:

P1: Kain belacu pembungkus permata,
Disimpan bersama tebu sekerat;
Anak dan cucu orang berharta,
Mengapakah si tua dibiar melarat. Tema: Masyarakat Penyayang

P2 Pohon kemboja pohon mengkuang,
Ditanam berjajar si gadis sunti;
Pahlawan berjasa di medan juang,
Sumbangan pelajar apakah bukti? Tema: Patriotisme

P3 Burung kedidi hinggap di dahan,
Turun ke tanah di pinggir kota;
Bergoyang budi runtutan kemajuan,
Musnahkah maruah kerana harta? Tema: Bebas


Contoh Pantun Yang Tidak Diterima :

Seuncang butang di atas kerusi,
Pari-pari di Inderaloka;
Bulan dan bintang menjadi saksi,
Janji dimungkiri teruna dan dara. (tidak menyoal, pembayang maksud
tiada pertalian idea)

Pohon jelutung tinggi menjulang,
Pohon berangan di rimbun lalang;
Apakah untung, apakah malang,
Burung di tangan disambar helang. (pantun berkias)


Daun budi ukiran pendeta,
Ukiran tercipta di tengah rumah;
Musnahkah budi kerana cinta,
Punahkah cinta kerana fitnah. (mengandungi dua soalan)


Tumbuh melata pohon angsana,
Rumpun rendang dipandang cantik;
Saudara terkenal bijak laksana,
Berapakah dalam lautan Atlantik? (soalan berbentuk kuiz)

68



Mat Rock lepak di Dataran Merdeka,
Tunggu awek tapi tak datang;
Gua dah cakap lu tak caya,
Ngapa nak tunggu orang tak cayang? (pantun tercemar)


Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang;
Buka tv Malaysia Hari Ini,
Semoga anda ceria cemerlang. (pantun ciplak/plagiat)


Kopi di cawan masih berwap,
Minuman teruna bersopan santun;
Pertanyaan tuan mudah dijawab,
Jumpalah saya selepas berpantun. (pantun pelarian)


Contoh pantun yang sempurna:

Burung melayang di Kota Tampin,
Kota terpencil di hujung desa;
Masyarakat penyayang wawasan pemimpin,
Mengapakah si kecil masih diseksa?

Pohon kemboja di pinggir desa,
Rimbun daunnya hiasan taman;
Si kecil tak berdosa masih diseksa,
Kerana manusia berhati haiwan.


PANDUAN UNTUK PEMANTUN

1. Bukan pantun jual - tolak semua markah isi
2. Pembayang maksud tiada pertalian
gambaran - tolak markah bahasa
3. Dua soalan dalam satu pantun - tolak markah isi
4. Lari / tidak menepati tema - tolak markah isi
5. Tidak baku sebutan - tolak 2 markah bahasa
- kosa kata - tolak 4 markah bahasa 6. Pantun jual
berbentuk kuiz - tolak semua markah isi
7. Pantun jawapan pelarian - tolak semua markah isi
8. Perbincangan - tolak semua markah isi dan bahasa

69
9. Tergagap/tersekat-sekat - tolak 2 markah persembahan
10.Pantun ciplak:
pembayang dan maksud - tolak 20 markah bahasa
(ciplak sebaris) - tolak 10 markah bahasa
11.Pantun tercemar - tolak semua markah bahasa





70
PANDUAN PENGHAKIMAN


(Panduan Untuk Taklimat Kepada Hakim)

1. PENDAHULUAN

Dalam Pesta Pantun ini hakim memainkan peranan yang sangat
penting. Bagi para peserta, hakim ialah orang yang arif dan faham
secara mendalam mengenai pantun dan perkara-perkara yang berkait
dengan puisi lama ini. Hakim juga mestilah sekurang-kurangnya dapat
membezakan antara pantun yang baik dengan pantun yang kurang
baik hanya melalui pandengaran secara lisan dan spontan serta
pemerhatian mereka terhadap pemantun berkenaan.

Walau bagaimanapun, hakim mestilah adil, objektif dan tidak
mendatangkan keraguan kepada sesiapa pun. Keputusan hakim yang
muktamad tidak boleh dijadikan alasan untuk melaksanakan tugas ini
tanpa komitmen dan rasa tanggungjawab.



2. JENIS PANTUN

Hanya pantun empat kerat sahaja diterima, dua baris pertama sebagai
pembayang maksud dan dua baris seterusnya untuk maksud.

Pantun yang dijual mesti merupakan soalan dan pantun yang dibeli
pula merupakan pantun yang menjawab soalan.

Pantun. yang dianggap paling baik terutama dalam konteks pesta ini
ialah pantun yang mempunyai ciri-ciri berikut :

Rima awal , tengah dan akhir bait mestilah abab.

Suku kata pada setiap baris seelok-eloknya antara
8 -12
(Iebih kurang 4 patah perkataan yang bersuku kata 2 atau 3)

Pembayang maksud mesti dipetik daripada
keindahan alam semula jadi termasuk karenah hati
budi manusia.

Pantun yang mengutamakan suasana, iklim dan
kebudayaan Malaysia adalah ditekankan. Walau
bagaimanapun, hal ini tidak bermakna bahawa pantun-
pantun yang baik mesti mempunyai unsur-unsur lama
dan bertradisi. Unsur-unsur kemajuan, perkembangan
ilmu dan budaya semasa dan mutakhir yang disisipkan
ke dalam pantun hingga menggambarkan bahawa

71
pantun itu dapat dipengaruhi oleh kemodenan isi tetapi
dapat bertahan dari segi bentuk dan format adalah
sangat digalakkan. Pantun-pantun sebegini juga
dianggap baik dan sangat sesuai.

3. PEMARKAHAN

Menghakimi perkara-perkara di atas tidak begitu sukar kerana agak
objektif. Berdasarkan pengalaman, kesukaran menilai akan timbul
apabila hakim berhadapan dengan beberapa perkara yang lain
daripada di atas itu. Oleh itu, sedikit panduan tambahan adalah
difikirkan wajar untuk tatapan serta pertimbangan hakim-hakim dalam
pelbagai peringkat pertandingan.

Pantun yang dipersembahkan dengan nada dan intonasi yang
berirama sederhana tetapi dapat menimbulkan mood pantun yang
dicipta itu dan bersesuaian pula dengan isi yang hendak disampaikan
wajar mendapat markah persembahan yang tinggi. Sebaliknya jika si
penjual atau si pembeli tergagap-gagap dan teragak-agak sehingga
kelihatan cacat dan cela pantunnya maka markah persembahan
haruslah dikurangkan.

Seperti yang dinyatakan tadi, setiap pantun yang dijual mestilah
mempunyai SATU soalan yang jelas. Jualan pantun yang merupakan
penyataan dan bukan rnerupakan soalan tidak diterima dan perlu
dikurangkan markah isi.

Pantun yang mempunyai dua soalan akan dikurangkan markah isi,
manakala si pembeli perlu menjawab satu sahaja daripada soalan
yang dikemukakan .

Pantun jualan yang tidak mengikut tema tidak akan diberi sebarang
markah isi. Walau bagaimanapun, si pembeli yang menjawab soalan
pantun itu diberi markah seperti biasa.

Pantun yang dibeli mestilah menjawab soalan yang dikemukakan
dalam setiap pusingan Jawapan yang tidak tepat akan dikurangkan
markah isi tetapi pantun 'pelarian' yang jelas menunjukkan sikap tidak
ingin berfikir atau kecewa tidak akan mendapat sebarang markah isi.

Bahasa Me!ayu baku mesti digunakan dalam semua aspek seperti
sebutan, tatabahasa, struktur ayat dan kosa kata. Markah bahasa akan
dikurangkan sekiranya tidak menggunakan bahasa Melayu baku.

Memilih perbendaharaan kata yang mempunyai nilai estatik yang tinggi
untuk menunjukkan penciptaan pantun yang matang dan bermutu
adalah digalakkan. Pantun yang mempunyai unsur-unsur aliterasi dan
asonansi perlu diberikan ganjaran markah yang sewajarnya.

Sekiranya si pembeli dapat membeli pantun yang kurang jelas
maksudnya dengan penuh bijaksana (witty) menggunakan kiasan dan

72
sindiran layak mendapat markah yang sewajamya.

Semasa membeli pantun, kecekapan individu adalah
diutamakan.Perbincangan dan sebarang bentuk bantuan antara ahli
kumpulan tidak dibenarkan. Jika keadaan ini berlaku, tiada sebarang
markah isi dan bahasa.

Pemantun dikehendaki membeli pantun dalam masa 60 saat.
Sekiranya pemantun tidak dapat membeli dalam masa yang ditetapkan,
tiada sebarang markah.



4. PERTIMBANGAN DAN WAJARAN

Semua pemarkahan adalah sulit dan para hakim mempunyai
pertimbangan yang muktamad. Jawatankuasa Induk Pesta Pantun
menyerahkan penilaian pertandingan pantun kepada hakim-hakim
dengan kreativiti dan BUDI BICARA mereka masing-masing. Kadar
pemarkahan ialah:


BIDANG MARKAH
ISI 10
BAHASA 10
PERSEMBAHAN 5





















73


PEDOMAN BERPANTUN DALAM PESTA PANTUN

Contoh:

P1:
Kain belacu pembungkus permata,
disimpan bersama tebu sekerat;
Anak dan cucu orang berharta,
Mengapakah si tua dibiar melarat.

Tema: masyarakat penyayang

P2:
Pohon kemboja pohon mengkuang,
ditanam berjajar si gadis sunti;
Pahlawan berjasa di medan juang,
sumbangan pelajar apakah bukti.

Tema: patriotisme

P3:
Burung kedidi hinggap di dahan,
turun ke tanah di pinggir kota;
Bergoyang budi runtutan kemajuan,
musnahkah maruah kerana harta

Tema: bebas

Contoh pantun yang tidak diterima:


Seuncang butang di atas kerusi,
pari-pari di lnderaloka;
Bulan dan bintang menjadi saksi,
janji dimungkiri teruna dan dara.

(tidak menyoal, pembayang
maksud tiada pertalian idea.)


Pohon jelutung tinggi menjulang,
pohon berangan di rimbun lalang;
Apakah untung apakah malang,
burung di tangan disambar helang.

(pantun berkias)


Daun budi ukiran pendeta,
ukiran tercipta di tengah rumah;
Musnahkah budi kerana cinta,
punahkah cinta kerana fitnah.

(mengandungi dua soalan)


Tumbuh melata pohon angsana,
rumpun rendang dipandang cantik;
Saudara terkenal bijak laksana,
berapakah dalam lautan Atlantik

(soalan berbentuk kuiz)


Mat Rock lepak di Dataran Merdeka,
Tunggu awek tapi tak datang;
Gua dah cakap lu tak caya,
Ngapa nak tunggu orang tak
cayang
(pantun tercemar)


74

Dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang;
Buka tv Malaysia Hari Ini,
semoga anda ceria cemerIang.

(pantun ciplak/plagiat)


Kopi di cawan masih berwap,
minuman teruna bersopan santun;
Pertanyaan tuan mudah dijawab,
jumpalah saya selepas berpantun.

(pantun pelarian)

Contoh pantun yang sempuma:


Burung melayang di Kota Tampin,
kota terpenciI di hujung desa;
Masyarakat penyayang wawasan
pemimpin,
mengapakah si kecil masih
diseksa.



Pohon kemboja di pinggir desa,
rimbun daunnya hiasan taman;
Si kecil tak berdosa masih diseksa,
kerana manusia berhati haiwan.




PANDUAN UNTUK PEMANTUN

1.
2.
3.
4.
5.

6.
7.
8.
9.
10.


Bukan pantun jual
Pembayang maksud tiada pertalian
gambaran
Dua soalan dalam satu pantun
Lari/tidak menepati tema
Tidak baku - sebutan
- kosa kata
Pantun jual berbentuk kuiz
Pantun jawapan pelarian
Perbincangan
Tergagap/tersekat-sekat
Pantun ciplak:
pembayang dan maksud
- tolak semua markah isi
- tolak markah bahasa
- tolak markah isi
- tolak markah isi
- tolak 2 markah bahasa
- tolak 4 markah bahasa
- tolak semua markah isi
- tolak semua markah isi
- tolak semua markah isi dan
bahasa
- tolak 2 markah persembahan

- tolak 20 markah bahasa

69
73

75
11. Pantun tercemar

ciplak sebaris tolak 10 markah
bahasa
- tolak semua markah bahasa











































76

(HAKIM PERTAMA - ISI : 8/20 MARKAH)
PESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH

Nama Peserta
:
Sekolah
:
Pertandingan
:
Nama Hakim
:

PUSINGAN PERTAMA

Jualan Pantun Belian Pantun
(a) Ketepatan Soalan
(8 Markah)
(b) Ketepatan Belian
(8 markah)
Jumlah
(a) + (b)
(a) =
(b) =

PUSINGAN KEDUA

Jualan Pantun Belian Pantun
(a) Ketepatan Soalan
(8 markah)
(b) Ketepatan Belian
(8 markah)
Jumlah
(a) + (b)
(a) =
(b) =

PUSINGAN KETIGA

Jualan Pantun Belian Pantun
(a) Ketepatan Soalan
(8 Markah)
(b) Ketepatan Belian
(8 markah)
Jumlah
(a) + (b)
(a) =
(b) =

Untuk Perhatian Hakim Pertama
ketepatan sealan/jawapam Jelas/sesuai dengan tema ( 8 markah )
(a) Satu soalan yang jelas. Jika lebih daripada satu soalan dan soalan
itu pula berupa penyataan dan bukan soalan, markah tidak diberikan.
(b) Jualan pantun yang terkeluar daripada tema yang ditetapkan tidak
mendapat markah
(c) Jawapan yang merupakan pelarian yakni tidak menjawab soalan, tidak
diberikan markah.
(d} Jawapan bagi soalan tanpa diberikan markah (seperti dalam a, b, dan
c)di atas wajarlah diberikan antara 4 - 8 markah mengikut budi bicara.

JUMLAH
PUNGUTAN
MARKAH





77
Tandatangan Hakim:


78
(HAKIM KEDUA - ISI : 12/20 MARKAH)
PESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH


Nama Peserta
:
Sekolah
:
Pertandingan
:
Nama Hakim
:


PUSINGAN PERTAMA

Jualan Pantun (a) Belian Pantun (b)
Padat/Jitu
(8 Markah)
Nilai susila
(4 Markah)
Padat/Jitu
(8 Markah)
Nilai susila
(4 Markah)
Jumlah
(a) + (b)
(a) =
(b) =

PUSINGAN KEDUA

Jualan Pantun (a) Belian Pantun (b)
Padat/Jitu
(8 Markah)
Nilai susila
(4 Markah)
Padat/Jitu
(8 Markah)
Nilai susila
(4 Markah)
Jumlah
(a) + (b)
(a) =
(b) =

PUSINGAN KETIGA

Jualan Pantun (a) Belian Pantun (b)
Padat/Jitu
(8 Markah)
Nilai susila
(4 Markah)
Padat/Jitu
(8 Markah)
Nilai susila
(4 Markah)
Jumlah
(a) + (b)
(a) =
(b) =

Untuk Perhatian Hakim Kedua

Padat & Jitu ( 8 markah )
(a) Pemilihan kosa kata yang indah dan tiada kesalahan bahasa.
(b) Susunan kata yang betul

Bernilai Susila
(a) Pantun boleh dijadikan panduan/pedoman dalam kehidupan seharian


JUMLAH
PUNGUTAN
MARKAH



Tandatangan Hakim:


79



80
(HAKIM KETIGA - BAHASA : 10/20 MARKAH)
PESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH


Nama Peserta
:
Sekolah
:
Pertandingan
:
Nama Hakim
:

PUSINGAN PERTAMA

Jualan Pantun (a) Belian Pantun (b)
Pola Rima
(5 Markah)
Suku Kata
(5 Markah)
Pola Rima
(5 Markah)
Suku Kata
(5 Markah)
Jumlah
(a) + (b)
(a) =
(b) =

PUSINGAN KEDUA

Jualan Pantun (a) Belian Pantun (b)
Pola Rima
(5 Markah)
Suku Kata
(5 Markah)
Pola Rima
(5 Markah)
Suku Kata
(5 Markah)
Jumlah
(a) + (b)
(a) =
(b) =

PUSINGAN KETIGA

Jualan Pantun (a) Belian Pantun (b)
Pola Rima
(5 Markah)
Suku Kata
(5 Markah)
Pola Rima
(5 Markah)
Suku Kata
(5 Markah)
Jumlah
(a) + (b)
(a) =
(b) =

Untuk Perhatian Hakim Ketiga

Pola Rima (5 Markah) / Suku Kata Dalam Baris (5 Markah)

(a) Rima di hujung baris (2 markah), di tengah baris ( 2 markah )
dan di pangkal baris (1 markah)
(b) Suku kata dalam baris antara 8 - 12 ( 5 markah)

JUMLAH
PUNGUTAN
MARKAH









81
Tandatangan Hakim:



82
(HAKIM KEEMPAT - BAHASA : 10/20 MARKAH)
PESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH

Nama Peserta
:
Sekolah
:
Pertandingan
:
Nama Hakim
:

PUSINGAN PERTAMA

Jualan Pantun (a) Belian Pantun (b)
Pembayang
Maksud
(5 Markah)
Pemilihan
Kata
(5 Markah)
Pembayang
Maksud
(5 Markah)
Pemilihan
Kata
(5 Markah)
Jumlah
(a) + (b)
(a) =
(b) =

PUSINGAN KEDUA

Jualan Pantun (a) Belian Pantun (b)
Pembayang
Maksud
(5 Markah)
Pemilihan
Kata
(5 Markah)
Pembayang
Maksud
(5 Markah)
Pemilihan
Kata
(5 Markah)
Jumlah
(a) + (b)
(a) =
(b) =

PUSINGAN KETIGA

Jualan Pantun (a)
Pembayang
Maksud
(5 Markah)
Pemilihan
Kata
(5 Markah)
Pembayang
Maksud
(5 Markah)
Pemilihan
Kata
(5 Markah)
Jumlah
(a) + (b)
(a) =
(b) =

Untuk Perhatian Hakim Keempat

Pembayang maksud ( 5 markah ) / Pemilihan kata ( 5 markah )
(a) Terdapat kesinambungan / hubungan antara baris 1 & 2 - (2 markah)
(Hubungan keindahan unsur alam & karenah hati manusia)
(b) Kesesuaian antara 2 baris pembayang dan maksud - (3 markah)
(e) Pemilihan Kata : Dipetik daripada keindahan alam & karenah hati
manusia. (3 markah )
d) Sebutan baku dan kejelasan sebutan (2 markah )

JUMLAH
PUNGUTAN
MARKAH




83
Tandatangan Hakim:


84
(HAKIM KELIMA PERSEMBAHAN : 10 MARKAH)
PESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH

Nama Peserta
:
Sekolah
:
Pertandingan
:
Nama Hakim
:

PUSINGAN PERTAMA

Jualan Pantun (a) Belian Pantun (b)
Gerak
Geri
(4
markah)
Intonasi &
Jeda
(4 markah)
Kelancara
n (2
markah)
Gerak
Geri
(4
markah)
Intonasi &
Jeda
(4
markah)
Kelancara
n (2
markah)
Jumlah
(a) + (b)




PUSINGAN KEDUA

Jualan Pantun (a) Belian Pantun (b)
Gerak Geri
(4 markah)
Intonasi &
Jeda
(4
markah)
Kelancara
n (2
markah)
Gerak
Geri
(4
markah)
Intonasi &
Jeda
(4
markah)
Kelancara
n (2
markah)
Jumlah
(a) + (b)




PUSINGAN KETIGA

Jualan Pantun (a) Belian Pantun (b)
Gerak Geri
(4 markah)
Intonasi &
Jeda
(4
markah)
Kelancara
n (2
markah)
Gerak
Geri
(2
markah)
Intonasi &
Jeda
(4
markah)
Kelancara
n (2
markah)
Jumlah
(a) +
(b)




Untuk Perhatian Hakim Kelima
Gerak Geri yang seimbang (4 markah) / Intonasi & Jeda (4 markah)
& Kelancaran (2 markah)

JUMLAH PUNGUTAN
MARKAH

85
(a) Gerak geri tangan, jelingan dan senyuman seimbang dengan pantun (4
markah)
(b) Intonasi : Nada pemisah antara pembayang dengan maksud
Jeda : Nada / Hentian sebutan pada suku kata setiap baris (4 markah)
(c) Kelancaran : Tanpa kegagapan & pengulangan (2 markah)





Tandatangan Hakim:

86
BORANG PEMARKAHAN
PESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH

NAMA HAKIM:
1 2 3 4 5


PESERTA

SMK
PUSINGAN
JUMLAH
1 2 3
A.
B.
C.
JUMLAH






PESERTA

SMK
PUSINGAN
JUMLAH
1 2 3
1.
2.
3.
JUMLAH



87
BORANG REKOD PENGIRAAN MARKAH

NAMA SEKOLAH :
KELOMPOK :

Nama Pemantun
Hakim
1
Hakim
2
Hakim
3
Hakim
4
Hakim
5
Jumlah
Markah
A.
B.
C.
Jumlah Pungutan Markah


NAMA SEKOLAH :
KELOMPOK :

Nama Pemantun
Hakim
1
Hakim
2
Hakim
3
Hakim
4
Hakim
5
Jumlah
Markah
1.
2.
3.
Jumlah Pungutan Markah

PEMENANG :
PEMANTUN TERBAIK :


PANEL HAKIM TANDATANGAN
1.
2.
3.
4.
5.




88

TEKS JURUPANTUN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berbahagia . [ nama dan jawatan ]
Yang Berusaha . [ nama dan jawatan ]
Yang Dihormati [ nama dan jawatan ]
Yang dihormati dif dif jemputan,irin
Yang dihormati para hakim, guru guru pengiring, para pemantun dan hadirin yang
dikasihi lagi dimuliakan.

Bersyukur kita ke Hadrat llahi kerana pada hari ini kita sama sama dapat bersapa
mesra dalam Pesta Pantun Peringkat . sambil berhubung mesra,
kita dapat menghayati keindahan warisan Melayu yang tak luput ditelan zaman
biarpun arus kemajuan dihirup segar sekarang ini.

Daerah nama diberi,
menyimpan sejarah sepanjang masa;
meraut seni menyulam tradisi,
tersimpul ikatan jalinan mesra.

Sebelum gelanggang pantun dibuka, saya mempersilakan pasukan pantun
dari ....... dan pasukan
dari mengambil tempat masing masing.

Saya mempersilakan barinsan hakim yang dedikasi dan bijaksana mengambil tempat
mengikut prosedur masing masing. Pihak majlis mempersilakan.

Eloklah saya memperkenalkan barisan pemantun pada hari ini. Di sebelah kanan
saya ialah pasukan pantun dari . dengan membariskan:

Pemantun pertama
Pemantun kedua
Pemantun ketiga
Pemantun simpanan

Manakala di sebelah kiri saya ialah pasukan pantun dari .
dengan membariskan:

Pemantun pertama
Pemantun kedua
Pemantun ketiga
Pemantun simpanan


89





Hakim hakim yang dedikasi dalam melaksanakan tugas ialah :

Hakim 1 ( Isi ) K. Hakim
Hakim 2 ( Isi )
Hakim 3 ( Bahasa )
Hakim 4 ( Bahasa )
Hakim 5 ( Persembahan )

Di sebelah saya ialah penjaga masa yang sentiasa setia dengan penggunaan masa
yang telah ditetapkan iaitu

Landasan peraturan wajar dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para peserta.
Sehubungan itu, saya bacakan peraturan peraturan pertandingan pantun:

1. Pantun yang dibenarkan ialah pantun empat kerat dengan dua baris
pembayang dan dua baris maksud.

2. Masa yang dibenarkan untuk menjual dan membeli pantun ialah:
2.1 Masa menjual pantun 15 saat untuk pusingan pertama dan 30 saat
untuk
pusingan ketiga.
2.2 Masa untuk membeli pantun 60 saat untuk pusingan pertama, kedua
dan
ketiga.
2.3 Untuk pusingan kedua, masa menjual dan membeli pantun ialah 60
saat.
2.4 Pantun hanya boleh dijual dan dibeli setelah loceng dibunyikan iaitu:

(A) JUAL PANTUN

Loceng dibunyikan sekali sebaik sahaja jurupantun meminta pemantun
menjualkan pantun dan loceng akan dibunyikan dua kali setelah tamat masa
menjua,l iaitu tamatnya 15 saat untuk pusingan pertama dan ketiga. Sementara
pusingan kedua masa menjual pantun adalah 60 saat.

(B) BELIAN PANTUN

Loceng dibunyikan sekali sebaik sahaja dan jurupantun meminta pemantun
membeli pantun. Loceng dibunyikan dua kali menandakan masa membeli pantun
telah tamatnya, iaitu 60 saat. Pantun yang dibeli / dijawab selepas loceng dua kali
dibunyikan tidak akan diberi sebarang markah.

90

3. Pemantun yang gagal menjual pantun dalam tempoh masa yang dibenarkan
tidak mendapat sebarang markah. Sebaliknya pembeli pantun tersebut tetap
dikehendaki membeli pantun berasaskan tema yang sepatutnya dijual oleh
pihak lawan.

4. Pembeli pantun tidak dibenarkan meminta mengulang pantun yang dijualkan
oleh penjual pantun kecuali atas permintaan jurupantun setelah mendapat arahan
daripada ketua hakim.

5. Setiap pemantun dikehendaki menjual 3 rangkap pantun berdasarkan tema
yang ditetapkan dan membeli rangkap pantun.

6. Pertandingan pantun dijalankan dalam tiga pusingan.


7. Jika berlaku seri, pasukan mendapat markah isi terbanyak dikira sebagai
pemenang. Sekiranya berlaku seri, markah dalam bahasa akan dikira.

8. PEMBAHAGIAN MARKAH
Isi : 20 markah
Bahasa : 20 markah
Persembahan : 10 markah

9. PERTANDINGAN INI DIHAKIM OLEH LIMA HAKIM
Isi : 2 hakim
Bahasa : 2 hakim
Persembahan : 1 hakim

10. Pemantun tidak dibenarkan berbincang atau meniru dalam kumpulan masing-
masing.

Sekiranya berlaku perbincangan atau meniru, markah akan dipotong
sebanyak 50 markah daripada jumlah markah keseluruhan.

11. Pada pusingan kedua, semua pemantun hendaklah berpantun secara
spontan / bebas berdasarkan tema yang terkawal yang dipilih oleh pemantun
sendiri. Prosedurnya, selepas sahaja selesai pusingan pertama, para pemantun
hendaklah menyerahkan semua kertas / nota / buku / bahan kepada urus setia.
Maksudnya, tidak ada apa-apa bahan bersama-sama pemantun. Pemantun akan
diberi kertas kosong, mencabut undian tema, diberikan 60 saat untuk menjual
dan membeli pantun berdasarkan tema tersebut secara spontan.

11. Pada pusingan ketiga, semua pemantun hendaklah berpantun secara
spontan / bebas berdasarkan tema pemantun sendiri. Pemantun mesti
menyerahkan tema pantun kepada juru pantun untuk diumumkan oleh

91
juru pantun sebelum menjualkan pantun masing-masing. Pembeli pantun
tidak dibenarkan meminta mengulang tema pantun yang disebutkan oleh juru
pantun pantun kecuali atas budi bicara juru pantun setelah mendapat arahan
daripada ketua hakim. Pantun hendaklah dicipta dan dijual dalam masa 30
saat. Pemantun juga tidak boleh mempunyai sebarang bahan rujukan, iaitu
tidak ada apa-apa bahan bersama-sama pemantun kecuali kertas kosong dan
alat tulis yang telah diberikan semasa pusingan kedua.

13. Pada pusingan ketiga, pemantun boleh menjualkan pantun dengan tema
yang sama dalam pusingan awal dan kedua. Bagaimanapun, untuk
memperoleh markah yang baik, sewajarnya pemantun dapat menjualkan
pantun yang berbeza seperti aspek pembayang, soalan, pemilihan diksi dan
lain-lain.

[ Pilih salah satu pantun di bawah untuk dibaca ]

Indah cuaca senja menjelang,
lebat rimbun pohon mengkudu;
Bismillah kata pembuka gelanggang,
silat pantun anak Melayu.

ATAU

Mekar budaya bangsa tersohor,
falsafah bangsa pengukir zaman;
Pesta pantun hidup subur,
agar terpelihara budaya berzaman.


FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN PERTAMA

1 X

2 Y

3 Z


KE PUSINGAN PERTAMA
(Pilih dan baca salah satu pantun di bawah)

1 Ke Tanjung Arus memburu rusa,
tiadakan sunyi bertemu jiran;

92
gelanggang pantun menggamit rasa,
pusingan pertama menguji fikiran.

ATAU

2 Di kala senja dingin terasa,
nyaman suasana indah terperi;
pusingan pertama debaran terasa,
(rujuk tema) tema diberi.

ATAU

3 Tampak pemuda setia menanti,
asuhan tok guru jadi panduan;
pusingan pertama debaran menanti,
hati terusik jelingan rakan.

ATAU

4 Hajat si miskin menumpang si kaya,
berbincang mesra tersemat di hati;
hajat hati biarlah berjaya,
pusingan pertama ujian menanti.

Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, tema pada pusingan pertama ini
ialah (bacakan tema-ulang tema dua kali)

Nota : Pengerusi pantun, sila rujuk format pertandingan pusingan
pertama.

Baiklah, dipersilakan pemantun pertama dari . menjualkan pantun kepada
pemantun pertama dari.

Arahan pengerusi pantun:

1 Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat dari
sekarang.
ATAU
2 Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari
sekarang.
ATAU
3 Pantun dijual penuh makna. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Nota : 1 Setelah pantun dibeli / dijawab, pengerusi pantun perlu merujuk kepada
ketua

93
hakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. ( sama ada hakim
bersedia
atau tidak)

2 Rujuk format pertandingan pusingan pertama agar arahan boleh diberi
dengan baik kepada pemantun.


FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KEDUA

1 X


2 Y


3 Z






PUSINGAN KEDUA

(Pilih dan baca salah satu rangkap pantun sahaja)

1 Sayang pauh patahnya dahan,
Tempat merbuk berkidung mesra;
Banyak tajuk jadi pilihan,
Undian dibuat menguji minda.

ATAU

2 Pandan podak di celah batu,
Rumpun cempa kembang berseri;
Pusingan kedua
Undian tajuk syarat diberi.

ATAU

3 Lambaian Pak Tua tercuitnya hati,
Berpisah keluarga ke tengah lautan;
Pusingan pertama berlalu pergi,

94
Pusingan kedua semaraknya cabaran.

ATAU

4 Tampak pemuda jiwa semarak,
Kepada penggawa memohon restu;
Debaran berpesta kian memuncak,
Pusingan kedua

ATAU

5 Sidara jelita bersendaloka,
Bersimpuh manja terhibur hati;
Pusingan kedua gelanggang terbuka,
Minda diuji debaran menanti.

Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, di pusingan kedua, tema-tema
pilihan dibuat melalui undian. Oleh itu setiap peserta diminta memilih tema pantun
berdasarkan _______ . Para peserta diberi masa selama 1 minit ATAU 60 saat
untuk mencipta pantun secara spontan. Pemantun tidak dibenarkan meniru sebarang
nota/merujuk kepada mana-mana nota untuk mencipta pantun.

Nota : Pengerusi pantun sila rujuk format pertandingan pusingan kedua.





Contoh Arahan :

Peserta pertama daripada pasukan. sila ke meja Pengerusi Pantun untuk
mencabut undi.

Setelah pemantun duduk.

Anda telah mendapat tema .. Sila cipta pantun dalam masa 60 saat dari
sekarang.

Setelah pantun dijual.

1 Anda telah mendengar pantun itu tadi. Sila jawab 60 saat dari sekarang.

ATAU

2 Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.


95

ATAU

3 Pantun dijual penuh bermakna. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

ATAU

4 Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Nota : 1 Setelah pantun dibeli/dijawab, pengerusi pantun perlu merujuk
kepada ketua hakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. (sama ada hakim
bersedia atau tidak)

2 Rujuk format pertandingan pusingan pertama agar arahan boleh
diberi dengan baik kepada peserta.

FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KETIGA

1 X



2 Y



3 Z



KE PUSINGAN KETIGA

(Pilih dan baca salah satu pantun di bawah)

1 Terasa mesra tersusun madah,
Dara jelita baru bersua;
Pusingan kedua berakhir sudah,
Cabaran menanti di pusingan ketiga.

ATAU

2 Awan nan biru tampaknya indah,
Di laman anggerik cantik berseri;

96
Ke pusingan ketiga hati tak gundah,
(bacakan tema) tema diberi.


ATAU

3 Rumpun serai padat berbaris,
Bunga mawar indah mencelah;
Budaya berpantun penyeri majlis,
Pusingan ketiga bertambah meriah.

ATAU

4 Di laman mawar tampaknya bersih,
Sayang sekali ditimpa hujan;
Pusingan ketiga tema dipilih,
(bacakan tema) menjadi sebutan.

ATAU

5 Pinggiran rimba tumbuhnya palas,
Tumbuh mencelah pohonan pala;
Di pusingan ketiga pantun berbalas,
Hati yang tenang penawar segala.


Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, tema pada pusingan ketiga
adalah tema pemantun sendiri. Penjual pantun mesti menyebutkan tema pantun
dengan jelas terlebih dahulu sebelum menjualkan pantun. Masa menjual pantun
adalah 30 saat. Pembeli pantun tidak dibenarkan meminta mengulang tema pantun
yang disebutkan oleh penjual pantun kecuali atas permintaan jurupantun setelah
mendapat arahan daripada ketua hakim.

Nota : Pengerusi pantun sila rujuk format pertandingan pusingan ketiga.

Contohnya: Di pusingan ketiga ini, pemantun pertama dari akan
menjualkan pantun kepada pemantun ketiga dari .

Arahan Pengerusi Pantun

1 Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat
dari
sekarang.
ATAU


97
2 Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari
sekarang.

ATAU

3 Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 60 saat dari
sekarang.

Nota : 1 Setelah pantun dibeli/dijawab, pengerusi pantun perlu merujuk
kepada ketua hakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. (sama
ada hakim bersedia atau tidak}

2 Rujuk format pertandingan pusingan pertama agar arahan boleh
diberi dengan baik kepada pemantun.


Hadirin-hadirat yang dirahmati,

Begitulah berakhirnya jual beli pantun antara pasukan .. dengan pasukan
pantun dari Semuanya tampak meriah dan bercambah kembali
susila berpantun dalam kalangan generasi alaf baru ini.

Kenari bersenda di dahan ara,
tiadakan sunyi bersama kawan;
budaya berpantun bersambut mesra,
biarlah abadi sepanjang zaman.

Sementara menanti keputusan daripada para hakim yang menjalankan tugas dengan
penuh dedikasi, saya memberi peluang kepada mana-mana pelajar atau penonton
untuk menjualkan pantun kepada para peserta yang ada di kiri dan di kanan saya ini.
Dipersilakan

Sampailah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita mengetahui pemenang dalam
pertandingan ini. Sebelum itu,

Tiada kata seindah madah,
dicipta lagu tersentuh rasa;
jika terdapat silap dan salah,
maaf dipinta setiap masa.


Nota : Sila baca keputusan dengan cermat sebelum mengumumkan pemenang.

Tahniah kepada pasukan yang berjaya, manakala kepada pasukan yang gagal,
kecewa bukan penawar segala. Berusahalah agar ruang kegagalan menjadi
penawar berharga untuk mencipta kejayaan yang membanggakan. Akhirnya,

98


Mekar mewangi bunga cempaka,
daun semalu dikirai jangan;
akar budi santun bahasa,
pantun Melayu kekal berzaman.

Ampun maaf andainya terkasar bahasa , terkhilaf bicara dan kurang berhemah ketika
mengendalikan pertandingan yang menjadi perhatian semua pihak.
Sekian, assalamualaikum..

Anda mungkin juga menyukai