Bagaimana:
1. mendidik sejak kecil lagi amal makruf nahi mungkar - melentur buluh biar dari rebungnya
Kesan:
1. takut balasan Tuhan - tidak terlibat dalam gejala sosial
2. dapat melahirkan modal insan yang beriman dan berakhlak mulia
Ungkapan Menarik:
Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh.”
Penegasan:
Didikan agama yang mantap merupakan elemen /wahana/wadah yang berkesan untuk
mengekang gejala sosial daripada meruncing.
Peranan yang signifikan untuk menangani gejala sosial pada hari ini ialah ibu bapa perlulah
memberikan didikan agama yang teguh kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana
agama merupakan benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir
negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi. Dengan adanya didikan agama, ia dapat
menghindari anak-anak daripada terjerumus ke lembah kehinaan seperti vandalisme,
gengsterisme, merempit, ponteng sekolah dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa perlulah
memberikan didikan agama sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Dengan ini, mereka akan sentiasa melakukan amal makruf nahi mungkar. Sebagai kesan, anak-
anak yang memiliki didikan agama yang mantap akan berasa takut akan balasan Tuhan lalu tidak
terlibat dalam gejala sosial yang akan merosakkan masa depan mereka. Secara implisitnya, usaha
kerajaan untuk modal insan yang beriman dan berakhlak mulia dapat dilahirkan serta gejala
sosial dapat ditangani. Benarlah kata Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa
agama akan lumpuh.” Jelaslah bahawa, didikan agama yang mantap merupakan antara wahana
yang berkesan untuk mengekang gejala sosial daripada meruncing.
PENANDA WACANA ISI DAN PERKEMBANGANNYA