Anda di halaman 1dari 21

SKRIP CERITA TAHAP 1

SI TANGGANG ANAK DERHAKA



Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak
sekotor dan sejijik engkau . Sudah la rupamu hodoh , bau mu juga meloyakan . Ada hati
engkau nak mengaku aku ini anakmu. Cis , berani sungguh kau , orang tua bedebah . Aku ini
anak orang kaya dan berharta . Lebih baik kau berambus dari sini.

Pengawal, halau perempuan tua ini, benci aku melihat padanya !

Para hadirin sekalian,
Begitulah kesombongan dan keangkuhan yang ditunjukkan oleh Si Tanggang terhadap ibunya
dalam kisah Si Tanggang Anak Derhaka yang akan saya ceritakan pada pagi yang
berbahagia ini . Sebelum itu , izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu ....

Assalamualaikum warahmatullallah hiwabarokatuh , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia .
Yang dihormati guru pengacara majlis yang sopan berbicara , yang adil lagi bijaksana para
juri yang budiman , guru-guru yang dikasihi seterusnya sidang hadirin yang dirahmati
sekalian . Nama saya ......................................................................................................... Srikandi dari
Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar , mohon berbicara di medan ini .

Daun mengkudu di hujung para ,
Tampak seroja mekar bertali ;
Kasih ibu membawa ke syurga ,
Jangan derhaka jangan disakiti .

Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat sebuah keluarga
yang miskin. Di dalam keluarga tersebut tinggal Mak Umpit dan anak tunggalnya yang
bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sehari-harian, bak kata pepetah kais pagi, makan
pagi, kais petang, makan petang.

Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang menyapu di
halaman rumah...

Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa eloklah Tangggang pergi
merantau di negeri orang mencari kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan mahligai yang
indah dan akan Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh ibu...

Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak kesayangannya itu.

Apa??? Kau nak tinggalkan ibu...? Ibu sudah tua Tanggang... kasihanilah ibu...
jangan tinggalkan ibu, Tanggang...

Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si Tanggang..
Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya yang tua di kampung
sendirian.

Setelah sekian lama berada di negeri orang, dengan berkat kerajinan Si Tanggang,
beliau telah berjaya menjadi Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah menjadi kaya raya
dan telah berkahwin dengan seorang puteri raja yang cantik jelita. Akibat daripada
kemewahan dunia yang dimiliki Si Tanggang, kini ... beliau telah lupa kepada ibunya yang tua
dan miskin di kampung.

Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta bersam Si Tanggang dan anak-
anak kapal belayar berniaga. Dalam pelayaran tersebut akhirnya kapal Si Tanggang telah
berlabuh di pantai berhampiran kampung kelahirannya. Berita kedatangan kapal Si Tanggang
telah diketahui oleh orang-orang kampung... Ibu Si Tanggang sangat gembira dengan berita
kepulangan anaknya kesayangannya itu. Tanpa berlengah lagi Mak Umpit terus pergi
berjumpa Si Tanggang dengan mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang untuk
berjumpa anak kesayangannya itu.

Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya rasa hati ibu
semenjak kepemergianmu nak...

Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu kepada
isterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan hodoh itu ibu kandungnya. Lalu Si
Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari kapalnya.

Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak
sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini.

Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!

Kerana terlalu ced, Mak Umpit menagis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau oleh anak
kandungnya sendiri. Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke pantai. Setibanya Mak
Umpit di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan berseru lepada Tuhan;

Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui dari sususku
ini dan yang ku didik dari sebesar dua tapak jari ini, tujukkanlah balasan Mu ke atas anak
yang durhaka!!!

Tidak semena-mena satu ribut yang Amat kyat telah Turn. Kilat dan guruh memecah langit
telah datang dengan tiba-tiba. Terdengarlah suara anak kapal riuh rendah di dalam bahtera.
Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara Si Tanggang melaung.....


Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu....
Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu.....
Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....

Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orang-orang di dalamnya semakin
hilang...... akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat daripada
penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....



Para hadirin sekelian;

Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan dan menderhaka kepada
kedua orang tuanya yang telah bersusah payah mendidik dan membesar dari kecil hingga ke
dewasa.

Terang bulan di malam sepi,
Cahaya memancar ke pohon kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada kedua ibu dan bapa.

Sekian, terima kasih.















Skrip Bercerita Tahap 1
TAJUK : PENGGEMBALA YANG NAKAL


1. ASSALAMUALAIKUM W.B.T dan selamat pagi diucapkan kepada para
guru , para juri yang adil lagi bijaksana , tuan-tuan dan puan puan
serta kawan-kawan yang saya kasihi sekalian.


2. Saya dari Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar ingin
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk PENGGEMBALA YANG
NAKAL.


3. Di dalam sebuah kampung , tinggal seorang budak yang nakal.
Namanya ialah KUDIN.


4. Kudin bekerja sebagai penggembala di sebuah ladang biri-biri. Kerja
Kudin ialah membawa sekawan biri-biri untuk meragut rumput pada
setiap pagi.



5. Dia akan menunggu biri-biri itu meragut rumput sehingga petang.
Setelah petang, dia akan membawa biri-biri pulang ke kandangnya.


6. Pada suatu hari, Kudin membawa biri-biri itu meragut rumput di
pinggir sebuah hutan. Sementara menunggu biri-biri itu meragut
rumput, Kudin berasa sungguh bosan.


7. Tiba-tiba dia mendapat satu akal.
Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!
Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!


8. Jeritan Kudin itu didengari beberapa orang pekerja di kawasan itu.
Mereka bergegas ke tempat di mana biri-biri sedang meragut
rumput.

9. Apabila sampai di sana mereka melihat Kudin sedang tertawa.

10. Kah! Kah! Kah! Kamu semua sudah tertipu. Mana ada serigala di
kawasan ini., kata Kudin sambil tertawa.


11. Dia berasa gembira kerana dapat mempermain-mainkan orang
lain.

12. Cis, kamu mempermain-mainkan kami! kata salah seorang
pekerja itu dengan marah.


13. Budak ini memang nakal,kata seorang pekerja yang lain.

14. Tidak lama kemudian, seekor serigala tiba-tiba muncul dari arah
hutan. Serigala itu terus menyerang biri-biri.


15. Kudin berasa terkejut lalu dia menjerit minta tolong.
Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!
Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!

16. Namun begitu, jeritan Kudin tidak di endahkan oleh pekerja-
pekerja di situ. Mereka menyangka Kudin hanya bergurau.


17. Mereka tidak mahu ditipu oleh budak yang nakal itu lagi.


18. Disebabkan tiada orang datang menolongnya, beberapa ekor biri-
biri yang dijaga oleh Kudin telah dibaham oleh serigala.

19. Kudin menyesal kerana selalu mempermain-mainkan orang.
Akibatnya dia sendiri yang rugi.


20. Pengajaran daripada cerita ini adalah kita janganlah suka
berbohong kerana dengan berbohong hanya merugikan diri sendiri dan
orang tidak akan percaya dengan kita lagi.

21. Sekian sahaja cerita saya pada hari ini dan saya sudahi dengan
wabillahitaufikwalhidayahAssalamualaikumwarahmatullahhiwabar
okatuh.















CERITA TAHAP 2

Wong Vern Dirt hanya membisu sahaja apabila Cikgu Ramlah mengumumkan yang dia
menjadi wakil kelas dalam pertandingan bercerita itu. Dia tidak mampu bersuara untuk
mengatakan tidak kepada keputusan yang telah ditetapkan oleh Cikgu Ramlah. Namun
hatinya memberontak. Dia tidak yakin yang dia mampu untuk menyertai pertandingan
bercerita itu.

Sebelum pulang ke rumah, Wong Vern Dirt mahu berjumpa dengan Cikgu Ramlah. Dia
mahu berterus terang dengan Cikgu Ramlah yang dia mahu menarik diri daripada
menyertai pertandingan bercerita itu. Dia juga mahu memberitahu kepada Cikgu
Ramlah yang dia takut untuk berdiri di atas pentas untuk bercerita.

Saya mahu tarik diri cikgu, kata Wong Vern Dirt dengan suara yang lemah.

Mengapa Vern Dirt, awak ada masalahkah?, tanya Cikgu Ramlah.
Saya tidak tahu bercerita cikgu,.
Oh, begitu! Itu masalah biasa Vern Dirt. Sebenarnya awak bukan tidak tahu. Tetapi,
cikgu rasa awak takut untuk menyertai pertandingan itu, betul tak?, tanya Cikgu
Ramlah.
Wong Vern Dirt hanya mengangguk sahaja. Dia tidak mampu berkata apa-apa.

Cikgu yakin Vern Dirt boleh buat. Lagipun, cikgu lihat Vern Dirt memang petah
bercakap dalam bahasa Malaysia. Jika Vern Dirt berusaha dan berlatih bersungguh-
sungguh mustahil Vern Dirt tidak boleh buat, kata Cikgu Ramlah.

Wong Vern Dirt hanya diam seribu bahasa. Dia berasa ada benarnya kata-kata Cikgu
Ramlah. Lagipun pertandingan bercerita itu akan diadakan pada bulan hadapan. Dia
masih ada masa untuk berlatih dan mempersiapkan dirinya untuk menyertai
pertandingan itu.

Beginilah Vern Dirt, cikgu harap awak dapat menyertai pertandingan itu. Awak harus
melawan perasaan takut awak. Awak mesti berani menghadapi cabaran dan jangan
cepat mengalah, Cikgu Ramlah memberi kata kata semangat kepada Wong Vern
Dirt.
Selepas mendengar nasihat daripada Cikgu Ramlah, Wong Vern Dirt meminta izin
untuk beredar. Dia mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ramlah di atas nasihat
yang diberikan. Di hati Wong Vern Dirt berasa sedikit lega setelah dia berjumpa dengan
Cikgu Ramlah. Dia berasa sedikit yakin yang dia mampu melaksanakan tanggungjawab
yang diberikan oleh Cikgu Ramlah.

Sedang Wong Vern Dirt menunggu bas sekolah sambil membaca teks cerita yang
diberikan oleh Cikgu Ramlah, dia disapa oleh Ikhwan. Ikhwan perlahan duduk bersila di
sebelah Wong Vern Dirt.

Awak ada masalahkah Vern Dirt?, tiba-tiba sahaja Ikhwan menyoalnya.

Mengapa awak bertanya begitu, jawab Wong Vern Dirt.

Pada waktu rehat tadi saya lihat awak asyik termenung sahaja di dalam kelas. Selepas
rehat pun awak tidak ceria seperti biasa?, soal Ikhwan lagi.

Wong Vern Dirt hanya diam sahaja. Kemudian, dengan tangan kanannya dia
menunjukkan kepada Ikhwan teks cerita yang diberikan oleh Cikgu Ramlah.



Oh, pasal ini rupanya, kata Ikhwan sambil ketawa kecil.



Ya, pasal pertandingan bercerita inilah. Saya rasa takutlah Ikhwan, rungut Wong Vern
Dirt.



Sebenarnya, saya pun seperti awak juga. Saya pun berasa takut. Tetapi, saya
melawan perasaan takut itu, kata Ikhwan.



Awak pun takut Ikhwan? Tapi saya lihat awak macam biasa sahaja?.


Benar, saya pun takut. Tapi, kalau kita berfikiran negatif seperti itu, apa pun perkara
kita tidak boleh buat.


Tadi saya berjumpa dengan Cikgu Ramlah. Saya beritahu dia yang saya mahu
menarik diri daripada menyertai pertandingan bercerita itu. Tapi, Cikgu Ramlah
nasihatkan saya supaya menyertai pertandingan itu,.



Beginilah Vern Dirt. Saya ada satu idea. Apa kata kita berlatih bersama-sama.
Sementara kita menunggu bas ini pun kita boleh berlatih.



Bagus idea kamu Ikhwan. Lagipun saya tak berapa pandai hendak bercerita ni.



Kalau kamu tidak keberatan, kamu boleh datang ke rumah saya pada waktu petang.
Lagipun rumah awak dengan rumah saya bukannya jauh pun. Kita boleh meminta
tunjuk ajar daripada kakak saya. Dia memang pandai dalam hal bercerita ini.



Kalau begitu baguslah,jawab Wong Vern Dirt dengan wajah yang ceria.

Sejak hari itu, Wong Vern Dirt dan Ikhwan sering berlatih bersama-sama. Jika ada
masa lapang mereka berdua akan cuba berlatih. Tidak kiralah di sekolah mahupun di
rumah. Kadangkala mereka berdua akan bertemu dengan Cikgu Ramlah untuk
meminta pendapat dan tunjuk ajar dalam hal bercerita. Cikgu Ramlah banyak
membantu mereka berdua dalam mereka membuat persiapan bagi menghadapi
pertandingan bercerita itu.

Sudah sebulan lamanya Wong Vern Dirt berlatih bersama-sama Ikhwan. Sekiranya
pada mula-mula dia menerima tanggungjawab sebagai wakil kelas 4 Setia dia berasa
takut tetapi setelah berlatih dengan gigih dan bersungguh-sungguh bersama Ikhwan dia
mula berasa yakin untuk menghadapi pertandingan itu.

Wong Vern Dirt tidak mengharapkan dia akan menang dalam pertandingan itu.
Matlamatnya hanya satu iaitu melakukan persembahan yang terbaik. Dia berharap
semasa pertandingan itu berlangsung dia mampu melawan perasaan takut yang
menghantui dirinya selama ini. Dia berharap dia akan dapat menghilang pemikiran
negatif itu dalam hidupnya. Dia harus berani menghadapi cabaran.

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Semasa di belakang pentas Wong Vern Dirt
duduk diam sahaja. Dia cuba berlatih seorang diri. Kemudian dia didatangi oleh Ikhwan.

Bagaimana Vern Dirt, awak sudah bersediakah?tanya Ikhwan.



Sudah, tapi saya berasa takutlah.



Jangan takutlah Vern Dirt. Bukankan sudah sebulan kita berlatih. Saya yakin awak
mampu bercerita dengan baik.

Terima kasih, Ikhwan. Saya harap awak juga mampu lakukan yang terbaik dalam
pertandingan ini.



Terima kasih, Vern Dirt. Mereka berdua kemudiannya bersalaman dan saling memberi
kata semangat untuk menghadapi pertandingan bercerita itu.

Pada pertandingan itu Ikhwan merupakan peserta kedua yang melakukan
persembahan daripada 12 peserta kesemuanya. Ikhwan membuat persembahan
dengan cukup cemerlang dan penuh keyakinan. Persembahan yang Ikhwan lakukan
mendapat tepukan yang gemuruh daripada semua warga sekolah.

Wong Vern Dirt pula merupakan peserta kedua terakhir yang membuat persembahan.
Pada permulaan persembahan dia kelihatan sedikit gementar. Namun perasaan itu
hilang sedikit demi sedikit apabila dia mula selesa di atas pentas. Dia kelihatan cukup
yakin dan ceria semasa membuat persembahan.

Selepas semua peserta membuat persembahan, Pengacara Majlis meminta semua
peserta naik ke atas pentas. Wong Vern Dirt dan Ikhwan berdiri bersebelahan. Tanpa
melengahkan masa, Pengacara Majlis mengumumkan para pemenang pertandingan
bercerita itu. Wong Vern Dirt diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga manakala
Ikhwan mendapat tempat pertama. Walaupun mendapat tempat ketiga Wong Vern Dirt
berasa sangat seronok.



Selesai sahaja upacara penyampaian hadiah dan sesi bergambar Wong Vern Dirt
didatangi oleh Cikgu Ramlah.

Tahniah Vern Dirt.



Terima kasih, cikgu, jawab Wong Vern Dirt dengan wajah yang ceria.



Sejak dulu lagi cikgu yakin awak mampu melakukan yang terbaik.

Wong Vern Dirt hanya tersenyum. Kemenangan tempat ketiga merupakan satu bonus
kepada dirinya. Dia tidak mengharapkan kemenangan. Dia hanya berharap dia mampu
melakukan yang terbaik sekaligus dapat melawan perasaan takut yang ada dalam
dirinya. Dia bersyukur usaha yang dia lakukan selama ini membuahkan hasil. Yang
penting dia tidak takut lagi menghadapi sebarang cabaran.


























Belalang yang Sombong

Di dalam sebuah taman bunga yang indah, tinggal seekor belalang. Belalang
sentiasa hidup dalam keadaan gembira dan ceria. Dia bersifat begitu kerana
dia tinggal di dalam taman yang begitu harmoni dan aman tanpa sebarang
gangguan daripada manusia. Setiap hari dia akan menyanyi, menari dan
bermain di taman bunga itu.

Taman yang indah itu diserikan lagi dengan pelbagai jenis bunga-bungaan
yang cantik dan berbau harum seperti bunga raya, bunga mawar, dahlia,
kenanga, melur dan cempaka. Di taman itu juga, tinggal kawan-kawan
belalang. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka sering
bernyanyi, menari dan bermain bersama sama. Mereka akan bernyanyi,
menari dan bermain dari satu pokok bunga ke pokok bunga yang lain.

Pada suatu pagi, belalang pergi ke rumah lebah. Dia pergi ke rumah lebah
untuk mengajak lebah bermain bersama-samanya. Tetapi lebah enggan.

Marilah kita bermain, lebah, pujuk belalang.

Tidak mahulah, belalang, balas lebah.

Mengapa kamu tidak mahu bermain bersamaku?, belalang menyoal lebah.

Bukan aku tidak mahu bermain, belalang, tetapi aku mahu mencari
makanan,jawab lebah.

Bukankah kita boleh mencari makanan semasa kita bermain?

Tapi kali ini lain belalang, aku ingin mencari makanan yang lebih, buat
persiapan musim hujan nanti.

Musim hujan? belalang terkejut.

Ya, musim hujan, ketua kita sudah beritahu yang musim hujan kan tiba tidak
lama lagi. Kita kena buat persiapan. Kita kena mencari makanan. Takut-takut
bila hujan, kita tidak akan dapat mencari makanan.

Hahahaha! belalang ketawa.

Mengapa kamu ketawa, belalang? lebah kehairanan.

Bagaimana aku tidak ketawa, lebah. Kamu hendak mencari makanan
bagaikan hujan tidak berhenti berhari-hari, belalang terus ketawa.

Tak apalah belalang, biar aku mencari makanan dahulu, selepas itu barulah
aku bermain dengan kamu, balas lebah dengan suara yang lemah.

Aku rasa, lebih baik kamu terus mencari makanan, lebah. Bolehlah aku
meminjam makanan kamu bila musim hujan tiba nanti, perli belalang dan dia
terus ketawa.

Belalang terus beredar meninggalkan lebah keseorangan. Belalang tidak
percaya musim hujan akan tiba dua tiga hari lagi. Tahun sudah pun musim
hujan melanda taman bunga itu. Tapi, hujan turun seperti biasa. Hanya dua
tiga jam sahaja. Selepas hujan berhenti, barulah dia mencari makanan.

Pada petang itu, dia bernyanyi, menari dan bermain seorang diri di taman itu.
Belalang tidak mempedulikan kawan-kawannya yang sibuk mencari makanan
dan menyiapkan tempat tinggal mereka untuk menghadapi musim hujan.
Belalang hanya ketawa sahaja apabila terserempak rama-rama, kumbang dan
semut yang sedang sibuk membuat persiapan menghadapi musim hujan.

Setelah lama seorang diri bernyanyi, menari dan bermain seorang diri di taman
itu, belalang pun pulang ke rumahnya. Dia terus mencari makanan di dapur
rumahnya. Makanannya hanya tidak sedikit.

Tidak apalah, besok pagi aku akan mencari makanan.

Selesai sahaja makan malam, belalang terus ke bilik tidurnya. Sebelum tidur dia
teringat akan perbuatan kawan-kawannya. Belalang tertawa bila
mengenangkan kebodohan kawan-kawannya itu.

Kebesokkan paginya, belalang rasa kesejukan. Dia melihat ke luar rumahnya,
hujan turun dengan lebat. Seperti biasa belalang bangun dan membersihkan
dirinya. Selepas membersihkan dirinya, belalang terus ke dapur untuk mencari
makanan. Namun, tiada makanan di rumahnya. Baru dia teringat makan
malam semalam adalah makanan yang terakhir.

Tidak mengapalah, sebentar lagi hujan akan berhenti, dan aku bolehlah
keluar mencari makanan,kata belalang dalam hatinya.

Belalang terus berbaring di katilnya. Perutnya sudah mula berbunyi kerana
lapar. Namun dia hanya mampu bersabar. Lama kelamaan belalang pun
tertidur.


Malam pun menjelma. Namun hujan masih turun tidak berhenti-henti dari pagi
tadi. Belalang hanya duduk termanggu di biliknya. Dari petang tadi, setelah
terjaga dari tidur, belalang hanya mampu minum air sahaja. Sebarang
makanan tidak lagi dijamahnya. Badan belalang mula terasa panas dan lesu.
Akhirnya belalang jatuh sakit.

Matahari mula menunjukkan wajahnya. Hujan pun sudah berhenti turun.
Penghuni-penghuni di taman bunga mula keluar menjalankan aktiviti masing-
masing. Mereka kelihatan gembira dan ceria kerana hujan sudah berhenti.
Rama-rama, kumbang, lebah dan semut keluar untuk bermain bersama-sama.

Mengapa belalang tidak keluar bermain? soal rama-rama.

Ianyalah, kalau pasal bermain pasti dia yang dahulu mencari kita, balas
kumbang.

Betul juga, pasti ada yang tidak kena, kata semut bersungguh-sungguh.

Kalau begitu, biar aku sahaja ke rumahnya,cadang lebah.

Lebah pun pergi ke rumah belalang meninggalkan teman-temannya yang
terus bermain. Sampai di rumah belalang, lebah mengetuk pintu rumah
belalang dan memanggil-manggil belalang. Namun belalang tidak menjawab.
Lebah cuba membuka pintu rumah belalang. Nasib baiklah ia tidak berkunci.
Lebah terus memanggil manggil nama belalang. Dia mencari belalang di
setiap sudut rumah belalang. Apabila membuka pintu bilik tidur belalang lebah
terlihat belalang sedang terbaring. Lebah menghampiri belalang dan cuba
mengejutkannya dari tidur. Ketika menyentuh tubuh belalang, lebah
mendapati tubuh belalang panas. Barulah lebah tahu, belalang sudah
demam.

Belalang terjaga dan melihat lebah dengan wajah yang sayu dan sedih. Lebah
memahami keadaan belalang. Lebah memberitahu belalang dia akan
memanggil rakan-rakan yang lain untuk membantu belalang. Tidak lama
kemudian, lebah, semut, rama-rama dan kumbang tiba di rumah belalang.
Mereka membawa ubat dan sedikit makanan. Mereka turut membantu
belalang dengan menyuapkan makanan ke mulut belalang dan memberinya
makan ubat. Belalang amat terharu apabila dilayan sebegitu oleh kawan-
kawannya.

Setelah sehari masa berlalu, belalang mula berasa segar dan semakin pulih dari
demamnya. Ia berasa amat bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang
baik hati dan mengambil berat akan dirinya.

Terima kasih, lebah, kumbang, semut, rama-rama kerana membantu saya,
kata lebah dengan penuh keikhlasan.

Itulah gunanya kawan, jawab lebah bersungguh-sungguh.

Saya juga ingin memohon maaf kepada kawan-kawan, kerana saya telah
mentertawakan kawan-kawan tempoh hari, sesal belalang.

Tidak mengapalah belalang, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
gunanya. Apa yang penting kamu sudah menyesal diatas perbuatan kamu,
nasihat rama-rama.

Betul kawan-kawan. Saya sudah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan
saya itu,janji belalang.

Mulai hari itu, belalang tidak lagi sombong dan akan mendengar nasihat
daripada kawan-kawannya. Dia sudah pun insaf di atas perbuatannya dan
berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya. Belalang, lebah, rama-rama,
kumbang dan semut kembali bernyanyi, menari dan bermain bersama sama.
Mereka kembali gembira hidup di taman bunga yang indah itu

Anda mungkin juga menyukai