Anda di halaman 1dari 14

24 April 2017

KESALAHAN UMUM TATABAHASA (FRASA SENDI NAMA)


KESALAHAN UMUM FRASA SENDI NAMA

1.            Kata sendi memerlukan kata nama selepasnya. Oleh itu, penggunaan oleh kerana adalah
salah kerana kerana ialah kelas kata hubung. Kata yang sesuai digunakan ialah oleh sebab.
Contohnya:
(a)Azizah tidak dapat hadir ke sekolah oleh kerana sakit.()
(b)Azizah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.()
(c)Azizah tidak dapat hadir ke sekolah oleh sebab sakit.()

2.                  Kata sendi yang merujuk kepada pernyataan sikap / perasaan tidak boleh ditiadakan di
antara kata adjektif dengan kata nama. Contohnya:
(a)Saya suka aiskrim ini.()
(b)Saya suka akan aiskrim ini.()

3.                  Kata sendi akan tidak boleh digugurkan di antara kata kerja tunggal dengan kata nama.
Contohnya:
(a)Biar dia kenal diri sendiri.()
(b)Biar dia kenal akan diri sendiri.()

4.                  Kata sendi demi dan untuk tidak boleh hadir serentak dalam ayat kerana dianggap lewah.
Contohnya:
(a)Dia berusaha demi untuk kejayaannya.()
(b)Dia berusaha demi kejayaannya.()
(c)Dia berusaha untuk kejayaannya.()

5.                  Kata sendi tentang dan mengenai tidak boleh bertukar ganti sewenang-wenangnya.
Contohnya:
(a)Dia tahu mengenai perkara itu.()
(b)Dia tahu tentang perkara itu.()

6.                  Frasa sendi di dalam atau di antara hanya digunakan bagi frasa nama yang berpengertian
tempat atau ruang. Contohnya:
(a)Buku itu dalam laci meja.()
(b)Buku itu di dalam laci meja.()
(c)Buku sejarah itu terletak antara buku geografi dengan buku sains.()
(d)Buku sejarah itu terletak di antara buku geografi dengan buku sains.()

7.                  Kata sendi dari tidak boleh hadir selepas kata sendi semenjak atau sejak kerana membawa
maksud lewah. Contohnya:
(a)Sejak dari tadi dia ada di situ.()
(b)Sejak tadi dia ada di situ.()
(c)Dari tadi dia ada di situ.()

8.                  Kata sendi pada unsur kedua dalam ayat majmuk tidak boleh digugurkan jika dihubungkan
dengan kata hubung dan atau atau secara pilihan. Contohnya:
(a)Awak ingin bertemu dengan dia atau saya?()
(b)Awak ingin bertemu dengan dia atau dengan saya?()
9.                  Kata sendi pada unsur kedua dalam ayat majmuk tidak boleh digugurkan jika kata tersebut
adalah ke. Contohnya:
(a)Kita mahu ke sana atau sini.()
(b)Kita mahu ke sana atau ke sini.()

10.              Kata sendi pada unsur kedua tidak boleh digugurkan jika kata sendi tersebut adalah ke dan
bukan berkata hubung. Contohnya:
(a)Lajim berjalan ke sana sini.()
(b)Lajim berjalan ke sana ke sini.()

Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 08:58 No comments:


15 August 2019

PENGENALPASTIAN POLA AYAT FN+FS YANG MENGELIRUKAN


PENGGUNA BAHASA DAN CALON PEPERIKSAAN
PENGENALPASTIAN POLA AYAT FN+FS YANG MENGELIRUKAN PENGGUNA BAHASA
DAN CALON PEPERIKSAAN
Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu
frasa nama yang yang menjadi pelengkap kepada pola FS, yang juga dahulunya disebut (FSN)
oleh sesetengah penulis buku tatabahasa.
Ada 3 binaan Frasa sendi nama yang perlu kita kuasai jika mahu menguasai sintaksis pola ayat.
Lihat maklumat di bawah dengan telitinya. Predikat yang mempunyai ciri-ciri berikut
menjadikannya berpola FN+FS. Lihat contoh di bawah.
(1) Kata Sendi Nama + Frasa Nama
(1a) Wanita tua itu di jambatan. (FN+FS)
NOTA:
Kelemahan calon peperiksaan ialah mereka keliru apabila ternampak kata sendi nama walaupun fungsinya
hanya menjadi keterangan predikat sahaja. Satu patah perkataan sahaja sudah boleh menjadi pengganggu
dalam soalan yang mengelirukan calon peperiksaan jika mereka tidak menguasai kata sendi nama dengan
baiknya. Lihat contoh di bawah.
(1b) Wanita tua itu berdiri di jambatan. (FN+FK)
(1b) Wanita tua itu lama berdiri di jambatan. (FN+FA)
(2) Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama
2(a) Ibu saya di belakang rumah. (FN+FS)
2(b) Ibu saya ke belakang rumah. (FN+FS)
2(c) Ibu saya dari belakang rumah. (FN+FS)
NOTA:
Calon juga boleh dikelirukan dengan pengganggu yang terletak sebelum kata sendi nama sehingga mereka
yang goyah ilmu kata sendi nama dan subjek + predikat menyebabkan mereka terpengaruh oleh soalan,
akhirnya menulis pola ayat yang salah. Lihat contoh di bawah.
2(b) Ibu saya menanak nasi di belakang rumah. (FN+FK)
2(c) Ibu saya berkebun di belakang rumah. (FN+FK)
2(d) Ibu saya datang dari belakang rumah. (FN+FK)
(3) Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + (Frasa Keterangan)
3(a) Ayah saya ke utara negara Jepun pada tahun lalu. (FN+FS)
3(b) Ayah saya dari selatan Johor dengan bapanya. (FN+FS)
3(c) Anak kecil itu di atas pangkuan ibunya setiap waktu. (FN+FS)
NOTA:
Kelemahan calon yang berikutnya ialah kekeliruan antara kata nama dengan kata sendi nama dan
kekeliruan antara kata hubung dengan kata sendi nama.
3(d) Untuk anak mami berdiam diri memang susah. (FN+FA)
3(e) Bahawa berita esok cuti am adalah palsu. (FN+FA)
3(f) Kakak memotong kek dengan menggunakan pisau. (FN+FK)
Sekian dulu untuk hari ini, jika ada silap dan salah, mohon betulkan. Kita belajar sama-sama. Tiada gading
yang tidak retak, tiada laut yang tidak berombak, tiada bumi yang tidak ditimpa hujan.
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 11:20 6 comments:
1 October 2015

INFORMASI BAHASA - KATA SENDI “DI” YANG ISTIMEWA


INFORMASI BAHASA
KATA SENDI “DI” YANG ISTIMEWA
Jika kita rajin mengkaji Tatabahasa Dewan, terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka, kata sendi nama “di”
digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa
nama yang menunjukkan tempat. Hal ini bermakna
semua tempat yang hadir dalam ayat dapat menerima
kata sendi nama “di”. Walau bagaimanapun, ada tempat
yang kadangkala mengelirukan pengguna bahasa waima
calon peperiksaan. Antaranya adalah seperti yang
berikut:
1.
Suhaini menyaksikan rancangan Raja Lawak di televisyen. ✔
Suhaini menyaksikan rancangan Raja Lawak di dalam
televisyen. 
Suhaini menyaksikan rancangan Raja Lawak dalam
televisyen. 
Suhaini menyaksikan rancangan Raja Lawak pada televisyen.

2.
Ishak belajar di tingkatan 5. ✔
Ishak belajar di dalam tingkatan 5. 
Ishak belajar dalam tingkatan 5. 
Ishak belajar pada tingkatan 5. 
3.
Kerajaan Srivijaya di bawah naungan Melaka. ✔
Kerajaan Srivijaya bawah naungan Melaka. 
Kerajaan Srivijaya di dalam naungan Melaka. 
Kerajaan Srivijaya pada naungan Melaka. 

4.
Saya membeli kasut itu di www.puma.com. ✔
Saya membeli kasut itu di dalam  www.puma.com. 
Saya membeli kasut itu dalam www.puma.com. 
Saya membeli kasut itu pada www.puma.com. 
5.
Agensi itu di bawah Kementerian Pendidikan. ✔
Agensi itu di dalam Kementerian Pendidikan. 
Agensi itu dalam Kementerian Pendidikan. 
Agensi itu pada Kementerian Pendidikan. 
6.
Berita itu tersiar di media massa arus perdana. 
Berita itu tersiar di dalam media massa arus perdana. 
Berita itu tersiar dalam media massa arus perdana. ✔
Berita itu tersiar pada media massa arus perdana. 
7.
Pelantikan pegawai itu masih di peringkat perbincangan. 
Pelantikan pegawai itu masih di dalam peringkat
perbincangan. 
Pelantikan pegawai itu masih dalam peringkat perbincangan.

Pelantikan pegawai itu masih pada peringkat perbincangan.

8.
Ayah mencari maklumat di Internet. ✔
Ayah mencari maklumat di dalam Internet. 
Ayah mencari maklumat dalam Internet. 
Ayah mencari maklumat pada Internet. 
Frasa “di televisyen” dan "di tingkatan lima" merujuk
maksud khusus, iaitu tempat kita menonton rancangan
dan tempat seseorang belajar. Ayat "Ishak belajar di
tingkatan lima", jika dibuat ayat "Ishak belajar pada
tingkatan lima" ayat ini adalah salah kerana kata sendi
nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau
frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan
tempat. Oleh itu, frasa "pada peringkat perbincangan"
adalah betul. Penggunaan kata sendi nama seperti "di
bawah" dan "daripada" seperti ayat contoh yang
dikemukakan oleh saudara perlu dilihat pada maksud
keseluruhan ayat. Cuba lihat ayat contoh ini "Lembaga
Peperiksaan Malaysia terletak di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia" dan "Saya menerima surat
penghargaan daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia". 

Kata sendi "di bawah" jelas menunjukkan hierarki


sesebuah agensi berdasarkan carta organisasi sesebuah
kementerian. Kata sendi "daripada" pula merujuk
sumber daripada individu dan institusi, dan berbeza
daripada kata sendi "dari" yang melibatkan masa dan
arah. Frasa “dalam media massa” lebih tepat pula
kerana media massa ialah suatu bidang yang abstrak
walaupun subbidang itu ialah media cetak dan media
elektronik. “frasa di www.puma.com” pula betul kerana
di alamat itulah kita membeli kasut di Internet. Alamat
laman web dan tempat kita mencari maklumat juga
sesuai menggunakan frasa “di”.

Akhir kalam, penggunaan “di” amat luas dari segi


alamat dan tempat sesuatu kerja dilakukan waima
sesuatu perbuatan berlaku. Oleh sebab itu, kekeliruan
sering berlaku dalam kalangan pengguna bahasa.
Dengan pencerahan yang diberikan, saya berharap agar
pengguna bahasa menggunakan kata sendi “di” dengan
betul dan tepat.
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 10:50 No comments:
17 July 2017

INFORMASI BAHASA - Pasangan Kata Sendi Nama "ke" dan "kepada"


INFORMASI BAHASA
Pasangan Kata Sendi Nama "ke" dan "kepada"

✍️Kata sendi nama "ke" yang digunakan untuk sesuatu tempat atau masa perlu berpasangan dengan
kata sendi nama "dari" yang digunakan untuk maksud arah. Kata sendi nama "kepada" tidak boleh
digunakan bagi merujuk tempat. Sebaliknya, kata sendi nama "kepada" berpasangan dengan kata
sendi nama "daripada".

PRINSIP:
📌ke 👉 boleh dipasangkan dengan "dari"📌
📌kepada 👉 boleh dipasangkan dengan "daripada"📌

Lihat contoh di bawah:


1. Bungkusan ini dari ❌Cikgu Faiz ke ❌Puan Nasifah.
2. Harga beras semakin meningkat dari ❌RM25 ke ❌RM40.
3. Cikgu Mat telah bertukar bidang dari ❌ahli politik pada ❌penulis buku.
4. Mereka perlu berubah dari ❌tabiat buruk ke ❌berakhlak mulia.
5. Nilai mata wang makin menurun dari ❌90 sen ke ❌ 50 sen untuk satu dolar.
6. Motosikal yang dilanggar oleh kereta itu dari Taiping kepada ❌ Kota Kemuning.
7. Daniel meneliti ayat dari perenggan kepada ❌ perenggan yang lain.
8. Hutangnya semakin meningkat dari bulan kepada ❌bulan.
9. Zalipah berbasikal daripada ❌rumahnya ke Taman Tengku Anis.
10. Haji Saiful baru berpindah dari Kluang kepada ❌Machang.

Pembetulannya:
1. Bungkusan ini daripada✅ Cikgu Faiz kepada ✅Puan Nasifah.
2. Harga beras semakin meningkat daripada RM25 kepada ✅RM40.
3. Cikgu Mat telah bertukar bidang daripada ✅ahli politik kepada ✅ penulis buku.
4. Mereka perlu berubah daripada ✅tabiat buruk kepada✅ berakhlak mulia.
5. Nilai mata wang makin menurun daripada ✅90 sen kepada ✅ 50 sen untuk satu dolar.
6. Motosikal yang dilanggar oleh kereta itu dari Taiping ke ✅Kota Kemuning.
7. Daniel meneliti ayat dari perenggan ke ✅ perenggan yang lain.
8. Hutangnya semakin meningkat dari bulan ke  ✅ bulan.
9. Zalipah berbasikal dari ✅ rumahnya ke Taman Tengku Anis.
10. Haji Saiful baru berpindah dari Kluang ke ✅ Machang.

UJI BAHASA 1
Nyatakan penggunaan kata sendi nama atau frasa sendi nama dalam ayat yang berikut, sama ada
betul (✔️) ataupun salah (❌).
1. Aku sempat memandang ke halaman belakang rumahku dari pintu belakang yang terbuka.
(_____)
2. Fazri mengelakkan tikaman keris itu dari kiri kepada kanan dengan cepatnya. (_____)
3. Puak Han bergerak dari satu tempat kepada satu tempat untuk mencari sumber makanan.
(_____)
4. Daripada Timur ke Barat, cerita tentang kehebatan Raja Monyet itu tersebar dengan luasnya.
(_____)
5. Mereka diajar oleh Haji Zakaria cara ukiran awan larat dari cara tradisi kepada moden. (_____)
6. Harga minyak dalam pasaran semakin turun dari RM90 setong RM50 setong pada tahun ini.
(_____)
7. Saintis yang mengkaji pergerakan bulan sentiasa memerhatikan fenomena yang ganjil itu
daripada masa ke masa. (_____)
8. Encik Abdul Hasleem dari Arab Saudi itu menjadi ketua pengurus projek kepada mereka yang
lebih berusia darinya. (_____)

UJI BAHASA 2
Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.

1. Kami telah berpindah pada tahun 2010 ______ Kuala Kangsar ______ Bintulu.
2. Hutang Ameng yang berjumlah RM90 ribu itu akan ditambah masa bayarannya ______ lima tahun
______ 10 tahun.
3. Surat itu ______ Pejabat Perdana Menteri yang menyokong usaha pendamaian ______ pihak
editor syarikat itu.
4. Cincin berusia 100 tahun itu berpindah tangan ______ Haji Mat Sabu ______ pemilik baharu, iaitu
Mohd Imran.
5. Negara itu mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk sebagai akibat ______ serangan
spekulator saham itu yang harus diseret ______ kerajaan untuk diadili.
6. Kaedah pemberitahuan ______ sistem aplikasi Internet itu akan diperluas ______ agensi lain.
7. Jumlah pendatang asing ke Malaysia semakin bertambah ______ masa ______ masa berikutan
pembangunan yang pesat di beberapa buah negeri khususnya.
8. Konsep pembelajaran terancang ini adalah ______ yang paling mudah ______ yang paling sukar.

SUMBER:
RUMUS TATABAHASA BAHASA MELAYU (GOLONGAN KATA) DBP
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 16:51 3 comments:
4 September 2008

"Dari" dan "ke" serta "kepada" yang sering kali disalahgunakan!


“Dari”, “daripada”, “ke” dan “kepada” ialah sebahagian daripada kata sendi nama. Kata sendi
nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
Kata sendi nama “dari” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah,
tempat atau waktu (ATM).
Manakala kata sendi nama “daripada” hadir di:
1. hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan,
2. benda dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda,
3. perbezaan atau perbandingan.
Contoh penggunaan “dari” dan “daripada” adalah seperti yang berikut:
a. Kereta itu bertembung dengan lori yang datang dari utara (bukan daripada utara).
b. Guru baharu itu berasal dari Kota Kinabalu (bukan daripada Kota Kinabalu).
c. Orang ramai telah mula berkumpul dari pagi lagi (bukan daripada pagi lagi).
d. Jambangan bunga itu daripada peminatnya (bukan dari peminatnya).
e. Perabot di rumahnya semuanya dibuat daripada kayu (bukan dari kayu).
f. Dia lebih peramah daripada adiknya (bukan dari adiknya).
Kata sendi “ke” dieja terpisah daripada nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kata sendi “ke”
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju,
dan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa.
Kata sendi nama “ke” tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk
manusia atau binatang. Ingat, kata sendi "ke" hanya untuk disambut oleh kata arah, tempat seperti
dalam contoh yang berikut:
g. Buruan polis itu dilihat memandu ke arah utara.
h. Ayah akan ke Kuching esok.
i. Ayah memandu kereta dari Kuala Lumpur hingga ke Melaka.
Manakala, kata sendi nama “kepada” terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk
menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad, serta menyatakan pecahan
dan perubahan keadaan, seperti dalam contoh berikut:
j. Berita itu hanya sampai kepada pihak kami semalam.
k. Sisa makanan itu diberikannya kepada kucing.
l. Soalan peperiksaan itu terbahagi kepada dua bahagian.
m. Sila serahkan borang permohonan kepada Bahagian Pengambilan.
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 13:30 No comments:
4 October 2008

"di peringkat" atau "pada peringkat"


Dalam bahasa Melayu, penggunaan frasa sendi nama "di" peringkat didapati leluasa. Lihatlah ayat-
ayat yang di bawah ini:

1. Pemain badminton perseorangan negara kita telah berjaya mengalahkan pemain dari negara
China di peringkat separuh akhir.

2.Kadar elaun khas yang kini di peringkat akhir perincian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu
bagaimanapun akan bergantung pada jarak serta kemudahan asas di sesuatu kawasan terbabit.

Untuk menentukan penggunaan frasa sendi nama di peringkat dalam ayat (1) dan (2) di atas sama
ada betul atau salah, marilah kita melihat penggunaan kata sendi nama di dan pada dalam ayat.

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan
tempat. Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama
yang menerangkan waktu, masa atau zaman.

Kata sendi nama pada pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk
menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada+pada
(manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu.

Dengan berdasarkan penggunaan kata sendi nama di dan pada seperti yang dinyatakan di atas,
didapati bahawa penggunaan kata sendi di dan pada dalam frasa di peringkat dan pada
peringkat tidak jelas. Persoalannya ialah adakah peringkat menunjukkan konsep tempat atau
keterangan waktu dan tempat? Yang jelas ialah peringkat bukan menerangkan tempat. Oleh
sebab itu, penggunaan frasa sendi nama "di peringkat" tidak tepat.
Peringkat bermaksud kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatannya. Oleh hal yang demikian,
frasa yang tepat ialah pada peringkat. Hal ini diperkukuh apabila penyusun Kamus Dewan Edisi
Ketiga mengemukakan ayat contoh seperti yang berikut:

3, Rundingan mengenai pertahanan Asia Tenggara pada peringkat menteri akan diadakan tidak
lama lagi.
Kesimpulannya, frasa sendi nama pada peringkat lebih tepat berbanding dengan frasa sendi nama
di peringkat.
Dipetik daripada catatan blog Cikgu Abdul Ghalib Yunus,
Munsyi Dewan, http://agy7500.blogspot.com
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 12:52 1 comment:
3 January 2019

PENGGUNAAN KATA PEMERI "ADALAH" (BAHAGIAN 2)


CEMERLANG BAHASA GEMILANG BUDAYA TERBILANG BANGSA
3.1.2019
PENGGUNAAN KATA PEMERI "ADALAH" (BAHAGIAN 2)

Topik remeh seperti kata pemeri pun dicatat selama tiga hari berturut-turut. Ya, topik yang sama
tetapi maklumat yang berbeza. Rakyat Malaysia semakin lama semakin bosan untuk membaca topik
yang sama. Hal ini dikatakan demikian kerana pengaruh peranti dalam kehidupan menyebabkan
banyak video, maklumat, informasi, dan klip yang berulang-ulang kali kita baca.

Topik hari ini pula berkaitan dengan penggunaan kata pemeri "adalah" yang menerima kata sendi
nama. Apakah itu kata sendi nama? Pengguna bahasa acap kali tidak dapat membezakan kata sendi
nama dan kata hubung. Kata sendi nama ialah kata yang ditulis atau digunakan di depan kata nama.
Kata lain bagi kata sendi nama ialah preposisi. Dari sudut tatabahasa, kata sendi nama mestilah
diikuti kata nama atau frasa nama. Oleh sebab itu, dapatlah disimpulkan bahawa formula baharu
seperti yang berikut boleh digunakan untuk menerangkan fungsi kata pemeri "adalah".

KATA PEMERI ADALAH + KATA SENDI NAMA + KATA NAMA

Walau bagaimanapun, pengguna bahasa Melayu masih menggunakan kata pemeri "adalah" dengan
tidak mematuhi tatabahasa.

Sebagai contohnya,lihat ayat-ayat di bawah:

*1. Surat daripada Irman ialah untuk ibunya.


*2. Tema karangan untuk kelas ini ialah daripada buku teks.
*3. Tarikh Hari Thaipusam ialah pada 21 Januari 2019.

Daripada ketiga-tiga ayat di atas, kita dapat mengesan kesalahan kata pemeri "ialah" yang
sepatutnya ditulis "adalah". Hal ini dikatakan demikian kerana "untuk", "daripada", dan "pada" dalam
ayat-ayat di atas berfungsi sebagai kata sendi nama. Kesalahan-kesalahan dalam ayat di atas perlu
dibaiki menjadi seperti yang berikut.

1(a). Surat daripada Irman adalah untuk ibunya.


2(a). Tema karangan untuk kelas ini adalah daripada buku teks.
3(a). Tarikh Hari Thaipusam adalah pada 21 Januari 2019.

Jika dilihat dari sudut lain, penggunaan kata pemeri dalam ayat-ayat di atas sebenarnya tidak
wajib. Oleh sebab kata pemeri boleh menjadi unsur pilihan dalam ayat, maka kata pemeri bolehlah
digugurkan seperti yang berikut.

1(b). Surat daripada Irman untuk ibunya.


2(b). Tema karangan untuk kelas ini daripada buku teks.
3(b). Tarikh Hari Thaipusam pada 21 Januari 2019.

Sebagaimana yang telah saya kongsikan sebelum ini, kata pemeri bolehlah digugurkan dalam ayat
daripada disalahgunakan. Penyalahgunaan kata pemeri bukan sahaja menyebabkan ayat menjadi
kurang gramatis tetapi juga menyebabkan pengguna bahasa memperlekeh bahasa kebangsaan kita,
bahasa Melayu.
Kata pemeri adalah antara unsur yang istimewa dan unik dalam bahasa Melayu yang mesti
digunakan dengan sebaik-baiknya. Dengan berbuat demikian, kita dapat memastikan masa depan
bahasa kebangsaan kita cerlang cemerlang. Pada masa yang sama, bahasa kebangsaan kita dapat
berdiri kukuh dan dilabelkan sebagai bahasa yang gilang-gemilang di pentas linguistik. Impaknya,
keterbilangan bahasa Melayu sebagai bahasa internasional akan terukir kukuh dan terus dihormati
oleh penduduk di seantero jagatraya.

Bahasa kita, tanggungjawab kita.


Hilang bahasa lenyaplah bangsa.
Bahasa menunjukkan bangsa.
Bahasa jiwa bangsa!
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 18:37 1 comment:
6 July 2017

INFORMASI BAHASA - Penggunaan Kata Sendi Nama "di" dan "ke" yang
Memerangkap Calon Peperiksaan dan Mengelirukan Pengguna Bahasa.
INFORMASI BAHASA
Penggunaan Kata  Sendi Nama "di" dan "ke" yang Memerangkap Calon Peperiksaan dan Mengelirukan
Pengguna Bahasa.

Gerabak informasi bahasa masih belum berganjak dari landasan kata sendi nama. Koc kekeliruan
kata sendi nama perlu dipenuhi. Tiket ilmu masih dijual dalam perkongsian dari stesen bahasa.
Kapten kereta api bahasa yang bertugas pada hari ini ingin membawa kita menghayati penggunaan
kata sendi nama "di" dan "ke" yang betul agar destinasi bahasa Melayu merentas buana. Usaha
merakyatkan tatabahasa pasti dapat diapresiasi oleh pengguna bahasa tak kira di mana-mana.

Umumnya, kata sendi nama "di"  tidak boleh digunakan untuk menunjukkan keadaan yang masih
bergerak. Seharusnya kata sendi nama "di" digunakan bagi menunjukkan keadaan yang sudah tiba
atau tidak bergerak. Dari sudut kegramatisan bahasa, kata sendi nama "di" digunakan bagi
menunjukkan keadaan masih bergerak.

PRINSIP:
📌ke 👉 keadaan masih bergerak.📌
📌di  👉 sudah tiba atau tidak bergerak.📌

Lihat contoh di bawah:


1. Normizah telah sampai ke ❌Jepun semalam dengan menaiki kapal terbang.
1. Saiful dan Kasehmelati telah pergi di ❌Pulau Tioman pagi tadi.
2. Farsha Sanda berlari-lari anak di ❌padang apabila melihat Cikgu Azizi menunggunya.
3. Gerakan badan di ❌hadapan perlu dilakukan semasa aktiviti regangan.
4. Gadis yang berambut panjang itu tiba-tiba muncul ke ❌belakang saya.

Pembetulannya:
1. Normizah telah sampai di  ✅Jepun semalam dengan menaiki kapal terbang.
1. Saiful dan Kasehmelati telah pergi ke  ✅Pulau Tioman pagi tadi.
2. Farsha Sanda berlari-lari anak ke  ✅padang apabila melihat Cikgu Azizi menunggunya.
3. Gerakan badan ke  ✅hadapan perlu dilakukan semasa aktiviti regangan.
4. Gadis yang berambut panjang itu tiba-tiba muncul di  ✅ belakang saya.

UJI BAHASA 1
Tandakan betul (✔️) dan salah (❌) bagi penggunaan kata sendi nama dalam ayat yang berikut.

1. Pemilik kilang perabot itu  boleh didakwa ke mahkamah kerana memiliki dadah.
2. Fikiran Pak Khairuddin hanya satu, iaitu dia ingin cepat sampai di rumah.
3. Ketika Suhiri tiba ke klinik bersama-sama Azhar, Hanida langsung tidak bermaya.
4. Para graduan melambungkan topi masing-masing di udara sebagai tanda tamat belajar di
universiti.
5. Guru pelatih opyen bahasa Melayu daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah
menganjurkan ekspedisi ke Lata Kekabu, Lenggong, semalam.
6. Permohonan Nazri untuk bekerja ke Hospital Ipoh juga ditolak.
7. Mak Limah naik di rumah lalu ke dapur untuk menggoreng ayam.
8. Presiden syarikat itu telah membawa pemuda itu masuk ke pejabatnya sehingga dia boleh
menjadi setiausaha khas.

SUMBER:
RUMUS TATABAHASA BAHASA MELAYU (GOLONGAN KATA) DBP

Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 20:32 No comments:


24 June 2015

INFORMASI BAHASA - “MERUJUK PADA” ATAU “MERUJUK


KEPADA”?
INFORMASI BAHASA
24.06.2015
“MERUJUK PADA” ATAU “MERUJUK KEPADA”?

(1) ...... merujuk pada Kamus Dewan.


(2) ...... merujuk kepada Kamus Dewan.
(3) ...... merujuk Kamus Dewan.
          Ketiga-tiga jenis frasa sering kita temukan dalam ayat,
karangan, majalah, buku dan pelbagai media cetak yang lain mahupun
dapat kita dengar melalui media elektronik yang lain.
          Dalam subjek Bahasa Melayu, tiada dua konsep penerimaan
untuk kata sendi “pada” dan “kepada”. Hal ini dikatakan demikian
kerana setiap kata sendi mempunyai fungsi dan kegunaan yang
tersendiri. Eloklah sekiranya kita teliti penggunaan kata sendi “pada”
dan “kepada” seperti yang berikut:
Untuk makluman semua, kata sendi nama "pada" digunakan di
hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan
waktu dan tempat, digunakan dalam ungkapan ada + pada  (manusia
dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu, seperti yang berikut:

(i) menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama


yang menyatakan waktu atau masa. Antaranya adalah seperti yang
berikut:
(a)
......pada masa lapang...... (gramatis)
...... di masa lapang...... (tidak gramatis)
(b)
......pada zaman moden...... (gramatis)
......di zaman moden...... (tidak gramatis)
(ii) kata sendi nama "pada" apabila didahului perkataan "ada", mesti
diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan. Antaranya
adalah seperti yang berikut:
(c)
......ada pada ibu...... (gramatis)
......ada di ibu...... (tidak gramatis)
(d)
......ada pada kucing...... (gramatis)
...... ada di kucing...... (tidak gramatis)

(iii) sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang


menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja yang
mengandungi maksud sandaran. Antaranya adalah seperti
(e)
......bergantung pada...... (gramatis)
......bergantung kepada......(tidak gramatis)
(f)
.....dipasang pada kereta....... (gramatis)
.....dipasang di kereta....... (tidak gramatis)
(g)
......digantung pada dinding...... (gramatis)
......digantung di dinding...... (tidak gramatis)
Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa
nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan,
unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan
keadaan. Contohnya:
(h) sasaran merujuk manusia
...... menghantar surat kepada ibu.... (gramatis)
...... menghantar surat ke ibu ...... (tidak gramatis)
(i) sasaran merujuk haiwan
...... menghadiahkan kucing kepada kakak...... (gramatis)
...... menghadiahkan kucing ke kakak ...... (tidak gramatis)
(j) merujuk unsur mujarad (abstrak)
...... penting kepada negara Malaysia.... (gramatis)
...... penting pada negara Malaysia ...... (tidak gramatis)
(k) menyatakan pecahan
...... terbahagi kepada dua kumpulan...... (gramatis)
...... terbahagi ke dua kumpulan ...... (tidak gramatis)
(l) menyatakan perubahan keadaan
...... daripada 32 darjah Celsius kepada 35 darjah Celsius ......
(gramatis)
...... daripada 32 darjah Celsius ke 35 darjah Celsius ...... (tidak
gramatis)
...... daripada sedih kepada gembira...... (gramatis)
...... daripada sedih ke gembira ...... (tidak gramatis)

Setelah melihat dan mengkaji fungsi kata sendi nama “pada” dan
“kepada”. Kita dapati bahawa tiada fungsi yang sesuai untuk
dipadankan dengan frasa “merujuk kepada Kamus Dewan” waima
“merujuk pada Kamus Dewan”. Oleh sebab itu, "merujuk pada" dan
“merujuk kepada” sememangnya tidak gramatis.  
Kamus Dewan mestilah dijadikan panduan untuk mendapatkan makna
sesuatu kata. Jika anda berhajatkan panduan untuk menggunakan
sesuatu kata dengan betul, maka hendaklah merujuk buku Tatabahasa
Dewan. Seperti yang kita sedia maklum, dalam buku Tatabahasa
Dewan, merujuk ialah kata kerja transitif yang diikuti objek
selepasnya, seperti merujuk buku; dan kata sendi nama terhadap pula
digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang
melibatkan penyambut tertentu.
Mengikut rumus tatabahasa, frasa "Merujuk Kamus Dewan" sebagai
frasa yang gramatis kerana “merujuk” ialah kata kerja transitif yang
perlu diikuti objek daripada frasa nama, iaitu Kamus Dewan. Walau
bagaimanapun frasa "merujuk kepada Kamus Dewan" telah mantap
penggunaannya dalam kalangan masyarakat dan diterima.

Kesimpulannya, frasa “merujuk kepada Kamus Dewan” gramatis


kerana penggunaannya yang telah mantap dalam kalangan ahli
masyarakat dan “merujuk Kamus Dewan” juga dikatakan frasa yang
gramatis kerana sesuai dengan formula tatabahasa. Kesimpulannya,
bahasa Melayu ialah bahasa yang amat unik kerana konsep
kebiasaannya diterima sebagai frasa yang gramatis dan konsep
ketatabahasaan diguna pakai sebagai frasa yang gramatis. Secara
tuntas, betulkan yang salah, biasakan yang betul, elakkan yang salah,
dan biasakan yang gramatis.

Anda mungkin juga menyukai