Anda di halaman 1dari 5

KEKELIRUAN DALAM PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA

Dalam tatabahasa, kata sendi nama ialah satu golongan kata sendi yang memperkenalkan suatu frasa kata
depan. Contohnya, dalam ayat "kucing tidur di sofa", perkataan "di" adalah suatu kata sendi nama,
memperkenalkan frasa kata sendi nama "di sofa". Dalam bahasa Melayu, kata sendi nama yang paling
banyak digunakan adalah "dari", "ke", "dalam", "untuk", "dengan" dan "di". Dalam kata mudah, kata
sendi nama menandakan bahawa suatu hubungan di antara perkara-perkara yang disebutkan dalam suatu
ayat.

Berdasarkan penelitian, salah satu aspek kesalahan bahasa yang sering dilanggar oleh pengguna bahasa
ialah ketepatan penggunaan kata sendi nama dalam binaan ayat. Dalam bahasa Melayu, kata sendi nama
dimasukkan di bawah kata tugas, iaitu kata yang hadir untuk mendukung tugas yang tertentu dalam
binaan ayat. Dari segi fungsi, kata sendi nama ialah kata yang hadir di hadapan kata nama atau frasa
nama. Kata sendi nama boleh hadir dalam tiga bentuk iaitu, bentuk tunggal, seperti; di, akan, untuk,
seperti; bentuk berimbuhan seperti selain, melalui, terhadap, sebagai, dan berbentuk majmuk contohnya,
daripada dan kepada.

Pengguna bahasa sering keliru untuk menggunakan kata sendi nama pada dan kepada yang hadir di
hadapan kata kerja dalam ayat. Dalam bahasa Melayu, kata sendi nama kepada adalah untuk
menunjukkan makna sasaran yang merujuk kepada manusia, haiwan dan institusi. Contohnya: terdedah
kepada risiko kemalangan. Kata sendi nama pada yang menunjukkan makna sandaran pula digunakan
untuk kata kerja yang tidak menunjukkan pergerakan. Contohnya: bergantung pada pengadil.

Kata sendi nama terhadap dan tentang juga tidak boleh bertukar ganti dalam ayat. Penggunaan kata
terhadap menunjukkan maksud rujukan yang melibatkan perkataan yang bersifat konkrit manakala kata
sendi nama tentang pula hadir di hadapan perkataan yang bermaksud rujukan sesuatu secara umum.
Contohnya: terhadap pesalah jalan raya; tentang kebajikan rakyat.

Seterusnya, bentuk kata sendi nama lain yang sering disalahgunakan dan diabaikan dalam penulisan
termasuklah:

(i) Penggunaan dua kata sendi nama serentak:

- Selain daripada itu (sepatutnya selain itu)

- Sejak dari abad (sepatutnya sejak atau dari abad)

- Hingga ke anak cucu (sepatutnya hingga atau ke anak cucu)

- Mengenai dengan hal itu (sepatutnya mengenai atau dengan hal itu)

(ii) Kata sendi nama tidak diikuti oleh kata nama:

- Oleh kerana (sepatutnya oleh sebab)

- Seperti berikut (sepatutnya seperti yang berikut)

- Dengan deras (sepatutnya dengan derasnya)


(iii) Tidak menggunakan kata sendi nama di hadapan kata kerja:

- Lupa janji (sepatutnya lupa akan janji)

- Tahu jawapan soalan itu (sepatutnya tahu akan jawapan)

- Balik kampung (sepatutnya balik ke kampung)

(iv) Kesalahan penggunaan kata sendi nama yang lain:

1. Di kalangan (sepatutnya dalam kalangan kerana tidak menunjukkan tempat)


2. Disertai dengan ribut petir (sepatutnya disertai oleh ribut petir dalam binaan ayat pasif)
3. Akibat daripada (kata sendi nama daripada perlu digugurkan kerana lewah makna)
4. Membincangkan tentang hal (sepatutnya membincangkan hal, tidak perlu menggunakan kata
sendi nama tentang di hadapan kata kerja yang memerlukan objek kata nama)
5. Dalam memilih (sepatutnya dalam pemilihan, kata sendi nama perlu diikuti kata nama)
6. Rindukan kampung halaman (sepatutnya rindu akan kampung halaman, kata sendi nama perlu
hadir selepas kata adjektif yang bersifat perasaan)
7. -PENGGUNAAN "DI ANTARA" DAN "ANTARA"

Sebagai rumusannya, penggunaan kata sendi nama yang tepat menjadi syarat binaan ayat yang sempurna.
Sehubungan dengan itu, sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja perlu mengenal pasti dan memahami
aspek kesalahan penggunaan kata sendi nama apabila berbahasa malah mampu pula untuk membetulkan
kesalahan bahasa berkenaan.Hal ini bukan sahaja dapat melestarikan bahasa yang tepat binaannya, malah
turut meningkatkan kesedaran pengguna bahasa tentang aturan berbahasa dalam bahasa Melayu.

LATIHAN

-Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama
di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.
1.
Anak kecil itu duduk antara ibu dengan bapanya.( )
Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. ( )
2.
Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura. ( )
Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. ( )

Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan
perbandingan.
Contohnya:
3.
Di antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. ( )
Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. ( )
4.
Di antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. ( )
Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. ( )
Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang.

Contohnya:
5.
Antara lagu-lagu persembahannya ialah Janji Manismu dan Kau Mawarku. ( )
Antara lagu persembahannya ialah Janji Manismu dan Kau Mawarku. ( )

6.
Antara faktor-faktor murid ponteng sekolah ialah pengaruh rakan sebaya. ( )
Antara faktor murid ponteng sekolah ialah pengaruh rakan sebaya. ( )

Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalami penggandaan separa
seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu.

Contohnya:
7.
Mereka berbincang di antara adik-beradik. ( )
Mereka berbincang antara adik-beradik. ( )

Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan
sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan
himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya.

Contohnya:
8.
Jarak di antara dua buah bangunan itu jauh. ( )
Jarak antara dua buah bangunan itu jauh. ( )

Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya.

Contohnya:
9.
Di antara mereka, banyak persamaannya. ( )
Antara mereka, banyak persamaannya. ( )

10.
Jangan ada dusta di antara ahli kita. ( )
Jangan ada dusta antara ahli kita. ( )

Kesimpulannya, terdapat perbezaan yang jelas antara kata sendi nama antara dengan kata arah di antara,
sama ada dari segi golongan kata mahupun penggunaannya. Oleh itu, sebagai pengguna bahasa yang peka
kepada perbezaan tersebut, sewajarnyalah kita memastikan penggunaan kata yang tepat antara kedua-dua
perkataan.

a) Gelas itu terletak pada atas rak. ( )

Gelas itu terletak di atas rak. ( )

b) Ayah pulang dari kebun di waktu petang. ( )


ayah pulang dari kebun pada waktu petang. ( )

a) Abang ke rumah kawannya sejak daripada pagi tadi. ( )

Abang ke rumah kawannya sejak dari pagi tadi. ( )

b) Dia berasal daripada Kuala Kangsar. ( )

Dia berasal dari Kuala Kangsar. ( )

c) Hadi ini dari ibu. ( )

Hadiah ini daripada ibu. ( )

d) Baju ini diperbuat dari sutera. ( )

Baju ini diperbuat daripada sutera ( )

e) Buku ini lebih tebal dari buku saya. ( )

Buku ini lebih tebal daripada buku saya. ( )

f) Dari perbualan itu, saya dapat tahu sikapnya. ( )

Daripada perbualan itu, saya dapat tahu sikapnya. ( )

g) Hanya seorang wakil dari ibu bapa hadir dalam mesyuarat itu. ( )

Hanya seorang daripada wakil ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat itu. ( )

a) Pengunguman banjir itu disampaikan dari semasa kepada semasa. ( )

Pengunguman banjir itu disampaikan dari semasa ke semasa. ( )

b) Dia hendak mengirimkan wang ke ibunya di kampung. ( )

Dia hendak mengirimkan wang kepada ibunya di kampung. ( )

a) Bunga itu dihadiahkan khas bagi ibu. ( )

Bunga itu dihadiahkan khas untuk ibu. ( )

a) Mereka berbincang mengenai isu semasa. ( )

Mereka berbincang tentang isu semasa. ( )

a)Mereka tidak sependapat di dalam hal itu. ( )

Mereka tidak sependapat dalam hal itu. ( )

Anda mungkin juga menyukai