Anda di halaman 1dari 2

i-Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang merujuk


kepada manusia, binatang, benda atau
perkara-perkara yang umum seperti anak,
bapa, ibu, petani, kucing, harimau dan
kecantikan.
Kata nama am ini pula terbahagi kepada
dua iaitu kata nama am konkrit dan kata
nama am abstrak.
Contoh kata nama am konkrit (jenis kata
nama bagi benda-benda yang boleh
dipegang secara konkrit) : Buku Basikal
Kapal terbang
Contoh kata nama am abstrak (jenis kata
nama bagi perkara-perkara yang mujarad
atau yang bukan benda konkrit) :
Keindahan Impian Kelebihan

ii-Kata nama khas

Merupakan kata nama yang merujuk nama orang,


nama tempat dan nama benda khas.
Biasanya kata nama khas dieja menggunakan
huruf besar pada pangkalnya.
Kata nama khas ini terbahagi kepada dua
kumpulan iaitu nama khas hidup dan kata nama
khas tak hidup.
Kata nama khas hidup ini pula dibahagikan kepada
dua kategori lagi iaitu kata nama khas hidup
manusia dan kata nama khas hidup bukan
manusia.
Contoh kata nama khas hidup( manusia) : Halim,
Salina, Raja Noreen
Contoh kata nama khas hidup( bukan manusia) :
Comel, Si Putih, Ananas Comosus(nanas)
Contoh kata nama khas tak hidup : Kuala Lumpur,
Kamus Pelajar, Ahli Mangku Negara, Tanjong Malim

Anda mungkin juga menyukai