Anda di halaman 1dari 4

STRATEGI PENULISAN BAHASA MELAYU Strategi 1: Menentukan dan Menganalisis Soalan 1.

Pilih soalan yang bersesuaian dengan pemahaman, pengetahuan, dan keupayaan anda. (Bahagian C) 2. Pastikan bahawa anda mengetahui bentuk dan format karangan tersebut. 3. Fahami kunci tajuk karangan 4. Kunci tajuk karangan secara umumnya dapat dikesan pada baris akhir soalan melalui contoh rangkaian kata-kata seperti yang berikut: a. Bincangkan pemyataanpemyataan... b. Tulis surat tersebut... c. Nyatakan langkahlangkah... d. Ceritakan pengalaman... e. Sediakan laporan... f. Perihalkan kejadian tersebut... g. Tulis berita... h. Sediakan teks ucapan... i. Pada pendapat anda... Kenal pasti kehendak soalan seperti kata kunci, skop, dan tema. Garisi kehendak soalan supaya fokus anda tidak hilang semasa anda menulis karangan.

Strategi 2: Menulis Rangka Karangan 1. Sediakan rangka karangan anda secara kasar dalam bentuk: a. frasa-frasa atau poin-poin sahaja; b. kata-kata singkatan tertentu yang anda fahami; c. tanda baca seperti koma dan tanda sempang. 2. Pastikan bahawa rangka karangan anda terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu: a. satu isi untuk pendahuluan; b. sekurang-kurangnya empat isi penting c. satu isi penutup. 3. Sertakan contoh dan huraian yang sesuai untuk nemantapkan isi karangan. Isi = Fakta Utama + Huraian + Contoh + Kesimpulan Strategi 3: Pendahuluan Menulis

1. Tulis pendahuluan yang dapat menggambarkan pemahaman anda tentang tajuk soalan 2. Jangan tulis perenggan pendahuluan terlalu mendalam dan terlalu panjang. 3. Ingatlah bahawa pendahuluan yang baik lalah yang dapat menarik minat pembaca untuk

terus menghayati hujah atau fakta yang akan dikemukakan. 4. Pilihlah satu daripada enam jenis pendahuluan sebagai perenggan pendahuluan seperti yang dicontohkan di bawah ini. CONTOH-CONTOH PENDAHULUAN Pendahuluan Jenis Definisi [Isu: Program Kitar Semula] Kitar semula bermaksud memproses barang yang sudah digunakan melalui proses pengilangan untuk membentuk barang-barang baru yang dapat digunakan semula. Antara barang yang dapat dikitar semula termasuklah kertas, botol, plastik, dan kaca. Pendahuluan Wawancara [Isu: Isu Kadar Jalan Raya] Jenis Kemalangan

mewawancara Ketua Polis Trafik Daerah, Encik Junaidi Ahmad. Ikutilah intipati wawancara saya dengan beliau. Pendahuluan Jenis Suasana [Isu: Memancing Sebuah Pulau] di Perairan

Baru-baru ini, aku berpeluang untuk mengikuti ayah memancing di Pulau Ketam. Kami tiba di sana lewat petang. Ketika itu, air mula pasang dan pada waktu itulah pelbagai jenis ikan mula mencari makanan. Aku terpesona oleh keindahan langit yang kemerah-merahan pada waktusenja. Bot nelayan yang lalu-lalang pulang dari laut dikerumuni camar putih yang menunggu masa mencuri hasil tangkapan mereka. Pemandangan pada waktu itu sungguh indah. Pendahuluan Jenis Persoalan [Isu: Pelajar Menghabiskan Masa Siber] Cemar di Kafe

Belakangan ini, kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat. Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mengurangkan kadar kemalangan. Apakah puncapunca berlakunya kemalangan jalan raya? Sebagai ketua pengarang majalah sekolah, saya berpeluang untuk

Dewasa ini, kafe siber menjadi tumpuan para pelajar sekolah. Fenomena ini sedikit banyak mendedahkan pelajar terhadap pelbagai anasir negatif yang disebarkan melalui Internet. Persoalannya, tidak adakah

undang-undang yang dapat menghalang pelajar sekolah daripada menghabiskan masa di kafe siber? Adakah ibu bapa pelajar itu sendiri yang membenarkan anak-anak mereka menghabiskan masa di kafe siber demi mengelakkan suasana bising di rumah? Sebenarnya, banyak tanda tanya yang bermain di minda kita berhubung dengan isu ini. Pendahuluan Jenis Peribahasa [Isu: Berangan-angan untuk mendapat keuntungan yang lebih besar] Masyarakat Melayu terdahulu mempunyai pengucapan yang indah dan sedap didengar. Salah satu pengucapan yang dimaksudkan ialah peribahasa "mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan". Peribahasa ini bermaksud demi mengharapkan sesuatu keuntungan yang lebih besar, maka keuntungan yang sedikit atau yang kurang memuaskan dilepaskan begitu sahaja. Peribahasa ini mengingatkan kita supaya tidak bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri yang akhirnya membawa kerugian. Pendahuluan Jenis Gabungan

[Isu: Kepentingan Hutan] Hutan mempunyai kepelbagaian fiingsi yang bermanfaat kepada masyarakat setempat dan sejagat. Selain menjadi habitat hidupan flora dan fauna, hutan menjadi pembekal pelbagai perkhidmatan alam sekitar juga. Menurut Dr. Jama Othman, pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hutan kini bukan sekadar pembekal kayu balak sahaja, malah berfungsi sebagai sumber bekalan ubat-ubatan tradisional. Strategi 4: Menulis Perenggan Isi 1. Tulis satu isi penting dalam satu perenggan sahaja 2. Isi penting perlu ada ayat tajuk, ayat huraian, dan contoh-contoh. 3. Gunakan penanda wacana seperti biarpun begitu, disamping itu, justeru, lebihlebih lagi, malahan, oleh sebab itu, padahal, tambahan pula dan sebagainya untuk memperlihatkan perkaitan antara satu isi dengan isi yang lain atau antara perenggan. 4. Untuk memantapkan perenggan isi, gunakanlah kosa kata yang luas dan tepat, frasafrasa yang menarik, dan

ungkapan seperti simpulan bahasa, peribahasa, dan yang seumpamanya. 5. Ada tiga kaedah yang dapat diamalkan untuk menulis perenggan dalam karangan seperti di bawah ini. CONTOH-CONTOH PERENGGAN ISI Perenggan deduktif Dimulakan dengan isi penting dan diikuti pengembangan isi, huraian dan contoh. Masalah remaja berpunca daripada pengaruh persekitaran. Hal ini demikian kerana rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dengan selain keluarga. Justeru, tidak hairanlah andai remaja mudah terikut-ikut akan tabiat rakan sebaya Hal ini menyebabkan mereka mudah terjerumus pelbagai gejala sosial seperti lari dari rumah. dan ponteng sekolah. Perenggan induktif Dimulakan dengan pengembangan isi dengan huraian, contoh, akhir sekali dengan ayat topik atau isi penting. Golongan wanita mudah terpengaruh iklan ubat pelangsingan badan. Iklan-iklan

tersebut hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Golongan wanita pula yang terdesak untuk kurus sanggup membeli mana-mana produk tanpa memikirkan implikasi penggunaan produk Akhirnya, golongan wanita yang menjadi mangsa sebagai akibat menggunakan produk yang blum tentu terjamin keberkesanannya. Strategi 5: Menulis Penutup 1. Tulislah perenggan penutup yang mantap, jelas, dan tepat. 2. Buatlah kesimpulan berserta dengan cadangan atau pandangan bagi keseluruhan isi. 3. Jangan masukkan fakta baru dalam perenggan penutup. CONTOH PERENGGAN PENUTUP Jelaslah bahawa Internet banyak membawa keburukan. Justeru, individu yang melakukan jenayah siber atau menyalahgunakan Internet hendaldah dikenakan tindakan tegas. Undang-undang yang berkaitan perlu diperketat dengan mengenakan hukuman yang setimpal terhadap mereka yang berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai